Categories
SELANGOR

MB jamin proses baiki jalan tidak lambat, amal tender terbuka

Oleh Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 9 DIS: Amalan tender terbuka antara punca kelewatan proses pembaikan jalan raya pada 2011 tetapi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan ia tidak akan berulang lagi.

Malah, beliau berkata kerajaan negeri sudah menggunakan hampir 80 peratus jumlah peruntukan dalam Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) sejak tahun 2012.

“Pada 2011, kita atur langkah supaya proses pembaikian jalan raya dilakukan secara tertib. Sebab itu ada kelewatan sedikit.

“Tetapi untuk tahun seterusnya sejak 2012, kita pastikan perkara itu tidak berlaku lagi.

“Malah setiap tahun kita guna peruntukan Marris sebanyak 80 peratus,” katanya ketika mengulas pendedahan Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini berhubung isu jalan raya di Selangor.

IMG_7897Laporan Audit minggu lalu mendedahkan kerajaan negeri menggunakan RM640.24 juta daripada RM1.14 bilion yang diperuntuk kerajaan Pusat untuk membaiki jalan raya.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor memperkenal dan mengguna pakai garis panduan baru dalam penggunaan peruntukan Marris bermula 2012 selepas mendapati garis panduan lama terdedah kepada salah guna kuasa dan ketirisan.

Kerajaan negeri kemudian membuat garis panduan ketat bagi memastikan penggunaan peruntukan Marris digunakan dengan betul, berkesan dan menepati keperluan rakyat Selangor.

Abdul Khalid berkata, garis panduan baru ini melibatkan banyak agensi dan peringkat selain melibatkan proses tender terbuka hingga menyebabkan kelewatan membelanjakan wang Marris.

-EZY FZL

Categories
KENYATAAN MEDIA

Garis panduan baru jimatkan perbelanjaan peruntukan MARRIS

Oleh : Sekretariat Akhbar Selangor

Kerajaan Selangor telah memperkenalkan dan mengguna pakai garis panduan baharu dalam penggunaan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia atau MARRIS bermula 2012 selepas mendapati garis panduan yang lama terbuka kepada salah guna kuasa serta ketirisan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri telah membuat ketetapan khusus dan garis panduan yang ketat bagi memastikan penggunaan peruntukan MARRIS digunakan dengan betul, berkesan dan menepati keperluan kumpulan sasaran iaitu rakyat Selangor.

khalidMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim berkata oleh kerana garis panduan baru ini melibatkan banyak agensi dan peringkat selain turut melibatkan proses tender terbuka – telah menyebabkan kelewatan dalam pembelanjaan wang MARRIS.

“Kami mencari formula yang terbaik bagi memastikan wang tersebut dibelanja setimpal dengan kerja yang dilakukan serta memberi pulangan yang terbaik kepada rakyat Selangor.

“Kelewatan juga disebabkan Kerajaan Negeri mahu mengambil kira pandangan akar umbi yang melibatkan Ketua Komuniti, Ahli Majlis, ADUN dan Ahli Parlimen berkenaan projek-projek mendesak mengikut keutamaan mereka.

“Selain itu, proses rundingan dan khidmat nasihat serta penetapan formula terbaik untuk dipakai Jawatankuasa Pelaksana turut menyumbang kepada kelewatan dalam membelanjakan peruntukan MARRIS yang disalurkan oleh Persekutuan,” kata beliau.

Beliau juga berkata, meskipun berlaku kelewatan namun garis panduan baharu telah berjaya diguna pakai dan terdapat penjimatan ketara dari segi kos serta nilai yang perlu dibayar bagi projek-projek yang dilaksanakan dan ianya sangat penting dan bermakna kepada kerajaan negeri.

Sebagai contoh, untuk projek bawah PBT, kerajaan negeri telah berjaya menjimatkan sejumlah RM29.21 juta atau 24.5% daripada kos anggaran projek, RM1.02 juta atau 21.1% untuk projek bawah pejabat daerah dan RM62.82 juta atau 18% untuk projek bawah Kerajaan Negeri.

