Categories
SELANGOR

Rumah Selangorku: Perbaharui pendaftaran setiap dua tahun

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 JULAI: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menetapkan setiap pemohon Rumah Selangorku perlu mendaftar semula setiap dua tahun.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, saranan itu bagi membolehkan LPHS mengenal pasti dan menentukan sama ada pemohon masih berminat untuk memiliki Rumah Selangorku.

“Ia juga bagi membolehkan Kerajaan Negeri mengambil maklum sama ada pemohon sudah memiliki rumah lain atau masih layak membeli rumah,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib berhubung program rumah mampu milik.

Iskandar berkata, rekod LPHS mendapati terdapat 145,712 pemohon mendaftar untuk Rumah Kos Rendah dan Rumah Selangorku.

Katanya, selepas pembersihan data dibuat, jumlah rekod LPHS bagaimanapun mencatatkan 36,428 pemohon sahaja.

“Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga sudah mengenal pasti keperluan perumahan, pada masa akan datang.

“Kajian berkenaan dilaksanakan Universiti Malaya (UM), pada 2011,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor: LPHS perlu diberdaya

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 MAC: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji usaha Kerajaan Negeri melaksanakan dasar pendemokrasian pemilikan rumah (house owning democracy) bagi menjamin hak rakyat memiliki kediaman sendiri.

Pelancaran-Rumah-Selangorku-di-Setia-City-Convention-Centre-MB-2Baginda bertitah, peranan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) harus diberdayakan untuk mencapai matlamat berkenaan.

Titah baginda, LPHS perlu berfungsi sebagai agensi merancang dan membangunkan perumahan serta kawasan perbandaran untuk mewujudkan persekitaran hidup berkualiti.

“Beta difahamkan lebih 20,000 unit Rumah Selangorku dalam pelbagai peringkat pembangunan sejak dilancarkan pada 2014 melalui ‘smart-partnership’ dengan pemaju.

“Kemajuan ini perlu dipantau secara berkala untuk memastikan rakyat beta dapat memiliki rumah dalam tempoh ditetapkan.

“Beta turut berkenan masalah ‘end-financing’ ditangani untuk membolehkan graduan muda dan kumpulan M40 memiliki rumah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang ke-13, di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Buat permohonan miliki kediaman dengan LPHS

SHAH ALAM 25 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyarankan orang ramai yang berpendapatan rendah dan berhasrat untuk memiliki kediaman di negeri itu supaya membuat permohonan menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Pengurus Besarnya, Azlan Md Alifah, berkata langkah itu bertujuan memudahkan pihaknya menyediakan lebih banyak rumah mampu milik sekali gus membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (3)“Kami lihat rakyat Selangor sukar untuk membeli rumah di negeri ini berikutan harga rumah yang ditawarkan pemaju lebih RM500,000 sebuah.

“Oleh itu PKNS mengambil pendekatan menyediakan rumah mampu milik dengan harga sekitar RM175,000 hingga RM250,000 (sebuah), selain memenuhi dasar kerajaan negeri untuk terus memberikan komitmen membina lebih banyak rumah mampu milik,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata rakyat Selangor yang memenuhi syarat ditetapkan serta berdaftar dengan LPHS, akan diberi keutamaan untuk memiliki kediaman yang ditawarkan PKNS.

Jelas Azlan, antara syarat untuk memiliki kediaman itu ialah pemohon mesti berumur sekurang–kurangnya 18 tahun semasa permohonan dibuat, pendapatan individu atau keluarga kurang daripada RM10,000 sebulan dan pemohon serta pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

Katanya, PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik.

“Untuk tujuan ini PKNS menyasarkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 750,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.

“Tahun 2015 ini juga merupakan tahun terpenting apabila PKNS berjaya membina sejumlah 7,500 unit rumah mampu milik di seluruh Selangor iaitu tahun pertama dalam fasa lima tahun itu,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Setahun MB: Azmin berkaliber, pentingkan rakyat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 SEP: Setahun bergelar Dato’ Menteri Besar, pentadbiran Mohamed Azmin Ali terbukti berjiwa rakyat dengan pelaksanaan pelbagai program dan manfaat untuk dinikmati penduduk Selangor.

