Categories
NASIONAL

Jangan berhenti cari punca nahas MH370

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 OGOS: Kerajaan perlu menyiasat dan mencari punca sebenar tragedi MH370 walaupun penemuan serpihan sayap disahkan milik pesawat malang itu.

Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin, berkata hal itu ekoran banyak persoalan timbul apabila radar pertahanan Malaysia tidak dapat mengesan pesawat itu apabila ia berpatah balik.

“Saya menyeru kerajaan terus mencari punca nahas terjadi. Kita tidak boleh berhenti mencari puncanya,” katanya kepada Selangor Kini.

sim-tze-tzimTze Zin berkata, tragedi misteri pesawat yang hilang lebih setahun itu patut diambil ikhtibar semua pihak seterusnya mempertingkatkan kawalan keselamatan sektor penerbangan Malaysia.

“Mengambil iktibar daripada nahas ini, kerajaan harus tingkatan keselamatan sektor penerbangan. Setiap kapal terbang harus dipasang teknologi GPS yang boleh dikesan lokasi dengan tepat.

“Kerajaan juga harus memastikan sistem radar ‘military’ terus berfungsi dengan cekap. Tentera Udara Diraja Malaysia juga tidak memberikan respon dengan cepat apabila mendapati ada permasalahan kapal terbang,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan harus menyiasat dengan telus dan profesional tanpa menyembunyikan sebarang rahsia daripada rakyat.

“Saya rasa simpati terhadap mangsa MH370. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap kerajaan telus dalam siasatan tragedi ini,” katanya.

MH17 aKira-kira jam 2 pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah daripada pesawat MH370.

“Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370,” katanya.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, pada 8 Mac 2014.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

PM khianati rakyat, cuba sembunyi berita kenaikan tol

Oleh: SIM TZE TZIN

Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri yang menuduh pihak yang membocorkan maklumat sebagai pengkhianat. Ini satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Pada hakikatnya, kerajaan seharusnya telus (transparent) dalam semua dasar dan polisi kerajaan termasuk kenaikan tol. Sebarang cubaan menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan rakyat adalah satu bentuk pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat.

Kedua, selama ini, pihak kerajaan sudah mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan kontrak konsesi tol selama ini. Sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui kontrak-kontrak konsesi tol dan semua diletakkan di bawah OSA. Syarat-syarat Kontrak tol amat memihak kepada syarikat-syarikat tol yang kebanyakkan kroni UMNO-BN. Ini menyebabkan rakyat tertekan dengan kenaikan tol yang berulang-ulang setiap 2 tahun.

Dalam bajet 2015, Kerajaan sebenarnya telah memperuntukkan RM459 juta untuk membayar pampasan tol butiran 070100. Dalam sesi perbahasan pula, Timbalan Menteri KKR Dato’ Rosnah pula menjawab bahawa Kerajaan terpaksa membayar RM560 juta untuk membayar kenaikan kadar tol. Ini bermaksud ada kekurangan RM101 juta walaupun telah ada peruntukan membayar syarikat tol. Maka saya jangkakan bahawa kadar kenaikan tol mungkin berlaku pada beberapa konsesi tol dan beberapa konsesi tol pula akan dipampas.

Saya juga menjangkakan, jika kerajaan ingin menghentikan segala kenaikan tol kerana takut kepada kemarahan rakyat, Kerajaan akan terpaksa menggunakan kutipan GST untuk membayar syarikat Tol. Kutipan GST telah mencecah RM6 bil dalam 2 bulan dan melebihi jangkaan kerajaan. Saya ingin memberi amaran kepada kerajaan untuk berterus terang kepada pembayar-pembayar GST jika ingin membayar syarikat tol menggunakan kutipan GST. Janji Perdana Menteri adalah berterus terang tentang penggunaan wang kutipan GST.

Saya ingin menekankan pendirian bahawa jika kerajaan ingin menggunakan wang GST untuk membayar syarikat tol, mereka harus “declassified” kontrak konsesi. Biar rakyat tahu wang GST yang mereka bayar digunakan di mana dan bagaimana. Pembayar GST menuntut ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan wang cukai GST. No taxation without accountability.

# Sim Tze Tzin adalah Ahli Parlimen Bayan Baru

Categories
NASIONAL

Rancangan Malaysia atau Rancangan ‘BN’ ke-11?

