Pra Musim 2016 : Selangor tewaskan Sarawak, 2-0


Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan nyata berpuas hati dengan kemenangan ke atas Sarawak.

Categories
SELANGOR

MB: Selangor adaptasi kejayaan Sarawak kekal keharmonian agama

Oleh: NAEEM RAFFI

KUCHING, 4 MAC: Selangor akan mengadaptasi acuan kejayaan Kerajaan Sarawak dalam mengekalkan keharmonian agama masyarakat majmuk dalam pentadbiran negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, usaha itu diambil bagi memastikan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama di Selangor hidup dalam suasana aman serta harmoni, sekali gus menolak fahaman ekstremis pelampau agama.

Katanya, kepelbagaian agama adalah aset yang amat penting dalam usaha membangunkan negeri dan negara.

rakyat majmuk“Kita mencontohi Sarawak dalam hal ini. Walaupun terdapat 40 peratus bukan Islam di bumi kenyalang, tetapi mereka dapat mengekalkan keharmonian dalam menjalani kehidupan seharian.

“Sebaliknya di Selangor, peratus bukan Islam lebih sedikit tetapi suasana seumpama itu sukar diperoleh,” katanya kepada Selangor Kini.

Hasrat itu sempat dibincangkan secara mendalam ketika kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Adenan Satem, di sini, semalam.

Kesempatan mengetuai delegasi Selangor ke Sarawak sepanjang tiga hari bermula 1 Mac lalu digunakan sepenuhnya apabila Mohamed Azmin berkesempatan bertemu Pengerusi ACS Most Reved Archbishop, Datuk Bolly Lapok di kediaman rasminya di St Thomas Catheral, di sini.

B_Ji_0tVIAAGgvkDalam pertemuan singkat itu, beliau berbincang dengan Bolly untuk menganjurkan dialog antara agama dengan lebih kerap supaya masyarakat Islam dan Kristian dapat memahami antara satu sama lain.

“Sudah tentu peranan masyarakat Islam dan Kristian itu penting untuk menganjurkan pertemuan seperti ini supaya generasi muda akan datang dapat memahami betapa pentingnya kefahaman serta kesedaran berkenaan agama masing-masing.

“Usaha ini juga akan menemukan titik persefahaman yang lebih baik bagi mewujudkan persekitaran harmoni dalam masyarakat majmuk,” katanya.

Pertemuan juga diadakan bersama ketua-ketua gereja Sarawak yang diketuai Chairman of Kuching Ministers Fellowship, Seniour Pastor Darren Tan, dalam majlis tertutup di Kelab Sarawak, di sini, pada 2 Mac lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Pakatan bantu jayakan dasar pro-rakyat Kerajaan Sarawak

Oleh: NAEEM RAFFI

KUCHING, 3 MAC: Dasar baru kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mahu membawa pengurusan telus dan bertanggungjawab termasuk memberhentikan pembalakan haram di bumi kenyalang dapat menjayakan dasar pro-rakyat.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya akan melihat peranan yang mampu dimainkan Adun Sarawak dari kalangan PKR untuk membantu mendokong hasrat murni itu.

B_Ji_0wUQAAKC7J“Saya tersentuh dan terkesan dengan kenyataan Adenan menyatakan Pembangkang di Sarawak bukannya musuh tetapi adalah kawan dalam pentadbiran Kerajaan Sarawak.

“Pembaharuan kepimpinan Sarawak ini disambut baik PKR dan Adun PKR Sarawak sentiasa bersedia memberi kerjasama dalam menjayakannya,” kata Mohamed Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Adenan Satem di sini, hari ini.

Hadir sama Delegasi Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi, Amirudin Shari, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie serta ditemani Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Abang Zulkifli Abang Engkeh

Mohamed Azmin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Adenan kerana menerima kunjungan delegasi Selangor.

“Ini adalah lawatan rasmi saya pertama selaku menteri besar dan kebetulan lawatan ini berlangsung pada sambutan ulangtahun pertama kepimpinan Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Kejayaan Selangor patut jadi inspirasi generasi muda Sarawak buat perubahan

Oleh: NAEEM RAFFI

MIRI 3 MAC: Generasi muda Sarawak perlu membuka mata kejayaan pentadbiran di Selangor dan Pulau Pinang yang memfokuskan negeri berkebajikan dengan menggerakkan perubahan.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata peranan anak muda tempatan melakukan perubahan dengan menggerakan usaha berterusan bagi memastikan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Sarawak.

