Categories
SELANGOR

Bon Odori erat hubungan Jepun – Malaysia, rancakkan pelancongan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 SEP: Kerajaan Negeri memberi kerjasama penuh terhadap penganjuran Festival Tarian Bon Odori di sini ke arah merancakkan industri pelancongan negara.

Ia juga mengeratkan hubungan mesra antara Jepun dan Malaysia kerana festival terbabit antara yang terbesar dengan penganjurannya sudah menjangkau 39 tahun.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata penganjuran festival tahun ini amat penting dan bersesuaian dengan Tahun Melawat Selangor 2015.
IMG_2537“Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor menyokong penuh acara ini saban tahun dan ia memberi impak besar dengan kehadiran antara 35,000 ke 40,000 pelancong termasuk kira-kira 2,000 rakyat Jepun pada setiap tahun.

“Walaupun hujan malam ini (semalam) tetapi bukan penghalang untuk ramai orang hadir untuk sama-sama bergembira menikmati muzik dan kesenian Jepun,” katanya dalam sidang media di Kompleks Sukan Negara, di sini, semalam.

Katanya, Kerajaan Negeri berharap festival anjuran bersama Kelab Jepun Kuala Lumpur, Tourism Selangor, Kedutaan Jepun dan beberapa persatuan Jepun di Malaysia itu diadakan lebih besar tahun hadapan bersesuaian dengan sambutan 40 tahun.

IMG_2889Festival Bon Odori turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa dan Pengerusi Penganjur, Toshihiko Todokoro.

Bon Odori adalah pesta tarian Jepun yang penting dan utama termasuk di Malaysia malah di seluruh dunia dengan diadakan secara besar-besaran.

Sementara itu, Dr Makio Miyagawa menzahirkan rasa bangga dengan sambutan hebat rakyat Malaysia terhadap acara itu dengan kehadiran ribuan penonton ke kompleks berkenaan.

“Kita gembira dengan kehadiran ramai penonton tidak hanya orang Jepun tetapi juga Malaysia untuk sama-sama menikmati kesenian dan muzik Jepun.

“Saya menjangkakan pesta itu akan berlangsung lebih meriah pada tahun hadapan.” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

Kejohanan Jet Sport Tasik Biru Kundang tawar RM30,200

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 OGOS: Sebanyak RM30,200 menanti pemenang Kejohanan ‘7th Kundang Jet Sport Challenge 2015’ anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Tourism Selangor dan Persatuan Jetski dan Sukan Air Selangor (PJSAS).

Pengarah Jabatan Korporat, Mohamad Zin Masoad, berkata penganjuran program sukan permotoran air itu diadakan selama tiga hari bermula 28 sehingga 30 Ogos bertempat di Tasik Biru Kundang, Kuang Selangor.

jet-7“Terdapat enam kategori dipertandingkan iaitu runabout 4 stroke open, runabout 2 stroke open, GP Sport Class, runabout 4 stroke stock ,runabout 4 stroke novice dan Ski Class.

“Selain wang tunai, pemenang turut menerima trofi dan sijil penghargaan,” katanya dalam kenyataan media.

Selain itu, MPS juga mengadakan pertandingan mewarna dan cabutan bertuah turut diadakan sebagai acara selingan bagi memeriahkan lagi program.

Orang ramai dijemput hadir menyertai ke kejohanan tersebut. Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat di talian 03-6126 5810.

EZY

Categories
SELANGOR

Lima lokasi pilihan utama pelancong ke Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 JUN: Tahun Melawat Selangor 2015 mendapat sambutan membanggakan dengan kehadiran pelancong di beberapa lokasi pelancongan strategik, stabil dan popular.

Pengurus Perhubungan Awam, Komunikasi dan Pemasaran Tourism Selangor, Nazri Tashriq Rahmat, berkata lokasi menarik di negeri itu antaranya Sunway Lagoon, I-city Shah Alam dan Sirkit Antarabangsa Sepang menjadi pilihan untuk dilawati kerana pelbagai kemudahan tersedia.

“Lokasi terbabit termasuk Zoo Negara dan Galeri Shah Alam yang menyediakan pengangkutan dan akses baik. Ia turut menjadi destinasi utama jadual lawatan agensi pelancongan yang membawa kumpulan pelancong dari dalam dan luar negara.

Pulau_Ketam_5x7_11 (Medium)“Ia turut menyediakan kemudahan baik contohnya tempat membeli-belah, parkir yang luas dan berdekatan dengan tempat menarik di sekitarnya,” katanya kepada Selangor Kini.

Nazri berkata, tempat pelancongan itu juga dijadikan lokasi bagi acara pelancongan dan sukan peringkat tempatan serta antarabangsa seperti konsert, festival dan perlumbaan.

