#PialaSumbangsih 2016: Ketibaan para pemain ke Stadium Larkin | 712pm

Para pemain Selangor tiba di perkarangan Stadium Larkin sekitar 712pm. Moga Selangor mendapat kejayaan malam ini, InsyaAllah.

#PialaSumbangsih 2016: Keadaan terkini di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos | 530pm

Penyokong Johor dan Selangor sudah mula memenuhi ruang di Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin | 530 petang, 13/2/2016.

Categories
SELANGOR

Negeri lain ‘sedut’ intipati Belanjawan Selangor 2016

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 NOV: Belanjawan Selangor 2016 yang dibentangkan Oktober lalu disifatkan peneraju kepada negeri lain, bahkan intipatinya diikuti Bajet Johor 2016 yang baru sahaja dibentangkan, Menteri Besarnya, Datuk Khalid Nordin.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, berkata Selangor sentiasa mengetuai negeri lain dalam aspek utama pelbagai perkara.

Hannah Yeoh pic“Selangor sentiasa mengetuai pelbagai perkara. Ada baiknya sistem dua parti. Bila ada pertandingan sihat, baru rakyat akan dapat yang terbaik,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Hannah berkata perlaksanaan belanjawan di setiap negeri perlu dipantau supaya intipatinya dapat dilaksanakan.

Bajet Johor 2016 mengandungi enam strategi utama iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat, merancakkan pertumbuhan ekonomi Johor, menangani peningkatan kos sara hidup, merancakkan keusahawanan Johor berasaskan inovasi & pengetahuan, mengangkat agenda Johor lestari serta meneruskan agenda pendidikan berkualiti & pembangunan swadaya insan.

Majoriti strategi ada di dalam Belanjawan Selangor 2016 terutama memacu kehidupan rakyat dalam menangani krisis kelembapan ekonomi dan kenaikan harga barangan terutama sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada 1 April lalu.

johorSementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad, berkata Belanjawan Selangor yang memandang jauh ke hadapan sememangnya perlu diikuti negeri lain.

Katanya, Selangor mempunyai tanggungjawab untuk memberi inspirasi dan dorongan kepada negeri lain sebagai negeri maju serta sentiasa berada di hadapan.

“Apa yang dilakukan oleh Selangor perlu dicontohi negeri lain. Ia perlu diikuti supaya semua negeri dapat melaksanakan program baru untuk membantu dan membela nasib rakyat.

“Ia menunjukkan jalan yang seharusnya dilalui negeri lain,” katanya.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdangangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, pula berkata persamaan intipati beberapa teras Bajet Johor 2016 itu membuktikan Selangor berjaya menjadi teladan.

“Bahkan, apa yang terkandung di dalamnya menjadi model kepada kerajaan negeri lain termasuk Johor,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor prihatin derita rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

LEDANG, 6 JUL: Keprihatinan Pakatan Rakyat (Pakatan) terhadap kesusahan rakyat terbukti dalam gerak kerja yang diterapkan Kerajaan Selangor.

Ketua Cabang PKR Ledang, Dr Chong Fat Full, berkata saluran sumbangan dalam program Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat ke Johor membawa seribu makna kepada golongan memerlukan terutama dalam persiapan menyambut Aidilfitri.

“Kita juga menjalankan pelbagai program kebajikan, namun bersyukur kerana sumbangan dari Selangor dapat menampung segala kekurangan pihak berkaitan.

Jelajah Ramadan“Sememangnya, negeri dipimpin Pakatan amat prihatin dengan kebajikan rakyat,” katanya.

Sebanyak 175 hamper diserahkan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong kepada Fat Full untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran di Ledang.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Muar, Yatin Sarban, berkata bantuan itu tepat pada masanya terutama ketika masyarakat membuat persiapan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

“Ia memang penting kerana menjadi tanggungjawab pemimpin menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Categories
NASIONAL

Johor jadi Singapura, Tun M patut bertindak ketika jadi PM

SHAH ALAM 12 JULAI: Ramalan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Johor bakal menjadi seperti Singapura sebagai ‘kerisauan yang terlambat’.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata Dr Mahathir sepatutnya melahirkan kerisauan sewaktu beliau masih menjadi Perdana Menteri lagi.

johor2“Sepatutnya beliau bertindak dari dulu lagi bukan hanya mendiamkan diri.

