Categories
SELANGOR

Manifesto: 4 teras utama apabila menang PRK Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melancar empat teras utama manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Manifesto itu dilancarkan calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat, di sini, hari ini.

Empat teras itu membabitkan isu keselamatan, kesesakkan lalu lintas, anak muda dan usahawan kecil serta isu perbandaran.

20140312_114223Dr Wan Azizah berkata, empat manifesto itu dirangka berdasarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan sebelum ini.

“Inilah empat janji utama yang akan kita tingkatkan jika menang dalam PRK Kajang nanti,” katanya dalam sidang media pelancaran manifesto terbabit.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata PKR akan mengedarkan kira-kira 30,000 poskad manifesto itu.

Katanya, kaedah penggunaan poskad adalah kaedah paling berkesan menyampaikan maklumat berbanding buku manifesto yang lazimnya agak tebal.

“Kaedah ini juga digunakan di negara lain kecuali Malaysia yang hanya sekarang hendak dipraktikkan,” katanya.

Selain Dr Wan Azizah dan Rafizi, turut sama dalam sidang media sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Pengarah Biro Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Manifesto PKR: Stadium Kajang jadi stadium utama

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Stadium Kajang akan dimanfaatkan dengan dijadikan stadium utama untuk latihan dan perlawanan sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia.

Perkara itu terkandung dalam ‘Manifesto Kajang: Anak muda dan usahawan kecil’ yang dilancarkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini, hari ini.

Berita penuh menyusul kemudian.

-NFN-

Categories
SELANGOR

PKR lancar empat teras manifesto PRK Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melancarkan empat teras utama manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Manifesto itu dilancarkan calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Utama PKR, di Sungai Sekamat, di sini, hari ini.

Empat teras itu membabitkan isu keselamatan, kesesakan lalu lintas, anak muda dan usahawan kecil serta isu perbandaran.

Berita penuh menyusul kemudian.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PKR Gesa RCI Ditubuh Siasat Pemberian IC Di Seluruh Negara

wan azizah kapar speech 01

PETALING JAYA, 25 MEI : PKR menggesa Suruhanjaya Bebas diadakan bagi menyiasat pemberian kad pengenalan kepada warga asing di seluruh negara dan bukan Sabah sahaja.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata usaha tersebut bagi menyiasat dakwaan bahawa ramai warga asing diberi KP untuk mengundi di pilihanraya umum ke-13.

Beliau menyatakan perkara itu dalam ucapannya di Kongres Nasional Keadilan Ke-9 ini berlangsung di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Wan Azizah turut mengulangi pendirian Pakatan Rakyat yang mahu kepimpinan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meletak jawatan kerana gagal melaksanakan PRU 13 dengan adil, bersih dan telus.

“Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya dipertikaikan kerana kecurangan SPR mengkhianati perjalanan pilihan raya. Penggunaan dakwat yang tidak kekal ini adalah bukti jelas proses PRU yang dijalankan adalah tidak telus,” kata beliau.

Ujar Wan Azizah lagi, terdapat bukti bahawa jumlah kertas undi di dalam peti undi jauh berbeza dengan jumlah yang dikeluarkan,
seperti di dalam kes Parlimen Balik Pulau.

“Mandat yang telah diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU telah dinafikan dan dirampas oleh Barisan Nasional lantaran kecurangan SPR yang mengkhianati proses pilihan raya,” kata Wan Azizah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sivarasa : Berhenti Menakutkan Rakyat Yang Bantah Keputusan PRU 13

adam adli jinjang 01

KEPONG 22  MEI : PKR menggesa Kerajaan Umno-BN untuk menghentikan tindakan menakut-nakutkan rakyat yang membantah keputusan pilihanraya ke-13, sebaliknya berusaha memahami kehendak mereka yang mahu sistem pilihanraya diperbetulkan.

Naib presiden PKR Sivarasa Rasiah juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan Kerajaan Umno-BN untuk menakut-nakutkan rakyat dan menyekat gerakan menuntut sistem pilihan raya yang telus.

“BN kena faham, bahawa rakyat khususnya anak muda akan tetap lawan kerana mereka yakin bahawa prinsip mereka untuk tegakkan keadilan adalah betul.

“Pergerakan ini akan terus berkembang sehingga BN tumbang dan sebuah kerajaan yang benar-benar demokratik dan telus dapat ditubuhkan di adam adli jinjang 02Malaysia,” tegas Sivarasa.

“Nasihat saya, cuba fahami kehendak anak-anak muda ini, terima teguran dan perbetulkanlah sistem pilihan raya yang menjadi punca.

“Hentikanlah mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti dengan melakukan penangkapan seperti penahanan Adam Adli,” tambah Sivarasa apabila ditemui di satu di hadapan balai polis Jinjang di sini semalam.

