Categories
NASIONAL

Letupan kuat dan bergegar, sebelum Pasar Besar Seremban terbakar

SEREMBAN 10 SEPT: Bunyi letupan yang kuat dan gegaran dirasai pekerja Pasar Besar Seremban, di sini sebelum api yang marak menjilat bahagian atas pasar berkenaan dalam kebakaran kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Salah seorang pekerja pasar berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chua Bo Ching, 49, berkata sebelum kejadian dia berada di tingkat bawah menjalankan kerjanya seperti biasa iaitu menimbang stok sayur daripada lori dan secara tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dan terasa ada gegaran di tempat dia berdiri.

“Kebakaran berlaku selepas bunyi letupan itu dan peniaga di sebelah kedai saya mengetuk zink memanggil saya dan beritahu bahawa pasar sudah terbakar.

Kemudian saya pandang ke atas dan melihat tingkat atas pasar sudah terbakar, saya dan rakan-rakan lain berlari menyelamatkan diri… beberapa minit kemudian pihak bomba sampai,” katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

DJSMUyWUIAAG_4kLee Kian Mun, 44, yang merupakan peniaga di tingkat bawah berkata kebakaran tersebut dipercayai bermula di bahagian medan selera tingkat atas bangunan pasar berkenaan dan api telah merebak sangat cepat sehingga satu tingkat dijilat api.

“Saya tidak sangka api merebak sangat cepat kerana kawasan pengudaraannya terbuka dan lebih saya kesian apabila kedai kawan-kawan saya yang menjual baju, seluar, beg dan beberapa peralatan lain juga telah musnah terbakar,” katanya.

Pasar Besar Seremban mempunyai dua tingkat yang mana tingkat bawah menjual barang basah manakala tingkas atas antaranya terdapat medan selera, kedai menjual pakaian dan buah-buahan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban, dalam satu kenyataan berkata sehingga pukul 9.40 malam, bomba masih menjalankan kerja-kerja memadamkan kebakaran dan jumlah mangsa juga belum diketahui.

“Kebakaran melibatkan bahagian atas pasar berkeluasan 200 kaki x 600 kaki (60.96m x 182.88m) dan sehingga pukul 8.20 (malam), kebakaran telah memusnahkan 80 peratus daripada bahagian atas pasar itu,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Kebakaran Taman Ria Sekinchan: YIDE hulur sumbangan

OLEH LIZAWATI MADFA

SEKINCHAN, 29 OGOS: Lima keluarga terlibat tragedi kebakaran di Taman Ria, Sekinchan mendapat perhatian Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)menerusi sumbangan ‘Ad-Hoc’ berbentuk wang tunai.

Sumbangan disampaikan Pengurus Operasi Bahagian Sumbangan dan Promosi, Md Arifin Jaafar ketika lawatan semalam.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Hairul Ashid Paat, 40, berkata kejadian berlaku ketika beliau sedang berehat sebelum menyedari api marak, kira-kira jam lima petang.

“Buat masa ini, saya tinggal di rumah ahli keluarga yang lain buat sementara waktu.

YIDE“Apapun saya bersyukur semua ahli keluarga saya selamat,” katanya dilapor YIDE.

Hairul percaya, kebakaran membabitkan lima rumah sederet itu dianggarkan melibatkan kerugian lebih RM200,000.

YIDE merupakan agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dipertanggungjawabkan menjalankan aktiviti kebajikan di Selangor.

Ia meliputi pemberian sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai dan barangan keperluan harian seperti pakaian dan kelengkapan keperluan diri.

Selain bantuan bencana, YIDE turut berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim dan menawarkan perkhidmatan Rawatan Hemodialisis melalui enam cawangan Pusat Dialisis MAIS.

21150162_10213454426055817_4149293713859172751_n

 

dav

=EZY=

Categories
SELANGOR

Lima rumah teres terbakar di Sekinchan

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SEKINCHAN 27 OGOS: Sebanyak lima buah rumah teres terbakar dalam satu kejadian kebakaran di Taman Ria Sekinchan petang tadi.

Lima buah rumah terlibat iaitu rumah nombor 112, 113, 114, 115 dan 116. Kebakaran disyaki bermula di bahagian loteng rumah nombor 115 yang diperbuat daripada kayu.

Api merebak dengan pantas ke bahagian rumah lain melalui bumbung ditambah dengan angin agak kuat ketika kejadian.

21077746_10213454555539054_2677249215119823616_nNamun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku ekoran kebakaran itu.

BH ONLINE melaporkan Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.05 petang.

Katanya, 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, Sungai Besar dan Tanjong Karang bergegas ke tempat kejadian dan tiba empat minit kemudian.

Bomba Sukarelawan Sekinchan turut sama membantu dalam usaha memadam kebakaran itu.

21105501_10213454594460027_4806622996781896704_n“Ketika sampai di lokasi, api sedang marak berikutan tiga rumah sudah terbakar 100 peratus.

“Dua rumah lagi dapat diselamatkan dan kebakaran hanya membabitkan bahagian bumbung sahaja.

 

“Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang.