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Rangka tindakan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) disifatkan berat sebelah kerana tertumpu di kubu kuat Barisan Nasional (BN) sahaja.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, RMK-11 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus memfokuskan kemajuan ekonomi seluruh Malaysia.

“Semua hospital baru, lebuh raya dan pembangunan di Seremban-Port Dickson-Nilai tertumpu di kubu kuat BN sahaja.

sim-tze-tzim“Kami amat kecewa kerana menjangka RMK-11 membawa kemajuan ekonomi kepada seluruh negara. Lebih baik jika RMK-11 ditukar kepada Rancangan BN ke-11,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tze Tzin yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, keupayaan Najib dan BN untuk menjadikan Wawasan 2020 sebagai kenyataan juga masih diragui.

Katanya, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) seperti Pulau Pinang dan Selangor tidak menerima sebarang manfaat RMK-11 walaupun pernah dijanjikan lanjutan pembinaan lapangan terbang dan aliran transit ringan (LRT) pada RMK-9.

“Ia ini dijanjikan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi masih tidak menjadi kenyataan.

“Walaupun mahu Wawasan 2020 menjadi kenyataan, tetapi saya meragui keupayaan Najib untuk membawa kita ke tahap itu,” katanya.

undi-bn-endKatanya, Kerajaan Persekutuan hanya mencapai kejayaan sederhana walaupun negara memiliki kekayaan semula jadi ekoran amalan rasuah yang diamalkan pimpinan BN dalam 10 RMK yang lalu.

Tze Tzin merujuk kepada kegagalan pelaksanaan 1Malaysia Develompent Berhad (1MDB) yang menjadi skandal terbesar dalam sejarah pentadbiran di negara ini.

“1MDB dicadangkan dalam RMK-10, tetapi pelaksanaannya gagal dan meletakkan negara dalam risiko.

“Masalah Kerajaan BN adalah mereka mempunyai terlalu banyak rangka tindakan dan rancangan tetapi gagal melaksanakannya,” katanya.

Najibmembentangkan RMK-11 yang menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat, hari ini.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Najib berundur lepas PRK Permatang Pauh?

Oleh: NORHAYATI UMOR

PULAU PINANG, 28 APR: Ketiadaan poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sekitar Parlimen Permatang Pauh menjadi tanda tanya semua pihak.

Dalam tinjauan sekitar 27 jentera daerah mengundi (JDM), bilik gerakan Barisan Nasional (BN) dan sekitar jalan raya parlimen itu mendapati tiada sebarang poster atau ‘banner’ Najib dalam kempen setakat ini.

Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin berkata, parti itu menganggap keadaan terbabit ekoran politik dalaman Umno yang mempengaruhi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan 7 Mei ini.

photo 1“Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, gambar Najib banyak di merata tempat. Jadi, adakah ketika ini Najib diboikot Menteri Dalam Negeri yang juga Pengarah PRK?,” soalnya dalam sidang media, di sini.

Tze Tzin berkata, tindakan memboikot Najib juga berkemungkinan dipengaruhi kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu beliau meletak jawatan.

“Adakah ini bermaksud Umno Pulau Pinang dan calon BN bersetuju dengan Tun M?.

“Saya mahu tanya calon dan Umno Pulau Pinang, sokong Tun M atau sokong Najib?,” soalnya.

Sim Tze TzinPada PRU 1999, selepas Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menang, Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Manakala, PRK 2008, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas Tun Mahathir menyerang beliau dan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di Permatang Pau.

“Jadi adakah sejarah ini akan berulang? Permatang Pauh sinonim dengan perletakan jawatan Perdana Menteri, jadi adakah Najib juga akan berundur tidak lama lagi?,” katanya.

-NFN-

 

Categories
NASIONAL

Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang meragukan, kementerian perlu umum segera

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 MAC: Menteri atau timbalannya harus sentiasa bersedia dan bertanggungjawab menjawab sebarang soalan berkepentingan rakyat di Parlimen.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata jawapan menteri juga penting sebagai kayu pengukur kepada ‘check and balance’, ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran sesebuah kerajaan.

Katanya, sikap menteri Umno-BN yang sentiasa berdalih dan enggan berkongsi fakta dan maklumat di Parlimen tidak boleh diterima.

Sim Tze Tzin“Inilah sebenarnya sikap yang media antarabangsa daripada China, Eropah dan Amerika Syarikat kritik dan pertikaikan dalam isu MH370.

