Categories
SELANGOR

Selcat: Penduduk PPR Kota Damansara minta sewa dikurangkan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 MAC : Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula kadar bayaran sewa bulanan yang dikenakan kepada mereka yang didakwa meningkat sehingga 110 peratus.

Pengerusi PPR Seksyen 8 Kota Damansara, Johari Nander, berkata kenaikan sewa itu berlaku secara mendadak selepas 2008 daripada caj asal sebanyak RM124 kepada RM250 sebulan.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (6)Beliau berkata kadar baru itu membebankan sebilangan besar penduduk yang berpendapatan rendah sehingga ada yang terpaksa memohon bantuan daripada zakat dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Untuk menyewa di PPR adalah berdasarkan kelayakan RM2,000 ke bawah, tanggungan banyak, kelainan upaya dan ibu tunggal.

“Sepatutnya sewa hanya RM124 tetapi naik sehingga RM250, itu cukup menyulitkan keadaan maka ramai tidak mampu membayar sewa sebab mengharapkan bantuan zakat dan sumber lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor ( Selcat) di Dewan Annex, hari ini.

Terdahulu, penduduk PPR Seksyen 8 Kota Damansara membuat bantahan secara aman berhubung kenaikan kadar sewa rumah yang hampir dua kali ganda daripada kadar asal.

Kenaikan kadar itu berlaku sejak Mei tahun lalu daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

Penduduk turut mendakwa kenaikan itu sebagai tidak wajar, malah surat bantahan sudah dibuat sebanyak tiga kali namun hanya mendapat maklum balas sekali.

Mengulas lanjut, Johari berkata keselesaan dan tahap keselamatan di pangsapuri terbabit juga kian merosot selepas 2008 hingga menyebabkan penduduk berada dalam keadaan bimbang dan berjaga-jaga.

Malah beliau turut mendakwa penyelenggaraan pangsapuri tidak memuaskan apabila kebanyakan lif gagal berfungsi dengan baik termasuk berlaku kerosakan di bahagian pemegang tangga di kebanyakan blok.

“Sehingga kini kemudahan itu tidak diselenggara dengan baik atau tidak berfungsi sepenuhnya seperti pili bomba yang rosak atau tiada air (jika berlaku musibah).

“Sebelum 2008, kerosakan itu tidak ketara tetapi selepas itu banyak yang rosak. Kita minta Kerajaan Negeri bantu penduduk PPR di sini,” katanya lagi.

Selcat dipengerusikan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh dan disertai barisan panel lain terdiri daripada Adun Selangor antaranya Dr Xavier Jayakumar, Saari Sungib, Shafie Ngah, Haniza Talha, Ng Suee Lim dan Sulaiman Abdul Razak.

EZY

SELCAT siasat isu penyelenggaraan PPR 3 Mac ini

Sinopsis: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Hannah Yeoh berkata SELCAT mahu melihat penggunaan dana yang peruntukkan untuk pelenggaraan PPR

Categories
SELANGOR

SELCAT siasat isu penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat 3 Mac

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 27 FEB: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) akan mengadakan pendengaran awam pada Selasa (3 Mac) ini bagi menyiasat isu penyelenggaraan dan pemantauan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh berkata pendengaran itu diadakan berikutan dua insiden yang berlaku di dua buah PPR di negeri ini sehingga meragut dua nyawa sebelum ini.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (1)“Jawatankuasa memutuskan akan menyiasat isu ini antaranya Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ditugaskan untuk memastikan penyelenggaraan sebahagian rumah pangsa di Selangor.

“Pihak terlibat secara langsung disaman untuk hadir memberi keterangan kepada Selcat.

“Jadi isu PPR ini kita nak siasat disebabkan ada dua kes kematian kanak-kanak tetapi kita tak fokus kepada dua kes tersebut kerana dah jadi kes polis tetapi kita nak tengok secara amnya isu penyelenggaraan seluruh Selangor,” kata Hannah.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Balai Masyarakat di Rumah Pangsa Kos Rendah PJS 7, Bandar Sunway di sini, hari ini.

