Categories
SELANGOR

SAOW datang lagi, temui masyarakat di Seksyen 18

SHAH ALAM, 6 MAC: Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Giant, Seksyen 18 pada 10 Mac ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pejabat bergerak itu mula beroperasi jam 11 pagi hingga 5.00 petang.

Katanya, kewujudan perkhidmatan itu diharapkan dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

“SAOW merupakan landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Ia akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan jualan kupon parkir,” katanya.

Categories
SELANGOR

Shah Alam on Wheels di Giant Sekysen 18, Sabtu ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 5 FEB: Pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Giant, Seksyen 18, pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu operasi pejabat bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan ini adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan, pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Ia menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir,” katanya.

Melalui perkhidmatan itu, MBSA turut berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatannya untuk manfaat masyarakat.

Categories
SELANGOR

Shah Alam On Wheels di Jalan Kebun hari ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 1 DIS: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) beroperasi di perkarangan Masjid Al-Falah, Kampung Batu 7, Jalan Kebun, Seksyen 30, di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, SAOW beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan ini adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan, pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini juga menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, bayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir dan sebagainya,” katanya.

Melalui perkhidmatan itu, MBSA turut berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan Majlis untuk manfaat masyarakat.

Categories
SELANGOR

BUAL ajak orang ramai kupas topik ‘Warnai Pengetahuan’ esok

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 MAC: Orang ramai dijemput menyertai program bual bicara santai, BUAL yang berlangsung esok di INTEC Education College, UiTM Seksyen 17 di sini, pada jam 2 petang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, program julung kali itu akan membicarakan topik ‘Warnai Pengetahuan’ untuk edisi pertama.

Katanya, tiga ahli akademik bakal bertindak sebagai panelis bagi membincangkan hal pendidikan tinggi dan kehidupan kampus pelajar.

“Bagi menarik pengunjung untuk memeriahkan program ini, ia juga turut menampilkan kehadiran artis jemputan.

MBSA03“Antaranya, kita tampilkan pasangan duo, Hani dan Sue yang merupakan bekas pemenang Project EP Hot FM beberapa tahun lalu,” katanya.

Program BUAL merupakan anjuran bersama MBSA dan INTEC, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Shahrin berkata, program berkenaan merupakan komitmen berterusan MBSA menjadi medium komunikasi kreatif serta memberi mesej positif kepada generasi muda khususnya di Shah Alam.

“Selain itu, ia juga sebagai salah satu peranan MBSA menyemarakkan aktiviti seni budaya, memberi peluang kepada golongan kreatif berkarya dan memperkasakan Shah Alam sebagai kota seni,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

MBSA sedia 7 pusat kitar semula

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 SEPT: Terdapat tujuh Pusat Kitar Semula disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk kemudahan orang ramai menghantar barangan boleh dikitar semula.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, lima daripadanya turut menerima minyak masak terpakai.

Katanya, ia termasuk Pusat Kitar Semula Seksyen 6, Pusat Kitar Semula Seksyen 11, Pusat Kitar Semula Seksyen 17, Pusat Kitar Semula Seksyen 25 dan Pusat Kitar Semula Seksyen U8.

MBSA03“Orang ramai ingin melupuskan barang kitar semula seperti kertas botol tin aluminum juga boleh berkunjung ke pusat kitar semula ini.

“Diharapkan inisiatif ini dapat mendidik masyarakat supaya menjadikan amalan kitar semula sebagai gaya hidup di samping menjayakan misi Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030,” katanya kepada Selangor Kini.

MBSA juga menyediakan perkhidmatan menghantar dan mengambil tong bagi pengumpulan minyak masak untuk restoran, kantin, kilang makanan dan hotel.

Shahrin berkata, kapasiti tong adalah berbeza iaitu 60 liter, 200 liter dan 1,000 liter.

Untuk sebarang permohonan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Bahagian Pembersihan Awam dan Alam Sekitar di talian 03-55105133 sambungan 1238 atau 1570.

