Categories
GLOBAL

Bau ‘misteri’ hantui penduduk Singapura terjawab

SINGAPURA 30 SEPT: Bau yang ‘tidak selesa’ yang dihidu penduduk di Singapura pada Isnin lepas, adalah berpunca dari sebuah kemudahan perindustrian di Pasir Gudang, Johor, demikian menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura (NEA).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di republik itu, NEA berkata ia telah menghubungi rakan sejawatannya di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada hari yang sama, untuk mendapatkan bantuannya.

“JAS telah menghantar anggotanya untuk mengenal pasti sumber bau itu. Ia telah mengesan sumber bau itu dari sebuah kemudahan perindustrian di Pasir Gudang dan telah mengambil tindakan terhadap pengendalinya,” kata NEA dan menambah ia akan terus memantau kualiti udara di republik itu.

Pada petang 25 September lepas, NEA dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan dari orang awam melaporkan mengenai bau gas yang kuat yang dikesan di beberapa lokasi di Singapura, terutama bahagian timur laut republik itu.

Kenyataan itu berkata NEA dan SCDF dengan segera menghantar pasukan mereka untuk menjalankan siasatan dan mengukur kualiti udara di sekitar kawasan itu.

smell12Siasatan NEA termasuk melakukan pemeriksaan di kilang-kilang di kawasan terlibat, dan lain-lain kemungkinan tentang kebocoran gas dan kimia.

NEA dan SCDF tidak menemui apa-apa yang tidak normal dalam operasi kilang di Singapura yang boleh menyebabkan bau gas seperti itu, menurut kenyataan tersebut.
Dalam tempoh bau yang dilaporkan itu, NEA berkata angin bertiup perlahan dan terdapat pertumpuan angin di bahagian utara Singapura.

“Ini mungkin membawa kepada pengumpulan dan penyebaran bau yang perlahan di kawasan itu,” katanya,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Bau ‘misteri’ timbul persoalan penduduk bahagian timur laut Singapura

SINGAPURA 26 SEPT: Penduduk di bahagian timur laut Singapura mengadu mereka menghidu kualiti udara “tidak selesa” petang semalam.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kemaskini Facebooknya pada 7.45 malam tadi berkata ia menerima beberapa panggilan mengenai bau gas atau kebakaran di kawasan berkenaan, lapor BERNAMA.

SCDF berkata ia telah mengerahkan sumbernya untuk menyiasat,
“Belum ada sebarang insiden yang disahkan,” katanya dan menyatakan SCDF dan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) memantau rapi keadaan.

Berhubung laporan harian mengenai situasi jerebu, NEA berkata, pada 6 petang semalam, Indeks Standard Pencemaran (PSI) 24 jam ialah 50-54, di bahagian bawah julat “Sederhana”.

strong-smell-ne-singaporeIa mengambil perhatian bahawa satu titik panas dikesan di bahagian utara Sumatra, dan tidak ada tanda-tanda asap atau jerebu dikesan.

The Straits Times melaporkan bahawa “bau itu dipercayai datang dari Johor.”
Miguel Pena menulis pada Facebook SCDF: “Kawasan lapangan terbang Seletar terburuk. Seperti memandu dalam awan…bau gas yang kuat.”
“Bishan (berbau) seperti minyak tanah atau bau ‘fogging’, sukar bernafas, rasa pening, semua tingkap rumah ditutup,” tulis Leonard Low.

Dalam kemaskini terbarunya, NEA berkata pihaknya mendapat tahu pada kira-kira 5 petang dari maklum balas daripada orang awam mengenai bau gas di kawasan Sengkang dan Punggol.

NEA berkata pegawainya dikerahkan ke kawasan berkenaan untuk menyiasat.

“Semua tahap kualiti udara pada tempoh tersebut didapati dalam had yang selamat,” katanya.

Sejak kira-kira 3 petang hari ini, NEA berkata angin bertiup perlahan dan terdapat pertembungan angin di angkasa separuh bahagian utara Singapura, yang mungkin menyebabkan himpunan bau di kawasan itu.