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim, berkata permintaan Mohamed Azmin dalam penyediaan Rumah Mampu Milik tinggi sehingga menjadi cabaran besar kepada lembaga itu.

norzatonKatanya, penyediaan Rumah Mampu Milik seperti jangkaan Mohamed Azmin ketika pembentangan Belanjawan 2015 dapat diatasi dengan sembilan projek pecah tanah dengan pembinaan 20,000 unit.

“Mohamed Azmin seorang yang mementingkan rakyat. Beliau menggariskan beberapa perkara antaranya pembangunan fizikal dan insan dengan beberapa aktiviti perlu dilaksanakan.

“Memang cabaran untuk LPHS kerana kita perlu hayati dan memastikan pembangunan manusia selaras dengan pembangunan yang beliau harapkan,” katanya kepada SelangorKini.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, pula berpendapat secara keseluruhan pentadbiran Mohamed Azmin dilihat lebih teratur dan tersusun.

Katanya, Tourism Selangor berbangga sepanjang setahun pentadbiran Mohamed Azmin apabila pelbagai program dilaksanakan dan belanjawan juga diperuntukkan kepada pihaknya.

Noorul Ashikin“Beliau pemimpin yang berkaliber kerana segala perancangan berjaya dilaksanakan. Saya berharap pentadbiran beliau akan terus berjaya dan bertambah baik pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam (JAIS), Suriyani Ibrahim pula melihat pengurusan perbelanjaan Kerajaan Negeri banyak diberi perhatian kepada rakyat.

“Kita tidak terbabit secara langsung, namun saya lihat banyak program merakyatkan ekonomi dilaksanakan. Begitu juga pihak kami untuk bekerjasama dengan beliau, tiada masalah dan mudah,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kawal harga, elak spekulasi hartanah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 SEP: Rumah mampu milik di Selangor bebas daripada spekulasi hartanah apabila harganya dikawal Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Pengarah Ekesekutif LPHS, Norzaton Aini Mohd Kassim, berkata pihaknya mengenakan syarat rumah mampu milik yang dibeli tidak boleh ditukar nama kepada individu lain sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun.

norzaton“Syarat ini tidak terpakai bagi ibu bapa yang nak beri kepada anak atau sebab kasih sayang. Kita benarkan jika ia membabitkan harta pusaka atau sebab undang-undang, ,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, semalam.

Katanya, mekanisma pembelian rumah mampu milik yang dibangunkan agensi itu berkeupayaan memastikan mereka yang benar-benar berkelayakan membeli kediaman terbabit.

“Antara syarat dikenakan termasuk memberi keutamaan kepada golongan yang belum memiliki rumah dan kelayakan pendapatan yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Saya menyeru orang ramai terutama generasi muda yang berkelayakan mengambil peluang membeli rumah mampu milik yang ditawarkan Kerajaan Negeri,” katanya

-NR-

Categories
SELANGOR

Ambil peluang tambah rumah mampu milik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 SEP: Pemaju perumahan dinasihat mengambil kesempatan memperbanyakkan projek rumah mampu milik ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kejatuhan nilai ringgit,

Pengarah Ekesekutif Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim, berkata, saranan itu juga kerana permintaan rumah terbabit dijangka meningkat berbanding harga bebas disebabkan masyarakat mengamalkan sikap lebih berhati-hati untuk berbelanja.

norzaton“Orang akan berhati-hati berbelanja apabila nilai ringgit jatuh dan ekonomi tidak menentu. Pasara hartanah harga bebas mungkin terjejas disebabkan faktor terbabit.

