Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Speaker: Sidang DNS dipendekkan jika kes Covid-19 membimbangkan

SHAH ALAM, 25 OKT: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu mungkin dipendekkan sekiranya situasi pandemik Covid-19 di Selangor membimbangkan.

Speaker, Ng Suee Lim berkata keputusan itu turut bergantung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung ketika ini.

“Mengikut jadual, persidangan bermula dari Jumaat ini iaitu 30 Oktober dan berlangsung selama dua minggu. Namun sekiranya ada halangan tertentu termasuk dengan peningkatan Covid-19, mungkin masa terpaksa dipendekkan.

Petugas Dewan Negeri Selangor dan pihak media melakukan saringan Covid-19 bagi persediaan menghadapi Sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ini kerana kita mahu mengambil langkah berjaga-jaga supaya keselamatan semua yang terlibat dengan persidangan dapat dikawal sebaiknya,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di Bangunan SUK, hari ini.

Suee Lim turut memaklumkan seramai 1,200 individu termasuk wakil rakyat, kakitangan kerajaan, petugas dan pengamal media menjalani ujian saringan itu bermula hari ini sehingga esok.

Katanya hanya yang disahkan negatif wabak itu sahaja dibenarkan menyertai persidangan kali ini.

“Saya jangkakan keputusan ujian ini akan diterima sebelum Rabu, harap semuanya berjalan lancar,” katanya.

Bermula Jumaat ini, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari akan membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di DNS.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Delegasi DNJ kunjungi DNS

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 JUL: Dewan Negeri Selangor (DNS) bersedia berkongsi pengalaman dengan Dewan Negeri Johor (DNJ) dan dewan negeri-negeri lain bagi meningkatkan lagi demokrasi di negara ini.

Speaker DNS, Ng Sue Lim berkata, DNS amat berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi DNJ yang diketuai Speakernya, Suhaizan Kayat.

“DNS menerima kunjungan hormat delegasi Speaker DNJ pertama bagi Penggal ke-14 ini yang diketuai Suhaizan Kayat bersama Timbalannya Gan Peck Cheng dan juga juru tulis Subanah.

“Terima kasih atas kunjungan ini dan memilih DNS sebagai dewan yang pertama untuk dikunjungi, ia sangat bermakna kerana DNS terkenal dengan komitmen serta usaha reform dan pembaharuan dewan berbanding semua dewan-dewan negeri lain hatta di peringkat Parlimen sekalipun,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Sue Lim berkata, antara pembaharuan DNS yang menarik perhatian delegasi terbabit seperti masa dan ruang perbahasan terbuka luas untuk penyokong kerajaan dan pembangkang.

Katanya, DNS juga mewujudkan jawatankuasa pilihan khas yang baru dan juga jawatankuasa kebertanggungjawaban dan keteleusan (SELCAT).

Katanya, kemampuan DNS memastikan doktrin pengasingan kuasa antara eksekutif, legaslatif dan perundangan berjalan lancar turut menarika perhatian banyak pihak.

Sementara itu, Timbalan Speaker DNS, Mohd Khairuddin Othman berkata, pada pertemuan itu kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai pandangan dan pendekatan perjalanan dewan masing-masing.

“DNS telah meletakan penanda aras yang tinggi dalam pengendalian perjalanan institusi legislatif di negeri.

“DNJ dan DNS akan terus bertukar idea dan pandangan pada masa hadapan,” katanya.

Categories
SELANGOR

Sedia hadapi kemungkinan Parlimen bubar ketika DNS bersidang

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 MAC: Dewan Negeri Selangor (DNS) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan Parlimen dibubarkan ketika Persidangan Penggal Keenam, DNS Yang Ke-13 Tahun 2018 sedang dijalankan.

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, pembubaran Dewan Negeri Selangor bergantung kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sekiranya Parlimen bubar ketika persidangan DNS, kita sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Semua sudah bersedia.

“Kalau parlimen dibubarkan, di peringkat negeri pula bergantung kepada Dato’ Menteri Besar dan Sultan,” katanya kepada media selepas berlangsungnya Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam, DNS Yang Ke-13 Tahun 2018 di DNS di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika mengulas perjalanan persidangan DNS kali ini, Hannah menjangkakan persidangan kali ini tidak akan memakan masa yang panjang.

Jelasnya, walaupun beliau menjangkakan persidangan akan berakhir dalam tempoh satu minggu atau kurang daripada itu tetapi ia bergantung kepada perbahasan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor.

“Kali ini kita ada satu Rang Undang-undang Perhutanan, perbahasan untuk semua Adun dan kita ada lima penyata untuk dibentangkan,” katanya lagi.

Categories
SELANGOR

Isu Splash: Tidak hadir DNS, jejas peluang Khalid beri penjelasan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 NOV: Ketidakhadiran mantan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) menjejaskan peluangnya memberi penjelasan mengenai isu pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata seharusnya Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang itu mengambil peluang berbuat demikian ketika Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyertai perbahasan dalam sesi penggulungan berhubung isu berkenaan.