“Angin dijangka bertiup dari selatan atau tenggara lewat malam ini, yang akan membantu menyuraikan sebarang bau di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, SCDF dalam kemaskini terbaru berkata tim pemantau tidak ada mengesan kehadiran Kimia Industri Toksik di udara.

SCDF dan NEA berkata mereka akan terus memantau rapi keadaan.

Categories
GLOBAL

Halimah Yacob bakal Presiden Singapura ke-8

SINGAPURA 12 SEPT: Bekas speaker Parlimen, Halimah Yacob bakal diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Singapura selepas calon lain gagal memenuhi kriteria ditetapkan untuk bertanding dalam pilihan raya.

Beliau juga bakal menjadi Presiden kelapan Singapura yang juga pertama daripada kalangan wanita buat kali pertama di negara itu.

Halimah pula akan memulakan penggalnya sebagai Presiden Singapura yang baharu pada Khamis ini, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS/ AFP.

Beliau juga merupakan ahli parlimen bagi GRC Jurong, Singapura dan mengambil alih jawatan sebagai speaker pada 14 Januari 2013.

Halimah YacobBeliau adalah wanita pertama yang memegang jawatan ini dalam sejarah Republik serta speaker ketiga berturut-turut dimiliki kaum minoriti, selepas Abdullah Tarmugi dan Michael Palmer.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan dari 2011 hingga 2013 serta telah menjadi Ahli Parlimen (MP) yang mewakili GRC Jurong sejak 2001.

Singapura telah memutuskan untuk menetapkan calon daripada komuniti Melayu bagi mengisi jawatan tersebut kali ini dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan di negara berbilang bangsa itu.

Pengalaman luas Halimah, 62, sebagai Speaker Parlimen secara automatik melayakkan beliau untuk jawatan tersebut di bawah peraturan pencalonan pilihan raya.

“Empat pemohon lain termasuk dua pemohon bukan Melayu gagal mendapatkan sijil kelayakan sebagai calon,” kata jabatan pilihan raya pulau itu.

Orang Melayu terakhir yang menjawat jawatan Presiden Singapura ialah Yusof Ishak. Wajah pemimpin itu tertera pada wang kertas Singapura.

Yusof menjadi Presiden antara tahun 1965 hingga 1970, tahun-tahun pertama kemerdekaan Singapura susulan penyatuan pendek dengan jirannya, Malaysia.

Kuasa eksekutif bagaimanapun, dipegang oleh Perdana Menteri pertama pulau itu, mendiang Lee Kuan Yew.

Penggal enam tahun bekas Presiden Singapura, Tony Tan tamat pada 31 Ogos lalu, manakala jawatan tersebut dipangku oleh Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, J Y Pillay sejak 1 September lepas.

=EZY=

Categories
GLOBAL NASIONAL

Hubungan Singapura-Malaysia semakin berkembang

SINGAPURA, 31 OGOS: Hubungan Singapura dan Malaysia semakin berkembang hasil persahabatan yang terjalin erat antara rakyat kedua negara serta komitmen bekerjasama demi manfaat bersama.

Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam berkata, hubungan rapat antara kedua negara akan dipertingkatkan menerusi pelaksanaan projek dua hala seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan Sistem Transit Aliran Deras Johor Bahru-Singapura.

“Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan amat rapat serta kerjasama mendalam meliputi semua sektor,” katanya dalam surat ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2017.

Salinan surat itu dihantar kepada Bernama.

Tan berkata, beliau ingin melihat kedua negara terus mengukuhkan kerjasama yang amat bernilai demi manfaat rakyat, pada masa akan datang.

Katanya, dalam tempoh enam dekad lalu, Malaysia mencapai kemajuan dan pembangunan pesat dalam pelbagai bidang.

“Saya yakin di bawah pemerintahan dan visi bijaksana Tuanku, Malaysia akan terus menikmati keamanan, kemakmuran dan keharmonian.

“Bagi pihak rakyat Singapura, saya dengan dengan penuh takzim menyampaikan ucapan tahniah kami kepada Tuanku bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang amat besar ertinya.

