Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Dua bulan beroperasi, pengguna Bas Smart Selangor Sabak Bernam cecah 12,000

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 12 OGOS: Perkhidmatan percuma bas Smart Selangor di daerah Sabak Bernam menerima sambutan baik dengan hampir mencecah 12,000 dalam tempoh dua bulan.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata jumlah penumpang pada bulan pertama ialah 10,263 sejak beroperasi, pada Jun lalu.

Katanya, jumlah berkenaan meningkat kepada 11,970 pada akhir Julai lalu.

“Angka ini menunjukkan peningkatan dan kita akan terus memantau perkembangan termasuk kekangan dan cabaran dihadapi.

pengguna mengadu nasib (1)“Antaranya, kita dapati pengetahuan tentang jadual perjalanan Bas Smart Selangor kurang jelas dan kita menguar-uarkan kepada rakyat,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, beliau ditemani Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Awaluddin Zakaria meninjau perkhidmatan bas Smart Selangor.

Setiba di Sungai Besar Sentral, Chang Khim sempat mendengar rungutan dan aduan penumpang sebelum turut menaiki bas Smart Selangor ke Sekinchan.

“Kita lihat beberapa kelemahan dan sudah mengarahkan tindakan segera diambil seperti masalah kekurangan kerusi menunggu.

“Kita pasti dengan kemudahan infrastruktur yang baik, ia dapat meningkatkan lagi sambutan terhadap perkhidmatan percuma ini,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor ada solusi sendiri urus sampah, tak perlu sampai RM2.2 bilion

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 OGOS: Projek perintis pengurusan sisa pepejal di Klang diyakini mampu membawa Selangor selangkah keluar daripada belenggu masalah sampah.

Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah, berkata penggunaan ‘alat pengesan’ di kompaktor dan penyelia di lapangan membolehkan proses pemantauan dilakukan dengan lebih rapi.

Katanya, penduduk juga boleh menggunakan Aplikasi iClean Selangor untuk membuat aduan atau hubungi terus ‘Command Centre’ KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM).

“Kita tidak memerlukan RM2.2 bilion untuk menguruskan masalah sampah di Selangor.

“Apa yang kita lakukan adalah memberdaya pihak berkaitan dan kita yakin keadaan akan bertambah baik dengan model baru ini.

Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah
Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah

“Kita ada solusi tersendiri,” katanya membidas Tan Sri Noh Omar.

Terdahulu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mendakwa kedegilan Selangor menggunapakai Akta 672 membuatnya terlepas peruntukan tahunan berjumlah RM2.2 bilion.

Beliau berkata, masalah sampah Selangor juga berpunca daripada keengganan meneruskan perkhidmatan syarikat konsesi Alam Flora.

“Kita sudah bersabar dengan Alam Flora sejak 2008 sehingga 2011 dan ia ternyata tidak berbaloi untuk negeri,” bidas Fahmi.

Akta 672 merujuk kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang bertujuan mengawal selia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam.

Ia bermaksud menyelenggarakan kebersihan sepatutnya dan bagi perkara bersampingan dengannya.

EZY

Categories
SELANGOR

Smart Selangor mampu cipta pentadbiran bersepadu

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 JULAI: Gagasan Smart Selangor diyakini mampu membawa negeri terkaya itu ke arah pentadbiran dan pengurusan yang lebih bersepadu dan menyeluruh.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata pembangunan berorientasikan ‘internet of things’ itu tidak terhad di kawasan bandar raya dan perbandaran sahaja.

“Menariknya, cadangan pembangunan itu turut mengambil kira penduduk dan kawasan luar bandar.

“Jadi, kita di sini berkongsi pelbagai maklumat dalam membantu mengemas kini apa yang diperlukan untuk menjadikan Selangor sebagai Smart City,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui ketika menghadiri Lab Smart Selangor Fasa Dua – ‘Smart Governance’ di sini, semalam.

SHAHRINPada masa sama, Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Fazlina Hashim, berkata ‘data base’ menyeluruh perlu dipertimbangkan bagi melicinkan tadbir urus data.

“Seperti sekarang, ramai keliru fungsi antara Pejabat Tanah dan Daerah serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kalau boleh, perkara sebegini perlu bersifat ‘centralised’ untuk mempercepatkan sebarang urusan,” katanya yang pernah bertugas di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Helmey Abd Rashid, pula berkata ‘Smart Selangor’ berupaya mewujudkan jaringan perhubungan lebih interaktif di antara kerajaan tempatan dan komuniti.

“Kita mahu satu sumber yang boleh diakses untuk sama-sama memantau ‘performance’ masing-masing.

