Categories
SELANGOR

Jangan beri peluru hidup kepada BN, boleh sebabkan kematian PR

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 JULAI: Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) digesa untuk tidak ‘menonjolkan’ perbalahan seterusnya memberi bola tanggung kepada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengintai peluang untuk merampas kembali negeri itu.

Exco Negeri yang juga Yang Di Pertua PAS Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata dengan kekalahan Teknikal Knock Out (TKO) BN pada pilihan raya umum lepas, BN kini sentiasa mengawasi dan mencari sebarang peluang terluang.

Katanya, BN akan menggunakan peluang yang terhidang untuk mencemar imej PR yang kini mula sebati dengan rakyat Selangor.

Grafik-Selangor-Pakatan“Oleh itu kepimpinan PR Selangor janganlah pula cuba untuk bermurah hati dengan memberikan senjata dan peluru hidup kepada pihak musuh untuk menembak secara tepat ke jantung sehingga boleh menyebabkan kematian yang sangat ngeri.

“Kepimpinan PR perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba untuk memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Yunus yang juga ADUN Sijangkang mengingatkan semua pimpinan PR khususnya di Selangor untuk tidak mengtuhankan agenda peribadi termasuk ketaksuban perebutan jawatan yang sebelum ini sebati dengan BN.

Katanya, keadaan itu akan memberikan stigma negatif kepada rakyat yang meletakkan harapan tinggi kepada PR dalam usaha membela perjuangan rakyat yang sejak dahulu dinafikan BN.

“Janganlah kerana hasutan musuh dan matlamat peribadi insan bertopengkan haiwan menyebabkan kekalutan yang berterusan sehingga menyimpangkan perjuangan hakiki PR Selangor selama ini.

Yunus-Hairi“Tidakkah disedari oleh kepimpinan PR Selangor keributan permasalahan dalaman ini secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat yang akan menyamakan kepimpinan kini tidak ubah seperti BNl yang cukup suka berbalah dengan agenda perebutan jawatan,” katanya.

“Rakyat Selangor perlu diyakinkan bahawa polisi dan agenda PR di dalam mengutamakan rakyat adalah sangat jelas dan tidak berubah.

“Tampuk kepimpinan boleh berubah tetapi agenda mengagihkan keuntungan dan laba Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor tetap akan berterusan,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Transisi perubahan perlu berhemah dan teratur tanpa diributkan – Yunus Hairi

Oleh: DR AHMAD YUNUS HAIRI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Ramadhan 1435 H,

Alhamdulillah, tanggal 8 Mei 2014 lalu, Pakatan Rakyat (PR) Selangor sekali lagi telah diyakini oleh rakyat Selangor untuk meneruskan pemerintahan negeri dengan majoriti kerusi DUN yang bertambah seusai Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Dengan majoriti selesa 46 kerusi DUN Pakatan Rakyat berbanding 20 kerusi DUN untuk Barisan Nasional telah menunjukkan betapa usaha Kerajaan PR Selangor sesudah diberikan kemenangan di dalam PRU ke 12 lepas untuk berkhidmat kepada rakyat Selangor dengan menitikberatkan pengurusan kerja yang telus, cekap, efisien serta mendahulukan rakyat telah mendapat pengiktirafan daripada rakyat Selangor.

Segala janji dan manifesto yang pernah ditawarkan oleh PR Selangor kepada rakyat Selangor telah dapat dipenuhi secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan dan keperluan yang mendesak. Dengan dasar pengurusan kerja yang efektif di bawah kepimpinan Dato’ MB Selangor yang cukup berhemah dan telus telah melonjakkan penambahan dana Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini berjumlah RM 3 bilion. Satu jumlah yang amat dicemburui Kerajaan Persekutuan serta negeri-negeri yang diperintah oleh parti Barisan Nasional.

Selain dari itu, pihak kakitangan awam kerajaan negeri kini telah dapat menerima dasar dan budaya kerja yang diterapkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor. Bahkan tahap keprofesionalisma kerja buat kakitangan awam kerajaan negeri Selangor kini semakin meningkat dan sentiasa bermotivasi untuk melakukan yang terbaik.

Walaupun ada segelintir penjawat awam yang masih berasa sangsi dengan keutuhan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tetapi ianya masih tidak mampu untuk menangkis segala kejayaan yang di tempa oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor melalui polisi pentadbiran yang berhemah dan baik.

