Categories
NASIONAL

FOMCA: Kerajaan patut kaji kesesuaian bas ekspres 2 tingkat

SHAH ALAM 22 APRIL: Fomca menyarankan agar kerajaan mengkaji kesesuaian bas ekspres dua tingkat digunakan bagi perjalanan jauh kerana terdapat laporan bas itu direka bagi laluan bandar yang singkat.

Pengarah Komunikasi Persekutuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, di negara luar, bas dua tingkat hanya digunakan bagi pengangkutan di dalam bandar dan untuk jarak yang dekat sahaja.

bas 2 tingkat“Struktur bas tersebut tinggi adalah tidak stabil apabila dibawa laju serta pengadang jalan raya di negara ini yang rendah membuatkan ia mudah terbalik,” katanya dipetik Bernama.

Mohd Yusof berkata, kekerapan berlakunya kemalangan membabitkan bas dikhuatiri menjejaskan usaha menggalakkan orang ramai mengguna pengangkutan awam terutamanya bagi perjalanan yang jauh dan ketika musim perayaan.

Katanya tiga kemalangan yang berlaku dalam masa seminggu ini akan mengikis keyakinan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama mereka.

“Pengguna memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam yang diyakini selamat dan kerajaan serta agensi penguatkuasa perlu lebih tegas dalam melaksanakan tugas mereka kerana ia melibatkan keselamatan nyawa ramai penumpang.

FOMCA“Ditambah dengan musim perayaan yang semakin dekat, kami khuatir lebih banyak kemalangan bas ekspres akan berlaku akibat dari kecuaian dan tahap keselamatan yang rendah,” katanya.

Sebelum ini sebuah bas persiaran yang membawa penumpang dari Pulau Redang ke Singapura terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung dan mengorbankan seorang pelancong dari Singapura.

Pada Sabtu lepas pula, sebuah bas ekspres yang membawa 28 penumpang terbabas di Km 118, Lebuh Raya Pantai Timur yang mengakibatkan 10 orang cedera.

Sementara pada 12 April lalu, tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik di Bentong, Pahang.

EZY

FOMCA anjur Anugerah Hari Pengguna tawar hadiah keseluruhan RM225,000

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

FOMCA anjur Anugerah Hari Pengguna tawar hadiah keseluruhan RM225,000

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 10 FEB: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menganjurkan pertandingan Anugerah Guru Hari Pengguna Malaysia (HPM) 2014 untuk mencari guru bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di negara ini.

Ketua Perhubungan Korporat Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kategori ini diadakan terbuka kepada semua guru di kecuali Guru Besar, Pengetua, Guru Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

FOMCAKatanya, Pertandingan Kepenggunaan HPM 2014 merupakan acara tahunan kali ke-13 dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Ia turut disokong pelbagai pihak lain seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Standards Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mohd Yusof berkata, untuk pelajar yang menyertai pertandingan ini, mereka akan diberikan sijil penyertaan dan diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Ia juga mempunyai merit pemarkahan untuk kerja ko-kurikulum mereka, untuk 2014, sebanyak 12 pertandingan akan dijalankan,” katanya,

FOMCAPresiden Fomca, Datuk Dr Marimuthu Nadason, berkata untuk tahun ini Fomca mensasarkan hampir 130,000 penyertaan.

Katanya, pada 2013, Fomca menerima 117,000 penyertaan sementara pada 2012, sebanyak 115,447 penyertaan dicatatkan sekaligus melayakkan pertandingan ini disenaraikan di dalam Malaysia Book Of Records.

Pertandingan itu akan bermula pada 10 Februari 2014 dan berakhir pada 4 Julai 2014.

Sebanyak RM225,000 hadiah wang tunai diperuntukkan sebagai hadiah keseluruhan pertandingan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi pihak urus setia di talian 03-7877 4741 dan laman sesawang www.mypengguna.com.