“Saya dan isteri mengharapkan Tuanku terus sihat walafiat dan sejahtera,” katanya yang akan melalui hari terakhirnya sebagai presiden, hari ini setelah menyandang jawatan itu selama enam tahun.

Categories
GLOBAL

Projek Terusan Segenting Kra RM120 bilion ancam kestabilan ASEAN?

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL: Bakal cetus konflik jejas kestabilan ASEAN. Itu persepsi awal apabila cadangan Projek Pembinaan Terusan Segenting Kra sepanjang 135 kilometer (km) bernilai AS$28 bilion (RM120 bilion) dihidupkan semula.

Nikkei Asian Review pada 7 Ogos lalu melaporkan beberapa individu berpengaruh Thailand termasuk ahli politik, pesara tentera berpangkat tinggi, pakar akademik dan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan China sedang memujuk Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chanocha untuk meneruskan projek berkenaan.

Rancangan dicadang sekumpulan jeneral dan ahli perniagaan Thailand itu adalah salah satu mega projek infrastruktur paling bercita-cita tinggi dan transformasi besar di Asia – pembinaan terusan perkapalan sepanjang 135 kilometer (km)untuk menghubungkan lautan Pasifik serta India.

Menurut pakar, jika Prayuth bersetuju meneruskan kajian laluan itu, maka pembinaan terusan berukuran 450 meter lebar dengan kedalaman 26 meter itu mampu dilalui oleh kapal kontena minyak terbesar dunia dan kapal kontena lain, dalam tempoh lima tahun akan datang.

Projek terbabit akan membelah bahagian selatan Thailand iaitu kira-kira 800km di selatan Bangkok dan kira-kira 200km di sempadan Thailand dengan Malaysia.

https://selangorkini.my/2017/08/cadangan-terusan-segenting-kra-muncul-lagi-ancaman-selat-melaka/

Apabila siap, ia bakal menghubungkan Teluk Thailand dengan Laut Andaman pada anggaran latitud sama dengan Pulau Phuket.

Terusan itu adalah laluan pintas dari Selat Melaka yang menghubungkan China, Jepun dan negara Asia Timur selain perdagangan minyak negara Asia Barat serta negara pasaran utama Eropah, Afrika dan India.

Jarak perjalanan bagi kapal yang melalui Laut Pasifik dan Laut Hindi mampu dipendekkan sekurang-kurangnya 1,200 km atau tiga hari pelayaran jika melalui terusan berkenaan.

Di manakah lokasi Segenting Kra?

Segenting Kra adalah bahagian genting dan sempit di selatan Thailand dan di utara Semenanjung Tanah Melayu. Bahagian barat Segenting Kra menjadi milik Myanmar.

Bahagian timur menjadi milik negara Thailand. Segenting Kra menghadap Laut Andaman dan Lautan Hindi. Pantainya menerima kesan yang teruk akibat dari tsunami Acheh, pada 26 Disember 2006.

Muara Sungai Kra menjadi daratan paling sempit dengan lebar 44 kilometer. Tingginya 75 meter dari aras laut. Bandar utama ialah Kra Buri dalam wilayah Ranong, Thailand.

Segenting Kra12Segenting Kra adalah sebahagian daripada rantaian gunung yang menganjur dari Tibet. Selatannya digelar rantaian kepulauan Phuket. Bahagian utara ialah Banjaran Tenasserim sepanjang 400 km dan dikenali sebagai “Banjaran Tiga Pagoda”.

Cadangan pembinaan bermula lebih 340 tahun lalu

Sejak tahun 1677  iaitu ketika era pemerintahan Raja Narai, beberapa pihak mencadangkan satu terusan dibina di Segenting Kra yang terletak di selatan Thailand tetapi langkah untuk menghubungkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan melalui terusan itu masih belum menjadi kenyataan hingga kini.

Rancangan itu menemui jalan buntu kerana kerajaan Siam tidak memiliki dana untuk menampung kos pembinaannya serta tiada kepakaran teknologi untuk meneruskan projek berkenaan, namun tidak pernah dibatalkan.