VIDEO GAMBAR KEBAKARAN OLEH : MOHD EZLI MASHUT

 

10312614_10213454403375250_894685974268500862_n

 

Kebakaran

Categories
SELANGOR

Kerja padam kebakaran diteruskan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 OGOS: Kerja memadam kebakaran di hutan simpan Bestari Jaya masih diteruskan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, kerja memadam dan kawalan kebakaran masih berbaki 10 hektar ekoran terdapat empat lokasi kecil bermula dari Parit 1 hingga Parit 4.

Katanya, Jabatan Perhutanan Negeri mengesan empat lokasi kebakaran di kawasan terjejas dan pemantauan berterusan dilaksanakan.

“Keadaan cuaca setakat ini panas dan berangin, manakala kerja memadam kebakaran masih terkawal dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Kita juga menggunakan drone UAV bagi membantu melihat keseluruhan kawasan terjejas di hutan itu dengan lebih jelas,” katanya yang juga Pengerusi Bencana Daerah Kuala Selangor.

SHAMSULShamsul berkata, ketika ini tumpuan kawalan kebakaran tertumpu di jalan darat sahaja dan kaedah ‘water bombing’ dihentikan kerana operasi setakat ini masih terkawal.

Beliau menjangkakan operasi memadam kebakaran boleh dihentikan dalam tempoh seminggu lagi bagi memastikan api padam sepenuhnya.

Ahad lalu, hutan simpan seluas 120 hektar itu terbakar di kompartment 100,101 dan 102 dipercayai diceroboh individu bagi tujuan memancing.

Ia berpunca daripada unggun api yang tidak dipadam dengan sempurna selain faktor cuaca panas.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kanak-kanak rentung dalam kebakaran pondok pengawal

LANGKAWI, 8 JUN: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemui rentung, manakala bapanya cedera dalam kebakaran pondok pengawal di tapak pelupusan sampah di Kilim, di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa dikatakan terperangkap dalam pondok terbabit, sementara bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di tapak itu, berjaya menyelamatkan diri dengan kecederaan di kepala.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, dalam kenyataan berkata, sebanyak 16 anggota dari Balai Bomba LangkawI tiba di lokasi kejadian pada jam 3.21 pagi dan berjaya mengawal kebakaran 12 minit kemudian.

Menurut jabatan itu, identiti mayat mangsa yang belum dikenal pasti itu sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bapa mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Langkawi untuk rawatan dan punca kebakaran masih dalam siasatan, menurut kenyataan itu.

*Sumber: BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kebakaran di Subang Jaya ragut empat nyawa

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 FEB: Seramai empat individu maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Jalan USJ 2, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, identiti kesemua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

kebakaran kampung pandanKatanya, semua mangsa ditemui selepasbomba selesai memadamkan kebakaran, pada jam 6 pagi.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, pasukan bomba menemui dua individu mati dalam bilik tidur pada jam 6.41 pagi dan seorang lagi dalam bilik air.

“Lima minit kemudian seorang lagi mangsa ditemui dalam bilik tidur berasingan,” katanya dipetik Astro Awani.

Sani berkata, rumah berkenaan musnah 80 peratus dan bomba masih menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terhidu asap tebal,” katanya.

Kebakaran dilaporkan berlaku jam 5.35 pagi sebelum pasukan bomba dan penyelamat Balai Bomba Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kebakaran hutan di Israel terus merebak

TEL AVIV, 25 NOV: Penduduk di beberapa bandar berhampiran Jerusalem dipindahkan apabila kebakaran hutan yang memasuki hari keempat terus merebak di Israel.

Kebakaran kini melanda di kawasan Beit Shemesh, berhampiran bandar Beit Meir dan Shores dengan penduduk diarahkan berpindah keluar dari rumah.

Sebelum itu, pada malam Khamis, masyarakat Har Halutz di tengah Galilee dipindahkan selepas kebakaran di kawasan Karmiel turut mengancam kediaman mereka.

Kota Haifa dilaporkan paling terjejas setakat ini dengan 85,000 penduduk di lapan kawasan perumahan terbabit terpaksa meninggalkan penempatan masing-masing.

Satu lagi kebakaran hutan dilaporkan berlaku antara Iksal dan Nazareth Illit dan anggota bomba sedang berusaha melakukan kerja pemadaman api.

israelSebelum ini, Rejim Israel terpaksa menebal muka meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran yang menyaksikan banyak kawasan musnah ekoran bencana itu.

Perkara itu disuarakan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan yang meminta Greece, Croatia, Cyprus dan Turki menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.

Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara negara yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Tukri melakukan perkara sama.

Pesawat milik polis Israel cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api, namun keadaan dijangka lebih buruk, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis terbabit.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.

Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.

Difahamkan, polis menahan lapan individu dipercayai bertanggungjawab terhadap insiden terbabit sejak tiga hari lalu.

-AA-

Categories
SELANGOR

3 rumah hangus, musnah sekelip mata

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Tiga rumah musnah hangus terbakar keseluruhannya di Kampung Pasir Hulu Yam Bharu, Batang Kali, pada 3 Mei lalu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi laman facebooknya, berkata kejadian berlaku lebih kurang jam 2 petang melibatkan keseluruhan rumah dan harta benda musnah.