Himpunan tersebut adalah bagi menunjukkan solidariti terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli yang ditahan reman sejak Sabtu lalu dibawah Seksyen 4 (1)  Akta Hasutan 1948.

Beliau ditahan berkenaan ucapannya di sebuah forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.

Adam didakwa menggesa orang ramai turun ke jalan raya untuk menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihanraya ke-13.

Himpunan semalam turut disertai pemimpin Pakatan lain yang antaranya Presiden Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim.

adam adli jinjang 03“Jangan pernah lupa bahawa semangat anak-anak muda seperti ditonjolkan oleh Adam Adli ini membawa obor perjuangan, mereka mahukan masa depan gemilang, mahu negara yang lebih baik.

“Semoga obor perjuangan ini juga akan menerangi hati semua termasuk mereka yang buta dan tuli,” kata Wan Azizah di hadapan lebih 200 hadirin.

Dr Nasir Hashim dalam ucapannya pula menganggap penangkapan Adam adalah suatu tindkaan yang dilihat tidak adil dan berat sebelah.

“Mengapa pula ucapan yang lebih teruk yang dikeluarkan (aktivis ketuanan Melayu) Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan bekas hakim (Datuk Mohd Noor Abdullah) tidak dikenakan sebarang tindakan?,” soal mantan Adun Kota Damansara ini.

Categories
NASIONAL

Wanita Sambut Baik Tawaran Pakatan Rakyat

wan azizah pakatan harapan wanita 02

SHAH ALAM 1 MEI : Golongan wanita menyambut baik tawaran yang diberikan Pakatan Rakyat(PR) dalam manifesto yang akan mengiktiraf golongan tersebut.

Pisnawati Mohd Sabri ,52, ketika ditemui dalam Majlis Pemasyuran Pakatan Harapan Wanita di sini pagi tadi menyatakan kesediaannya memangkah PR pada 5 Mei nanti.

“Ini semua yang kita inginkan terutama dalam soal mengurangkan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat, lebih-lebih lagi kesannya kepada saya seorang ibu tunggal yang masih bekerja.

“Harapan saya sangat besar untuk melihat kita mempunyai barisan kepimpinan kerajaan yang baru, dengan wajah baru supaya rakyat bawahan seperti saya ini tidak lagi terbeban.

“Lima tahun di bawah Pakatan (Rakyat) di Selangor, saya yakin martabat dan kebajikan wanita akan terus dijaga,” jelasnya yang hadir bersama anak dan dua wan azizah pakatan harapan wanita 03 cucu di majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Padang Jawa, Rahilah Arshad berkata sepanjang tempoh kempen berjalan, golongan wanita termasuk yang di atas pagar menunjukkan reaksi menggalakkan terhadap tawaran PR.

“Kita dapati strategi kita berkempen daripada pintu ke pintu bagi menerangkan  agenda PR termasuk agenda khusus untuk wanita, nampaknya berjaya membuka mata mereka.

“Tempoh empat hari ini pastinya kami pasukan gerakan dan calon-calon sendiri akan bekerja dengan dua atau tiga kali ganda untuk mengekalkan sokongan positif yang diterima serta terus menambah sokongan baru,” ujar Rahilah.

Terdahulu ketika melancarkan majlis berkenaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PR sedar dan sentiasa mengiktiraf peranan golongan wanita dalam agenda pembangunan negara, termasuk golongan surirumah yang seringkali dipinggirkan peranan penting mereka.

Antaranya, PR memberi jaminan kewangan, keselamatan, kesihatan, pendidikan anak-anak, keusahawanan dan kesejahteraan wanita sekiranya berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

wan azizah pakatan harapan wanita 01“Kita akan mewujudkan sistem sokongan yang sepatutnya dinikmati wanita termasuk dalam soal kesamarataan peluang kenaikan gaji dan pangkat.

“Bagi memantapkan institusi keluarga, kita juga akan menyemak kembali dasar pertukaran pekerja bagi memastikan suami isteri dapat hidup bersama membina dan membentuk keluarga,” jelas Wan Azizah di hadapan lebih 200 hadirin yang hadir di Padang Jawa di sini.

Hadir sama ialah calon DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail yang juga Exco Kerajaan Negeri, Pimpinan Muslimat PAS, Dr. Mariah Mahmud juga calon parlimen Kota Raja serta Pimpinan Wanita DAP, Hannah Yeoh calon DUN Subang Jaya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pakatan Mengecam Serangan Ke-atas Umno-BN

pakatan rakyat putrajaya naeem

SHAH ALAM, 24 April : Pakatan Rakyat mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuat bom buatan sendiri dan menyerang pusat operasi Umno-BN.