“Kita boleh tengok di kawasan projek hartanah harga bebas terdapat banyak iklan ‘property for sale’ atau ‘for rent’ tetapi orang ramai berhati-hati untuk menyewa pada harga tinggi disebabkan ekonomi tak menentu. Mereka tahu hartanah ini juga terlibat dengan spekulasi yang harganya meningkat 40 hingga 50 peratus dan ada juga mencecah 100 peratus.

“Kebanyakan rumah harga bebas dibina merangkumi 50 hingga 70 peratus daripada keseluruhan sesuatu projek. Keperluan rumah mampu milik pula adalah 60 peratus kerana ia mempunyai permintaan tinggi walaupun wujud spekulasi bagi harga bebas,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

rumah mampu milik sutera damansara 01Beliau berkata, pemaju perumahan dapat meneruskan aktiviti memajukan projek hartanah mereka dengan membina lebih banyak rumah mampu milik yang sudah tentu mempunyai permintaan tinggi dengan cara terbabit.

Norzaton berkata, kejatuhan permintaan rumah harga bebas sedikit sebanyak mampu menjejaskan kemampuan pemaju membina rumah mampu milik disebabkan margin keuntungan yang diperoleh mereka bagi sesebuah projek hartanah harga bebas tinggi dan digunakan untuk menampung pembangunan projek rumah mampu milik.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LPHS optimis Rumah Selangorku mampu diserah menjelang 2018

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 JUN: Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) optimis sasaran 15,000 unit Rumah Selangorku mampu diserahkan menjelang 2018.

Pengarah Eksekutif LPHS, Norzaton Aini Mohd Kassim, berkata kerjasama baik yang ditunjukkan pemaju dan sambutan pemohon meyakinkan pihaknya merealisasikan impian mereka.

“Setakat Mei lalu, terdapat 13 projek melibatkan 15,721 unit Rumah Selangorku diluluskan sama ada yang akan dibina Kerajaan Negeri melalui syarikat swasta atau anak syarikat (GLC).

norzaton“Hingga kini, ada lapan lagi permohonan dan sasaran kita adalah 20,000 unit. Kita yakin mampu dicapai pada Ogos ini dan kadarnya mungkin bertambah,” katanya dalam temuramah esklusif bersama Selangor Kini.

Katanya, sebanyak 3,069 pemohon ditawarkan untuk memiliki Rumah Selangorku yang berharga RM42,000 hingga RM250,000 dari Januari hingga Mei lalu.

Beliau berkata, LPHS hanya mampu mengawal harga Rumah Selangorku dan tidak mempunyai sebarang kuasa menentukan pasaran bebas.

“Harga yang boleh kita kawal hanya Rumah Selangorku yang ditetapkan berdasarkan polisi. Rumah harga bebas di luar kawalan dan kita dapati ia sukar dikawal,” katanya.

Norzaton berkata, LPHS tidak mampu memenuhi kehendak majoriti yang mahu Rumah Selangorku dibina berdekatan dengan tempat kerja akibat masalah mendapatkan tanah terutama sekitar Shah Alam.

Beliau turut melahirkan kebimbangan berkenaan kelulusan pinjaman perumahan yang menjadi antara faktor kekangan pembeli.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: 55 projek terbengkalai dibaik pulih

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 MEI: Kerajaan Negeri menyelesaikan 55 projek terbengkalai daripada keseluruhan 262 projek melibatkan 27,234 unit, antara Mac 2008 hingga 31 Januari lalu.

Penolong Pengarah (Unit Pemantauan Projek), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Mohd Faizal Abd Kadir berkata, projek yang diselesaikan itu ada berlesen dan tidak berlesen.

Beliau berkata, sebanyak 31 projek berlesen melibatkan 17,489 unit diikuti 24 projek tanpa lesen 9,745 unit.

Selangor-Rumah-TerbengkalaiLima projek disiapkan pada 2014 melibatkan 3,596 unit daripada jumlah projek berlesen yang diselesaikan.

“Antara projek itu ialah Nusa Mewah Villa Kondominium, Bukit Pandan, Ampang dalam seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Taman Kajang Villa, Hulu Langat dalam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Taman Kenanga, Dengkil, Sepang (MPSp).