“Ini bermakna, secara keseluruhannya Kerajaan Negeri telah menjimatkan sejumlah RM93 juta atau 19.3% daripada anggaran jabatan dan dana ini boleh digunakan untuk projek lain yang berguna kepada rakyat,” katanya lagi.

Menteri Besar menegaskan, beliau tidak gusar dengan Laporan Audit 2012 tersebut kerana wang MARRIS yang tidak dibelanjakan tidak hangus sebaliknya akan diletakkan di dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaran Jalan Negeri dan boleh digunakan apabila perlu.

Dengan penjimatan itu juga peruntukan MARRIS untuk Selangor bagi tahun 2013 masih berbaki RM149 juta selepas RM290 juta atau 66.3% telah dibelanjakan  bagi projek infrastruktur seluruh Selangor  seperti  membaiki jalan dan  cerun

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab serta mengutamakan ketelusan dan pertanggungjawaban, Selangor lebih suka menggunakan dengan cermat dan berhati-hati kerana jika kita berbelanja atas sebab kita mahu menghabiskan peruntukan, kebarangkalian untuk berlaku ketirisan amat tinggi. Jika ini berlaku, akhirnya rakyat Selangor juga yang akan rugi,” tambah beliau.

Berhubung teguran Audit Negara berkenaan kelewatan membelanjakan wang MARRIS tersebut, Menteri Besar berpandangan sepatutnya Audit Negara menumpukan fokus kepada tatacara penggunaan wang yang disalurkan;  samada mengikut ketetapan dan garis panduan kewangan yang betul bukannya isu wang tersebut dibelanjakan sepenuhnya.

Menteri Besar juga berasa agak musykil dengan pendedahan Audit bahawa menurut tinjauan Audit Negara rakyat dikatakan tidak berpuashati terhadap mutu jalan raya Selangor kerana Menteri Besar berpandangan penyataan tersebut menunjukkan jabatan  telah lari dari tugas dan matlamat sebenar yakni memastikan wang dibelanjakan dengan tertib dan mengikut garis panduan yang ditentukan Perbendaharaan.

Menteri Besar turut menegaskan situasi buruk jalan raya di negeri ini adalah disebabkan jalan-jalan tersebut tidak diturap dengan baik sejak 20 tahun yang lalu dan turapan secara permukaan sahaja tidak dapat menampung kerosakan teruk.

Kerajaan Selangor komited untuk memastikan infrastruktur dalam keadaan baik dan memuaskan demi keselesaan rakyat yang  selama ini memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan kemajuan negeri.

Oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar

Ada di Dewan, Azmin tak bantah sepatah pun

1-Perbandingan tidak tepat, MB saran semak ‘betul-betul’ gaji PM –

2-MB: Gaji yang ditolak ADUN akan disalur kepada rakyat –

3-Henti perbesar isu kenaikan gaji Exco, ADUN – Dr Rani –

4-Teng: Azmin tidak berkata walau sepatah pun ketika usul dibahas

5-Guru KAFA turut nikmati bonus setengah bulan gaji

6-Guru KAFA bakal nikmati elaun RM1,500

7-Jawatankuasa dibentuk rancang sistem pengangkutan awam –

8-Lebihan Marris, masuk ke tabung pembangunan

9-Pusat Wanita Berdaya wujud jualan secara ‘online’

10-Klinik 1 Malaysia bahayakan pesakit

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hasil Pelabuhan Klang RM30 Bilion Setahun, Tetapi Daif Di Bawah BN

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

SHAH ALAM, 23 APRIL : Meskipun Pelabuhan Klang menghasilkan pendapatan RM30 bilion setahun tetapi Kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN mengabaikan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat kawasan tersebut.

“Bagaimanapun Kerajaan Persekutuan tidak mengembalikan lima peratus dalam pembinaan prasarana infrastruktur kepada masyarakat tempatan di Pelabuhan Klang dan akibatnya prasarana tidak langsung menggambarkan Pelabuhan Klang merupakan antara pelabuhan terbesar di dunia,” kata calon Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tindakan tersebut sanggup diambil Umno-BN hanya disebabkan sikap mengutamakan perkiraan politik dalam mengagihkan peruntukan dan pembangunan kepada rakyat Selangor.

