Categories
SUKANKINI

Polis beri ingatan buat penyokong Final Piala Malaysia

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 25 OKT: Polis mengingatkan penyokong perlawanan akhir Piala Malaysia tidak membawa sebarang barang larangan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, antara barangan yang tidak boleh dibawa termasuk bahan letupan, senjata tajam, suar, batang besi, kayu, pemetik api, payung, botol air minuman dan dron.

Katanya, seramai 2,172 pegawai serta anggota polis akan ditempatkan di sekitar stadium bagi mengawal keselamatan dan memastikan kelancaran perlawanan antara Perak menentang Terengganu.

“PDRM juga bakal dibantu 294 pasukan keselamatan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang akan ditempatkan di dalam stadium termasuk di sekitar padang.

“Anggota polis yang ditempatkan di stadium itu adalah daripada pelbagai bahagian seperti pasukan khas, Unit Anjing Pengesan (K9), unit berkuda dan unit dron,” katanya dalam sidang media.

Bagi menjamin keselamatan orang awam, PDRM turut akan membuat pemeriksaan berperingkat di pintu masuk, dan ia juga tidak terkecuali kepada peniaga serta petugas MFL.

Categories
SUKANKINI

Piala Malaysia: PKNS FC benam PDRM

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 OGOS: PKNS memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila mengalahkan PDRM 5-2 pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.

Skuad kendalian Datuk K Rajagopal memperoleh gol seawal minit ke 27 hasil sepakan penalti Romel Oswaldo apabila Rafeal Ramazotti dijatuhkan penjaga gol tuan rumah, Ahmad Sheril Anuar Saini.

Gol pembukaan itu menyaksikan permainan bertambah rancak dan PDRM mendapat jaringan penyamaan melalui Petrisor seminit sebelum separuh masa pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, The Red Ants sekali lagi mendahului The Cops hasil tolakan ke jaring oleh Daniel Sang Ting (m47).

Mendahului 2 – 1, PKNS FC terus berusaha menambah jaringan dan serangan berterusan dilakukan membuka ruang Faris Ramli mencipta gol ketiga (m63) diikuti Ramazotti menjaringkan gol keempat (m74).

The Cops mendapat gol kedua melalui Mohd Baqiuddin Shamsudin empat minit kemudian namun PKNS FC terus menghukum tuan rumah dengan gol kelima Mohd Safee Sali pada minit akhir permainan.

Categories
SUKANKINI

Piala Malaysia: Polis kerah 1,500 anggota jamin keselamatan

 

SHAH ALAM, 3 NOV: Sekurang-kurangnya 1,500 anggota dan pegawai polis ditempatkan di Stadium Shah Alam sempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zaim (JDT) dan Kedah, pada Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ia bagi memastikan acara berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya, jumlah tersebut merangkumi keanggotaan daripada pelbagai jabatan termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Pengesan (K9) dan Unit Berkuda pasukan keselamatan itu.

“Saya yakin penyokong kedua-dua pasukan profesional serta matang dan diharap tiada pihak cuba menimbulkan sebarang provokasi dalam perlawanan ini.

“Disebabkan sebelum ini ada kumpulan kecil penonton cuba gugat ketenteraman awam selepas perlawanan, maka kali ini, polis meningkatkan kawalan melibatkan sebelum, semasa dan selepas perlawanan bagi memastikan stadium dan kawasan sekitarnya bebas gangguan,” katanya selepas mesyuarat keselamatan akhir Piala Malaysia, semalam.

Shafien berkata, pintu stadium akan dibuka seawal 4 petang dan penyokong kedua-dua pasukan digalakkan supaya datang lebih awal sebelum perlawanan bermula pada 9 malam bagi memudahkan mereka mengambil tempat duduk.

Katanya, penyokong pasukan JDT akan masuk ke stadium melalui pintu A dan D manakala penyokong pasukan Kedah pula melalui pintu B dan C yang kesemua mereka perlu melalui pemeriksaan badan dengan bantuan unit pengesan sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau turut memberi amaran keras kepada semua pihak supaya mematuhi arahan keselamatan dan tidak membawa barang larangan seperti senjata tajam, botol minuman dan bahan letupan termasuk bendera parti politik semasa perlawanan itu berlangsung bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini.