EZY

Categories
NASIONAL

Tambang bas naik mendadak, Fomca gesa pengguna lapor pada SPAD

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 JANUARI : Orang ramai khususnya ibu bapa digesa supaya segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berhubung tindakan pengusaha bas sekolah yang didakwa menaikkan tambang secara mendadak mulai pertengahan Januari ini.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ibu bapa berhak untuk membuat aduan kepada SPAD berikutan kenaikan itu masih belum dikuatkuasakan pihak kerajaan.

FOMCAKatanya pengusaha bas sekolah tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil keputusan menaikkan tambang kerana ia jelas menyalahi undang-undang.

“Kalau ada bas yang menaikkan (tambang), ibu bapa atau pengguna boleh buat aduan kepada SPAD untuk ambil tindakan ke atas pengusaha berkenaan kerana ia belum berkuatkuasa lagi.

“Dari segi peraturan juga salah kerana selagi kerajaan tidak putuskannya, pengusaha tidak boleh bertindak sesuka hati,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Terdahulu, sebahagian besar ibu bapa pelajar dari sembilan lokasi di Bagan Datoh, Perak menyatakan rasa tidak puas hati mereka berhubung kenaikan tambang bas sekolah berkuatkuasa pertengahan Januari ini.

Ia berikutan kenaikan tambang bas sehingga RM25.97 bagi setiap pelajar itu dilihat tidak munasabah dan membebankan ibu bapa.

demo pelajarMalah sekumpulan ibu bapa dan pelajar di sekitar kawasan itu turut mengadakan demonstrasi secara aman sebagai simbolik protes berhubung kenaikan kadar tambang bas.

Mengulas lanjut, Yusof berkata Kerajaan Pusat perlu mengambil tindakan tegas ke ataspengusaha bas yang didapati mengambil kesempatan dengan menaikkan kadar tambang kerana ia membebankan golongan ibu bapa.

Katanya penguatkuasaan lemah daripada pihak kerajaan akan menyebabkan lebih ramai pihak mengambil kesempatan susulan kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang diumumkan baru-baru ini.

“Kalau Kerajaan Pusat tidak buat apa-apa, pengguna akan rasa tertindas dan tidak yakin dengan penguatkuasaan kerajaan.

“Sesiapa pun akan mudah mengambil kesempatan sekiranya penguatkuasaan itu lemah dan tidak tegas, jadi kita harap pihak berkenaan tampil menyelesaikan masalah ini kerana kita bimbang ia akan semakin serius,” katanya lagi.

Difahamkan kenaikan harga tambang bas sekolah itu adalah susulan kenaikan harga minyak 20 sen bagi satu liter.

EZY

 

JURNAL BERITA: Najib tambah cabutan khas judi untuk jana hasil negara?

1- Hannah : KDN perlu beri peluang koperasi tubuh syarikat keselamatan

2- Daroyah nafi wujud 80 pusat judi internet di Sementa menubuhkan syarikat pengawal keselamatan

3- DAP selar tindakan kerajaan pusat lulus 22 permit cabutan khas 4D

4- GERAMM sedia disiasat kerana anjur perhimpunan

5- ‘Profesor kangkung’ dijangkiti ‘sindrom bebalisme’ putar belit sejarah negara

6- Anwar: Harussani cela himpunan, diam saat rakyat ditindas

7- Mahkamah Rayuan putus Bersih 3.0 tidak haram

8- PKR Selangor: Hati-hati buat kenyataan isu ‘Allah’ elak dieksplotasi

9- FOMCA: Kawal orang tengah, elak harga ikan naik

10-Perbalahan agama perlu selesai cara ilmiah

11-SPRM dicabar dedah peruntukan yang perlu diperbaiki di Parlimen

Categories
NASIONAL

FOMCA: Kawal orang tengah, elak harga ikan naik

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM 6 JAN: Kerajaan pusat perlu mengawal pembabitan orang tengah atau peraih dalam rantaian pembekalan ikan kepada pengguna bagi memastikan harga ikan dapat dikawal.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pembabitan peraih seperti yang dialami kini boleh menjadi punca harga ikan melambung dan agak sukar dikawal sehingga membebankan pengguna.

