Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

500 pempamer ambil bahagian dalam Ekspo Antarabangsa Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 OKT: Lebih 500 pengusaha tempatan dan luar negara bakal mengambil bahagian dalam Ekspo Antarabangsa Selangor di The Mines, Seri Kembangan, pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, inisiatif terbabit dilaksanakan Kerajaan Selangor ke arah mempromosikan pelaburan negeri.

Katanya, ekspo itu juga dijadikan landasan untuk memperkenalkan Selangor sebagai hab pelaburan serantau terkemuka.

“Penganjuran kali kedua ekspo terbesar ini turut memberi peluang kepada pelabur dari luar melihat perkembangan positif prospek pelaburan negeri sebagai Hab Pelaburan serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor, Hassan Azhari di Selangor Digital Creative Centre I-City, di sini.

Hadir sama, Pengarah Esekutif Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC), Yong Kai Ping.

teng01Tahun lalu, ekspo sama dianjurkan dengan memberi tumpuan kepada prospek makanan halal dan sains kehidupan, sementara fokus kali ini tertumpu kepada kerjasama keusahawanan rentas negara antara pengusaha tempatan dan luar.

Pada masa sama, Chang Khim berkata, pengajuran kali ini turut memberi peluang kepada 100 peniaga dan usahawan E-Dagang bagi mempromosikan produk mereka.

Menariknya, maklumat membabitkan peluang perniagaan atas talian daripada panel jemputan turut disampaikan kepada umum sepanjang karnival berlangsung.

Antara panelis terlibat adalah wakil dari Zalora, Giulio Xiloyannis; wakil Ebay, Mei Inn; wakil Lazada, Hans Peter dan wakil MOL Pay, Eng Sheng Guan.

“Komitmen ini dibuat atas dasar membantu usahawan tempatan melihat sendiri peluang memasarkan perniagaan di peringkat global,” kata Chang Khim.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kayuhan Merdeka DUN Sungai Pinang meriah

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 31 OGOS: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 di DUN Sungai Pinang berlangsung meriah apabila lebih 300 peserta menjayakan Program Kayuhan Merdeka, hari ini.

Kayuhan yang turut membabitkan penduduk di DUN Sementa menyaksikan orang ramai berkayuh sejauh 10 kilometer (km) melalui Kampung Sungai Pinang Bandar, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Batu Tiga.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pinang, Dato’ Teng Chang Khim berkata, selain membangkitkan semangat patriotik, program itu juga mampu memupuk minat orang ramai menggunakan basikal untuk ke stesen pengangkutan awam seperti kereta api dan lain-lain.

“Selain menyambut hari merdeka, kita harap program ini dapat memupuk warga Sungai Pinang menggunakan basikal sebagai salah satu pengangkutan utama kerana Kerajaan Selangor pada masa ini menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

“Basikal boleh menjadi pengangkutan dalam batuan pertama dan batuan terakhir bagi perjalanan mereka yang menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja,” katanya juga Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan.

DSC_0727 kecilChang Khim berkata, aktiviti itu juga boleh dijadikan sebagai riadah waktu lapang dengan melalui beberapa jalan kampung tradisi yang terdapat di situ.

Terdahulu, ADN Sementa yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan dan Pembangunan Wanita & Keluarga, Dr Daroyah Alwi melepaskan sekumpulan peserta di Kampung Rantau Panjang.

Kumpulan berbasikal itu kemudiannya bergabung dengan satu lagi kumpulan diketuai Chang Khim bagi membentuk kumpulan besar sebelum berkayuh melalui tiga kampung terlibat.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

ADN jadikan basikal ‘kenderaan rasmi’ lawat kawasan

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 31 OGOS: Bagi memperoleh kesan perkhidmatan maksima sebagai wakil rakyat, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pinang, Dato’ Teng Chang Khim menjadikan basikal sebagai ‘kenderaan rasmi’ melawat kawasan diwakilinya sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, berbasikal memberinya lebih banyak ruang dan masa untuk bertemu penduduk Sungai Pinang secara dekat di samping memantau isu setempat secara mendalam berbanding menaiki kereta.

