Categories
SELANGOR

Liga Super: Selangor, Kelantan seri tanpa jaringan

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 MEI: Selangor gagal mengambil kesempatan terhadap Kelantan yang beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan Liga Super, malam ini.

Skuad kendalian jurulatih baru, Velizar Popov kehilangan Wan Zack Haikal pada minit ke 27 kerana mengasari R Gopinathan.

SEL - KEL 1Keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan di Stadium Shah Alam, di sini, malam ini, menyaksikan The Red Giants kekal di tangga ketiga liga ketinggalan lapan mata di belakang Felda United dan Johor Darul Ta’zim yang berkongsi 27 mata.

Selangor nyata hampa dalam mencari gol apabila beberapa percubaan dilancarkan barisan serangan gagal menepati sasaran.

Percubaan David Cornthwaite (m28) melalui tandukan berjaya ditepis keluar penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat.

Begitu juga Kelantan yang hampa dengan tendangan Wan Zahrulnizam Wan Zakaria (m18) tidak melepasi Norazlan Razali.

SEL - KELSelangor yang memburu gol awal kehilangan Patrick Ronaldinho Wleh tiga minit selepas separuh masa kedua dimulakan akibat kecederaan dan digantikan Ahmad Hazwan Bakri.

Perubahan berlaku dalam serangan skuad Merah Kuning dengan Mauro Olivi lebih berperanan di barisan depan.

Namun skuad Pamoga Qu Putih The Red Warriors biarpun dengan 10 pemain kental bertahan menghampakan Selangor yang terus berusaha untuk mendapatkan gol.

Hazwan (m62) yang mencuba turut kecewa dengan bola tinggi melewati palang gol Kelantan.

KEPUTUSAN LAIN:

Sarawak 3 – 2 Perak
JDT 3 – 0 Pahang
Kedah 2 – 0 PDRM
Pulau Pinang 1 – 2 Felda United
T-Team 0 – 0 Terengganu

-nR-

Categories
SELANGOR

Zainal: Selangor fokus menang bertemu Tampines Rovers

OLEH: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 27 APRIL – Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan mengesa pasukan melakukan segalanya untuk meraih kemenangan ekoran beliau yakin Tampines Rovers FC bakal memberikan tentangan sengit.

Pengendali The Red Giants itu meletakkan pertemuan bersama kelab Singapura di halaman lawan, 10 Mei ini sebagai perlawanan penentuan bagi melayakkan diri ke pusingan kedua Piala AFC.

ZAINAL ABIDIN“Apa juga keputusan perlawanan antara Sheikh Jamal Dhanmondi dan Tampines Rovers, saya tetap mengatakan pertemuan terakhir dengan kelab itu sebagai penentuan.

“Cuma akibat kekalahan mereka, kita hanya perlukan satu mata tetapi tidak boleh memikirkan itu kerana mereka juga memerlukan kemenangan maka satu perlawanan yang sengit lagi dan di sanalah penentunya,” katanya dalam sidang media di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, malam tadi.

Selangor mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan menentang Ceres La Salle FC dan kini menduduki tangga kedua dengan lapan mata dalam Kumpulan E di belakang kelab Filipina itu yang mengumpul sembilan mata.

Red Giants layak ke pusingan kedua seandainya menang atau seri ketika bertemu Tampines Rovers nanti.

Tampines Rovers (tujuh mata) tewas kepada Sheikh Jamal Dhanmondi (3 – 2) dalam satu lagi perlawanan piala itu malam tadi meletakkan mereka pada kedudukan ketiga.

Zainal berharap ketumpulan jentera serangan mampu diperbaiki segera supaya pasukan dapat bertindak cemerlang dalam perlawanan dihadapi seterusnya.

CP2A4378Namun, kecederaan Patrick Ronaldinho Wleh membimbangkannya dan mengakui Selangor bakal berhadapan masalah.