IMG_1340ajpgKatanya kejayaan pentadbiran Selangor dan Pulau Pinang tidak mustahil berlaku di Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran.

“Orang sebelah sana mendakwa, PKR mana pandai memerintah, hanya pandai berdemo sahaja. Lihatlah sendiri, dua negeri terkaya di semenanjung (Selangor dan Pulau Pinang diperintah Pakatan Rakyat selain daripada Kelantan.

“Selangor penyumbang terbesar dengan 24 peratus KDNK Malaysia. Adakah ia ditadbir oleh BN, tidak…mereka adalah pembangkang,” kata Timbalan Presiden PKR itu.

Beliau berkata demikian di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR cabang Miri, di Kelab Gymkhana, di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Mohamed Azmin turut melancarkan jentera parti pilihanraya DUN Senadin sebelum kesemua delegasi bertolak ke Kuching.

Delegasi Selangor yang diketuai Mohamed Azmin dijadualkan ke Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk kunjungan hormat kepada Tan Sri Datuk Adenan Satem.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: Halang pemimpin Pakatan masuk, KM Sarawak salahguna hak negeri

KUCHING 24 APRIL: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyalahguna hak negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Imigresen untuk menghalang pemimpin PKR memasuki negeri itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hak negeri maksudnya tanah hak adat pribumi (NCR), pengagihan kekayaan dan harta kepada rakyat dari seluruh komuniti dan hak kepada komunititi yang termiskin

anwar ibrahim kongres ke 9 PKR 02“Tetapi dia (Adenan) gunakan alasan ini untuk melindungi pemilik syarikat balak dan pemimpin politik yang korup jadi dia halang pemimpin PKR ini ke Sarawak, sebab dia takut pemimpin pembangkang ini akan beritahu hal ini kepada rakyat Sarawak.

“Apa jenayah yang (Pengarah strategi PKR dan MP Pandan) Rafizi Ramli, (MP Batu) Tian Chua dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution dah buat hingga mereka layak dihalang dari masuk ke Sarawak,” tanya Anwar dipetik Malaysiakini.

Anwar berkata demikian dalam ceramah Jelajah Reformasi 2.0 Sarawak di Bazar Sungai Maong, Kuching semalam.

Kira-kira 1,000 hadir ke ceramah Jelajah Reformasi 2.0 Sarawak di Bazar Sungai Maong, Kuching semalam.

Kata Anwar, selepas Adenan mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Taib Mahmud, beliau sudah pun menyuarakan supaya pemimpin itu dapat menghapuskan amalam korupsi serta memastikan golongan miskin dibantu tidak kira latar belakang dan kaum.

Bagaimanapun, beliau melihat sehingga kini tiada tanda atau kenyataan yang memperlihatkan polisi Sarawak berubah ke arah yang positif.

“Tetapi dalam masa beberapa minggu selepas menjadi ketua menteri, Adenan mula menghalang orang masuk ke Sarawak. Ini bukan tanda yang baik.

“Dia (Adenan) turut buat satu kenyataan tidak baik kepada saya dan kata jika saya tak jaga tingkah laku, dia akan halang saya dari masuk ke Sarawak,” kata beliau.

Categories
SELANGOR

Rakyat Sarawak teruja, kagum kejayaan pengurusan Selangor

Oleh: ASRI SAPFIE

SHAH ALAM, 29 MAC: Kejayaan serta kecekapan Selangor dalam menjaga kebajikan rakyatnya terus menarik perhatian masyarakat di negeri lain.

Kira-kira 30 orang rakyat Sarawak dalam satu sesi lawatan ke Selangor melahirkan rasa teruja dan kagum dengan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dijalankan di negeri itu.

IMG_7626aDalam lawatan singkat itu, mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang disusun Kerajaan Selangor bagi memastikan kebajikan rakyat negeri itu sentiasa di tahap yang optimum.

Antara aktiviti yang menarik minat mereka adalah Program Pemberdayaan Wanita (PWB) di bawah kendalian Exco Wanita dan Kebajikan Selangor, Rodziah Ismail, yang memberi peluang kepada golongan terbabit meningkatkan taraf hidup keluarga dengan aktiviti yang menjana pendapatan sampingan seperti kraftangan dan urutan.

Pada program lawatan selama seminggu itu, wakil dari Sarawak berkenaan dapat belajar cara penanaman sayuran, memasak kuih tradisional dan penerangan aspek keselamatan wanita, yanga mana semua aktiviti itu anjuran PWB cawangan Batu Tiga.