Tambah Shafien, tiada penutupan jalan dilakukan pada Sabtu ini, namun aliran trafik di beberapa laluan sekitar stadium akan dilencongkan selain tempat letak kenderaan penyokong kedua-dua pasukan juga diasingkan bagi memudahkan perjalanan keluar masuk sebelum dan selepas perlawanan.

“Kami menjangkakan kira-kira 75,000 penyokong akan membanjiri stadium pada perlawanan akhir itu dan sekali lagi saya ingatkan supaya semua pihak patuhi peraturan untuk menikmati perlawanan dengan aman,” katanya.

-Bernama-

Categories
SUKANKINI

TMJ: Utama penyokong, mereka nadi persatuan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 NOV: Kekecewaan sebahagian penyokong bola sepak Kedah yang gagal memperoleh tiket perlawanan akhir Piala Malaysia mendapat simpati Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu melahirkan kekecewaaan terhadap Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang dianggap baginda membelakangkan penyokong setianya.

Baginda bertitah, penyokong beratur dan datang memberi sokongan setiap kali perlawanan di Stadium Darul Aman tidak mendapat tiket menyaksikan perlawanan akhir tetapi sebaliknya individu tiada kena mengena dengan bola sepak memperolehnya melalui saluran tertentu.

“Saya dimaklumkan hingga 6,000 tiket ditempah pihak tertentu di dalam KFA. Saya amat kecewa dengan layanan KFA terhadap penyokong mereka dan saya harap individu seperti ini tidak perlu berada dalam persatuan bola sepak.

“Lebih baik berundur sahaja dan bagi orang yang layak mengutamakan penyokong dan dapat menjaga persatuan bola sepak dengan tulus,” titahnya dalam kenyataan media.

Malah di Johor, baginda bertitah, pihaknya hanya memberi 600 tiket sahaja untuk jemputan khas kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berbanding permohonan asal sebanyak 1,000 tiket.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bertitah, siasatan sedang dijalankan pihaknya ekoran terdapat makluman adanya individu tertentu yang cuba menjual tiket perlawanan akhir itu.

“Saya berharap semua persatuan dan kelab dapat belajar dari kesilapan ini kerana penyokong adalah nadi kepada persatuan dan kelab bola sepak,” titahnya.

Penyandang juara, Kedah akan menentang JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, di sini, Sabtu ini.

Difahamkan, sebahagian penyokong Kedah hampa kerana tidak mendapat tiket selepas beratur lama di kaunter Stadium Darul Aman, semalam, manakala hampir 10,000 tiket dikatakan habis dijual dalam tempoh 45 minit.

Categories
SUKANKINI

Penyokong Kedah mengamuk, serbu pejabat KFA, ugut lapor polis

ALOR SETAR 1 NOV: Ratusan penyokong Kedah berkumpul di hadapan pejabat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dekat Stadium Darulaman hari ini bagi menyatakan kekecewaan mereka kerana tidak mendapat tiket perlawanan akhir Piala Malaysia Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

MSTAR ONLINE kesemua mereka bertindak sedemikian setelah dimaklumkan tiket telah habis dijual pada jam 10 pagi, walaupun empat kaunter baru dibuka sejam sebelum itu.

Keadaan itu menyebabkan para penyokong yang tidak berpuas hati mahu menyerbu pejabat KFA kerana mendakwa penerangan yang diberikan oleh persatuan itu agak meragukan.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar memberitahu sebanyak 30,000 tiket diperuntukkan dan daripada jumlah itu 18,000 diperuntukkan kepada 400 bas, manakala lebih 3,000 tiket lagi kepada kelab gabungan, pasukan, exco KFA dan penaja.

“Hampir 10,000 tiket yang disediakan di empat kaunter habis terjual dalam tempoh 45 minit,” katanya.

Sementara itu, Shaik Annuar Shaik Ahmad Yusuff, 34, yang merupakan wakil penyokong berkenaan berkata dia mahu membuat laporan polis berhubung ketidaktelusan KFA dalam penjualan tiket tersebut.