Pakatan Rakyat juga mengecam pihak tertentu yang membakar khemah parti Umno-BN lawan di Sekinchan, Tanjong Karang hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jenayah itu nampaknya dirancang untuk menimbulkan ketakutan dan mencetuskan huru-hara.

Anwar memuji kepantasan polis menubuhkan kumpulan khas untuk menyiasat insiden ini. Beliau berharap siasatan dapat dijalankan tanpa campurtangan dari pihak luar.

?Suspek perlu diberkas dan dibicarakan dibawah kanun Keseksaan kerana menyebabkan letupan yang boleh membahayakan nyawa dan harta,” kata Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 23 April lepas, satu leputan di Pusat Operasi BN Nibong Tebal menyebabkan seorang petugas cedera. Satu lagi bom ditemui pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata bom yang ditemui di Nibong Tebal itu dibuat oleh profesional dengan tujuan untuk menakutkan orang awam dan bukan untuk menyebabkan kecederaan.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan melawat mangsa hari ini, untuk menyampaikan simpati Pakatan Rakyat kepada mereka yang terkesan.

?Pakatan Rakyat bersama semua pihak menolak keganasan politik dalam apa juga bentuk, dan pilihanraya harus dilaksanakan secara aman dan teratur.?

Categories
NASIONAL

20 Ahli PKR Berdepan Tindakan Displin – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 24042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kira-kira 20 ahli Parti Keadilan Rakyat menghadapi tindakan displin kerana bertanding sebagai calon bebas dalam PRU-13.

2. Exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar menggesa Barisan Nasional supaya hentikan penghinaan terhadap masyarakat India, dan menyelesaikan masalah mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan walaupun lahir di Malaysia.

3. Pakatan Rakyat mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuat bom buatan sendiri dan menyerang pusat operasi Barisan Nasional.

Layari http://www.selangorku

Categories
NASIONAL SELANGOR

PSM Guna Lambang PKR

Nasir and Jeyakumar PKR 01

PETALING JAYA, 19 APRIL : Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan bertanding di DUN Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput menggunakan logo PKR dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13) kali ini.

Penyandang Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, keputusan menggembirakan itu akan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara PR dan Umno-BN di kedua-dua kawasan dalam pilihanraya nanti.

“PKR dengan sukacitanya mengumumkan bahawa dua calon dari PSM, Dr Nasir Hashim dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj akan bertanding di bawah logo PKR di Kota Damansara dan Sungai Siput.

“Surat kuasa untuk mereka berdua sebagai calon PKR telah ditandatangani oleh Residen PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan akan diserahkan kepada mereka selepas ini.

“Ia adalah situasi menang menang dengan PR menetap dua calon ini kekal di dua kawasan tersebut.

“Mereka adalah penyandang dan memiliki kekuatan diperlukan biarpun PSM turut berminat untuk bertanding di kawasan lain,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam PRU12 pada 2008, PSM bertanding dengan logo PKR di tiga kawasan iaitu dua kerusi DUN di Selangor iaitu Kota Damansara dan Semenyih manakala satu Parlimen di Perak, Sungai Siput.

Di Kota Damansara, Dr Nasir, 67, menewaskan calon Umno-BN, Zein Isma Ismail, 53, dengan majoriti 1,075 sementara Dr D Jeyakumar, 58, menewaskan calon MIC-BN, Datuk Seri S Samy Vellu dan calon Bebas, Nor Rizan Oon, 54, dengan majoriti 1,821.

“Apabila calon PSM bertanding dengan logo PKR, kita akan memberikan sokongan penuh dari segala aspek dalam tempoh kempen hingga pilihanraya bagi memastikan calon itu menang.

“Bila calon PSM menang maksudnya PKR menang seterusnya gabungan PR menang,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Umno Tak Mampu Laksanakan Janji Manifestonya di Selangor

MB PC Mic Tie Blue 01

PETALING JAYA, 19 APRIL : Kemampuan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan dasar pro-rakyat seperti pemberian air percuma sudah terbukti berbanding Umno-BN yang baru menawarkan inisiatif itu untuk meraih undi di dalam pilihanraya umum pada Mei 5.

Kesungguhan PR dapat dilihat apabila ia meneruskan dasar itu dan mahu menawarkan saham air kepada rakyat.

Berbanding dengan Umno-BN yang sejak 2008, berkata pemberian air percuma akan memufliskan negeri.

Kini Umno-BN secara tidak langsung mengakui keberkesanan dan kejayaan dasar pemberian air percuma apabila gagasan itu meniru PR, kata mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Apa yang kita lihat Umno-BN telah mula mengikut kita dalam manifesto termasuk menawarkan air percuma kepada rakyat.