Apabila British bertapak di Singapura pada 1819, pulau itu ditransformasikan daripada sebuah kampung nelayan kepada pelabuhan utama di rantau Asia. Oleh itu, British tidak pernah bersetuju dengan projek terusan itu kerana khuatir pangkalan maritim mereka di Singapura terjejas.

Siam yang menjadi negara boneka Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua, dianggap musuh British dan pihak tentera Berikat. Apabila Jepun menyerah kalah pada 1945, kerajaan Siam terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk menamatkan status perang di antara dua negara.

Artikel 7 Perjanjian ini mencegah Siam daripada menggali terusan menembusi wilayahnya untuk menghubungkan Laut Andaman dengan Telukan Siam bagi melindungi kepentingan British di Singapura. Perjanjian ini dibatalkan pada 1954.

Selat Melaka antara laluan terpenting laut dunia

Menurut analisis angka STRAITREP Jabatan Laut Malaysia oleh Nippon Maritime Centre (NMC) yang disediakan secara eksklusif untuk Seatrade Maritime News menyatakan lalu lintas di lorong perkapalan tersibuk di dunia – Selat Melaka dan Singapura (SOMS) naik 3.4 peratus ke tahap tertinggi dengan 83,740 transit, pada 2016 .

Jumlah purata pemindahan harian yang dilaporkan kepada Port Klang VTS di Malaysia pada 2016 adalah 229, naik tujuh dari 2015, dan dibandingkan dengan 201, pada tahun 2011.

Jumlah Aliran trafik lautMemimpin pertumbuhan jumlah transit dalam peratusan pada 2016 adalah VLCC dengan 5,973 transit di Selat, peningkatan sebanyak 649 atau 12.19 peratus lebih 5,324 transit oleh kapal tangki lebih daripada 150,000 dwt pada tahun sebelumnya. Ini jauh melebihi purata pertumbuhan tahunan 4.8 peratus dalam transit VLCC yang dilihat sejak 2007.

Sebagai keseluruhan akaun VLCC adalah enam peratus daripada semua transit Selat.

VLCC yang dimeterai menuju ke Singapura dan Timur Laut Asia mengangkut lorong laut dalam yang hanya 1.3 km lebarnya di “Pos” di Selat Melaka Satu Fathom di Selat Melaka dan hanya selebar 800 meter di satu saluran di Selat Philip di Selat Singapura, jika pelayaran Timur ke luar Singapura.

RUJUK: http://www.seatrade-maritime.com/news/asia/malacca-and-s-pore-strait-traffic-hits-new-high-in-2016-vlccs-fastest-growing-segment.html

Kekuatan ekonomi Singapura ‘kiamat’

Antara negara yang paling menerima kesan pelaksanaan projek Segenting Kra adalah negara berasaskan sumber terbesarnya kepada aktiviti pelabuhan dan perkapalan. Dalam hal ini Singapura dilihat antara negara yang paling terkesan.

Setakat 2013, Singapura diiktiraf sebagai pelabuhan tersibuk di dunia. Menurut sumber Institut Maritim Malaysia (MIMA), lebih kurang 75 peratus kapal dagang yang menelusuri Selat Melaka tidak berlabuh di pelabuhan Malaysia. Kebanyakannya akan berhenti di Singapura atau meneruskan pelayaran ke destinasi terakhir.
peta-singapuraEkoran kekuatan dan kemakmuran ekonomi Singapura banyak bergantung kepada industri perkapalan dan diandaikan terusan Segenting Kra ini bakal memberi implikasi buruk kepada Singapura, pada masa hadapan.

Apa masalahnya laluan di Selat Melaka kelak?

Pada tahun 2025, dianggarkan 122,500 kapal dijangka melalui Selat Melaka. Institut Pengangkutan Antarabangsa Jepun (JITI) menganggarkan bahawa terdapat 140,000 kapal pada 2020.

Menurut pengiraan yang dibuat oleh HM Ibrahim dan Mansoureh Institut Maritim Malaysia (MIMA), Selat Melaka dapat menampung 122,640 kapal setiap tahun [ Kadar tamat pada (TFR = 0.27 = 7vessel / jam cc = 7 x 24 x 365 x 2 = 122,640)] (9).

