Categories
SELANGOR

SBSK selesai kemelut nafkah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 30 MAC: Melihat keruncingan kes pengabaian perintah mahkamah berkaitan pemberian nafkah, Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) membantu 606 kes tuntutan nafkah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sehingga Disember 2016, sebanyak 606 kes tuntukan nafkah dibawa ke Mahkamah untuk tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 449 kes telah berjaya diselesaikan manakala bakinya masih dalam prosiding Mahkamah.

“SBSK membantu dari segi nasihat guaman secara pecuma kepada. SBSK juga menggunakan aplikasi e-Nafkah bagi memantau perintah nafkah agar masalah kelewatan dalam pengendalaian kes dapat diatasi,” katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Haniza Talha dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Yunus berkata, adalah menjadi keutamaan SBSK memastikan kepentingan dan kebajikan golongan berhak menerima nafkah terutama anak-anak.

“Apabila sisatan dijalankan dan mendapati bekas suami tidak membayar nafkah, maka tindakan penguatkuasaan bersesuaian dibincangkan.

“Antara tindakan penguatkuasaan termasuklah perintah tahanan pendapatan tenaga (potongan gaji), Notis penghakiman, penyitaan dan penjualan, hiwalah (penahanan harta penghutang bagi penghakiman melalui pihak ketiga) atau penghkomitan,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Program Pemutihan kilang haram lulus 1,223 lot tukar syarat tanah

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 MAC: Kerajaan Negeri meluluskan 1,223 daripada 1,346 lot permohonan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada industri di sepanjang tempoh Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK).

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata berdasarkan rekod daripada bancian dibuat di sepanjang tempoh PPKTK dilancarkan pada 31 Julai 2016, terdapat lebih kurang 2,998 kilang dibina di atas 2,523 lot tanah pertanian.

“Di sepanjang tempoh program, kita meluluskan 1,223 daripada daripada 1346 lot permohonan dikemukakan manakala 1,154 lot masih belum berbuat demikian.

“Kerajaan Negeri memperoleh hasil kutipan bayaran premium RM185,683,976.54 daripada permohonan diluluskan,” katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv; ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali; ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Tetap Penyelesaian Kilang Haram untuk memantau dan memberi nasihat berkaitan proses pemutihan kilang haram.

Katanya, berdasarkan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor bilangan 1 2015, PPKTK di Selangor tamat pada 31 Disember 2015 dan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang sedia ada iaitu tindakan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 serta Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.

“Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang dan akan melaksanakan tindakan peguatkuasaan mengikut prosedur ditetapkan ke atas kilang tanpa kebenaran di Selangor.

“Dalam masa terdekat, tumpuan tindakan perobohan akan dijalankan kepada kilang atau bangunan haram dibina berhampiran sungai di Selangor terlebih dahulu,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Keberangkatan Permaisuri, Raja Muda jadikan Sidang DNS lebih istimewa

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 22 MAC: Perasmian pembukaan Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ini bertambah istimewa dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abd Rahman dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, kedua-dua baginda akan berangkat bersama DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang akan merasmikan pembukaan DNS pada pada Isnin nanti.

“Kali ini sangat istimewa kerana DYMM Tengku Permaisuri dan DYTM Raja Muda Selangor juga akan bersama kita pada hari pembukaan di mana akan menambah seri majlis pembukaan DNS nanti,” kata Hannah Yeoh.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama di sini, hari ini.

Jelasnya, selain kehadiran keluarga Diraja, persidangan kali ini juga diteruskan dengan pengunaan jurubahasa isyarat bagi memudahkan golongan orang kelainan upaya (OKU) mengikuti persidangan DNS.

“Jadi saya berharap semua ADN akan hadir dan juga bagi penduduk lain mereka boleh mengikuti secara langsung di TV Selangor,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

128 tapak pelupusan sampah haram ditutup

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 NOV: Kerajaan Negeri mengambil tindakan tegas dengan menutup 128 tapak pelupusan sampah haram bagi tempoh 2015 hingga 2016.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mencatatkan tapak pelupusan haram tertinggi iaitu 68 tapak.

Katanya, ia ikuti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebanyak 34 tapak, Majlis Bandaraya Shah Alam (8), Majlis Perbandaran Selayang (6), Majlis Perbandaran Kajang (5), Majlis Perbandaran Klang (4), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (3) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (1).

“Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untk mengambil tindakan tegas ke atas tapak pelupusan haram yang beroperasi tanpa kebenaran di Selangor.

