Categories
SELANGOR

Teruja terima bantuan, ringan beban sambut Aidiladha

OLEH SYASYA SUFIAN

GOMBAK, 7 SEPT: Ketibaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi membawa keceriaan kepada penerima sumbangan yang disampaikan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Shamshida Taharin di sekitar Gombak, hari ini.

Ibu tunggal, Norlaili Jamaluddin, 47, berkata beliau bersyukur dan teruja bertemu isteri Dato’ Menteri Besar itu yang menyampaikan sendiri sumbangan tersebut.

“Alhamdulillah, pemberian ini cukup besar maknanya kepada golongan asnaf seperti saya dalam meringankan beban menyambut hari raya nanti.

IMG_2378“Dapatlah saya beli barang keperluan dapur untuk memasak makanan yang sedap berbanding hari biasa kerana adakala makan biskut sahaja,” katanya.

Sementara itu, Halim Saad, 47, turut bersyukur menerima sumbangan itu kerana dapat membantu beliau dan isteri membuat persiapan menyambut Aidiladha.

“Setiap bulan kami turut menerima bantuan rumah sewa daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM600.

“Namun kerana saya mempunyai tanggungan 10 anak, maka agak memerlukan perbelanjaan yang lebih,” katanya.

Suri rumah, Nur Haslina Zulkiply, 33, berkata beliau berterima kasih kepada penyumbang kerana pemberian berkenaan dapat meringankan beban kewangan golongan asnaf sepertinya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

407 asnaf, mualaf terima RM203,500

OLEH : SYASYA SUFIAN

CYBERJAYA, 23 JUN: Seramai 407 orang asnaf fakir dan miskin serta mualaf menerima sumbangan hari raya dengan jumlah keseluruhan RM203,500 dalam Masjis berbuka Puasa bersama rakyat dan sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri di Masjid Raja Haji Fi’ Sabilillah, semalam.

Majlis penyampaian sumbangan diserahkan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada 287 asnaf dan 120 saudara baru dengan bantuan tunai berjumlah RM500 seorang.

CP2A7807-800x533Baginda turut mencemar duli berbuka puasa dan solat maghrib, isyak serta solat sunat tarawih bersama rakyat.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata masyarakat harus bersyukur keranaa berpeluang merasai nikmat dan rahmat Ramadan menerusi amalan berpuasa dengan ibadah sunat lain seperti bersedekah, berzikir, bertadarus al-Quran dan memberi makan kepada orang berpuasa.

“Hari-hari terkahir ini, contohilah Rasullah saw dengan beriktikaf walaupun baginda sibuk berjihad, mengajar dan berjuang demi kemaslahatan kaum muslimin untuk mendapatkan anugerah tuhan khususnya di malam al-Qadar,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah; Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis dan Ahli Dewan DiRaja.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Ramadan peluang perkukuh ukhwah

OLEH : AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 22 JUN: Kehadiran bulan Ramadan menjadi detik penting untuk mengukuhkan institusi masyarakat selain penekanan dan penghayatan Islam dalam kehidupan.

Manteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pengukuhan perpaduan penting seperti yang disebutkan dalam al-Quran tambahan umat Islam kini berdepan pelbagai cabaran.

IMAG0111Katanya, masjid dan surau menjadi nadi penting pengukuhan selain mengharapkan anak muda bersama mengimarahkannya.

“Perpaduan dan ukhwah penting bagi umat Islam kerana kita kini sedang berdepan pelbagai cabaran dan ia dapat diselesaikan jika bersatu.

“Kita mahu mengajak anak muda menghayati erti Nuzul Al-Quran dan inilah tempoh masa Allah SWT turunkan al-Quran. Bukan cuti umum semata-mata,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bertemu rakyat sempena majlis penyerahan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri di sembilan buah masjid sekitar Parlimen Ampang dan Gombak.

IMAG0113Sebanyak 896 penerima daripada sembilan buah masjid menerima sumbangan duit raya RM500 dan sekampit beras.

Mohamed Azmin turut menyampaikan cek sumbangan kepada beberapa badan bukan kerajaan bagi membantu pembangunan kumpulan memerlukan.

Program mendekati rakyat itu bermula di Masjid Jamil Huda, Kampung Melayu Ampang dan berakhir di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.

