Categories
SELANGOR

Apa Khabar Selangor – Episod 4 :PPAS,Muslimat PAS, Kejohanan Hoki 7 Sepasukan & Kg Rawang Tin

Apa Khabar Selangor EPISOD 4 (Bhgn 1)

Sinopsis :

Rancangan ini telah disiarkan secara langsung pada 22 Februari 2012 pada pukul 12.00 tengahari hingga 2 petang menerusi laman sesawang http://www.selangorkini.net yang memaparkan 4 segmen utama dan di pecahkan kepada 2 tajuk kecil.

Segmen 1 : Perpustakaan PPAS w/ Dj Mansor, Pn Hajjah Mastura
Segmen 2 : Perjuangan Muslimat PAS w/ Zubli, YB Dr Siti Mariah Mahmud

Apa Khabar Selangor EPISOD 4 (Bhgn 2)

Sinopsis:

Segmen 3 : Kejohanan Hoki 7 Sepasukan w/ Syed, Mohamad Abdul Hadi dan Mohammad Zainal Husin
Segmen 4 : Pembangunan Semula Kampung Rawang Tin w/ Zubli, Encik Wong Chee Kin, Encik Abdul Kadir Muhamad dan Encik Ramachandran A/L Ponniah

Sebarang cadangan, makluman, atau komen boleh dihantarkan kepada emel kami [email protected]

Categories
SELANGOR

Apa Khabar Selangor – Episod 3 : Kerajaan Selangor 3 Fasa,MPSJ, MATTA, Lelaki & Novel dan Muay Thai

Apa Khabar Selangor EPISOD 3 (Bhgn 1)

Sinopsis :

Rancangan ini telah disiarkan secara langsung pada 15 Februari 2012 pada pukul 12.00 tengahari hingga 2 petang menerusi laman sesawang http://www.selangorkini.net yang memaparkan 4 segmen utama dan di pecahkan kepada 2 tajuk kecil.

Segmen 1 : Kerajaan Selangor 3 Fasa w/ Zubli, YB Ng Suee Lim
Segmen 2 : Ulangtahun Ke-15 MPSJ w/ Marniza

Apa Khabar Selangor EPISOD 3 (Bhgn 2)

Sinopsis:

Segmen 3 : MATTA, Lelaki & Novel w/ Dj Mansor
Segmen 4 : Kejohanan Muay Thai w/ Syed

Sebarang cadangan, makluman, atau komen boleh dihantarkan kepada emel kami [email protected]

Categories
SELANGOR

Apa Khabar Selangor – Episod 2 : MATTA Fair, Kenali Pemimpin YB Yunus Hairi, SMUE, dan Muhibbah Selangorku

Apa Khabar Selangor Episod 2 Bahagian 1 – Selangor Tourism & Yunus Hairi

Sinopsis :

Rancangan ini telah disiarkan secara langsung pada 8 Februari 2012 pada pukul 12.00 tengahari hingga 2 petang menerusi laman sesawang http://www.selangorkini.net yang memaparkan 4 segmen utama dan di pecahkan kepada 2 tajuk kecil.

Segmen 1 : Tourism Selangor – MATTA Fair 2012 w/ Dj Mansor, Hj Mohd Akhil Md Yusof dan Noorul Asyikin Md Din
Segmen 2 : Kenali Pemimpin w/ Zubli, YB Yunus Hairi

 

Apa Khabar Selangor Episod 2 Bahagian 2 – SMUE & MAULIDUR RASUL, CNY, THAIPUSAM

Sinopsis:

Segmen 3 : MES – SMUE w/ Syed, Encik Kamsani Nasir
Segmen 4 : Muhibbah Selangor – Maulidur Rasul, CNY, Thaipusam w/ Marniza

Sebarang cadangan, makluman, atau komen boleh dihantarkan kepada emel kami [email protected]

/

Apa Khabar Selangor – Episod 1 : GeMS, Isu Sampah MBSA, Thaipusam dan Wakaf Selangor

Apa Khabar Selangor EPISOD 1 (Bhgn 1)

Sinopsis :

Rancangan ini telah disiarkan secara langsung pada 1 Februari 2012 pada pukul 12.00 tengahari hingga 2 petang menerusi laman sesawang http://www.selangorkini.net . Rancangan ini memaparkan kepada penonton dengan pelbagai informasi-informasi menarik sesuai dengan semua lapisan masyarakat.