11022568_823963824343907_4576485144990881769_nJelas Hannah, siasatan Selcat juga merangkumi perbelanjaan peruntukan yang disalurkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sebelum dan selepas berlaku insiden terbabit, isu kutipan caj penyelenggaraan dan lain-lain isu berkaitan.

“Rumah pangsa tersebut merupakan program perumahan rakyat di bawah Rancangan Malaysia ke-7 Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Baru-baru ini selepas kematian kanak-kanak tersebut Kerajaan Persekutuan melalui Datuk Seri Noh Omar ada memperuntukan lebih RM1 juta penyelengaraan dan Kerajaan Negeri melalui Exco juga mengumumkan peruntukan,” kata beliau lagi.

Antara dipanggil memberi keterangan dalam pendengaran awam itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, wakil Kerajaan Persekutuan melalui KPKT, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), wakil persatuan penduduk PPR terlibat dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Selepas kita mendengar kenyataan dari semua saksi, jawatankuasa akan membuat saranan kepada Kerajaan Negeri untuk membaiki mutu penyelenggaraan dan mekanisma perbelanjaan,” kata beliau lagi.

EZY

150 dokumen Kerajaan Negeri diserah kepada awam melalui FOI

Sebanyak 150 dokumen Kerajaan Negeri daripada 163 permohonan diserahkan kepada awam sejak Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) dikuatkuasakan, maklum Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohammed Khusrin Munawi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) yang bersidang semalam.

Categories
SELANGOR

SELCAT: Pihak ketiga gagal jawab punca keberkesanan FOI dipersoalkan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 JAN: Ketidakpuasan hati rakyat dalam mendapatkan maklumat berhubung sesuatu isu dikatakan berpunca daripada pihak ketiga yang lewat atau tidak menyalurkannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), Hannah Yeoh, berkata keikhlasan Kerajaan Negeri dipersoalkan mengenai perkara itu berikutan kelewatan atau kegagalan berbuat demikian.

SELCAT“Orang ramai kecewa kerana maklumat dipohon gagal diperoleh.

“Memang orang ramai bertanya sama ada Kerajaan Negeri ikhlas dalam melaksanakan enakmen kebebasan maklumat kerana isu besar seperti memorandum perjanjian (MOU) air, Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) tidak dijawab,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Hannah berkata, berdasarkan sesi pendengaran awam berkenaan enakmen kebebasan maklumat itu memang diakui Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammed Khusrin Munawi, terdapat kekangan dan kelemahan dalam pelaksanaannya.

Katanya, seperti dimaklumkan memang permohonan ketiga-tiga isu ini melebihi tempoh 30 hari dan berbulan lamanya baru mendapat maklum balas.

“Untuk MOU air, Kerajaan Negeri menulis kepada Kerajaan Pusat untuk dapatkan kebenaran.

“Secara lisan, menteri kata tak boleh dan surat belum dijawab. Kalau tiada kebenaran pihak ketiga memang tidak boleh,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai seharusnya memahami akan perkara berkenaan.

Katanya, SELCAT juga akan menjalankan siasatan mengenai perbelanjaan RM246,000 yang digunakan bagi tujuan kursus dan latihan pegawai maklumat.

“Laporan berhubung sesi pendengaran ini akan dibentangkan dalam sidang dewan pada Mac ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Selcat: Siasatan RM2.6 juta tidak akan didengar kepada awam

SHAH ALAM, 7 JAN: Siasatan keatas laporan audit pembayaran gratuiti RM2.6 juta kepada lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan didengarkan kepada awam.

Hal itu kerana siasatan menyeluruh sudah dibuat dan laporan audit ke atas kes berkenaan sudah dibentangkan di dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Hannah Yeoh.