“Saya bersama penyokong lain akan membuat laporan polis kerana penerangan yang diberikan oleh KFA meragukan. Tambahan pula, mengapa peruntukan tiket kepada ‘orang dalam’ lebih banyak berbanding kepada peminat.

“Mereka perlu ingat, penyokong-penyokong inilah yang sentiasa bersama pasukan Kedah dan bukannya ‘orang dalam’ itu. Kalau tiada penyokong, pasukan bola sepak Kedah tidak ke mana,” katanya ketika ditemui di perkarangan Stadium Darul Aman.

SUMBER: Mstar Online

Categories
SUKANKINI

‘Mata-mata’ awasi penyokong final Kedah lwn JDT

SHAH ALAM 24 OKT: Tahap keselamatan diperketatkan di Stadium Shah Alam bagi memastikan penganjuran kejohanan perlawanan akhir antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung lancar.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis meletakkan pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di kalangan penyokong untuk memerhati gelagat penyokong.

“Jadi pastikan penyokong tak buat apa-apa kesalahan. Jadilah penyokong yang baik,” katanya dalam sidang media di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Shafien berkata, polis hanya membenarkan 10 gendang bagi setiap pasukan dibawa masuk dengan ia perlu melalui pemeriksaan terlebih dahulu.

“Pintu mulai dibuka pukul 4 petang. Penyokong JDT akan melalui pintu A dan D, manakala Kedah B dan C. Kami akan membuat pemeriksaan fizikal pada setiap pintu.

“Hanya 10 gendang dibenarkan dibawa masuk dengan kesemuanya perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak kami,” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Piala Malaysia: PKNS FC kumpulan B, Selangor kumpulan D

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 MEI: PKNS FC diundi dalam kumpulan B sementara Selangor dalam kumpulan D untuk aksi Piala Malaysia 2017 edisi ke-91.

Pada sesi undian semalam, Red Ants bakal bersaing bersama Perak, Felda United dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan pertembungan pusingan pertama Liga Super, PKNS FC berjaya menewaskan Perak 3-0 selain tewas kepada Felda United 1-0 di gelanggang lawan.

Sementara Selangor selaku Naib Juara Piala Malaysia 2016 yang diundi dalam ‘Kumpulan Maut’ pula akan berhadapan Johor Darul Takzim (JDT), Sarawak dan Terengganu.

Berdasarkan persembahan pusingan pertama, sekadar terikat 1-1 ketika bertemu Sarawak dan seri tanpa jaringan ketika bertemu JDT.

Juara Piala Malaysia 2016, Kedah yang diundi dalam kumpulan C dalam misi mengekalkan kejuaraan bakal bersaing bersama Kelantan, Melaka United dan pasukan Liga Premier, UiTM FC.

Manakala Pahang selaku pilihan dalam Kumpulan A diundi bersama T-Team dan dua pasukan teratas dalam Liga Premier, Negeri Sembilan dan PKNP FC.

Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia bakal berlangsung pada 4 Julai sehingga 8 Ogos 2017.

Dua pasukan teratas kumpulan A akan bertemu kumpulan B manakala kumpulan C berdepan kumpulan D dalam aksi suku akhir Piala Malaysia.
Kumpulan A
– Pahang
– T-Team
– Negeri Sembilan
– PKNP FC

Kumpulan B
– Perak
– Felda United FC
– PKNS FC
– Kuala Lumpur

Kumpulan C
– Kedah
– Kelantan
– Melaka United
– UiTM FC

Kumpulan D
– JDT
– Selangor
– Sarawak
– Terengganu

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SUKANKINI

Kedah juara, Selangor akur tewas penalti

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 OKT: Nasib nyata tidak memihak Selangor apabila tewas 6 – 5 kepada Kedah menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Perlawanan akhir itu terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti apabila keputusan terikat 1 – 1 selepas ia berlarutan 120 minit dengan tambahan masa 30 minit berakhir.

Rizal Ghazali muncul wira Helang Merah dengan jaringan gol kemenangan bagi memastikan skuad bimbingan Tan Cheng Ho muncul juara Piala Malaysia tahun ini.