“Harga hartanah di Johor memang sudah tidak dapat dikawal lagi sekarang ini, peningkatan harga yang mendadak menyukarkan rakyat Johor memilikinya.

“Atas faktor itu menyebabkan warga asing dapat memiliki tanah di negeri itu dengan lebih mudah,” katanya dipetik Harakahdaily.

Menurut beliau, statistik sekarang menunjukkan 70 peratus pasaran hartanah di daerah Johor Baharu khususnya Iskandar Malaysia telah jatuh kepada warga asing.

“Apa rakyat Johor dapat dan apa yang tinggal.

“Ini menunjukkan ketidakprihatinan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri dalam menjaminkan masa depan rakyat di negeri itu dalam memelihara hak mereka,” kata beliau.

Dalam pada itu beliau turut menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera kerisauan Dr Mahathir itu walaupun ia sudah terlambat untuk diperbaiki.

Dr Mahathir Mohamad dalam blognya meramalkan bahawa negeri Johor tidak mustahil untuk menjadi seperti Singapura pada masa akan datang.

Menurut beliau, kebanjiran pendatang asing di Johor serta kenaikan harga keperluan asas akan menyebabkan penduduk asal di tempat Johor ini akan hilang suara dan hak mereka.

EZY

Categories
SELANGOR

Kalau BN bela rakyat, kenapa tarif air Johor paling tinggi?

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali membidas Barisan Nasional (BN) yang kononnnya banyak membela rakyat daripada konteks perkhidmatan air di negeri lain, tetapi masih mengenakan kadar tarif tinggi kepada Johor.

Azmin berkata, walaupun Johor sudah ditadbir Umno-BN sejak berpuluh tahun lalu, namun rakyat di negeri itu terpaksa membayar kadar tarif air antara paling tinggi di dunia.

Beliau berkata, keadaan itu terjadi apabila kerajaan Johor menjual air mentah kepada Singapura dengan harga paling rendah dan kemudian menjual air bersih kepada rakyat sendiri dengan kadar paling tinggi.

04“Inilah dinamakan Hidup Melayu! Kita di Selangor semua orang dapat air percuma termasuk Sungai Burong dan Kuang, jadi bersyukurlah.

“Umno sudah perintah berpuluh tahun di Selangor, tetapi tidak pernah teringat untuk beri air percuma kepada rakyat. Rakyat hanya dapat air hujan dan air parit tetapi air bersih percuma diberikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sejak kita memerintah negeri ini pada tahun 2008,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menjelaskan PR tidak pernah menolak pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, tetapi menegaskan belum ada keperluan mendesak untuk membinanya berikutan masih ada isu lain yang perlu diteliti terlebih dahulu.

Katanya, tumpuan kini adalah untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) yang terlalu tinggi iaitu 34 peratus kepada 20 peratus yang sepatutnya dilaksanakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

syabass“Dalam perjanjian antara SYABAS dan Kerajaan Pusat. SYABAS bertanggungjawab untuk menurunkan kadar NRW ini kepada 20 peratus pada tahun 2012 tetapi mereka gagal.

“Malah, mereka (SYABAS) tidak dikenakan tindakan kerana mereka ini kroni Umno-BN. Kalau ada usaha untuk menurunkan NRW, kita sudah selamatkan 14 peratus dan dengan rizab yang ada, tiada keperluan mendesak untuk Langat 2 kerana mungkin lima hingga 10 tahun akan datang baru perlu,” katanya.

-NFN-

Premium tanah semurah RM1 untuk kebajikan

Paparan menarik untuk hari ini :

1.Kerajaan negeri menyediakan insentif RM100,000 bagi setiap Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang cemerlang dengan hasil kutipan cukai dan premium melebihi 90 peratus.

2.Selangor hanya mengenakan bayaran premium tanah RM1 sahaja kepada syarikat atau badan yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk kebajikan di atas tanah yang dimiliki.

3. Kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menurunkan air tidak berhasil (NRW) kepada 20 peratus seperti termaktub dalam perjanjian konsesi dianggap sebagai ‘dosa’ kepada rakyat Selangor.

4. Kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk tidak mengeluarkan lesen pendudukan sementara (TOL) sehingga kegunaan tanah itu dimanfaat sepenuhnya bakal pemilik.

