RAKAMAN (Sesi Petang) SELCAT – ISU : WABAK DENGGI NEGERI SELANGOR | 215ptg

Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (SELCAT) ISU : WABAK DENGGI NEGERI SELANGOR

Categories
SELANGOR

SELCAT: Laporan pendengaran awam denggi dibentang di DNS 28 Mac

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 FEB: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bakal membentangkan laporan mengenai sesi pendengaran awam mengenai denggi dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 28 Mac ini.

Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh, berkata pembentangan itu bakal dijalankan bagi tujuan perbahasan dalam sidang DNS nanti.

SELCAT4“Kita menyiapkan laporan dan dibentangkan dalam sidang DNS akan datang,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas sesi pendengaran bersama SELCAT itu berakhir.

Sesi pendengaran itu membabitkan empat kumpulan iaitu wakil Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Exco Kerajaan Negeri, kumpulan penduduk dan wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dipanggil selaku saksi.

Hannah berkata, SELCAT mendapati daripada keterangan diberi dalam sesi pendengaran itu maka banyak perkara berbangkit yang perlu diberi perhatian serius bagi tujuan penyelesaian.

Katanya, tiada komunikasi jelas antara pihak berkuasa berkaitan bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Bila soal peruntukan, JKN tidak tahu mengenai peruntukan boleh dipohon daripada Kerajaan Negeri.

“Begitu juga dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam isu saman dan sebagainya,” katanya.

Berhubung isu Exco Kerajaan Negeri tidak dijemput menghadiri mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan di Purajaya, selaku Adun, Hannah berkata, kementerian diminta mengenepikan isu politik bagi menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Wabak denggi adalah isu kesihatan, sepatutnya mesyuarat diadakan kementerian di Putrajaya tidak dilihat sebagai isu politik.

“Exco Kerajaan Negeri sepatutnya dijemput bagi menghadirinya,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

SELCAT: Exco diminta lebih aktif atasi denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 FEB: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mencadangkan Dr Daroyah Alwi dan Ean Yong Hian Wah memainkan peranan lebih aktif bagi mengatasi masalah wabak denggi.

Ahli Jawatankuasa SELCAT, Dr A Xavier Jayakumar, berkata kedua-dua Exco bertanggungjawab perlu mencari jalan bagi menangani isu terbabit supaya ianya tidak menjadi masalah besar.

SELCAT3“Kita perlu akui kes denggi di Selangor berada pada taraf agak tinggi dan dengan ini saya minta kedua-dua Exco untuk memainkan peranan lebih aktif bagi menangani masalah ini.

“Mereka perlu aktif dan berfikir di luar kotak dengan jangan hanya memainkan peranan hampir sama seperti mana sebelumnya,” katanya kepada media selepas sesi pendengaran awam mengenai wabak denggi di Selangor bersama SELCAT di sini, hari ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi serta Exco Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dipanggil menghadiri sesi pendengaran SELCAT hari ini mengenai perkara itu.

Kes denggi di Selangor mencatatkan jumlah tinggi dengan 63,198 kes pada tahun lalu serta 6,756 kes sehingga 30 Januari lalu.

EZY

Categories
SELANGOR

SELCAT: PBT perlu tambah kakitangan kekang denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 FEB: Pertambahan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dicadangkan bagi penambahbaikan dan keberkesanan dalam usaha menangani masalah penularan wabak denggi di Selangor.

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) berpandangan jumlah kakitangan bagi tugasan pencegahan itu tidak memadai dan PBT perlu mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri bagi bantuan berkenaan.

DENGGI GRAFIKPengerusi SELCAT, Hannah Yeoh, berkata perkara itu perlu ditangani segera kerana masalah denggi dihadapi kini agak kritikal.

“PBT perlu mendapatkan bantuan bagi tujuan ini kerana jumlah petugas dimiliki PBT dirasakan tidak mencukupi.

“Begitu juga dengan peruntukan dimaklumkan PBT tidak minta kepada Kerajaan Negeri. Kenapa tidak minta?,” soalnya dalam sesi pendengaran awam mengenai wabak denggi di Selangor bersama SELCAT di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sesi pendengaran bersama wakil PBT antataranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Hannah berkata, peruntukan dalam lingkungan RM30,000 seperti diterima MPK tidak memadai untuk tujuan itu dan diyakini Kerajaan Negeri boleh menyalurkan peruntukan lebih besar.

Jumlah petugas PBT antara 40 hingga 50 kakitangan dianggap kurang dan Dr A Xavier Jayakumar menjelaskan jumlah itu perlukan tambahan segera.

“Sehingga 30 Januari ini kita ada kes 6,756 dan secara purata kalau sehingga akhir tahun ia melebihi 63,198 yang dicatat tahun lalu jika tiada usaha mengatasinya.

