Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kempen Jom Berzakat di KUIS

OLEH HAFIZAN TAIB

BANDAR SERI PUTRA, 3 DIS: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) melancarkan kempen Jom Berzakat bagi membantu mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di kolej berkenaan.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporatnya, Dr Zulkifli Abd Hamid berkata, kempen dengan tema ‘Sempurnakan Zakat, Hidup Berkat’ memberi ruang kepada pembayar zakat menunaikan tanggungjawab mereka dengan mudah di kolej berkenaan sehingga akhir Disember ini.

“Ia dianjurkan bertujuan menjana dana melalui kutipan zakat, wakaf dan sedekah untuk membantu mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian.

“Kita berharap pembayar zakat dapat melaksanakan tanggungjawab kerana KUIS dilantik sebagai agen Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan 50 peratus kutipan zakat diagihkan kepada mahasiswa manakala selebihnya kepada LZS,” katanya.

zakatkuis02Kempen turut dibantu enam peserta Pencetus Ummah (PU) yang melahirkan komitmen menjayakan program itu khususnya PU Akram sebagai penuntut KUIS.

Dalam majlis berlangsung pada 1 Disember, KUIS menerima cek bayaran zakat pendapatan daripada individu yang menyertai kempen berkenaan serta menunaikan tanggungjawab mereka.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Golongan pemalas tak layak terima zakat

SHAH ALAM, 24 OKT: Mereka yang bertubuh badan sihat tetapi enggan memerah kudrat mencari rezeki atau lebih tepat malas bekerja haram menerima bantuan zakat, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (MURSHID), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Katanya, mereka yang belum mendapat pekerjaan atau berpendapatan kecil masih layak dibantu mengikut dua saluran iaitu zakat (fakir dan miskin) dan sedekah.

“Bantuan atau pemberian sesuatu kepada fakir miskin yang bukan daripada golongan ‘malas’ bukan hanya daripada sumber zakat dan sedekah sahaja, bahkan mereka juga boleh menerima pemberian apabila seseorang yang hendak membersihkan wang atau harta (disebabkan riba atau judi terdahulu),” katanya.

zaharudinKatanya, perkara itu jelas pada zaman Nabi Muhammad SAW, apabila datang dua pemuda dan nabi lihat kedua-duanya mempunyai tubuh sihat juga kuat.

“Nabi Muhammad SAW berkata, kalau kamu berdua inginkan zakat, aku boleh berikan tetapi haram ke atas lelaki yang mampu dan kuat.

“Maknanya, pemberian bantuan itu dengan peringatan bahawa kalau malas ia tidak harus bagi kamu,” katanya ketika mengulas isu kemiskinan yang berlaku di negara ini.

Beliau berkata, Islam menggariskan dasar yang jelas kepada fakir dan miskin iaitu kemiskinan disebabkan anggota badan yang lemah atau cacat.

Zaharuddin berkata, bagi orang miskin yang malas dan sentiasa mengharapkan bantuan sedangkan dia mampu bekerja adalah orang yang telah jatuh kehormatannya pada pandangan masyarakat dan Islam.

“Mereka yang menganggur dan mengharapkan bantuan orang itu adalah sifat yang terkeji dalam Islam. Orang yang sihat tubuh badan wajib bekerja melainkan jika dia diberhentikan kerja.

“Dia tak mampu tanggung kos atau bil rumah dan kereta yang tinggi, sementara dia mencari kerja yang layak, maka boleh menerima zakat dan bantuan,” tegas beliau.

-NFN-

Categories
SELANGOR

5,500 anak asnaf terima bantuan wang saku

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 OGOS: Seramai 5,500 anak asnaf fakir miskin menerima bantuan wang saku membabitkan RM3,600 seorang bagi tempoh setahun daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), tahun ini.

Dalam laman sosial Facebook LZS memaklumkan, bantuan itu bagi keperluan wang saku anak fakir miskin yang melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi awam dan swasta terpilih.

“Bagi bantuan wang saku sesi Julai hingga Disember 2016, ia disalurkan ke akaun bank masing-masing, bermula 15 Julai lalu.

zakat“Bantuan ini dijangka selesai disalurkan ke akaun bank selewat-lewatnya 31 Ogos ini,” katanya.

LZS memaklumkan bantuan akan disalurkan secara berperingkat kepada mahasiswa selepas proses semakan keputusan peperiksaan mereka dilakukan.

Setiap mahasiswa ini akan menerima bantuan wang saku maksimum RM1,500 bagi sesi ini bergantung kepada keputusan peperiksaan mereka dan tempoh tamat pengajian.

“Namun begitu, bagi mahasiswa yang menerima sebarang pinjaman dan tajaan lain, tidak layak untuk menerima bantuan ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kadar Zakat Fitrah kekal RM7

SHAH ALAM 4 JUN : Kadar Zakat fitrah untuk umat Islam di Selangor pada tahun ini kekal pada kadar RM7.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan kadar itu dikekalkan sama seperti tahun sebelumnya.