Kini pihak kakitangan awam negeri Selangor amat bertuah apabila dihujani dengan ganjaran-ganjaran yang disediakan oleh kerajaan Negeri semenjak ditadbir oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kini rakyat di seluruh negara telah melihat sendiri kejayaan negeri-negeri yang diterajui dan ditadbir oleh Pakatan Rakyat seperti di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah berjaya melakukan pembaharuan terhadap sistem pemerintahan dan pentadbiran berbanding semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Segala salah laku dan kebobrokan kepimpinan Barisan Nasional sebelum ini telah digantikan dengan kepimpinan yang beramanah, berintergrit, telus, bertanggungjawab serta berjiwa rakyat dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Rakyat Selangor khususnya telah menikmati keuntungan hasil daripada keberanian mereka menukar tampuk pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Namun haruslah dingat kepada para pimpinan Pakatan Rakyat dan ahli-ahli di peringkat bawahan bahawa setiap kejayaan yang ditempa masakini adalah hasil daripada perjuangan yang penuh dengan ranjau dan onak duri yang tidak boleh dipinggirkan atau dikesampingkan.

Perlu diingat bahawa pihak Barisan Nasional sentiasa mengawasi dan mencari sebarang peluang terluang di dalam usaha dan agenda mereka untuk merampas semula negeri Selangor ini daripada Pakatan Rakyat. Perlulah juga diingat bahawa pihak Barisan Nasional Selangor kini semakin lemah dan lesu kerana mereka semakin hilang cengkaman utama mereka terhadap rakyat Selangor iaitu penggunaan wang sebagai umpan untuk membeli jiwa rakyat Selangor.

Kini dengan kekalahan kedua secara “Teknikal Knock Out (TKO)” di dalam PRU 13 lalu menyebabkan kantung mereka semakin kering. Kini sudah pasti pihak musuh politik Pakatan Rakyat Selangor akan berpaut dengan apa sahaja isu yang boleh dijadikan modal untuk mereka merosakkan imej dan kesepaduan Pakatan Rakyat Selangor.

Pihak Barisan Nasional Selangor kini akan mula terjun ke dalam tong-tong najis, lubang-lubang kumbahan, menelusuri lorong-lorong tikus untuk mencari isu-isu yang boleh memalitkan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat dengan isu-isu yang memualkan dan menjijikkan.

Oleh itu kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor janganlah pula cuba untuk bermurah hati dengan memberikan senjata dan peluru hidup kepada pihak musuh untuk menembak secara tepat ke jantung Pakatan Rakyat Selangor sehingga boleh menyebabkan kematian yang sangat ngeri.

Kepimpinan Pakatan Rakyat perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini telah terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba untuk memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat. Rakyat Selangor kini sedang memerhati keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk mengemudikan pentadbiran kerajaan negeri untuk tempoh penggal kedua ini.

Adakah kepimpinan kerajaan negeri melihat secara teliti hasrat dan aspirasi sokongan rakyat pada kali ini? Adakah segala permasalahan dan harapan rakyat untuk mendapat lebih keuntungan berbaloi dengan pengorbanan mereka membantu memenangkan Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 lalu?

Adakah kerajaan negeri dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan sempurna pada kali ini untuk rakyat Selangor? Adakah semua peringkat rakyat Selangor sangat berpuashati dengan prestasi Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor? Sekiranya rakyat sangat berpuashati serta tetap berdiri teguh dengan kepimpinan negeri Selangor apakah perlu berlaku ribut di dalam cangkir kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor.

Ribut apakah yang melanda Pakatan Rakyat Selangor sehingga menyebabkan kapal yang sudah selesa belayar teroleng-oleng ke kiri dan ke kanan lalu menyebabkan rakyat menjadi tidak selesa dan muntah meloya.

Adakah kini tradisi membela rakyat kini menjadi agenda terkebawah di dalam keutamaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor dan agenda perubahan tampuk tertinggi selaku Penguasa Utama Negeri Selangor menjadi impian dan harapan mutlak untuk penggal kedua pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor kali ini.

Janganlah kerana hasutan musuh dan matlamat peribadi insan bertopengkan haiwan menyebabkan kekalutan yang berterusan sehingga menyimpangkan perjuangan hakiki Pakatan Rakyat Selangor selama ini.

Tidakkah disedari oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor keributan permasalahan dalaman ini secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat Selangor yang akan menyamakan kepimpinan Pakatan Rakyat kini tidak ubah seperti kepimpinan Barisan Nasional yang cukup suka berbalah dengan agenda perebutan jawatan.

Apakah tiada cara yang paling baik dan halus untuk melakukan transisi perubahan sekiranya perlu secara berhemah dan teratur. Kenapa perlu diributkan sehingga boleh memberikan tanggapan yang salah kepada rakyat Selangor.

