Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Anugerah Sumber Manusia lonjak daya kreativiti & inovasi

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 JAN: Anugerah Sumber Manusia bakal dianjurkan buat julung kalinya pada tahun ini, umum Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Beliau berkata, ia bertujuan menanamkan prinsip penggunaan sumber manusia secara optimum, kreatif dan inovatif kepada semua jabatan.

Katanya, ia juga merupakan pengiktirafan buat jabatan yang menyahut gagasan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan prinsip ‘Smart Governance’.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan pusat latihan khas yang memberi fokus kepada latihan teknikal kepada pegawai dan kakitangan di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Diharap sistem pengurusan latihan dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan dalam membentuk warga PBT yang lengkap serba-serbi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK) di sini, pada 16 Januari lalu.

Selain itu, Mohd Amin berkata, sistem tuntutan perubatan secara elektronik mula dilaksanakan pada pertengahan tahun ini, bagi memudahkan pesara kerajaan mendapatkan kemudahan perubatan.

“Kita juga melaksanakan penambaikan kemudahan buat 5,255 pegawai lantikan kontrak di semua jabatan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri meliputi aspek kemudahan cuti rehat, cuti mengerjakan haji, cuti tanpa rekod bagi kematian ahli keluarga terdekat serta cuti isteri bersalin.

“Semua insentif ini bukti Kerajaan Negeri amat peduli kebajikan penjawat awam dan semoga semua dapat berkhidmat lebih baik kepada rakyat,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kakitangan SUK naiki basikal ke pejabat

OLEH SYASYA SUFIAN

PUCHONG, 28 OKT: Kerajaan Negeri akan melaksanakan proram Pengangkutan Awam Seminggu Sekali (PSS) bermula 2017 bagi menggalakkan penjawat awam di bangunan SUK menggunakan pengangkutan awam.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, 50 basikal akan diberikan kepada kakitangan awam terpilih yang bekerja di bangunan SUK sebagai peserta PASS.

“Program itu adalah sebagai inisiatif permulaan menggalakkan kakitangan awam yang kini memandu, menaiki basikal dari rumah ke stesen LRT sehingga ke stesen berdekatan kemudian menggunakan perkhidmatan Bas Selangorku KTM Stesen Seksyen 19 untuk ke pejabat sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk tempoh enam bulan.

teng02“Walaupun ia adalah program enam bulan, saya pasti kebanyakan peserta akan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam selepas tiga bulan tanpa galakan. Saya sendiri juga akan mengikuti program ini dan hari ini adalah hari pertama saya menaiki basikal dari rumah ke stesen LRT untuk ke ini,” katanya.

Chang Khim berkata, sehingga kini permohonan untuk basikal amat menggalakkan dan mencecah lebih 100 permohon, namun Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan 50 basikal sahaja.

“Walaupun kita mendapat sokongan yang menggalakkan daripada kakitangan, tetapi mereka perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

“Antara syaratnya, pemohon perlulah seorang yang memandu untuk bekerja, mereka perlu tinggal berhampiran LRT atau stesen komuter supaya mudah mereka berbasikal ke pejabat.

“Basikal yang akan diberikan adalah jenis basikal lipat dan 90 peratus daripada kos basikal tersebut dibiayai Kerajaan Negeri, manakala 10 peratus selebihnya datang daripada peserta sendiri,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Tiada bukti, dakwaan tidak berasas

OLEH : HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 20 MEI: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tiada bukti dakwaan wujud permintaan mendapatkan wang dan wanita ketika berurusan dengan Kerajaan Negeri.

Ketika ditemui media selepas majlis pelancaran program bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food Stamp” 2016 di Dewan Seri Bernam di sini, hari ini, beliau berkata, dakwaan terbabit tidak berasas sama sekali dan tiada bukti dikesan bahawa ianya berlaku.

BANGUNAN SUK“Kita tidak menemui sebarang bukti terhadap dakwaan dibuat ini.

“Ini adalah dakwaan keterlaluan terhadap Kerajaan Negeri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri berharap bukti dikemukakan dalam isu itu sekiranya benar seperti mana diperkatakan.

“Kepada sesiapa mempunyai bukti patut bekerjasama dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan lanjut,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Datuk Mohd Amin dilantik SUK Selangor baru

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 JAN : Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Datuk Mohd Amin Ahya dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri baru berkuatkuasa 4 Januari ini.

