Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Kami terhutang budi, namun tak dapat beri ‘bonus’ penjawat awam Persekutuan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 NOV: Kerajaan Negeri sentiasa menghargai komitmen anggota perkhidmatan awam termasuk yang bertugas di bawah payung Kerajaan Persekutuan, yang bertugas di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk anggota Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, kumpulan lain termasuk mereka yang bekerja di kamar penasihat undang-undang negeri, hospital dan penjara.

“Kerajaan Negeri dan rakyat terhutang budi kepada semua penjawat awam di atas khidmat cemerlang mereka.

“Namun saya minta maaf tidak dapat memberikan bonus kepada mereka di jabatan persekutuan untuk ketika ini.

“Saya percaya dan yakin senario itu akan berubah dalam masa terdekat, pada ketika itu pegawai negeri dan persekutuan dapat pembelaan adil dan saksama,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Apresiasi Hasil dan Belanjawan Negeri Selangor, di sebuah hotel, di sini, semalam.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2018, Mohamed Azmin mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan bagi penjawat awam berupa tiga bulan gaji, dengan peruntukan RM94.65 juta.

Pembayaran dua bulan sudahpun dilakukan pada pertengahan Jun lalu sempena Eidul Fitr sementara baki sebulan akan dibayar pada 21 Disember ini.

Sementara itu, Kerajaan Persekutuan ketika Bajet 2018 mengumumkan bayaran khas RM1,500 kepada penjawat awam.

Ia akan disalurkan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang sambutan Eidul Fitr tahun hadapan.

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

1MDB: Terus terang, usah bersembunyi lagi

OLEH Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Media-media antarabangsa dan portal-portal berita utama semalam melaporkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengambil tindakan undang-undang untuk menyita hartanah bernilai lebih daripada US$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB yang merupakan sebahagian daripada US$3.5 bilion yang dilarikan dari institusi itu dalam salahlaku pecah amanah.

Mengambil kira perkembangan ini yang dilaporkan media utama kecuali media kawalan UMNO-BN, Perdana Menteri kini perlu berterus terang tentang perkara ini yang tidak dapat disembunyikan lagi. Beliau juga tidak boleh lagi berpura-pura yang skandal ini tidak memalukan negara.

Bercakap pada sidang media, Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch berkata pegawai-pegawai 1MDB memperlakukan dana pelaburan negara itu seperti “akaun bank peribadi” mereka dan “menyonglap berbilion dollar dari rakyat Malaysia”.

Menurutnya, langkah Amerika Syarikat ini dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha mereka “menentang rasuah global” demi memastikan Amerika Syarikat tidak menjadi “tempat selamat buat mereka yang menggunakan dana awam demi kepentingan peribadi”.

1MDBAkhirnya, setelah sekian lama cuba menyembunyikan ibu segala skandal kewangan di Malaysia ini, kebenaran berkaitan 1MDB akhirnya terbongkar jua.

Ia mengesahkan dengan jelas bahawa sememangnya wujud satu konspirasi untuk menipu dan membersihkan berilion dolar wang pembayar cukai yang disonglap mereka yang rapat dengan pemerintah tertinggi negara.

Walaupun nama Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak tidak disebut, namun nama anak tirinya Riza Aziz, Jho Low dan pegawai-pegawai kerajaan Abu Dhabi dipetik dalam sidang media semalam.

Aset-aset yang terlibat termasuklah rumah penthouse, karya seni, jet peribadi dan kutipan dari filem “Wolf of Wall Street” yang didakwa diperolehi secara tidak sah menerusi wang yang dilencongkan dari 1MDB sewaktu Najib menjadi pengerusinya.

Seperti kita nyatakan sebelum ini, keputusan Najib Razak memecat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggantikan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan mengenepikan pegawai-pegawai tertinggi SPRM yang terlibat aktif dalam siasatan 1MDB memberi petunjuk jelas akan konspirasi untuk menutup skandal ini.

Mengambil kira perkembangan terbaru ini, Perdana Menteri tidak dapat lagi mengunci mulutnya dan perlu menjelaskan kepada negara tentang skandal ini.

 

Categories
SELANGOR

MB umum peruntukan tambahan HIJRAH RM11 juta untuk peniaga Sabak Bernam

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 12 MEI: Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Kerajaan Negeri menambah peruntukan tambahan pembiayaan perniagaan HIJRAH sebanyak RM11 juta kepada peniaga di Sabak Bernam.