“Justeru, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengesan 128 tapak pelupusan sampah tidak dibenarkan dan mengambil tindakan penguatkuasaan untuk menutup tapak berkaitan,” katanya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Hian Wah berkata Kerajaan Negeri komited memastikan kontraktor dilantik menghantar sampah ke tapak pelupusan sampah dibenarkan.

Katanya, antaranya sistem AVLS dipasang untuk mengenal pasti laluan dan lokasi lori untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) berkemampuan.

“Pihak PBT juga melaksanakan pemantauan di lapangan dan memastikan jadual keluar dan masuk lori di kawasan masing-masing.

“Kontraktor dikenakan syarat menggemukakan laporan bergambar dan resit ‘tipping fee’ setiap kali kontraktor kutipan sampah mengemukakan proses tuntutan kerja pada setiap bulan kepada PBT,” katanya.

EZY

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

3,788 anak pekerja ladang dapat peruntukan tambang bas sekolah RM1.3 juta

NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 NOV: Seramai 3,788 anak pekerja ladang menerima subsidi tambang bas sekolah dengan peruntukan RM1.3 juta, sejak tahun 2010 hingga tahun ini.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, jumlah penerima terbabit ditingkatkan setiap tahun supaya golongan itu secara terus menerima manfaat yang diberikan.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 315 (2010), 254 (2011), 525 (2013), 583 (2014), 1,477 (2015) dan 1,203 (2016).

pc-4-of-5“Manfaat ini terbuka kepada seluruh anak pekerja ladang di Selangor. Sebanyak RM300 diberikan kepada setiap anak pekerja ladang yang membuat permohonan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dan sumbangan adalah diberikan secara tunai.

“Program ini merupakan sumbangan yang terbuka keoada anak pekerja ladang dan bekas pekerja ladang. Ia bertujuan meringankan bebanan penjaga yang terdiri dalam kalangan pekerja ladang dalam membiayai sebahagian daripada kos tambang bas anak mereka ke sekolah,” katanya di Sidang Dewan Negeri, di sini, hari ini.

Program terbabit terbuka kepada anak ekerja ladang atau bekas pekerja ladang yang bersekolah di Selangor dengan pendapatan ibu bapa atau penjaga mereka di bawah RM1,500 sebulan.

Seorang pelajar hanya layak menerima sumbangan subsidi dari Kerajaan Negeri sekali sahaja dalam tempoh satu tahun.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Dedah maklumat sabotaj air, Selangor cadang beri penghargaan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan untuk memberikan penghargaan kepada individu yang mendedahkan maklumat isu sabotaj bekalan air bersih.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, cadangan tersebut boleh dipertimbang memandangkan wujudnya usaha dan bantuan daripada masyarakat setempat menyampaikan maklumat mengenainya.

“Setakat ini, tiada sistem reward (penghargaan). Namun, sebenarnya memang kita menerima maklumat daripada orang awam.

img_5509-800x533“Merekalah (penduduk) yang mula-mula menghidu bau dan melihat sendiri bagaimana pencemaran itu boleh berlaku.

“Jadi, untuk tempoh ini cadangan untuk beri penghargaan kepada pendedah maklumat adalah cadangan yang baik,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN), Sekinchan, Ng Suee Lim yang mencadangkan sistem penghargaan dilaksanakan secara menyeluruh sebagai usaha menangani pencemaran air negeri.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri terpaksa menutup beberapa loji rawatan air negeri di susulan wujudnya dakwaan unsur sabotaj di Sungai Semenyih dan Sungai Buah.

Dalam perkembangan itu, Kerajaan Negeri memaklumkan sudah memperoleh bukti berhubung wujudnya dakwaan sabotaj berkenaan yang diperoleh hasil daripada agensi Kerajaan Negeri, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Umno BN masih gagal namakan Ketua Pembangkang DNS – Speaker

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 24 SEPT: Tiada perkembangan positif berhubung saranan Dewan Negeri Selangor (DNS) agar barisan pembangkang menamakan Ketua Pembangkang DNS sebelum Dewan bersidang.

Speaker Dewan, Hannah Yeoh Tseow Suan, berkata kegagalan Umno Barisan Nasional menamakan nama untuk jawatan itu membuktikan kelemahan amalan demokrasi Umno-BN mengangkat prinsip bersuara di dalam Dewan.

“Masih tidak Ketua Pembangkang di Selangor. Umno masih belum menamakan mana-mana individu daripada parti itu untuk diangkat sebagai Ketua Pembangkang di DNS,” katanya kepada SelangorKini di Perumahan Indah Court di sini, hari ini.

