Categories
SELANGOR

Rakyat bangga, Kerajaan Negeri tak abai desa dan pendidikan

Oleh: ANNA FARINA dan SHAF GAFIE

SHAH ALAM, 26 NOV: Rakyat di negeri ini menyambut baik pembentangan Belanjawan Selangor 2015 apabila turut memberikan tumpuan kepada desa dan pendidikan yang disifatkan bertepatan.

Namun, ,ereka juga berpandangan penggunaan wang secara cermat harus terus diutamakan Kerajaan Negeri.

10352148_818857948178553_7046295858563244909_nBagi Nurul Hazwani, 24, pembangunan di desa memerlukan keseimbangan antara pembangunan ekonomi, prasarana dan masyarakat tanpa melunturkan suasana desa yang permai.

“Kawasan luar bandar memang harus diberi perhatian. Saya tengok belanjawan kali ini banyak diperuntukkan untuk membangunkan luar bandar dan hal ini baik daripada aspek kemudahan, keselesaan, membaik pulih, bahkan masyarakat desa sendiri.

“Apa yang saya boleh katakan, semoga bajet yang diberikan dapat digunakan dengan baik. Kita mahu tengok kawasan desa di Selangor ini ada perubahan tetapi mengekalkan suasana yang permai,” katanya.

DSC_3413Sementara itu, Aziz Ahmad, 50, berkata peruntukan pendidikan khususnya agama perlu diberi perhatian yang lebih banyak lagi waalupun apa yang dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2015 turut memasukkan bantuan serta peruntukan untuk sekolah tahfiz dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

“Untuk belanjawan kali ini baik.  Tapi pandangan peribadi saya, speruntukan pendidikan perlu lebih banyak lagi sebenarnya kalau di Selangor ini.

“Kerajaan Negeri perlu lihat sekolah agama di seluruh Selangor ini. Berapa banyak sekolah agama yang perlu diberi perhatian dari segi kemudahan, keperluan dan pelbagai lagi,” katanya.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Amirul Hafiz, pula mengalu-alukan sokongan Kerajaan Negeri kepada kebajikan mahasiswa dan berharap negeri lain mencontohi jejak pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

“Saya tidak berapa mengikuti Belanjawan Selangor kali ini. Yang saya tahu, peruntukan untuk Hadiah Anak Masuk Universiti harus dipuji. Peruntukan bernilai RM1000 itu sangat membantu pelajar sebenarnya.

“Jika hanya mengharapkan pinjaman, ia hanya lepas untuk bayar yuran universiti. Untung anak Selangor dan saya harap negeri lain dapat beri amaun sebegitu juga,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tenaga pengajar profesional kaedah tingkat taraf pendidikan OKU

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Negeri disaran mengambil beberapa inisiatif dalam usaha mempertingkat sistem pendidikan untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Penjawat awam, Mohd Mustakhim Abdul Rahim, 28, menyarankan Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas bagi memberi latihan khusus kepada tenaga pengajar.

oku“Bukan mudah untuk mengendalikan kanak-kanak istimewa ini, jadi tenaga pengajar yang profesional perlu ada.

“Kita mahu golongan ini berminat untuk belajar, tahu berdikari dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi demi masa depan mereka,” kata bapa kepada dua anak ini kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Semalam, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan Kerajaan Negeri akan membangunkan kemudahan pendidikan pra-sekolah OKU bagi memastikan golongan itu menikmati pendidikan awal seperti kanak-kanak lain.

Katanya, Kerajaan Negeri bersedia menyiapkan kemudahan asas, namun memerlukan dokongan pihak swasta untuk latihan perguruan, kurikulum dan perkara lain berkaitan.

20141112_115246Mengulas hasrat itu, Rosyidah Bai, 39, dari Pelabuhan Klang berharap Kerajaan Negeri dapat mengikuti inisiatif negara luar dalam menyediakan pendidikan kepada golongan OKU.

“Di sini, golongan OKU perlu ke sekolah hingga adakalanya membebankan ibu bapa yang susah kerana perlu berkejar ke tempat kerja dan urusan sara diri lain, akhirnya anak tidak lagi ke sekolah.