“Begitu juga dengan peruntukan diterima daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang tujuannya untuk mendapatkan bekalan kimia tetapi untuk pencegahan perlukan peruntukan tambahan dari Kerajaan Negeri,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

SELCAT: JKN perlu buat kajian keberkesanan atasi denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 FEB: Kajian perlu dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi mengenal pasti kawasan ‘hotspot’ dan isu pengurusan sampah di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata kenyataan mengatakan masalah pembanterasan wabak denggi gagal berikutan masalah pengurusan sampah adalah tidak tepat kerana ia berjalan seperti mana ditetapkan.

Ean SELCAT“Kalau dikatakan gagal tidak tepat tetapi dikatakan kurang berkesan mungkin boleh diterima.

“Bagi saya JKN perlu menjalankan satu kajian bagi mengenal pasti masalah ini dan tidak seharusnya mengaitkan dengan pengurusan sampah di pihak berkuasa tempatan (PBT),’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pendengaran awam mengenai wabak denggi di Selangor bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Mengeai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di sini, hari ini.

Beliau berkata, PBT menjalankan tugas dalam pengurusan sampah dengan baik dan ia pada tahap membanggakan.

Katanya, kutipan sampah domestik dilakukan secara berkala di setiap PBT dan hanya sampah pukal dijalankan seminggu atau dua minggu sekali mengikut jadual di sesuatu PBT.

“PBT kebiasaannya bertindak sebagai agensi bantuan dalam kerja pencegahan wabak denggi.

“Kita sentiasa memberi kerjasama kepada JKN dalam perkara ini,” katanya kepada SELCAT yang mempersoalkan peranan PBT dalam isu pengurusan sampah seperti mana dibangkitkan JKN.

EZY

Categories
SELANGOR

SELCAT: Program Terjah dan Musnah berjaya tangani denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 FEB: Program Terjah dan Musnah dilancarkan Kerajaan Negeri pada awal Februari tahun lalu, dianggap berjaya menangani masalah penularan wabak denggi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata berdasarkan statistik dicatatkan selepas program terbabit dijalankan, ia menunjukkan penurunan memberangsangkan secara berterusan.

“Angka wabak denggi dicatatkan di Petaling Jaya sebelum itu adalah 1,025 dan ia menunjukkan penurunan pada 21 Februari menjadi 883 kes diikuti 28 Februari (736), 7 Mac (778) dan 14 Mac (599) malah ia terus mencatatkan penurunan pada 9 Mei (331).

SELCAT Daroyah“Program ini dilancarkan di Petaling Jaya dengan disertai Menteri Besar dan ia memberikan impak kepada proses pembanterasan wabak denggi,” katanya dalam sesi pendengaran awam mengenai wabak denggi di Selangor bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupyaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) di sini, hari ini.

Daroyah berkata, program terbabit diteruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas itu secara berterusan di kawasan masing-masing selain program penerangan dan pendidikan kepada masyarakat.

Katanya, kesedaran masyarakat bagi mengatasi masalah itu adalah penting dan setakat ini usaha terbabit diteruskan bagi mencapai sasaran ditetapkan.

Bagaimanapun SELCAT berpandangan program dijalankan masih tidak memuaskan dan membangkitkan program di peringkat PBT berikutan kes dicatatkan tetap tinggi apabila setakat ini dengan 11,201 kes di seluruh negeri.

Daroyah berkata, program di PBT terus dijalankan dan peruntukan disalurkan berdasarkan keperluan.

Mengenai mesyuarat bersama Menteri Kesihatan di Putrajaya, beliau menjelaskan Exco tidak dijemput bagi menghadirinya dan hanya menghantar wakil ke mesyuarat berkenaan.

“Selepas tiga tahun Exco tidak dijemput dan hanya hantar pegawai. Ada tanya kenapa?,” soal Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh.

EZY

Categories
SELANGOR

SELCAT: Atasi masalah sampah elak penularan kes denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 FEB: Isu pengurusan sampah di Selangor wajar diatasi bagi mengatasi masalah penularan kes denggi di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor), Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ooi Choo Huck, berkata isu terbabit perlu menjadi keutamaan Kerajaan Negeri JKN demi mengawal kes berkenaan.

“Masalah denggi serius dan tinggi di Selangor dan usaha mengatasinya perlu ditingkatkan.

SELCAT“Jabatan mendapati antara langkah perlu adalah menangani masalah pengurusan sampah di negeri ini” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi kenyataan dalam sesi pendengaran awam mengenai wabak denggi di Selangor kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, jabatan menjalankan usaha berterusan dalam usaha mengatasi masalah terbabit termasuk mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun, beliau berkata, kekangan peruntukan ada kalanya mengehadkan tindakan yang ingin dibuat.

Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh mempersoalkan mengapa JKN tidak memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Ooi menjelaskan perkara terbabit tidak dimakluminya.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) itu menjelaskan seharusnya perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Selangor yang diadakan dua minggu sekali.

“Selama ini kita tak minta pada Kerajaan Negeri kerana tidak tahu dan kita hanya memohon kepada Kerajaaan Persekutuan.

“Kalau memang boleh mungkin kita akan minta,” kata Ooi.

Bagi membanteras denggi, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.015 juta pada tahun lalu dan RM1.5 juta untuk tahun ini.