“Beliau mungkin terpaksa berehat dalam tiga atau empat hari, namun harapan saya bahagian serangan akan meningkat supaya kita dapat mencipta gol,” katanya yang menekankan persembahan bagus tidak mencukupi jika tidak menjaringkan gol.

Sementara itu, pemain pertahanan, Robert Cornthwaite menyatakan rasa gembira dapat kembali ke pangkuan pasukan selepas tercedera dan tidak bersama dalam beberapa perlawanan.

“Kini persembahan Selangor semakin meningkat terutama dalam tiga perlawanan terakhir dan ia adalah usaha berpasukan.

“Kombinasi saya bersama ketua pasukan, Shahrom Kalam mula kembali mantap seperti mana musim lalu dan biarpun masih banyak perlu dilakukan bagi meningkatkan permainan tetapi kita bertahan dengan baik malam ini (tadi), ” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Piala AFC: Laluan Selangor kian sukar

OLEH HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 27 APRIL: Keputusan seri tanpa jaringan bertemu Ceres La Salle FC malam tadi menyukarkan Selangor untuk mara ke pusingan kedua dalam saingan Piala AFC kali ini.

Kegagalan barisan penyerang The Red Giants mencipta gol daripada peluang diperoleh nyata menghampakan penyokong yang mengharapkan penyandang juara Piala Malaysia mencatat kemenangan.

Misi skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan untuk meraih tiga mata di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang tidak kesampaian dan ia tambah memeritkan apabila Patrick Ronaldinho Wleh ditimpa kecederaan.

selngorceres 3Zainal terpaksa menukar strategi permainan dengan memasukkan Adam Nor Azlin pada minit ke 20 bagi menggantikan penjaring terbanyak pasukan itu.

Dalam separuh masa pertama, permainan agak perlahan dengan kelab Filipina itu kelihatan banyak bertahan dan percubaan Andik Vermanshah (m12) gagal menepati sasaran.

Mauro Olivi (m43) juga gagal mengecewakan penjaga gol lawan, Louie Casas, dengan sepakan leretnya tersasar keluar.

Selangor menggandakan asakan dalam separuh masa kedua tetapi tidak banyak dapat dilakukan dengan Ceres La Salle FC terus mengukuhkan benteng pertahanan mereka.

Hasrat The Red Giants untuk mendahului lawan tidak kesampaian apabila gol jaringan Azrif Nasrulhaq (m73) tidak dikira kerana pemain itu offside.

slngorceres 2Sepakan percuma Olivi (m78) juga sipi di bahagian kiri pintu gol Ceres La Salle dan keputusan kekal 0-0 hingga tamat permainan.

Keputusan itu menyaksikan Ceres La Salle FC terus mendahului kumpulan E dengan sembilan mata diikuti Selangor (lapan).

Manakala Tampines Rovers (Singapura) di tempat ketiga dengan tujuh mata selepas ditewaskan Sheikh Jamal Dhanmondi (Bangladesh) 3-2 di laman sendiri malam ini.

Selangor akan menentang Tampines Rovers di Singapura 10 Mei ini dan seri memadai untuk layak ke pusingan seterusnya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Gagal cipta gol, Selangor terima padah

OLEH : HAFIZAN TAIB

BANDAR JENGKA, 9 APR: Biarpun mempamerkan persembahan baik, namun sedikit kesilapan membawa padah kepada Selangor sehingga tewas kepada Felda United FC malam tadi.

Penolong Jurulatih, K Gunalan, berkata The Red Giants gagal menterjemahkan banyak peluang diperoleh dengan jaringan gol seperti mana diharapkan.

Katanya, sekiranya ia berjaya dilakukan mungkin keputusan perlawanan berbeza.

Sel Fel (1)“Walaupun kita dapat banyak peluang di depan gol lawan dan pemain sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tidak menyelesaikannya,” katanya kepada media selepas perlawanan Selangor menentang Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak, malam tadi.

Perlawanan dalam aksi Liga Super itu menyaksikan Felda United FC mengalahkan Selangor 3 – 1.