“Berbeza dengan negara luar apabila ada tenaga pengajar datang ke rumah dan pembangunan program profesional khusus untuk mendidik anak istimewa.

“Yang penting, kos yang dikenakan nanti jangan membebankan ibu bapa,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Yayasan Selangor terus pacu kecemerlangan pendidikan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 OGOS: Kecemerlangan dalam pendidikan menjadi fokus utama Yayasan Selangor ke arah menjadi organisasi yang berjaya di negeri itu.

Yayasan Selangor terus berusaha membantu menaja pelajar anak negeri itu demi melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang ke arah kemajuan negeri khasnya dan negara amnya.

Pengurus Besarnya, Ismail Idris, berkata beliau akan memberi fokus supaya yayasan itu berada di tahap membanggakan membabitkan aspek kemampuan, kredibiliti, kapasiti dan kualiti.

UNISEL Yayasan Selangor biasiswa 02Katanya, Yayasan Selangor perlu mencari sumber kewangan sendiri antaranya melalui hasil sewaan bangunan, rumah kedai dan hasil pertanian seperti kelapa sawit.

“Yayasan Selangor ibarat kapal yang sudah bersedia dengan anak kapalnya, namun tiada ketua. Bila saya menyertainya, maka kena pastikan warga kerja sudah bersedia dan perlu bertindak profesional dengan perubahan cara berfikir demi kebaikan bersama.

“Bagi perancangan masa depan, kita akan gerakkan pembangunan sendiri selain pembangunan tanah pertanian hak milik Yayasan Selangor supaya ia menjadi produktif yang turut membabitkan aset yayasan seperti projek di Bukit Bintang, Kampung Pandan, Shah Alam dan Klang,” katanya dalam sesi temuramah khas dengan Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Ismail berkata, konsep ‘Merakyatkan Pendidikan Selangor’ memberi kemudahan kepada pelajar di semua daerah dan zon negeri itu kerana pihaknya akan menaja lebih ramai golongan terbabit termasuk sekolah agama serta maahad tahfiz.

“Kita nak pastikan anak Selangor ini dapat merasai pembelaan sewajarnya. Semua pelajar tajaan Yayasan Selangor sentiasa dipantau prestasinya supaya mampu mencapai tahap pencapaian ditetapkan.

Logo-Yayasan-Selangor“Yayasan Selangor turut bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tujuan itu. Kita juga sudah banyak melahirkan golongan tenaga profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing dan ramai alumni yayasan yang boleh dibanggakan contohnya ada menjadi ahli politik, arkitek, doktor, pensyarah, ahli perniagaan, selain pegawai polis serta tentera berpangkat tinggi.

“Antara yang boleh dinyatakan adaalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi dan Prinsipal RSP Architects Sdn Bhd, Ar Hud Abu Bakar,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kecemerlangan MB tadbir negeri, Yayasan Selangor terap konsep sama

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 OGOS: Kepimpinan cemerlang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerapkan konsep korporat di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri yang membawa keuntungan kepada rakyat akan dicontohi Yayasan Selangor demi kemajuan bidang pendidikan di negeri itu.

Di bawah kepimpinan Abdul Khalid sejak menerajui Kerajaan Negeri, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) menjadi teras utama demi menjaga kebajikan rakyat.

Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ismail Idris, berkata hal itu bersesuaian dengan latar belakang Abdul Khalid sebagai tokoh korporat terkenal, bahkan idea dan perancangan dijayakan bagi kemajuan Selangor adalah tepat.

UNISEL Yayasan Selangor biasiswa 02Katanya, Menteri Besar menjalankan tugasnya dengan hebat apabila semua konsep diterapkannya berasaskan koporat dengan penambahan pendapatan menjadi keutamaan.

“Cara yang Abdul Khalid buat ini memang betul untuk Selangor. Secara peribadi, saya ingin menerapkan nilai yang sama di Yayasan Selangor iaitu berimej koporat dan berasaskan perniagaan.

