Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor bawa IP pencemaran ke Peguam Negara

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 NOV: Kertas siasatan (IP) berkenaan kes pencemaran di Kampung Sungai Lalang, Semenyih akan dihantar ke kamar Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan dalam tempoh terdekat.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ketika ini sedang melengkapkan IP, mengumpul bukti juga maklumat.

Katanya, tindakan notis di bawah Seksyen 79 (1) (d) Enakmen 1999 juga diberi kepada premis yang disyaki melakukan pencemaran bau, pada 4 Oktober lalu.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan LUAS membuka kertas siasatan dan sudah selesai untuk dibawa ke pendakwaan.

“Sehingga kini, anggota LUAS dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersedia secara statik di tapak selama 24 jam sehari bagi memantau tindakan sitaan bahan pencemar dilakukan Kualiti Alam Sdn Bhd, pada 4 Oktober lalu,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Elizabeth berkata, setakat ini, MPKj mengenakan notis operasi tanpa lesen dengan beberapa barangan disita.

img_4457-1024x683Katanya, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat turut mengeluarkan notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara dan JAS mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar 1974.

Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Semenyih mengalami henti tugas lapan kali, pada 22, 23 dan 24 September juga 3, 23 dan 28 Oktober serta 7 dan 8 Oktober (Langat dan Cheras Batu 11).

Ia berpunca daripada pencemaran bau bahan pencemar ‘Ethyl Acetate’, manakala di Bentong, Pahang bahan pencemar ‘Benzyl Alcohol’ dan di Nilai, Negeri Sembilan ialah bahan pencemar ‘4-Bromodiphenyl Ether’.

Dianggarkan 1.8 juta pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual kesan daripada pencemaran itu.

-AA-

Categories
SELANGOR

Exco: Proses pemulihan lancar, JAS Negeri Sembilan bantu pam air tercemar

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Proses pemulihan bekalan air di Selangor berjalan lancar dan Kerajaan Negeri menjangkakan ia mampu diatasi secara berperingkat mengikut jadual ditetapkan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata perbincangan dengan Kementerian Sumber Air dan Alam Sekitar mencapai keputusan positif ke arah penyelesaian masalah berkenaan.

“Selepas bermesyuarat dengan Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ia memutuskan bagi mengeratkan hubungan antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama agensi Kerajaan Negeri.

“Ia perkembangan bagus dan hari ini kita berbincang JAS Negeri Sembilan untuk membantu mengepam air tercemar keluar di sebelah Nilai.

“Bila mereka buat begitu, masalah dihadapi di Selangor akan berkurangan,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

elizabeth-wongMengulas lanjut, Elizabeth berkata, perkembangan itu adalah permulaan baik dengan selepas ini diharapkan kedua-dua pihak mampu menjalankan tindakan bersama dalam pelbagai perkara termasuk pemantauan berterusan.

Katanya, logi rawatan air di Selangor sudah beroperasi seperti sedia kala, namun masalah dihadapi ialah pencemaran air di Nilai, Negeri Sembilan yang masuk ke negeri itu.

“Kita memantau keadaan ini 24 jam dan oleh kerana kawasan sangat besar maka bukan semua orang akan dapat bekakan air secara serentak.

“Kita jangkakan keadaan ini akan dipulihkan secara berperingkat dan meminta semua pihak memberi kerjasama dalam perkara ini.

“Orang ramai juga diharap menjimatkan penggunaan air,” katanya.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pencemaran LRA Semenyih berpunca dari Nilai

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 OKT: Pencemaran yang berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih didakwa berpunca dari Nilai, Negeri Sembilan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan berkata, bau luar biasa daripada hulu jalan air di Nilai dikesan mengalir ke Sungai Buah yang menghala ke muka sauk Semenyih.

“Dua pasukan pemantau sungai Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menjejak bau sepanjang Sungai Buah sejak pagi semalam untuk mengenal pasti punca pencemaran.

eli“Mereka turut disertai pasukan pemantau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada sebelah petang (semalam). Pada jam 4.00 petang, air sungai masih berbau dan segala usaha masih dijalankan untuk mengenal pasti punca pencemaran.