“Penjawat awam juga harus lebih mesra dan jangan jadi ‘little Napoleon’ menggunakan kuasa menekan orang ramai yang kadangkala mempunyai persepsi salah berkenaan kerajaan,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

14 diplomat muda kunjungi MB, pelajari model pengurusan, gagasan Smart Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 26 JULAI: Seramai 14 diplomat muda yang bakal dihantar ke luar negara meluangkan masa hampir dua jam bagi mengunjungi Menteri Besar Selangor untuk melihat sendiri dengan lebih dekat model pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri termaju itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kunjungan 14 diplomat muda itu sebagai perkembangan positif dan penghormatan kepada Kerajaan Negeri PAKATAN itu.

“Hari ini saya sedikit kelewatan kerana ada satu perkembangan yang saya kira baik kerana buat pertama kalinya Wisma Putra atau Kementerian Luar Negeri mengizinkan 14 diplomat muda yang dihantar ke luar negara bertemu saya selaku Menteri Besar Selangor untuk melihat model pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Selangor.

“Saya kira ini penghormatan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri kerana perkara dibangkitkan dalam dialog hampir dua jam itu melihat dasar Kerajaan Negeri yang peduli rakyat, mempertahankan kepelbagaian kaum dan agama dalam negeri serta melihat Smart Selangor sebagai satu gagasan baru itu dapat membantu membangunkan sebuah negeri yang maju seperti Selangor,” kata Mohamed Azmin.

Pelancaran projek penggantian Paip Air Lama di Selangor, KL dan Putrajaya 2016 - MB Azmin (ASRI) (3)Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 2016 di Jalan Taman Melawati, di sini, hari ini.

Katanya, kemampuan PAKATAN menerajui Kerajaan Negeri dengan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan itu juga termasuk kesungguhan Kerajaan Negeri memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor bagi menjamin bekalan air dapat diuruskan dengan holistik dan menyeluruh.

Terdahulu, Kerajaan Negeri turut mendapat pengiktirafan dan menerima kunjungan daripada pelbagai pihak dalam dan luar negara ekoran pelbagai kejayaan ditempa pentadbiran negeri termaju itu sejak 2008.

Sebelum ini, Mohamed Azmin diketahui di kalangan pengamal media dan kakitangan Kerajaan Negeri merupakan seorang yang sangat mementingkan ketepatan masa apabila tiba lebih awal berbanding yang dijadualkan dalam sesebuah program.

EZY

Food Stamp bantu 5,600 keluarga miskin dari 56 DUN

Smart Selangor Food Stamp : Peruntukan RM3 juta untuk membantu 5,600 keluarga miskin dari 56 DUN.

Food Stamp bantuan bulanan untuk rakyat miskin

Smart Selangor Food Stamp merupakan bantuan makanan asas percuma kepada golongan berpendapatan rendah untuk setiap bulan.

Smart Selangor Food Stamp : Program bantuan makanan asas pertama di Malaysia


Smart Selangor Food Stamp adalah program bantuan makanan asas pertama diadakan di Malaysia -MB

Pendapat Orang Ramai : Bas Smart Selangor dimonopoli warga asing?

TVSelangor mendapatkan reaksi orang ramai berkenaan isu warga asing yang dikatakan menguasai perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor.

Categories
SELANGOR

Smart Selangor: Teknologi UAV bantu perancangan bandar 

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 APR : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor konsisten memacu pertumbuhan gagasan Smart Selangor dengan memperkenalkan sistem baru yang dinamakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV).

Penolong Pegawai Perancangnya, Mohd Khairil Neezam, berkata sistem berteraskan penggunaan teknologi masa kini itu dilihat sangat berkesan dalam menghasilkan teknik baru mendapatkan imageri dengan pantas di lapangan.

Mohd Khairil Neezam“Tujuannya memastikan perancangan tanah negeri dapat diurus secara komprehansif supaya faktor geografi dan persekitaran muka bumi,” katanya kepada SelangorKini.

Khairil berkata, proses ini melengkapkan keupayaan juruukur mendapatkan statistik dan ukuran tepat tanpa bergantung kepada pengunaan Google Earth.

“Sebelum ini, kebanyakkan ukuran dibuat berpandukan penggunaan aplikasi Google Eearth. Tetapi Google Earth yang ada sekarang tidak dikemaskini secara tepat dan kali terakhir ia dibuat sekitar 2014.

“Jadi apabila pihak kami menggunakan UAV yang boleh diterbangkan sehingga ketinggian 1000 kaki untuk membuat ukuran dan pemetaan, aplikasi ini nampak lebih bersistematik.

“Ia sangat membantu kerana dengan ketinggian itu kita boleh membuat ukuran berdasarkan keputusan tepat dan berkualiti,” katanya kepada SelagorKini.

Terdahulu, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sempat meluangkan masa melihat lebih dekat sistem UAV ketika Pameran Smart Selangor di Foyer SUK baru-baru ini.

MB SMART SELANGOR 1Lanjutan daripada proses tersebut, keputusan kiraan pula boleh dilihat menerusi laporan dikeluarkan Sistem Maklumat Perancangan Negeri Selangor (SISMAPS).