“Dalam pendidikan, kita kena jana pendapatan untuk kemajuan serta tempoh jangka panjang. Maka, kalau Yayasan Selangor diuruskan dengan betul, anak Selangor yang akan dihasilkan mempunyai nilai tersendiri dan membantu kembali ekonomi negeri khasnya dan Malaysia amnya,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Penerapan nilai sama dirancang Ismail dilihat bersesuaian dengan motto yayasan iaitu “Merakyatkan Pendidikan Selangor” iaitu kepentingan pendidikan kepada rakyat bagi melahirkan modal insan berkualiti dan berhemah tinggi.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA

Krisis Pendidikan Negara, Malaysia patut dapat Menteri baru

Oleh: Lim Kit Siang

Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia

MuhyidinPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk mengurangkan kerosakan besar yang timbul berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membisukan diri selama tiga minggu tanpa memberi sebarang respons tentang tiga khabar buruk berkenaan kemerosotan mutu pendidikan negara ini, iaitu:

* Pencapaian buruk dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) 2011;

* Pencapaian buruk dalam PISA (Programme for International Student Assessment) 2012; dan

* Laporan buruk oleh Bank Dunia dalam Malaysia Economic Monitor yang bertema “High-Performing Education”.

Menerusi Facebook beliau kelmarin, Najib mengatakan bahawa Malaysia mampu menyediakan sistem pendidikan terbaik dengan kerjasama semua pemegang kepentingan, iaitu ibu-bapa, pendidik dan pelajar sendiri.

Beliau menyifatkan soal pendidikan sebagai perkara yang amat beliau ambil berat dan mengakui bahawa pelbagai usaha telah diadakan untuk memperkukuh sistem pendidikan negara yang “merangkumi semua aspek pembangunan modal insan secara menyeluruh, selain merapatkan jurang pendidikan antara pelajar di bandar dan luar bandar.”

Ujar beliau: “Kita hanya dapat menghasilkan modal insan yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang holistik. Kerana itu, saya menyokong sebarang usaha pembangunan pendidikan seperti yang dirumuskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan.”

Sistem pendidikan adalah salah satu daripada janji yang gagal ditepati oleh Najib menerusi slogan “Janji Ditepati”.

najibyidinPerdana Menteri telah melakukan percubaan berani untuk memulihkan keyakinan orang awam terhadap sistem pendidikan kebangsaan dan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang cuba untuk melonjakkan sistem pendidikan Malaysia dalam tempoh 13 tahun dari tangga sepertiga tercorot di peringkat antarabangsa ke arah menjadi sebuah sistem bertaraf dunia.

Namun usaha Najib untuk menangani krisis pendidikan tidak memadai memandangkan beliau mempunyai seorang Menteri Pendidikan yang telah menunjukkan sikap tidak peduli dan tidak endah tentang tahap pendidikan Malaysia yang semakin merosot apabila Muhyiddin membisu seribu bahasa sepanjang tiga minggu yang lalu ketika berdepan dengan tiga musibah pendidikan.

Muhyiddin mahu pun Najib belum mampu menjelaskan “ciri unik” sistem pendidikan negara di mana tahun demi tahun pelajar Malaysia menunjukkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan tempatan seperti UPSR dan PMR, dengan semakin banyak pelajar mendapat gred A dalam semua subjek, tetapi pada masa yang sama pencapaian mereka merosot berdasarkan ujian penilaian antarabangsa empat tahunan TIMSS dan tiga tahunan PISA.

TIMSSjpgSebagai contoh, sewaktu Malaysia kali pertama ikut serta dalam TIMSS pada tahun 1999, mata yang diperolehi bagi subjek Matematik (519 mata) dan Sains (492 mata) berada di atas kadar purata antarabangsa dan kita menduduki tangga ke-16 dari 38 buah negara bagi subjek Matematik dan ke-22 bagi Sains.

Untuk TIMSS tahun 2003, pencapaian Malaysia hampir sama seperti di tahun 1999. Mata Sains meningkat sedikit dan kekal di atas kadar purata antarabangsa, manakala mata Matematik merosot sedikit, tetapi masih kekal di atas kadar purata antarabangsa, dan kedudukan negara ini meningkat ke tangga ke-10 di kalangan 45 buah negara.