Katanya, faktor membantu lokasi itu terus menjadi pilihan kerana mempunyai kapasiti untuk penganjuran acara pelancongan.

“Lokasi dinyatakan sentiasa diperbaharui daya tarikannya seperti Sunway Lagoon yang kini dalam proses membina taman tema tambahan berkonsep karakter kartun popular ‘nickelodeon’ dan Zoo Negara mempunyai tarikan terbaru iaitu sepasang panda dari China.

“Lima lokasi pelancongan terbabit juga mempunyai medium pengiklanan yang luas dan program publisiti banyak dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dalam dan luar negara,” katanya.

-NFN-

Jejaki sejarah Bandar Diraja setiap Sabtu

Khas setiap Sabtu,Tourism Selangor membawa anda menjejaki latar sejarah yang menjadikan Klang istimewa

Kemeriahan Selangor Islamic Festival 2015

Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali turut memeriah Festival Islam Selangor yang diadakan di Stadium Melawati anjuran Tourism Selangor.

Categories
SELANGOR

Hidangan eksotik Selangor di Festival Makanan 30 & 31 Mei

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 MEI: Semua pencinta makanan berpeluang menikmati aneka hidangan lazat pelbagai budaya di Selangor melalui Festival Makanan negeri itu, pada 30 dan 31 Mei ini.

Bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, festival itu menampilkan masakan khas dan eksotik di Selangor antaranya sate Kajang, cendol, rojak, nasi ambeng dan makanan tradisi lain.

Nasi AmbengSelain itu, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan khas artis tempatan sambil menikmati pelbagai jenis makanan.

Pengunjung juga dijemput mengambil bahagian dalam demonstrasi masakan secara langsung bersama chef selebriti terkenal.

Festival itu sebahagian daripada aktiviti anjuran Tourism Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2015 yang mensasarkan tujuh juta pelancong.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tourism negeri kerja keras jayakan Tahun Melawat Selangor 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 JUL: Tourism Selangor akan bekerja keras bagi memastikan kempen Tahun Melawat Selangor 2015 berjalan lancar dan mendapat sambutan pelancong dalam dan luar negara.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata gerak kerja kempen itu akan dimulakan selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang akhir bulan ini.

bukit-melawati-main-board“Kami di Tourism Selangor tidak boleh tunggu masuk tahun 2015 untuk memulakan kempen mempromosi Tahun Melawat Selangor 2015. Selepas raya nanti, kerja promosi akan dimulakan ‘full swing’ bagi memastikannya berjalan lancar, sekali gus menjayakan Tahun Melawat Selangor 2015.

“Kita sama-sama boleh jadi duta kecil Selangor di mata dunia,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa Tourism Selangor Bersama Media di Hotel Empire, di sini, semalam.

Noorul Ashikin turut melahirkan peranan yang dimainkan media bagi memperkenalkan pelbagai distinasi menarik di Selangor.

Noorul Ashikin“Peranan yang dimainkan anda semua sangat bermakna bagi kami di Tourism Selangor. Kami boleh dihubungi bila-bila masa supaya dapat membantu apa yang diperlukan untuk penulisan artikel anda untuk sebarang lokasi pelancongan di Selangor,” katanya.

Sementara itu, dianggarkan lebih 50 hadir dalam majlis berbuka puasa bagi meraikan pengamal media itu, selain bloger pelancongan yang sering menulis isu pelancongan di Selangor.

-NFN-

JURNAL BERITA : MB – Rizab Selangor RM 3 bilion tampung kemelesetan ekonomi 3 tahun

Sinopsis

1- Tiada kenaikan tarif air di Selangor walaupun Kerajaan Pusat naik kadar elektrik

2- Rizab Selangor RM3 bilion mampu tampung ekonomi meleset 3 tahun

3- MB : Tol naik akibat Kerajaan Pusat silap meterai perjanjian

4- MB jamin tidak lindungi sesiapa, alu-alu siasatan SPRM kes curi pasir

5- Kerajaan Negeri tuntut dana Balkis dikembalikan

6- Abdul Khalid serah beg sekolah kepada 300 pelajar

7- Rakyat berbilang bangsa sambut Perayaan Hari Krismas Selangor 2013

8- Gangguan air: PBT diarah siap sedia bantu pengguna terjejas

9- Rafizi syak gangguan bekalan air taktik BN sabotaj Pakatan

10-Masyarakat digalak bantu mangsa bencana : Rodziah

11- JKKKP membazir, bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

12- Tourism Selangor giat industri pelancongan

13- DAP komited bantu rakan PR menang dalam PRU14

14- DUN Subang Jaya rai OKU melalui kempen kecerian

15- Polis Bantuan tetap perlu walaupun pasang 1,000 CCTV

16- Halimah : PTRS berjaya capai sasaran

17- Rasuah punca banyak kes pemerdagangan manusia

Categories
SELANGOR

Tourism Selangor giat industri pelancongan

Oleh : HAFIZAN TAIB

SABAK BERNAM 14 DIS : Tourism Selangor Sdn Bhd (Tourism Selangor) akan menggerakkan pelbagai aktiviti dan program termasuk meluaskan promosi berkenaan pelancongan negeri kepada masyarakat supaya industri itu dapat dipertingkat dan maju.

