Categories
NASIONAL

GST: Peniaga terpaksa buang perkerja jika mahu kekal harga

Oleh : NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 30 DIS: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan diingatkan supaya tidak mengelirukan rakyat dengan dakwaan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan menjadi lebih rendah.

Sebaliknya, pengeluar dan peniaga terpaksa mengambil langkah mengurangkan tenaga pekerja jika berhasrat mengekang kenaikan harga barangan apabila GST dilaksanakan nanti.

rafizi-TI-01Langkah itu terpaksa diambil bertujuan mengurangkan kos bagi mengimbangi pertambahan pelbagai kos perniagaan seperti petrol, elektrik, bahan mentah lain dan GST yang dikenakan terhadap mereka.

Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata peniaga yang tidak menaikan harga barangan atau perkhidmatan tetapi pada masa sama terpaksa menampung peningkatan kos akan menyebabkan mereka kerugian dan menutup perniagaan.

“Apabila GST dilaksanakan, harga barang akan meningkat secara keseluruhannya. Ini bermakna kos yang ditanggung peniaga sama ada kos bahan mentah atau kos perniagaan lain juga akan meningkat dan mengurangkan keuntungan.

“Dalam keadaan ini, peniaga tidak ada pilihan lain kecuali menaikan harga untuk memastikan keuntungan tetap sama apabila GST diperkenalkan atau mengurangkan tenaga kerja,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

ahmad maslanMengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menjelaskan, walaupun peniaga boleh menuntut kembali cukai GST yang dibayar ke atas pembelian dan kos perniagaan tetapi disebabkan kenaikan harga secara menyeluruh itu tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kos perniagaan mereka.

“Ini berpunca daripada pemahaman beliau (Ahmad) kononnya apabila peniaga mengenakan GST, mereka boleh mendapatkan kembali cukai GST yang dibayar ke atas pembelian dan kos perniagaan melalui cukai input,” katanya.

Rafizi berkata, Ahmad tidak mengambil kira bahawa peniaga akan membayar harga barang mentah dan kos perniagaan lain yang lebih tinggi ekoran GST dan peningkatan kos pengeluaran yang dikenakan semua pembekal mereka.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kajian UMCEDEL: 61 peratus tidak setuju GST dilaksana

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 24 DIS : Tinjauan terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 61 peratus responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus.

GST kaji

Tinjauan yang bertajuk Kajian Politik Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 itu juga mendapati 79 peratus responden percaya bahawa rasuah dan penyalah gunaan kuasa semakin meningkat di Malaysia.

Sementara itu, 46 peratus daripada responden bersetuju bahawa kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terjejas kerana gagal mendapat majoriti dua per tiga dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Menyentuh mengenai isu semasa pula, kenaikan harga minyak paling mendapat perhatian dengan 42 peratus undian responden, diikuti peningkatan harga barang (34 peratus) dan kenaikan tarif elektrik dan air (24 peratus).

Kajian itu dijalankan ke atas 1,676 responden di Semenanjung Malaysia dalam tempoh antara 6 hingga 8 Disember baru- baru ini.

Kaji selidik itu mengambil kira sampel responden dari pelbagai latar belakang dengan mengikut komposisi bangsa, umur, jantina, kawasan, pekerjaan, pendapatan isi rumah dan status mengundi.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan BN bohongi rakyat dakwa GST lebih baik dari SST

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 23 DIS: Kerajaan BN membohongi rakyat apabila mendakwa sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan pada 2015 lebih menguntungkan rakyat berbanding sistem Cukai Jualan dan perkhidmatan (SST) digunakan sekarang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata SST dikenakan dalam sektor tertentu yang melibatkan barangan dan perkhidmatan mewah berbanding GST dikenakan di semua perniagaan termasuk kedai runcit dan restoren biasa.

khalid samad“Kita sedang mengamalkan sistem SST sebanyak 10 campur 6 peratus yang semuanya 16 peratus berbanding bila tukar kepada GST jadi 6 peratus, lebih rendah, lebih untung, ini semua satu pembohongan kerana kebanyakkan sektor tidak dikenakan.

“Kalau ada dikenakan seperti di hotel lima bintang, restoran berprestij dan lain-lain yang seumpanya tetapi di kedai biasa atau restoran mamak tidak ada.

