Categories
NASIONAL

Putrajaya komited bantu Johor capai ekonomi mampan

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberi jaminan kepada Johor berhubung komitmen Kerajaan Persekutuan membantu negeri itu mencapai pertumbuhan ekonomi mampan, selain pembinaan infrastruktur untuk kesejahteraan rakyat.

Jaminan itu diberikan ketika beliau menerima kunjungan hormat Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal di sini bagi membincangkan hal berkaitan pembangunan ekonomi negeri itu dalam pertemuan berlangsung selama kira-kira sejam.

Mohamed Azmin berkata, pihaknya juga akan memberi perhatian kepada beberapa isu yang dialami negeri itu termasuk penyelesaian masalah kesesakan di pintu masuk Malaysia dan Singapura di Tambak Johor dan Linkedua.

“Ini adalah keperluan mendesak memandangkan kira-kira 300,000 rakyat Malaysia terutama di Johor menggunakan laluan itu dan kita mempunyai tempoh enam bulan untuk mengemukakan cadangan bersama Singapura berhubung perkara itu,” katanya kepada Bernama selepas menerima kunjungan hormat itu.

Beliau berkata, beberapa projek infrastruktur daerah di Johor turut dibincangkan dalam pertemuan itu, antaranya projek tebatan banjir di Batu Pahat yang memerlukan peruntukan selepas Dr Sahruddin membangkitkan masalah banjir di kawasan berkenaan.

Mohamed Azmin berkata, Johor adalah antara negeri penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia malah sumbangan rakyat negeri itu kepada ekonomi seharusnya diberi perhatian.

Beliau bercadang mengadakan lawatan ke Johor bagi meneruskan perbincangan dengan kerajaan negeri berkaitan perkara berkenaan dalam masa terdekat. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Johor giat kenal pasti kawasan sesuai pindah kilang

SHAH ALAM, 2 APR: Kerajaan Johor sedang mengenal pasti beberapa kawasan yang sesuai dijadikan tapak untuk memindahkan kilang-kilang yang terdapat di kawasan Pasir Gudang.

Menteri Besarnya, Datuk Osman Sapian berkata, ia bertujuan mengelakkan insiden pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, yang berlaku pada 7 Mac lalu berulang selain menjamin alam sekitar (yang bersih) di kawasan itu.

Katanya, ia juga berikutan pihaknya sedang merancang menaik taraf Pasir Gudang kepada sebuah bandaraya kerana penduduk di kawasan tersebut hampir mencecah 600,000 orang.

“Tempat itu (Pasir Gudang) agak tidak sesuai untuk kita beri kelulusan bagi membina kilang-kilang yang akhirnya akan mencetuskan mungkin perkara sedemikian rupa (insiden Sungai Kim Kim).

“Jadi, kita sedang merancang untuk mengenal pasti satu kawasan yang lain, mungkin yang jauh dari Pasir Gudang yang sesuai untuk kita beri kelulusan sekiranya ada kalangan mereka untuk membina, sama ada kilang industri ringan atau industri sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri ucapan penggulungan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk ‘Reformasi Institusi’ sempena Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Universiti Teknologi Mara, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata insiden berkenaan sememangnya berpunca akibat proses pengilangan yang telah wujud sejak 30 tahun lalu di kawasan tersebut.

“Pada ketika itu Pasir Gudang belum ada pembangunan pesat dan agak sesuai masa itu (untuk mendirikan industri kilang), tetapi hari ini tidak sesuai. Jadi, kita nak ‘relocate’ ke tempat lain bagi menjamin alam sekitar di sana.

“Mungkin di bahagian Kota Tinggi atau kawasan sebelah Kluang, atau Simpang Renggam, dan sebagainya,” katanya.

— BERNAMA

 

Categories
NASIONAL

TPM ucap takziah kemangkatan bonda Sultan Johor

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 JUN: Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan takziah di atas pemergian Bonda Sultan Johor Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Beliau dalam kenyataan hari ini merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Jun 2018. Al-Fatihah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohAlmarhumah dan ditempatkan oleh Allah SWT di kalangan para aulia, syuhada dan solihin,” katanya.

Terdahulu, Almarhum dilaporkan mangkat ketika berusia 83 tahun di London disebabkan sakit tua.