Eksekutif Perhubungan Awamnya, Ju Munira Dahari, berkata ia adalah salah satu inisiatif Tourism Selangor ke arah merancakkan industri pelancongan di negeri itu serta sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

DSC_5644Katanya, program anjuran Tourism Selangor bersama media dan selebriti adalah salah satu program dirancang supaya kawasan pelancongan di daerah itu mendapat perhatian orang ramai menerusi hebahan media massa.

“Program ini dlihat sebagai salah satu landasan dalam memberi pendedahan kepada pihak media untuk merasai sendiri pengalaman berada di kawasan kampung dan aktiviti yang dijalankan. Melaluinya, media dan selebriti dapat menikmati keindahan dan keistimewaan kawasan hijau di Sekinchan dan Homestay Sungai Haji Dorani.

“Sekinchan kita pilih kerana ia adalah salah satu produk pelancongan Selangor yang menarik kerana kawasan ini terkenal dengan keunikan sawah padi yang cantik dan juga kebun buah-buahan selain pelbagai produk agro pelancongan,” katanya.

DSC_5672Adun Sekinchan, Ng Suee Lim turut menyertai program itu bersama kira-kira 30 wakil media dan sembilan bloggers serta dua selebriti iaitu Talha Harith dan Kay AF9 dengan kunjungan ke beberapa lokasi menarik iaitu Pantai Redang; kebun buah-buahan, kawasan industri kecil dan sederhana (IKS), kilang padi Sekinchan Best, PLS Marketing (M) Sdn Bhd dan restoran makanan eksotik, Restoran Lembah Bernam.

Sebagai penghargaan kepada media yang banyak mambantu Tourism Selangor, program itu diserikan dengan aktiviti di Homestay Sungai Haji Dorani seperti mewarna canting batik, memasak kuih bahulu dan menggagau ikan.

Ju Munira berkata, pembabitan media, selebriti dan pengusaha produk pelancongan dalam program itu adalah salah satu usaha menyemarakkan lagi industri pelancongan domestik dan negara.

“Inilah masanya untuk kita mengetengahkan produk pelancongan sebegini. Tahun depan, kita merancang membuat program sama dan mungkin kita akan ke daerah Hulu Selangor atau Hulu Langat yang terkenal dengan air terjun,” katanya.

DSC_5683Sementara itu, Suee Lim berkata, Sekinchan memang terkenal dengan pengeluaran hasil padi terbaik negara dan beberapa produk pelancongan serta lokasi menarik yang mampu memikat pengunjung untuk datang ke kawasan berkenaan.

“Sekinchan terkenal sebagai kawasan Jelapang Padi di Selangor dan menghasilkan beras terbaik dengan jenama Sekinchan Best, begitu juga beberapa produk IKS dimajukan termasuk mentarang bakar selain makanan eksotik seperti landak dan rusa,” katanya.

Blogger, Nur Aliah Mohd Nor, berkata menerusi program itu ia dapat mengeratkan hubungan dengan media lain dan mendedahkan lagi dirinya berkenaan kawasan pelancongan menarik di Selangor.

“Program ini penuh bermakna. Kita didedahkan dengan lokasi pelancongan di Selangor dan menjadi tugas media serta blogger untuk menghebahkannya kepada pengetahuan umum,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

TSBreakaway pupuk minat golongan belia menulis blog

Oleh : Asri Sapfie

Petaling Jaya 5 DIS : Dalam usaha melahirkan golongan belia yang aktif dalam penulisan blog, Tourism Selangor menganjurkan program ‘TSBreakaway’selama tujuh hari enam malam, bermula 26 Oktober lalu.

Program itu mendapat sambutan menggalakkan membabitkan penyertaan 20 penulis blog berbakat yang dipilih kerana pembabitkan mereka dalam penulisan berkenaan pelancongan.

TSBreakawayPeserta perlu menulis sekurang-kurangnya lima artikel berkenaan segala aktiviti yang disertai, yang mana blog terbaik akan dinilai berdasarkan penulisan itu.

Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah peserta diberi peluang berinteraksi serta berkongsi idea menarik di kalangan mereka, selain melakukan aktiviti lasak seperti paragliding dan memandu pesawat ringan.