Kemenangan tuan rumah dicipta melalui gol jaringan Muhammad Hadin Azman pada minit kesembilan, Zah Rahan Krangar (m74) dan Francis Forkey Doe (m77) manakala gol saguhati Merah Kuning dijaringkan Patrick Ronaldinho Wleh (m67).

Beliau berkata, Selangor berjaya menyaingi cabaran pasukan lawan dengan gol penyamaan tetapi sedikit kesilapan membuka ruang hingga kemenangan memihak kepada mereka.

Sel Fel“Ketinggalan satu gol kosong, Selangor kembali dengan gol penyamaan tetapi Felda United selepas itu menjaringkan dua gol di mana berlaku kesilapan dalam barisan pertahanan kita,” katanya.

Gunalan juga menepis tanggapan pasukan menghadapi tekanan selepas Selangor seri 2 – 2 ketika menentang Kedah tempoh hari.

Katanya, pemain sentiasa berusaha mempamerkan aksi terbaik dan faham betapa pentingnya setiap perlawanan untuk mendapatkan mata penuh.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Felda United FC, Irfan Bakti menghamburkan pujian kerana persembahan baik pemain hingga berjaya meraih kemenangan itu.

Katanya, berhadapan pasukan seperti Selangor memberikan cabaran hebat dan pemain berjaya mengatasinya dengan menerusi persembahan cemerlang.

LrMobile0904-2016-1221218101006063024“Saya puji kepada pemain telah menunjukkan satu permainan yang baik dan tahniah kerana berjaya mengutip tiga mata,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan menundukkan Terenganu 4 – 1 dalam perlawanan sebelum ini turut memberi motivasi berguna kepada pemain dalam menghadapi perlawanan berkenaan.

“Kita akan fokus untuk perlawanan seterusnya dan diharapkan bila bermain di tempat sendiri kita akan mengutip mata,” katanya dalam usaha Felda United FC mengukuhkan kedudukan dalam carta liga.

-nR-

Categories
SELANGOR

Hilang dua mata berharga – Zainal Abidin

SHAH ALAM, 6 APR : Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan mengakui satu kerugian besar apabila skuad bimbingannya itu sekadar seri 2-2 dengan kepada Kedah pada perlawanan keenam Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Katanya, kurang mencipta peluang dan ruang kepada lawan mencipta jaringan menerusi sepakan pelati pada babak kedua adalah satu kesilapan buat The Red Giants.

coach zainal -web3“Kehilangan dua mata cukup berharga selepas kita berjaya bangkit daripada ketinggalan pada separuh masa pertama dengan mempamerkan permainan baik. Cuma momentum itu sedikit hilang pada separuh masa kedua.

“Kita berjaya bertahan dan tidak membenarkan Kedah mendapat peluang mudah pada babak kedua. Satu kesilapan memberi sepakan penalti dan kurang mencipta peluang pada babak kedua,” kata Zainal selepas perlawanan.

Selangor ketinggalan menerusi jarangan awal Syazwan Zainon pada minit ke 7 sebelum bangkit membalas dua gol menerusi R Gopinathan pada minit ke-30 dan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-31.

SELANGOR KEDAHBagaimanapun, kesilapan pertahanan kiri, Raimi Md Nor menjatuhkan Calos Eduardo memberi kelebihan kepada pasukan Hijau Kuning menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-65

Selangor kekal di tangga ketiga liga dengan 11 mata di belakang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (16 mata) dan Felda United (15 mata).

Selangor dijadualkan bertemu Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Jumaat ini.

-nR-

Categories
SELANGOR

Peminat yakin Red Giants bangkit mencabar

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 MAC: Selangor diyakini akan bangkit memberi cabaran getir kepada pasukan lain apabila saingan Liga Super disambung kembali pada 5 April ini.

Presiden Selangor Soccer Fan Club (SSFC), Mohd Haniff Manzoor, berkata jadual padat ditempoh sebelum ini mungkin menjejaskan sedikit persembahan The Red Giants yang bermula dengan cemerlang pada aksi awal liga.