Apa Khabar Selangor memaparkan 4 segmen utama dan di pecahkan kepada 2 tajuk kecil.
Segmen 1 : GeMS w/ Dj Syed
Segmen 2 : Isu Sampah w/ Marniza, PBT MBSA

Apa Khabar Selangor EPISOD 1 (Bhgn 2)

Sinopsis:

Segmen 3 : Thaipusam w/ Zubli, Uthaya Sankar
Segmen 4 : Wakaf Selangor w/ Dj Mansor, Ustaz Anuar Hamzah Toha

Sebarang cadangan, makluman, atau komen boleh dihantarkan kepada emel kami [email protected]

Categories
NASIONAL SELANGOR

Denda RM500 Kepada Premis Membiak Denggi

SHAH ALAM 22 FEB : Kerajaan Selangor akan mengenakan kompaun RM500 ke atas mana-mana premis yang menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes ekoran penularan wabak denggi di negeri semakin meningkat.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata penguatkuasaan bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes akan giat dijalankan sepanjang tahun ini sebagai salah satu strategi utama mencegah dan mengawal penularan wabak itu.

“Masyarakat juga di seru untuk sentiasa menjaga kebersihan alam sekeliling dengan perlupusan sampah domestik dan sampah pukal secara teratur dan menjauhi tabiat pembuangan sampah haram.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga telah merancang jadual berkala untuk kutipan sampah domestik dan pukal untuk mengatasi masalah ini,”katanya.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 419 kompoun bernilai RM 207,004 telah dikeluarkan dan dua tapak binaan telah ditutup.

Sebagai rekod sehingga 18 Februari lalu, sejumlah 1,581 kes denggi telah didaftarkan berbanding 1,126 kes pada tahun lepas (40 peratus peningkatan).

Daerah-daerah yang menunjukkan jumlah denggi tertinggi ialah Petaling (475 kes), Hulu Langat (434 kes), Klang (328 kes) dan Gombak (173 kes).

Kajian pemeriksaan Premis Pembiakan Aedes (PPA) yang dijalankan sehingga 11 Februari lalu pula menunjukkan kadar peningkatan pembiakan Aedes di kawasan lot kosong adalah tertinggi iaitu peningkatan 65 peratus, diikuti kawasan tapak binaan dengan peningkatan 52 peratus.

Berikutan situasi denggi yang membimbangkan ini, Xavier mengingatkan masyarakat untuk mempergiatkan lagi langkah-langkah pencegahan denggi di kawasan tempat kerja dan rumah mereka.

 

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Air Selangor Selamat Untuk Digunakan

SHAH ALAM, 22 FEB : Dakwaan kerajaan Selangor akan membekalkan air tidak selamat kepada rakyat negeri ini disifatkan sebagai satu tohmahan berniat jahat dan buruk sangka tanpa usul periksa, kata Dr Xavier Jayakumar.

Dr Xavier berkata demikian sebagai merujuk lapiran media pro-BN bertajuk ‘Air Lombong Tak Selamat’ yang disiarkan pada 17 Februari lepas.

Katanya, kerajaan negeri di sentiasa komited menggunapakai sumber air mentah dari sumber air bawah tanah, bekas lombong, air hujan dan sungai yang dirawat bagi menampung keperluan rakyat di negeri ini.

Tambahnya, sumber air berkenaan perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dijadikan air minum berdasarkan piawaian keselamatan dan kesihatan di negara ini.

