Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Berita palsu burukkan keadaan, tangani secara bijak

GOMBAK, 17 SEPT: Kerajaan Negeri terpaksa berdepan dengan cabaran berita palsu sehingga ada diantaranya membuatkan sesuatu isu bertambah buruk di mata rakyat.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata terdapat pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap Kerajaan Selangor termasuk isu penjajaran Sungai Pelempas dan pelarasan elaun kakitangan masjid dan surau.

Namun jelas beliau, isu berkenaan sudahpun diselesaikan dengan baik namun sengaja diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Jika dulu akhbar dan media menjadi medium utama untuk masyarakat tahu pengumuman atau berita-berita terbaharu. Tetapi sekarang setiap saat kita boleh terima berita palsu, malah ada yang memburukkan tanpa fakta sebenar.

“Tak apalah, mereka boleh serang dengan berita palsu tetapi kami yakin pentadbiran Kerajaan Negeri sudah melakukan yang terbaik buat rakyatnya, kerana inilah janji kita kepada penduduk Selangor,” katanya pada Sambutan Hari Malaysia di Dewan Sri Siantan di sini, semalam.

Menurutnya lagi, cabaran dihadapi membuatkan Kerajaan Selangor berdiri lebih teguh dan menjadi kerajaan sensitif dengan persekitaran terutama membabitkan kepentingan rakyat.

“Ketika Covid-19 melanda, Selangor satu-satunya negeri yang mengumumkan tiga kali pakej rangsangan ekonomi, malah kita sudah belanja lebih dari RM400 juta bagi pakej rangsangan pertama dan kedua.

“Semua dilakukan demi membantu rakyat susah dan semua golongan yang memerlukan,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Pelajar ucap terima kasih, gembira terima pelitup muka percuma

SHAH ALAM, 15 SEPT: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang, Gombak apabila menerima pelitup muka boleh guna semula pemberian Kerajaan Negeri.

Perkara itu dikongsi menerusi Facebook rasmi sekolah tersebut yang memaparkan wajah pelajar lelaki memakai alat perlindungan yang tertera gambar bendera Selangor dan tulisan #KitaSelangor.

Turut dikongsi ialah video murid sebuah kelas mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor.

Seorang pelajar lelaki memakai pelitup muka tertera gambar bendera Selangor dan tulisan #KitaSelangor. Foto Facebook SMK Taman Selayang

Pada 11 September, Dato’ Menteri Besar mengagih pelitup muka boleh guna semula secara percuma kepada 104 sekolah rendah dan menengah di daerah itu yang memberi manfaat kepada 120,000 pelajar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan tersebut diharap dapat mengurangkan beban ibu bapa yang terpaksa menyediakan alat itu kepada anak mereka setiap hari.

Pada 28 Ogos, Selangor mengumumkan bakal mengagih 1.3 juta pelitup muka boleh guna semula kepada 995,000 pelajar di negeri ini.

Majlis penyerahan alat itu kepada semua sekolah dijangka pada 25 September bertempat di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB: Kerjasama Persekutuan, Selangor jamin bekalan air selamat

SHAH ALAM, 8 SEPT: Kerjasama erat semua agensi terutama Kerajaan Persekutuan serta Negeri penting bagi menjamin keselamatan bekalan air.

Sehubungan itu Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya akan memperinci dan mengemaskini laporan insiden pencemaran sungai termasuk kes terbaharu kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kerajaan Negeri harap tindakan tegas dilakukan segera bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai. Kita juga mengucapkan terima kasih atas maklum balas segera Jabatan Peguam Negara semalam,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pagi tadi beliau menemui Penasihat Undang-undang Negeri; Dato’ Salim Soib, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Dato’ Ir Hashim Osman serta Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Nor Aziah Jaafar bagi membincangkan perkara itu.

Semalam, Amirudin berkata hukuman berat terhadap pesalah pencemaran air perlu dibincangkan antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan.