“Pencemaran dalam sungai disahkan berpunca dari Nilai, Negeri Sembilan. Ikan mati juga telah kelihatan dalam sungai di sekitar kawasan Nilai,” katanya.

Elizabeth berkata, maklumat telah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan melalui Jabatan Alam Sekitar Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor.

Katanya, akibat pencemaran itu kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sedang mengalami gangguan bekalan air hingga memaksa LRA ditutup selepas pencemaran bau air sungai, pada jam 7:30 pagi semalam.

Kawasan utama yang mengalami gangguan bekalan air adalah seperti berikut:

• Daerah Hulu Langat: Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching

• Daerah Kuala Langat: Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang

• Daerah Petaling: USJ 1- 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang.

• Daerah Sepang: Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Nusa Putra

• Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Elak aktiviti riadah di pantai

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 14 OKT: Orang ramai dinasihatkan mengelak dari melakukan sebarang aktiviti riadah di kawasan pantai barat Selangor ekoran fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 16 hingga 19 Oktober ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, paras air laut di sekitar pantai Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dijangka setinggi 5.6 hingga 5.7 meter.

“Saya menasihatkan supaya semua aktiviti pelancongan di tepi pantai dan laut yang dirancang sepanjang tempoh itu ditunda.

“Pelancong juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari pergi ke kawasan pantai barat Selangor ketika fenomena air laut pasang besar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

air-pasangKerajaan Negeri bersiap sedia menghadapi fenomena air laut pasang besar dengan memperuntukkan RM4.3 juta untuk memperbaiki benteng atau ban yang pecah.

Sehingga kini, 414 pusat pemindahan banjir seluruh negeri dibuka secara 24 jam bagi menempatkan mangsa fenomena air pasang besar di kawasan terlibat.

Anggaran mangsa yang bakal dipindahkan susulan fenomen kedua ini dijangka lebih besar berdasarkan faktor peningkatan paras laut.

Justeru penduduk berdekatan pantai dinasihat berpindah ke pusat pemindahan banjir lebih awal.

-nR-

Categories
SELANGOR

55,000 pengundi DUN Bukit Lanjan dipindah ke Petaling Jaya Utara

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 OKT: Lebih 55,000 pengundi dari DUN Bukit Lanjan dipindahkan ke P106 Petaling Jaya Utara (yang bakal menjadi P106 Damansara) hasil persempadanan semula yang dicadangkan uruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata, lima set bantahan persempadanan difailkan kepada SPR negeri ekoran masalah itu.

“Kami membantah pengeluaran keseluruhan pengundi DUN Bukit Lanjan seramai 55,000 daripada P107 Subang (bakal menjadi P107 Sungai Buloh) ke P106 Petaling Jaya Utara, ia menjadikan P106 kerusi parlimen terbesar dalam sejarah Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

yb eli-web 5Beliau berkata, pihaknya akan bergantung dan merujuk kepada laporan pakar relevan serta dokumen berkenaan yang akan dikemukakan pada tarikh pendengaran bantahan awal.

Antara bantahan yang difailkan ialah tidak sekata, mendorong ‘gerrymandering’ dan tidak menggalakkan proses pengundian bebas juga adil serta membawa kepada perpecahan perpaduan rakyat selain bercanggah dengan dasar kemasyarakatan negeri.

“Selain itu, bantahan ini juga kerana dikhuatiri mengancam dan bercanggah dengan ketenteraman sosial, ekonomik serta kemasyarakatan negeri.

“Ia juga bertentangan dengan matlamat dan objektif pembangunan fizikal, sosial negeri serta bersifat ‘male fide’,” katanya.

Asas bantahan itu juga tertumpu pada kewujudan polisi pelbagai budaya yang tidak kondusif dan menjejaskan keharmonian penduduk negeri, sekali gus perpecahan perpaduan rakyat serta bersifat tidak memelihara atau memecah hubungan tempatan.