Katanya seramai 2,569 ketua dan penolong amil fitrah dilantik di seluruh Selangor pada bulan Ramadan ini dan pihaknya turut membuka kaunter di beberapa pasar raya terpilih di sekitar Lembah Klang.

LZS ZAKAT“Pada tahun ini Lembaga Zakat Selangor (LZS) mensasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM22.5 juta daripada umat Islam di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemudahan pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Digi turut disediakan LZS.

Ia terbuka kepada pelanggan prabayar dan pasca bayar Digi di mana nilai bayaran zakat fitrah akan dicaj pada bil atau ditolak daripada nilai kredit.

LZS membuka 28 cawangannya di seluruh negeri, tujuh hari seminggu dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk hari bekerja dan dari jam 9 pagi hingga 3 petang untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

EZY

Categories
SELANGOR

LZS pantas bantu mangsa kebakaran

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 APR: Sebuah rumah dilaporkan hangus terbakar dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Parit 10 Barat, Sungai Besar, semalam.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam Facebook berkata, agensi itu menghulurkan bantuan zakat kecemasan RM500 bagi meringankan beban ketika menziarahi rumah mangsa.

13051674_10154028976181221_440160233840593709_n“Insha Allah bantuan selebihnya akan diproses selepas semua dokumen lengkap.

“LZS berharap semoga mangsa, Masduki Siam sekeluarga tabah dengan dugaan Allah SWT ini,” katanya.

Difahamkan, kebakaran berlaku lebih kurang jam 1.30 petang yang melibatkan hampir keseluruhan rumah musnah.

-NFN-

‘Tak guna hasil kutipan zakat tinggi, tapi rakyat menderita’


MB : Jangan bangga hasil kutipan zakat tinggi jika ia tidak mampu mengupayakan umat Islam terutama golongan asnaf.

Categories
SELANGOR

MB: Jangan bangga kutipan zakat tinggi jika rakyat menderita

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 7 DIS: Hasil kutipan zakat tinggi tidak boleh dibanggakan jika ia tidak mampu mengupayakan umat Islam terutama golongan asnaf.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempunyai cabaran besar untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah berdasarkan kehendak syariat.

Azmin MB“Angka sahaja tidak mencukupi, kejayaan kita mengutip zakat dengan jumlah besar harus dihargai tetapi cabaran besar adalah bagaimana wang zakat dapat mengupayakan umat Islam.

“Kita harus memastikan kumpulan asnaf ditetapkan hukum syarak menerima manfaat wang zakat dan mengangkat martabat mereka,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, meskipun hampir 60 tahun negara merdeka dengan pelbagai istilah ekonomi dikeluarkan atas nama pembangunan, namun masih ramai yang mengalami kesempitan hidup.

Katanya, pembangunan, pertumbuhan, ekonomi yang tinggi tidak memberi makna jika masih ramai menderita atas nama pembangunan.

“Apakah kita sudah bersedia menghadapi hukuman Allah SWT apabila diberi amanah dan tanggungjawab kita cuai, terlepas pandang, leka dan lebih parah apabila kita melakukan rasuah dan salah guna kuasa untuk menekan dan menzalimi rakyat.

“Ini persoalan yang harus saya tanya kepada diri kita semua selaku pentadbir dalam Kerajaan Negeri,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Worldwide Holdings Berhad serah zakat perniagaan lebih RM2.16 juta

Oleh: AFIX REDZUAN

SUNGAI BULOH, 1 JUL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada Worldwide Holdings Berhad (WHB) lebih RM2.16 juta di Masjid Saujana Utama Baru, di sini, semalam.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat itu daripada Pengerusi WHB, Datuk Noordin Sulaiman untuk tahun kewangan 2014.

Berbuka puasa di Masjid Saujana Utama (5)Baginda sebelum itu menyampaikan sumbangan hari raya kepada 285 asnaf fakir dan miskin, 100 mualaf serta 159 anak yatim.

Hadir sama dalam majlis itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri; Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim, dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Husin Mohd Ali.

-NFN-

Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor terima zakat perniagaan RM18.6 juta

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 MAC : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM18.6 juta daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Rakyat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda menerima bayaran zakat bernilai RM13.7 juta daripada LTH, sementara Bank Rakyat menyerahkan zakat bernilai RM4.8 juta dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan.

10561681_928532997178565_7869097812417115982_nPembayaran kedua-dua zakat perniagaan ini adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 2014.

Dalam majlis itu, LTH diwakili Pengarah Urusannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Datuk Setia Ismee Ismail, manakala Bank Rakyat diwakili Ahli Lembaga Pengarahnya, Abdul Rahman Kasim.

Upacara penyerahan zakat turut dihadiri Pengerusi LZS, Tan Sri Datuk Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Bakhtiar Hussin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.

