Categories
SELANGOR

Tiada tender terbuka punca tarif air meningkat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 9 NOV: Pihak pengurusan lama Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) didapati tidak mengamalkan tender terbuka bagi sesuatu projek atau perolehan baru, sebaliknya menganugerahkan tender secara terus kepada pihak tertentu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan itu menyebabkan syarikat konsesi itu terpaksa menaikkan kadar tarif air terhadap pengguna bagi menampung kos operasinya yang meningkat tinggi.

azmin-pc-DNS-01“Maklumat daripada pengurusan baru SYABAS amat mengejutkan kerana banyak proses perolehan dibuat pengurusan lama tidak melalui tender terbuka seperti ganti paip dan meter.

“Semuanya diberi di kalangan orang tertentu sekaligus menyebabkan kos memulih dan menambahbaik sistem industri bertambah tinggi dan akhirnya kembali kepada rakyat dengan kadar tarif begitu tinggi. Diharap ia tidak lagi berulang,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Pembekalan Tong Sampah Percuma Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin turut melahirkan keyakinan beliau, pengurusan baru SYABAS dapat memulihkan ‘kerosakan’ organisasi yang berlaku dalam pengurusan dengan memasukkan urus tadbir yang baik.

Pada 2011, SYABAS memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri berikutan keengganan membenarkan kenaikkan tarif air seperti yang dipersetujui dalam perjanjian dimeterai di era pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada 2004.

Bagaimanapun pada 15 Oktober lalu, Kerajaan Negeri secara rasminya mengambilalih SYABAS dan Puncak Niaga melalui Syarikat Air Selangor.

Pagi tadi, Mohamed Azmin dan beberapa Exco Kerajaan Negeri mengadakan lawatan rasmi pertama ke Ibu Pejabat SYABAS selepas Kerajaan Negeri mengambilalih sepenuhnya Industri Air Selangor (Air Selangor) pada 15 Oktober lalu.

-nR-

Categories
SELANGOR

Simpan air secukupnya, gangguan bekalan di Hulu Langat 14 November

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 NOV: Beberapa kawasan sekitar Hulu Langat berdepan gangguan bekalan air berjadual selama tiga hari bermula 10 pagi pada 14 November hingga 10 malam 17 November ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menerusi kenyataan berkata, gangguan terbabit berikutan kerja penggantian dan pembaikan pam di Loji Pembersihan Air Sungai Langat.

Syabas menasihatkan orang ramai membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum Sabtu ini untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan.

GANGGUAN BEKALAN AIR“Kawasan terbabit ialah Taman Kota Cheras, Taman Orkid, Taman Rasa Sayang, Taman Sri Aman, Taman Cheras Mas, Taman Lagenda Mas 1 dan 2, Taman Tun Perak, Taman Tanming Jaya dan Taman Putra Budiman.

“Kawasan lain ialah Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, Jade Hill, Taman Sri Timah, Taman Sungai Besi Indah 1 dan 2, Taman Harmoni Indah, Taman Bukit Belimbing dan Taman Juara Jaya,” menurut kenyataan itu.

Syabas memaklumkan usaha menyiapkan kerja pembaikan dan penggantian dengan secepat mungkin.

Pengguna memerlukan maklumat berhubung kerja berjadual itu boleh memuat turun aplikasi sistem mySyabas melalui Google Playstore dan Appstore, melayari laman sesawang Syabas iaitu www.syabas.com.my atau menerusi laman rasmi Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

-nR-

Categories
SELANGOR

Simpan bekalan air, Empangan Batu ditutup Selasa depan

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 OKT: Empangan Batu akan ditutup bagi kerja pembaikan segera ke atas paip bocor serta penggantian kelengkapan kritikal pada 20 Oktober depan.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Amin Lin Abdullah, berkata kerja penyelenggaraan mulai 7 pagi hingga 10 malam itu adalah sebahagian daripada usaha menambah baik kecekapan sistem rawatan air.

syabassKatanya, pengguna di kawasan Gombak dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya, sebelum kerja penyelenggaraan itu dilaksanakan.

“Bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian, bekalan air dari Empangan Batu terpaksa ditutup dan segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian dengan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, antara kawasan kritikal yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah Pusat Dialisis Islah – Taman Bolton, Pusat Dialisis Yayasan ATM Veteran dan Pusat Dialisis MAIWP – PICOMS.

Maklumat lebih lanjut boleh muat turun menerusi aplikasi mySyabas melalui Google Playstore dan AppStore atau melayari www.syabas.com.my, Facebook Syabas ‘puspel’ atau Twitter Syabas ‘puspel syabas’.

-nR-

 

Categories
SELANGOR

Syabas : Ganguan bekalan air berjadual di Petaling dan Kuala Lumpur

SHAH ALAM, 26 SEP: Beberapa kawasan di Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja naik taraf sistem bekalan air pada 29 September hingga 1 Oktober mulai 8 pagi.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred, berkata gangguan terbabit berikutan kerja penggantian ‘inlet valve’ di tangki sedut Bukit Gasing dan ‘by pass valve’ ke rumah pam Bukit Gasing.

Antara kawasan yang menerima gangguan adalah seperti berikut:bekalan air 1

“Pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan supaya membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan,” kata Priscilla dalam kenyataan.

Pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja berjadual ini disarankan untuk memuat turun aplikasi sistem mySYABAS (melalui Google Playstore dan Appstore).