“Tetapi, malangnya Kerajaan Pusat masih tidak mahu berubah dan masih tetap dengan perangai sama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau merujuk kepada keengganan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberitahu maklumat berkenaan kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang di Parlimen, baru-baru ini.

Ketika menjawab soalan dikemukakan Tze Tzin, Rosnah didakwa berkata kadar yang sudah diputuskan itu akan diumumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kemudian.

rosnah shirlin“Bukankah menteri adalah bos kepada LLM, jadi kenapa pula keputusan diberi kepada badan di bawah untuk umumkan. Ini menimbulkan keraguan bahawa kemungkinan kadar tol jambatan kedua sangat tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, Tze tzin menuntut jawapan segera daripada Kementerian Kerja Raya berhubung Jambatan Kedua itu terutama tempoh konsesinya paling panjang dalam sejarah negara.

“Setiap warga Pulau Pinang perlukan jawapan segera kerana mereka juga yang perlu bayar tol berkenaan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Umno-BN akhirnya mengaku biayai PERKASA

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 MAC : Kerajaan Umno-BN mengesahkan pernah memberi peruntukan kepada badan bukan kerajaan (NGO), PERKASA bagi membiayai program dianjurkan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata tindakan pembiayaan peruntukan wang rakyat kepada pertubuhan ektremis itu ternyata bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang sering dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, PERKASA tidak patut disuntik sumber kewangan terutama pertubuhan itu pernah mengancam isu agama dan perkauman termasuk ugutan membakar Bible, demonstrasi di gereja serta memberi sarung putih kepada orang Cina sempena Tahun Baru Cina.

“Maka terbukti, selama ini PERKASA adalah sayap kepada Umno dan mereka menjalankan segala kerja extremis demi Umno.

e866d0d8d1cb5b6d46fe2ecb4610867d_Generic“PERKASA juga selama ini mengakui 80 peratus ahli mereka Umno,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, Tze Tzin bertanya soalan lisan kepada Perdana Menteri berhubung jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tatanegara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menjawab hari ini bahawa Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khusus kepada PERKASA, tetapi sedikit peruntukan bagi membantu badan itu mengadakan seminar ‘Transformasi Ekonomi Antara Kaum dan Bangsa Teras Sebagai Asas Perpaduan Rakyat’.

Mengulas jawapan diberikan, Tze Tzin mengecam tindakan menteri yang berterusan mengelak mengumumkan jumlah sebenar peruntukan kepada PERKASA.

“Menteri elak menjawab dan menimbulkan syak bahawa jumlah peruntukan tersebut amat tinggi kerana program itu dihadiri 5,000 peserta.

“Saya sarankan menteri meningkatkan ketelusan dan bercakap benar kepada wakil rakyat yang menimbulkan soalan dewan. Jangan menyembunyikan sesuatu kerana tindakan ini seperti menaungi PERKASA,” katanya.

lmmca07ePada masa sama, Tze Tzin menggesa Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendirian parti itu ke atas tindakan Kerajaan Pusat memberi peruntukan menyokong program kumpulan pelampau itu.

“Dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, calon MCA, Chew Mei Fun berceramah dengan Ketua Penerangan PERKASA, begitu juga dengan Ketua Bahagian MCA Perlabuhan Klang juga pernah berdemo bersama dengan NGO itu. Saya menyeru pengundi di Kajang dapat melihat hipokrasi Umno-BN ini,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

NGO dibayar lumayan oleh Kerajaan BN

Oleh :   SIM TZE TZIN
Dalam soalan lisan saya kepada Perdana Menteri pada 19 Mac 2014, Saya tanya jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tata Negara.

Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri telah menjawab pada hari. Sila rujuk jawapan.
Saya agak terkejut kerana ini pertama kali Kerajaan Barisan Nasional mengesahkan bahawa mereka telah memberi peruntukan kepada NGO extremis PERKASA.

Perdana Menteri dengan slogan 1Malaysia yang kononnya ingin menyatupadukan rakyat berbilang kaum, tetapi, di belakang slogan yang manis, ia telah memberi sumber kewangan kepada NGO yang mengancam membakar bible, yang ingin membuat demo di depan gereja, yang memberi sarung putih kepada orang Cina sempena Tahun Baru Cina.

Maka terbuktilah, selama ini, Perkasa adalah sayap kepada UMNO dan ia menjalankan segala kerja extremis demi UMNO. Perkasa juga selama ini mengakui 80% ahli Perkasa adalah ahli UMNO.