SELCAT“Ahli Jawatankuasa Selcat berpendapat bahawa tidak ada keperluan untuk menjalankan pendengaran awam berkenaan perkara ini kerana siasatan audit menyeluruh sudah dijalankan Kerajaan Negeri.

“Laporan audit itu sudah dibentangkan di dalam Dewan Negeri Selangor lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selcat juga akan bersidang untuk menyiasat perlaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat, pada 27 Januari lalu dan siasatan itu akan didengarkan kepada awam.

“Selcat menerima aduan enakmen itu tidak berkesan di kebanyakan jabatan kerajaan negeri. SELCAT memandang serius isu akses maklumat kepada orang awam,” tegasnya.

Categories
SELANGOR

Selcat bincang isu pampasan RM2.6 juta selepas MBI serah notis

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JAN: Kontroversi pampasan RM2.6 juta melibatkan lapan bekas pembantu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dibincangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) selepas menerima notis daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Ahli Jawatankuasa Selcat, Sulaiman Razak berkata, jawatankuasa itu juga membuat keputusan untuk memberi tempoh 14 hari kepada pihak terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Selcat bermesyuarat semalam dan membuat keputusan untuk menunggu notis dari MBI yang ketika ini memberi tempoh 14 hari bagi pemulangan semula pampasan itu.

SELCAT“Bagaimanapun, tindakan akan diambil jika tiada maklum balas. Kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Semalam, lapan bekas pegawai MBI terbabit menerima surat tuntutan bagi pemulangan semula wang pampasan itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, sebelum ini meminta mereka memulangkan semula wang pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan kerana mendakwa pembayaran itu dibuat tanpa mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan.

Ia membabitkan lebihan pembayaran kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Politik, Mustapha Mohd Talib.

Laporan audit mendapati kelulusan pembayaran pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan berkhidmat dan persetujuan bagi melaksanakan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) tidak mengikut  prosedur betul.

Mohamed Azmin turut memberi jaminan bahawa semua lapan individu itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah sepatutnya.

sulaiman abdul razakSulaiman yang juga Adun Permatang secara peribadi berkata, tindakan terbabit wajar dilakukan jika pengurusan baharu MBI mendapati terdapat keraguan membabitkan jumlah pampasan itu.

“Apa juga tindakan yang dilakukan bekas pengurusan MBI terdahulu, saya yakin mengikut prosedur dari segi peraturan kewangan.

“Namun, peraturan pembayaran mesti mengikut formula tertentu yang mungkin menggunakan formula berbeza. Kerajaan Negeri yang baru wajar menyemak semula kerana berhak berbuat demikian,” katanya.

-NFN-

SELCAT: Air lombong terawat selamat digunakan, pampasan kakitangan TSKI didedahkan

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) Hannah Yeoh berkata siasatan mendapati penggunaan air lombong terawat bagi menangani kesan musim panas yang lalu selamat digunakan, tetapi kontroversi boleh dielak sekiranya pentadbiran lalu menjalin komunikasi efektif dengan semua pihak berkepentingan.

SELCAT juga akan meneliti audit pampasan kepada kakitangan mantan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun laporan itu telah didedahkan untuk pantauan awam.

Categories
SELANGOR

Laporan Selcat penggunaan air lombong siap & diluluskan DNS

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 DIS: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) berhubung penggunaan air lombong sudah disiapkan dan diluluskan Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Pengerusinya, Hannah Yeoh berkata, pendengaran berhubung perkara itu sebelum ini dilakukan secara tertutup bagi membincangkan perkiraan logik berkenaan dan bukan mahu menyembunyikan maklumat daripada orang ramai.

“Kita ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa laporan terhadap siasatan penggunaan air lombong ketika musim kemarau beberapa bulan lalu sudah siap dan dibentangkan dalam sidang DNS.

Selcat“Ia sudah dibahas dan diluluskan,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Hannah berkata, Selcat sudah memanggil beberapa saksi iaitu ahli akademik bagi menyiapkan laporan itu yang ditulis Prof Datuk Dr Mohd Jamil Maah dan Dr Muhammad Aqeel Ashraf, Kerajaan Negeri, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempertikaikan penggunaannya.