IMG_7597aRodziah berkata, rakyat di negeri Serawak sudah mula berfikiran terbuka dan sentiasa mencari sesuatu yang dapat memajukan diri serta ekonomi mereka di sana.

“Program lawatan ini adalah hasil inisiatif mereka sendiri dan kita menerima kedatangan semuanya dengan hati yang terbuka.

“Mereka akan jadi duta kecil untuk Selangor. Setiap pengalaman mereka di sini sedikit sebanyak dapat membuka mata penduduk di Sarawak berkenaan pelaksanaan program dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat mampu lakukan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Halang pemimpin PKR masuk Sarawak, BN gentar rakyat berpaling tadah

SHAH ALAM, 28 MAC: Tindakan kerajaan Sarawak menghalang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memasuki negeri itu adalah bermotif politik dan berniat jahat, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, PKR dibenarkan bergerak bebas ke seluruh negara termasuk di Sarawak kerana mereka adalah parti politik yang berdaftar.

“Kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa larangan masuk itu dengan alasan akan menimbulkan huru-hara atau kacau ganggu dan memberi kesan buruk kepada hubungan kaum memang jelas bermotif politik serta berniat jahat kerana tidak pernah dibuktikan,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Saifuddin Nasution Ismail putih 01Pada 25 Mac lalu, Saifuddin disekat memasuki Sarawak ketika tiba di Sibu pada jam 11 pagi dan dimaklumkan bahawa satu arahan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk menyekat beliau daripada memasuki negeri itu.

Turut menerima nasib sama adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.

Saifuddin berkata, itu adalah kali pertama beliau dilarang memasuki negeri berkenaan dan tidak pernah berlaku tindakan menghalang pemimpin pembangkang daripada semenanjung untuk menyertai sebarang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di bumi kenyalang.

“Tidak pernah ada masalah selama ini untuk masuk ke Sarawak sejak PKR ditubuhkan, pada tahun 1999. Saya percaya, ia sekadar mengesahkan Barisan Nasional (BN) Sarawak semakin gentar terhadap pengaruh PKR dan kesedaran rakyat negeri itu yang menerima baik parti ini,” katanya.

Adenan-SatemKatanya, larangan itu juga menunjukkan Adenan bimbang dengan kemaraan PKR menjelang Pilihan Raya Sarawak yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun lagi.

“Satu cara digunakan Adenan untuk menyekat kemaraan PKR adalah dengan cara mengenakan sekatan masuk terhadap pemimpin kita ke Sarawak. Adenan terlepas peluang untuk keluar daripada kepompong Taib Mahmud dan hanya menjadi penerus kepada pengaruh dan polisinya tetapi anehnya kita tidak pernah hadapi masalah sebelum ini,” katanya.

JURNAL BERITA – MB : Saya tak tandatangan surat gugur Azmin

Sinopsis:
1. SELCAT: MB tidak pernah tandatangan surat gugur Azmin

2. SELCAT: MB sedia dipanggil, bantu jelas sebarang isu

3. SELCAT: MB arah Azlan jaga kepentingan warga kerja PKNS

4. SELCAT: MMKN tidak sentuh kedudukan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS

5. Exco: Kerajaan Negeri akan kaji kapasiti tangki air pangsapuri

6. Exco: Kerajaan Negeri peruntuk RM26.8 juta untuk Skim Ceria

7. PKR kecam tindakan halang Saifuddin masuk Sarawak

8. Dua lagi pemimpin kanan PKR dilarang masuk Sarawak selepas Saifuddin

9. Tragedi MH370, pimpinan PR zahir ucapan takziah

10.Hadi: Isu MH370, Islam sabitkan kematian tidak diketahui sehingga 4 tahun

11. Mahfuz: Kerajaan perlu bersihkan nama Kapten Zaharie

12. Waris keluarga MH 370 di China adakan protes di kedutaan Malaysia

13. Bapa penumpang MH370 ambil tindakan mahkamah ke atas MAS, Boeing

14. DAP : Hukuman mati 529 penyokong Morsi kejam, mengarut

15. Tribunal Rakyat syor tubuh jawatankuasa bebas, tentukan persempadan semula

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Halang pimpinan PR masuk Sarawak, rejim pemerintah takut hadapi PRK Balingian

SHAH ALAM, 26 MAC: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak mengecam tindakan menghalang tiga pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memasuki Sarawak, semalam.

Penyelaras Bersama SAMM Sarawak, Norazarizah Rahman, berkata hak sebagai anak watan dinafikan dengan angkuh oleh ketua menteri yang memerintah di atas mandat diberikan rakyat demi kelangsungan politik yang sempit.