Hadir sama Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain; Ketua Pegawai Operasi, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Soffan Affendi Aminudin dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali.

-NFN-

Categories
SELANGOR

“Kami tak dapat balas jasa baik MB”

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 11 MEI: Rosli Abdul Rahim terharu apabila menerima sumbangan RM10,000 dihulurkan Menteri Besar bagi menampung kos pendidikan anaknya, Ahmad dan Muhammad yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Pengurusan (MSU), Shah Alam.

Katanya, sumbangan itu akan digunakan untuk membiyai perbelanjaan harian dan peralatan pembelajaran pasangan kembar berkenaan.

CP2A5052“Terima kasih kepada Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kerana memberi sumbangan ini kepada anak saya. Kami sekeluarga tidak dapat membalas budi baik Menteri Besar. Terima kasih tidak terhingga.

“Sumbangan ini digunakan untuk Ahmad yang memang memerlukan komputer riba sebagai pelajar jurusan grafik dan lain-lain untuk perbelanjaan harian mereka berdua. Kos memang agak tinggi,” katanya kepada SelangorKini.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafie ketika melawat Ahmad dan Muhammad di kediamannya di Kampung Tengah di sini, hari ini.

Ahmad dan Muhammad masing-masing melanjutkan pelajaran mereka selepas memperolehi keputusan baik pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) baru-baru ini.

CP2A5067Ahmad melanjutkan pelajaran dalam jurusan Reka Bentuk Grafik manakala Muhammad pula memilih jurusan Teknologi Maklumat (IT).

Sementara itu, ketika menyentuh perkembangan rawatan diperlukan Ahmad dan Muhammad, Rosli berkata, pembedahan pangkal kaki bagi membolehkan anak-anaknya memakai kaki palsu baru terpaksa dibatalkan selepas mendapat nasihat doktor.

“Pembedahan kaki untuk kaki palsu baru tidak dapat dibuat kerana risiko tinggi. Doktor pakar bius kata paru-paru mereka tidak kuat dan boleh terjejas. Saya sudah bincang dengan Ahmad dan Muhammad, mereka kata pada saya tidak perlu buat.

“Kebetulan kerusi roda baru pun sudah ada, jadi lebih mudah pakai kerusi roda sahaja untuk membawa beg dan sebagainya tetapi kalau pakai kaki palsu memang agak susah sikit,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

MB hulur sumbangan RM10,000 kepada Ahmad dan Muhammad

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 11 MEI: Sejumlah RM10,000 disumbangkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kepada dua beradik, Ahmad dan Muhammad Rosli bagi membiayai kos pendidikan dan rawatan pasangan kembar siam itu.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafie ketika menyerahkan sumbangan itu berkata, Kerajaan Negeri bersedia membantu Ahmad dan Muhamad jika kedua mereka memerlukan bantuan lain.

CP2A4910“Saya ambil ruang ini untuk menyampaikan penghargaan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han yang turut bersama saya mewakili Menteri Besar menyampaikan sumbangan ikhlas kepada kedua anak ini sebanyak RM5,000 setiap seorang.

“Menteri Besar menyampaikan salam kerana tidak hadir untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Kita difahamkan keluarga ini memerlukan bantuan bagi membiayai perbelanjaan mereka.

“Saya percaya sumbangan ini sedikit sebanyak membantu membiayai pendidikan mereka berdua supaya boleh meringankan bebanan keluarga,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

CP2A4889Sementara itu, Sze Han berkata, beliau mula mengenali keluarga Ahmad dan Muhammad sejak tahun lalu apabila mengetahui pasangan kembar terbabit tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara.

“Sejak tahun lepas saya meyumbangkan RM300 setiap bulan untuk membantu ayah kepada Ahmad dan Muhamad iaitu, Rosli yang juga sudah jadi rakan baik saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar kerana jumlah (sumbangan) agak besar dan saya yakin bantuan ini dapat meringankan beban kerana kita memang tahu Rosli menanggung kos perubatan dan pendidikan Ahmad dan Muhamad yang besar setiap bulan,” katanya.

-AA-

KSSB serah RM30,000 kepada mangsa kebakaran


Kumpulan Semesta serah sumbangan RM30,000 kepada mangsa rumah terbakar di Ijok.