Adakah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor kini sedang dihinggapi virus dengki dan iri hati yang menjadi penyakit wajib pimpinan Barisan Nasional? Adakah segelintir kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor mempunyai agenda untuk membantu musuh dengan mengikis kepercayaan rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor?

Amatlah malang sekiranya kejatuhan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di dalam Pilihanraya Umum ke 14 nanti adalah akibat daripada kerosakan-kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor itu sendiri yang menyebabkan kehilangan sokongan rakyat Selangor. Di saat itu akan terasalah keperitan untuk bangkit semula sebab nilai Pakatan Rakyat yang baik sebelum ini telah dihakimi oleh rakyat dengan nilaian yang buruk dan keji.

Menjadi hasrat saya supaya coretan ini akan difikirkan secara terbuka oleh sekalian kepimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat supaya agenda kebajikan dan cakna rakyat yang kita war-warkan selama ini tidak akan ditenggelami dengan agenda peribadi yang tidak berkesudahan.

Boleh jadi ada kebenaran dan kesilapan di dalam warkah coretan ini yang memerlukan teguran dan komentar yang bernas. Namun saya masih mengharapkan semoga roh permesyuaratan Pakatan Rakyat yang pernah diamalkan sebelum ini akan dapat diteruskan dengan suasana mahabbah dan penuh kebertanggungjawaban.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama selaku kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor bermuhasabah kembali terhadap isu-isu dan titik bengik yang melanda kita mutakhir ini secara tuntas dan berhemah supaya bahtera yang sedang teroleng-oleng ini dapat dikemudikan secara stabil oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang mendapat restu semua pihak.

Rakyat Selangor perlu diyakinkan bahawa polisi dan agenda Pakatan Rakyat Selangor di dalam mengutamakan rakyat adalah sangat jelas dan tidak berubah. Tampuk kepimpinan kerajaan Negeri Selangor boleh berubah tetapi agenda mengagihkan keuntungan dan laba kerajaan negeri kepada rakyat Selangor tetap akan berterusan.

Akhirul kalam, semoga Allah Taala merahmati dan memberkahi segala kerja buat kita selama ini dengan ganjaran yang mulia dan baik serta mengukuhkan kesepaduan kita semua di dalam melawan kezaliman pihak-pihak yang mungkar. InsyaAllah.

# Dr Ahmad Yunus Hairi adalah ADUN Sijangkang merangkap YDP PAS Kawasan Kuala Langat

Jambatan Ketiga Klang kurangkan 20% kesesakan, siap Julai 2016

Jambatan Ketiga Klang dijangka siap pada 13 Julai 2016 mampu menyuraikan kesesakkan lalulintas di sekitar Bandar Klang, Jambatan Tengku Kelana dan Jambatan Kota hingga kira-kira 20 peratus berbanding aliran trafik pada masa ini.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata keputusan itu diperolehi daripada kajian impak dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor sebelum projek Jambatan Ketiga Klang dimulakan pada pertengahan bulan hadapan.

Kolam alternatif patuhi piawaian kualiti air mentah

Kolam alternatif yang dikenalpasti untuk membekalkan air mentah kepada pengguna di Selangor dan Lembah Klang mematuhi piawaian atau garis panduan kualiti air yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Exco Belia dan Sukan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata terdapat 15 parameter logam berat yang perlu dipatuhi dan hasil analisa pensampelan menunjukkan semua parameter berkenaan mematuhi garis panduan.

MB : ‘Kalau tak percaya sangat, kita boleh minum air lombong itu’

Exco Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi hari ini secara terbuka menyatakan persediannya membuat demonstrasi minum air bekas lombong bagi membuktikan tahap keselamatannya.

Yunus yang ditemui di lobi sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) tidak keberatan menguruskan demonstrasi berkenaan, bahkan menyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga pernah menyatakan hal sama.

Categories
SELANGOR

Kolam alternatif patuhi piawaian kualiti air mentah

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 JUN: Kolam alternatif yang dikenalpasti untuk membekalkan air mentah kepada pengguna di Selangor dan Lembah Klang mematuhi piawaian atau garis panduan kualiti air yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Exco Belia dan Sukan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata terdapat 15 parameter logam berat yang perlu dipatuhi dan hasil analisa pensampelan menunjukkan semua parameter berkenaan mematuhi garis panduan.

ISU AIR SELANGOR BARUBeliau berkata, kolam alternatif berkenaan juga dipantau secara berkala, sejak tahun 2011.