Katanya, tindakan pengusiran ke atas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presidennya, Tian Chua dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli yang datang untuk bersama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian jelas membuktikan pihak rejim kini ketakutan.

samm“Selepas kita merdeka dan bersama dalam satu gagasan persekutuan, undang-undang dracornia masih dikekalkan oleh rejim pemerintah dengan alasan dangkal.

“Hal itu kerana pihak rejim ketakutan selepas banyak kepincangan dan kelemahan yang didedahkan bagi membendung amarah rakyat yang menyaksikan kebangkitan mereka seperti di PRK Kajang, pada 23 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Norazarizah berkata, rakyat di seluruh negara diarah bersatu hati dalam menghadapi pelbagai maslahan yang kian meruncing, namun penguasa begitu angkuh menggunakan undang-undang di zaman penjajah.

“SAMM Sarawak mengutuk dengan keras hak demokrasi yang sering dilaungkan pemerintah berlandaskan semangat demokrasi berparlimen yang didukungseluruh rakyat negara ini,” katanya.

Categories
NASIONAL

PKR kecam tindakan halang Saifuddin masuk Sarawak

SHAH ALAM, 25 MAC: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution dilaporkan dihalang daripada memasuki Sarawak, hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata Saifuddin tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon PKR dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian.

“Sebaik tiba di Sibu pagi ini, Saifuddin dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas bahawa satu arahan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk menyekat beliau daripada memasuki Sarawak, pada 22 Mac ini.

fahmi-fadzil“Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Fahmi berkata, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik berkenaan yang cukup jelas menggambarkan pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud masih berleluasa walaupun Ketua Menteri sudah bertukar ganti.

“Pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak,” katanya.

-NFN-

Ketua Pembangkang anggap wajar naik gaji

1-MB umum 1/2 bulan gaji untuk kakitangan Kerajaan Selangor

2-Kenaikan gaji Exco, ADUN berpandukan JPM, Sarawak

3-Anwar : Tolak usul intipan tunjuk kerajaan Najib lemah

4-Khidmat bas percuma : Rakyat tempatan didahulukan

5-FOMCA : Negeri lain wajar contohi Selangor beri khidmat bas percuma

6-Menteri Perumahan gagal jawab 3 surat Exco Perumahan Selangor

7-Ketua Pembangkang Selangor anggap kenaikan saraan ADUN, MB wajar

8-Speaker tolak bahas usul tindakan COMANGO

9-‘PJ Safe Safety 4 All’, mantap keselamatan Petaling Jaya

10-MBSA bakal laksana sistem Pembuangan Sampah Bawah Tanah

11-Dua premis vcd lucah diserbu MPSJ

Jadi negeri pengeluar minyak tapi paling rasai kesan kenaikan

minyak sabah sarawakSHAH ALAM, 5 SEPTEMBER: Sekalipun Sabah dan Sarawak antara negeri pengeluar minyak di negara ini, penduduk mereka sebaliknya paling teruk menerima kesan kenaikan harga bahan api itu.

Sebagai satu daripada tiga negeri pengeluar, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen, berkata penduduk Sarawak dan Sabah patut menikmati kelebihan dalam hal berkaitan minyak.

“Harga minyak naik, kita untung lebih besar. Kalau kita ikut trend – apabila harga minyak lebih tinggi, keuntungan Petronas lebih tinggi.

“Walaupun minyak naik, kita kaut lebih keuntungan. Sarawak dan Sabah lebih-lebih lagi memandangkan kita antara satu daripada tiga negeri yang keluarkan minyak.

“Sepatutnya orang Sarawak dan Sabah menikmati lebih kelebihan hasil pengeluaran minyak sebaliknya jadi lebih susah,” katanya kepada TV Selangor.

Sebaliknya, beliau berkata, kesan kenaikan harga minyak amat dirasai penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak berikutan kos pengangkutan dan barangan, naik.

Ia berikutan, katanya keluasan kedua-dua negeri itu menyebabkan kos penghantaran keluar masuk barang bertambah.

“Sebelum kenaikan harga minyak, kos pengangkutan jauh lebih tinggi dari Semenanjung.

“Banyak (harga) barangan keperluan harian lebih tinggi. Untuk penduduk di pedalaman lebih tinggi. Kesan (kenaikan) teruk sekali dirasai orang kampung dan pedalaman,” katanya.

– FZL