Bagaimanapun, pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMSS 2007 dan 2011 merosot teruk berbanding rakan-rakan sebaya mereka dari negara lain.

Bagi tahun 2011, mata Matematik jatuh ke 440 mata (tangga ke-26 di kalangan 42 buah negara) dan mata Sains jatuh ke 426 mata (ke-32 di kalangan 42 buah negara).

Dalam empat TIMSS dari tahun 1999-2011, Malaysia adalah negara paling teruk merosot matanya di kalangan negara yang terbabit dalam ujian bagi kedua-dua subjek matematik dan sains: mata matematik merosot sebanyak 79 mata dari 519 di tahun 1999 ke 440 pada tahun 2011; mata sains merosot sebanyak 66 mata dari 492 di tahun 1999 ke 426 mata di tahun 2011.

Muhyiddin dan juga Najib belum mampu mengemukakan penjelasan yang baik tentang kemerosotan standar pendidikan sekolah-sekolah kita, sama ada berdasarkan TIMSS atau PISA, yang sedemikian parah sejak sedekad yang lalu.

timss_1Tiada seorang pun di antara kedua-dua mereka menjelaskan tentang bagaimana kerajaan boleh membelanjakan RM20 juta untuk membayar khidmat perunding asing bagi menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mengandungi matlamat “dongengan” yang memerlukan pelajar Malaysia melakukan tiga keajaiban dalam tempoh 13 tahun Tiga Gelombang pelan pendidikan untuk melonjak dari tangga sepertiga tercorot dalam PISA dan TIMSS ke tangga sepertiga teratas – “lonjakan berganda” tahap pendidikan yang tidak pernah berjaya dilakukan oleh mana-mana negara atas muka bumi ini!

Saya telah berulangkali bertanya kepada Muhyiddin sama ada beliau benar-benar percaya bahawa pelajar Malaysia mampu mencipta rekod dunia melonjak dari tangga sepertiga tercorot ke tangga sepertiga teratas dalam PISA dan TIMSS dalam tempoh 13 tahun.

Namun beliau dan juga para perancang pendidikan di Kementerian Pendidikan membisu seribu bahasa, dan begitu juga McKinsey & Co, perunding asing yang menerima bayaran RM20 juta untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan!

Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia dari kedudukan sekarang yang serba sederhana.

Jika Muhyiddin masih merasakan dirinya seorang Menteri Pendidikan yang baik, maka beliau seharusnya mengalu-alukan persidangan khas Parlimen dalam bulan Januari untuk membincangkan krisi pendidikan negara dan membuktikan beliau layak memegang teraju pendidikan negara ini.

Jika tidak, mungkin Najib patut mengambil peluang daripada rombakan Kabinet yang akan dibuat bagi melantik Menteri Pendidikan baru yang mampu memberi khidmat yang wajar kepada negara dan generasi masa depan memandangkan mutu sistem pendidikan negara adalah berkait rapat dengan masa depan ekonominya.

* Lim Kit Siang adalah Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah

Categories
SELANGOR

Sebanyak 52 SJKC terima bantuan pendidikan fasa kedua

Oleh Siraj Mohd Zaini

SHAH ALAM 19 DIS – Sebanyak 52 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Selangor menerima bantuan pendidikan berjumlah RM 1.33 juta.

Ia adalah bantuan kewangan fasa kedua bagi tahun 2013 melalui dasar Kerajaan Selangor yang memperuntuk RM4 juta kepada setiap SJKC yang layak di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah berkata Kerajaan Negeri menjadikan pendidikan sebagai agenda utama pentadbirannya.

“Pendidikan adalah agenda utama Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mengamal ‘accountibility’ dan setiap peruntukan hendaklah digunakan sebaik-baiknya. Jika atap sekolah perlu pembaikan, gunakan dengan betul,” katanya.

Sumbangan disampaikan Dr Halimah di ruang legar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini. Turut hadir sebahagian Exco Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil SJKC.