Kedah memiliki kelebihan gol ekoran kegagalan Rizal Fahmi melakukan penyudah berkesan bagi menewaskan Ifwat Akmal sebelumnya.

344a3147-1024x683Gol keenam dari tambahan sepakan penalti ketiga itu selepas keputusan 4 – 4 dari lima sepakan awal.

Perlawanan akhir iini berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan mengatur gerak berbalas serangan sejak minit awal.

Kedah turun dengan tekad balas dendam kekalahan tahun lalu manakala Selangor cuba mengekalkan kejuaraan selain mencapai misi ke 34.

Dengan suasana stadium gamat hasil sorakan hampir 80,000 penyokong Merah Kuning dan Hijau Kuning, permainan nyata rancak dan mendebarkan.

Kedah yang sentiasa mencabar dengan serangan merbahaya terlebih dahulu mengatasi The Red Giants selepas tujuh minit separuh masa kedua bermula menerusi jaringan Rizal Ghazali dari luar kawasan penalti melepasi jangkauan penjaga gol, Mohd Khairul Azhan.

Bagaimanapun kegembiraan penyokong Helang Merah tidak kekal lama apabila Hazwan Bakri (m60) berjaya menyamakan kedudukan melalui serangan balas pantas dengan satu sepakan kencang menewaskan Ifwat Akmal.

img_20161030_221804_703-1024x622Terikat 1 – 1 menyaksikan perlawanan berterusan rancak dengan kedua-dua pasukan tidak berputus asa mencari gol kemenangan.

Dengan barisan serangan diketuai Ketua pasukan, Andik Vermanshah, skuad bimbingan K Gunalan mengatur serangan balas pantas menyaingi pasukan lawan diterajui Baddrol Bakhtiar.

Perlawanan berterusan dalam masa tambahan 30 minit selepas tamat masa penuh 90 minit dengan kedudukan tidak berubah.

Kedah lebih bernasib baik muncul juara bila mengatasi Selangor melalui penentuan penalti pada malam penuh sejarah itu.

-nR-

Categories
SUKANKINI

72,000 tiket Final Piala Malaysia

SHAH ALAM 18 OKT: Sebanyak 72,000 tiket final Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor yang berlangsung pada 30 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, berkata tiket mula dijual pada jam 10 pagi 26 Oktober ini di dua lokasi – Stadium Darul Aman, Alor Setar dan Stadium Shah Alam.

Katanya 70,000 tiket dewasa dijual pada harga RM50 sekeping manakala baki 2,000 tiket kanak-kanak pada harga RM5 sekeping.

“Setiap pasukan diperuntukkan 30,000 keping tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak, manakala baki 10,000 tiket dewasa dan 500 untuk kanak-kanak akan dijual secara dalam talian menerusi Ticket Hotline,” kata Kevin semalam, lapor BH Online.

Selangor layak ke akhir selepas menewaskan T-Team dengan aggregate 5-1.

Ia adalah pertemuan ulangan final tahun lalu di mana Selangor muncul juara buat kali ke-33 selepas menundukkan Kedah 2-0.

EZY

Categories
SUKANKINI

Selangor, Kedah ke akhir Piala Malaysia

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 15 OKT: Aksi akhir Piala Malaysia 2016 bakal menyaksikan pertemuan antara Selangor dan Kedah selepas kedua pasukan berjaya mengatasi lawan masing-masing pada pertemuan separuh akhir kedua sebentar tadi.

Selangor beraksi cemerlang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu apabila berjaya menyingkirkan T-Team dengan agregat 5-1, sementara Kedah mengatasi PDRM 2-1.

Selangor yang dikendalikan K Gunalan menang bergaya 3-0 mengaibkan T-Team di hadapan penyokong sendiri.

Sementara, anak buah Tan Cheng Hoe membawa bekalan kemenangan separuh akhir pertama 2-1 ke Stadium Hang Jebat, Melaka biarpun terikat keputusan seri 0-0, malam ini.