Katanya, selain Lembaga Air Selangor(LUAS) yang memantau bagi pihak kerajaan negeri. Agensi pusat seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) dan Jabatan Kesihatan juga memantau untuk kepentingan pengguna.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apa yang lebih penting, sebarang perbahasan mengenai air bekas lombong dan mana-mana sumber air yang berpotensi sepatutnya difokuskan kepada kos dan kelebihannya. Adalah tidak matang untuk menyarankan cadangan-cadangan ini tidak menguntungkan sebelum dijalankan analisis terhadap kos dan manfaatnya.

Mengulas projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor Abdul Khalid berkata, projek ini akan membebankan rakyat Selangor dengan kenaikan kadar tariff air jika ia terus dilaksanakan. Oleh itu tidak sebab untuk ia dilaksanakan.

Pertama, Kerajaan Selangor akan dipaksa membelanjakan sejumlah RM8 bilion untuk membina Loji Langat 2. Kedua, Kerajaan Selangor akan dipaksa membayar kepada Kerajaan Pahang untuk air mentah yang disalurkan ke negeri ini.

Oleh itu, dana RM8 bilion itu boleh digunakan untuk memulihara Sungai Klang yang menjadi sumber air mentah tanpa had di Selangor.

Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian bahawa projek Langat 2 bukan jalan penyelesaian kepada usaha membaiki mutu perkhdimatan industri air di Selangor dan Lembah Klang.

“Malah, penyelesaian secara holistik adalah perlu bagi memulihkan kegagalan dan kerugian akibat penswastaan industri air di Selangor. Penswastaan ini menyebabkan perkhidmatan air dipecah-pecahkan di mana keuntungan kepada syarikat-syarikat swasta manakala beban kos terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah contoh klasik di mana syarikat swasta mendapat keuntungan manakala rakyat menanggung kerugian.

‘Walaupun Kerajaan Negeri masih terbuka mengadakan rundingan dengan syarikat konsesi dan kerajaan Pusat, tetapi kita sedari rundingan ini melalui jalan yang sukar,”katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Noh Sibuk Isu Pasir Untuk Elak Skandal NFC

SHAH ALAM, 21 FEB : Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sewajarnya memberi perhatian terharap isu besar seperti skandal Lembu Fidlot NFC yang dipertanggungjawabkan kepadanya daripada memperkatakan mengenai kes pasir di Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie berkata, Noh tidak seharusnya lepas tangan dalam isu itu dan cuba mengalihkan tumpuan rakyat terhadap pecah amanah duit rakyat berjumlah RM250 juta yang didakwa melibatkan seorang menteri.

Menurutnya, keutamaan perlu diberikan kepada kes itu sepertimana arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Noh untuk memantau kes tersebut.

Katanya, pihaknya bersetuju dengan saranan Noh supaya isu kepentingan rakyat dibawa ke “mahkamah rakyat” supaya rakyat boleh membuat penilaian berhubung sesuatu isu dibangkitkan. “Apakah Noh masih belum menyiapkan kertas laporan untuk dibawa ke ‘mahkamah rakyat’ seperti diarah Perdana Menteri untuk Noh pantau dalam skandal Lembu Fidlot

NFC? Dalam perkembangan terkini yang saya ikuti sewaktu ditanya wartawan berhubung perkembangan skandal yang melibatkan RM250 Juta wang rakyat, dilaporkan beliau terkial-kial untuk menjawab soalan wartawan dalam mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa terdapat pecah amanah dana rakyat dalam pembelian aset NFC.

“Jawapan diberi Noh berhubung isu salahguna skandal Lembu Fidlot NFC adalah ‘saya tidak tahu’. Apakah itu jawapan seorang menteri yang ditugaskan oleh Perdana Menteri untuk memantau kegagalan projek Lembu Fidlot NFC? soalnya dalam satu kenyataan media dibuatnya hari ini.

Shuhaimi berkata, tidak cukup dengan itu adakah juga Noh bersedia untuk bersemuka di “mahkamah rakyat” berhubung skandal PKFZ, skandal tanah ADUN Umno dan yang lainnya.