Pelantikan baru itu adalah bagi menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang bersara pilihan setelah berkhidmat selama lima tahun.

MOhd Amin1Kenyataan itu disahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada 31 Disember lalu.

“Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1989 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, pengurusan ekonomi, pembangunan serta pentadbiran tanah dan daerah.

“Saya berkeyakinan penuh pegawai yang dilantik akan berkhidmat dengan penuh integriti dan profesional dalam menerajui kepimpinan di pentadbiran SUK Selangor,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan SUK baru akan dimaklumkan pada 4 Januari ini, manakala majlis angkat sumpah berlangsung pada 11 Januari.

Mohd Amin, 54, adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara daripada Universiti Malaya.

EZY

Categories
SELANGOR

Demontsran ditaja naik bas persiaran, guna baldi warna sama

Oleh LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM 17 JUN: Sekumpulan peserta demontrasi di pintu pagar utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dipercayai ditaja pihak tertentu berikutan sebahagian mereka dilihat dibawa menaiki dua bas persiaran.

Mereka yang mendakwa sebagai penduduk Gombak dan Klang diketuai Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal, juga bertindak liar membaling baldi.

Baldi itu juga dipercayai ditaja pihak tertentu berikutan ia masih baharu dan warnanya pula sama iaitu kelabu.

IMG-20150617-WA0002

Demonstrasi itu di hadapan pintu pagar utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), juga berlangsung menggunakan kesat terhadap Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin bagaimanapun tiada di bangunan SUK berikutan sibuk membantu program perumahan mangsa banjir di Manik Urai, Kelantan.

Pegawai berita, Shahril Said mewakili Pejabat Menteri Besar menerima memorandum daripada kumpulan itu.

Categories
SELANGOR

Sukan Perdana SUK: Axia bolot wang tunai RM28,340

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 MEI: Pasukan Iriz menewaskan Axia dalam perlawanan akhir bola lepak Sukan Perdana Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) 2015.

Berlangsung di Stadium Shah Alam, pasukan Iriz menang 1-0 hasil jaringan pada minit ke-18.

Axia berpeluang menyamakan kedudukan dua minit kemudian selepas dihadiahkan sepakan penalti, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Iriz.

Axia cuba bangkit dan mengatur serangan pada separuh masa kedua namun gagal memecah kebuntuan dan kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

IMG_7617Axia sebelum itu memenangi lapan daripada 12 acara keseluruhan yang dipertandingkan.

Temasya sukan perdana itu dianjurkan dua tahun sekali sejak tahun 2003 membabitkan penglibatan seluruh kakitangan SUK.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sukan dan Rekreasi SUK Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohamed Said berkata, temasya edisi ke-6 itu bermula pada 8 hingga 29 Mei lalu.

Katanya, sebanyak 12 acara dipertandingkan antaranya congkak, ping pong, futsal, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, bowling, badminton, tarik tali dan berakhir dengan perlawanan bola sepak.

“Ia diadakan sebagai usaha memupuk potensi diri dan persiapan memilih atlet untuk Temasya Sukan SUK se-Malaysia yang akan diadakan di Johor, pada tahun 2016,” katanya.

Penganjuran itu menyaksikan penyertaan 436 atlet yang mewakili unit sayap pengurusan dan pentadbiran SUK yang dibahagi kepada dua pasukan iaitu Iriz dan Axia.

Selaku juara keseluruhan, Axia membawa pulang wang tunai berjumlah RM28,340 dan piala pusingan serta sijil, manakala Iriz pula memenangi RM10,900 juga sijil.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker waktu pejabat & berpakaian korporat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 11 MEI: Masih ada lagi penjawat awam culas melaksanakan tugas, namun bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah apabila ‘kantoi’ ditangkap Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  Selangor (SUK) baru-baru ini.

Lebih mengecewakan apabila penjawat awam itu ditangkap semasa leka berhibur di pusat snuker di sekitar Shah Alam semasa waktu pejabat dan berpakaian korporat.

kantoi SUKSetiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, hasil maklumat orang ramai, Unit Integriti SUK Selangor berjaya ‘menangkap’ beberapa kakitangan kerajaan.

“Penjawat awam berjaya ditangkap, sedang asyik bermain snuker dan minum petang selepas waktu rehat solat Jumaat pada minggu lepas.

