Hulu Langat (Singgah Selangor) dan Batu Caves (Kenali Selangor) -Salam Selangor

Episod 91

Sinopsis:

Hulu Langat merupakan daerah ke 5 terbesar di Selangor dan mempunyai destinasi pelancongan iaitu Sungai Tekala. Jaraknya 19 km dari Semenyih dan 23 km dari Bandar Kajang.

Tetamu: 1. Hj Arif Bujang (Ketua Kampung Parir Baru Semenyih)

bt caves

Resepi As-Sunnah(Sembang Buku) – Salam Selangor

Episod 90

Sinopsis:

Saksikan secara langsung “Salam Selangor” yang program baru serta info yang dapat memberi manfaat serta ilmu kepada orang ramai. Sembang Buku kali ini menemuramah penulis buku resepi As-Sunnah.

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu : Puan Marina Mustafa (Penulis Buku Resepi As-Sunnah)

resepi

Categories
NASIONAL SELANGOR

Usahawan Belia dan MTES Pangsapuri Indahria – Salam Selangor

Episod 89

Sinopsis:
1. Program Inkubator Usahawan Belia Ehsan Selangor

Bagi membantu golongan belia Selangor menceburi bidang perniagaan, Kerajaan Negeri membuka sebuah Pusat Kecantikan, Spa, Dandanan Rambut dan Jahitan BeS di Kuala Selangor.

Pusat kecantikan itu sebahagian daripada Program Inkubator Usahawan Belia Ehsan Selangor dan dibina melalui peruntukan RM 90,000 daripada Geran Selangorku.

2. Keputusan MTES berhubung permasalahan Pangsapuri Indahria

Kerajaan Negeri mahu pemaju Pangsapuri Indahria untuk segera melaksanakan kerja-kerja membaikpulih bangunan tersebut yang kini berhadapan masalah rekahan tanah sehingga menyebabkan strukturnya retak sejak setahun lalu.

Sekiranya pemaju enggan melaksanakan kesemua kerja itu, Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengambilalih usaha pembaikan.

MBSA kemudian akan menuntut bayaran daripada pemaju untuk kos-kos baik pulih.

Tetamu : 1. Puan Sri Salbiah Tunut (Yang Dipertua PEKAWANIS)
2. YB Ahmad Yunus Hairi (Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan)
3. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
4. YB Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga)

usahawan

Manik Kristal (Sembang Buku) – Salam Selangor

Episod 88

Sinopsis:

Saksikan secara langsung “Salam Selangor” yang dapat memberi manfaat serta ilmu kepada orang ramai. Sembang Buku kali ini menemuramah seorang Usahawan Manik Kristal dan penulis buku koleksi anting-anting.

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu : Pn Amrah Harun (Kristal Station D.I.Y PKNS Shah Alam)

manik

Petaling Jaya Utara (Singgah Selangor) dan Kg Delek (Kenali Selangor) – Salam Selangor

Episod 87

Sinopsis:

Petaling Jata diwujudkan pada tahun 1952 sebagai bandar satelit bagi Bandaraya Kuala Lumpur. Petaling Jaya berkeluasan 97.2 km merupakan bandar paling pesat di Selangor.

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu:1. Encik Lee Chin Cheh (Ketua Cabang PJ Utara)
2. YB Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang)

pj

maulidur

Munafik – Salam Selangor

Episod 86:

Sinopsis:

Munafik berasal daripada perkataan Nafaq. Muslim dan kafir, dua individu jelas pegangan sebagai pematuh dan penentang Allah.Pun begitu munafik tidak jelas kerana diakuinya sebagai pematuh tetapi jelas sebagai penentang Allah. Rugi kepada sesiapa mengakui muslim sedangkan disisi Allah dia munafik. Mesej ini terkandung dalam segmen agama salam selangor kali ini.

tetamu : Ustaz Shamsudar Mohd Salleh

shamsudar

Dulu Pencuci Kini Pengurus (Sembang Buku) – Salam Selangor

Episod 85

Sinopsis:

Saksikan secara langsung “Salam Selangor” yang program baru serta info yang dapat memberi manfaat serta ilmu kepada orang ramai. Sembang Buku kali ini mengupas sebuah buku bertajuk Dulu Pencuci Kini Pengurus bersama tetamu istimewa.