Katanya, kerajaan pusat perlu memainkan peranan mengguna bidang kuasa yang ada bagi memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan hingga menyebabkan harga ikan meningkat.

fomca orang“Harga sebenar daripada nelayan agak rendah,tetapi apabila terdapat banyak pihak terbabit seperti orang tengah, maka harga ikan menjadi tinggi apabila sampai kepada pengguna.

“Sebab itu, kita lihat ada orang yang sanggup ke Sungai Besar bagi mendapatkan ikan secara terus daripada nelayan bagi mendapatkan harga rendah.

“Tetapi, bukan semua orang ada masa dan kesempatan untuk berbuat demikian, maka kerajaan perlu tolong,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kenaikan harga ikan yang dijangka terus meningkat berikutan musim tengkujuh.

Mengulas lanjut, beliau mengakui sebahagian besar ikan yang dibekalkan kepada pengguna di Malaysia diimport daripada negara luar seperti Thailand dan Indonesia.

“Oleh itu, kita perlu fikirkan alternatif lain supaya harga ikan tidak begitu tinggi seperti mempergiatkan lagi penternakan ikan. Apabila ikan diternak, risiko cuaca yang mempengaruhi penangkapan ikan seperti yang kita alami kini akan berkurangan,” katanya.

Mohd Yusof turut memberi cadangan supaya masyarakat Malaysia mencontohi sikap rakyat Jepun yang bijak menguruskan koperasi demi kehidupan harian mereka.

“Melalui koperasi, mereka membeli barang dan keperluan dalam bentuk borong atau pukal, selain pembungkusan semula dan jual di kalangan mereka dengan harga rendah,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

FOMCA : Kerajaan Pusat patut tangguh naik kadar tol

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 15 DIS : Kerajaan Pusat patut menangguhkan kenaikan kadar tol yang dijangka bermula 2014 kerana ia akan menambah bebanan kepada ekonomi rakyat ekoran pelbagai jenis kenaikan barang dan perkhidmatan juga akan berlaku.

FOMCAPengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman,berkata kenaikan yang dikatakan berpunca daripada perjanjian konsesi itu sebenarnya hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Katanya, perjanjian berat sebelah itu juga akhirnya akan menambah beban rakyat dengan pelbagai kenaikan bermula tahun 2014.

“Sudah banyak kali semakan tol dibuat. Dalam perjanjiannya, setiap tiga tahun kadar tol akan disemak, jika tidak patuhi kerajaan perlu bayar pampasan itu.

“Dalam masalah ini, kita lihat kerajaan tidak mahu lagi membayar oleh itu kadar tol dinaikkan dan kerajaan terpaksa membenarkan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol akan dinaikkan pada tahun hadapan.

Menurut laporan media, Abdul Wahid berkata kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana ia terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

tol naikYusof berkata kerajaan perlu sedar pelbagai kenaikan pada tahun hadapan akan menekan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat lebih lagi warga kota.

“Kerajaan juga perlu menilai perjanjian berat sebelah yang dibuat tanpa pengetahuan umum. Oleh itu seharusnya kerajaan menangguh semakan tol supaya ia tidak dinaikkan tahun hadapan agar tidak memberi kesan kepada rakyat disebabkan beban yang pelbagai bermula tahun depan,” katanya.

naik tolDesas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun depan antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Akhbar melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1. Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

EZY

JURNAL BERITA : Exco, ADUN tidak dibenar buat ‘kerja sampingan’

1- MB : Naik gaji elak buat ‘kerja sampingan’

2- MB : Pindah lokasi burung walit bagi selaras penempatan

3- Selangor, SPAN jalin kerjasasama, pastikan air bersih cukup

4- Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur 17 Disember ini

5- FOMCA puji Selangor tawar bas percuma galak rakyat guna pengangkutan awam

6- Warga KL diseru hadir bantahan cukai taksiran depan DBKL 16 Disember ini

7- SAMM lancar misi bantuan banjir kali ke-6

8- Kerajaan Pusat perlu serius bela nasib pekerja

9- Program Tuisyen Rakyat Selangor lahir pelajar cemerlang

Categories
SELANGOR

FOMCA puji Selangor tawar bas percuma galak rakyat guna pengangkutan awam

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 12 DIS : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memuji tindakan Kerajaan Selangor yang menawarkan perkhidmatan bas percuma kepada rakyat di negeri itu bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

FOMCAPengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata Kerajaan Pusat perlu mengambil pendekatan sedemikian jika mahu rakyat lebih banyak menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kadar kesesakan trafik.