Dengan bukti-bukti yang kukuh ini, Saya ingin mencabar president MCA Dato Seri Liow Tiong Lai memberi pendirian MCA ke atas tindakan kerajaan memberi peruntukan menyokong program PERKASA. Adakah MCA setuju dengan tindakan kerajaan? Jika tidak, apakah tindakan MCA seterusnya? Saya cabar MCA tidak memasuk cabinet yang yang menyokong extremis perkauman.

Jawapan ini jelas menunjukkan bahawa MCA sekongkol dengan NGO extremis Perkasa. Dalam PRK Kajang, calon MCA Chew Mei Fun telah berceramah dengan Ketua Penerangan PERKASA. Ketua Bahagian MCA Perlabuhan Klang 郑敬保 juga pernah berdemo bersama-sama dengan PERKASA. Saya ingin membongkar hypocrisy MCA bahawa mereka boleh dipercayai, ini slogan MCA dalam PRK Kajang.

Saya juga menyeru pengundi-pengundi di Kajang dapat melihat dengan diri sendiri hypocrisy UMNO-BN.

Akhir sekali, saya ingin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap jawapan dari menteri JPM kerana tidak berterus terang menjawap berapa peruntukan yang diberi kepada Perkasa. Menteri elak menjawab menimbulkan syak bahawa jumlah peruntukan tersebut amat tinggi, kerana program tersebut dihadiri oleh 5000 peserta.

Saya menyarankan menteri meningkatkan transparency dan bercakap benar kepada wakil rakyat yang menimbulkan soalan dewan. Jangan menyembunyikan sesuatu, ini seolah-olah menaungi PERKASA.

#Sim Tze Tzin adalah  Ahli Parlimen Bayan Baru 

Categories
NASIONAL

Parlimen : BN sedia ‘sedikit peruntukan’ kepada PERKASA

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengakui tidak menyediakan peruntukan khusus kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Sebaliknya, sedikit peruntukan disediakan untuk membantu pertubuhan berkenaan mengadakan seminar ‘Transformasi Ekonomi Antara Kaum Dan Bangsa Teras Sebagai Asas Perpaduan Rakyat’ dan dihadiri 5,000 peserta.

Jawapan bertulis itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kepada Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

sim-tze-tzimTze Tzin sebelum itu mengemukakan soalan berhubung jumlah peruntukan yang diberikan kepada PeERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tatanegara, pada 19 Mac lalu.

Tze Tzin menjelaskan, kenyataan itu adalah kali pertama Kerajaan BN mengesahkan mereka memberikan peruntukan kepada badan bukan kerajaan (NGO) pro-Melayu itu.

“Perdana Menteri dengan slogan 1Malaysia yang kononnya ingin menyatupadukan rakyat berbilang kaum tetapi di belakang slogan yang manis memberikan sumber kewangan kepada NGO yang mengancam membakar Bible, ingin berdemo di depan gereja dan memberikan sampul putih kepada orang Cina sempena Tahun Baru Cina.

UMNO BN 55“Maka, terbukti selama ini PERKASA adalah sayap Umno dan menjalankan segala kerja extrimis demi parti itu. PERKASA juga selama ini mengakui 80 peratus ahli mereka adalah Umno,” katanya pada sidang media, di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, menteri berkenaan harus menyatakan peruntukan yang diberikan kerana dikhuatiri membabitkan jumlah tinggi ekoran pembabitan ramai peserta.

Beliau turut mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendirian MCA berhubung tindakan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada PERKASA, selain mencabar mereka tidak menerima jawatan di dalam Kabinet.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Najib perlu berhenti lantik duta khas

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM 3 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa untuk berhenti secara serta merta daripada melantik duta dan penasihat khas yang dibayar mahal.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata Barisan Nasional (BN) juga perlu menjelaskan rasional di sebalik perlantikan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sin sebagai duta khas berstatus menteri yang terbaru di Asia Timur.

Sim Tze TzinTze Tzin berkata, Malaysia mempunyai duta professional yang berfungsi dengan baik di negara Asia Timur seperti Korea dan Jepun.

“Dengan keadaan fiskal kewangan yang ketat dan hutang kerajaan pusat yang akan mencecah 55 peratus KDNK, apakah perlu kita berbelanja dalam melantik seorang lagi duta khas?