Kemangkatan itu turut disahkan Adinda Sultan Johor, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maiminah Iskandariah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman facebooknya.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Rakyat berkuasa tukar pentadbiran negara

OLEH HAFIZAN TAIB

JOHOR, 26 NOV: Kejayaan Pakatan Harapan (PAKATAN) mentadbir Selangor dan Pulau Pinang, adalah model terbaik untuk rakyat melakukan perubahan terhadap pentadbiran negara di Putrajaya.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ai, berkata rakyat berhak memperoleh kehidupan lebih baik berbanding apa dilalui ketika ini akibat pentadbiran penuh bermasalah oleh Umno-Barisan Nasional (BN) diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, rakyat boleh melakukan perubahan kerana mereka berkuasa bagi tujuan itu dan ia telah dibuktikan rakyat Zimbabwe yang bangkit bagi menjatuhkan Presidennya, Robert Mugabe, baru-baru ini.

“Mugabe berkuasa 37 tahun dan dia tidak dijatuhkan melalui pilihan raya tetapi dijatuhkan bila rakyat bangkit.

“Kalau setakat yang ada ini (Umno-BN), InsyaAllah, dalam tempoh beberapa bulan lagi rakyat bangkit dan bawa perubahan di Putrajaya,” katanya dalam Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat di Kota Masai, di sini, semalam.

Mohamed Azmin berkata, pelbagai perubahan dilakukan dalam pentadbiran di Selangor dan Pulau Pinang sejak lapan tahun lalu di bawah PAKATAN, memberikan kebaikan kepada rakyat dan ia perlu dinikmati seluruh rakyat negara ini termasuk Johor.

“Mengapa saya nak rakyat Johor lakukan perubahan kerana saya bukan nak tabur janji tetapi kita telah membuktikannya dengan membawa perubahan di Selangor dan Pulau Pinang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.

=EZY=

Categories
NASIONAL

PAKATAN sasar ambilalih Johor

OLEH HAFIZAN TAIB

JOHOR, 26 NOV: Pakatan Harapan (PAKATAN) menjadikan Johor sebagai antara sasaran utama untuk diambilalih daripada Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) nanti.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata gabungan parti itu akan fokus dengan kekuatan sedia ada di seluruh negeri itu bagi memenangi sokongan rakyat.

“Tumpuan kita bukan sahaja Johor Bahru tetapi seluruh Johor kerana ketika ini ia menjadi ‘frontline state’ PAKATAN.

“Hari ini rakyat Johor sudah bersedia untuk melakukan perubahan dan mereka berani menegakkan keadilan juga kebenaran.

“PAKATAN juga sudah bersedia dari segi kepimpinan dengan pemimpinnya yang berintegriti,” katanya kepada media selepas majlis Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat di Tebrau, di sini, semalam.

Sebagai contoh di Parlimen Tebrau, beliau berkata, Steven Choong sebagai wakil rakyat amat dikenali ramai setelah bertahun-tahun berkhidmat di kawasannya.

“Ini semua berita kejayaan yang boleh melonjak sokongan rakyat Johor kepada PAKATAN dalam PRU akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, jelajah diadakan di Johor selama dua hari itu adalah bagi meninjau sokongan rakyat dan persiapan KEADILAN dalam menghadapi PRU akan datang.

=EZY=

Categories
NASIONAL

160,000 akaun pengguna terjejas pencemaran ammonia di Sungai Johor

JOHOR 29 OKT: Pencemaran ammonia di Sungai Johor dekat Kota Tinggi didapati berpunca daripada kilang memproses najis ayam berhampiran sungai berkenaan hingga menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Semangar terpaksa dihentikan.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata pencemaran itu telah menjejaskan 160,000 akaun pengguna LRA Semangar yang tinggal di kawasan Kulai, Senai, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Skudai, Kempas, Taman Sri Austin dan Kangkar Pulai.

Beliau berkata ini merupakan pencemaran ammonia kali ketiga dan siasatan Syarikat Air Johor (SAJ) mendapati ia berpunca daripada pihak sama yang terbabit dalam kejadian pencemaran sebelum ini.

Menurutnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum ini tidak menyokong kelulusan Penilaian Awal Tapak (PAT) bagi meneruskan kilang berkenaan di kawasan itu namun pihak Pejabat Tanah tempatan dan Jabatan Veterinar tidak mengambil tindakan tegas berhubung isu itu.

“Saya telah memberikan peringatan sebelum ini bahawa Sungai Johor membabitkan LRA Semangar dan LRA Sungai Johor. Tindakan tegas perlu diambil kerana ia melibatkan air dan kepentingan orang ramai,” katanya kepada pemberita pada majlis Graduasi Johor Talent 3 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di Johor Bharu, hari ini.