“Namun begitu kita yakin Umno-BN tidak mampu memberikan apa yang rakyat Selangor perlukan kerana apa yang lebih penting adalah jati diri kerajaan itu sendiri.

“Air adalah hak rakyat. Itu yang mahu dilakukan PR untuk penstrukturan semula air dan memberi saham kepada rakyat,” kata Abdul Khalid yang juga calon Pelabuhan Klang dalam sidang media hari ini.

Abdul Khalid berkata, manifesto PR kali ini telah dikaji dari pelbagai sudut termasuk pelaksanaan dan impak kewangan berbanding manifesto pada 2008.

“Kita akan turun padang berjumpa rakyat untuk menerangkan manifesto ini malah akan menjawab segala tohmahan dilemparkan Umno-BN.

“Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk tujuan ini diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Institut Rakyat untuk membantu kita,” katanya.

Abdul Khalid berkata, PR akan melaksanakan apa digariskan dalam manisfesto ini apabila mendapat mandat rakyat pada 5 Mei ini.

PR melancarkan manifesto dan mengumumkan senarai calon di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi.

Categories
NASIONAL

Calon PKR Dipilih Berkemampuan Bawa Perubahan Kepada Negara

Azmin Ali Watikah PKR Selangor 01

SUBANG JAYA, 18 APRIL : Calon yang dikemukakan PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) merupakan individu yang mempunyai potensi besar membawa perubahan kepada negara.

Azmin Ali berkata, PKR mempertaruhkan 102 calon bagi kerusi Parlimen dan 162 calon bagi kerusi DUN di seluruh negara kecuali Sarawak.

Jumlah kerusi itu meliputi 64 kerusi Parlimen di Semenanjung, 21 di Sabah, 17 di Sarawak, dan bagi DUN pula pecahan mengikut kawasan akan diumumkan esok.

Menurut Azmin, calon yang dipilih merupakan agen perubahan yang dipilih berdasarkan perwatakan, penampilan dan seharusnya membuktikan bahawa PKR adalah sebuah parti yang mempunyai masa depan dalam pilihan raya kali ini.

“Mereka bukan calon-calon biasa, tetapi mereka merupakan agen perubahan, calon-calon reformasi dan sudah tentulah penampilan mereka, perwatakan mereka, tindak tanduk mereka mestilah mencerminkan bahawa Keadilan sebuah parti yang mempunyai potensi yang cukup besar,” katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR.

Azmin berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Calon Keadilan di sebuah hotel di Subang Jaya di sini hari ini.

Dalam majlis itu, semua calon diberikan amanat dan surat watikah pencalonan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, masih terdapat beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang belum dimuktamadkan kerana perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat(PR), PAS dan DAP sedang dijalankan.

“Kita akan teruskan rundingan pada petang ini dan kita akan muktamadkan pada petang ini juga untuk membolehkan calon menyiapkan kertas penamaan calon,” ujarnya yang turut mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.

Pada pilihan raya lalu, PKR bertanding 97 kerusi Parlimen dan 178 kerusi DUN.

Kerusi yang dimenangi di peringkat Parlimen pada 2008 lalu adalah 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PKR Lancar Video Kempen Wanita ‘Tangan Mu’

PKR Lancar Video Kempen Wanita 'Tangan Mu' 01

PETALING JAYA, 11 APRIL : PKR hari ini melancarkan video Wanita “Tangan Mu’ bagi membantu parti itu untuk mengangkat darjat wanita yang merupakan salah satu tunggak kepada pembangunan negara.

Perlancaran video berkenaan disempurnakan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Wan Azizah, Pakatan Rakyat (PR) berusaha untuk memenuhi sasaran 30 peratus penglibatan wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran sektor awam dan swasta menjelang tahun 2017.

“Pengorbanan wanita tidak hilang dari perhatian Manifesto Pakatan.

“Manifesto Pakatan mewajibkan para suami mencarum mengikut kadar pendapatan ke dalam satu Caruman Wanita Malaysia supaya golongan wanita akan sentiasa diberi pembelaan,” katanya.

Dr Wan Azizah menambah insentif penjagaan anak sebanyak RM 1,000 setahun untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah yang terkandung dalam Manifesto Rakyat dapat mengurangkan bebab keluarga berpendapatan rendah.

“Walaupun jumlah RM 1,000 setahun mungkin berbunyi sedikit, akan tetapi sebagai seorang ibu, setiap sen dikira dalam membesarkan anaknya, ianya mungkin bantuan yang kecil.

“Akan tetapi ianya tetap suatu bantuan yang boleh meringankan beban,” katanya lagi.

Turut hadir ketika perlancaran video berkenaan adalah Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail.

Video berkenaan boleh ditonton di

https://www.youtube.com/watch?v=we7srrxFwOE&feature=youtube_gdata_player