Selangor dan Kedah bakal berentap pada perlawanan akhir yang dijadulkan berlangsung 30 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

-nR-

 

 

Categories
BERITA UTAMA SUKANKINI

Atasi T-Team 3-0, Red Giants ke akhir Piala Malaysia

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA TERENGGANU, 15 OKT: Selangor mengatasi T-Team 3 – 0 dalam separuh akhir kedua dan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan agregat 5 – 1.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini, juara bertahan itu membuktikan penguasaan dengan mendahului lawan seawal minit kedua.

Gol dihasilkan R Gopinathan melalui penyudah tepat melepasi penjaga gol The Titans, Ilham Amirullah, selepas mendapat hantaran ketua pasukan, Andik Vermanshah.

Percaturan jurulatih The Red Giants, K Gunalan, nyata berjaya dengan pemain mengekang asakan berterusan T-Team dalam usaha mencari gol.

THE RED GIANTSTambah manis bagi Selangor apabila Ugo Ukah (m18) menyepak masuk untuk gol kedua pasukan selepas Patrick Ronaldinho Wleh gagal menyudahkannya.

Andik (m90) melengkapkan malam gemilang Selangor dengan gol ketiga apabila bola dihantar Ronaldinho di depan gol.

T-Team menggandakan serangan selepas ketinggalan dua gol dengan beberapa percubaan bahaya daripada Patrick Dos Santos Cruz, Makan Konate, Sapawi Rasid dan yang lain.

Lima minit separuh masa kedua, pasukan bimbingan Rachmat Darmawan telah memberikan tekanan dengan percubaan sipi Asrol Ibrahim melewati pintu gol.

Selangor bagaimanapun terus mempertahankan kedudukan dengan bertahan dan melancarkan serangan balas bagi menggugat pertahanan lawan.

Red GiantsSerangan berterusan pasukan tuan rumah menyaksikan beberapa insiden kekasaran di kalangan pemain menyebabkan pengadil, Zamzaidi Katimin, agak sibuk mengawal permainan.

Skuad Merah Kuning terus menggembirakan segelintir penyokongnya di stadium dengan gol Andik untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 3 – 0.

Selangor mengulangi pertemuan akhir dengan naib juara, Kedah, yang seri 0 – 0 dengan PDRM yang layak melalui agregat 2 – 1.

-nR-

Categories
SUKANKINI

Selangor rantai import T-Team, jejaskan gerakan lawan

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG, 14 OKT: Selangor akan mengekang pergerakan dua pemain import T-Team, Makan Konate dan Patrick Cruz, dalam usaha melumpuhkan lawannya ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam esok.

Pengendalinya, K Gunalan, berkata kedua pemain import itu amat bahaya dan Selangor perlu merantai pergerakan mereka supaya kelancaran gerakan The Titans terjejas.

“T-Team mempunyai dua atau tiga pemain import yang baik seperti Makan Konate dan Patrick Cruz selain Dilshod Sharofetdinov dan dengan Abdoulaye Maiga tidak dapat bermain maka kita kena berjaga-jaga.

“Saya rasa perancangan dibuat pasukan akan berjaya mengekang kedua pemain import ini (Konate dan Cruz) serta pemain tempatan mereka, diharap kita berjaya malam esok,” katanya kepada SelangorKini.

gunalanGunalan ditemui sebelum berlepas bersama pasukannya ke Kuala Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perkembangan dalam pasukan juga bagus dengan semua pemain Selangor bersedia bagi menghadapai perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terenganu itu.

“Semua pemain bagus termasuk barisan pertahanan dan walaupun Shahrom (Kalam) sudah kembali tetapi gandingan Rizal (Fahmi Rosid) dan Ugo (Ukah) selama ini bagus.

“Saya akan tengok perkembangan esok untuk putuskan barisan pemain terbaik,” katanya.

Gunalan berkata, pihaknya yakin dengan kemampuan pasukan untuk perlawanan esok biarpun akan berhadapan cabaran getir T-Team dengan sokongan padu penyokongnya.

“Saya harap penyokong (Selangor) akan datang esok walaupun hanya segelintir sahaja tetapi sudah cukup sebagai sokongan padu kepada pasukan,” katanya.

Penyandang juara Piala Malaysia itu turun dengan kelebihan agregat 2 – 1 selepas mengatasi lawan dengan keputusan itu dalam separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, 1 Oktober lalu.

-nR-