Sebaliknya Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat(PR) tidak pernah meletakkan sebarang syarat anutan politik dalam setiap program kebajikan dan pembangunan yang dilaksanakan.

Sebagai rekod Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan ke -13 terbesar di dunia.

Menurut Abdul Khalid lagi, Negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar sebanyak 23 peratus kepada keluaran ekonomi negara juga menjadi mangsa gara-gara amalan memilih anutan politik dalam mengagihkan pelaburan dan peruntukkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menyentuh isu lain, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang mana-mana projek Kerajaan Persekutuan yang membawa kebaikan kepada rakyat.

“Tanah-tanah di mana jika ada Kerajaan Persekutuan untuk melakukan projek pembangunan mendapat sokongan yang besar dari Kerajaan Negeri, contoh MRT, projek-projek menggali longkang dan lain-lain semuanya mendapat kelulusan yang tercepat dibandingkan dengan mana-mana negeri lain,” kata beliau.

Beliau turut menambah projek pembinaan jalan raya dan jambatan merupakan kuasa di bawah Kerajaan Persekutuan dan bukanlah di bawah Kerajaan Negeri.

Peruntukan tersebut disalurkan oleh Kerajaan Persekutan kepada Jabatan Kerja Raya manakala Kerajaan Negeri hanya memperolehi peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk membaiki jalan rosak atau menaik taraf jalan.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama di Kompleks Perumahan Exco Selangor, calon Adun Batu Tiga dari PKR, Rodziah Ismail melancarkan klip video yang bertajuk ‘Seposen’.

Video tersebut dilancarkan bagi menerangkan kepada rakyat Selangor akan kepentingan menjaga setiap sen wang rakyat yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri yang ada hari ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lebih RM2 Juta Baiki Jalan dan Longkang Di Klang

Ronnie Liew Baju Kuning 01

SHAH ALAM, 15 MAC : Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM2 juta sejak tahun 2011 bagi melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf serta menyelenggara jalan raya dan longkang di kawasan Klang.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, kerja-kerja penyelenggaran itu menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (Marris) dan peruntukan Adun sepenuhnya.

Tambahnya, sebahagian besar jalan raya di Pandamaran juga sudah diturap, malah segala aduan yang diterima daripada penduduk setempat juga di atasi secara berperingkat.

“Kita tidak hanya menyelenggara jalan raya, malah longkang juga diselenggara dengan baik oleh Pihak Berkuasa Tempatab (PBT). Kerajaan Negeri sudah peruntukkan banyak dana untuk kerja-kerja pembaikan ini.

“Malah, untuk tahun ini sahaja RM1 juta diperuntukkan, dan ia tidak termasuk peruntukan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kita ada rekod tender, sebut harga dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Dalam pada itu, Ronnie turut menyifatkan dakwaan bahawa PBT Selangor gagal menunaikan janji untuk menyelanggara jalan raya disifatkan sebagai satu sandiwara politik yang sengaja dimainkan Umno-BN lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir.

Tegasnya, ia adalah taktik biasa Umno-BN yang sengaja menimbulkan pelbagai spekulasi untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menyentuh mengenai dakwaan jalan raya tidak diturap di Taman Tengku Bendahara Azman di Pandamaran, Ronnie menegaskan ia masih dalam perancangan dan akan dibaiki dalam tempoh terdekat.

“Itu adalah taktik biasa Umno-BN, sedangkan mereka tidak pernah buat sebarang tindakan di kawasan itu. malah mereka juga tidak akan mengaku sekiranya Kerajaan PR Selangor membuat sebarang penambah baikan tidak kira di Klang mahupun di tempat lain.

“Hakikatnya jalan raya di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) yang masih belum diselenggara. Berapa kali kita buat aduan pun mereka tidak ambil sebarang tindakan, tetapi mereka mengemukakan alasan kononnya JKR tidak mempunyai dana,” katanya lagi.

