Categories
SELANGOR

Penantian 35 tahun berakhir dengan kegembiraan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 DIS: Perjuangan lebih 35 tahun bagi 62 penduduk Kampung Sungai Cincin membuahkan hasil apabila Kerajaan Negeri memberikan hak milik tanah di kawasan Buluh Akar, Mukim Setapak, daerah Gombak.

Walaupun pernah mengutarakan masalah sama sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN), namun ia berjaya diselesaikan selepas Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzuan membawa perkara itu ke peringkat Kerajaan Negeri, pada 2013.

Penduduk, Ahmad Zake Abbas, 60, berkata, usaha berterusan dilakukan Hasbullah untuk berbincang dengan penduduk kampung dan pelbagai agensi Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan perkara itu amat dihargai.

“Saya rasa begitu terharu sehingga ingin menitiskan air mata selepas usaha beliau yang tidak jemu turun naik tangga Pejabat Tanah Gombak selama lebih 35 tahun akhirnya berjaya,” katanya yang juga pesara swasta.

Perasaan sama turut dikongsikan Ahmad Mahamad Tahir, 62, yang berharap anak-anaknya dapat mengusahakan tanah terbabit memandangkan beliau sudah uzur.

Sementara itu, Hasbullah dalam ucapannya pada Majlis Penyampaian Notis Borang 5A berkata, empat permohonan tanah besar dibawa berbincang antaranya tanah Buluh Akar, Telegas, Bukit Hijau dan Kampung Gombak Indah.

dsc_0076“Ada tanah sudah berjaya mendapat geran, sementara yang lain masih dalam perbincangan di peringkat akhir.

“Pejabat Daerah dan Tanah Gombak banyak membantu memberikan sokongan juga bantuan baik untuk memudahkan urusan mendapatkan tanah. Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang membantu,” katanya.

Pada majlis sama, Hasbullah turut melancarkan Kad Kesihatan Peringkat DUN Gombak Setia dengan kerjasama Gombak Medical Centre (GMC) kepada warga emas untuk mendapat konsultasi kesihatan secara percuma.

-AA-

Categories
SELANGOR

Lapan keluarga DUN Gombak Setia terima bantuan ribut

GOMBAK, 14 MEI : Seramai lapan keluarga penduduk India dari Indian Settlement Kampung Gombak Utara, Mukim Setapak diberi bantuan dalam bencana ribut baru-baru ini.

Sumbangan dari Tabung Bencana Pejabat Daerah Gombak itu diserahkan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzuan, kepada mangsa ribut.

Gombak SetiaDalam ribut yang berlaku pada 16 April yang lepas, beberapa rumah terkena angin kencang menyebabkan bumbung rumah tercabut dan beberapa rumah lagi dihempak pokok besar menyebabkan sebahagian rumah mengalami kerosakan teruk.

Dalam majlis penyampaian sumbangan itu, Hasbullah berharap sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dapat dimanfaat sepenuhnya oleh penerima dan Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Mariapan, Ketua Masyarakat India Kg India Settlement berterima kasih kepada ADN, Ahli Majlis dan Ketua Kampung yang sentiasa komited dan prihatin kepada masalah masyarakat India walaupun mereka merupakan minoriti di Dun Gombak Setia.

Beliau juga sentiasa berhubung rapat dengan Pejabat ADUN dalam membuat rujukan insentif Kerajaan Negeri dan sentiasa mengadu masalah yang mewakili penduduk India setempat.

EZY

Categories
SELANGOR

400 terima kupon Jom Shopping DUN Gombak

GOMBAK 2 FEB: Kerajaan Selangor dengan tema “Membangun Smart Selangor yang peduli” meneruskan program Jom Shopping sempena Tahun Baru Cina walaupun negara dilanda ketidaktentuan ketika ekonomi.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan, berkata ini menunjukkan Selangor prihatin kepada rakyat untuk menampung keperluan masyarakat Cina tanpa mengira latar politik bagi menghadapai musim perayaan minggu hadapan.

DUN Gombak SetiaBeliau berkata demikian semasa menyampaikan kupon baucar Jom Shopping sempena menyambut Tahun Baru Cina bagi DUN Gombak Setia di Giant Batu Caves.

Beliau juga mengharapkan kehadiran Tahun Baru Cina tahun ini mendatangkan kecerian dan kebahagiaan kepada semua.

Hasbullah juga menjemput kepada semua masyarakat Cina DUN Gombak Setia ke Jamuan Makan Malam Raya Cina pada 14 Februari 2016 yang turut dihadiri oleh Menteri Besar.

Seramai 400 menerima baucar Jom Shopping DUN Gombak Setia mendapat manfaat.