-nR-

Categories
SELANGOR

Tiga kumpulan buskers jayakan Warna 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 OGOS: Penampilan tiga kumpulan buskers dianggotai pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan anak muda Shah Alam menjanjikan kelainan sempena Program Warna 2016.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata program turut menampilkan kumpulan nada akustika, persembahan seni silat, kompang formasi serta gerak tari rampaian irama Malaysia daripada kumpulan Yanaz.

“Program yang dilaksanakan secara berkala ini merupakan inisiatif MBSA menyemarakkan aktiviti seni budaya serta memberi peluang kepada golongan kreatif berkarya.

MBSA03“Ini juga merupakan sebahagian usaha memperkasakan bandar raya Shah Alam sebagai kota seni,” katanya kepada SelangorKini.

Bertempat di Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, program dijadual bermula jam 2 hingga 7 petang, pada 13 Ogos ini.

Shahrin berkata, program berbentuk santai itu memberi peluang pengunjung menikmati suasana indah lukisan mural di Laman Seni 7.

“Selain itu, bazar seni seperti pameran karya seni anak muda, lukisan, barangan ciptaan dan jualan barangan perhiasan turut disediakan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-350 7888.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tiga tanjakan haram ganggu petak pakir dimusnah

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 1 JAN: Sebanyak tiga unit tanjakan (ramp) tanpa kebenaran yang menghalang petak pakir dipecahkan dalam Operasi Pecah Tajakan Haram di Seksyen 32, Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata penggunaan petak pakir tanpa kebenaran untuk tujuan perniagaan merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133).

MBSA-Shahrin Ahmad“MBSA menggunakan sebuah jentera ‘excavater’ untuk menanggalkan tanjakan tersebut.

“Operasi itu melibatkan 13 orang kakitangan daripada Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penguatkuasaan dan Bahagian Korporat & Perhubungan Awam,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, pemilik premis yang ingin menggunakan petak pakir bagi tujuan perniagaan, perlu membuat permohonan sewaan daripada pihak MBSA terlebih dahulu.

MBSA OPS PECAH TANJAK“Tindakan tegas termasuk memecahkan tanjakan akan dikenakan kepada pemilik premis yang ingkar.

“MBSA juga telah mengenalpasti 20 kategori perniagaan yang boleh memohon sewaan tempat letak kereta khas untuk tujuan perniagaan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkenaan sewaan petak letak kereta khas, orang ramai boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-5522 2882.

Categories
SELANGOR

120 keluarga terima bantuan Ramadan MBSA

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 JUN: Seramai 120 buah keluarga menerima sumbangan Ramadan pelbagai bentuk berjumlah RM200 dan wang tunai RM50 dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad, berkata sumbangan diwakili Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam yang diserahkan kepada penerima kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah.

IMG_4907“Program itu bertujuan membantu meringankan beban penduduk Sahah Alam dalam membuat persiapan menyambut bulan Ramadan.

“Ia juga sebagai landasan bagi MBSA menjayakan aktiviti kemasyarakatan untuk mengeratkan lagi ukhuwah bersama penduduk Shah Alam,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, sumbangan diberikan berbentuk barangan kering, keperluan harian seperti beras, bawang, rempah ratus, kicap, minyak, gula dan garam.

“MBSA berharap, bantuan yang diberi dapat meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan kerana kami sedar kos sara hidup semakin meningkat di samping dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Mural Laman Seni 7 rosak, MBSA bincang dengan gedung tekstil

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan perbincangan dengan pemilik gedung tekstil berhubung tindakan gedung pakaian terkenal itu membina tangga hingga merosakan mural yang terdapat di Laman Seni 7, di sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, perbincangan itu perlu diadakan bagi menjamin kewujudan ruang pameran kesenian yang mula menjadi salah satu daya tarikan pengunjung di bandaraya itu.

laman seni seksyen 7 MB 8a“MBSA akan berbincang dengan pemilik premis berkenaan supaya dapat menyelesaikan perkara ini. Laman Seni 7 sudah menjadi daya tarikan pelancongan yang baru dan terkenal di Shah Alam.