Menjelang 2024, laluan Selat Melaka akan lebih padat. Ia tidak akan dapat memastikan laluan yang tepat untuk kapal laut dan tidak menjamin laluan selamat mereka.

Kapal itu tidak mempunyai pilihan lain selain memilih laluan alternatif yang lebih lama melalui Selat Sunda dan Selat Lombok.

Bagaimanapun, dianggarkan kos navigasi di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik pasti akan meningkat.

Maka, dengan jangkaan Selat Melaka bakal menjadi laluan laut sesak akan datang, maka ia meningkatkan risiko kemalangan kapal dan tumpahan minyak. Oleh itu, alternatif laluan laut baharu perlu diwujudkan.

RUJUKAN: http://kracanal-maritimesilkroad.com/en/story/the-malacca-straits/

Malah, isu lanun di Selat Melaka serta kejadian tumpahan minyak menjadi ancaman kelestarian hidupan laut disebabkan kesesakan di Selat Melaka dan pada masa sama menjadi tumpuan industri perikanan dan nelayan, di Malaysia dan Indonesia.

Jadikan Segenting Kra projek kerjasama ASEAN

Dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$ 2.6 trilion, ASEAN adalah ekonomi keenam terbesar di dunia dan dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2050 dengan sesetengah pihak menganggarkan bahawa ASEAN mencapai kedudukan itu, menjelang 2030.

ASEAN juga meraikan ulang tahun ke-50 tahun ini. Atas semangat ini, maka adalah wajar projek terusan Segenting Kra ini menjadi projek ASEAN dengan dana pelaburan dibiayai  negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand serta negara ASEAN lain yang berminat.

ASEANDengan sumber dana kewangan daripada ASEAN maka kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama secara menang-menang semua negara ASEAN tanpa membabitkan campur tangan kuasa besar dunia yang dibimbangi mempunyai agenda perluasan kuasa dan pengaruh tersendiri.

Melalui terusan ini negara penyumbang dana boleh memperoleh keuntungan berdasarkan nilai sumbangan dana melalui cukai dan tol dikenakan terhadap kapal yang melalui terusan Segenting Kra serta pembangunan wilayah setempat.

Adalah sangat penting semangat ASEAN diterap dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa melalui pelbagai projek memakmurkan ASEAN secara bersama.

Kesimpulan

Tiada gunanya jika isu Segenting Kra ini hanya merenggangkan keutuhan dan keakraban negara ASEAN. Adalah penting kemakmuran ekonomi dan pembangunan ASEAN dapat dinikmati semua demi generasi masa hadapan.

Kita perlu meninggalkan legasi kemakmuran ekonomi dan kehidupan lebih baik untuk generasi ASEAN masa hadapan bukan menambah konflik serta pertikaian yang hanya memusnahkan kasih sayang juga persaudaraan sesama manusia demi kesejahteraan lebih 630 juta rakyat ASEAN.

 
* Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi SelangorKini.

Categories
GLOBAL NASIONAL

Cadangan Terusan Segenting Kra muncul lagi, ancaman Selat Melaka?

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 15 OGOS: Cadangan mahu merealisasikan Projek pembinaan Terusan Segenting Kra kembali muncul apabila sekumpulan pesara tentera dan ahli perniagaan Thailand mahu ia dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, pemerhati meramalkan bahawa pelabuhan Singapura akan terjejas teruk sekiranya Terusan Kra dibina, selain pelabuhan Malaysia di Pulau Pinang, Klang dan Tanjung Pelepas.

Cadangan pembinaan terusan itu muncul seawal 1677, Raja Narai yang menguasai Siam mempunyai visi untuk membina terusan menembusi Segenting Kra bagi memendekkan jarak perjalanan perkapalan tanpa perlu mengelilingi Semenanjung Melayu.

Rancangan ini menemui jalan buntu kerana kerajaan Siam ketika itu tidak memiliki dana untuk menampung kos pembinaannya serta tiada kepakaran teknologi untuk meneruskan projek ini namun tidak pernah dibatalkan.