HANIF“Kita tahu prestasi Selangor dalam empat perlawanan terakdhr merudum sedikit tetapi kita tidak boleh menyalahkan pemain sepenuhnya.

“Ini kerana faktor kepenatan dan kepadatan jadual membabitkan perlawanan Liga Super, Piala FA termasuk Piala AFC namun ia bukan alasan dan saya yakin Selangor boleh meningkatkan prestasi bagi menghadapi perlawanan akan datang,” katanya kepada SelangorKini.

Haniff yakin pertemuan dengan Kedah di Stadium Shah Alam, 5 April ini adalah detik terbaik untuk Merah Kuning kembali garang dan Ketua Jurulatih, Zainal Abdin Hassan, pasti menggunakan tempoh rehat ketika ini bagi merangka strategi berguna untuk mencipta kemenangan.

Beliau berharap semua peminat Selangor terus memberikan sokongan supaya pemain boleh mempamerkan aksi mantap dan mengenepikan pasukan lain dalam memburu kejuaraan.

Noor Azman Abbas juga berpandangan sama dengan Zainal perlu diberi ruang dalam membentuk pasukan mantap bagi menghadapi saingan liga yang masih panjang serta Piala AFC seterusnya Piala Malaysia.

AZMAN“Zainal perlu diberi peluang untuk terus membimbing pasukan tambahan liga masih di peringkat awal.

“Saya yakin Selangor boleh mempamerkan aksi cemerlang kerana majoriti pemain adalah yang sama pada musim lalu,” katanya.

Katanya, tempoh rehat ini memberi ruang pasukan membentuk gandingan kukuh serta memulihkan kecederaan dan kecergasan pemain.

“Jika pemain dapat membentuk keserasian dan bermain sebagai satu pasukan, Selangor mampu memenuhi sasaran ditetapkan pengurusan,” katanya.

Juara Piala Malaysia musim lalu itu kini menduduki tangga ketiga Liga Super dengan 10 mata di belakang JDT dan Felda United.

Prestasi The Red Giants menjadi bualan ramai apabila dalam empat perlawanan terakhir akhir mencatat tiga kekalahan ketika bertemu PDRM dalam Piala FA (2 – 1) 5 Mac, Tampines Rivers (1 – 0) pada 8 Mac dalam Piala AFC serta dengan Terengganu (3 – 1) dalam aksi liga pada 11 Mac.

Selangor hanya mencatat kemenangan ketika bertemu Sheikh Jamal Dhanmondi (4 – 3) di Bangladesh, 15 Mac lalu bagi menghidupkan peluang dalam Piala AFC.

-nR-

Empat tonggak The Red Giants sertai Harimau Malaya

Empat pemain The Red Giants sertai Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 24 dan 29 Mac depan.

Categories
SELANGOR

Empat pemain Merah Kuning dipilih Harimau Malaya

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 MAC: Empat pemain The Red Giants dipilih untuk menyertai Harimau Malaya bagi mempamerkan aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 pada 24 dan 29 Mac depan.

Empat pemain terbabit adalah Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Mohd Hafiz Kamal.

Harimau Malaya dijangka akan menentang Arab Saudi pada 24 Mac manakala perlawanan persahabatan menentang Macau, 29 Mac.

Red GiantsShahrom dan Azrif adalah pemain pertahanan, manakala Nazmi dan Hafiz pemain tengah bagi pasukan Gergasi Merah itu.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, kesemua pemain terpilih akan berkumpul di Wisma FAM, Kelana Jaya pada pagi 20 Mac ini sebelum berlepas ke Jeddah di sebelah petang untuk aksi bertemu Arab Saudi pada 24 Mac.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Palestin, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Timor Leste bagi kedua kejohanan berprestij itu.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Malaysia kini menduduki tangga keempat Kumpulan A dengan mengutip empat mata, ketinggalan 12 mata di bekalang Arab Saudi yang menghuni kedudukan teratas.