“Ketika Kerajaan Negeri menjawab masa itu tetapi Abdul Khalid tidak hadir.

“Saya tidak boleh tiba-tiba beri ruang kepada ADN yang tidak hadir untuk memberi penjelasan.

img_20161110_184234_496“Itu sebabnya ADN Kota Anggerik (Dr Yaakob Sapari) kena marah (bila tidak hadir) dengan Exco dan mereka tidak pilih kasih. ADN Pakatan pun kena marah kerana Exco telah jawab banyak kali,” katanya dalam sidang media di lobi DNS di sini, semalam.

Beliau berkata, pejabatnya dan pejabat DNS juga tidak menerima surat permohonan rasmi daripada Abdul Khalid berhubung perkara itu seperti mana dinyatakan pihaknya.

“Difahamkan pegawai beliau ada menghubungi pegawai DNS bertanya sama ada terdapat ruang untuknya datang menjelaskan perkara itu tetapi ini bukan surat rasmi.

“Saya memang tidak terima surat tetapi walaupun saya terima, saya tidak akan benarkan kerana peluang untuk memberi penjelasan tidak diambil ketika kerajaan menjawab dalam sesi penggulungan,” katanya.

Dalam sidang DNS, Mohamed Azmin mendedahkan Abdul Khalid membuat tawaran RM2.97 bilion bagi pengambilalihan Splash dan ia dipersetujui syarikat konsesi berkenaan.

Tawaran terbabit, katanya, ia adalah berbeza dengan nilai tawaran RM250 juta seperti mana dinyatakan ADN Pelabuhan Klang itu.

Bagaimanapun, kenyataan Mohamed Azmin itu dinafikan Abdul Khalid sebaliknya mendakwa pentadbiran Kerajaan Negeri ketika ini menawarkan tawaran 10 kali ganda lebih tinggi daripada RM250 juta.

-nR-

DNS : Kebajikan rakyat dan peranan pembangkang terus diperkukuh

Pembangunan dan kebajikan rakyat terus diberi perhatian Kerajaan Negeri melalui perbahasan dan pembentangan di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Ahli Dewan Negeri Selangor beriadah ke Sekinchan,bantu promosi

Adun dan kakitangan dewan negeri Selangor berpeluang melihat produk pelancongan yang terdapat di Selangor dalam program riadah dan rekreasi ke Sekinchan.

Speaker : DNS lulus penyata, bukan henti operasi DEIG

Laporan media bahawa Dewan Negeri Selangor (DNS) meluluskan operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dihentikan adalah tidak benar, kata Speaker DNS, Hannah Yeoh.

JURNAL SELANGOR : ‘Chinese for chinese’, serlah politik perkauman BN

Sinopsis

1. Wan Azizah: PRK Kajang bukti pengundi Melayu kembali sokong PR

2. Speaker DNS : Wan Azizah angkat sumpah 7 April

3. Keputusan Rasmi: PKR menang peroleh majoriti 5,379 undi

4. Cubaan serang Anwar, serlah sikap ganas penyokong BN

5. PRK DUN Kajang: Penyokong BN terus cetus provokasi

6. Nurul Izzah: SPR patut profesional, bukan sasar penyokong PR sahaja

7. SAMM : 10,000 rakyat banjiri Stadium Kajang, Reformasi 2.0 bergema

8. MB: Selangor kawal urusan air menerusi satu firma

9. Teng : 3 syarikat konsesi air rugi RM2.05 bilion akibat degil

10. Pangsapuri Saga Suria terbengkalai zaman BN diselesaikan Kerajaan Selangor

11. MB: Jangan politikkan kehilangan pesawat MH370

12. Anwar: Pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie

13. Anugerah Sukan Selangor rai atlet cemerlang

14. MB: Majukan diri dengan bidang kesenian reka cipta

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL SELANGOR

56 Adun Negeri Selangor Angkat Sumpah

Angkat Sumpah

SHAH ALAM, 21 JUN : Seramai 56 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 12 wakil daripada BN hari ini secara rasminya mengangkat sumpah sebelum bermulanya persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) sesi ke-13, Jumaat depan.

Kesemua 56 Adun itu mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara, melindungi serta mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor di hadapan Speaker DNS yang baru dilantik, Hannah Yeoh.

Majlis itu bermula dengan upacara mengangkat sumpah oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diikuti tiga Exco Negeri Selangor iaitu Datuk Teng Chang Khim, Iskandar Samad dan Rodziah Ismail.

Ia kemudiannya disusuli dengan tujuh Exco Selangor yang lain dan kemudiannya diikuti oleh anggota dewan Pakatan Rakyat (PR) serta BN.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan cadangan Menteri Besar mengemukakan nama Hannah Yeoh sebagai Speaker DNS yang baru dan diikuti Teng yang mencadangkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, PR menang  di Selangor dengan memperoleh majoriti lebih dua pertiga apabila menguasai 44 daripada 56 kerusi DUN.