“Walaupun didedahkan dengan laporan yang mengatakan banyak logam berat, tetapi kita sudah laksanakan analisis setiap tahun dan kini dilakukan dengan kerap serta mematuhi piawaian ditetapkan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Yunus berkata, Kerajaan Negeri memberi jaminan air yang disalurkan kepada pengguna adalah selamat dan tidak memberi kesan untuk jangka masa panjang berdasarkan analisa yang dilakukan.

yunusBeliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang berkata, air daripada kolam takungan itu juga dirawat Loji Rawatan Air (LPA) dan hasil analisis membuktikan air terbabit selamat digunakan.

“Daripada analisa yang dibuat, kita boleh beri jaminan air yang ini selamat dan tidak memberi kesan. Namun, terbuka jika ada pihak ingin kita lakukan kajian daripada jabatan berkenaan berhubung impak air lombong kepada pengguna,” katanya.

-NFN-

Selangor sasar 50 emas Sukma ke 17

SINOPSIS

Atlet yang bakal mewakili negeri Selangor pada acara Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Perlis, 24 Mei ini disarankan supaya sentiasa fokus dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan pada temasya itu.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri menetapkan matlamat supaya atlet yang mewakili Selangor bakal merangkul lebih banyak pingat emas sekaligus mengulangi kejayaan sama yang diraih tahun lalu.

Atlet cemerlang terima Anugerah Sukan Selangor

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Selangor bakal tubuh akademi badminton cungkil bakat baru

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 27 DIS : Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan akademi badminton Selangor bagi mencungkil bakat baru seterusnya melahirkan bintang ke peringkat antarabangsa dalam sukan itu.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata peserta yang menyertai akademi itu akan diberi bimbingan jurulatih profesional dan dinilai secara merit.

Katanya, ia sebagai usaha mengembalikan semula kegemilangan Selangor dengan melahirkan jaguh badminton setaraf anak Datuk Sidek Abdullah Kamar.

Yunus-Hairi“Kemungkinan di peringkat negeri kita akan adakan satu pasukan untuk dibimbing (small academy) jurulatih profesional kerana mahu jaguh seperti anak Sidek ini kembali.

“Kerajaan negeri mahu melahirkan bintang yang akan dipilih secara merit bagi mengikuti latihan kerana saya fikir sudah tiba masanya untuk kita bangunkan industri sukan ini di Selangor,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Badminton bawah 16, 14 dan 12 tahun di Kompleks Belia, di sini, hari ini.

Ahmad Yunus berkata, program julung kali yang dianjurkan kerajaan negeri bersama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) itu disifatkan sebagai satu ransangan kepada golongan belia untuk aktif bersukan.

Katanya, penyertaan daripada kira-kira 300 peserta seluruh negeri itu menyaksikan dua kategori dipertandingkan iaitu beregu dan perseorangan.

Beliau berkata, kejohanan itu juga adalah satu persediaan bagi kerajaan negeri untuk menempatkan atlet dan bakat baru dalam Sukan Malaysia (SUKMA), mulai tahun depan.

“Kita cuba jadikan ia sebagai program tahunan dengan harapan mereka yang menyertainya berjaya mencapai kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa. Setakat ini kita fokus kepada sukan badminton dan bola sepak dulu, kemudian kita akan teruskan dengan sukan lain,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Malaysia wajar bina institusi pengajian tinggi sukan

Yunus HairiSHAH ALAM 8 NOV : Kerajaan pusat perlu mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) khusus untuk pembangunan sukan dalam usaha meningkatkan taraf profesionalisme ahli sukan atau atlet di Malaysia.

Exco Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pembangunan institusi sukan secara terancang memberi peluang kepada atlet negara meneruskan pelajaran di peringkat tertinggi, sekali gus menjadikan sukan sebagai industri penting yang memberi keuntungan kepada negara.

Katanya, atlet juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam acara dan permainan diceburi secara lebih konsisten dengan kelengkapan fizikal dan saintifik yang lengkap melalui penubuhan IPT sukan itu.

“Kita juga dapat mendidik rakyat bahawa sukan bukan sahaja sekadar aktiviti sampingan tetapi membabitkan masa depan kerjaya yang baik dengan kelulusan sijil ditahap tinggi,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas usul yang dibentangkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang mencadangkan supaya kerajaan pusat mewujudkan kolej universiti sukan bagi melahirkan atlet yang bukan sahaja maju tetapi berintelektual tinggi di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Yunus berkata, beliau turut mencadangkan kawasan Bukit Jalil dijadikan lokasi pembangunan IPT itu bagi mengurangkan kos pembinaan jika kerajaan pusat bersetuju.