Peruntukan tambahan itu dibuat apabila Kerajaan Negeri mendapati jumlah usahawan HIJRAH di Sabak Bernam bukan sahaja merupakan peserta tertinggi, malah mempunyai rekod bayaran balik terbaik.

MB HIJRAH SG BESAR 2“Rekod HIJRAH membuktikan orang Sabak Bernam bukan sahaja mendapat pembiayaan tertinggi tetapi mereka juga kumpulan membayar balik pembiayaan terbaik dalam rekod Selangor dan yang terbanyak adalah wanita.

“Oleh kerana kejayaan itu, Saya ingin mengumumkan peruntukan tambahan khusus bagi Daerah Sabak Bernam sebanyak RM11 juta lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan HIJRAH Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, hari ini.

Jelasnya, statistik menunjukkan seramai 2,963 usahawan di Sabak Bernam mendapat pembiayaan Hijrah dengan melibatkan kos sebanyak RM13.9 juta sejak Hijrah dilancarkan.
“Selain merekodkan prestasi bayaran balik yang baik, peserta pertama layak mendapat pembiayaan maksima sebanyak RM50,000 juga merupakan seorang usahawan di Sabak Bernam,” katanya.

Sementara itu pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan Hijrah Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam, Mohamed Azmin menyerahkan replika cek pembiayaan bernilai RM7,005,000 kepada wakil usahawan, Mohd Badri Ismail.

-nR-

Categories
NASIONAL

Halang Azmin, ‘drama besar’ Adenan selindung kegusaran – Xavier

OLEH NAEEM RAFFI

KUCHING, 6 MEI : Naib Presiden KEADILAN, Dr Xavier Jayakumar menyifatkan tindakan menghalang pemimpin Pakatan memasuki Sarawak sebagai ‘drama besar’ Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem yang menyalahguna kuasa dengan menjadikan autonomi sebagai alasan.

Katanya, penahanan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali daripada memasuki Sarawak pagi tadi jelas mencerminkan kegusaran pemerintah terhadap kemaraan KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

xavier-jayakumar“Di penghujung waktu berkempen, Mohamed Azmin dihalang masuk atas alasan apa?

“Kalau autonomi menjadi alasan pemerintah, ini adalah sebuah ‘drama besar’ kerana mereka melaungkan demokrasi, beri masa berkempen tetapi sekat pemimpin politik untuk masuk Sarawak,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pagi tadi.

Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN dihalang memasuki Sarawak sehingga tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Beliau yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, jam 10.10 pagi tadi ditahan di kaunter pemeriksaan imigresen dan diarahkan pulang serta merta dengan penerbangan ke KLIA, jam 10.50 pagi.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Zakaria Abdul Hamid yang tiba bersamanya dibenarkan masuk.

Dalam satu kenyataan, Mohamed Azmin menggesa Adenan bertanggungjawab terhadap situasi itu.

“Seperti saya sebut seminggu lalu, pendirian angkuh Adenan terhadap rakan senegaranya ini adalah tindakan melampaui batas dan ia mempamerkan wajah sebenar beliau yang menggunakan kuasa eksekutif secara sesuka hati.

“Adenan perlu bertanggungjawab terhadap situasi yang amat dikesali ini. Pada masa sama, saya bersimpati dengan beliau kerana terpaksa menggunakan taktik sebegini dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak,” katanya.

Mohamed Azmin sebelumnya dijadualkan menghadiri beberapa sesi Walkabout bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, Voon Shiak Ni sebelum menghadiri ceramah Grand Finale di Dun Serembu, kira-kira jam 7.30 malam ini.

-nR-

Categories
SELANGOR

Persimpangan bertingkat Seksyen 7 dibuka hari ini

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 28 APR: Persimpangan bertingkat Seksyen 7 yang memberi manfaat kepada lebih 100,000 kenderaan khususnya penduduk sekitar secara rasminya dibuka kepada lalu lintas hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Raja Shahreen Raja Othman, berkata persimpangan itu juga dijangka mengurangkan 43 peratus kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

IMG_2973 a“Ia dijangka menyuraikan kepadatan trafik sedia ada terutama di Persiaran Kayangan, Persiaran Permai, Lorong Keluli, Persiaran Bestari, Padang Jawa, Jalan Plumbum, Jalan Kristal dan Jalan Platinum.