1IMG_1866

Sepanjang tahun ini, sebanyak 108 SJKC menerima bantuan itu termasuk bantuan fasa pertama yang diselesaikan sebelum Mei lalu.

Selain SJKC, Kerajaan Negeri juga memperuntuk RM4 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sejak tahun 2009.

Rata-rata wakil SJKC mengucapkan terima kasih atas sumbangan berterusan itu.

IMG_1883Wakil SJKC Sin Ming Semenyih, Tean Khh Keng, 61, menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana tidak mengabaipendidikan sekolah Cina.

“Bantuan ini akan digunakan untuk membaikpulih beberapa infrastruktur di sekolah saya,” katanya.

Lim Leong Cheok, 44, dari SJKC Kampung Baru Ampang pula berharap lebih banyak bantuan diberi pada masa akan datang kerana tidak semua SJKC ada kewangan yang baik.

“Saya lihat Kerajaan Negeri bersikap adil kepada semua. Pada masa akan datang, saya berharap perlu ada perhatian lebih khusus kepada SJKC yang lebih memerlukan,” katanya.

Categories
NASIONAL

Anwar : Dunia Islam perlu reformasi pendidikan hadapi globalisasi

WASHINGTON, AS – 12 DIS: Reformasi pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam perlu berkembang tanpa meninggalkan tradisi kajian keilmuan Al-Quran dan Hadis bagi menyesuaikan diri dengan cabaran globalisasi dan pembaharuan intelektual.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau bimbang apabila keperluan mendemokrasikan akses pendidikan masih menjadi masalah yang berpanjangan di negara-negara Islam.

“Krisis pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara. Salah satu ialah kurangnya memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-ekonomi,” kata Anwar di Wilson Center, Washington DC dalam program ‘Reform of Higher Education in Muslim Societies’.

Beliau berkata demikian pada ucaptama di Simposium ‘Reformasi Pengajian Tinggi dalam Masyarakat Islam’ yang dianjurkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Woodrow Wilson International Center for Scholars, Washington, AS.

DSAI_WashingtonAnwar berkata, antara punca krisis tersebut ialah pemilihan sumber, kandungan, kualiti, kewangan serta isu-isu tadbir urus.

“Di saat masyarakat lain telah mengubah sistem mereka, negara-negara Islam pula masih bergelut dengan cabaran mengintegrasikannya dalam pendidikan moden,” kata beliau.

Tambah beliau, masyarakat Islam tidak perlu alergik dengan barat, bahkan mengambil manfaat dari keilmuan dan sistem pendidikan peradaban itu untuk membangunkan ummah.

“Terdapat persepsi umum dalam wacana beberapa ulama Islam bahawa falsafah dan pendidikan Barat adalah sekular dan bertentangan dengan etika dan moral, pada pendapat saya, ini tidak berasas,” kata Anwar.

Justeru Anwar menegaskan, masyarakat Islam terutamanya kelompok intelektual dan golongan pendidik perlu bersedia memenuhi keperluan masyarakat Islam kontemporari yang berdepan tekanan globalisasi.

-EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Prestasi pendidikan Malaysia kedua tercorot di Asia Tenggara

Oleh :  Rafizi Ramli

Keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (atau “Programme for International Students Assessment” PISA) menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara di kalangan negara-negara yang menyertai penilaian ini di belakang Singapura, Vietnam dan Thailand. Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian ini.

rafizi 01PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh OECD (“Organisation for Economic Corporation and Development”) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam 3 bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.

PISA telah menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding negara jiran dalam penilaian PISA 2012 yang baru diumumkan:

 

Matematik

Mata dicapai

Membaca

Mata dicapai

Sains

Mata dicapai

Singapura

573

542

551

Vietnam

511

508

528

Thailand

427

441

444

Malaysia

421

398

420

Indonesia

375

396

382

Purata mata negara-negara OECD

494

496

501

 

Ini satu keputusan yang sangat mengejutkan apabila terbukti mutu dan keberkesanan sistem persekolahan kita ternyata jauh ditinggalkan oleh Vietnam, sedangkan Vietnam pernah dimusnahkan di dalam peperangan dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia.

Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara maju dan Eropah. Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain.

Sudah tentu menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad, infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil dari Malaysia berjaya melonjakkan mutu pendidikan sekolahnya sedemikian rupa.

Penerangan rasmi yang diberikan di laman Kementerian Pendidikan (rujuk http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/HOTs/Status%20Pencapaian%20Malaysia%20Dalam%20TIMSS%20dan%20PISA.pdf ) menggariskan faktor-faktor berikut yang menyebabkan keputusan PISA yang corot:

1. Sikap murid – ramai murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini tidak penting. Banyak soalan yang tidak dijawab

2. Format soalan – soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam lebih ringkas dan berdasarkan rajah dan jadual

3. Keutamaan guru – Kebanyakan guru mengutamakan menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan tidak mengambil masa memahamkan murid dengan konsep. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk menghafal terutamanya melalui latih tubi

Sementara saya menerima faktor-faktor tersebut dan bersetuju dengan post-mortem yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan, ia jelas mengiyakan pandangan ramai pihak mengenai kelemahan sistem pendidikan yang ada sekarang. Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza dan sistem imbuhan/naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya membodek.

Tindakbalas Kementerian Pendidikan yang memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pula jauh tersasar dari matlamatnya dan berbeza dari pelaksanaan di negara-negara lain. Akibatnya, guru-guru pula dibebankan dengan tugasan mengisi borang dan kerja-kerja birokrasi yang lain sehingga mengurangkan lagi masa untuk menerangkan konsep dan pemahaman.

Sebab itu, keputusan PISA yang meletakkan Malaysia sebagai negara kedua tercorot di Asia Tenggara sewajarnya mengejutkan dan meyakinkan kita bahawa sistem pendidikan sekolah yang ada sekarang tidak berjaya mempersiapkan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan serantau.

Saya menyeru supaya Menteri Pendidikan menerima hakikat ini dan mengambil langkah-langkah berikut:

1. Menggantung pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk ditambahbaik dengan mengambil kira masalah-masalah yang disebut oleh Kementerian Pendidikan mengenai kepincangan sistem pendidikan sekolah

2. Mengubah sukatan mata pelajaran dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya ia menekankan pemahaman konsep dan bukan mengingati fakta dan soalan latih tubi semata-mata

Walaupun Barisan Nasional menghabiskan ratusan juta membayar perunding asing untuk mendapatkan idea menaiktaraf sistem pendidikan, jelas sehingga kini tidak ada sebarang langkah berkesan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah-masalah umum sistem pendidikan negara.

* Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi PKR

Categories
SELANGOR

Pelajar Universiti Narotama timba pengalaman di UNISEL

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 19 NOV: Peserta Program Pertukaran Pelajar Universiti Selangor (UNISEL) – Universitas Narotama Indonesia berharap slogan UNISEL, ‘Shaping Society’ yang bermaksud membentuk masyarakat dapat diterapkan dalam kehidupannya sebagai pelajar sekembalinya ke Indonesia nanti.

Pelajar Fakulti Ekonomi, Universitas Narotama, Fitriana, 20, berkata sebagai pelajar menara gading, mahasiswa merupakan kelompok penting dalam membentuk daya pemikiran masyarakat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA“Tagline Shaping Society UNISEL bagi saya menarik dan boleh diterapkan di kalangan pelajar di Indonesia kerana golongan mahasisawa merupakan golongan penting dalam mencorakkan masa hadapan masyarakat,” kata Fitriana

Mengulas program pertukaran pelajar UNISEL-Universitas Narotama, Fitriana menganggapnya sebagai peluang untuk beliau mendalami kehidupan masyarakat di Malaysia khususnya golongan pelajar di UNISEL.

“Ini satu pengalaman berharga untuk saya bawa pulang ke Indonesia nanti apatah lagi berpeluang belajar di Selangor yang saya ketahui sebuah negeri paling maju di negara ini,” kata Fitriana ketika ditemui Selangor Kini selepas Majlis Penyerahan Pelajar Program Pertukaran Pelajar di Kampus Utama UNISEL.