Pada 17 November lalu, Malaysia tewas 1-2 kepada UAE dalam saingan Kumpulan A, di Stadium Shah Alam.

Sekembalinya dari Jeddah, skuad Harimau Malaysia dijadual bertemu Macau pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 29 Mac ini.

Football_Association_of_Malaysia_crest.svgJurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, berkata aksi persahabatan itu bagi mengisi slot hari terakhir kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 pada tarikh berkenaan.

Malaysia tidak beraksi pada hari terakhir kempen kelayakan itu selepas menutup saingan Kumpulan A menentang Arab Saudi di Stadium King Abdullah, Jeddah pada 24 Mac.

“Kita sudah cuba menghubungi beberapa pasukan tetapi kebanyakan mereka terlibat beraksi pada hari perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu.

“Akhirnya kita dapat juga pasukan yang tidak terlibat iaitu Macau yang mana mereka terlebih dahulu memaklumkan bersetuju untuk beraksi menentang kita berbanding Nepal yang masih belum dapat kita buat ketetapan rasmi,” katanya.

Berdasarkan ranking FIFA pada kemas kini terakhirnya 4 Februari lalu, Malaysia kini di kedudukan ke-171 dunia manakala Macau di kedudukan ke-195.

-AA-

Categories
SELANGOR

The Red Giants perlu terus bangkit mencabar

Oleh: HAFIZAN TAIB

MELAKA, 5 MAC: Selangor diharap menjadikan kekalahan di tangan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam Piala FA malam tadi sebagai pengajaran untuk bangkit mencipta kejayaan selepas ini.

Dengan saingan seterusnya berhadapan kelab Singapura, Tampines dalam Piala AFC 8 Mac ini, Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan berharap pemain akan melupakan kekecewaan dan memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan berkenaan.

IMG_20160304_234349“Kita menguasai permainan cuma peluang tidak digunakan dengan baik.

“Saya harap pemain bangkit daripada kekalahan malam ini (tadi). Memang kecewa (dengan kekalahan dialami),” katanya kepada media di sini, malam tadi.

PDRM mengalahkan Selangor 2-1 dalam pusingan ketiga Piala Fa di Stadium Hang Jebat di sini untuk melangkah ke suku akhir.

Gol The Cops dijaringkan Ahmad Nizam Rodzi (m38) dan Safuwan Baharudin (m58) manakala gol tunggal The Red Giants dihasilkan Patrick Ronaldinho Wleh (m86).

Zainal berkata, Selangor terpaksa menerima kekalahan kerana biarpun menguasai permainan, tetapi gol dicari gagal dicipta untuk memenangi perlawanan.

IMG_20160304_234651“Kita melepaskan banyak peluang, walaupun menguasai permainan lebih kurang 70 peratus, tetapi dalam bola sepak ini yang kita akan alami apabila tidak menjaringkan gol.

“Kelalaian kita memberikan dua gol kepada pasukan lawan kerana mereka tidak banyak membuat serangan tetapi mengambil peluang dengan baik,” katanya yang berharap pemain The Red Giants mendapat pengajaran daripada kekalahan itu.

Dalam saingan Liga Super sebelum ini, Selangor sering ketinggalan dengan pihak lawan menjaringkan gol awal tetapi bangkit untuk memenangi perlawanan seperti mana dilakukan ketika menentang Pahang (3-1) dan Sarawak (4-2).

Bagaimanapun dalam Piala FA menentang PDRM kali ini, Selangor gagal mengulanginya.

IMG_20160304_234329Pengurus pasukan, Amirudin Shari berkata, skuad Merah Kuning melepaskan peluang memenangi perlawanan kerana berdasarkan undian mereka berupaya melakukannya.

Antara punca kekalahan itu, katanya, pemain gagal menyesuaikan diri pada awal permainan dan gagal membuat ‘comeback’ apabila ketinggalan kepada pihak lawan.