Menariknya,  kemudahan tersebut boleh diakses 24 jam menggunakan ruang komunikasi laman sesawang http://sismaps.jpbdselangor.gov.my/

Khairil Nizam berkata, SISMAPS pula berperanan mengeluarkan perincian maklumat terhadap ruang lingkup perancangan corak pembangunan kawasan baru yang ditentukan pihak pemaju dan PBT.

“SISMAPS ini digunakan untuk mengelapasti keadaan guna tanah semasa, dan potensi perancangan akan datang.

“Contohnya, laporan akan dikeluarkan selepas proses cerapan dibuat. SISMAPS akan memberikan perincian data tentang sesuatu kawasan dicerap penentuan sama ada kawasan itu sesuai untuk pembangunan baru atau tidak,” katanya.

Teknologi UAVWalaupun SISMAPS terbuka untuk semakan pengguna awam, namun penggunaannya lebih cenderung kepada beberapa pihak berpentingan yang terlibat secara langsung dalam memajukan kawasan perbandaran baru.

Antaranya Pihak Bekuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerajaan, Juruukur Tanah, Pemaju Perumahan, Perunding, Ahli Akademik, Penganalisis dan pelajar.

Kapasiti inilah mengangkat perkembangan gagasan Smart Selangor secara efisien dan memudahkan kerja Jabatan Teknikal, PBT dan agensi kerajaan membuat pemetaan perancangan bandar baru.

Sehingga kini, keberkesanan pengunaan teknologi itu sudah digunapakai syarikat pemaju dan di beberapa PBT seluruh Selangor, Pahang dan Sarawak.

Teknologi ini diharap terus menyumbang kepada perkembangan Smart Selangor sekaligus mengangkat Selangor sebagai Smart State maju dan sejahtera.

-nR-

Pendapat orang ramai : Wifi Smart Selangor


Apakah rakyat Selangor tahu akan kewujudan Wifi Smart Selangor?

Categories
SELANGOR

Sambut baik saranan MB, MPSJ sedia akses kemudahan atas talian

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 APR : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyambut baik saranan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali agar keseimbangan penggunaan teknologi dan aplikasi ‘internet of things’ dilaksanakan secara konsisten.

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata MPSJ menyediakan pelbagai kemudahan dalam talian kepada masyarakat untuk memudahkan sebarang urusan.

MPSJ“Pembangunan teknologi ini membantu meningkatkan prestasi serta mutu perkhidmatan majlis. Antara perkhidmatan dalam talian terkini adalah permohonan tapak bazar Ramadan online pertama di Selangor.

“Selain itu, banyak perkhidmatan online juga boleh dicapai melalui laman web MPSJ seiring perkembangan teknologi penduduk MPSJ yang celik IT,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata, penggunaan teknologi bersifat penyelesaian pintar boleh menjadi trend penyelesaian masalah rakyat.

Katanya, masyarakat kini mahu urusan perkhidmatan pihak majlis juga diperkemaskan supaya manfaat jangka panjang dapat dinikmati masyarakat.

Sementara itu, Muhammad Azli berkata, MPSJ kekal konsisten memberi perkhidmatan terbaik demi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri memacu pertumbuhan salah satu komponen Smart Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Pameran FADEX perkasa gagasan Smart Selangor

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 18 APR: Karya kreatif mahasiswa tahun akhir Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di pameran FADEX Universiti Selangor (UNISEL) memperkasakan hasrat Kerajaan Negeri merealisasikan gagasan Smart Selangor.

Dekan fakulti, Prof Dr Abd Shukor Hashim berkata, aspek seni dan budaya yang diterapkan dalam gagasan itu dizahirkan secara konsisten bagi menepati agenda berkenaan.

head dekan grafik-web“Produk dan karya kreatif yang dibentangkan graduan kita ada kaitan dengan gagasan Smart Selangor yang membangun di negeri ini.

“Contohnya menerusi pameran teknologi dan fotografi yang memperlihatkan ciri inovasi sangat relevan dengan projek pembangunan Smart Selangor.

“Saya harap keberkesanan pameran ini dapat membantu pentadbiran Kerajaan Negeri melaksanakan gagasan ini bersama demi kemajuan Selangor,” katanya ketika ucapan perasmian pameran tahun akhir FADEX di Dewan Pro Canselor UNISEL, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Hal Ehwal Korporat PETRON, Zaimi Harun dan Pemangku Naib Timbalan Canselor Hal Ehwal Akademik UNISEL, Prof Dr Mokhtar Abdullah.

fadex unsel 3FADEX 2016 adalah penilaian projek tahun akhir fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dengan tujuan mempromosi karya mahasiswa untuk diperkenalkan kepada pihak luar.

Mahasiwa diploma dan ijazah Seni Lukis dan Seni Reka tahun akhir dinilai menerusi produk masing-masing pada pameran karya kreatif itu.

Antara karya yang dipamerkan adalah rekaan penggunaan aplikasi telefon pintar, ilustrasi buku, produk seni halus, videografi pengiklanan dan produk pemasaran.

-NFN-