Bukit Lanjan sebelum ini menyumbang majoriti 17,200 undi kepada Parlimen Subang sehingga memberi kemenangan majoriti kepada R Sivarasa daripada KEADILAN pada Pilihan Raya Umum ke-13.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Punca Pencemaran Sungai Semantan dikenal pasti di Bentong, Pahang

BY: ELIZABETH WONG

SHAH ALAM, 10 OKT: JAS Pahang perlu kaji semula dakwaan “Tiada Pencemaran di Sungai Semantan’ dan mengambil tindakan di punca

water-polution-source-1

Hari ini wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pasukan pemantauan sungai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengenal pasti punca pencemaran bau di Bentong, Pahang. Namun, pasukan tidak dapat memasuki premis yang disyaki kerana pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang tiada di tapak semasa pemeriksaan pagi tadi.

Pasukan Air Selangor telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca pencemaran sejak malam Jumaat (7 Oktober 2016) di Pahang. Punca pencemaran telah dikenal pasti di aliran pelepasan kilang yang disyaki dan berhampiran sungai. Sampel air daripada aliran pelepasan premis dan di sungai telah diperoleh oleh kedua-dua pihak. Bau dikesan serupa seperti yang dikesan di portal keluar Sungai Serai dan muka sauk Sungai Langat pada malam Jumaat. Hari ini, bau merebak setinggi 18 TON (Nombor Bau Nilai Ambang).

Pengarah JAS Pahang mungkin boleh dakwa bahawa air dibekalkan ke Selangor adalah bebas daripada pencemaran tetapi keputusan ujian awal dan juga pemeriksaan hari ini mendedahkan sebaliknya. Keputusan ujian awal sampel air diperoleh pada 7 dan 8 Oktober 2016 di portal keluar Sungai Serai telah mengesan Teradekana, Pentadekana dan Heksdekana, ia itu sebatian yang menyumbang bau luar biasa dalam air mentah. Portal keluar Sungai Serai adalah tempat kemasukan ke Selangor melalui saliran paip yang berdedikasi dipamkan daripada muka sauk Sungai Semantan.

water-polution-source-2

Bau luar biasa adalah penunjuk yang menandakan ada sebatian yang biasanya tidak terdapat dalam air mentah. Oleh itu, sebagai langkah mencegah, Air Selangor terpaksa menutup loji rawatan air Langat dan Cheras pada malam Jumaat. Kedua-dua loji akan mula mengabstrak air mentah daripada Sungai Semantan di Pahang apabila isu pencemaran selesai. Dewasa ini, loji Langat dan Cheras mengabstrak air mentah daripada air yang dilepaskan daripada empangan Langat.

Keputusan ujian awal dan maklumat daripada pemeriksaan hari ini, termasuk nama kilang yang disyaki telah dimaklumkan kepada JAS Pahang.

bm-water-polution-source-4Kami menggesa JAS Pahang untuk mengkaji semula dakwaan “tiada pencemaran di Sungai Semantan” dan terutamanya memeriksa kilang yang disyaki di Bentong dengan teliti. Kami ingin merakamkan penghargaan kepada SPAN atas pemeriksaan hari ini dan menggesa SPAN membantu Selangor mengambil tindakan sendiri ke atas premis tersebut.

Sekiranya pencemaran bau berterusan, Projek Pemindahan Air Pahang-Selangor tidak boleh diteruskan kerana air daripada Sungai Semantan tidak boleh diguna oleh loji rawatan air.

Status pemulihan keseluruhan bekalan air di Hulu Langat, Zon 1 mencatat 88% dan Zon 2 mencatat 100%, manakala di Kuala Lumpur, Zon 1 mencatat 58% dan Zon 2 mencatat 70%. Bantuan bekalan air akan terus dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas.

Pengguna adalah dinasihati mengguna air dengan berhemat semasa tempoh ini supaya pemulihan sepenuhnya dapat dipercepatkan.

Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan SYABAS, pengguna dinasihati untuk memuat turun “mySYABAS”, aplikasi telefon pintar atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat status bekalan air.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Tiada polisterin, beg plastik di Selangor tahun depan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 OKT: Kerajaan Negeri mula mengedarkan maklumat pekeliling kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak pertengahan tahun ini terhadap larangan penggunaan beg plastik dan polisterin di Selangor, mulai tahun depan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, keputusan terbabit selaras komitmen menjadikan negeri itu sebagai peneraju karbon rendah di Malaysia.

“Antara garis panduan yang perlu dipatuhi semua PBT melalui pekeililing ini adalah pelaksnaaan pengurangan beg plastik dan larangan penggunaan polisterin.