Pengguna juga boleh melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my; atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

-NR-

Categories
SELANGOR

Gangguan air Sepang, Hulu Langat, Petaling pulih sepenuhnya esok

Oleh Naeem Raffi

SHAH ALAM, 13 OKT : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menjangkakan gangguan bekalan air berjadual di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang melibatkan pengguna di wilayah Sepang, Hulu Langat dan Petaling dijangka tamat sepenuhnya pagi esok.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata setakat ini hanya bekalan air di kawasan Taman Bukit Gita Bayu, Semenyih yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Gangguan bekalan air berjadual dikawasan terlibat adalah disebabkan kerja-kerja kecemasan yang dilaksanakan di LRA Sungai Semenyih yang dikendalikan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan kerja-kerja menaiktaraf system agihan air oleh SYABAS,” jelasnya.

Sementara itu, di LRA Sungai Langat pula, Puncak Niaga Sdn Bhd berjaya menyiapkan sepenuhnya kerja-kerja kecemasan pembaikan pam pada jam 2 pagi hari ini.

“Pada masa ini, pam telah dapat beroperasi seperti biasa dan penyaluran bekalan air terawat ke tangki dan kolam-kolam utama sedang di dalam proses.

“Syabas menjangkakan kawasan yang terjejas dengan kejadian ini akan pulih sepenuhnya pada lewat hari ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, LRA Ampang Intake telah dibanjiri air dari limpahan Sungai Ampang akibat hujan lebat semalam (12 Oktober 2014) sekaligus membolehkan ia beroperasi semula pada jam 12:45 tengah malam hari yang sama.

Penutupan sementara loji rawatan tersebut pada jam 6.15 petang semalam telah menyebabkan bekalan air ke Kampung Ampang Indah, Kampung Indah Permai dan Taman Mulia Jaya terjejas dan pihak Syabas menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya menjelang esok pagi.

HM

Categories
SELANGOR

Gangguan air di Sepang, Hulu Langat, Petaling hari ini 9am-9pm

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 OKT: Beberapa kawasan di tiga daerah Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara hari ini mulai 9 pagi hingga 9 malam.

Exco Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talip dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan itu berikutan pemasangan injap kupu-kupu bersaiz 1500mm di outlet Kolam Imbangan Semenyih oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Pihak Abass juga sedang melakukan kerja-kerja membaiki kebocoran paip mentah bersaiz 2050mm berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Beliau berkata perhentian tugas itu juga dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui mesyuarat 2 Oktober lalu.

“Kerja-kerja itu diluluskan dan dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syabas dan Abass adalah sangat diperlukan bagi memastikan sistem agihan air dapat dioperasikan pada tahap dan keadaan yang teruk,” katanya.

Zaidy berkata pembekalan air melalui penghantaran lori tangki dan penempatan tangki septik akan dilakukan oleh Syabas bagi kawasan kritikal seperti Hospital dan Pusat Dialisis.

YB Zaidy Bin Abdul Talib“Pembekalan air juga akan diberikan oleh Syabas berdasarkan permintaan disebabkan majlis perkahwinan dan kematian.

“Syabas dan Abass serta semua pihak yang terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan itu dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Bagi daerah Petaling, gangguan itu membabitkan 46 kawasan dengan 55,622 akaun, manakala bagi Hulu Langat sebanyak 57 kawasan dengan membabitkan 37,872 akaun dan Sepang membabitkan seluruh wilayah itu dengan 11,376 akaun.

HM

SYABAS rugi RM30,000, premis sambung air tidak sah

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) melakukan serbuan mengejut di sebuah kolam pancing ikan, di sini, hari ini.

Pengarah Eksekutif Projek dan NRW, Yusof Badawi, yang mengetuai operasi serbuan berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan membuat satu penyambungan yang dibuat secara pintasan ke atas paip utama SYABAS.

Bekalan air bersih ke Pulau Ketam, Sungai Lima dijangka pulih Jumaat

Bekalan air bersih ke Pulau Ketam dan Sungai Lima dijangka pulih seawal 11 Julai ini apabila kerja mengganti paip dasar laut akan memasuki fasa pemasangan semula dalam masa terdekat. (BERITA PENUH)

 

Konvensyen Migrasi Meter Air Individu

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama-sama dengan wakil Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad menghadiri konvensyen yang bertujuan bagi mengubah sistem meter pukal kepada meter individu.

Rafizi : Syabas patut tingkat mutu perkhidmatan air – Bahagian 2

http://tv.selangorku.com

Rafizi: Syabas patut tingkat mutu perkhidmatan air -Bahagian 1

http://tv.selangorku.com

MB:Tiada pemberhentian kakitangan SYABAS

Sinopsis

FOKUS Untuk 087112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tidak ada pemberhentian kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) jika proses pengambilalihan syarikat konsesi itu berjaya diselesaikan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

2. Kerajaan negeri bakal membangunkan semula sungai Klang termasuk pembersihan dan penaiktarafan akan dimulakan, pada Mac 2014.

3. Kerajaan Pusat didakwa terus bersikap boros apabila berbelanja hampir RM182 juta setahun untuk kos bahan api dan penyelenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif (VVIP) dalam setiap urusan rasmi kerajaan.

4. Sistem pesanan ringkas (SMS) ‘menyeru’ pengundi memilih PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai ‘tiket ke syurga’ sebenarnya bukan dihantar jentera pilihan raya PAS tetapi sebaliknya dihantar Barisan Nasional (BN).

5. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak beretika dua pemimpin PKR dari Sabah yang bertindak meninggalkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu, baru-baru ini.