Ro-1Menurut laporan Nikkei Asian Review, beberapa individu berpengaruh Thailand termasuk ahli politik, pesara tentera berpangkat tinggi, pakar akademik dan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan China sedang memujuk Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chanocha untuk meneruskan projek berkenaan.

Pautan: https://asia.nikkei.com/Politics-Economy/Economy/Influential-Thais-in-push-for-Kra-Canal-project

Kumpulan yang mahu merealisasikan cadangan projek pembinaan Terusan sepanjang 135 kilometer (km) itu menjangkakan projek berkenaan bernilai AS$28 bilion (RM120 bilion).

Prayuth sebelum ini menegaskan pembinaan terusan itu tidak terdapat dalam agenda pemerintahannya.

Kumpulan tersebut percaya pembinaan terusan itu akan dibiayai melalui inisiatif Belt and Road yang dirintis China dan projek infrastruktur Laluan Sutera Ma­ritim Abad ke-21.

Kumpulan pesara tentera itu juga menubuhkan persatuan dikenali ‘Persatuan Terusan Thai untuk Kajian dan Pembangunan’ yang bekerjasama dengan penyelidik dari Universiti Peking dan sebuah syarikat China untuk mengkaji laluan yang dicadangkan.

Segenting Kra12Menurut pakar, jika Prayuth bersetuju meneruskan kajian laluan itu, pembinaan terusan berukuran 450 meter lebar dengan kedalaman 26 meter itu mampu dilalui oleh kapal kontena minyak terbesar dunia dan kapal kontena lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

Projek tersebut akan membelah bahagian selatan Thailand iaitu kira-kira 800 di selatan Bangkok dan kira-kira 200km di sempadan Thailand dengan Malaysia.

Ia akan menghubungkan Teluk Thailand dengan Laut Andaman pada anggaran latitud sama dengan pulau Phuket.

Terusan itu merupakan laluan pintas dari Selat Melaka yang menghubungkan China, Japan dan negara-negara Asia Timur lain selain perdagangan minyak negara Asia Barat serta negara pasaran utama Eropah, Afrika dan India.

Jarak perjalanan bagi kapal yang melalui Laut Pasifik dan Laut Hindi mampu dipendekkan sekurang-kurangnya 1,200 km atau tiga hari pelayaran jika melalui terusan berkenaan.

Segenting Kra123Sebelum ini, beberapa usaha dilakukan untuk menghidupkan semula projek Terusan Kra ini pada 1970-an dan 1990-an bagaimananpun Bangkok gentar pembinaan terusan ini akan secara fizikal mengasingkan lima wilayah selatan yang mempunyai majoriti penduduk Muslim.

Keadaan ini akan memberikan implikasi buruk kepada situasi politik di antara pemisah wilayah Selatan dan Kerajaan Pusat di Bangkok.

Pelaksanaan projek Terusan Segenting Kra ini juga bakal memberikan ancaman ekonomi kepada Singapura kerana banyak bergantung kepada industri perkapalan.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Jangan libat tindakan ekstrem, pesan Singapura kepada Korea Utara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 MAC: Singapura berharap perbezaan pandangan antara Malaysia dan Korea Utara dapat diselesaikan tanpa melibatkan sebarang tindakan ekstrem.

Timbalan Perdana Menterinya, Teo Chee Hean berkata, pihaknya berharap Korea Utara terutama dapat bersikap lebih sederhana dalam segala tindakan sepanjang menangani isu berkenaan.

Katanya yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional, kesederhanaan negara komunis itu penting bagi memelihara keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau.

Teo Chee Han“Kami sedang memantau rapat perkembangan isu ini dengan amat teliti sekali.

“Ia bukan sahaja di antara Korea Utara dan Malaysia tetapi juga Korea Utara yang dilihat begitu aktif melancarkan peluru berpandunya sejak beberapa hari kebelakangan ini,” katanya dipetik Channel News Asia.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perbalahan di antara Kuala Lumpur dan Pyongyang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada 13 Februari lalu.

Pada 1971, Perjanjian Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence Arrangements-FPDA) ditandatangani di antara United Kingdom, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura.