OLYMPUS DIGITAL CAMERASementara itu, pelajar jurusan sama, Intan Tri, 21 pula berkata beliau terharu dengan sambutan dan layanan yang diberikan oleh masyarakat di sini terhadap beliau.

“Saya sangat gembira dengan sambutan di sini, mesra dan layanan baik dari semua pihak terlibat dan saya juga berharap mendapat kerjasama dan tunjuk ajar dari pensyarah dan rakan hingga tamat program ini nanti,” kata Intan.

Kata beliau lagi, walaupun terdapat beberapa polemik percanggahan pendapat dalam beberapa isu antara Malaysia-Indonesia, itu tidak menghalang Universitas Narotama menjalin hubungan dengan UNISEL.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAManakala Pelajar Fakulti Sains Komputer universiti sama, Ade Chandra pula berkata beliau berbangga dipilih menyertai program selama sebulan ini.

“Ini peluang untuk saya bertukar pendapat dengan pelajar di sini di samping mengenali budaya dan kehidupan masyarakat di sini,” kata beliau dalam majlis sama.

-EZY

Categories
SELANGOR

Maahad Tahfiz Integrasi Sains diwujud di setiap daerah

halimah-01a

BANGI 8 NOV: Kerajaan Selangor mensasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan sebuah Sekolah Kafa Menengah di setiap daerah di negeri itu.

Rancangan itu dibuat bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja memiliki ilmu duniawi untuk menjana kemajuan Selangor tetapi mempunyai pegangan agama yang mantap.

halimah 02Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, berkata sehingga kini kerajaan negeri sudah mewujudkan Maahad Tahfiz Intergrasi Sains di tiga buah daerah.

“Kita mahukan generasi yang mantap Al-Quran kerana itu adalah sumber ilmu yang akan membentuk pembangunan negeri dalam acuan yang murni, selain memiliki kepakaran ilmu sains dan teknologi dalam usaha menjadikan Selangor negeri maju.

halimah 03“Kita komited melahirkan modal insan yang mempunyai gabungan kepakaran ilmu sains teknologi dan kemantapan pegangan agama kerana ini adalah proses perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu,” katanya pada Majlis Perasmian Kompleks Pendidikan Islam Bangi (KPi Bangi), di sini, hari ini.

Pembinaan KPi Bangi yang dianggarkan menelan kos RM2.7 juta itu turut menerima sumbangan RM240,000 dari kerajaan negeri dan selebihnya hasil sumbangan daripada orang perseorangan, masyarakat Bangi dan kutipan daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Penaung KPi Bangi, Dr Tajul Ariffin Noordin, berkata pihaknya masih memerlukan dana tambahan bagi tujuan pembinaan bumbung di Dataran KPi Bangi bagi kemudahan pelajar mengadakan pelbagai aktiviti.

halimah 04KPi Bangi yang mempunyai sebuah bangunan tiga tingkat itu turut memiliki kelengkapan kemudahan asas serba moden seperti auditorium, dewan serba guna, bilik mesyuarat, bilik transit lelaki, bilik tasmi perempuan, makmal komputer, makmal Bahasa Arab, perpustakaan, bilik guru dan tiga buah kelas.

KPi Bangi turut menempatkan Sekolah Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski), Sekolah Agama Kafa dan Sekolah Menengah Kafa Tahfiz (Faiz) itu mempunyai hampir 600 orang pelajar dengan dikendalikan 25 tenaga pengajar. -NFN-

Categories
SELANGOR

Malaysia wajar bina institusi pengajian tinggi sukan

Yunus HairiSHAH ALAM 8 NOV : Kerajaan pusat perlu mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) khusus untuk pembangunan sukan dalam usaha meningkatkan taraf profesionalisme ahli sukan atau atlet di Malaysia.

Exco Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pembangunan institusi sukan secara terancang memberi peluang kepada atlet negara meneruskan pelajaran di peringkat tertinggi, sekali gus menjadikan sukan sebagai industri penting yang memberi keuntungan kepada negara.

Katanya, atlet juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam acara dan permainan diceburi secara lebih konsisten dengan kelengkapan fizikal dan saintifik yang lengkap melalui penubuhan IPT sukan itu.