“Perdana Menteri mengumumkan 11 langkah pengurangan kos kerajaan (austerity measures), baru-baru ini. Beliau harus mengumumkan langkah ke-12 iaitu penghapusan semua duta dan penasihat khas di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan perlantikan Datuk Seri Tiong King Sin sebagai Duta Khas di Asia Timur.

Kini, Perdana Menteri mempunyai empat duta khas dan 13 penasihat khas yang kebanyakannya berstatus menteri dan ia membabitkan jumlah paling banyak dalam sejarah Malaysia.

Pada sesi Parlimen lalu, Tze Tzin membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi Jabatan Perdana Menteri untuk memotong gaji duta khas berjumlah RM980,179.20 (RM27,227.20 x 3 orang x 12 bulan).

“Usul tersebut berjaya diluluskan Speaker untuk dibahaskan, satu perkara yang cukup luar biasa. Malangnya, ia ditentang habis-habisan oleh ahli dewan daripada BN dan usul ditolak,” katanya.

Mengikut jawapan Parlimen, selain menikmati elaun dan kebajikan setaraf dengan menteri, seorang duta khas mendapat gaji bulanan RM27,227.20 lebih tinggi daripada menteri.

Mereka juga diberi pejabat yang dibiayai kerajaan, bahkan ada di kalangan mereka diberi setiausaha kanan, pegawai khas, pembantu khas dan pegawai pengiring Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

-NFN-

Categories
NASIONAL

Anwar beku kenaikan kadar tol ketika jadi Menteri Kewangan

Oleh: Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 23 DIS : Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu pemimpin yang memainkan peranan penting untuk membekukan kenaikan tol lebuh raya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata Anwar pada ketika itu menggunakan kuasanya untuk membekukan kenaikan tol sebanyak beberapa kali.

sim-tze-tzim“Selepas beliau (Anwar) dipecat daripada kerajaan, kenaikan tol menjadi urusan setiap tahun, dan akhirnya membawa kepada kenaikan tol besar-besaran pada tahun 1999 hingga 2000,” kata Tze Tzin dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata semua perjanjian konsesi tol digubal diluluskan Unit Perancang Ekonomi di bawah kuasa Perdana Menteri pada ketika itu yang dijawat oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.

Katanya Menteri Kerja Raya yang bertindak menandatangani perjanjian konsesi berkenaan sebagai wakil kepada kerajaan Malaysia.

“Peranan Menteri Kewangan adalah untuk mentadbir kontrak selepas ia ditandatangani. Tidak syak lagi Anwar adalah Menteri pada tahun 1991 hingga 1998 iaitu semasa kontrak itu dimeterai, tetapi beliau hanya mewakili dasar yang ditetapkan BN dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” kata Tze Tzin.

Katanya, kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa Anwar bertanggungjawab terhadap perjanjian konsesi lebuh raya di Malaysia membuktikan beliau (Tee Yong) mula mendapat suntikan “viagra politik”.

Bagaimanapun semangat yang ditunjukkan pemimpin MCA itu bagaikan “tidak kena tempat” apabila terpaksa menuding jari kepada Ketua Pembangkang untuk menutup kegagalan Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah di negara ini.

tol naikTze Tzin tmenggesa pimpinan baru MCA supaya bangkit menentang kenaikan tol dan mempertahankan rakyat Malaysia daripada berdepan tekanan itu dengan menyertai perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Katanya, MCA perlu mencontohi Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang mengarahkan anak syarikatnya selaku pemegang saham untuk membantah kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) baru-baru ini.

“Kerajaan Selangor yang memiliki pegangan saham melalui anak syarikatnya bertindak tegas untuk menghentikan kenaikan tol di Kesas.

“Bagaimana pula dengan MCA? Apa yang telah mereka buat?

“Jika mereka gagal untuk bersuara demi kepentingan rakyat Malaysia, ia hanya mengesahkan persepsi ramai bahawa MCA tidak berkuasa dalam BN,” katanya lagi.

-EZY

Categories
NASIONAL

TP1M: Kerajaan Pusat digesa tidak pinggir negeri Pakatan

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 29 NOV : Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) yang dilaksanakan Kerajaan Pusat ternyata meminggirkan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, khususnya Selangor dan Pulau Pinang.

sim-tze-tzimAhli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata daripada RM 40 juta yang diperuntukkan pada 2013, tiada satu pun permohonan daripada Selangor diluluskan dan hanya empat sahaja yang diluluskan di Pulau Pinang.