“Tiada pasukan yang gembira dengan kekalahan, kita sudah terlepas satu piala dan walapaun kita tidak sasarkan tetapi berdasarkan undian dibuat kita dilihat berpeluang.

“Bagaimanapun ada hikmah yang harus diterima dengan pemain mendapat sedikit rehat untuk meneruskan cabaran dalam Liga Super, Piala AFC dan seterusnya Piala Malaysia,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Piala FA: PDRM 2, Selangor 1

Oleh: HAFIZAN TAIB

MELAKA, 5 MAC: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menundukkan pasukan pilihan, Selangor 2-1 dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Hang Jebat, di sini, malam tadi.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ternyata gagal meneruskan rentak cemerlang dipersembahkan dalam Liga Super selepas buntu mencipta penyudah berkesan diimpikan.

Tekad The Cops memberikan cabaran hebat kepada penyandang juara Piala Malaysia itu nyata berhasil dengan gerakan dan serangan kemas yang mampu mengugat pertahanan Selangor.

10624618_1027667440639080_4855522166731125490_nSerangan demi serangan dilancarkan penuh hati-hati kedua pasukan akhirnya memihak kepada PDRM yang berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 38 menerusi Ahmad Nizam Rodzi.

Ahmad Nizam menyudahkan hantaran lintang Safuwan Baharudin dengan tendangan kencang melepasi jangkauan penjaga gol The Red Giants, Mohd Khairul Azhan.

Skuad Merah Kuning cuba bangkit daripada ketinggalan dengan serangan balas disusun menerusi gandingan penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh dan Mauro Olivi.

Bagaimanapun benteng pertahanan PDRM diterajui ketua pasukan, Faizal Muhamad, kental bertahan untuk mengekalkan pendahuluan diperoleh hingga separuh masa pertama berakhir.

Selangor memulakan separuh masa kedua dengan satu pertukaran apabila memasukkan Azmi Muslim menggantikan Raimi Md Nor dalam usaha menyaingi lawan.

Bagaimanapun beberapa serangan dilakukan ke kubu tuan rumah terus gagal menghasilkan gol sebaliknya PDRM menambah derita Merah Kuning apabila memperoleh gol kedua hasil tandukan Safuwan (m58).

Safuwan mendapat hantaran dari sepakan percuma Lot Abu Hassan yang disudahi dengan baik apabila gagal diselamatkan Mohd Khairul Azhan.

IMG_20160304_234751Mendahului dengan kelebihan dua gol membuatkan penghuni tangga kelapan Liga Super tambah yakin untuk terus memberi tekanan kepada The Red Giants dengan beberapa serangan balas berbahaya.

Selangor memasukkan Abdul Hadi Yahaya (m60) menggantikan S Veenod untuk membantu menghidupkan bahagian serangan yang dilihat kurang berkesan.

Biarpun banyak melancarkan serangan, namun pendahulu Liga Super itu dikecewakan penjaga gol PDRM, Haziq Nadzli, yang sering berjaya menyelamatkan pintu golnya.

The Red Giants hanya mampu mendapatkan gol tunggal menerusi Ronaldinho (m86) menerusi satu gerakan kemas di depan pintu gol lawan.

Sungguhpun pemain Selangor cuba bangkit mencari gol penyamaan, tetapi The Cops mampu bertahan bagi mengekalkan kedudukan hingga wisel penamat.

Skuad kendalian Mohd Fauzi Pilus ternyata menghadirkan cabaran getir buat The Red Giants hingga berjaya dalam misi ke suku akhir.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kombinasi Ronaldinho dan Olivi makin serasi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 2 MAC: Gandingan penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh dan Mauro Olivi yang semakin menjadi dalam pasukan Selangor menggembirakan Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Persefahaman kedua penyerang itu menerajui bahagian serangan terserlah ketika menentang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini, malam tadi dengan kemenangan 4-2 untuk The Red Giants.

ZAINAL ABIDIN“Mereka berdua nampak sedikit demi sedikit berjaya membentuk kombinasi baik dalam menjalankan tugas.