Turut serta, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Engku Setia Lela Bestari Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Al Haj Raja Tun Uda Al Haj, Datuk Norazharuddin Abu Talib, Datuk Dr Mohd Shahari Ahmad Jabar dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

Categories
SELANGOR

KDEB sumbang RM87,420 bantu siswa, baikpulih masjid

SHAH ALAM, 30 SEPT: Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah menyumbang RM83,420 kepada 28 siswa dan pasca siswazah yang menuntut di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Agama KDEB, Zaharudin Muhammad berkata penerima terdiri daripada pelajar diploma, mahasiswa dan pascwa siswazah, diantaranya sudah berkahwin, amat memerlukan untuk sara hidup keluarga, dan membayar kos pengajian.

Bahkan, seorang penerima mempunyai anak yang mengalami jangkitan saliran darah dan sedang dirawat di Unit Penjagaan Intensif, manakala satu pasangan dibantu kerana mengalami kecederaan parah dalam satu pelanggaran motosikal.

zakat“Kami amat bersimpati dengan pelajar-pelajar yang sangat komited dan berazam tinggi untuk menamatkan pengajian mereka walaupun dalam keadaan yang amat mencabar. Atas rasa simpati, kami telah memperuntukkan hampir 90% dari wang sumbangan zakat perniagaan untuk membantu pelajar-pelajar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Setiap pelajar menerima sumbangan antara RM2,000 hingga RM5,000. Tujuh pelajar diploma dan mahasiswa sepenuh masa yang sedang menuntut di Yaman, seorang di Jordan dan seorang pelajar yang sudah berumah tangga di United Kingdom akan menerima sumbangan melalui pos.

Selain itu, KDEB turut menyumbang RM4,000 untuk kerja-kerja baikpulih masjid usang.

Peruntukan sumbangan ini merupakan sebahagian (38%) daripada zakat perniagaan syarikat bagi 2013 berjumlah RM826,455 yang telah dijelaskan kepada Lembaga Zakat Selangor.

HM

Categories
SELANGOR

KDEB tunaikan zakat perniagaan RM756,593.40

SHAH ALAM, 2 SEPT : Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak -anak syarikat telah menyerahkan Zakat Perniagaan bagi taksiran 2013 berjumlah RM756,593.40 kepada Lembaga Zakat Selangor di Bangunan Zakat Selangor, Shah Alam.

Majlis penyerahan zakat disampaikan Ketua Pegawai Agama, Perangsang Selangor, Zaharudin Muhammad kepada Pengerusi, Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa.

Zakat KDEB“Pembayaran zakat perniagaan merupakan tanggungjawab yang berdasarkan AL-Quran danSunnah.

“Zakat juga dikira sebagai salah satu cara KDEB dan anak-anak syarikat untuk membersihkan pendapatan perniagaan kami mengikut ajaran Islam.

“Semoga perniagaan kami lebih maju dan diberkati Allah,” kata Zaharuddin dalam satu kenyataan media.

Turut hadir menyaksikan upacara penyerahan zakat adalah wakil anak-anak syarikat KDEB iaitu Mohd Fauzi Mohd Ghazali (Perangsang Selangor), Ahmad Ilmi Jasman (Kosortium ABASS Sdn. Bhd), Edi Zuhri Abd Rahim (Kumpulan Hartanah Selangor Berhad) dan Fe Jazzareen Mor Japar Khan (Central Spectrum (M) Sdn. Bhd).

EZY

Categories
NASIONAL

PMUM: Kutipan zakat perlu diaudit pastikan ketelusan & integriti pusat pungutan

Oleh: Syazwani Sufian

SHAH ALAM, 22 JULAI : Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) mencadangkan agar kutipan wang zakat perlu diaudit pihak Jabatan Audit Negara.

Presiden Persatuan Mahasiswa Unversiti, Fahmi Zainol, berkata cadangan itu mampu mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya orang Islam sendiri, di samping memastikan ketulusan dan integiriti diwujudkan dalam organisasi menguruskan pungutan zakat ini.

gelandanganBeliau berkata rakyat memberikan keyakinan mereka terhadap badan zakat dalam menguruskan duit kutipan zakat, namun seringkali terpampang diakhbar golongan asnaf tidak menerima hak mereka.
“Berdasarkan stastitik negara menunjukkan bangsa Melayu yang menganut agama islam masih mendominasi kemiskinan di negara kita berbanding kaum-kaum lain.

“Lihat saja golongan gelandangan, golongan meminta sedekah terutama di kota raya, rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, hal itu menimbulkan persoalan dalam kalangan golongan muslim terutamanya terhadap ketelusan badan zakat dalam menguruskan pengagihan wang zakat.

“Dalam proses yang dijalankan pihak bertanggungjawab, perlu adanya dokumen rasmi untuk disemak serta diuar-uarkan kepada masyarakat umum.

“Proses ketelusan dilaksanakan agar tidak timbul persoalan dikalangan rakyat dan persepsi buruk terhadap badan zakat.

“Proses ini melambangkan ketelusan pihak yang bertanggungjawab menguruskan urusan zakat,” katanya lagi.

EZY