“Amat mendukacitakan kerana masih ada penjawat awam yang degil dan tanpa segan-silu bermain snuker dengan berpakaian korporat pada waktu pejabat,” katanya dipetik laman Facebooknya.

kantoi SUK1Beliau juga memuat naik gambar beberapa penjawat awam itu agar menjadi pengajaran kepada pihak lain.

Mohammed Khusrin berkata, ketua jabatan terbabit perlu mengambil tindakan disiplin tegas ke atas kakitangan terlibat.

“Pandangan buruk daripada orang awam melihat dan menilai tingkah laku penjawat awam ini memalukan kerana mereka seharusnya bekerja meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Gambar: Sumber Facebook Datuk Mohammed Khusrin Munawi

EZY

Categories
SELANGOR

Lagi penjawat awam ‘kantoi’ culas kerja

SHAH ALAM 2 MAC: Biarpun isu penjawat awam culas menjadi viral dan mendapat perhatian orang ramai, masih ada segelintir yang mengamalkan tabiat itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata pemantauan diteruskan bagi memastikan penjawat awam bekerja seperti ditetapkan.

1907582_917081291658250_7178187025149040618_n“Pemantauan akan terus dilaksanakan supaya budaya ini dapat kita kikis sepenuhnya demi memartabatkan kembali perkhidmatan awam,” tulis Khusrin di laman Facebooknya.

Khusrin hari ini membuat pemeriksaan mengejut di restoran sekitar Shah Alam yang menjadi tumpuan kakitangan awam untuk minum pagi pada waktu pejabat.

Beliau turut memuat naik gambar penjawat awam yang ‘kantoi’ masih berada di luar pejabat minum pagi biarpun pada waktu itu adalah masa bekerja.

10986673_917080961658283_8607850311387324549_nSebelum ini Khusrin mengarahkan semua ketua jabatan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan daerah diarahkan memantau disiplin pegawai/kakitangan di jabatan masing-masing bagi memastikan tiada yang culas melaksanakan kerja.

EZY

Categories
SELANGOR

Laporkan penjawat awam culas tugas

SHAH ALAM 19 FEB: Semua ketua jabatan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan daerah diarahkan memantau disiplin pegawai/kakitangan di jabatan masing-masing bagi memastikan tiada yang culas melaksanakan kerja.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata susulan lawatan mengejut ke atas penjawat awam yang minum pagi dan membeli-belah pada waktu pejabat minggu lepas, beliau mendapat pelbagai maklum balas dan ramai menyambut baik tindakan itu.

10492554_908335495866163_1192912940402972761_n“Atas respons orang awam yang positif berkenaan lawatan mengejut tersebut, saya memohon jasa baik semua pihak untuk memberikan maklumat berserta gambar kakitangan kerajaan di Selangor yang minum pagi pada waktu bekerja,” tulis Khusrin di lamab Facebooknya.

Beliau sendiri akan turut turun padang untuk membuat ‘spot check’ di premis makanan di luar Pejabat SUK Selangor bagi memastikan tiada warga kerja curi tulang sewaktu bekerja.

“Saya panjangkan maklumat tersebut kepada ketua jabatan terbabit untuk tindakan selanjutnya.

“Maklumat tersebut boleh dihantar menggunakan ‘private message’ Facebook saya. Identiti ‘whistle blower’ akan dirahsiakan,” tulisnya.

Tulis Khusrin, para penjawat awam khususnya di negeri Selangor perlu memastikan nilau integriti perkhidmatan awam sentiasa terpelihara.

“Amanah diberikan rakyat perlu dijaga dengan sebaiknya, tiba masanya kita perlu berubah demi memartabatkan perkhidmatan awam di tempat selayaknya,” tulis Khusrin.

EZY

Categories
NASIONAL

LENSA nafi anjur demonstrasi desak Azmin letak jawatan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 OKT: Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menafikan laporan di Twitter berhubung penganjuran sebuah demonstrasi di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi mendesak Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor, hari ini.

Koordinatornya, Ekhsan Bukharee berkata, berita palsu yang tersebar di laman sosial milik badan bukan kerajaan (NGO) itu digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan mereka.

Katanya, insiden penyebaran berita palsu yang mengaitkan LENSA berlaku sejak awal Oktober lalu, namun motif pihak terbabit tidak diketahui.

janji demokrasi 01“Ini bukan kali pertama LENSA diburukkan kerana sebelum ini media ada menghantar mesej kepada saya bertanya berkenaan demonstrasi di hadapan kilang Carlsberg.