Kegagalan itu sekali gus menimbulkan persoalan berhubung komitmen Ahli Dewan Negeri (ADN) daripada Barisan Nasional membawa suara rakyat diwakili mereka.

Sebelum ini, Umno menamakan Datuk Mohd Shamsudin Lias sebagai Ketua Pembangkang DNS, sebelum melepaskan jawatan kononnya atas prinsip integriti.

Susulan itu, Barisan Nasional negeri disaran menyemak semula keputusan tersebut walaupun memutuskan untuk memilih Mat Nadzari Ahmad Dahlan iaitu ADN Batang Kali sebagai Penyelaras Adun BN.

Bagaimanapun Hannah, berkata keperluan untuk jawatan tersebut tidak diiktiraf DUN di kawasan itu.

“Dalam DNS, memang tidak diiktiraf jawatan penyelaras Adun kerana hanya jawatan rasmi iaitu jawatan Ketua Pembangkang saja diambil kira untuk terima semua keperluan serta elaun yang kita sediakan.

“Selain itu, hanya ketua pembangkang saja yang diberi keutamaan untuk menjadi pembahas terawal dalam perbahasan belanjawan negeri dalam sidang DNS nanti,” katanya.

Dalam perkembangan itu, pihaknya juga telah menghantar dua surat rasmi kepada pimpinan BN Selangor untuk melantik Ketua Pembangkang untuk memantau pentadbiran DNS.

EZY

Categories
SELANGOR

Program pembangunan kerjaya semai keyakinan penjawat awam

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 APR : Usaha melahirkan penjawat awam lebih mampan dan berdaya saing diteruskan melalui inisiatif program pembangunan dan latihan kerjaya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pelaksanaannya diharap mampu melonjakkan lagi integriti penjawat awam bersama Kerajaan Negeri mengurus pentadbiran dengan lebih baik.

DNS 2016“Kerajaan Negeri sentiasa memberikan latihan pembangunan kerjaya bertujuan melahirkan penjawat awam lebih yakin dan mempunyai nilai tambah dalam diri mereka.

“Kita harapkan penjawat awam lebih yakin menyandang jawatan lebih tinggi demi kemajuan kerjaya di masa akan datang,” katanya menjawab ADN Kota Anggerik Yaakob Sapari berhubung statistik penjawat awam di Selangor.

Dalam pada itu Mohamed Azmin berkata, seramai 6,168 penjawat awam meliputi jawatan tetap dan kontrak juga tidak terkecuali menjalani latihan pembangunan kerjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Tambahnya, pelaksanaan itu diharap mampu meningkatkan motivasi pekerja ke arah pembentukan penjawat awam lebih kompetensi di peringkat tertinggi.

Antara program dilaksanakan sebelum ini termasuk Program Pembangunan Sumber Manusia, Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan, Program Peningkatan Kemahiran Penjawat Awam dan lain-lain lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Pelan jangka panjang atasi masalah banjir

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 MAC: Kerajaan Negeri merangka perancangan jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu banjir di beberapa kawasan hotspot.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Zaidy Abd Talib, berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melantik 41 perunding dan 37 juruukur melibatkan kos yuran sebanyak RM24.9 juta bagi perkhidmatan perunding manakala RM5.9 juta bagi perkhidmatan juruukur.

DNS 2016“Anggaran kos keseluruhan bagi perlaksanaan projek tebatan banjir itu adalah RM399 juta merangkumi 43 buah projek di seluruh Selangor.

“Dengan terlaksananya projek dijangka lebih 60 hingga 80 peratus kawasan hotspot banjir berulang diselesaikan,” katanya menjawab pertanyaan mulut daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias.

Katanya, perlantikan itu bertujuan penyediaan reka bentuk terperinci dan kerja ukur bagi keperluan 43 projek untuk program tebatan banjir RMK-11 yang dilaksanakan seawal pertengahan 2016.

Tambahnya lagi, terdapat 37 projek sambungan RMK-10 tebatan banjir dilaksanakan pada 2016 menggunakan peruntukan pembangunan dan caruman parit semasa dengan kos RM121 juta melibatkan 13 hotspot banjir.

“Setelah siap perlaksanaan projek dijangka pada tahun ini dan 2017 dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah banjir di tempat kritikal.

“Ia seperti Sungai Jeluh Kajang, Sungai Binjai di Hamzah Alang Meru, Sungai Rasah Klang, Anak Sungai Damansara Batu 3 Petaling, Anak Sungai Udang Gombak, Pulau Meranti Sepang, Sijangkang Kuala Langat dan lain-lain,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Belanjawan 2016 tumpu pembangunan terus kepada rakyat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 OGOS: Belanjawan 2016 akan tertumpu kepada pembangunan secara terus kepada rakyat dan ia dijangka dibentangkan, pada November ini .