“Sebelum ini penduduk terpaksa melalui perjalanan jauh dan berhadapan kesesakan lalu lintas setiap hari terutamanya pada waktu puncak,” katanya.

Majlis pembukaan persimpangan bertingkat itu dirasmikan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affandi Aminuddin, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Alifiah dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman.

IMG_3008 aSementara itu, Azlan berkata projek yang menelan kos kira-kira RM50 juta itu mula dibina pada 2 April 2012 dan mengambil masa tiga tahun untuk siap sepenuhnya.

Katanya, inisiatif Kerajaan Negeri melalui MBI itu selaras dengan gagasan Smart Selangor dalam membawa perubahan akses pengangkutan yang lebih cekap.

“Konsep menang-menang diamalkan Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan serta pemaju perlu dicontohi dan diperluaskan demi manfaat rakyat seluruhnya.

“Pembinaan dari Lebuhraya Persekutuan ke pembangunan di Seksyen 7 di sini, dibuat sebagai usaha untuk penyuraian aliran trafik yang efisien bagi pembangunan di kawasan ini,” katanya.

Persimpangan bertingkat sepanjang lima kilometer (KM) dengan lorong tol itu dipantau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS.

Projek terbabit milik penuh MBI dan PKNS adalah pengurus projek.

-nR-

Categories
SELANGOR

Lapor jalan rosak di hujung jari dengan apps Waze

OLEH: NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 22 APR: Aduan kerosakkan jalan raya Selangor bakal menjadi lebih mudah apabila Kerajaan Negeri dan syarikat pengendali aplikasi Waze bersetuju menjalin kerjasama meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pelaksanaan sistem itu selaras dengan gagasan Smart Selangor yang menerapkan kaedah ‘smart solution’ dalam pelbagai tujuan terutama melibatkan kepentingan rakyat.

Azmin-Rakyat“Masalah harian rakyat seperti jalan berlubang boleh diselesaikan secara pintar menggunakan aplikasi seperti Waze.

“Menerusinya, pengguna jalan raya yang terjumpa lubang akan tandakan dalam aplikasi Waze. Kemudian ia akan dikesan pada papan pemuka PBT dan dalam kurang daripada 72 jam PBT dapat mengesan kedudukan tepat menggunakan kordinat bagi memastikan aduan rakyat ini dapat ditangani secara pintar dan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2015 di Hotel De Palma di sini, malam tadi.

Mohamed Azmin berkata, sebagai permulaan sistem tersebut akan dilaksanakan di enam pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Waze merupakan aplikasi popular bagi kebanyakkan pengguna jalan raya sebagai panduan arah menuju destinasi dikehendaki.

-nR-

MB : 122 projek terbengkalai diwarisi sejak zaman BN

Selepas 12 tahun, penduduk Perumahan Pangsapuri Sri Indah (Fasa 1) Lestari Perdana menerima sijil layak menduduki. Menteri Besar Selangor turut mengumumkan empat projek dikenalpasti dan diberi persetujuan untuk dipulihkan menerusi dana Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT)

MB sahkan mengadap sultan esok

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan akan menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

MB : Ramadhan bulan anugerah Allah

MB Soal jawab sidang media EXCO

Insentif Perkahwinan Belia Selangor

Menerusi Belanjawan Selangor 2013 , Menteri Besar Selangor mengumumkan pemberian insentif perkahwinan kepada PASANGAN belia yang layak sebanyak RM200.

Tetapi bermula 1 Januari 2013 insentif tersebut dinaikkan kepada RM500.

Tender jambatan ketiga Klang diumum Februari

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tender pembinaan jambatan ketiga Klang akan dikeluarkan akhir Februari ini bagi membantu menyuraikan masalah trafik di daerah itu. Manakala pembinaannya dijangka pada Mac.

Sementara itu, lebih 2,000 rakyat pelbagai kaum memeriahi pesta perayaan Chap Goh Meh di Jalan Pasar, Klang yang turut dihadiri Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh; Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim; Yang Dipertua MPK, Datuk Mohammad Yacob, selain ahli parlimen dan Adun.