“Sudah lebih dua minggu saya berbasikal ketika melawat kawasan, malahan sebelum ini turut disertai ahli majlis dan ketua masyarakat.

“Apabila berbasikal, saya boleh berhenti di mana sahaja untuk bertemu penduduk dan tidak perlu mencari parkir jika ingin singgah di gerai yang terdapat orang ramai,” katanya kepada SelangorKini.

DSC_0744 kecilBeliau sebelum itu merasmikan Program Kayuhan Basikal sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Kampung Sungai Pinang, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Chang Khim yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, IKS dan Pengangkutan berkata, beliau perlu memberi contoh teladan baik untuk diikuti masyarakat yang dipimpinnya.

“Amalan berbasikal juga mampu mengekalkan tahap kecergasan juga mengurangkan pencemaran alam sekitar berbanding kenderaan bermotor,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Bas Smart Selangor: MBSA dan MPSJ terima dua laluan baru

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 12 OGOS: Dua laluan baru bas Smart Selangor masing-masing di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijangka mula beroperasi pada September ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan,

, berkata kos ditanggung secara bersama antara Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menggunakan formula 1:1.

Katanya, sejumlah RM1.2 juta diperuntuk Kerajaan Negeri bagi menampung kos satu laluan baru sementara satu lagi ditanggung PBT.

“Laluan bagi setiap PBT berkenaan akan menjadi tiga, berbanding hanya satu laluan sebelum ini.

“Kerajaan Negeri menampung dua laluan, manakala PBT menanggung kos bagi satu laluan,” katanya dalam sidang media.

bas selangorku (1)Terdahulu, beliau ditemani Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Awaluddin Zakaria meninjau perkhidmatan bas Smart Selangor, di sini.

Sejak dilancarkan pada Julai 2015, perkhidmatan percuma di seluruh Selangor mencatatkan seramai 2.3 juta penumpang.

Chang Khim berkata, laluan baru di MBSA melibatkan laluan daripada Pusat Bandar ke Stadium Shah Alam yang berhampiran pusat beli belah.

“Ia bersambung pula kepada Stesen Komuter Batu Tiga dan kawasan perumahan di Seksyen 19.

“Di MPSJ pula, satu laluan diperkenal di kawasan baru sementara satu lagi kawasan lama yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Exco ke Taiwan-Taipei, intai peluang pelaburan dan ekonomi

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 JUN : Kerajaan Negeri kini meninjau potensi pelabur Taiwan dan Taipei bagi memperluaskan lagi hubungan dagang antara Selangor dan negara luar.

Komitmen tersebut dizahirkan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim sebagai inisiatif memacu perkembangan ekonomi negeri.

SELANGOR TAIWAN 1Beliau dalam rangka kerja pertemuan bersama beberapa syarikat utama dari antarabangsa selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan 19 Jun lalu.

Gerak kerja tersebut dimulakan menerusi pertemuannya bersama Datuk Bandar Taoyuan, Cheng Wen Tsan, 20 Jun lalu selain turut disertai wakil syarikat korporat Taiwan.

Selain itu, beliau turut diberikan peluang merasmikan Forum Perniagaan Selangor-Taiwan yang dihadiri lebih 700 perserta dari negara itu.

Pada masa sama, Teng juga sempat mengadakan lawatan ke Pusat Skuter ‘Gagoro’ serta turut diberi pendedahan mengenai kemudahan pengangkutan syarikat itu.

SELANGOR TAIWAN 2“Melawat ke pusat skuter pintar, “Gogoro”, dan cuba mempelawa syarikat tersebut untuk menyertai Expo Antarabangsa Selangor pada Oktober ini,” tulisnya di Facebook.