Meenurutnya, Wilayah Persekutuan menerima peruntukan paling besar iaitu sebanyak 74 peratus, diikuti Johor (10 peratus), Melaka (7.5 peratus), Perak (4 peratus), Pulau Pinang (3 peratus) dan Kedah (0.3 peratus).

“Ini menjadikan Wilayah Persekutuan “the only winner” dalam TP1M sedangkan “Pulau Pinang dan Selangor mempunyai kepadatan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah yang sangat tinggi.

“Maka timbul persoalan, adakah terdapat unsur pilih kasih atau pertimbangan politik dalam pemberian TP1M?,” kata Tze Tzin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Parlimen berhubung peruntukan TP1M yang sangat berkurangan serta jauh berbeza daripada pengumuman dana RM500 juta yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat pada tahun 2010.

Tze Tzin berkata, menteri berkenaan mendakwa wang RM500 juta itu adalah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) tanpa mengulas lanjut bagaimana menggunakan baki wang RM460 juta menjelang 2015.

“Kami menyeru pihak menteri menjelaskan perancangan TP1M pada tahun 2014 dan 2015 dan adakah mereka akan membelanjakan baki RM 460 juta yang telah diperuntukan?

“Minta menteri juga menjalankan tugas secara professional dan telus dalam pemberian TP1M dan memastikan semua negeri di Malaysia tidak dianak-tirikan,” katanya lagi.

TP1M diperkenalkan Kerajaan Pusat pada Januari 2010 bertujuan memberi manfaat kepada penghuni terutama di kawasan perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.

-EZY

Categories
NASIONAL

Pakatan desak potong elaun Duta Khas RM28,000 sebulan

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 15 NOV : Kerajaan pusat wajar memotong elaun duta khas Malaysia ke luar negara yang tidak membawa sebarang faedah dan impak besar kepada Malaysia sejak mereka dilantik, pada tahun 2010.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata mereka ialah tiga bekas menteri, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Penasihat khas kepada Perdana Menteri dan Duta Khas ke Amerika Syarikat), Datuk Seri Ong Ka Ting (Duta Khas ke Republik Rakyat China) dan Datuk Seri S. Samy Vellu (Duta Khas ke India and India Selatan dalam bahagian infrastruktur).

sim-tze-tzimKatanya, duta khas diberi gaji dan elaun  RM 27,227.20 sebulan, menjadikan jumlah setahun yang diterima mereka ialah RM980,179.20, selain turut menerima semua keistimewaan dan elaun yang dinikmati menteri kabinet lain.

“Kedutaan Amerika Syarikat, China dan India lengkap dengan pelbagai perkhidmatan dan hubungan Malaysia dengan negara terbabit stabil serta cukup untuk duta berkenaan menjalankan tugas dengan baik juga profesional.

“Dengan adanya duta khas, timbul kekeliruan siapa mempunyai kuasa yang lebih dan persoalannya adakah kerajaan tidak percaya kepada duta profesional iaitu pakar dalam hubungan luar negeri yang dilantik sebelum ini,” soalnya dalam pembentangan usul di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Duta sah Malaysia di Amerika Syarikat ialah Datuk Othman Hashim, Datuk Iskandar Sarudin (China) dan Datuk Naimun Ashakli Mohammad (India).

Dalam perbahasannya, Tze Tzin berkata, pelantikan duta khas negara berkenaan gagal melonjakkan pertumbuhan perdagangan dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia seperti yang tercatat dalam objektif pelantikan mereka.

“Kebelakangan ini pelbagai masalah seperti kegiatan pengintipan Amerika Syarikat ke atas pemimpin Malaysia, masalah negara China merebut Pulau Spratly juga masih belum diselesaikan.

“Ini menunjukkan duta khas gagal dalam tugasan mereka dan pembaziran wang rakyat yang langsung tidak membawa sebarang faedah kepada Malaysia,” tegasnya.

Beliau menggesa supaya elaun khas itu dipotong supaya wang rakyat tidak dibazir dalam keadaan fiskal kerajaan yang defisit besar, ekonomi tidak menentu, hutang negara hampir mencecah 55 peratus dan subsidi rakyat dipotong.

“Dalam keadaan rakyat susah kerana kos hidup meningkat dan bakal dikenakan GST akibat amalan BN penuh dengan ketirisan dan rasuah, adakah perlu kita membelanjakan jutaan ringgit hanya untuk subsidi tiga bekas menteri kabinet yang bersara,” katanya.

-NFN-