Kuasa Kerajaan Negeri terhad sekadar menguatkuasakan Enakmen Luas 1999, berbeza Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa luas di bawah beberapa akta termasuk Akta Kualiti Alam Sekeliling dan kuasa Jabatan Peguam Negara.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Tindakan tegas jika lakukan pembakaran terbuka

SHAH ALAM, 4 FEB: Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab termasuk pemilik tanah yang menyebabkan pembakaran terbuka di Johan Setia, Klang.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Kerajaan Selangor memaklumkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara bersepadu sepanjang musim panas dan kering.

Menterinya, tindakan diambil mengikut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM500,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan eaduan.doe.gov.my atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 999.

“Selain itu orang awam juga boleh menyemak bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan maklumat terkini status kualiti udara di portal JAS: www.doe.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar ‘MyIPU’,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan menteri Yeo Bee Yin sebelum itu menghadiri mesyuarat membincangkan insiden di Johan Setia di Bangunan Annex di sini hari ini.

Terletak lebih kurang 15km di selatan Shah Alam dan 10km di tenggara bandar Klang, Johan Setia merupakan kawasan pertanian seluas 4,000 ekar.

Dikelilingi kawasan berpenduduk padat, kawasan itu merupakan tanah gambut yang mudah terbakar dan makin kerap berlaku pembakaran terbuka sejak 2017.

Berdasarkan statistik JAS, 55 aduan kebakaran terbuka dilaporkan pada 2017, 85 aduan pada 2018 dan 95 aduan tahun lalu. Sebanyak 45 notis arahan, 13 tawaran kompaun dan tiga kertas siasatan dibuka bagi kes pembakaran di kawasan berkenaan.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor kendali sekolah agama terbanyak di Malaysia

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 26 JUN: Kerajaan Selangor mempunyai serta mengelola bilangan sekolah agama terbanyak banyak di Malaysia, kata Dato’ Menteri Besar.

Amirudin Shari berkata, ia termasuk 296 Sekolah Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA), 227 sekolah rendah agama, 23 sekolah agama menengah, 13 pra sekolah dan 11 sekolah rendah agama integrasi.

Katanya, tidak ketinggalan empat Maahad Integrasi Tahfiz (MITS) dan 27 Kelas KAFA Menengah serata Selangor.

“Kerajaan Selangor akan terus memberi sokongan padu bagi menjayakan visi dan misi pendidikan Islam di negeri ini.

“Kita percaya inilah usaha dan benteng terpenting dalam membentuk jati diri murid-murid Islam ke arah melahirkan remaja yang berakhlak mulia yang berpaksikan ilmu pengetahuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru dan Apresiasi Guru KAFA JAIS di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Operasinya, Salwana Ahmad Dahlan serta hampir 700 guru KAFA dari seluruh Selangor.

Amirudin berkata, menguruskan pendidikan yang merangkumi bilangan sekolah dan guru yang tinggi ini bukan suatu kerja yang mudah.

Katanya, ia memerlukan kerjasama erat semua pihak dan Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan kewangan yang tinggi untuk semua keperluan pendidikan di semua sekolah agama Selangor.

“Saya berharap melalui bilangan perjawatan yang semakin bertambah dan peluang kenaikan pangkat, ia akan membangkitkan semangat bekerja yang tinggi di kalangan guru,” katanya.

Categories
SELANGOR

MB: Tiada rombakan, hanya pertambahan EXCO

OLEH AFIX REDZUAN

BUKIT JELUTONG, 8 DIS: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menafikan akan berlaku rombakan barisan EXCO Negeri Selangor sebaliknya hanya pertambahan pimpinan bagi mengisi kekosongan sedia ada.

Menurutnya, secara keseluruhan kuota EXCO Negeri Selangor sebanyak 10 orang dan beliau masih belum bersedia mendedahkan nama calon.

“Kita perlu isi kekosongan yang ada dan sedang tunggu tarikh tarikh sesuai untuk umum EXCO baharu.

“Yang ada cuma penambahan bagi melengkapkan kuota kita supaya pentadbiran Kerajaan Negeri berjalan lancar. Calonnya saya belum dapat ilham lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui media pada Perhimpunan Bulanan (Disember 2018) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Bukit Jelutong.