Categories
SELANGOR

DUN Subang Jaya Terima RM2 Juta Geran MARRIS

SUBANG JAYA,27 SEPT : Sebanyak RM 2 juta telah diperuntukkan tahun ini untuk menurap semula jalan raya dan longkang yang rosak di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya.

Bagaimanapun, Pihak Adun Subang Jaya, telah memohon supaya peruntukkan tersebut ditambah kerana jumlah RM 2 juta tidak cukup untuk melaksanakan projek-projek di kawasan populasi tinggi seperti Subang Jaya.

“Saya telah memohon kepada Menteri Besar untuk menambah peruntukkan MARRIS kerana RM 2 juta tidak mencukupi,” kata Hannah.

Peruntukan tersebut disalurkan di bawah peruntukkan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) tahun ini.

Beliau berkata demikian semasa turun padang di SS 14/2 di sini bagi melihat kerja-kerja menurap jalan dan membaiki longkang bersama jurutera Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Tambah beliau, sejumlah RM 398,000 diperuntukkan untuk menurap semula sebahagian jalan di kawasan SS 14, SS 18 Jalan utama antara SS 14 dan SS 17.

Dana tersebut juga digunakan untuk memperbaiki sistem longkang di SS 14/2 dan menyediakan 45 petak letak kereta.

“Penggunaan peruntukkan MARRIS juga telah digunakan di kawasan lain seperti di SS17 dan SS 18,” katanya.

Tambah beliau lagi, lebihan RM 600,000 daripada peruntukkan itu digunakan untuk menurap semula sebahagian jalan di Persiaran Kemajuan dengan peruntukkan RM400,000.

?Manakala bakinya sejumlah RM200,000 digunakan untuk menaiktaraf jalan dan garisan tempat meletak kenderaan dan kerja-kerja lain di Jalan USJ 10/1F Subang Jaya.?

Categories
SELANGOR

MARRIS Laksana projek-projek RM65 juta di Selangor

SHAH ALAM 26 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) berjaya merealisasikan projek-projek penyelenggaraan dan baik pulih di setiap kawasan.

Katanya setakat ini sebanyak RM 65,939,561.82 disalurkan untuk perlaksanaan projek MARRIS yang melibatkan sebanyak 1,065 projek pada tahun 2011.

“Daripada keseluruhan projek tersebut, sebanyak 926 iaitu 87 peratus projek siap dilaksanakan.

“Manakala bakinya sebanyak 139 iaitu 13 peratus projek adalah projek yang baru diluluskan melalui peruntukkan tambahan sebanyak RM 1 juta bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan,” ujar Abdul Khalid ketika menjawab soalan Adun Balakong, Yap Lum Chin.

Abdul Khalid turut menerangkan kaedah terbaru untuk mengenal pasti projek bagi memberi jaminan hak sama rata kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Perbincangan mengenai projek tersebut dibuat bersama-sama antara Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk disenaraikan dan dilaksanakan.

“Kaedah ini dilihat mampuu mengelakkan penyelewengan dan salah guna peruntukan selainkan memastikan hanya projek yang mempunyai impak dan praktikal sahaja yang patut diteruskan,” jelas Abdul Khalid.

Beliau juga menambah, permohonan yang diperaku perlu dikemukakan kepada Perbendaharaan Negeri Selangor bersama-sama ‘Bill of Quantity’ yang kemudian disemak Pegawai Teknikal.

“Di peringkat PBT, prosedur perolehan dibuat secara terbuka di mana projek di bawah RM 20,000 dilaksanakan secara undian manakala projek bernilai lebih dari itu sehingaa RM 500,000 dibuat secara sebut harga.

“Bagi projek melebihi RM 500,000 pula dilaksanakan secara tender terbuka.

Kaedah ini selaras dengan dasar perolehan Kerajaan Negeri iaitu ‘value for money’,” beritahu Abdul Khalid.

Satu pasukan audit turut ditubuhkan bagi memantau kerja-kerja MARRIS yang dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).