“Semua beg plastik tidak dibenarkan untuk diberi secara percuma serta menghentikan penggunaan bekas makanan dan polisterin di semua premis kerajaan juga majlis rasmi Kerajaan Negeri,” katanya.

yb eli-web 5Beliau berkata demikian pada Majlis Program Jelajah Kepenggunaan dan Alam Sekitar peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di Dewan Melati Seksyen 7, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Elizabeth berkata, penggunaan ‘biodegrable bag’ dibolehkan bagi tujuan bungkusan makanan dan perniagaan sebagai alternatif kepada larangan penggunaan plastik juga polisterin.

“Produk ini adalah daripada jenis mesra alam dan bermanfaat, namun keutamaannya untuk menggalakkan pengguna membawa bekas makanan atau beg sendiri.

“Usaha ini diyakini mampu menjadi contoh terbaik ke arah mewujudkan kestabilan teknologi hijau dan wajar dicontohi semua pihak,” katanya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kajian penguatkuasaan baru dasar bebas polisterin 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 SEPT: Penguatkuasaan baru bakal dikaji terhadap sebarang kesalahan membabitkan peniaga yang menggunakan beg plastik dan polisterin, menjelang 2017.

Timbalan Datuk Bandar MBSA, Mohd Syukri Mohd Hamin berkata, pihaknya masih menunggu garis panduan baru daripada Kerajaan Negeri berhubung dasar dan polisi baru itu.

“Tahun ini dijalankan kempen kesedaran kepada pengguna dan peniaga, namun untuk tahun hadapan kita akan gerakkan penguatkuasaan secara menyeluruh.

“Namun, di peringkat Kerajaan Negeri kami masih belum mendapat garis panduan daripada terkini terhadap perkembangan ini.

img_20160928_173139_658“Bagaimanapun saya percaya, ada kemungkinan di seluruh Selangor akan menerima arahan penguatkuasaan terhadap polisi dan dasar baru ini,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Elizabeth Wong berkata, surat pekeliling sudah mula diedarkan di seluruh negeri membabitkan dasar polisi baru penghentian penggunaan polisterin, tahun depan.

Peringkat awalnya, peniaga bazar Ramadan disaran supaya tidak menggunakan beg plastik dan polisterin dalam urusan perniagaan, sejak Jun lalu.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri mula mengharamkan penggunaan polisterin pada majlis rasmi Kerajaan Negeri sebagai inisiatif menyokong matlamat tersebut, sejak awal tahun lalu.

Pada masa sama, Mohd Syukri berkata, MBSA terus konsisten memberi pendedahan kepada orang awam mengenai isu dan maklumat kepenggunaan berkait polisi baru itu.

“Ini termasuk galakan penggunaan bekas makanan mesra alam (biodegradable bag), pemerkasaan kempen kitar semula dan galakan kempen kitar semula minyak masak,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kerjasama pelancongan Taichung – Selangor diperhebat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kepelbagaian budaya dan tarikan pelancongan negeri mendorong pentadbiran bandar Taichung membuka peluang kerjasama bersama Selangor.

Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Kebudayaan Bandar Taichung, Wang Chih Cheng, berkata pihaknya melihat perkembangan potensi kebudayaan negeri yang boleh dibangunkan demi manfaat bersama.

“Kami dimaklumkan Selangor turut terkenal dengan elemen kebudayaan dan pelancongan yang diyakini boleh menyumbang kepada ruang kerjasama antara kedua-duanya.

“Sebagai contoh amalan budaya masyarakat Mahmeri Selangor yang tentunya menjadi tarikan kepada kami untuk meningkatkan peluang kerjasama ini,” katanya.

img_9007-aBeliau berkata demikian menerusi perbincangan bersama Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong Keat Ping di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Sebelumnya, Elizabeth turut memberi penerangan kepada Chih Cheng selaku Ketua Delegasi Taichung yang hadir sebagai rangka kerja hubungan pelancongan antara Selangor dan Taichung.

Antara fokus perbincangan turut mempelawa Selangor untuk terlibat secara langsung menerusi penganjuran Festival Kesenian dan Budaya di Taichung, tahun depan.