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu : Encik Rafi Jalaluddin (Penulis Buku Dulu Pencuci kini Pengurus)

rafi

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pangsapuri Indahria – Salam Selangor

Episod 84:

Sinopsis:

Hampir 300 orang penduduk Pangsapuri Indahria, Seksyen 22 Shah Alam, bimbang akan masalah keretakan premix di kawasan meletak kenderaan di dalam kawasan bangunan kediaman tersebut.
Sehubungan itu, satu majlis dialog diadakan penduduk Pangsapuri Indahria bersama ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abdul Samad, wakil dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS).
Walaubagaimanapun wakil pihak pemaju iaitu SHANGHAI REALTY SDN BHD tidak hadir pada majlis ini.
Sekitar tahun 2009 berlaku keretakan yang pertama yang turut di maklumkan kepada pihak pemaju pangsapuri ini iaitu SHANGHAI REALTY (M) SDN BHD dan kerja-kerja pembaikpulih telah di buat. Namun, keretakan kali kedua di sedari sekali lagi pada penghujung tahun 2010 yang di lihat semakin teruk dan berkemungkinan mengancam struktur bangunan.
Rekahan pertama di sedari hanya dengan ukuran setengah inci.Tetapi sekarang ia menjangkau kepada 18 inci.

Tetamu :
YB Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga)
YB Khalid Abdul Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

indahria

Sate Kajang (Kenali Selangor) dan Sabak Bernam (Singgah Selangor )- Salam Selangor

Episod 82

Sinopsis:

Sate Kajang mula diperkenalkan oleh Tasmin Sakiban yang berhijrah ke Kajang pada tahun 1914. Beliau berasal dari Pulau Jawa, Indonesia dan memulakan perniagaan di Pekan Kajang dengan menjual sup dan nasi kepal atau ketupat.

Tetamu:1. Dato’ Samuri Hj Juraimi (Pemilik Sate Kajang Hj Samuri Sdn Bhd)

sate kajang

Categories
SELANGOR

Pejabat Gerakan Pilihanraya 2013 – Salam Selangor

Episod 83:

Sinopsis:

Demi rakyat, Parti Keadilan Rakyat telah menggerakkan Bilik Gerakan Pilihanraya seluruh Selangor. Jika dahulu PRU 12 mereka hanya beroperasi di Rumah Wakaf kini disediakan satu ruang deretan kedai di kawasan komersil.

Tetamu : Yg Bhg Borhan Aman Shah (Penyelaras DUN Dengkil)
2. Yb Bhg Yahya Sahri

www.selangorkini.net.

penyelaras dun

Syahadah Saudara Baru – Salam Selangor

Episod 81

Sinopsis:

Program Syahadah dilangsungkan hampir setiap hari Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam dengan kerjasama ABIM Islamic Outreach, dan usaha Pendakwah Bebas, Tuan Khalid Abdul Samad. Program ini berjaya membuka peluang kepada saudara baru dari beberapa negara di dunia bermastautin di Selangor menerima Islam sebagai agama pegangan.

Tetamu : Haji Ahmad Mustapha Haji Sidin (Imam Besar Masjid Negeri)

saudara baru

Categories
SELANGOR

Baulu Pujiah – Salam Selangor

Episod 80

Sinopsis:

Saksikan secara langsung “Salam Selangor” yang program baru serta info yang dapat memberi manfaat serta ilmu kepada orang ramai. Kali ini Salam Selangor menemuramah seorang ibu tunggal yang merupakan usahawan baulu.

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu : Puan Pujiah Bahran (Usahawan Ibu Tunggal)

baulu