Menerusi perjanjian itu, lima negara perlu serta-merta berbincang sekiranya Malaysia atau Singapura diserang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor doakan kesejahteraan PM Singapura

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 OGOS: Kerajaan Selangor  mendoakan kesejahteraan Perdana Menteri Singapura, Ler Hsein Loong kembali pulih susulan mengalami gangguan kesihatan, semalam.

Ucapan itu disampaikan sendiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam ucapannya di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

“Selangor mendoakan beliau terus sembuh dan sihat supaya dapat memimpin negara.

IMG_20160822_091456_847“Saya lihat kejayaan Lee Hsien Loong dalam pilihan raya Singapura lalu membuktikan rakyat pelbagai kaum menerima kepimpinan dasar beliau.

“Kita mahu keamanan dan kestabilan di rantau ini terus terjamin,” katanya.

Hsien Loong mengalami gangguan kesihatan ketika berucap sempena sambutan hari kebangsaan negara itu semalam.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan menyatakan keadaan beliau tidak serius.

-NFN-

Insentif kejayaan atlet di Sukan Sea, Selangor peruntuk RM156,000


Selangor peruntuk RM156,000 kepada atlet Selangor yang berjaya di Sukan Sea, Singapura tahun lalu.

Categories
NASIONAL

1MDB: Polis Singapura mula siasatan

SHAH ALAM, 22 JUL: Polis Singapura memulakan siasatan kes pengubahan wang haram terhadap dua akaun bank yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Akhbar perniagaan republik, THe Business Times (BT) hari ini melaporkan dua akaun itu dibekukan pada 15 Julai lalu, seminggu selepas bank pusat Singapura mengakui ada berhubung dengan institusi kewangan di Malaysia.

Intitusi berkenaan dikaitkan dengan siasatan Malaysia terhadap dakwaan berbilion ringgit daripada syarikat berkaitan 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Najib-1MDBDalam laporan BT juga menyebut siasatan terhadap kemungkinan wujud kesalahan pengubahan wang haram.

Ia terletak di bawah akta rasuah dan kanun keseksaan ‘untuk melarang sebarang urusan berkenaan dengan wang dalam 2 akaun bank yang berkaitan dengan penyiasatan itu’.

Pada 8 Julai lalu, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), berkata ia akan membantu Malaysia dan berkongsi maklumat berdasarkan undang-undang sedia ada.

Sebelum ini, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan penyiasat syarikat sarat hutang 1MDB mengesan hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan dari akaun bank swasta di Singapura ke dalam akaun di Malaysia dipercayai milik perdana menteri.

W1mdbSJ melaporkan, AS$681 juta (RM2.67 billion) dari Tanore Finance, sebuah syarikat di British Virgin Islands, didepositkan ke dalam akaun Najib dalam 2 transaksi pada 21 dan 25 Mac, 2013, menjelang pilihan raya umum  Mei 2013.

Satu lagi bayaran, sejumlah AS$11.1 juta dari syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd, dipindahkan dalam dua bahagian antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.

Enam akaun dibekukan berkaitan penyiasatan itu.

Tiga daripada akaun yang dibekukan itu milik Najib, satu lagi milik SRC International dan Ihsan Perdana iaitu sebuah syarikat tempatan yang terlibat dalam aliran wang RM42 juta itu.

 

Categories
SELANGOR

15 Adun Selangor ke Singapura bentuk hubungan dua hala

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 JUN: Seramai 15 ahli Dewan Negeri Selangor (DNS) menyertai lawatan rasmi ke Singapura pada 8 dan 9 Jun lalu.

Diketuai Speaker DNS, Hannah Yeoh, lawatan itu bertujuan membentuk hubungan dua hala antara Parlimen Singapura dan DNS di samping mempelajari amalan terbaik agensi utama negara itu.

Lebih menarik, Hannah juga berkesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Speaker Wanita Pertama Singapura, Halimah Yaacob di Bangunan Parlimen.

Sidang Dun Selangor“Mereka bertukar pandangan berkenaan beberapa isu parlimen seperti perniagaan, keselamatan dan hal pentadbiran.