‘Kilang itu mesti ditutup’

Sehubungan itu, Ayub berkata kilang memproses najis ayam itu perlu ditutup serta-merta bagi memastikan insiden sama tidak terus berulang dan menyebabkan kesukaran kepada ramai pengguna di kawasan yang terlibat.

“Tindakan tegas perlu diambil, kilang itu mesti tutup jika tidak masalah sama akan berulang dan kita akan terus adakan mesyuarat.

“Pihak JAS tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menutup (kilang itu) tapi kita dah rujuk perkara ini kepada Jabatan Veterinar dan Pejabat Tanah. Mereka yang patut ambil tindakan segera,” tegasnya.

Beliau berkata satu mesyuarat akan diadakan berkaitan isu berkenaan yang akan dipengerusikan Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) bersama agensi terlibat termasuk SAJ, JAS, Pejabat Tanah dan Jabatan Veterinar.

SAJ dalam kenyataannya memberitahu penutupan LRA Semangar susulan penemuan ammonia di Sungai Johor yang menjejaskan kira-kira 160,000 akaun sekitar kawasan Senai, Pulai dan Skudai.

Bacaan ammonia yang dikesan mencapai tahap 2.75 ppm berbanding bacaan 1.5 ppm yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

Antara kepayahan hidup rakyat Johor dan gambaran ekonomi fantasi BN

Menteri Besar Johor Khaled Nordin mendakwa kerajaan negeri yang dipimpinnya sangat cemerlang dari segi ekonomi. Masalahnya, di sebalik gambaran yang baik-baik itu, rakyat Johor berhadapan dengan kepayahan ekonomi.

Ketika Khaled yang memuji diri sendiri diperdaya oleh ekonomi fantasinya, soalan-soalan ini perlu ditanya: Bagaimana untuk menilai suatu ekonomi yang dikatakan dalam keadaan baik? Apakah kayu ukurnya? Siapa yang menikmati perkembangannya?

Ekonomi hanya dikira berkembang jika menguntungkan golongan biasa. Dalam kes Johor, tiada perkembangan meluas yang dikongsi dan boleh dinikmati oleh semua dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Khaled sebagai menteri besar.

Jika benar kemakmuran ekonomi Johor dikongsi, jumlah rakyat Malaysia yang menyebrang Tambak Johor setiap hari tidak akan meningkat daripada 200,000 kepada 300,000 sejak 2013 sehingga kini. Jika mereka semua dapat bahagian masing-masing, tiada keperluan untuk mereka ulang-alik setiap hari ke Singapura sebagai pekerja asing.

Pada satu tahap boleh dikatakan ekonomi pekan-pekan keci di Johor dijana oleh aliran masuk wang pekerja warga Malaysia di Singapura (selain mereka yang bekerja di Lembah Klang).

Malangnya, tak ada pihak yang tampil untuk meningkatkan penghidupan golongan pekerja di Johor. Kerajaan Malaysia dan Singapura masing-masing bersaing mengenakan kos tambahan untuk masuk ke Singapura. Cadangan DAP untuk pembinaan pejalan kaki elektrik (walkalator) bagi memudahkan perjalanan ke Singapura tidak diendahkan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.

Di selatan Johor, terutama di wilayah Iskandar, menyaksikan pembinaan bangunan pencakar langit dan projek-projek besar lain selama empat tahun kebelakangan sejak pilihan raya umum 2013. Namun, adakah projek-projek hartanah itu menguntungkan rakyat biasa? Jawapannya “tidak”.

Sesetengah projek pembangunan yang dilaksanakan oleh pemaju China itu malah mengorbankan kawasan pantai dan tepi laut yang sebelumnya merupakan tempat umum dan kini telah bertukar menjadi kawasan peribadi yang cuma dinikmati segelintir pihak tertentu yang berkemampuan.

Tanya mana-mana rakyat Johor yang tinggal di kawasan metropolitan di selatan Johor tentang perkembangan positif dalam tempoh pentadbiran Khaled dan mereka akan memberitahu “selain daripada pembangunan hartanah yang menguntungkan golongan kaya, tak ada perkembangan lain yang boleh disebutkan”.

Kemudahan dan perkhidmatan majlis perbandaran tidak meningkat, jalan raya dan saliran masih kotor, pengangkutan awam pula tidak dilihat bertambah baik; malah sebaliknya, kesesakan tetap berterusan.