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata belanjawan itu akan digubal mengikut keadaan semasa dan beberapa perkara menekan rakyat ketika ini.

“Bermula minggu depan, kita akan bincangkan dalam bengkel bagi menggubal Belanjawan 2016 dengan mengambil kira keadaan semasa.

MB Azmin“Kerajaan Negeri bertanggungjawab mengurus dengan cara berhemah dengan menumpukan pembangunan secara terus kepada rakyat,” katanya yang menjawab pertanyaan Haslin Hassan (PAS-Tangjung Sepat) berkenaan rizab kewangan negeri.

Mohamed Azmin, berkata sejumlah peruntukan juga akan diputuskan bagi keperluan pembinaan balai raya di kawasan luar bandar.

“Menepati hasrat Kerajaan Negeri, sudah tentu keperluan balai raya atau dewan amat diperlukan.

“Kia sudah bincangkan beberapa bulan lalu, apakah keperluan masyarakat luar bandar,” katanya.

Haslin sebelum itu mahu peruntukan membaik pulih atau pembinaan baru bagi kegunaan masyarakat luar bandar yang ketinggalan dalam pembangunan negeri.

-NFN-

Categories
SELANGOR

‘Sudah cukup sudah’ jadi tema ADUN Sekinchan bahas Akta Hasutan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim tampil dengan cara berbeza ketika membahaskan usul memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau yang terkenal dengan kepetahan berhujah menggunakan bibit lagu ‘Sudah Cukup Sudah’ nyanyian kumpulan Nirvana Band dari Indonesia bagi menggesa Umno memansuhkan akta yang disifatkan zalim terhadap rakyat.

Beliau berkata, akta itu juga hanya mendakwa pemimpin pembangkang, sekali gus jelas menunjukkan ia hanya kepentingan politik sahaj.

ng suee lim“Umno jangan jadi juara ketika Perhimpunan Agung Umno kononnya mempertahankan Akta Hasutan, kalau rakyat tolak jadi juara kampung sahaja.

“Umno perlu ambil ikhtibar dari Parti Kuomintang (KMT) di Taiwan yang kalah teruk kerana orang muda tolak parti yang tidak ikut peredaran masa,” katanya.

Suee Lim turut melahirkan simpatinya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan Gerakan yang tidak ‘dihormati’ hak dan pandangan mereka berhubung tindakan Umno mengekalkan akta berkenaan.

“Sebagai parti komponen di mana maruah mereka? Tidak dihormati langsung kerana Presiden Umno isytihar akta itu kekal hanya dalam PAU.

“Mana kesepakatan mereka? Cukuplah MCA, jangan melukut di tepi gantang bersama BN demi mengejar jawatan,” katanya.

Beliau juga menyelar sikap ADUN BN-Umno yang bertindak keluar dewan sewaktu usul itu dibahaskan.

undi-bn-end“Umno semakin bisu dan lesu dengan mengambil pendekatan keluar dewan dan duduk di luar. Mereka lebih fikir diri-sendiri dari fikir kehendak rakyat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi program transformasi kerajaan berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 2012 walaupun pimpinan Umno dan menteri kabinet berhasrat mengekalkan akta berkenaan.

Kerajaan juga kini sedang dalam perancangan menggubal Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan yang dikelolakan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional.

Bagaimanapun, Najib ketika ucapan dasar pada PAU berkata Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan, sebaliknya akan diperkuatkan dengan dua elemen tambahan bagi mengukuhkan akta berkenaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tiada bas percuma di Ampang Jaya, tambah baik operasi sedia ada

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Selangor belum mempunyai cadangan menyediakan perkhidamatan bas percuma di Ampang Jaya dalam tempoh dua tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim berkata, program yang dikenali sebagai bas komuniti itu memerlukan penelitian rapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan melibatkan kos serta perbelanjaan yang tinggi.

bas komunitiSetakat ini, katanya, Kerajaan Selangor sudah melaksanakan program bas komuniti di Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

“Untuk perkhidmatan bas percuma yang dilaksanakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), anggaran kos perbelanjaan RM1 juta setahun yang melibatkan pembelian bas dan kos operasi perlu ditanggung,” katanya menjawab soalan Tiew Way Keng (DAP-Teratai).

Chang Kim berkata, Kerajaan Negeri menerima impak postitif daripada program berkenaan selain pengguna meminta penambahbaikan perkhidmatan berkenaan.

-NFN-