Turut hadir Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Azizul Abu Bakar, Ketua kampung Mukim Setapak dan ketua penduduk setempat.

EZY

Categories
SELANGOR

300 terima baucar Jom Shopping DUN Gombak Setia

GOMBAK 27 OKT: Seramai 300 penerima baucer Jom Shopping bagi Perayaan Deepavali di DUN Gombak Setia menerima manfaat Jom Shopping dari Kerajaan Selangor di Giant Batu Caves.

Program yang itu yang diadakan hampir 10 tahun itu antara manfaat Kerajaan Selangor sebagai negeri prihatin dan berkebajikan kepada rakyat Selangor.

Gombak Setia Jom ShoppingAdun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan, berkata kupon bernilai RM100 itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban untuk menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini.

Beliau berharap rakyat terus menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan masalah rakyat.

Turut hadir dalam majlis penyerahan kupon itu ialah Ahli Majlis MPS Zon 6, Mohamad Azizul Abu Bakar, pegawai-pegawai dari UPEN dan Mariappan, wakil ketua masyarakat India DUN Gombak Setia.

EZY

Categories
SELANGOR

Jom Shopping DUN Gombak Setia dapat sambutan

Oleh: AFIX REDZUAN

GOMBAK, 16 OKT: Seramai 300 masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menerima kupon beli belah ‘Jom Shopping’ sempena Deepavali 2014 yang diadakan di Giant Batu Caves, di sini.

Kupon bernilai RM100 itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Dalam ucapan pembukaan, Hasbullah berkata, program seumpama itu berjaya membuktikan keprihatinan Kerajaan Selangor dalam memelihara kebajikan rakyat dan menghargai sumbangan warga emas kepada pembangunan negeri.

DSC_0051Katanya, “Program ‘Jom Shopping’ yang diperkenalkan Kerajaan Selangor paling popular di kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa atauagama.

“Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan ini untuk membeli barang keperluan harian serta dapat mengurangkan kos sara hidup yang tinggi sebagai persediaan menghadapi perayaan Deepavali,” katanya.

‘Jom Shopping’ adalah salah satu program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, sejak lima tahun lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Ziarah rakyat, salur bantuan naik motosikal

SETIAP wakil rakyat ada caranya tersendiri menemui rakyat.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan lebih gemar menziarahi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dengan menaiki motosikal.

“Naik motosikal lebih senang memandangkan keadaan geografi di DUN Gombak Setia dan jalan sempit. Lebih mudah guna motosikal untuk bergerak dan sampai terus ke rumah penduduk,” katanya.

DSC_0094

Ia seterusnya membawa kejutan kepada Mohd Zain Ahmad, 75, yang menerima kehadiran Hasbullah tanpa disangka-sangka, lantar menerbitkan rasa terharu.

“Mulanya saya dihubungi ketua kampung hanya untuk melawat sahaja, tidak sangka, ketua kampung datang bersama wakil rakyat dan beri bantuan,” katanya yang mengidap minor strok di Kampung Tengah 1.

DSC_0010

Rose Rashidah Ismail, 46, seorang ibu tunggal kematian suami yang menyara lima anak terharu dengan sumbangan yang dihulurkan Hasbullah, seterusnya meringankan beban keluarganya.

Sebenarnya, dengan menunggang motosikal, Hasbullah menziarahi enam rumah melalui program Ziarah Kebajikan di Kampung Kerdas dan Kampung Tengah pada 4 Mac lalu.

Turut serta ialah Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Gombak Setia, Ramli Talib; Ketua Kampung Tengah, Edrus Mohd Yusof dan Ketua Kampung Changkat, Zainal Abidin Abu Bakar.

DSC_0030

Kata Hasbullah, ziarah itu rutin Pusat Khidmat DUN untuk menyalur bantuan  terus ke rumah sebagai antara aktiviti mingguan dengan sasaran sekurang-kurangnya lima rumah untuk diberi bantuan.

“Kita dapat maklumat dari ketua kampung dan orang ramai. Sumbangan juga diberi di pejabat Pusat Khidmat DUN.

“Inilah yang dilakukan kerajaan Selangor untuk membantu rakyat tanpa mengira keadaan dan latar belakang,” kata Hasbullah.

Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan kepada orang ramai, boleh hubungi laman fanpage YB Ustaz Hasbullah Ridzwan melalui www.facebook.com/ustazhasbullah.