“Bila GST dilaksanakan nanti, kedai mamak pun kena GST walaupun dia kata beras tak dikenakan GST tetapi bila kita makan nasi di kedai mamak itu juga kena GST sebab diambil kira sebagai produk akhir, lain dari beras yang dibeli di kedai,” kata Khalid dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di Seksyen 13 di sini hari ini.

naik.jpgKatanya, keadaan itu menurut beliau akan menyebabkan rakyat kebanyakkan terpaksa membayar cukai yang tidak pernah mereka bayar sebelum ini.

Khalid menambah lagi, keadaan ini akan menjadikan kehidupan rakyat lebih tertekan ekoran daripada siri kenaikan harga perkhidmatan dan barangan keperluan asas seperti yang diumumkan kerajaan Barisan Nasional selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

EZY

Categories
NASIONAL

Cepat kahwin sebelum Kerajaan BN laksana GST

SHAH ALAM, 21 DIS: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menasihatkan mereka-mereka yang masih belum berkahwin supaya menamatkan zaman bujang sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April 2015.

Jelas Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan, pelaksanaan GST akan memberi bebanan kepada bakal pengantin kerana terpaksa membayar lebih kepada katerer.

GST Grafik Baru“Sekiranya GST dilaksanakan, semuanya turut akan terkesan, semua barang akan naik harga,” katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST – Tolak GST di Kelab Sulaiman, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan hanya beberapa perkara sahaja dikecualikan GST sebaliknya hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai tersebut, sekali gus akan menambah penderitaan rakyat.

“Hanya belacan, cencaluk, kacang dhal, beras, sektor pendidikan dan kesihatan sahaja yang akan dikecualikan GST, namun hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan selain perkara itu akan dikenakan GST.

“Oleh itu, saya sarankan rakyat tolak GST kerana GST akan memberi bebanan kepada kita,” katanya dipetik Sinar Harian.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: Kerajaan BN jual aset negara RM1.4 bilion, Pakatan desak ada sidang tergempar

OLEH: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Pakatan Rakyat (PR) memandang serius pendedahan laporan Bank Dunia yang menyatakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjual aset negara bernilai hampir RM1.4 bilion.

Anwar Kongres PKRKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan penjualan aset negara itu merupakan satu bentuk pengkhianatan yang tidak sepatutnya berlaku dalam kedudukan ekonomi rakyat semakin tertekan.

Bercakap di hadapan hampir 500 orang hadirin di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Anwar menegaskan, PR mendesak satu sidang tergempar Parlimen diadakan bagi membincangkan perkara ini selain mencari penyelesaian mengekang kenaikan harga barang.

“Kami dalam Majlis Pimpinan Pakatan telah berbincang dan meminta sidang tergempar ini diadakan, saya sendiri akan menulis surat kepada Datuk Najib dan surat itu akan sampai pada Isnin (ini),” katanya.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media menerusi laporan terkini Bank Dunia “Malaysia Economic Monitor: Disember 2013″.

Rafizi memaklumkan, beliau tidak pasti bentuk aset yang dijual atau dicagarkan dan mungkin membabitkan aset seperti tanah dan bangunan.

Sebelum itu, Anwar bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Kempen Anti GST #FahamGSTtolakGST.

Kempen ini dibuat bagi memberikan pemahaman kepada rakyat supaya menolak perlaksanaan GST yang bakal dilakukan pada 1 April 2015 dan majlis penerangan akan dibuat ke seluruh negara.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya menyatakan GST merupakan satu konsep yang salah kerana menekan rakyat sedangkan di dalam Islam sendiri mewajibkan zakat kepada umatnya berdasarkan nisab yang telah ditetapkan.

Katanya, langkah pelaksanaan GST merupakan bukti kerajaan BN tidak mampu mengurus wang negara dengan baik akibat kawalan kewangan yang tidak cermat sehinggakan berlakunya ketirisan yang besar dalam  perbelanjaan negara.
EZY

JURNAL BERITA : Kenaikan lesen perniagaan, MPSJ nafi ambil kesempatan

1- Kenaikan lesen perniagaan, MPSJ nafi ambil kesempatan

2- Najib silap langkah, gagal selesai tiga isu penting

3- BN jual aset negara bagi capai sasaran defisit

4- Rafizi: Puluhan cukai GST di setiap peringkat penghasilan produk

5- Peniaga kecil terpaksa laksana GST untuk elak rugi

6- Sebanyak 52 SJKC terima bantuan pendidikan fasa kedua

Categories
NASIONAL

Peniaga kecil terpaksa laksana GST untuk elak rugi

PANDAN 20 DIS: Peniaga berskala kecil terpaksa mendaftar sebagai perniagaan yang mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam bagi membolehkan mereka menuntut kredit barangan daripada pengedar dan pengilang besar.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata GST yang akan dibayar balik kepada peniaga atas barangan yang dibeli diistilahkan sebagai ‘kredit GST’.

rafizi“Ini bagi membolehkan peniaga mendapat ‘kredit GST’ daripada Jabatan Kastam.