Setakat ini, terdapat kekosongan bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan selepas bekas Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos 2018 pada usia 56 tahun akibat kanser.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerjasama erat Persekutuan dan Negeri bawa Selangor lebih maju

OLEH NADIAH ZAMLUS

PUTRAJAYA, 19 JUN: Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata hubungan baik serta kerjasama erat diantara Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan lebih memudahkan perjalanan urus tadbir sekaligus lebih memajukan Selangor.

Katanya ia berikutan Kerajaan Persekutuan senada dengan pentadbiran Kerajaan Selangor kini sejak Pakatan Harapan (Pakatan) menerajui Putrajaya.

“Saya telahpun mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan berbincang mengenai hala tuju serta pergerakan kerja yang akan dilakukan antara Persekutuan dan juga Negeri.

“Pertemuan ini penting memandangkan Selangor adalah penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sudah tentu fokus saya adalah untuk mengekalkan kecemerlangan Selangor yang membuat sumbangan besar terhadap Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Wan Azizah di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya, hadir sama Exco Kerajaan Selangor termasuk Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, Haniza Talha, Rodziah Ismail dan Hee Loy Sian.

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam diantara Amirudin dan juga Wan Azizah yang juga Presiden KEADILAN itu adalah pertama kali selepas beliau dilantik sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

Amirudin berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas cadangan namanya yang dikemukakan sebagai calon Dato’ Menteri Besar Selangor sebelum ini.

“Terima kasih kepada Presiden KEADILAN yang yakin dengan saya, juga telah menyelesaikan pemberian nama Rodziah Ismail sebagai exco baru mengantikan portfolio saya sebelum ini.

“Tanggungjawab ini adalah besar buat saya dan sudah tentunya mandat untuk rakyat paling penting untuk dilaksanakan segera,” katanya.

=EZY=

 

Categories
NASIONAL

Zuraida: Manifesto BN, hina wanita Malaysia

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 APR: Wanita Pakatan Harapan (PAKATAN) menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) ketinggalan zaman dan sudah direalisasikan oleh Kerajaan Selangor serta Pulau Pinang.

Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, 90 peratus daripada janji BN itu dilaksanakan Kerajaan Selangor melalui pelbagai program dan inisiatif yang berterusan.

Katanya, pelaksanaan setiap program berkenaan wanita pula dipertanggungjawabkan kepada seorang pemimpin wanita (Exco Wanita Negeri) yang berkebolehan lantas memahami isi hati, cabaran dan aspirasi wanita Selangor.

“Buktinya, kita boleh lihat dengan penubuhan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor, Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor dan Dasar Wanita Selangor di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang menyediakan ekosistem kondusif untuk pembangunan wanita.

“Walaupun baru 10 tahun pentadbiran Pakatan Harapan (Pakatan Rakyat), perubahan signifikan dapat dilihat terutamanya dari segi pembangunan wanita dari sudut sosio ekonomi dan pendidikan.

“Lantas, ini membuktikan dari sudut pembangunan wanita, sudah tentu PAKATAN adalah lebih terkehadapan berbanding BN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zuraida berkata BN gagal dalam meneruskan kesinambungan mengangkat martabat wanita, buktinya dalam Menifesto BN bertajuk ‘Ibu dan Wanita’, dan jelas menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia yang akan menjadi pengerusi Majlis Ekonomi Wanita (MEW).

“Ini adalah satu penghinaan yang amat jelas dan nyata terhadap keyakinan Kerajaan BN terhadap kemampuan wanita Malaysia.

“Bayangkan jika program-program PERMATA yang diletakkan di bawah Pejabat Isteri Perdana Menteri dengan peruntukkan ratusan juta ringgit, MEW juga seharusnya ditadbir oleh seorang wanita.

“Apakah para pimpinan BN hanya mempercayai Isteri Perdana Menteri yang bukan datang dari pilihan akar umbi berbanding puluhan pemimpin wanita yang berjawatan di dalam parti itu?,” soalnya.