5. Kerajaan negeri menjelaskan RM3.2 bilion daripada RM3.5 bilion peruntukan digunakan bagi perbelanjaan pembangunan, sejak 2008 hingga 2012.

6. Kerajaan negeri tidak akan meluluskan penempatan di kawasan rizab sungai bagi mengelakkan masalah banjir yang mampu memberi impak sosial kepada penduduk.

7. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan status kem tentera di Tebrau dan Plentong, Johor.

8. Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya membina 1,422 unit rumah bagi pembangunan semula perumahan Bukit Botak selepas projek itu gagal diselesaikan pemaju terdahulu.

9. Tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi penawar menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke lembah kemuflisan.

Categories
NASIONAL

Kit Siang : PR Perlu Menang Lebih 1/3 Parlimen Di Negeri Deposit Umno-BN

lim kit siang oren 01

SHAH ALAM 9 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) memerlukan kemenangan lebih satu pertiga kerusi Parlimen di negeri deposit BN iaitu Johor, Sabah dan Sarawak bagi meneruskan kesinambungan tsunami politik PRU-12.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, PR sekurang-kurangnya memerlukan kemenangan 33 kerusi Parlimen di 83 kerusi Parlimen di tiga negeri tersebut.

“Ia bagi menyelesaikan ‘kerja tertangguh’ tsunami politik PRU-12 yang menyaksikan kejatuhan Umno-BN di lima buah negeri dan penafian majoriti dua-pertiga Parlimen terhadap Umno buat kali pertama dalam sejarah Malaysia,” kata Kit Siang.

Katanya, ?Pertempuran Gelang Patah? bukanlah sekadar sebuah pertempuran demi beliau, DAP atau Pakatan Rakyat kerana ia sebuah impian rakyat  ke arah Bangsa Malaysia yang majmuk dan bersatu padu melampaui semangat perkauman.

Telah dilaporkan bahawa Kit Siang, seorang tokoh yang aktif di dalam politik hampir setengah abad akan bertanding di parlimen Gelang Patah dalam PRU-13.

Pencalonan beliau di kerusi Johor adalah bagi membuka jalan untuk PR memecahkan kubu kuat BN di negeri Selatan itu.

?Pertempuran Gelang Patah akan melancarkan tsunami politik dalam Pilihanraya Umum ke 13 dari arah Selatan yang bakal merebak ke seluruh negara, merentas Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak,” kata Kit Siang.

“Saya mempunyai ?Impian Malaysia? yang saya pasti turut dikongsi oleh ramai orang Malaysia tanpa mengira kaum, agama daerah dan zaman,” kata Kit Siang yang bakal bertanding di Parlimen Gelang Patah dalam PRU-13 ini.

Categories
NASIONAL

Salahguna Dana Awam, JASA Perlu Dibubar

lim kit siang oren 01

SHAH ALAM 28 JAN : Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, Datuk Fuad Hassan perlu dipecat dan keseluruhan jabatan itu hendaklah dibubarkan kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya.

Ia kerana beliau sebagai kakitangan awam didakwa menyalahgunakan dana awam apabila mempromosikan capaian media sosial untuk pihak Umno-BN yang sepatutnya dibayar oleh dana parti dan bukannya menggunakan dana awam.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Fuad dan JASA hanyalah sebahagian daripada penyalahgunaan terang-terangan jentera awam dan penyalahgunaan dana awam untuk memenuhi matlamat dan objektif pemimpin Umno-BN.

Sebelum ini, Fuad dalam Majlis Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor menyatakan BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini.

Fuad menjelaskan bagi memperoleh majoriti dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.

Fuad menzahirkan keyakinan bahawa sokongan orang Melayu untuk BN di Johor mampu melebihi 80 peratus manakala sokongan orang India juga telah pulih sepenuhnya daripada kejatuhan pilihan raya 2008 dan begitu juga sokongan masyarakat Cina.

“Bukanlah urusan beliau untuk mengetuai sebuah jabatan kerajaan, JASA yang didanai oleh dana awam, berkempen untuk Umno-BN.

“Ini merupakan penyalahgunaan dana awam dan kemudahan kerajaan, penyelewengan kerajaan yang semakin menjadi-jadi, terang-terangan dan berleluasa selepas 55 tahun pemerintahan Umno-BN,” kata Kit Siang dalam kenyataan medianya.