“Saya menyedari pemalsuan Twitter Lensa itu petang tadi (20 Oktober) melalui makluman rakan saya dan menganggap ini adalah tindakan ‘sampah’,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Ekhsan berkata, pihaknya tidak bercadang membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menegaskan tidak akan melayan sebarang publisiti murahan yang cuba dimainkan pihak tertentu.

Beliau juga menolak untuk mengaitkan kemungkinan pihak sama terbabit terhadap aktiviti penggodaman berkenaan.

LENSA“Tidak perlu melayan sebarang godaman atau pencerobohan kerana banyak isu yang ingin kami bawa dan sampaikan kepada rakyat.

“Saya tidak pasti siapa bertanggungjawab cuma yang peliknya LENSA baru sahaja bertapak, kenapa orang takut sangat sehingga sanggup menggodam Twitter kami?” katanya.

Terdahulu LENSA didakwa akan mengadakan demonstrasi pada jam 2 petang ini di hadapan bangunan SUK bagi mendesak Azmin meletakkan jawatan kerana membelakangkan demokrasi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hebahan Talian Bebas Tol SUK

SHAH ALAM, 13 OKT:  Talian bebas tol pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) 1800-88-2824  sudah dilanjutkan tempoh operasi sehingga jam 12.00 tengah malam bertujuan memudahkan orang ramai menghubungi talian terbabit bagi aduan berkaitan gangguan bekalan air yang dialami.

Grafik-Selangor-PakatanSehubungan itu, orang ramai boleh melapor sebarang masalah gangguan bekalan air di talian terbabit untuk tindakan Kerajaan Negeri.

Usaha itu adalah sebahagian daripada alternatif Kerajaan Negeri untuk memudahkan orang ramai dalma mengatasi masalah gangguan bekalan air.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Enakmen SELESA Agenda Reformasi Dewan Negeri Selangor

Speaker Hannah Yeoh

SHAH ALAM 21 JUN : Gandingan Speaker dan Timbalannya yang baru, Hannah Yeoh dan Nik Nazmi Nik Ahmad, optimis bahawa Enakmen Dewan Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor (SELESA) akan berjaya direalisasikan pada penggal kali ini.

Hannah berkata, perlaksanaan Rang Undang-Undang tersebut merupakan antara agenda reformasi yang dijangka mampu membawa perubahan serta meningkatkan lagi mutu persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).

“Kita jangkakan apabila enakmen tersebut diluluskan, kita akan membekalkan lebih banyak fasiliti kepada sidang DNS.

“Ini termasuk menyediakan lebih banyak pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk mereka melakukan kajian-kajian dengan lebih baik sebelum sesuatu isu dibahaskan.

“Perkara ini semestinya akan menjadikan mutu perbahasan itu lebih berkualiti, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat,” jelas Hannah yang juga Adun Subang Jaya.

Beliau bercakap demikian dalam satu sidang media di Bangunan Annex, SUK di sini sejurus selesai Majlis Mengangkat Sumpah Adun pagi tadi.

Nik Nazmi yang turut hadir dalam sidang media pula menjelaskan enakmen SELESA penting untuk dilaksanakan agar satu pasukan pentadbiran yang bebas dan profesional di bawah arahan Speaker dapat diwujudkan.

Timb Speaker Nik Nazmi

Enakmen tersebut akan menjadikan kuasa kerajaan kepada tiga bahagian iaitu, kuasa eksekutif di bawah Menteri Besar; badan kehakiman di bawah kuasa Persekutuan dan undang-undang negeri;  kuasa perundangan/legislatif terletak penuh di bawah DNS.

“Apabila DNS bebas daripada pengaruh eksekutif kelak, pemantauan dan semakan pentadbiran dapat dilakukan dengan menyeluruh tanpa sebarang sekatan dan birokrasi yang melampau,” ujar Nik Nazmi.

Katanya lagi, Rang Undang-Undang ini bukan satu amalan baru kerana sebelum dimansuhkan pada 1992, di peringkat Parlimen juga mempunyai Akta Perkhidmatan Parlimen yang menguruskan perjalanan kerja-kerja harian dan pengurusan kewangan Dewan Rakyat tanpa campur tangan kuasa eksekutif.

Draf Enakmen SELESA yang mula digubal sejak tahun 2009 kini sedang dikaji secara terperinci oleh barisan Exco Kerajaan Negeri serta penasihat undang-undang Negeri Selangor.