Categories
SELANGOR

Kumpulan Semesta serah RM30,000 kepada mangsa kebakaran

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 27 APR: Selepas tiga minggu, mangsa rumah terbakar, Zuriyana Marjunit, hari ini menerima sumbangan tertinggi berjumlah RM30,000 daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Zuriyana, 38, berkata sumbangan berbentuk wang tunai itu akan digunakan untuk membina kediaman baru di atas tapak rumah lama sebelum ini.

Beliau kini menyewa rumah lain selepas kehilangan kediaman yang musnah itu, pada 7 April lalu.

Zuriyana“Terima kasih kepada KSSB dan Kerajaan Negeri yang tidak putus membantu saya hingga ke hari ini.

“Segala bantuan akan saya gunakan sebaiknya untuk meringankan beban terutama daripada segi tempat tinggal,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.

Sumbangan daripada anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu disampaikan Ketua Jabatan Kualiti, Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran KSSB, Mohamad Fadzil Yahya.

Sebelum ini, Zuriyana turut menerima bantuan kilat berjumlah RM1,500 ketika kunjungan Exco Kebajikan, Dr Daroyah Alwi, sehari selepas kejadian yang meragut nyawa dua anaknya.

Zuriyana berkata, bomba mengesahkan kebakaran berpunca daripada kotak suis utama yang tidak menepati spesifikasi keselamatan ditetapkan.

“Ia menjadi pengajaran penting buat kami dan saya akan pastikan pembinaan rumah baru nanti mengikut garis panduan seperti disyorkan pihak berkuasa,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin sampaikan sumbangan kepada 510 penduduk Kuala Langat

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 10 JUL: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli ke Masjid At Taqwa, di sini, bagi menyempurnakan majlis pemberian sumbangan Aidilfitri.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 510 penerima bagi daerah Kuala Langat.

MB dan Sultan berbuka di Banting (1)Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Khusrin Munawi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim dan Exco Kerajaan Negeri.

Sumbangan diserahkan baginda berjumlah RM235,000 iaitu hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 262 asnaf fakir dan miskin, manakala selebihnya dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk 148 asnaf muallaf dan 100 anak yatim.

Ia diadakan sempena majlis berbuka puasa Sultan Selangor bersama rakyat di masjid berkenaan.

Baginda turut berkesempatan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih bersama jemaah di kampung berkenaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sumbanglah walau sekampit gula

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 8 JUL: Masyarakat diminta memainkan peranan dalam menghulurkan sumbangan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) terutama menjelang Syawal.

Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sungai Buloh, Sapura Arshat, berkata ia berikutan ramai OKU tidak mampu berdikari dan terpaksa mengharapkan ahli keluarga membiayai perbelanjaan seharian dan menguruskan diri mereka khususnya bagi yang belum dewasa.

“Saya juga ada anak OKU. Alhamdullilah golongan anak yatim mendapat keistimewaan menjelang perayaan tetapi orang ramai perlu sedar kebanyakan OKU bukan daripada keluarga senang.

oku1“Bila dapat bantuan walaupun tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya menggembirakan keluarga mereka dan bantuan disalurkan beterusan dan tidak terhad pada musim perayaan.

“Di PDK, kami memang harapkan bantuan. Pelatih memerlukan makan, minum, bayar bil api dan air. OKU juga seperti anak yatim yang memerlukan bantuan walaupun sekampit gula.

“Mereka yang berminat menghulurkan bantuan boleh jumpa kami untuk mengetahui apa yang boleh dibantu,” katanya kepada Selangor Kini pada program Jom Shoping 2015 Peringkat DUN Paya Jaras di Econsave Sungai Buloh, di sini, baru-baru ini.

okuSapura juga menggesa orang ramai mengikis persepsi bahawa PDK tidak memerlukan sumbangan dengan alasan pusat pemulihan itu diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pelatih kami yang aktif di PDK memang dapat bantuan JKM setiap bulan RM150 dan di rumah hanya RM50 sahaja. Kalau yang terlantar, RM50 sebulan apa yang dapat? Lampin pakai buang sahaja tak cukup.