Tidak mahu menyebut mana-mana pemimpin Umno Selangor, beliau berkata, cukuplah sekadar menjelaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit kerana terpaksa membeli tanah milik seorang ADUN Umno Selangor satu masa dahulu dan sehingga sekarang tiada siasatan pihak berkuasa berkaitan perkara itu.

Tambahnya, Noh tidak sepatutnya menyibuk dalam urusan lain yang bukan di bawah tugasnya dan perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawab diberikan kepadanya.

“Isu pasir di Selangor ditangani dengan baik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa hampir empat tahun dengan angka dan statistik menunjukkan pencapaian dalam peningkatan royalti pasir.

“Malah isu ini sudah lebih 30 tahun bermula. Bukan sahaja di Selangor bahkan juga di Johor, Negeri Sembilan dan Perak. Mana suara pimpinan Umno dalam isu yang sama di negeri lain?,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Noh Omar Di Cabar Hadir Sesi SELCAT

SHAH ALAM, 21 FEB : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dituntut untuk mengadakan sesi pendengaran awam atau mahkamah rakyat bagi membongkar penyelewengan dana NFC sekiranya beliau benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan ketelusan dalam sesuatu pentadbiran.

Bagaimanapun, Noh Omar terlebih dahulu dituntut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin untuk hadir pada sesi pendengaran awam terhadap pengendalian pasir di Selangor yang melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Yayasan Selangor dan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

“Datuk Seri Noh Omar dijemput untuk menghadirkan diri sepanjang sesi pendengaran awam ini berlangsung supaya beliau dapat memberikan maklumat dan bukti apa yang didakwa penyelewengan dalam KSSB khususnya.

“Kehadiran beliau amat penting, selain dapat menunjukkan keikhlasan beliau dalam membenteras rasuah, beliau juga boleh mendapat idea, inspirasi dan semangat untuk melakukan perkara yang sama dalam pentadbiran Kerajaan Pusat BN,” ujar Faekah tegas.

Sementara itu, Faekah turut mengulas kesediaan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam membanteras segala bentuk penyelewengan dan salahguna kuasa.

“Usaha ini sejajar dengan aspirasi pentadbiran Kerajaan Pakatan yang mahukan pentadbiran kerajaan ini bersih daripada sebarang penyelewengan dan ketirisan dana awam.

“Ini penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran awam yang sebelum ini teruk tercemar disebabkan tindakan sesetengah pemimpin Umno/BN yang tamak dan mengamalkan kronisme,” jelas Faekah lagi.

Faekah juga menegaskan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab sekiranya terdapat bukti penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Selain itu, pendengaran SELCAT juga akan mampu menghapuskan reputasi buruk yang cuba dibayangkan sesetengah pihak terhadap anak-anak syarikat Kerajaan Negeri,” kata Faekah.

Categories
SELANGOR

Pendengaran Awam Selcat isu pasir 5 – 7 Mac

SHAH ALAM 20 FEB : Jawatankuasa Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan mengadakan pendengaran awam bagi tiga kes pengurusan anak syarikat kerajaan Selangor termasuk yang mengendalikan perlombongan pasir.

Pendengaran awam tersebut akan di adakan pada 5 hingga 7 Mac dan sesiapa yang mempunyai maklumat tentang dakwaan berlaku penyelewengan di dalam kontrak pasir di Selangor, samada menteri, blogger atau individu, diminta tampil ke hadapan.

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim meminta orang awam memberi keterangan bertulis kepada Selcat supaya jawatankuasa itu boleh menentukan samada ia ada kaitan dengan kes-kes yang akan didengarkan nanti.

“Saya harap beberapa pihak yang mendakwa mereka mempunyai bukti penyelewengan dalam jabatan kerajaan atau Kumpulan Semesta atau PKPS atau Yayasan Selangor memaklumkan kepada pihak kami supaya kami dapat mengesahkan kaitan keterangan yang meraka akan berikan,” katanya di dalam satu sidang akhbar di sini.