Menyambut baik pelawaan tersebut, Elizabeth optimis untuk terus mengadakan perbincangan lanjutan bersama pimpinan negeri bagi untuk tujuan tersebut.

EZY

Categories
SELANGOR

Paya Indah Wetlands kekal terpelihara

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kerajaan Negeri prihatin untuk menjaga status Paya Indah Wetland (PIW) yang berkeluasan 450.76 ekar yang diwartakan Jabatan Perhilitan sejak 1998 sebagai Rizab Tanah Paya.

PIW yang membabitkan Lot 4827 dan Lot 3974 diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara dikekalkan bagi menjaga statusnya sebagai pusat tarikan pelancongan melalui ekopelancongan di negeri itu.

Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata sehingga kini tanah yang diwartakan sebagai PIW masih kekal terpelihara dan tidak ada sebarang permohonan tukar syarat guna dilaporkan.

Bahkan, hidupan liar seperti badak dan buaya juga masih kedapatan di situ.

Manakala, katanya, tanah milik sekitarnya adalah milik persendirian boleh dibangunkan jika syarat ditetapkan PBN dan Pihak Berkuasa Perancang selaras dengan peruntukan undang-undang dipatuhi.

Elizabeth menegaskan tuduhan liar dikeluarkan baru baru ini tidak berasas dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dalam isu terbabit boleh terus ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Dakwaan Selangor tukar status tanah paya tidak benar – Elizabeth

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 JULAI: Tiada sebarang projek pelengkungan diluluskan pada sebidang tanah pertanian di Paya Indah Wetlands memandangkan lahan basah dikawasan itu merupakan tanah yang dipajak kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tujuan projek hidupan liar sejak hujung 1990.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata dakwaaan kononnya Kerajaan Negeri meluluskan projek pelengkungan bagi tujuan pembangunan adalah tidak benar.

“Kenyataan itu palsu dan sengaja dicetus bertujuan untuk mengelirukan dan mencemar imej Kerajaan Negeri.

“Jadi, tiada sebarang pelengkungan semula dibuat di Paya Indah Wetlands,” katanya.

Paya IndahBeliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin kononnya Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melalui satu mesyuarat telah meluluskan penukaran status tanah tersebut dari pertanian (terhad) kepada kawasan pembangunan.

Pada 26 Julai lalu, Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard menerusi kenyataan terbukanya mendakwa penukaran status tanah di kawasan Paya Indah Wetland itu menyebabkan alam sekitar terjejas sekali gus mengganggu ekosistem.

Mengulas lanjut, Elizabeth menjelaskan bahawa tanah terbabit bukan kawasan warisan dunia mahupun kawasan Ramsar berdaftar.

“Ia adalah taman rekreasi hujung minggu yang sangat terkenal dalam kalangan keluarga, syarikat dan sekolah menjalankan aktiviti,” katanya.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Rumah Terbuka Selangor guna biodegrable bukan polisterin

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 JULAI: Dakwaan kononnya terdapat penggunaan bekas makanan polisterin pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor tidak benar, sebaliknya Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM50,000 untuk membekalkan bekas makanan ‘biodegrable’ kepada semua gerai penyedia makanan pada majlis itu.

Exco Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata beliau turut menghantar pegawainya meninjau gerai yang ada secara sulit selepas mendengar dakwaan yang ditimbulkan sesetengah media yang menghadiri majlis itu.

IMG-20160714-WA0003“Tidak benar dakwaan itu. Saya hantar pegawai semak di setiap gerai secara diam-diam sebaik media tanya dan didapati semua gerai tidak menggunakan polisterin.

“Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan RM50,000 bagi membekal puluhan ribu bekas makanan biodegradable dan tentunya menghairankan jika ada orang sengaja mahu bawa polisterin pula,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.

Katanya, bekas makanan polisterin memiliki sifat sama seperti plastik iaitu tidak terurai, sekali gus tidak mesra alam sekitar berbanding bekas makanan biodegradable pula lebih mesra alam ekoran sifatnya yang mudah terurai.

Katanya, kekeliruan itu mungkin timbul ekoran kurang pengetahuan membezakan bekas makanan polisterin dan biodegrable yang kelihatan seakan-akan serupa.

-NFN-