Pergerakan Dakwah Islam – Salam Selangor

Episod 61

Sinopsis:

Pergerakan dakwah yang menjalinkan Malaysia dan Indonesia. Saksikan paparan menarik hanya di www.selangorkini.net

Tetamu : Encik Khalid Abdul Samad (Pendakwah)

ustaz

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pihak Pengurusan MAS Digesa Perjelas Polisi Pengambilan Pekerja Asing

PC Khalid Samad 03

SHAH ALAM,21 DIS : Pihak pengurusan baru syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Berhad (MAS) diseru memberikan penjelasan berkenaan polisi pengambilan pekerja asing yang dikhuatiri boleh menjejaskan kecekapan syarikat itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, usaha pemulihan prestasi MAS perlu dilaporkan kepada rakyat dan bukan sekadar hanya pihak kroni yang mendapat keuntungan.

“Difahamkan banyak kerja-kerja MAS yang disumberluarkan dan diagihkan-agihkan kepada pihak kroni.

“Dan banyak kerja-kerja MAS seperti penyelenggaraan kargo dijalankan oleh pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran dan latihan seperti pekerja MAS asal,” katanya dalam sidang media di pejabatnya.

Dalam sidang media itu juga, Khalid mempertontonkan kepada pihak media sebuah video yang dikatakan dihantar ke pejabatnya oleh individu tidak dikenali berkenaan kecuaian pekerja asing dalam penyelenggaran kapal terbang milik MAS.

Dalam video durasi kira-kira dua minit yang bertarikh November lepas itu menunjukkan pekerja yang didakwa warga asing melakukan aksi melanggar bahagian enjin sebuah pesawat 737 di sebuah landasan kapal terbang yang tidak dinyatakan lokasinya.

Ujarnya, dahalu syarikat MAS mempunyai kedudukan dan setaraf dengan syarikat penerbangan asing seperti Singapore Airlines System (SIA) dan beberapa syarikat antarabangsa lain.

Namun akibat pemberian kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan kepada pihak kroni menyebabkan prestasi MAS kini dipertikaikan.

“Selepas bermacam-macam campurtangan politik khususnya semasa zaman Tun Mahathir situasi semakin memburuk.

“Kita mahukan ketelusan dan akauntabiliti pihak MAS, kita tidak mahu perkara yang berlaku semasa Tajuddin Ramli berulang kembali,” ujarnya.

Sebelum ini, MAS mencatatkan kerugian bersih RM2.52 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, yang terbesar dalam sejarah korporatnya dengan pendapatan RM13.9 bilion.

Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor Disaran Tubuh GLC Untuk Baiki Jalan

jalan semenyih che rosli 02

SHAH ALAM,21 DIS : Kerajaan Selangor disarankan untuk mewujudkan sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) khus untuk membaiki jalanraya di negeri ini.

MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, kerosakan jalan dapat diatasi segera dengan wujudnya GLC ekoran kekangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak pantas.

“Pejabat Menteri Besar diharap akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk menentukan kecekapan Kerajaan Selangor dalam menangani masalah-masalah jalan ,” katanya.

Ujarnya, Kerajaan Selangor juga boleh menggunakan mana-mana GLC yang sedia bagi menjalankan tugas tersebut.

Jalan-jalan tersebut di bawah bidang kuasa Kerajaan Selangor.

“Sekarang ini Kerajaan Selangor mempunyai wang dan tiada alasan untuk tidak membaiki jalan-jalan ini dengan segera,” katanya di dalam satu sidang media di pejabatnya.

GLC ini boleh menuntut kembali wang yang digunakan untuk pembaikan jalan daripada pihak PBT selepas kerja-kerja siap dilaksanakan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Khalid Samad : MBSA Perlu Tegas Tutup Kelab Malam Haram di Shah Alam

PC Khalid Samad 01

SHAH ALAM, 21 DIS : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disarankan agar bertindak tegas terhadap sebuah premis yang beroperasi sebagai kelab malam haram di kawasan Setia Alam.

MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Datuk Bandar Shah Alam diharap menyerbu dan menutup premis tersebut yang didakwa tidak mempunyai lesen hiburan atau lesen minuman keras.

Ujarnya, premis berkenaan hanya mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan kafeteria tetapi menyalahgunakannya dengan membuka sebuah pusat hiburan.

“Mereka menyalahgunakan lesen itu dengan sokongan pihak polis untuk menjual minuman keras yang sepatutnya juga mempunyai lesen daripada pihak Jabatan Kastam dan juga MBSA.

“Kawasan Setia Alam adalah sebuah perbandaran yang di mana 70 peratusnya adalah bukan Islam.

?Namun sewajarnya pihak MBSA patut membuat pendengaran awam berhubung kebenaran membina pusat hiburan di situ,” jelas Khalid di dalam sidang media di pejabatnya.

Kata Khalid, MBSA telah mengeluarkan saman terhadap premis itu, akan tetapi tindakan tersebut dianggap tidak mencukupi.

“Saya tidak bersetuju dengan tindakan mengenakan saman kerana premis itu telah melanggar syarat dengan sengaja dan kefahaman melanggar banyak peraturan dan undang-undang kecil termasuk persoalan menjual minuman keras,” katanya.

“Sewajarnya pihak MBSA mengenakan tindakan lebih tegas dengan menggentikan operasi premis tersebut serta merta.?

Menurut laporan sebuah akhbar, premis itu dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12. Selain daripada menjual minuman keras, kelab malam itu juga mengadakan persembahan hiburan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Mengapa BN Tidak Tubuh Kabinet Bayangan Di Negeri PR

SHAH ALAM, 3 OKT: “Selain tidak disenangi rakyat Selangor, kurang kewibawaan Menteri Pertanian dan Industir Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar (MB) Selangor menjadi halangan utama untuk beliau menjawat jawatan nombor satu negeri terkaya itu.

“Selain itu, kewibawaan dan kecekapan mentadbir yang dimiliki Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga jauh meninggalkan Noh.” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

“Umno-BN tak berani letak nama Datuk Seri Noh Omar sebagai MB bayangan mereka sebab mereka tahu mereka bakal kehilangan banyak kerusi sekiranya calonkan dia dan sama juga dengan bayangan exco mereka, percakaran dalaman pasti berlaku,” ujar Khalid.

Sebelum ini, menurut satu sumber dalaman Umno, Noh Omar merupakan calon MB Selangor sekiranya Umno-BN berjaya memenangi negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Namun Noh tidak di senangi oleh banyak bahagian-bahagian Umno-BN di Selangor.

Keengganan pemimpin pusat Umno-BN mengesahkan cakap-cakap politik tersebut menyebabkan ianya semakin rancak diperkatakan dikalangan ahli-ahli Umno sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pemimpin Umno peringkat negeri.

Selangor merupakan negeri paling diidamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk dimenangi dalam PRU-13 disebabkan kekayaan yang di miliki negeri ini.

Bagaimanapun sehingga kini, Najib enggan menamakan sebarang nama sebagai MB dan barisan exco bayangan sekiranya memenangi Dewan Undangan Negeri Selangor dalam pilihan raya nanti.

Kenyataan MP Shah Alam itu ekoran cabaran pemimpin-pemimpin Umno termasuk Noh menggesa PR menamakan kabinet bayangan sekiranya berjaya menguasai Putrajaya nanti.

Dua hari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang juga mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyenaraikan kabinet bayangan BN di negeri-negeri yang di kuasa PR di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Menurut Lim, sekiranya BN tidak melakukan sebagai mana yang diharapkan dari PR maka kenyataan tersebut dianggap sebagai putar belit dan double standart BN semata-mata.