“Secara amnya, ahli akademik menyatakan memang air lombong mempunyai kandungan logam tetapi apabila bercampur dan dicairkan dengan air sungai serta dirawat, maka ia selamat digunakan.

“Selama ini, air lombong secara semula jadinya tetap mengalir ke dalam sungai apabila hujan lebat tanpa sebarang usaha pengepaman,” katanya.

HannahBeliau berkata, Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan turut mengesahkan bahawa sebelum air dilepaskan dari loji rawatan kepada pengguna, Jabatan Kesihatan akan mengesahkan air terbabit selamat digunakan.

“Isu hangat di dalam dewan tadi adalah berkenaan hak kerana pentadbiran dahulu mengumumkan RM10 juta untuk pembelian pam air. Ketika kita membuat penilaian ini, pam masih belum sampai. Sekarang ia baru sampai.

“RM10 juta ini juga bukan khas untuk pam tetapi untuk pembenihan awam dan yang lain. Kita tidak gembira dengan hal ini. Yang kita nampak, ia adalah isu serius didedahkan kerajaan kepada pihak awam,” katanya.

ADUN Permatang, Sulaiman Razak yang juga salah seorang ahli jawatankuasa Selcat berkata, antara dibincangkan adalah usaha bersama bagi memelihara sungai dan meminta Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi tujuan berkenaan.

“Masalah kita sekarang adalah air sungai tercemar. Kita perlu menyediakan peruntukan supaya pemeliharaan sungai berada pada tahap kelas tiga, bukan tahap kelas empat atau lima yang teruk tercemar.

“Hal ini supaya proses pembersihan di loji rawatan tidak memerlukan kos yang tinggi,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sanggup jadi saksi SELCAT bukti Abdul Khalid telus

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 JUN: Kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai saksi dalam sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) membuktikan beliau komited dan telus.

Abdulu Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) dipanggil sebagai saksi berhubung isu kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Selangor (PKNS).

IMG_3376Kehadiran Abdul Khalid sebagai saksi pendengaran SELCAT, pada 25 Mac itu mendapat pujian daripada ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim (DAP) yang menyifatkannya sebagai sikap yang baik dan perlu dicontohi semua pihak termasuk Perdana Menteri.

“Dalam sesi pendengaran ini ada satu perkara unik kita nampak apabila Jawatankuasa SeELCAT yang ditubuhkan di dewan yang mulia ini buat pertama kalinya memanggil Menteri Besar.

“Menteri Besar hadir dan memberikan kerjasama penuh kepada jawatankuasa ini. Ia adalah contoh yang baik kerana sebagai ketua kerajaan beliau bertanggungjawab atas segala isu berkenaan kerajaan.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah, seorang Menteri Besar sanggup menampilkan diri sebagai saksi walaupun di Parlimen. Kalau kita tanya Perdana Menteri, beliau juga tidak pernah melakukan perkara demikian.

“Inilah contoh pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang bertanggungjawab dan mengamalkan ketelusan,” katanya ketika membentangkan usul berhubung isu penamatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dan penamatan kontrak 20 kakitangan kontrak PKNS Holdings.

attactserangNG SUEE LIM-AZMIN2 copyBeliau berkata demikian dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang memasuki hari ketiga, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika menyentuh isu penamatan Mohamed Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, Suee Lim menggesa Kerajaan Negeri menjelaskan status sebenar kedudukan beliau.

“SELCAT mendapati tiada bukti yang mengesahkan penamatan Azmin sebagai Lembaga Pengarah PKNS. Sebarang tindakan menamatkan perkhidmatan kakitangan kontrak perlu dijalankan lebih teratur pada masa hadapan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kualiti air lombong dibentang dalam sidang DNS

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 JUN: Kerajaan Negeri akan mengemukakan penyata berkenaan alternatif air lombong sebagai sumber air tambahan Selangor untuk dibentang dan dibahas pada sesi Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bermula 16 Jun ini.