Sesi penyampaian hadiah disempurnakan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong yang turut dihadiri Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din di Damansara Perdana, di sini, semalam.

Elizabeth Wong berkata, aktiviti itu bagus kerana membabitkan generasi muda, sekali gus mendekatkan diri mereka dengan negeri Selangor.

“Kerajaan negeri giat mengadakan program untuk generasi muda bagi mendekatkan mereka dengan Selangor dan program anjuran Tourism Selangor ini sudah pasti dapat menarik lagi minat golongan ini.

“Generasi muda amat mengikuti perkembangan media sosial dan aktiviti seperti ini memang wajar disasarkan kepada golongan penulis blog kerana ia lebih efektif untuk mereka,” katanya.

Semenata itu, Ashikin berkata, Tourism Selangor akan meneruskan lagi aktiviti berkenaan yang dijangka mampu menarik perhatian bukan sahaja kepada masyarakat dalam negeri tetapi pelancong luar.

“Pihak kami akan membukukan segala aktiviti sepanjang program ini dan akan ditunjukan kepada masyarakat luar Selangor berkenaan pengisian menarik dan kenapa mereka perlu datang melawat negeri ini,” katanya.

Irene YapBagi pemenang blog terbaik Irene Yap, 30, beliau menyifatkan dirinya sangat teruja untuk meneruskan aktiviti berkenaan kerana sangat positif kepada generasi muda.

“Generasi muda perlu membabitkan diri dengan aktiviti melancong kerana dapat membuka mata mereka berkenaan kehidupan dan membentuk jati diri ke arah yang lebih positif,” katanya yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000.

-NFN-

Kerajaan Selangor bantu penduduk Kg. Buloh Telor atasi tebing sungai runtuh

Sinopsis

FOKUS Untuk 07112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Penduduk Kampung Buloh Telor kini boleh menarik nafas lega apabila runtuhan tebing sungai yang merosakkan satu-satunya jalan menghubungkan perkampungan Orang Asli itu akan dibaiki sepenuhnya tidak berapa lama lagi.

2. Kerajaan Selangor komited membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk Kampung Buloh Telor dengan menyediakan pelbagai prasarana untuk kemudahan penduduk kampung Orang Asli itu.

3. Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) komited untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dengan mengambil inisiatif mempromosikan tempat pelancongan dan rekreasi di sekitar Selayang.

4. Pertubuhan Sukarelawan Islam Hospital Selangor (SAHABAT) adalah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan bagi membantu dan memberikan sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan serta emosi pesakit ketika menjalani rawatan serta pemulihan di hospital.

5. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kekal fokus dalam usaha membangun sektor infrastruktur pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang efisyen serta berintegrasi bagi memastikan kemudahan juga keselesaan penduduk sekitar.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Agro Pelancongan mampu tingkat ekonomi desa

maskot sekinchan elizabeth ng suee lim 01

SEKINCHAN 11 SEPT : Bidang agro pelancongan berpotensi untuk dimajukan di DUN Sekinchan sesuai dengan aktiviti masyarakat, sektor pertanian dan perkembangan industri hiliran di situ.

Adun Sekinchan, yakin agro pelancongan mampu memberi manfaat kepada masyarakat setempat, khususnya orang Melayu, dan menguja perkembangan Industri Kecil dan Sederhana.

“Satu keistimewaan di sini ialah hasil lautnya. Salah satunya dari produk hasil laut ialah mentarang bakar yang menjadi buah mulut pelancong yang datang ke Sekinchan.

“Agro pelancongan mampu membawa hasil kepada produk-produk seperti ini, yang giat diusahakan masyarakat seperti cendawan tumbuh selepas hujan,” katanya.

Suee Lim menceritakan lawatan beliau ke Taiwan yang berjaya merancakkan ekonomi luar bandar melalui agro pelancongan secara berhati-hati tanpa menjejaskan kualiti kehidupan di desa.

Taiwan merupakan ekonomi kapitalis maju yang ke-19 terbesar di dunia.

“Mereka menitikberatkan agro pelancongan di mana kawasan luar bandar seperti kampung pertanian dijadikan kawasan pelancongan dengan pembinaan chalet dengan pelbagai aktiviti serta hidangan tradisonal.

“Dengan suasana kampung yang tenang, perkhidmatan basikal sewa disediakan untuk pelancong bergerak di setiap kawasan. Pendekatan ini akan kita usahakan di sini di mana perkhdimatan sama sudahpun dimulakan oleh pengusaha tempatan,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan hotel dan rumah tumpangan seperti Homestay juga sedang giat dijalankan di situ dan pihaknya bersedia membantu pengusaha dan Tourism Selangor menjayakannya.