“Jika peniaga tidak menuntut kredit GST itu, mereka akan rugi. Syarikat atau perniagaan yang menjual barang atau perkhidmatan melebihi RM 500,000 setahun wajib mendaftar untuk mengenakan GST,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian pada taklimat ‘Fahami GST, Tolak GST’ di auditorium Majls Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, kelmarin.

Beliau berkata, perniagaan yang jualannya kurang daripada RM500,000 turut mengenakan GST disebabkan kerajaan mengutip cukai GST daripada pengedar dan peniaga.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Rafizi: Puluhan cukai GST di setiap peringkat penghasilan produk

PANDAN 19 DIS: Harga barang keperluan harian tetap akan naik ekoran kos pengeluaran barang terbabit dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di setiap peringkat.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata antara contoh adalah penghasilan beras di kilang yang terpaksa melalui puluhan cukai GST di setiap peringkat.

Rafizi SACC black PKR“Kalau kita lihat penghasilan beras daripada sawah padi ke kilang, penggunaan jentera, mesin, eletrik di kilang, pembelian plastik pembungkusan, semuanya kena GST.

“Peniaga tak boleh membuat ‘tax return’ kerana beras adalah barang yang dikecualikan cukai. Pilihan yang ada adalah menaikkan harga barang untuk mengelakkan kerugian.

“Pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menanggung kenaikan kos operasinya yang terbabit secara langsung dengan GST. Hakikatnya, walaupun barang ini dikecualikan daripada cukai, harganya tetap akan naik,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 hadirin dalam taklimat ‘Fahami GST, Tolak GST’ di auditorium Majls Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), malam tadi.

Rafizi berkata, syarat pematuhan yang lebih ketat juga akan memberikan kesan dalam peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

“Setiap perniagaan yang ingin melaksanakan GST terpaksa menanggung kos baru seperti mengupah firma akauntan untuk memastikan rekod berkenaan cukai itu seperti invois dan resit dikemaskini apabila diaudit Jabatan Kastam. Ini akan menambahkan kos,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB: PKNS diarah bantah kenaikan tol Kerajaan Pusat

1- MB: PKNS diarah bantah kenaikan tol

2- MB: Selangor arah PBT buat persiapan awal hadapi banjir

3- MB: Ambil alih tanah untuk lebar sungai atasi banjir

4- Anwar: GST tidak bantu kurang aliran keluar wang haram

5- Nurul Izzah: Perdana Menteri patut komen kenaikan kadar tol

6- BN main ‘silap mata’, janji turun tol dalam Manifesto PRU-13 ‘ghaib’

7- Menteri BN diminta jangan malukan rakyat dengan hujah dangkal

8- Arah pindah premis sarang burung walit tepat demi kesihatan masyarakat

9- Program Adun Muda Selangor bakal 3 kali setahun

10- Mahasiswa teruja timba pengalaman jadi ‘Adun Muda’ Selangor

Categories
KENYATAAN MEDIA

Anwar: Aliran wang haram tiada kaitan dengan GST

Oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

LAPORAN Global Financial Integrity (GFI) mengenai jumlah aliran wang haram keluar dari Malaysia yang menduduki tangga keempat tertinggi di dunia sebaiknya dipandang serius. Sikap yang mempersoalkan angka-angka dan lebih cenderong bersembunyi di belakang statistik tidak akan membantu Malaysia mengatasi masalah ini pada kala kedudukan kewangan negara semakin rapuh.

anwar-gstKenyataan rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Paul Low yang meremehkan unsur rasuah dan kegiatan haram yang menyumbang kepada aliran wang haram itu membayangkan sikap Barisan Nasional.

Tidak kiralah sama ada komponen rasuah itu hanya 20 peratus  atau 50 peratus dari jumlah aliran wang haram, jumlahnya adalah berpuluh bilion ringgit setiap tahun dan mempunyai kesan besar kepada ekonomi negara.