EZY

SELCAT : Dua exco dipanggil beri keterangan, 23 Feb ini


Dr Daroyah Alwi dan Ean Yong Hian Wah antara yang dipanggil beri keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) berkenaan wabak denggi di Selangor.

Categories
SELANGOR

Dua Exco Selangor dipanggil beri keterangan isu denggi

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 FEB: Dua Exco Kerajaan Negeri akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) berkenaan wabak denggi di Selangor.

Exco terbabit adalah Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi serta Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh berkata, SELCAT turut memanggil 18 individu lain termasuk pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah.

PC-6713“Selangor mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi di Malaysia menurut Kementerian Kesihatan sebanyak 7,335 kes bagi tempoh 1 Januari 2016 hingga 2 Februari 2016,” katanya dalam sidang media di Lobi Bangunan Annex, DNS di sini, hari ini.

Pengerusi SELCAT itu berkata, enam lagi ahli jawatankuasa akan hadir iaitu Timbalan Speaker, Dr Shafie Ngah, Saari Sungib, Ng Suee Lim, Haniza Talha, Dr Xavier Jayakumar Sulaiman Abdul Razak.

Katanya, pendengaran kali ini akan menyiasat gerak kerja dan koordinasi arahan berkenaan langkah pencegahan denggi di Selangor.

“Kita mahu lihat adakah masalah peningkatan denggi ini mempunyai kaitan dengan sistem pengutipan sampah yang sedang kita lakukan.

“Laporan hasil pendengaran awam itu akan cuba dibentangkan dalam sesi pertama sidang DNS pada 28 Mac jika siap lebih awal, namun jika berlaku kelewatan ia akan dibawa dalam sesi persidangan kedua DNS,” katanya.

Pendengaran awam SELCAT akan berlangsung pada 23 Februari depan di Tingkat 2 Bangunan Annex.

-AA-

Isu Air : Kerajaan Negeri sedia beri keterangan di SELCAT

Dalam isu penstrukturan semula industri air Selangor, Kerajaan Negeri terbuka untuk beri keterangan pada sesi pendengaran awam SELCAT

Categories
SELANGOR

MB: Sedia adakan SELCAT penstrukturan air

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 OGOS: Kerajaan Negeri bersedia dan terbuka untuk mengadakan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) dalam isu penstrukturan semula industri air.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menerima keterbukaan itu selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (BEBAS- Pelabuhan Klang) meminta Kerajaan Negeri mengemukakan fakta kenyataan beliau dalam menaikkan tarif air kepada 18 peratus.

MB Azmin“Kerajaan Negeri terbuka untuk adakan SELCAT. Cuma, kita tak boleh menentukan perkara apa yang nak dibincangkan.

“Itu terpulang pada SELCAT,” katanya dalam Sidang Dewan Negeri (DNS), hari ini.

Mohamed Azmin, berkata Kerajaan Negeri sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan keterangan.

“Kami mendukung sebarang usaha untuk kebenaran supaya rakyat maklum. Tiada apa yang nak disorokkan,” katanya.

Abdul Khalid sebelum itu bertanyakan pendirian Kerajaan Negeri dalam bayaran syarikat konsesi bagi pengambilalihan industri air yang akan menyebabkan hasil terjejas seterusnya tarif dinaikkan.

Mohamed Azmin kemudian menegaskan rizab negeri bukan untuk penstrukturan air dan hanya digunakan bagi tujuan pembangunan.

Katanya, kenaikan tarif air sebenarnya dikemukakan Abdul Khalid ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selcat: Naik sewa PPR dibuat 2007 sebelum PR memerintah

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 MAC: Keputusan menaikkan kadar sewa dari RM124 kepada RM250 sebulan terhadap penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) diluluskan pada 2007 iaitu sebelum Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk pemerintahan di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata sekiranya sewa dikekalkan pada kadar RM124 sebulan, maka Kerajaan Negeri terpaksa menanggung subsidi hampir RM1 juta setahun.

yb iskandar 1Katanya keputusan menaikkan kadar itu bertujuan mengelakkan defisit peruntukan tahunan Kerajaan Selangor.

“Bukan semua kena bayar RM250 sebulan, hanya mereka yang berpendapatan lebih RM1,500 akan membayar nilai sewa itu.

“Malah kalau kita lihat kebanyakan rumah PPR yang sama di luar mengenakan bayaran sewa antara RM400 hingga RM600 sebulan, katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban (Selcat) di Dewan Annex, hari ini.

Iskandar yang juga Adun Cempaka, mengakui masalah ini turut berlaku di PPR yang lain namun sesi penjelasan secara berkala akan dilakukan untuk makluman mereka.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah RM5 juta untuk membaikpulih PPR Kota Damansara.

“Selepas kejadian kematian kanak-kanak di situ, Kerajaan Negeri memperuntukkan pada November sebanyak RM5 juta untuk baik pulih.

“Kita minta Perumahan Hartanah Selangor Berhad (PHSB) lakukan kerja-kerja selenggara supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya lagi.

EZY