“Musim cuti persekolahan ini dijangka lebih ramai pengunjung akan berkunjung ke laman seni ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Katanya, Laman Seni 7 akan terus berjalan seperti biasa dengan menonjolkan lebih banyak lagi hasil seni menarik yang boleh ditatapi pengunjung.

Terdahulu beberapa individu di Laman Facebook menyifatkan gedung tekstil terbabit kurang memberi kerjasama terhadap usaha mencantikkan lorong belakang itu sebagai ruang pameran karya seni.

MBSA-Shahrin AhmadWalaupun kurang mendapat kerjasama gedung berkenaan, MBSA dengan kerjasama penggiat seni berjaya mengubah lorong belakang itu dari lorong terbiar dipenuhi tikus dan air longkang berbau busuk kepada kawasan yang menarik perhatian orang ramai.

Selepas lorong belakang itu bertukar wajah, gedung tekstil terbabit dikatakan mengambil kesempatan dengan membina tangga untuk dijadikan satu lagi pintu masuk ke premis mereka.

Tindakan itu menyebabkan perasaan kurang senang pengunjung ekoran tindakan itu dikatakan merosakkan beberapa karya seni yang ditempatkan di lorong terbabit.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Denggi: MBSA gempur 8 jalan perumahan Seksyen U2

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 23 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus menggempur kawasan hot spot kes demam denggi dan kali ini dilaksanakan di Seksyen U2, di sini.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, operasi yang dijalankan itu melibatkan 90 kakitangan dari pelbagai jabatan, pada 20 November lalu.

Katanya, pemeriksaan dilakukan di sekitar kawasan rumah kediaman untuk memeriksa tempat yang berpotensi sebagai tempat pembiakan jentik-jentik.

“Pihak MBSA ingin memberi nasihat kepada penyewa dan pemilik rumah supaya melaksanakan pemeriksaaan serta melakukan aktiviti gotong royong.

“Langkah ini penting untuk memastikan kediaman dan kawasan sekitar dalam keadaan terjaga, bersih dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi Gerak Gempur Denggi kali ini melibatkan pemeriksaan di Jalan U2/36, U2/37, U2/38, U2/39, U2/40, U2/41, U2/42, U2/43, Seksyen U2, di sini.

Mengulas komitmen MBSA, Shahrin berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan di kawasan perumahan terutama lokasi berstrata.

“Jika didapati ada pembiakan jentik-jentik, MBSA akan mengenakan kompaun atas kesalahan membiaknya di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),” katanya.

Bermula dari awal tahun hingga 15 November lalu, pihak MBSA sudah mengadakan aktiviti pemeriksaan terhadap 88,050 premis sekitar Shah Alam, manakala aktiviti semburan atau ‘fogging’ di 798,888 premis dan mengeluarkan 745 kompaun atas kesalahan membiak jentik-jentik Aedes.

Selain itu, MBSA turut menubuhkan Bilik Gerakan Denggi bagi memantau dan menerima aduan serta laporan demam denggi daripada hasil pemeriksaan yang dijalankan dan orang awam.

Bilik Gerakan Denggi boleh dihubungi di talian 03-5522 2793 pada waktu pejabat sahaja.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pengambilan borang bazar ramadhan MBSA dibuka sehingga esok

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 MAC: Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan 27 lokasi tapak bazar Ramadhan yang menawarkan 2,226 lot berniaga.

Timbalan Pengarah Korporat, Shahrin Ahmad, berkata orang ramai boleh mendapatkan borang permohonan secara percuma di kaunter utama di Wisma MBSA, di sini, sehingga esok (27 Mac).

Katanya, borang juga boleh didapati secara muat turun di laman web rasmi MBSA di www.mbsa.gov.my.

MBSA-Shahrin Ahmad“Proses pengeluaran Permit Bazar Ramadhan ini akan mengambil masa sehingga tiga bulan bermula pada 25 Mac ini, yang mana borang akan mula diedarkan sehingga penyerahan permit berniaga yang dijadualkan, pada 17 hingga 19 Jun ini.

