Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Muhyiddin: Umno perlu faham soal prinsip bukan gadai tanah negara

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 JAN: Pimpinan Umno perlu memahami prinsip perjuangan sebenar bagi memastikan kedaulatan negara terus diperkukuh tanpa menggadaikan kepentingan dan aset negara.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tetap berpegang pada prinsip kesetiaan terhadap kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

Malah, katanya, prinsip itu tetap menjadi matlamat utama perjuangannya tanpa membatasi soal dan prinsip kesetiaannya kepada institusi diRaja.

“Bagi saya, kesetiaan tidak bersifat membuta tuli. Ia perlu berpaksikan kepada prinsip kebenaran kerana itu juga yang diajar Islam.

BERSATU (13)“Ketika kedaulatan negara sedang tergugat dan kepentingan rakyat terancam, maka sebagai seorang warganegara yang setia kepada raja dan negara, tanggungjawab saya adalah untuk bercakap benar,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata demikian dalam kenyataannya sebagai mengulas dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Aziz Kaprawi yang mempertikai kesetiaan Muhyiddin terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Membidas dakwaan itu, Muhyiddin berkata, tampuk pemerintahan Umno kini dilihat gagal memahami prinsip sebenar kesetiaan hingga wujudnya individu yang sanggup menggadai bumi Malaysia bagi tujuan peribadi.

Beliau mengaitkan dasar penjualan tanah kepada syarikat asing menerusi urusniaga Forest City di bawah urus tadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Integriti pemimpin Umno merudum tak berani tegur Najib

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 DIS: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mampu mengekalkan kuasanya dalam parti tua itu ekoran tiadanya keberanian di kalangan pemimpin lain Umno untuk mencabar kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Tian Chua berkata, walaupun ahli dan pemimpin Umno lain menyedari integriti dan imej buruk Presiden mereka itu menyebabkan Umno semakin kehilangan sokongan rakyat.

“Mereka bukan tak sedar bahawa Najib dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk 1MDB yang melemahkan negara tetapi mereka tidak mempunyai keberanian untuk mencabar kedudukan Najib,” kata Tian Chua ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Jelasnya, perkara ini diburukan lagi apabila politik wang dalam Umno bukan perkara asing lagi apabila Najib sendiri pernah mengakui ‘money is king’ termasuk mendapatkan sokongan pemimpin bahagian Umno seluruh negara.

Sementara itu ketika mengulas pengakuan Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bahawa pengaruh dan sokongan yang diterima parti pembangkang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad daripada rakyat semakin bertambah, Tian Chua menganggapnya sebagai satu pengiktirafan.

Jelasnya, hal ini juga menunjukkan sama seperti pemimpin dan ahli Umno lain, Dr Salleh juga menyedari Najib bukan sahaja semakin ditolak dan tidak popular di hati rakyat malah menjadi punca sokongan masyarakat akar umbi kepada Umno berkurangan.

“Dakwaan pemimpin Umno oposisi sebagai ancaman utama Umno boleh dianggap sebagai pengiktirafan dan pengakuan Umno bahawa pembangkang di negara ini semakin berpengaruh, kuat dan mendapat tempat di hati rakyat.

“Dulu kata Tun Dr Mahathir dan oposisi tak relevan, hilang pengaruh dan macam-macam tetapi kenapa sekarang anggap kami sebagai ancaman terbesar Umno?,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Gerakan besar-besaran bakal tumbang Umno Barisan Nasional

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PASIR GUDANG, 25 SEPT: Gerakan besar-besarkan kini sedang giat disusun sebagai perancangan untuk menumbangkan legasi kepimpinan Umno Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Bekas Perwakilan Wanita Umno Langkawi, Ainina Saadudin memaklumkan perkara tersebut ketika berucap pada ceramah Siri Jelajah Penerangan 1MDB, di Ibu Pejabat KEADILAN Pasir Gudang, di sini, malam tadi.