Pada masa sama, beliau berkata perjuangan PAKATAN adalah memastikan inisiatif dan program yang berkesan bagi pembangunan wanita, tetapi turut melatih lebih ramai pemimpin dari kalangan wanita.

Katanya, ia berbeza dengan visi dan misi parti terbabit yang menganggap wanita hanya diperlukan pada waktu pilihanraya sahaja.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sinar lembaran baru 2018 pimpinan Kerajaan Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 JAN: Tirai lembaran baru 2018 disajikan dengan seribu pengharapan dan komitmen berkebajikan yang terus dilaksanakan kepimpinan negeri.

Speaker Dewan Negeri Selangor, (DNS) Hannah Yeoh berharap pembentukan kerajaan telus di peringkat Persekutuan dapat dilaksanakan.

“Saya mahu lihat sifar pembaziran duit rakyat kerana keadaan ekonomi semakin tertekan untuk semua pihak.

“Untuk tahun 2018 juga saya mahu melihat kerajaan lebih bersih dan mempunyai komitmen menjaga amanah dipilih semula rakyat, dalam pilihan raya akan datang.

“Saya juga ingin melihat penindasan dan penderaan kanak-kanak, kaum wanita serta warga asing dihentikan,” katanya kepada SelangorKini.

Bagi Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan, Pertanian Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, beliau menghargai peranan dimainkan kepimpinan negeri dalam mencorak kemajuan Selangor sepanjang tempoh lalu.

“Saya melahirkan rasa syukur kepada ilahi dan ucapkan terima kasih kepada semua, khususnya rakyat yang memberikan kerjasama, sokongan, dukungan serta motivasi kepada saya untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

“Semoga 2018 menjanjikan keadaan lebih baik untuk manusia yang menjadikan dirinya lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berharap penyatuan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan.

“Malaysia sedia maklum sebagai negara yang unik dengan pelbagai adat, budaya dan agama. Justeru, pembentukan Malaysia sejahtera hanya dapat dilaksanakan dengan tidak menafikan hak demokrasi setiap warga.

“Saya berharap 2018 akan menjadi tahun lebih baik untuk Malaysia yang cemerlang,” katanya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong menyifatkan 2018 seharusnya menjadi titik permulaan kepada Kerajaan Persekutuan untuk tidak lagi menekan rakyat dengan pelbagai dasar pencukaian.

“Kerajaan Persekutuan perlu menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kembalikan kestabilan ringgit,” katanya.

Categories
Uncategorized

雪政府考察“精明城市” 向中国华为及中兴取经

 

(莎阿南讯)“精明雪州”考察团远赴中国展开工作访问,包括参观中国两大通讯巨头-华为和中兴通讯企业,为创建精明城市铺路。

掌管教育、人文发展、科技工艺和创新事务的雪州行政议员聂纳兹米说,州政府考察团今次的行程主要向中国取经,考察该国在建设“精明城市”方面的丰富经验。

“我们在行程中也参观了中国两大通讯业巨头,即华为和中兴企业,双方互相交流以取他人之长和观摩一番,以付诸在精明雪州领域。”

img_5247由聂纳兹米率领的雪州政府考察团从9月25日起,赴中国深圳展开为期5天的工作访问,一行人也拜访了深圳市人民政府,以及参观银川市的“精明城市”概念。

银川市位于中国宁夏省的偏远地区,自2013年起落实“精明城市”发展概念。在银川所创建的精明城市系统闻名全球,包括应用在行政、保健、保安、交通等领域,令它成为全球精明城市的典范。

随行的雪州政府代表团成员包括雪州政府副秘书(营运)拿督马扎兰、科技工艺部秘书法兹丽纳、雪州城乡规划局局长莫哈末礼祖安等。

 

 

Seluruh Selangor nikmati bas percuma, Julai ini


Kerajaan Selangor mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma di semua daerah sebelum Julai ini.

Isu Cukai Taksiran : ‘Apa Nak Jadi Dengan Kerajaan Selangor’

Keluhan seorang pengguna laman sosial Facebook ketika ingin membuat bayaran cukai taksiran di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).