JURNAL BERITA – MB: Selangor kawal harga air dan pemberian air percuma terus berjalan

1- MB: Kerajaan Negeri kawal harga, pemberian air percuma diteruskan

2- MB: Pusat Giat MARA perlu baiki struktur bangunan dalam setahun

3- MB: Pengguguran Azmin dari PKNS diputus Pengurus Besar

4- Anwar: Inflasi naik 2.4 kali ganda, Kerajaan BN gagal urus ekonomi

5- 9 KAFA menengah beroperasi di Selangor sebagai perintis

6- Nazir patut nasihat Najib jangan boros berbelanja

7- PM, Menteri Kabinet patut laksana nilai dipegang Tun Razak
.
8-Jawatankuasa Siasatan Diraja perlu diwujud siasat kemewahan luar biasa Najib,Rosmah

9-Barang naik: SAMM seru pengguna FB hantar mesej ‘#Kangkung 1 Malaysia’ di FB Najib

10-AKTIVITI YB: Perarakan Maulidur Rasul DUN Gombak Setia

11.Marathon Wanita 2014 pada 16 Mac ini promosi gaya hidup sihat, cergas

JURNAL BERITA – Umno-BN perlu henti mangsakan rakyat untuk kurang hutang negara.

1- Umno-BN perlu henti mangsakan rakyat untuk kurang hutang negara

2- Prof Dr Amir: Jangan salah subsidi sebab hutang negara tinggi, Jerman juga ada subsidi

3- EKSKLUSIF: Kadar kenaikan gaji 5 tahun Indonesia 10%, Malaysia 2%

4- Harga barang : Rafizi tempelak kenyataan Nur Jazlan

5- AMK lancar Aduan Rakyat, serah memorandum kepada KPDNKK

6- Harga makanan kantin sekolah naik, Kerajaan Pusat patut turun padang

7- Berita fitnah, Tony Pua saman Zahid Hamidi dan Utusan
.
8- SPRM siasat pegawai khas menteri

9- Aktiviti YB : Ziarah mahabbah, MES rancak di DUN Gombak Setia

Categories
NASIONAL SELANGOR

Ibu Tunggal Menangis Terima Bantuan Raya Jom Shopping

Jom Shoping Raya 01

BATU CAVES, 1 OGOS: Peserta Program Jom Shopping Bantuan Raya memuji usaha Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang prihatin terhadap rakyat menjelang sambutan Aidil Fitri.

Bagi mereka bantuan RM100 dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan seperti mereka membuat persiapan menyambut hari raya.

 

Seorang ibu tunggal, Jom Shoping Raya 03Norbaya Ahmad, 63, dari Kampung Kerdas 5 yang menderita penyakit kanser payu dara sejak 13 tahun lalu amat bersyukur dengan bantuan ini

“Alhamdullilah, walaupun bantuan ini hanya RM100, tetapi dapat membantu saya buat persiapan menyambut Aidilfitri kali ini, maklumlah saya tidak lagi boleh berkerja lagi, tiada sumber pendapatan, suami dah meninggal dunia, anak pun tiada.

“Nasib baik kita mempunyai Kerajaan Negeri yang prihatin, terima kasih,” ujar Norbaya ketika ditemui TV Selangor dalam program yang diadakan di Pasaraya Giant Batu Caves di sini hari ini.

Pada masa ini Norbaya hanya bergantung harap kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor sebanyak RM300 sebulan untuk menyara kehidupannya.

Jom Shoping Raya 02

“Sebelum ini saya kerja sebagai pengawal keselamatan, tetapi diberhentikan kerana usia sudah tua dan badan saya juga sering sakit-sakit,” beritahu Radiah Hassan, 62 , dari Batu 10, Gombak Utara ketika ditemui dalam program sama.

Bagaimanapun menurut Radiah, selain menerima bantuan JKM, beliau turut merupakan penerima bantuan raya daripada Lembaga Zakat Selangor.

Jom Shoping Raya 04Sementara itu, Bikiro Ellayali Uda Mat Deris,61,pula berkata, program seumpama ini wajar diteruskan bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

“Terima kasih kepada Menteri Besar kita yang ada sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, nampaknya dia dan Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh membantu rakyat negeri ini dalam pelbagai cara,” ujar Bikiro Ellayali yang mempunyai tanggungan seorang anak yang masih menuntut di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Pada masa ini beliau menyara kehidupannya sekeluarga dengan berkerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan.

Sebelum itu, Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan memberitahu, pemilihan perserta program dibuat Ketua Kampung, Pengerusi Persatuan Penduduk dan Ahli Majlis.

“Mereka sebagai ketua masyarakat memang mengetahui mana pihak yang memerlukan bantuan, seperti ibu tunggal, warga usia emas dan golongan kurang berkemampuan,” kata Hasbullah ketika merasmikan program dua hari bagi peringkat DUN Gombak Setia.

Menurut Hasbullah, seramai 500 orang perserta dipilih untuk menyertai Program Jom Shoping Bantuan Raya yang diadakan pada semalam dan hari ini bagi peringkat DUN Gombak Setia.