Di luar selatan Johor, keperluan asas dan perkhidmatan utama yang seharusnya disediakan kerajaan iaitu bekalan air bersih sekalipun tidak ada penambahbaikan sejak empat tahun lalu.

Bagaimana pula dengan peluang pekerjaan? Johor mencatat kadar pengangguran paling tinggi dalam dekad ini iaitu pada kadar 3.6% pada 2016 – lebih parah berbanding kadar seluruh negara yang berada pada 3.4%.

Pada 2007, kadar pengangguran di Johor cuma 2%. Kadar pengangguran di kalangan anak muda di Malaysia tahun lepas pula adalah 10.5% dengan Johor mencatat kadar 11.6%.

Projek minyak dan gas asli di Pengerang sepatutnya membantu mengurangkan pengangguran di kalangan rakyat Johor. Namun, projek itu tidak membawa banyak peluang pekerjaan kerana kebanyakannya melibatkan sektor pembinaan yang lebih banyak memerlukan buruh asing.

Setelah projek siap sekalipun, sektor minyak dan gas asli tidak akan menjadi sektor yang akan melonjakkan ekonomi seperti yang dijangka kerana sektor itu mengalami kegawatan sejak harga minyak jatuh pada 2014.

Di luar kawasan wilayah Iskandar, pentadbiran Khaled dilihat lebih banyak kelemahan. Walaupun dengan potensi bandar-bandar kecil yang dianggap mempunyai banyak sumber untuk menjana ekonomi – seperti di Kluang, Batu Pahat, Muar, Segamat dan lain-lain, golongan muda dari kawasan-kawasan ini terpaksa mencari pekerjaan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura.

Khaled dan kerajaannya boleh canang apa saja yang mereka suka. Terpulang kepada pengundi untuk tentukan sendiri. Kita tahu pengundi tidak akan menilai dari persembahan yang berwarna-warni dan gambaran yang baik-baik namun sebaliknya melihat situasi sebenar penghidupan mereka – yang dipenuhi pelbagai kesukaran.

 

OLEH: Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang

Categories
EKONOMI SELANGOR

MB: Pulau Pinang dan Johor saling melengkapi subur ekonomi negara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 OKT: Kerajaan Negeri tidak melihat negeri maju lain di Malaysia sebagai satu persaingan kepada Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, negeri seperti Pulau Pinang dan Johor sebaliknya berperanan membantu dan melengkapkan Selangor untuk terus merancak pembangunan.

Katanya, kemajuan di negeri berkenaan juga seharusnya diraikan kerana memberi kesan langsung kepada kesuburan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Saya tidak melihat Pulau Pinang dan Johor sebagai satu persaingan tetapi sebagai satu usaha bantu membantu dan melengkapi satu sama lain.

“Negeri termaju di Malaysia termasuk kedua negeri ini pastinya akan memberikan manfaat kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui sejurus selesai menyambut kunjungan ‘United Kingdom Mega Technology Mission’ ke Malaysia, di Istana Selangor, pada 10 Oktober lalu.

Pada 2016, Selangor berada satu tangga daripada Johor daripada jumlah pelaburan.

Berdasarkan jumlah projek diluluskan, Selangor bagaimanapun terus kekal di atas dengan 242 projek diikuti Johor dengan 165 projek.

Untuk rekod sehingga 2016, sebanyak 4,713 projek perkilangan diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan RM136 bilion.

Sejumlah RM70.3 bilion daripada jumlah itu adalah pelaburan tempatan sementara baki RM65.7 bilion pula pelaburan asing.

Pertumbuhan cemerlang itu menyaksikan Selangor berada pada tangga kedua selepas Johor yang memperoleh pelaburan tertinggi iaitu RM166 bilion, dalam tempoh sama.

Ia diikuti Sarawak dengan pelaburan bernilai RM101 bilion, Pulau Pinang (RM88.6 bilion) dan Kedah (RM58 bilion).

=EZY=

Categories
NASIONAL

Kerajaan Umno-BN Johor bakal tumbang sebelum PRU-14

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PUTRAJAYA, 12 OKT: Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jusi tidak menolak kemungkinan bahawa Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) Johor tumbang lebih awal sebelum tempoh pilihan raya dibuat.

Beliau berkata, keadaan itu sekali gus mengheret kepada pembubaran Dewan Negeri Johor apabila kerusi dewan tidak lagi dikuasai sepenuhnya Parti Ketuanan Melayu itu.