Jelas Kit Siang, generasi pertama pemimpin kemerdekaan yang diketuai oleh Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman amat sedar kepentingan membezakan antara fungsi kerajaan, parti politik yang berkuasa dan kapasiti peribadi.

“Inilah puncanya mengapa Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada April 1959, apabila beliau merasakan yang beliau perlu ke serata negara untuk mengukuhkan sokongan terhadap Perikatan sebelum pilihan raya umum 1959,” katanya.

Ujarnya, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk sementara waktu antara April hingga Ogos 1959 supaya beliau tidak akan dituduh menyalahgunakan kuasanya dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Ia apabila beliau mengetuai kempen untuk meraih sokongan umum kepada Perikatan, lalu menyambung semula jawatan Perdana Menteri selepas Perikatan memenangi pilihan raya umum 1959.

“Hari ini terdapatnya jabatan dan Kementerian yang matlamatnya hanya satu ? menyalahgunakan kuasa dan dana awam secara terang-terangan dan tidak tahu malu berkempen meraih undi untuk Umno-BN,” katanya.

Categories
NASIONAL

Selepas Umno, Giliran MCA Untuk Sahut Cabaran Kit Siang

JOHOR BAHRU, 21 OKT : Selepas Umno gagal menjamin peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, kini cabaran tersebut dilontarkan kepada MCA pula.

Cabaran ini dilontarkan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kepada MCA yang dilihat semakin terdesak untuk menraih undi kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Mereka (MCA) kata ‘stability over chaos’ .

“Kita minta mereka umumkan tidak akan ada huru-hara jika berlaku perubahan pentadbiran,” katanya di hadapan 6,000 hadirin pada siri Jelajah Merdeka Rakyat semalam.

Tegasnya, Johor memainkan peranan penting dalam usaha membawa perubahan di Putrajaya, sama seperti Sabah dan Sarawak.

Lantaran itu, rakyat perlu menambah kerusi Parlimen PR di Johor  sekurang-kurangnya satu pertiga.

Pada PRU-12, Pakatan Rakyat memenangi satu kerusi Parlimen Johor di kawasan Bakri melalui calon DAP, Er Teck Hwa.

“Kalau kita mahu ke Putrajaya dan bawa perubahan, Johor adalah negeri penting.

“Sama seperti Sabah dan Sarawak. Kita kena pecahkan ‘Fixed Deposit’ BN untuk bagi peluang (memerintah),” tegas Kit Siang.

Hadir sama dan menyampaikan ucapan, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Exco Selangor, Xavier Jeyakumar dan Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin.

Majlis Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan positif masyarakat setempat meskipun berlangsung dalam cuaca dingin.

Turut diumumkan jumlah kutipan derma orang ramai berjumlah RM8,492.

Categories
NASIONAL

Batu dan Cat Tidak Halang Perjuangan Membela Rakyat

 

SHAH ALAM 29 SEPT : Lontaran batu dan cat tidak menghalang PKR meneruskan untuk berjumpa rakyat dalam program Jelajah Merdeka Rakyat yang cuba digugat oleh samseng Umno-BN.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti akan tetap menggerakkan program ini sebagai salah satu kaedah menyuntik kesedaran rakyat.

Katanya, terdapat dua faktor utama yang membantu program ini berjalan dengan jayanya. Yang pertama kerjasama ahli parti atau mobilisasi rakyat dijalankan semaksimum dan faktor keselamatan merupakan dua petua kejayaan program tersebut.

“Kedua-dua petua itu merupakan faktor penting bagi menjayakan program itu secara berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

“Walaupun setakat ini ia tidak mengecewakan tetapi kita mahu momentum itu diteruskan.

“Begitu juga dari segi keselamatan, kita tidak akan diserang jika pemimpin kita ramai, jadi kita kena tingkatkan kawalan keselamatan. Kita perlu memastikan pemimpin kita selamat dan program kita berjaya,” katanya dalam program Rapat Pemimpin Nasional PKR 2012 di sini hari ini.

Jelasnya, disebabkan sambutan luar biasa dari rakyat, PKR menerima reaksi yang keras dari pihak Umno-BN.