“Janji saya, janji Srikandi Bersatu, kita akan godam habis-habisan Johor dan kita akan pastikan Umno Barisan Nasional tumbang di Johor pada PRU-14.

ainina“Iltizam dan matlamatnya, kita sedang merancang satu gerakan besar-besaran di luar pemikiran Umno dan Barisan Nasional yang akan mengejutkan mereka pada PRU-14,” katanya.

Bagaimanapun, Ainina tidak mendedahkan butiran lanjut istilah ‘gerakan’ yang sedang diusahakan pihaknya menerusi penubuhan parti baru, Bersatu.

Ainina sebelum ini dipecat daripada Umno selepas memfailkan saman pada 8 Ogos 2015 terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi presiden parti itu.

Susulan itu, beliau bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi antara penggerak utama kepada penubuhan Bersatu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Mantan TPM: Masanya lupakan Umno, tolak BN, jangan ‘penjahat’ berkuasa

OLEH NAZLI IBRAHIM

BUKIT BERUNTUNG, 31 JULAI: Pengundi digesa menggunakan kuasa yang ada bagi menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU-14) yang bakal berlangsung nanti.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hal ini berikutan mengekalkan BN menerajui Putrajaya menyebabkan pihak yang melakukan penyelewengan terus kekal berkuasa.

“Kamu ada kuasa. Kamu yang letak dia di atas. Kalau kamu tak suka kamu boleh turunkan dia ke bawah. Sampai pilihan raya nanti jangan pilih dia lagi. Jangan pilih Barisan (Nasional) lagi.

“Dah sampai masa lupakan Umno tak mengapa. Tak ada dosanya atau hukum wajib menjadi ahli Umno. Nak jadi (sertai) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) boleh, atau pun sertai parti baru bila saya tubuhkan dengan Tun Mahathir (Mohamad) nanti,” kata Muhyiddin.

putrajayaBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri ‘Melakar Muafkat Baru’ di Bukit Sentosa di sini, semalam.

Jelas Muhyiddin, kenyataan dalam ucapannya semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor juga sudah tidak relevan pada masa ini.

“Dulu di sini juga, semasa saya berkempen untuk P. Kamalanathan, bila jumpa orang Melayu saya kata, mesti sokong kerana Umno menjadi teras. Kalau Umno kalah hancurlah masa depan orang Melayu. Saya berkata begitu kerana untuk Umno menang.

“Sekarang saya tak boleh kempen untuk Umno kerana kalau Umno menang, kekallah ‘orang jahat’ itu di situ. Kita tak nak dia di situ, bukan dia sahaja tetapi parti dia juga kita dah tak nak,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor tidak perlu Umno

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 APR: Selangor tidak memerlukan gabungan Umno untuk mengukuhkan negeri dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata sebarang isu ketegangan kaum dan agama yang menjurus kepada kontroversi berjaya ditangani dengan baik juga matang.

ISKANDAR SAMADKatanya, kestabilan itu memberi peluang pimpinan negeri menumpukan usaha membangunkan Selangor dan membela rakyat.

“Kerjasama parti sedia ada sehingga kini diterima baik, sedangkan Umno sudah ditolak mentah-mentah oleh rakyat.

“Hakikatnya, sokongan kepada Kerajaan Negeri juga meningkat berlipat ganda, sejak 2008. Kita dapat penuhi keperluan semua kelompok masyarakat,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan pihak tertentu yang mahukan PAS dan Umno bergabung dan menerajui pentadbiran Selangor.

umno-dan-pas-565x376Iskandar berkata, kerjasama yang wujud dalam kalangan pimpinan negeri di semua peringkat juga berjaya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Negeri.

“Rakyat mahu melihat pemimpin terus bekerja untuk mereka dan mahu pentadbiran sedia ada kekal.

“Mereka sama sekali tidak mahu keadaan sebelum 2008 kembali di Selangor,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kenyataan MARA terhapus jika Umno hilang kuasa cermin Najib terdesak

OLEH : NIK NAZMI NIK AHMAD

Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa MARA akan terhapus sekiranya Umno hilang kuasa.

