Categories
NASIONAL

Kit Siang : PR Perlu Menang Lebih 1/3 Parlimen Di Negeri Deposit Umno-BN

lim kit siang oren 01

SHAH ALAM 9 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) memerlukan kemenangan lebih satu pertiga kerusi Parlimen di negeri deposit BN iaitu Johor, Sabah dan Sarawak bagi meneruskan kesinambungan tsunami politik PRU-12.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, PR sekurang-kurangnya memerlukan kemenangan 33 kerusi Parlimen di 83 kerusi Parlimen di tiga negeri tersebut.

“Ia bagi menyelesaikan ‘kerja tertangguh’ tsunami politik PRU-12 yang menyaksikan kejatuhan Umno-BN di lima buah negeri dan penafian majoriti dua-pertiga Parlimen terhadap Umno buat kali pertama dalam sejarah Malaysia,” kata Kit Siang.

Katanya, ?Pertempuran Gelang Patah? bukanlah sekadar sebuah pertempuran demi beliau, DAP atau Pakatan Rakyat kerana ia sebuah impian rakyat  ke arah Bangsa Malaysia yang majmuk dan bersatu padu melampaui semangat perkauman.

Telah dilaporkan bahawa Kit Siang, seorang tokoh yang aktif di dalam politik hampir setengah abad akan bertanding di parlimen Gelang Patah dalam PRU-13.

Pencalonan beliau di kerusi Johor adalah bagi membuka jalan untuk PR memecahkan kubu kuat BN di negeri Selatan itu.

?Pertempuran Gelang Patah akan melancarkan tsunami politik dalam Pilihanraya Umum ke 13 dari arah Selatan yang bakal merebak ke seluruh negara, merentas Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak,” kata Kit Siang.

“Saya mempunyai ?Impian Malaysia? yang saya pasti turut dikongsi oleh ramai orang Malaysia tanpa mengira kaum, agama daerah dan zaman,” kata Kit Siang yang bakal bertanding di Parlimen Gelang Patah dalam PRU-13 ini.

Categories
NASIONAL

Pas : SPRM Jangan Lengah-Lengahkan Tindakan Terhadap Taib Mahmud

taibmahmud 01

KUALA LUMPUR 25 MAC: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terus didesak supaya menyegerakan tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya berikutan sebuah video yang mengaitkannya dengan rasuah pembalakan di Sarawak.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas, Zulkefly Mohammad Omar berkata, video yang dibuat NGO antarabangsa Global Witness mendedahkan penyalahgunaan kuasa dan manipulasi dalam kelulusan lesen penerokaan hutan dan pembalakan di Sarawak.

Menurut Zulkefly, jika proses kelulusan balak boleh dimanipulasi, aspek penguatkuasaan juga boleh dimanipulasi sehingga mendorong kepada kemusnahan hutan.

?Saya ingin menyeru tindakan segera SPRM dan pihak berkuasa yang lain terhadap pendedahan video Global Witness itu demi kepentingan seluruh rakyat di negara ini.

?Seterusnya memastikan penguatkuasaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dijalankan dengan telus dan tegas di Sarawak khususnya,” katanya yang merupakan AJK Pas Pusat.

Katanya, projek Empangan Bakun adalah contoh terbaik kemusnahan alam sekitar di Sarawak apabila 70 ribu hektar hutan ditebang untuk membina empangan mega tersebut.

Video sepanjang 16 minit itu yang bertajuk ‘ Inside Malaysia’s Shadow State’ mendedahkan rasuah lesen pembalakkan yang didakwa dipelopori oleh Taib dan keluarganya.

Categories
SELANGOR

‘Dahulu Rakyat Tolak Penjajahan British, Sekarang Rakyat Tolak Penjajahan Umno-BN’

3_Mb Batang Lupar

BATANG LUPAR, 15 JAN : Rakyat Sarawak sekarang dilihat sudah bersedia menolak Umno-BN sebagaimana rakyat dahulu menolak penjajahan British suatu ketika dahulu bagi mencapai kemerdekaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu bukan sangsi lagi berikutan sokongan yang diberikan rakyat Sarawak terhadap Pakatan Rakyat(PR) semakin meningkat pada masa kini.

Beliau berkata, sambutan yang menggalakkan terhadap PR membuktikan rakyat Sarawak bersedia melakukan perubahan.

“Sambutan yang baik diterima PR membuktikan rakyat bersedia mahukan perubahan. Dahulunya rakyat tolak penjajahan British, sekarang rakyat tolak penjajahan Umno-BN yang sudah mentadbir lebih 50 tahun,” katanya selepas menghadiri program ceramah dan mesra rakyat di Kampung Maludam, di sini.

PR yakin mampu mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri Sarawak dari pimpinan Umno-BN dengan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Program itu adalah bersempena lawatan kerja Menteri Besar Selangor ke beberapa daerah di Sarawak bagi mendekatkan diri kepada pengundi sebelum menjelangnya PRU-13 nanti.

Lawatan itu turut disertai Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Sebagai rekod dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 yang lalu PR memenangi 15 kerusi DUN. Kesemua kerusi di dimenangi DAP sebanyak 12 kerusi manakala PKR 3 kerusi.

23 _ Mb Batang Lupar

Video Ceramah Mega – Sempena Konvoi Royalti ke Putrajaya


 

Sinopsis:
Ceramah Mega Sempena Konvoi Royalti ke Putrajaya ini telah disiarkan secara langsung pada 2 Oktober 2012 jam 9.30 malam dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam menerusi laman http://www.selangorkini.net