“Orang selalu ingat bila PDK bawah JKM, kita dah ditanggung tetapi sebenarnya tidak kerana mereka hanya bayar saguhati petugas RM800 dan elaun anak OKU RM150 sebulan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor hulur sumbangan kepada pelarian Chechnya

AFIX REDZUAN

LININ, 7 JUL: Hujan renyai yang turun seolah-olah mengerti kekecewaan Delegasi Kerajaan Selangor dan Muslim Care Malaysia yang tidak dibenarkan masuk ke Kem Pelarian Chechnya bagi menyerahkan sumbangan barang keperluan secara dekat kepada mereka.

Namun hasrat tersebut masih dapat diteruskan di pejabat pengurusan Kem Linin apabila 100 bungkusan berbentuk barang keperluan diserahkan sendiri Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Daroyah Alwi kepada pelarian.

11698555_10204594214315683_2006260507123361539_nMenurutnya, walaupun tidak berjaya masuk ke dalam kem pelarian secara lebih dekat tetapi hasrat untuk menyalurkan bantuan terus kepada pelarian-pelarian ini tetap diteruskan.

Daroyah berkata, setelah perbincangan berlangsung hampir 30 minit antara wakil delegasi bersama pihak berkuasa, akhirnya mereka bersetuju dengan mengarahkan wakil setiap keluarga untuk hadir ke pejabat menerima bantuan.

“Riak wajah ceria jelas terpancar di wajah mereka sejurus menerima bantuan keperluan harian meskipun berhadapan kekangan bahasa komunikasi,” katanya kepada Selangor Kini.

Penduduk Chechnya kebiasaannya fasih berbahasa Poland namun ada di antara mereka yang boleh bertutur sedikit dalam bahasa arab dan inggeris.

Orang luar atau pelancong biasanya akan menggunakan bahasa isyarat untuk berurusan jika gagal memahami bahasa masing-masing.

Berdasarkan tinjauan daripada luar pejabat pengurusan, pelarian Chechnya dilindungi kerajaan di bawah UNHCR ditempatkan di dalam blok rumah pangsa.

Difahamkan lebih 200 keluarga tinggal di kawasan berkenaan dan hampir 15 orang menghuni sesebuah rumah.

Penyerahan sumbangan turut disaksikan Setiausaha Agung Muslim Care, Zakaria Abd Latif.

EZY

Categories
SELANGOR

Pelajar teruja terima sumbangan Sultan Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

KAJANG, 30 JUN: Peluang menerima sumbangan daripada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ibarat sebuah mimpi indah bagi penerimanya.

Muallaf, Siti Norhidayah Abdullah, 17, berkata dia teruja dan berdebar untuk bertentang mata dengan Sultan Sharafuddin yang selama ini hanya dilihat di media.

shuhada a“Tidak pernah terfikir untuk bertemu dengan baginda. Saya rasa umpama mimpi, gembira tak terkata.

“Pengalaman hari ini pastinya akan dikenang seumur hidup,” katanya yang mula memeluk Islam sejak berumur 8 tahun bersama ibu dan dua beradik lain.

Beliau adalah antara 299 penerima sumbangan dalam majlis penyampaian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), di sini, semalam.

Seramai 204 pelajar asnaf dan 95 saudara baru menerima sumbangan bernilai RM500 seorang.

Sementara itu, pelajar jurusan syariah KUIS, Nadia Syafikah Abdul Rahim, 19, tekad untuk menyimpan sumbangan itu demi kegunaan masa hadapan.

“Ini kali kedua saya menerima sumbangan. Seperti sebelum ini, saya lebih senang menyimpan di bank.

“Saya tidak akan berbelanja yang bukan-bukan. Ia akan digunakan untuk perkara perlu terutama bagi pengajian saya kerana lebih berkat begitu,” katanya yang berasal dari Rawang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

648 terima sumbangan raya DYMM Sultan Selangor peringkat Sabak Bernam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 24 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada 648 penerima di Sabak Bernam, semalam.

iftar pasir panjang 3Sumbangan yang disampaikan pada Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Peringkat Sabak Bernam itu melibatkan 17 fakir, 273 miskin, 200 saudara baharu dan 148 anak yatim.

Golongan terbabit adalah penduduk beberapa kampung sekitar Sabak Bernam.

Turut mengiringi Sultan Sharafuddin ddi Masjid Al-Huda, Parit 13, Sungai Panjang itu adalah Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, beberapa Exco dan Adun) serta orang kenamaan lain.

-NFN-