Beliau juga turut mengadakan pertemuan rasmi bersama Datuk Bandar Taipei, Charles Lin bagi meninjau perkembangan peluang pelaburan di Taipei.

Dalam perkembangan sama, beliau juga kini sedang dalam perjalanan ke Kaoshiung bagi mengadakan pertemuan dagang bersama masyarakat di sana.

Teng sebelum ini berkata, Selangor membuka peluang kepada pelabur luar untuk memperluaskan hubungan dagang di negeri ini dengan menyediakan pelbagai persekitaran yang baik dan berkesan.

Katanya, ia bertujuan untuk mempromosikan Selangor selain memupuk kerjasama dengan bakal pelabur, syarikat serta dewan perniagaan yang berpontensi.

-nR-

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri fokus bangunkan e-dagang dan hab halal

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 JUN: Kerajaan Negeri komited memfokuskan bidang e-dagang, hab halal dan sains hayat sebagai pemacu pelaburan masa depan, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata ia sejajar dengan matlamat untuk Selangor terus membina serta memperkukuhkan kelebihan negeri berdaya saing.

teng chang kim 1“Sebagai negeri metropolitan, Selangor mempunyai rangkaian jalan raya dan rel, pelabuhan juga lapangan terbang yang menghubungkan lokasi perniagaan serta pusat pentadbiran ibu negara.

“Tidak ketinggalan tenaga kerja mahir terbesar di Malaysia, hab ICT yang juga perkilangan dan institusi pengajian tinggi bereputasi melahirkan lebih 40,000 graduan setahun,” katanya di majlis berbuka puasa bersama media, di Hotel Hilton, baru-baru ini.

Chang Khim berkata, syarikat pelabur semakin tertarik kepada infrastruktur yang dibangunkan selain insentif pelaburan yang disediakan sama ada Kerajaan Negeri, bahkan Malaysia menjadi salah satu daripada negara ASEAN yang digemari pelabur.

INVEST SELANGORPada masa yang sama, katanya, Selangor menjadi pilihan pelabur kerana kesungguhan dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang menepati taraf sosial dengan standard gaya hidup sofistikated bandar terkemuka.

“Manakala bagi sektor elektronik dan elektrikal, kelengkapan pengangkutan, makanan, jentera dan peralatan serta sains hayat akan terus menjadi lima teras yang diberi tumpuan khas terhadap peluang baru yang dijana melalui sektor e-dagang, sains hayat dan halal,” katanya.

Beliau berkata, Invest Selangor mengadakan pertemuan dan membina jaringan di lebih 20 bandar utama di Australia, Vietnam, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Jepun dan China dalam tempoh empat bulan ini.

Katanya, ia bertujuan untuk mempromosikan Selangor selain memupuk kerjasama dengan bakal pelabur, syarikat serta dewan perniagaan yang berpontensi di negara terbabit.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Peruntukan RM10 juta, Bas Smart Selangor diperluas seluruh negeri

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SELAYANG, 13 MEI : Peruntukan RM10 juta disalurkan bagi tujuan penambahan perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor di seluruh negeri.

Exco Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata perkhidmatan terbabit diperluas ke kawasan luar bandar sebagai keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap masyarakat setempat.

BAS PERCUMA SELAYANG“RM10 juta diperuntukan untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke kawasan luar bandar dengan pertambahan 15 unit bas.

“Terdapat 41 unit sedang beroperasi dalam kawasan perbandaran dengan kemudahan Wifi dan mesra OKU. Kini satu lagi kawasan perbandaran iaitu MPS (Majlis Perbandaran Selayang),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Pelancaran Bas Smart Selangor di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang di sini, pagi tadi.

Hadir sama, Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan; Amirudin Shari, Exco Infrastruktrur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani; Zaidy Abdul Talib, dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang; Gan Pei Nei.

Perkhidmatan Bas Smart Selangor diwujudkan sejak 2016 memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat Selangor khususnya di kawasan bandar.