“Serangan pasukan Selangor juga kini nampak begitu tersusun,” katanya kepada media selepas perlawanan berkenaan.

Walaupun Selangor tidak menurunkan beberapa pemain termasuk Andik Vermanshah yang cedera, namun Ronaldinho dan Olivi berjaya menbentuk gandingan mantap dengan mengatur serangan berkesan menggugat kubu lawan.

Beberapa percubaan digerakkan ternyata memberi masalah kepada skuad kendalian Datuk K Rajagopal dan Ronaldinho sendiri menyumbang dua gol dalam perlawanan itu.

Zainal turut berpuas hati dengan persembahan S Veenod yang ditugaskan mengambil alih posisi Andik di barisan hadapan.

web veenod“Veenod diberi tugas untuk menggantikan tempat Andik dan dia menunjukkan permainan baik sekali,” katanya.

Pemain nombor 23 itu berjaya mengucar kacirkan pertahanan lawan dan sering disorak penyokong setiap kali bola di kakinya.

“Terima kasih kepada penyokong kerana kita berjaya dapat tiga mata dan soal posisi permainan saya hanya mengikut arahan jurulatih.

“Terpulang kepada jurulatih, ” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Pemain Selangor perlu pulih sebelum berdepan PDRM

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 2 MAC: Ketua Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan berharap pemainnya akan segera pulih dan cergas bagi menghadapi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam perlawanan Piala FA di Stadium Kubu, Melaka, 4 Mac ini.

Katanya, beliau mempunyai tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan ekoran jadual padat dan segala kekurangan termasuk kecederaan pemain akan diberi perhatian supaya dapat diatasi ketika perlawanan.

coach zainal -web3“Selepas perlawanan ini (menentang Sarawak) saya akan memeriksa keadaan setiap pemain kerana dalam masa singkat kita akan ada satu lagi perlawanan selepas ini (Piala FA).

“Saya harap pemain pulih cepat kerana ingin menurunkan pasukan yang cergas sepenuhnya,” katanya kepada media selepas perlawanan menetang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, malam tadi.

Dalam perlawanan Liga Super itu, Selangor berjaya mengalahkan Sarawak 4 – 2 hasil jaringan R Gopinathan (m25), Patrick Ronaldinho Wleh (m28 dan m56) serta Azril Nasrulhaq (m67).

Zainal berkata, biarpun pegawai perubatan menyatakan tidak berlaku kecederaan serius dalam pasukan, tetapi beliau akan meneliti keadaan setiap pemain termasuk penjaga gol, Norazlan Razali yang tercedera dalam perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Andik Vermanshah mungkin perlu terus direhatkan ekoran kecederaan kaki dialami.

Mengulas kemenangan The Red Giants malam tadi selepas ketinggalan, Zainal menjelaskan masih tidak berpuas hati kerana pemain mengulangi kesilapan sama ketika menentang Pahang hingga memberi ruang pasukan lawan mendapat gol awal.

web s2“Saya tidak mahu ia menjadi tabiat kepada pemain, maka saya perlu meneliti dan memperbaikinya supaya Selangor dapat membolosi gol daripada awal permainan.

“Perkara ini (memberi ruang lawan mendapat gol) tidak sepatutnya berlaku kerana jika gagal membalas dengan gol maka padah akan menimpa pasukan,” katanya.

Sementara itu, pengendali skuad Bujang Senang, Datuk K Rajagopal berkata, kecederaan ketua pasukan, Ronny Harun pada minit ke 21 hingga memaksa dia dikeluarkan mengubah rentak permainan pasukan berkenaan.

“Kita bermula dengan baik hingga berjaya mendapatkan gol dan disusuli beberapa peluang tetapi selepas Ronny Harun cedera, perancangan kita terjejas sedikit hingga dibolosi dua gol dengan cepat.

“Kita dapat peluang tetapi tidak dimanfaatkan dengan baik,” katanya.

-AA-