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) sudah memanggil satu pendengaran berhubung perkara itu, baru-baru ini.

“Kita sudah mendengar aduan daripada ahli parlimen berkenaan kekhuatiran mereka terhadap sumber air lombong yang dipam ke dalam sungai (Sungai Selangor) yang diragui keselamatannya untuk kegunaan pengguna Selangor.

ISU AIR SELANGOR BARU“Kita juga sudah mendengar taklimat daripada Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan dua saksinya dari Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan Selangor,” katanya pada satu sidang media di Pejabat Speaker DNS, di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Selangor Kini difahamkan, dua jabatan terbabit memberitahu SELCAT bahawa air lombong yang dipam ke dalam sungai Selangor selamat digunakan.

Pada 10 Jun lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) memanggil satu pendengaran berhubung kualiti air lombong yang diragui keselamatannya selepas dibangkitkan beberapa pihak.

Mesyuarat yang berlangsung pada jam 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian itu membabitkan empat saksi iaitu Exco Belia dan Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi; Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat dan dua Ahli Parlimen, Wong Chen (Kelana Jaya) dan Charles Santiago (Klang).

Bagaimanapun Dr Yunus tidak turut serta dalam pendengaran itu kerana menghadiri Majlis Dialog Belanjawan 2015 di SACC.

Charles sebelum ini mendesak Kerajaan Negeri mendedahkan analisa kandungan air lombong itu ekoran timbul beberapa kebimbangan berkenaan keselamatan pengguna di Lembah Klang.

Beliau juga bertindak untuk menyaman Kerajaan Negeri atas tindakan menggunakan air lombong sebagai sumber bekalan ke lembangan empangan Selangor untuk penduduk Lembah Klang ketika berlaku krisis bekalan air, baru-baru ini.

khalidMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam reaksinya berkata, tiada keperluan untuk Charles mengambil tindakan undang-undang kerana Kerajaan Negeri ‘berbesar hati’ untuk mendedahkan dapatan analisa yang menunjukkan bahawa sumber air dari kolam lombong itu selamat untuk diminum.

“Kami jalankan ujian setiap minggu. Kementerian Kesihatan, negeri dan konsesi airsemuanya melakukan ujian,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media, semalam (12 Jun).

Khalid berkata, keputusan ujian itu juga boleh dilihat dengan mengakses laman web LUAS.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB : Saya tak tandatangan surat gugur Azmin

Sinopsis:
1. SELCAT: MB tidak pernah tandatangan surat gugur Azmin

2. SELCAT: MB sedia dipanggil, bantu jelas sebarang isu

3. SELCAT: MB arah Azlan jaga kepentingan warga kerja PKNS

4. SELCAT: MMKN tidak sentuh kedudukan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS

5. Exco: Kerajaan Negeri akan kaji kapasiti tangki air pangsapuri

6. Exco: Kerajaan Negeri peruntuk RM26.8 juta untuk Skim Ceria

7. PKR kecam tindakan halang Saifuddin masuk Sarawak

8. Dua lagi pemimpin kanan PKR dilarang masuk Sarawak selepas Saifuddin

9. Tragedi MH370, pimpinan PR zahir ucapan takziah

10.Hadi: Isu MH370, Islam sabitkan kematian tidak diketahui sehingga 4 tahun

11. Mahfuz: Kerajaan perlu bersihkan nama Kapten Zaharie

12. Waris keluarga MH 370 di China adakan protes di kedutaan Malaysia

13. Bapa penumpang MH370 ambil tindakan mahkamah ke atas MAS, Boeing

14. DAP : Hukuman mati 529 penyokong Morsi kejam, mengarut

15. Tribunal Rakyat syor tubuh jawatankuasa bebas, tentukan persempadan semula

http://tv.selangorku.com