Terbaru, Barisan Nasional memberi alasan bahawa pelaksanaan GST akan membantu mengurangkan aliran wang haram dengan mengurangkan masalah “trade mispricing”.

Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara. GST ke atas eksport adalah pada kadar sifar (zero rated supply) dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport.

Masalah “trade mispricing” selalunya diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui audit percukaian kerana ia bersabit dengan cubaan mengelak cukai dengan mengenakan transfer pricing yang tidak adil.

Gst biasaAlasan yang menggunakan masalah aliran wang haram ini untuk mengiyakan pelaksanaan GST menunjukkan bagaimana Barisan Nasional cuba mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami GST.

Ia juga bermakna Barisan Nasional tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah aliran wang haram.

Oleh itu, saya percaya KEADILAN dan Pakatan Rakyat perlu mempertingkatkan lagi usaha untuk mendidik rakyat mengenai kesan pelaksanaan GST terutamanya dalam keadaan harga barang dan perkhidmatan utama dinaikkan berturut-turut.

Saya dan pimpinan kanan Pakatan Rakyat termasuk Dato’ Seri Hadi Awang dan Saudara Lim Kit Siang akan melancarkan kempen anti GST yang bertemakan ‪#‎fahamGSTtolakGSTdi‬ Kelab Sultan Sulaiman pada 20 Disember 2013 (Jumaat ini) bermula jam 830 malam.

Kempen ini kemudian akan dibawa ke negeri-negeri di seluruh negara dan fasa pertama yang melibatkan penerangan mengenai GST dijangka tamat menjelang Mac 2014.

Selain itu, pimpinan-pimpinan KEADILAN telah diarahkan untuk mengendalikan taklimat mengenai GST di kawasan masing-masing. Malam ini, satu taklimat ‪#‎fahamGSTtolakGST‬ akan diadakan di Auditorium MPAJ jam 8.30 malam yang memberikan kursus GST percuma kepada orang ramai.

Saya percaya pelaksanaan GST pada tahun 2015 masih boleh dihentikan sekiranya rakyat sehaluan bersama-sama menentangnya. – 18 Disember 2013

Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Ketua Umum PKR

Categories
NASIONAL

GST beri kesan pada KDNK, kemelesatan dijangka 2016

SHAH ALAM 16 DIS : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) oleh Kerajaan Pusat pada 1 April 2015 bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya kesan buruk berganda kepada isi rumah.

azrul_bimbPenganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun jangkaan inflasi hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat biasa bakal terjejas teruk.

Katanya, ia menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.

“Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya,” kata beliau.

“Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang,” kata Azrul.

Gst biasaBeliau berkata demikian dalam Forum “Apa yang salah dengan ekonomi kita” anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi yang dipetik dari Malaysiakini.

Azrul Azwar yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor, berkata beliau percaya ia berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor harta tanah (property bubble burst).

“Perkara itu akan berlaku kerana tidak ramai yang mampu lagi membeli harta tanah kerana beban hutang isi rumah yang makin tinggi,” katanya.

-EZY

 

Premium tanah semurah RM1 untuk kebajikan

Paparan menarik untuk hari ini :

1.Kerajaan negeri menyediakan insentif RM100,000 bagi setiap Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang cemerlang dengan hasil kutipan cukai dan premium melebihi 90 peratus.

2.Selangor hanya mengenakan bayaran premium tanah RM1 sahaja kepada syarikat atau badan yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk kebajikan di atas tanah yang dimiliki.

3. Kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menurunkan air tidak berhasil (NRW) kepada 20 peratus seperti termaktub dalam perjanjian konsesi dianggap sebagai ‘dosa’ kepada rakyat Selangor.

4. Kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk tidak mengeluarkan lesen pendudukan sementara (TOL) sehingga kegunaan tanah itu dimanfaat sepenuhnya bakal pemilik.

5. Kerajaan negeri menjelaskan RM3.2 bilion daripada RM3.5 bilion peruntukan digunakan bagi perbelanjaan pembangunan, sejak 2008 hingga 2012.

6. Kerajaan negeri tidak akan meluluskan penempatan di kawasan rizab sungai bagi mengelakkan masalah banjir yang mampu memberi impak sosial kepada penduduk.

7. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan status kem tentera di Tebrau dan Plentong, Johor.

8. Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya membina 1,422 unit rumah bagi pembangunan semula perumahan Bukit Botak selepas projek itu gagal diselesaikan pemaju terdahulu.

9. Tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi penawar menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke lembah kemuflisan.