Teng berkata tiga kes itu termasuk dakwaan ada penyelewengan di dalam pemberian kontrak perlombongan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)

Tambahnya, Selcat juga akan memanggil pegawai tertinggi Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi memberi keterangan.

Yayasan Selangor dipanggil berkenaan satu laporan audit dalaman tentang perlantikan pengurus besarnya.

Manakala dua anak syarikat PKPS, PKPS Agro-industri dan PKPS Premium Agro Produks dipanggil berkenaan pinjaman RM180 juta yang diambil bagi membeli peralatan pertanian.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau mempunyai bukti tentang penyelewangan kontrak pasir KSSB dan akan tampil memberikan keterangan kepada Selcat.

Teng menjelaskan tujuan pendengaran awam tersebut adalah bagi memperbaiki cara pentadbiran kerajaan selangor dan anak syarikat dibawahnya dan bukan untuk menyiasat atau mendakwa sesiapa yang salah.

“Bidang kuasa dan fungsi Selcat dan polis dan SPRM berlainan. Selcat bertumpu kepada pentadbiran dan pemantauan.”

“Kita lebih lihat dari segi pentadbiran untuk menentukan kebertanggungjawapan dan ketelusan.

“Sementara itu kalau ada orang yang melakukan kesalahan jenayah, samada di bawah bidang kuasa polis atau SPRM, maka mereka perlu jalankan siasatan berdasarkan undang-undang berkenaan.”jelas Teng lagi.

 

Categories
SELANGOR

Azmin: Pemimpin Berkebajikan Tidak Akan Muflis

HULU KELANG, 17 FEB : Kerajaan yang melakukan kebajikan terhadap rakyatnya tidak akan sesekali dilanda muflis, sebaliknya kerajaan korup dan tidak amanah sahaja yang akan merugikan sesebuah negara atau negeri, ujar Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

“Ingin saya tegaskan negeri dan negara tidak akan bankrup jika kerajaan menolong rakyat.

“Tetapi ianya akan bankrup jika pemimpin mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, zalim dan menekan rakyat. Itulah yang sebenarnya menghancurkan sesebuah kerajaan dan negara,” tegas Azmin.

Beliau turut memberitahu Negeri Selangor berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi tertinggi dalam negara sebanyak RM 1.6 billion walaupun Kerajaan Pakatan melakukan pelbagai program kebajikan terhadap rakyat.

“Setelah empat tahun kerajaan memberikan air percuma dengan peruntukan sebanyak RM 150 juta setahun, bermakna sudah RM 600 juta dibelanjakan untuk air percuma ini.

“Tiada negeri yang memberikan air percuma melainkan Selangor namun negeri ini masih mencatatkan pertumbuhan memberansangkan dan tidak bankrup,” jelas Azmin yang juga merupakan Adun Bukit Antarabangsa.

Azmin berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam Majlis Penyampaian Pembayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa Ke-dua peringkat Dun Gombak yang diadakan di Dewan Pusat Khidmat Rakyat Taman Melawati pagi tadi.

Salah seorang penerima bantuan SMUE, Bidasiah Sindin 67, berasa terharu hingga menitiskan airmata tatkala ditemubual wartawan TVSelangor.

“Saya berbesar hati menerima sumbangan ini dan akan menggunakan wang yang diberikan ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Adun PKR Azmin Ali. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik beliau,” ujar ibu beranak tiga ini sebak.

Sementara itu, Mohd Anas Yosuf 27, yang baru kehilangan ayahanda tercinta berharap agar prgram-program kebajikan seumpama ini dapat diteruskan oleh Kerajaan Negeri.

“Alhamdulillah banyak pembangunan dan kebajikan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri setelah mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Mudah-mudahan PRU akan datang ini kerajaan yang ada sekarang ini beroleh kejayaan dan terus menerajui negeri,” ujar jejaka yang merupakan seorang penjawat awam ini.