13124743_10154044530406221_1161913947722063647_nLZS pantas menghulurkan bantuan kecemasan RM500 yang diberikan kepada setiap ahli keluarga bagi meringankan beban mangsa.

“Lebih menghibakan, kejadian itu berlaku di saat umat Islam yang bakal menyambut Ramadan, tidak sampai sebulan.

“Semoga bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan bebanan mereka. Kita juga berdoa mereka sekeluarga terus tabah dengan dugaan Allah SWT ini,” katanya.

Antara penerima manfaat itu, Alias Buyong, Natnan Asik dan Mohamad Izman Hamzah, bahkan bantuan selebihnya akan diproses LZS selepas semua dokumen lengkap.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kumpulan Semesta serah RM30,000 kepada mangsa kebakaran

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 27 APR: Selepas tiga minggu, mangsa rumah terbakar, Zuriyana Marjunit, hari ini menerima sumbangan tertinggi berjumlah RM30,000 daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Zuriyana, 38, berkata sumbangan berbentuk wang tunai itu akan digunakan untuk membina kediaman baru di atas tapak rumah lama sebelum ini.

Beliau kini menyewa rumah lain selepas kehilangan kediaman yang musnah itu, pada 7 April lalu.

Zuriyana“Terima kasih kepada KSSB dan Kerajaan Negeri yang tidak putus membantu saya hingga ke hari ini.

“Segala bantuan akan saya gunakan sebaiknya untuk meringankan beban terutama daripada segi tempat tinggal,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.

Sumbangan daripada anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu disampaikan Ketua Jabatan Kualiti, Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran KSSB, Mohamad Fadzil Yahya.

Sebelum ini, Zuriyana turut menerima bantuan kilat berjumlah RM1,500 ketika kunjungan Exco Kebajikan, Dr Daroyah Alwi, sehari selepas kejadian yang meragut nyawa dua anaknya.

Zuriyana berkata, bomba mengesahkan kebakaran berpunca daripada kotak suis utama yang tidak menepati spesifikasi keselamatan ditetapkan.

“Ia menjadi pengajaran penting buat kami dan saya akan pastikan pembinaan rumah baru nanti mengikut garis panduan seperti disyorkan pihak berkuasa,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Suri rumah rentung kebakaran di Tanjong Karang

TANJONG KARANG 4 MAC : Seorang suri rumah rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Parit 2, Sungai Burong kira-kira jam 10 pagi, tadi.

Mangsa, Khalijah Yahya, 55, yang mempunyai empat anak itu ditemui rentung hampir 80 peratus selepas terperangkap di dalam rumah.

KebakaranSinar Harian Online melaporkan mangsa yang ketika kejadian berada di luar itu dikatakan masuk semula ke dalam rumah dipercayai cuba menyelamatkan dokumen penting bagaimanapun terperangkap dalam asap tebal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 10.01 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Jentera bomba tiba pada jam 10.05 pagi dan ketika itu api sedang marak dan membakar hampir 60 peratus rumah,” katanya.

Katanya, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.54 pagi.

Mayat Khalijah diserahkan kepada  polis dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
GAMBAR: FB Tanjong Karang SAWAH PADI

 

EZY

6 Kenderaan terbakar di LRT Tmn Jaya, Petaling Jaya

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian di stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya bukan insiden letupan.

Categories
SELANGOR

Selangor bantu mangsa kebakaran Sabah terbiar 2 bulan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: Pihak berwajib Sabah digesa mempercepatkan pembinaan semula kediaman mangsa kebakaran di Kampung Pantai Bahagia, Kudat Sabah lebih dua bulan lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata lawatannya baru-baru ini mendapati tiada sebarang pembangunan dimulakan di kawasan itu.

Katanya, lebih menyedihkan, kebanyakan mangsa masih lagi tinggal di dewan orang ramai.

Dr Daroyah“Seharusnya Sabah bangunkan penempatan semula mangsa ini sepertimana dijanjikan demi kesejahteraan rakyat.

“Sedangkan Selangor yang jauh dari Semenanjung hadir menghulurkan sumbangan. Tidak malukah jika mereka hanya berdiam diri tanpa menghulurkan bantuan secara segera dan serius,” katanya dalam sebuah kenyataan media.

Terdahulu, delegasi Selangor diketuai Daroyah hadir bertanya khabar selain membawa sumbangan kepada 94 keluarga di sana.

Pada 17 Jun lepas, kejadian kebakaran itu mengakibatkan lebih 400 penduduk di Kampung Pantai Bahagia tinggal sehelai sepinggang.

Selain pemberian sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai, Kerajaan Selangor juga menyampaikan sumbangan berupa zink kepada setiap keluarga mangsa.

“Simbolik pemberian zink ini adalah kerana di dalam pembinaan sebuah rumah, bumbung merupakan keperluan yang paling utama untuk dijadikan tempat berlindung.

“Walau hanya menggunakan satu tiang sahaja, zink yang dijadikan bumbung ini mampu meneduhkan dan melindungi kita dari hujan dan panas.

“Selangor memberi harapan baru kepada mangsa,” katanya.

EZY