“Mungkin pembangunan IPT pertama sukan negara juga boleh dibuat di Selangor selaku negeri yang menjadi tumpuan pembangunan di Malaysia. Kita juga mempunyai Stadium Shah Alam yang diiktiraf sebagai antara stadium terbaik di negara ini.

“Justeru, saya berharap kerajaan pusat dapat mempertimbangkan cadangan ini dan merealisasikannya, sekurang-kurangnya sebelum tahun 2020,” katanya.

-NFN

Categories
SELANGOR

2,000 pekerja mahir diwujudkan di Selangor

vibrant2
04SHAH ALAM, 29 OKT: Kira-kira 2,000 peluang pekerjaan baru bagi pekerja tenaga mahir diwujudkan di Selangor berikutan kejayaan usaha Kerajaan negeri membawa masuk pelabur asing ke negeri itu.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara pelabur asing yang bakal memulakan operasinya di negeri itu termasuk syarikat pengeluar kimiaoleo, membaiki dan menyelenggara kapal terbang dan farmaseutikal dari Belgium, Switzerland dan Jerman.

Katanya, beliau yakin Selangor mampu menyediakan tenaga pekerja mahir yang secukupnya bagi tiga industri berteknologi tinggi itu.

“Pelaburan yang datang ke Selangor adalah pelaburan berteknologi tinggi dan memerlukan pekerja mahir untuk mengendalikannya dalam bidang kimiaoleo, membaiki dan menyelenggara kapal terbang dan farmaseutikal,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian selepas merasmikan ‘Vibrant Selangor Seminar 2013: Talent Development In Selangor’ yang turut dihadiri Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Ean Yong Hian Wah; Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan; Dr Halimah Ali dan Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga komited menjadikan Selangor sebagai negeri pilihan terbaik untuk didiami dan membina keluarga, sekali gus menarik minat warganya terus menetap serta bekerja di negeri itu.

Terdahulu, pada 29 September hingga 7 Oktober lalu, Abdul Khalid mengetuai delegasi perdagangan Selangor ke Belgium, Switzerland dan Jerman bagi menjalin hubungan perdagangan dengan pelabur negara terbabit.

Dalam misi itu, Abdul Khalid turut mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Sains Hayat dan Kimia Belgium yang mewakili 800 buah syarikat; syarikat penyelenggaraan kapal terbang, syarikat pengeluar makanan terkenal dan pengeluar jentera di Switzerland; agensi Hansen Trade and Invest dan Dewan Perniagaan dan Industri Ostwestfalen di Jerman.

Sementara itu, ‘Vibrant Selangor Seminar 2013: Talent Development In Selangor’ anjuran Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang diadakan berjaya menarik 150 penyertaan dari lebih 70 buah syarikat di Selangor.

Seminar itu diadakan bagi memberi maklumat dan pengetahuan kepada syarikat berkenaan isu pembangunan pekerja mahir dan berpendapatan tinggi.

– EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

PNSB bantu eratkan Kerajaan Negeri dengan swasta

PNSB

SHAH ALAM 29 OKT: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) berjaya memainkan peranannya dengan berkesan dalam mewujudkan kerjasama baik antara Kerajaan Negeri dengan sektor korporat khususnya pihak swasta di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu membantu Kerajaan Negeri dalam meningkatkan sumber pendapatan negeri demi kebaikan rakyat.

“Tumpuan kerajaan negeri bukan hanya membantu meningkatkan pendapatan dan mutu perkhidmatan kepada rakyat tetapi juga memastikan anak syarikat Kerajaan Negeri membantu memajukan Selangor,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi di Majlis Makan Malam sempena Pertandingan Golf Persahabatan anjuran PNSB baru-baru ini.

Abdul Khalid berkata, melalui peranan yang dimainkan PNSB, Kerajaan Negeri dapat mendekati sektor swasta dengan lebih berkesan.

“Kejayaan PNSB membantu Kerajaan Negeri melalui pertandingan begini merupakan laluan terbaik bagi membolehkan sektor swasta menyumbang ke arah meningkatkan aset Kerajaan Negeri,” kata beliau.

Abdul Khalid berkata, selain membawa masej ketelusan dan profesional dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada rakyat, anak syarikat Kerajaan Negeri turut digalakkan mengambil peluang bagi meningkatkan imej serta membantu Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Pertandingan Golf Persahabatan yang dianjurkan PNSB buat kali keempat ini melibatkan Pejabat-pejabat Daerah di Selangor dan sektor swasta.

-EZY