“Dua projek lagi ialah pangsapuri Lengkungan Kampung Nelayan, Taman Sri Nelayan, Klang dalam Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan pangsapuri Bandar Baru Kundang, Rawang di Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Projek Angsana Hilir, Pangsapuri Blok D, Taman Sri Angsana, Ampang melibatkan 165 unit disiapkan, awal tahun ini.

Bagi projek tidak berlesen, tiga projek disiapkan pada 2014 manakala satu projek yang melibatkan 1,529 unit siap awal tahun ini.

PECAHAN 55 PROJEK TERBENGKALAI YANG DIBAIK PULIH

Kategori Jumlah projek Unit
Projek berlesen 31 17,489
Projek tanpa lesen 24 9,745

Categories
NASIONAL SELANGOR

Iskandar : 19 Projek Perumahan Terbengkalai Akan Diselamatkan

iskandar speech red RMM 02

 

SHAH ALAM 8 JULAI : Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengenalpasti 19 projek perumahan terbengkalai di Selangor pada tahun ini yang berpotensi untuk dibaikpulihkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata, dari jumlah tersebut, pemaju penyelamat sedang menjalankan kerja baikpulih empat projek.

Manakala 15 yang lain sedang dalam proses perbincangan untuk tujuan sama dengan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT).

Katanya, biarpun pada dasarnya bidang kuasa terletak di bawah Kementerian Perumahan namun Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bagi mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor.

Antara langkah yang diambil mewujudkan JPPT yang dianggotai Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar serta jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

“Kaedah lain adalah perbincangan berkala bersama semua jabatan teknikal dengan mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek itu disambung semula dengan kos tambahan kecil tanpa mengabaikan aspek keselamatan.?

Iskandar berkata demikian kepada pertanyaan diajukan Adun Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

“Yang seterusnya mengatur pertemuan dengn institusi kewangan sebagai pembiaya di samping perbincangan dengan Jabatan Insolvensi bagi pemaju bermasalah dengan LPHS bertindak mencadangkan projek untuk dipulihkan kepada pemaju penyelamat.”

Categories
NASIONAL SELANGOR

Iskandar : 15,105 Ditawar Miliki Rumah Kos Rendah

iskandar-11

SHAH ALAM 2 JULAI : Seramai 15,105 orang pemohon ditawarkan untuk memiliki rumah kos rendah dari tempoh 2008 hingga 2013.

Manakala seramai 1,568 pemohon ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk memiliki Rumah Mampu Milik sejak ia diperkenalkan dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013.

Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata bilangan itu adalah pemohon yang dibantu untuk memiliki rumah sendiri.

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Negeri juga sudah melaksanakan penambahbaikan kepada proses penawaran rumah kos rendah.

“Antaranya pemilihan nama-nama pemohon yang berjaya ditawarkan dilakukan oleh satu jawatankuasa berpusat kendalian Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk memastikan pengagihan yang adil dan bebas.

“Selain itu, mempamerkan nama-nama pemohon yang berjaya bagi projek-projek baru pada laman web LPHS selama dua minggu untuk memberi peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk melakukan bantahan,” katanya yang menjawab pertanyaan lisan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) ketika sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Selain itu, beliau memaklumkan Kerajaan Negeri kini pada peringkat akhir rundingan dengan pihak bank untuk mendapatkan pinjaman perumahan bagi pembeli-pembeli rumah kos rendah di Rimba Jaya (Shah Alam)dan Sungai Sering (Hulu Kelang).

Katanya, ia sebagai usaha Kerajaan Negeri membantu penduduk mendapatkan pinjaman perumahan.

 

Categories
SELANGOR

Selangor Bina 5,000 Unit Rumah Mampu Milik Pasang Siap Dalam Lima Tahun

rumah mampu milik sept 2012 01

SUBANG JAYA 21 MAC : Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mensasarkan untuk membina 5,000 unit rumah mampu milik dalam lima tahun akan datang dengan menggunakan konsep pasang siap Pre-fabricated (IBS).