BAS PERCUMA SELANYANG 2Bagaimanapun, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini optimis perkhidmatan bas percuma itu diperluas ke kawasan luar bandar menjelang Julai ini.

Mengulas lanjut, Teng berkata, pekhidmatan Bas Smart Selangor juga mampu menjadikan sistem pengangkutan awam di negeri ini lebih teratur dan bersistematik.

“Sistem pengangkutan awam di Selangor dapat disepapdukan dan bergerak dengan lebih efektif dan berkesan di samping membantu meringankan beban trafik di kawasan sekitarnya.

“Semua masyarakat diseru mengambil peluang memanfaatkan kemudahan disediakan Kerajaan Negeri ini sebaik mungkin,” katanya.

-nR-

Pulau Indah sebagai taman perindustrian moden, mampu tarik pelancong

Kerajaan Negeri yakin Pulau Indah mampu dibangunkan sebagai taman perindustrian moden serta pulau pelancongan eko di Selangor.

Categories
SELANGOR

Selangor optimis Pulau Indah sebagai taman perindustrian moden

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 APRIL: Kerajaan Negeri yakin Pulau Indah mampu dibangunkan sebagai taman perindustrian moden serta pulau pelancongan eko di Selangor.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata iltizam dan komitmen tinggi ditunjukkan pengurusan dan kakitangan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (Central Spectrum) diyakini mampu merealisasikan harapan itu pada masa hadapan.

“Pulau Indah mampu menjadi sebuah pulau contoh yang bakal menerajui taman perindustrian sebagai pusat pelaburan utama di Selangor dan Malaysia amnya.

LrMobile0704-2016-1005140707534810983“Di samping itu, dengan strategi berkesan ia juga mampu dijadikan sebagai sebuah pulau berasaskan pelancongan eko,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan ucapan mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis pelancaran Cofee Table Book Pulau Indah Scenic & Enchanting di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas.

Pada masa sama, Chang Khim berkata, Central Spectrum dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) diharapkan boleh bekerjasama bagi pembangunan pulau itu untuk memastikan gambaran dalam buku terbabit mampu menjadi daya tarikan baru.

Katanya, Central Spectrum sudah membuktikan kesungguhan dengan membangunkan pulau berkenaan untuk dijadikan permata bernilai bagi dumajukan sebagai taman perindustrian biarpun berdepan masalah pada awalnya.

“Pada tahun lalu, Central Spectrum mencatatkan keuntungan dan jualan tertinggi di dalam sejarah penubuhannya melalui hasil jualan hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara.

IMG_20160407_100551“Pembangunan rancak kini mendorong kehadiran masyarakat luar untuk bekerja di situ selain aktiviti tradisional masyarakat kampung dan orang Asal iaitu pertanian serta perikanan,” katanya.

Dengan pengenalan buku itu, beliau berharap Central Spectrum dapat bekerjasama dengan Tourism Selangor, Invest Selangor, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan Tourism Malaysia dalam mempromosikannya ke luar negara.

“Ia juga boleh dijadikan satu momento kenangan dalam lawatan Kerajaan Negeri ke luar negara sebagai tanda persahabatan atau buku undangan khas pelabur luar ke pulau berkenaan.

“Sudah tiba masanya ia dipopularkan kepada masyarakat umum dengan mengenengahkan tempat menarik di pulau ini sebagai lokasi pelancongan,” katanya.

Pulau Indah mempunyai empat perkampungan tradisi iaitu Kampung Sungai Pinang, Kampung Teluk Nipah, Kampung Sungai Kembong dan Kampung Perigi Nenas dengan populasi hampir 17,000 orang terdiri dari masyarakat Melayu dan orang Asal.

-AA-

Bas Smart Selangor : 911,969 penumpang sejak Julai 2015.