Katanya, situasi tersebut dijangka berlaku susulan konflik kepimpinan Umno dengan penyertaan lebih ramai lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu untuk menyertai komponen pembangkang.

datuk-idris-jauzi-i“Saya kira Kerajaan BN di Johor akan dibubar lebih awal daripada yang kita jangkakan, setidaknya untuk tempoh sebelum pilihan raya dijalankan,” katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bebas Anwar di perkarangan Istana Kehakiman, di sini, hari ini.

Situasi politik di Johor kini semakin berubah apabila pembangkang mula mendominasi kerusi panas yang pernah dikuasai Umno, sejak 50 tahun lalu.

Malah, kemelut politik di negeri itu berada di kemuncaknya apabila bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat susulan krisis kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mengejutkan, apabila pendirian sama turut dizahirkan Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh yang mengumumkan penyertaannya bersama Parti Bersatu, sekali gus keanggotaannya sebagai ahli Umno terlucut.

Tindakan itu menyebabkan Umno hilang 2/3 majoriti kerusi Dewan Negeri di negeri asal penubuhan parti itu.

Dalam perkembangan sama, wujud juga dakwaan bahawa tiga lagi Adun daripada Umno bakal meninggalkan parti itu untuk menyertai komponen pembangkang.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Warkah Anwar, gamat bumi tiang seri Umno

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PASIR GUDANG, 26 SEPT: Warkah buat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggamatkan kehangatan penganjuran Siri Jelajah Penerangan 1MDB di negeri tiang seri Umno, Johor.

Warkah disampaikan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Juzi itu mengimbau pengorbanan Anwar sejak 1998 untuk terus bangkit menetang kezaliman rejim Umno Barisan Nasional.

Bukan sekadar itu, bait warkah juga turut mengenang keadaan Anwar yang kini meringkuk di penjara atas pertuduhan fitnah zalim terhadap diri pejuang rakyat terbabit.

datuk-idris-jauzi-i“Kami berdoa hendaknya Anwar berada dalam keadaan sihat dengan membayangkan beliau sudah menjamu selera walaupun keadaan penjara tidak sempurna seperti di luar yang pernah kita nikmati bersama.

“Penjara tetap penjara, namun apakah erti pembebasan di luar selama mana, jika rakyat tidak dimerdekakan?” tulis warkah suara akar umbi kepimpinan pembangkang Johor itu.

Kandungannya juga turut menyentuh prinsip kesaksamaan dan keadilan yang perlu diperjuangkan seluruh rakyat demi perubahan Malaysia yang lebih cemerlang.

Pengisiannya juga turut tertumpu kepada nilai keterbukaan dan semangat untuk melakukan reformasi di Johor sebagai sebuah negeri yang pernah dikenali antara kubu terpenting Umno.

“Kami yang hidup terpenjara di luar ini lebih kusut dengan sifat goyah ekoran pemerintah penguasa politik yang dikhianati dan ruang ekonomi mencerut tulang rakyat.

“Kerana itulah perlunya reformasi dengan penggeraknya harus diulangi seperti 1998 lalu,” tulis warkah itu.

UMNOBNSebelum ini, kubu kuat sokongan Umno mengalami perubahan ketara pada Pilihan Raya Umum lalu yang menyaksikan beberapa kerusi Dewan Negeri dan Parlimen negeri itu berjaya dimiliki komponen pembangkang.

Lebih mengejutkan, tembok kekuatan Umno di Batu Pahat berjaya dipecahkan selepas calon BN, Dr Mohd Puad Zarkashi tewas kepada Idris dengan 38,667 undian.

Komponen pembangkang juga menang di Parlimen Kluang, Bakri, Gelang Patah, Kulai dan tewas dengan majoriti tipis di Pasir Gudang dengan majoriti kurang 2000 undi.

Mengulas perkembangan positif itu, Idris optimis kubu kuat Umno di Johor bakal dikuburkan pada pilihan raya akan datang.

“Umno bermula di Batu Pahat dan kita berjaya kalahkan sarang Umno di sana. Saya percaya tidak lama lagi, Umno akan kita talkinkan di Johor dan Putrajaya,” katanya.

-NFN-

#PialaSumbangsih 2016: Penalti JDT(7) – SEL(6)

#PialaSumbangsih‬ setelah berlanjutan ke sepakan penalti, akhirnya JDT berjaya. Penalti JDT(7) – SEL(6). Tahniah !

#PialaSumbangsih 2016: Pemain Selangor ‘warming up’ | 740pm

Para pemain Selangor sedang melakukan sesi memanaskan badan.