“Hannah juga berkongsi pembaharuan yang dibuat DNS untuk mengukuhkan pembangkang dan memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pilihan dalam usaha meningkatkan lagi ‘check and balance’,” kata Pegawai Khasnya, Joyce Chow dalam satu kenyataan, hari ini.

Delegasi DNS turut dijemput S Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Nanyang Technological University untuk bercakap pada sesi dialog bertajuk ‘Masa Depan Ekonomi dan Politik Selangor’.

Hannah Yeoh, Dr Idris Ahmad (Ijok – PKR), Saari Sungib (Hulu Kelang – PAS), R Rajiv (Bukit Gasing – DAP) dan Kamarol Zaki (Sungai Air Tawar-BN ) bercakap berkenaan isu politik dan ekonomi semasa Selangor.

Terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Kerajaan Tempatan, Pejabat Tanah dan Pembasmian Kemiskinan, delegasi turut melawat Ibu Pejabat Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB), Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Lembaga Tanah Singapura (SLA) dan Majlis Perbandaran Ang Mo Kio.

“Semua amalan terbaik agensi Singapura itu akan dibentang di DNS sebagai cadangan kepada Kerajaan Negeri. Diharap usaha ini dapat mengukuhkan kedudukan DNS sebagai badan perundangan utama di Malaysia,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS: Tegas laksana penguatkuasaan, wabak denggi berjaya dikurangkan

Oleh: MOHDD EZLI MASHUT

SHAH ALAM, 19 MAC: Kerajaan Singapura melaksanakan pelbagai pendekatan melalui kajian makmal, penguatkuasaan lebih tegas dan kesedaran awam bagi memerangi wabak denggi di negara itu.

Singapura terus mencatatkan penurunan wabak denggi ketika Malaysia mencatatkan peningkatan kes berkenaan, awal tahun ini.

Pada Januari dan Februari lalu, 1,637 kes denggi dilaporkan di Singapura dan ia menurun 40 peratus, berbanding tahun lalu iaitu 2,725 kes.

DENGGI GRAFIKAgensi Alam Sekitar Kebangsaaan Singapura (NEA) melaporkan mereka sudah memulakan kajian makmal terhadap nyamuk jantan aedes yang diberikan jangkitan bakteria Walbachia yang akan merencatkan penetasan nyamuk Aedes seterusnya mengurangkan populasinya, pada 11 Mac lalu.

Kerajaan Singapura juga menubuhkan panel pakar menilai keberkesanan kajian hasil penyelidikan itu yang akan menentukan tindakan selanjutnya.

Antara penumpuan utama agensi itu dalam mengawal wabak denggi adalah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes dengan kerjasama bersepadu pelbagai agensi melibatkan pihak berkuasa tempatan dan pasukan khas yang diwujudkan untuk memeriksa serta memusnahkan tempat pembiakan serangga terbabit.

Pada 2014, agensi itu mengerahkan 850 pemeriksa ke seluruh Singapura dan melaksanakan 3.5 juta pemeriksaan dan memusnahkan 18,400 habitat nyamuk Aedes.

Lawatan denggi MB ke kilang tayar terpakai (67) aBagi memastikan keberkesanan pemeriksaan itu, agensi itu turut mengenakan tindakan tegas ke atas kontraktor termasuk denda dan membawa mereka ke mahkamah.

NEA turut mengeluarkan 1,148 notis, 132 arahan berhenti kerja dan mendakwa 60 kontraktor yang mengulangi kesalahan yang masih berdegil.

Kerajaan Singapura juga mewujudkan kesedaran awam memusnahkan tempat pembiakan denggi dengan menyediakan 900,000 pemusnah serangga yang diberikan kepada penduduk ketika pemeriksaan dan kempen kesedaran.

NEA juga mewujudkan 4,500 sukarelawan termasuk penduduk, pelajar dan pasukan tindakan khas denggi untuk bersama agensi itu dalam pelbagai usaha kesedaran awam, pemeriksaan serta memusnahkan habitat denggi.

-NFN-