“Kita juga dapat mendidik rakyat bahawa sukan bukan sahaja sekadar aktiviti sampingan tetapi membabitkan masa depan kerjaya yang baik dengan kelulusan sijil ditahap tinggi,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas usul yang dibentangkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang mencadangkan supaya kerajaan pusat mewujudkan kolej universiti sukan bagi melahirkan atlet yang bukan sahaja maju tetapi berintelektual tinggi di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Yunus berkata, beliau turut mencadangkan kawasan Bukit Jalil dijadikan lokasi pembangunan IPT itu bagi mengurangkan kos pembinaan jika kerajaan pusat bersetuju.

“Mungkin pembangunan IPT pertama sukan negara juga boleh dibuat di Selangor selaku negeri yang menjadi tumpuan pembangunan di Malaysia. Kita juga mempunyai Stadium Shah Alam yang diiktiraf sebagai antara stadium terbaik di negara ini.

“Justeru, saya berharap kerajaan pusat dapat mempertimbangkan cadangan ini dan merealisasikannya, sekurang-kurangnya sebelum tahun 2020,” katanya.

-NFN

Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

UNISEL jalin kerjasama dengan delegasi pendidikan Sulawesi

Unisel-GrafikBESTARI JAYA 7 NOV : Universiti Selangor (UNISEL) mengadakan seminar Pemerkasaan Wanita dengan kerjasama deligasi pendidikan dari Sulawesi, Indonesia yang berlangsung di Dewan Senat Canselori, di sini, hari ini.

Seminar itu bertujuan menyambut kedatangan 20 deligasi Kopertis Wilayah IX yang datang membuat lawatan kerja sebagai kunjungan balas kepada Unisel yang melawat Sulawesi, pada Mei lalu.

Kopertis Wilayah IX adalah gabungan 320 institusi pendidikan swasta yang terdapat di Sulawesi dan hasil kerjasama itu memberikan manfaat besar kepada UNISEL dalam usaha meningkatkan jumlah pelajar terutama daripada luar negara.

Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial Unisel, Datin Dr Asmah Ahmad, berkata keakraban hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia dilihat mampu mengembangkan sektor pendidikan negara dalam meningkatkan program bercorak ilmiah, sekali gus dapat bertukar pandangan antara wakil dua negara.

“Hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia khasnya UNISEL berjaya menambah bilangan pelajar PhD di universiti ini. Kita juga akan menggalakkan pelajar ke negara terbabit untuk membuat latihan industri.

“Kalau ada peluang kita akan menghantar pelajar menjalani latihan industri di sana kerana kehidupan yang mencabar. Kita sudah pergi dan melihat jika di sana kalau yang kaya, sangat kaya, tetapi golongan bertaraf rendah, sungguh menyedihkan,” katanya.

Katanya, usaha yang dilakukan Pengarah Institut Kajian Malaysia-Indonesia, Prof Dr Zaidi Hajazi yang menjadi penghubung antara universiti itu dengan pusat pendidikan Sulawesi adalah langkah proaktif dalam mencapai persefahaman dalam mempelajari sosiobudaya dan latar belakang dua negara berbeza.

Pengarah Yayasan Pendidikan Ujung Pandang Makassar, Dr Roslina Alam, berkata pemilihan UNISEL sebagai rakan jalinan kerjasama pendidikan itu dilihat mampu mengetengahkan wanita ke tahap yang lebih baik sebagai antara watak penting dalam sektor industri.

Beliau yang membuat pembentangan berkenaan peranan wanita dalam urus tadbir yang baik melihat pembabitan golongan terbabit mampu dikembangkan menerusi latihan dan menyediakan lebih banyak peluang buat mereka.

Rektor Universiti Veteran Republik Indonesia, Dr Andi Niniek Fariaty pula berkata, beberapa wanita di Sulawesi sudah menjadi pemimpin di peringkat masyarakat dan segala pandangan yang diketengahkan melalui seminar itu diharap dapat diadaptasi untuk memantapkan lagi wanita di Sulawesi.

-NFN-