“Daripada keseluruhan lot yang disediakan, 1245 tapak daripada lapan lokasi yang diundi dan 981 daripada 19 lokasi yang tidak diundi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sharin berkata, pihak hanya membenarkan setiap pemohon menghantar satu borang permohonan sahaja serta perlu hadir sendiri mengembalikan borang kerana gambar foto mereka akan diambil secara terus.

“Pemohon juga perlu terdiri di kalangan warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan melampirkan salinan dokumen peribadi seperti salinan kad pengenalan, salinan bil air, elektrik atau cukai pintu untuk pengesahan alamat tinggal di Shah Alam.

“Selain itu, pemohon juga perlu mematuhi syarat kesihatan antaranya memakai apron, topi dan kasut ketika menjalankan perniagaan,” katanya.

Setiap penjaja akan dikenakan bayaran RM215 untuk jualan makanan dan minuman, manakala bagi jualan air kelapa, air tebu atau jualan berbakar pula akan dikenakan bayaran permit RM245 serta cagaran RM200.

OBagi jualan ayam golek pula akan dikenakan bayaran permit RM305 dan cagaran RM200, sementara bayaran lain yang dikenakan termasuk bayaran apron dan topi (RM20), plastik sampah (RM10) serta bayaran kursus peniaga (RM50).

Antara lokasi bazar adalah di Jalan Plumbum 7/98 Seksyen 7, tapak Bazarena Seksyen 13, tapak pasar malam TTDI Jaya dan tapak pasar malam Subang Perdana.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Permit Bazar Ramadhan, orang ramai boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan di talian 03-55105133 sambungan 1550 atau 1317 atau 1549 atau 1486 atau 1396.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kempen Pengurangan Kompaun MBSA sehingga 80 peratus

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekali lagi menawarkan pengurangan kompaun sehingga 80 peratus kepada orang ramai yang mempunyai tunggakan di kawasan pentadbirannya.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata tawaran istimewa sepanjang bulan Mac ini khusus bagi memberi peluang kepada orang ramai menjelaskan tunggakan kompaun sebelum dikenakan tindakan tegas.

Katanya, kempen itu juga bertujuan mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dan tidak melengahkan masa untuk menjelaskan bayaran kompaun yang dikenakan ke atas mereka.

“Jadi, kami menyeru orang ramai supaya mengambil peluang kempen pengurangan kompaun selama sebulan ini untuk membuat semakan dan seterusnya menyelesaikan tunggakan kompaun masing-masing.

“Mereka boleh membuat bayaran sama ada di kaunter utama MBSA di Shah Alam, pejabat cawangan dan melakukan pembayaran secara atas talian,” katanya dalam satu kenyataan.

MBSA-Shahrin AhmadAntara senarai kompaun yang diberikan pengurangan adalah Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-Undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005, Undang-Undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2005 dan Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MBSA) 2007.

Turut diberikan pengurangan kompaun adalah kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Undang-Undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007, Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-Undang Kecil Pasar (MBSA) 2007.

Bagaimanapun, pengurangan kompaun itu tidak akan membabitkan kesalahan kompaun di bawah Akta dan juga Undang-Undang Kecil seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (kompaun pembiakan jentik-jentik), Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MBSA) 1982 & 2007 dan Undang-Undang Pusat Siber dan Kafe Siber 2007.

Orang ramai juga tidak boleh memohon pengurangan kompaun bagi kesalahan di bawah Undang-Undang Kerja Tanah (MBSA) 2007, Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing, Kompaun Penundaan serta Amaun Kompaun yang sama atau melebihi RM1,000.

Bagi membuat pembayaran, mereka boleh mengunjungi kaunter MBSA di Tingkat G, Wisma MBSA atau pejabat cawangan yang terletak di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam.

Sementara itu, bagi pembayaran secara atas talian, orang ramai boleh melayari laman web MBSA di www.mbsa.gov.my untuk pembayaran melalui kaedah kad kredit atau FPX.

Untuk sebarang pertanyaan, mereka boleh hubungi Jabatan Pengurusan Hasil dan Pelaburan, MBSA di talian 03-55222882.

-NFN-