Setakat ini, Jelajah Merdeka Rakyat sudah berjaya di sembilan negeri antaranya Pahang, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.

“Dalam sembilan negeri yang sudah kita jelajah, hanya Negeri Sembilan sahaja kita tidak diserang,” katanya.

Categories
NASIONAL

Loji Penapis Minyak di Johor, BN Ketepi Hak Sabah, Sarawak

SHAH ALAM, 2 JUN : Tindakan kerajaan Pusat mendirikan loji penapis minyak terbesar di Pengerang, Johor merupakan usaha tersusun kerajaan membelakangi kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak yang merupakan negeri pengeluar minyak terbesar di negara ini.

Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) mendakwa mengalami kerugian “tak terhingga” berikutan keputusan Kerajaan Pusat membina logi penapisan minyak di Johor dengan kos RM127 bilion.

Pengerusi Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga menyifatkan keputusan dibuat sebagai tidak munasabah kerana Johor bukan sebuah negeri pengeluar minyak.

Menurutnya, adalah jelas Kerajaan Pusat tidak ikhlas serta menyisih pembangunan di Sabah dan Sarawak yang telah menyumbang hasil simpanan negara menerusi sumber minyak sehingga 95 peratus.

“Sekiranya perkara ini diambil kira, sudah tentulah ia akan memutuskan untuk membina logi penapis minyak di Sabah atau Sarawak.

“Dengan keputusan bagi membina loji penapisan minyak di Johor maka kita di Sabah dan Sarawak akan mengalami kerugian yang besar. Dari segi jangka panjang, kerugian ini akan berjumlah trilion ringgit,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dr Jeffrey berkata, sekiranya logi penapisan minyak dibina di Sabah tentunya ia menjadi satu projek terbesar yang pernah dilaksanakan untuk Sabah dan Sarawak.

Keputusan itu tambahnya akan merangsang pertumbuhan ekonomi yang pesat bagi negeri-negeri Borneo selain membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di kepulauan tersebut.

“Bayangkan kilang penapisan itu akan memproses 300 ribu tong sehari manakala sebuah lagi logi  penapisan ‘berdekatan’ yang akan dibina sebuah syarikat Taiwan bagi memproses 150 ribu tong sehari. Ini akan menyebabkan jumlahnya menjadi 450 ribu tong sehari yang mana ia merupakan peratusan yang besar terhadap pengeluaran minyak mentah negara sebanyak 700 ribu tong sehari.

“Ia adalah perkiraan yang jumlahnya penghasilan luarbiasa. Kerajaan Pusat pastinya mendapati projek tersebut sesuai dibina dengan menjadikannya sebagai dua projek super mega di kawasan sama.

“Sukar dipercayai bahawa Kerajaan Pusat tidak melihat potensi ekonomi sekiranya logi penapisan itu dilaksanakan di negeri Borneo. Logi penapisan di sebelah Laut China Selatan ini akan memberi gambaran adil dalam perkongsian kek ekonomi,” katanya.

Namun Jeffrey berkata, usaha Kerajaan pusat membina logi penapisan minyak di Johor adalah bertujuan menjadikan negeri itu yang hebat di sebelah Singapura.

Tambahnya, ia perancangan Kerajaan Pusat bagi mengalirkan ratusan bilion ringgit ke Johor selepas peruntukan besar disalurkan bagi pembangunan Iskandar Malaysia di negeri itu.

Beliau berkata, langkah terbaru yang salah itu merupakan satu penghinaan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap konsep 1Malaysia menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Apa yang jelas sekarang ialah Sabah dan Sarawak hanya dilihat sebagai “pembekal sumber hasil mentah” untuk Semenanjung Malaysia. Bayangkanlah kerugian yang terpaksa kita tanggung dan terlepas peluang bagi menjana pertumbuhan ekonomi secara besar-besaran selain perkembangan infrastruktur teknologi pemindahan dan pemprosesan hiliran.

“Semua ini mungkin menjadikan negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak sebagai pusat ekonomi  yang bertenaga tetapi Kerajaan Pusat bertindak seperti penjajah yang lapar. Ia sama seperti apa yang British lakukan ketika Sabah dan Sarawak. Ia satu tamparan hebat bagi negeri-negeri Borneo,” katanya.