Bas Smart Selangor : 911,969 penumpang direkodkan sejak dilancarkan di lima Pihak Berkuasa Tempatan pada 1 Julai 2015.

Categories
SELANGOR

Rebut peluang ikuti SITEC Online 100 panggilan kedua

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan Negeri sedia melancarkan panggilan kedua program SITEC Online 100 dengan peruntukan RM2juta.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Penyelidikan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata menerusi program dikendalikan Majlis Tekonologi Informasi dan E-dagang Selangor (SITEC) itu, 100 lagi usahawan akan dibantu mengurus perniagaan secara atas talian.

Katanya, ia fokus kepada pengurusan perdagangan elektronik (e-dagang) bagi memaksimumkan penjualan.

teng 1“Ini merupakan program pertama seumpamanya dilaksanakan di Malaysia yang sepenuhnya ditanggung kerajaan.

“Setiap peserta ditawarkan laman web interaktif, aplikasi menerusi appstore selain tunjuk ajar dan sesi latihan diberikan secara percuma sepanjang tempoh program,” katanya ketika Majlis Graduasi SITEC 100 di Pusat Kreatif Digital Selangor (SDCC) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor, Hasan Azhari dan CEO SITEC, Yong Kai Ping.

SITECPada majlis sama, seramai 100 usahawan yang mengusahakan pelbagai barangan dan perkhidmatan menerima sijil tamat program yang disampaikan Mohamed Azmin.

Program yang bermula pada Mei 2015 itu tamat tiga bulan lebih awal daripada tempoh setahun diperuntukkan.

-nR-

Categories
SELANGOR

Selangor lancar pertandingan E-Commerce pertama di Malaysia

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 FEB: Selangor Information & E-Commerce Council (SITEC) dengan kerjasama Invest Selangor melancarkan pertandingan sulung ‘Malaysia Top EC Merchant Awards 2016′ buat semua peniaga E-Commerce di Selangor Digital Creative Center (SDCC).

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata perdagangan merentasi sempadan dijangka berkembang tahun ini dan Kerajaan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada industri.

SITEC“E-Commerce merupakan wadah sesuai untuk meningkatkan eksport serta memupuk Selangor sebagai pusat perdagangan kerana ia menutup jurang yang mengongkong jualan secara tradisonal menerusi kedatangan pembeli ke Malaysia.

“Manakala, pembelian dalam talian akan menjimatkan kos perjalanan pembeli,” katanya dalam ucaptama pada majlis pelancaran  ‘Malaysia Top EC Merchant Awards 2016’ di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping dan Pengurus E-Commerce, Goh Boon Peng.

Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri komited memupuk perdagangan merentas sempadan menerusi agenda Komuniti Ekonomi Asean selain berharap pemain E-Commerce mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Jelasnya, penyedia logistik juga giat meningkatkan jumlah kenderaan mereka supaya dapat memenuhi pertambahan permintaan domestik sekaligus memberi petunjuk kukuh bahawa E-Commerce sedang berkembang di Selangor dan Malaysia.

“Kita gembira terdapat peningkatan usaha daripada pemain industri untuk melabur semula di Selangor bagi meningkatkan daya logistik serta kemudahan pengangkutan.

“Sebagai contoh nama besar E-Commerce seperti Lazada dan Photobook sedang melabur semula dana serta berusaha memperluaskan gudang mereka,” katanya.

SITEC 2Pemenang pertandingan ‘Malaysia Top EC Merchant Awards 2016’ bakal membawa pulang hadiah lumayan berbentuk wang tunai RM10,000, trofi, sijil, ruang bekerja selama setahun di SDCC serta berpeluang mendapat peluang menimba ilmu bersama pemain industri.

Untuk keterangan lanjut mengenai SITEC, Online100 dan pertandingan ‘Malaysia Top EC Merchant Awards 2016’, mereka boleh menghubungi Loke Chee Hoo (012-670 5026) dan Fatin Fadila (016-551 0803).

-nR-