Kenyataan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan mencerminkan betapa terdesaknya Najib ketika mana kuasa beliau sedang dipertikai.

Sedangkan jelas pelbagai isu dan skandal yang berbangkit baru-baru ini berkenaan MARA berpalit dengan Umno sendiri.

MARA PENDIDIKANKami jamin MARA akan terus wujud sekiranya Pakatan Harapan berkuasa. Malah kami akan memperbaiki insititusi ini agar ia mencapai matlamat sebenarnya untuk membela kebajikan masyarakat Bumiputera.

Apa yang berlaku sekarang kepada MARA sudah menyimpang daripada matlamat ini. Kebajikan golongan yang memerlukan sudah tidak dibela lagi, malah MARA digunakan untuk kepentingan beberapa individu sahaja.

Kerugian ratusan juta pihak MARA akibat pembelian hartanah di Australia sedikit sebanyak diakibatkan oleh budaya korupsi yang dipupuk oleh Umno sendiri.

Dalam pada itu kita juga dapat lihat sekarang ini dengan tadbir urus kewangan negara yang semakin teruk, MARA juga yang menjadi mangsa.
Bukan sahaja biasiswa pelajaran dikurangkan, malah UiTM juga merupakan antara IPTA yang paling banyak dikurangkan peruntukannya.

Kewujudan Umno tidak memberi jaminan MARA akan terus maju sekiranya pemimpin terus mentadbir negara dengan rakus.

Oleh itu janganlah kita mudah terpedaya dengan kata-kata Najib Razak itu, yang kian lama semakin hilang kredibiliti sebagai seorang Perdana Menteri.

* NIK NAZMI NIK AHMAD: KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

Tun Mahathir, Khairuddin Keluar UMNO dialu-alukan


Tun Mahathir, Khairudin umum keluar UMNO berkuatkuasa serta merta. Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan tindakan tersebut.

Categories
NASIONAL

Ahli Umno dicabar ikuti jejak Tun M

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 MAC : Ahli Umno yang tidak lagi menyokong kepimpinan Presiden parti dicabar untuk keluar daripada parti itu, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Min.

Beliau berkata, pengunduran Tun Dr Mahathir daripada Umno menjadi penanda aras kepada ahli Umno untuk terus membiarkan parti itu ditadbir Presiden yang gagal atau sebaliknya.

Mahathir-UMNO“Tun Mahathir membuat cabaran itu dan saya kira apa yang dilakukan oleh Mahathir itu adalah wajar.

“Sekarang kita hanya perlu tunggu apa pula langkah yang diambil oleh ahli yang lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz.

“Namun bagi saya, kepimpinan Umno tentunya tidak lakukan perkara sama kerana mereka lebih pentingkan manfaat untuk mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau mengulas pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali kedua daripada Umno, atas alasan parti itu sudah tersasar daripada prinsip perjuangan asalnya.

Kata Mahathir, Umno kini hanya menjadi parti yang mempertahankan Najib yang terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan kewangan.

Bagaimanapun kata Kian Min, pergolakan dalam Umno jelas menunjukkan Umno berada dalam krisis kepimpinan yang buruk sekaligus mencerminkan kelemahan pentadbirannya.

EZY

Categories
NASIONAL

Tun M keluar Umno kali kedua

PUTRAJAYA 29 FEB:  Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar daripada Umno sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau mengumumkan perkara demikian dalam satu sidang media di sini.

Mahathir-UMNOSebelum ini, Tun Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi Umno pada 26 September 1969.

Pada 19 Mei 2008, Tun Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti Umno.

Beliau mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Beliau menyertai parti itu semula pada 2009 selepas  Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur daripada Perdana Menteri

Namun sehari selepas perlantikan secara rasmi Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam, beliau menyerahkan borang untuk menjadi ahli Umno semula.