Selain penyampaian sumbangan kepada 24 penerima SMUE, Azmin turut menyampaikan sumbangan wang kepada tujuh keluarga miskin bagi meringani beban mereka.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Teng Chang Kim: SELCAT Minta Noh Beri Keterangan

SHAH ALAM, 17 FEB: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bersedia pada bila-bila masa untuk mendengar keterangan dari Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung dakwaan penyelewengan pasir di Selangor.

Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Kim berkata Noh boleh berhubung dengan jawatankuasa SELCAT bagi membolehkan beliau mengemukankan pendengaran dan pembuktian berhubung pelbagai isu.

“Bukan sahaja isu pasir malah apa sahaja isu boleh di kemukakan kepada SELCAT.

“SELCAT tidak memilih bulu dan segala tindakan juga tidak memilih sesiapa sama ada menteri, Menteri Besar atau perdana Menteri sekali pun.” ujar beliau ketika dihubungi TV Selangor.

Menurut beliau, Noh perlu mengikuti prosiding yang ditetapkan supaya semua dapat berjalan secara lancar.

“SELCAT tidak akan memanggil Noh untuk memberi keterangan kerana SELCAT tidak akan menjadikan kenyataan media sebagai asas untuk memanggil seseorang untuk memberi keterangan.

“Sebagai sebuah institusi dibawah kuasa Dewan Undangan Negeri SELCAT tidak boleh bertindak berdasarkan kenyataan media Noh.

“Sekiranya Noh mahu memberikan keterangan dan membuktikan apa-apa berhubung apa sahaja isu, beliau dipersilakan untuk berbuat demikian.”kata beliau yang juga Speaker Dun Selangor.

Dalam kenyataan media semalam, Noh berkata beliau sendiri akan hadir dan tampil bersama saksi dan bukti kepada SELCAT.

Noh berkata beliau bersedia mematuhi syarat-syarat yang bakal dikemukakan kerajaan negeri sekiranya beliau gagal membuktikan dakwaan beliau.

Dua hari lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Ahli Lembaga Pengarah Bebas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) dan Transparency International bertemu Noh untuk mendapatkan keterangan dakwaan penyelewengan pasir di Selangor.

Categories
SELANGOR

MB: Dasar Terbuka Punca Pelaburan Selangor Meningkat

PETALING JAYA, 17 FEB – Selangor terus maju dan berjaya mengurangkan karenah birokrasi serta korupsi sejak berada di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan mencipta lebih banyak peluang perniagaan yang terbuka luas kepada semua peniaga tempatan mahupun asing.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, konsep pelaburan mesra yang diamalkan kerajaan Selangor dalam sektor perniagaan dilihat memberi kesan positif, malah berjaya menarik lebih ramai pelabur saban tahun.

“Selangor sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka kepada semua ahli perniagaan termasuk peniaga asing dan tempatan. Selangor adalah tempat terbaik untuk semua peniaga menjalankan perniagaan.

Kerajaan negeri juga sedang dalam usaha membangunkan dan memberi tumpuan kepada industri perkhidmatan termasuk pelancongan dan kesihatan yang boleh diceburi oleh semua golongan perniagaan,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam bersama Global India SMI/SME Forum and Networking Summit Malaysia 2012 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini malam tadi.

Majlis makan malam itu adalah anjuran Persatuan Perdagangan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) bagi meraikan penglibatan mereka sebagai pelabur selama lapan dekad dalam sektor pembangunan ekonomi di Malaysia.

Tambah Abdul Khalid, keadaan ekonomi yang berkembang pesat dan stabil di Selangor turut dipengaruhi oleh sokongan padu perniagaan SMI dan SME.

Ujarnya, perniagaan kecil dan sederhana juga adalah antara penyumbang terbesar kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara atau negeri.

“Justeru itu, syarikat-syarikat seperti KLSICCI perlu merangka sebuah program yang akan membuka pasaran luas dalam usaha untuk bersaing bersama pelabur lain terutama pelabur antarabangsa,” jelasnya.