Ketua Bahagian Perumahan LPHS, Mohamad Hafiz Hassan menjelaskan, untuk permulaan, peruntukkan RM 50 juta akan digunakan sebagai dana pusingan bagi tujuan membangunan projek perintis rumah mampu milik itu.

Projek tersebut dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2013.

“LPHS diberikan mandat untuk menyelaras projek ini yang dianggarkan menawarkan lebih 250 unit di kawasan Lembah Klang di atas tanah milik Kerajaan Negeri dengan keluasan tiga hingga lima ekar yang sedang dikenalpasti.

“Selanjutnya Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sekurang-kurangnya sebanyak 5,000 unit rumah dengan konsep ini dalam tempoh lima tahun sehingga tahun 2017,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Mohamad Hafiz, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji insentif khas untuk mengalakkan pemaju swasta menggunakan konsep pre-fabricated IBS.

Insentif tersebut termasuk mengenakan kadar premium tanah yang nominal dan pengecualian sumbangan ‘Improvement Service Fund’ atau dana perkhidmatan penambahbaikan.

Beliau menambah, rumah mampu milik pasang siap ini merupakan penambahan kepada dasar rumah mampu milik yang dijalankan Kerajaan Selangor dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Sehingga kini, sebanyak 2,151 projek rumah mampu milik telah dimulakan pembinaan.

Dianggarkan sebanyak 10,407 unit rumah lagi akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sehingga tahun 2021.

Categories
SELANGOR

Datuk Bandar PJ Baru Amalkan Dasar Pintu Terbuka

MBPJ Alinah Serah Tugas 02

PETALING JAYA 2 Dis : Warga Petaling Jaya akan dapat menengahkan aduan mereka secara terus kepada Datuk Bandar baru Datin Paduka Alinah Ahmad, yang mahu mengamalkan dasar pintu terbuka atau ?open door policy?.

Melalui dasar tersebut, Alinah antara lain akan memberi ruang selama sejam pada setiap hari bekerja untuk warga Petaling Jaya bertemu dan memanjangkan aduan kepadanya sendiri secara empat mata.

“Semua orang boleh berjumpa saya pada setiap hari dengan mengadakan temujanji terlebih dahulu.

“Ini juga merupakan salah satu cara untuk menilai samada perkhidmatan atau apa yang MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) lakukan menepati ‘expectation’ warga Petaling Jaya,” jelas beliau yang memulakan tugas hari ini.

Beliau juga akan menekankan dasar menyelesaikan aduan orang ramai dalam dua minggu.

“Saya sendiri akan mengadakan mesyuarat ‘follow up’ setiap dua minggu sekali, seterusnya memastikan agar masalah-masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin selewat-lewatnya dua minggu,” tegas Datuk Bandar Wanita Pertama Malaysia ini.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Upacara Penyerahan Nota Serahan Tugas Datuk Bandar Petaling Jaya pagi tadi.

Selain itu, Alinah berkata beliau sendiri akan turun padang memantau warga kerjanya untuk memastikan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan efisien.

“Saya tidak akan memberitahu sesiapa. Sebaliknya saya lebih suka mengadakan ‘suprise visit’ kerana dengan itu baru kita tahu samada mereka buat kerja atau tidak,” jelasnya lagi.

Beliau juga akan memberi perhatian kepada pengurusan aset MBPJ selain perancangan untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandaraya bertaraf dunia.

Pagi tadi, Alinah menandatangani Nota Serahan Tugas Datuk Bandar Petaling Jaya dengan disaksikan Timbalan Datuk Bandar, Puasa Md Taib dan di hadapan ahli-ahli majlis MBPJ di Dewan Bunga Tanjung Ibu Pejabat MBPJ,

Alinah sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) selain pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Kuala Langat dan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) Setiausaha Kerajaan Negeri.