Reuters melaporkan Tun Dr Mahathir sebagai berkata tidak akan membentuk parti baru mahupun menyertai mana-mana parti.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan langkah Tun Dr Mahathir bertindak keluar daripada Umno hari ini.

Datuk-Saifuddin-AbdullahKatanya, untuk kali ini biarlah tindakan itu dilakukan untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya mengalu-alukan langkah Dr Mahathir keluar daripada Umno. Saya harap, kali ini ia dilakukan untuk menumbangkan Umno/BN daripada berkuasa di Putrajaya dan melakukan reformasi yang holistik iaitu mewujudkan konfigurasi dan sistem politik yang baru dan reformasi institusi,” katanya dipetik di laman Facebooknya.

EZY

 

 

Categories
NASIONAL

Ketelusan SPR diragui, hak rakyat tolak Umno dinafi

Oleh : Ermizi Muhamad

SHAH ALAM 16 FEB : Ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyebabkan hak rakyat dinafikan apabila Umno Barisan Nasional terus kekal mentadbir negara ini, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin.

Beliau mendakwa, rakyat tidak lagi bersama parti itu dengan merujuk perolehan undi popular 52 peratus yang diraih gabungan pembangkang dalam pilihan raya umum 13 lalu.

spr“SPR tidak telus dalam melaksanakan proses daftar undi apabila mereka membuat ketetapan tertentu bersifat berat sebelah.

“Mengapa perlu ada pelbagai prosuder sedangkan sepatutnya rakyat sudah boleh mengundi tanpa perlu melalui proses pendaftaran dan pengundian sangat meragukan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Ketua Wanita KEADILAN itu mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menjelaskan rakyat mempunyai pilihan untuk tidak bersama Umno dan menolak parti ketuanan melayu itu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata rakyat juga boleh meminda Perlembagaan Persekutuan selepas badan itu menarik balik pinjaman pelajaran pelajarnya sebelum ini.

Namun kata Zuraida, kenyataan angkuh Annuar Musa itu jelas menunjukkan Umno sebagai parti tidak berprinsip dan bakal diketepikan rakyat dalam pilihanraya akan datang.

“Majoriti besar pengundi bukan lagi memilih Umno BN. Mereka muak dengan pelbagai skandal dan korupsi dibuat Kerajaan (Persekutuan) sekarang ini.

“Dalam keadaan ini, saya percaya rakyat bangkit dan tidak akan diperbodohkan lagi,” katanya.

EZY

‘Jika tidak kerana Anwar, saya macai disisi Ahmad Maslan’


Pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan UMNO pada 1998 pemangkin perubahan landskap politik dan mempengaruhi kehidupan banyak golongan.

Categories
SELANGOR

PAS: “Jangan digigit dari lubang sama”

SHAH ALAM 23 DIS: Ahli-ahli PAS perlu berhati-hati kerana kemungkinan perkembangan politik terkini adalah perancangan secara halus untuk memecahbelahkan PAS.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad, berkata Presiden PAS hanya sekadar menghadiri Multaqa Al-Azhar tetapi terdapat media yang mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu dengan UMNO atau PAS akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

umno-dan-pas-565x376Katanya, media yang selama ini memusuhi PAS atau sentiasa memburuk-burukkan pimpinan PAS menjadikan isu ini berita utama mereka.

“Kononnya pelbagai inisiatif sedang dirancang bersama oleh kedua-dua parti.

“Mereka mendakwa terdapat kumpulan yang menyokong perpaduan bersama UMNO dan terdapat kumpulan yang menentang. Mungkin agar ahli-ahli PAS bergaduh sesama sendiri,” kata Iskandar dalam kenyataan media.

Beliau berkata ahli perlu berwaspada dengan taktik seperti ini kerana “political move” dari Umno ini mungkin terdapat “udang di sebalik batu”.

“Umat Islam juga sentiasa diingatkan agar tidak digigit dari lubang yang sama,” katanya.

EZY