Katanya, tindakan Kerajaan Pusat menaikkan kadar tambang pengangkutan awam akan menyebabkan matlamat yang mahu menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan itu tidak akan tercapai.

Rabat bas PerantaraMalah, katanya, satu kajian menyeluruh juga perlu dijalankan supaya rakyat tidak berterusan terbeban dengan pelbagai kenaikan mutakhir ini.

“Salah satu faktor kenaikan itu adalah dengan alasan caj elektrik naik tetapi kerajaan perlu faham ia membabitkan kegunaan ramai pengguna, dulu minta perkhidmatan ini digunakan kerana harga minyak naik tetapi sekarang tambangnya juga naik.

“Dalam masa yang sama kerajaan mahu menggalakan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam tetapi bila berlaku kenaikan ini paras penggunaan perkhidmatan akan menurun seterusnya matlamat kerajaan itu tidak tercapai,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Selain itu, Yusof berkata perkhidmatan pengangkutan awam perlu dipertingkat selaras dengan kenaikan tambang itu.

“Jangan sampai orang ramai tidak mahu gunakan langsung, jika tidak pastikan kadar kenaikan itu mampu dibayar oleh pengguna dan tidak membebankan mereka,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya diskaun atau subsidi bagi perkhidmatan awam diperkenalkan.

“Bagi perkhidmatan komuter, golongan berpendapatan bawah RM3,000 layak menerima diskaun, jadi insentif sebegini boleh diperluaskan kepada pengguna sistem aliran transit ringan (LRT) dan monorail, bagi diskaun kepada pengguna yang menggunakannya setiap hari,” katanya.

EZY

JURNAL BERITA: Penerima SMUE sebak terima bantuan

1- Penerima Skim Mesra Usia Emas sebak terima sumbangan

2- Smart English & Pintar Matematik Spies D’Village tingkat penguasaan pelajar

3- Selangor sifatkan nilai anak muda lebih mahal dari lombong emas

4- Tanpa kenaikan, gaji ADUN mencecah defisit

5- FOMCA : Faktor gaji dorong minat golongan muda kepada politik

6- Pelajar Jepun tanam pokok buahan di Hutan Bandar Putrajaya

7- Misi bantuan kedua SAMM bertolak ke negeri pantai timur

8-3 NGO dipilih agih dana RM100,000 kepada mangsa taufan Haiyan

9-Kerajaan pusat ‘double standard’ pinda Akta Cukai 1967

10-PR sokong memorandum SAMM bantah kenaikan tarif bil ASTRO

Categories
SELANGOR

FOMCA : Faktor gaji dorong minat golongan muda kepada politik

Oleh : Hafizan Taib

SHAH ALAM 5 DIS : Kenaikan gaji anggota pentadbiran kerajaan Selangor wajar dan berpatutan dengan keadaan semasa serta mampu menimbulkan minat golongan muda profesional menyertai politik secara serius.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Shani Abdullah, kenaikan gaji yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dipersetujui dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) adalah relevan serta setimpal dengan tanggungjawab juga kedudukan sebagai wakil rakyat.

shani“Saya rasa terkejut Timbalan Speaker mendapat elaun terlalu rendah (RM3,327.50) berbanding dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu RM6,000. Jadi apa yang diluluskan DNS adalah berpatutan.

“Mungkin daripada kadar kenaikan menunjukkan satu lonjakan tinggi tetapi mengikut kos sara hidup, sewa rumah dan keperluan lain, memperlihatkan kadar yang diluluskan adalah berpatutan.

“Memang ini juga adalah satu objektif untuk menarik golongan muda profesional berkebolehan dan berbakat daripada segi kepimpinan dan pengurusan untuk menawar diri berkhidmat dalam politik serta turun kepada rakyat,” katanya kepada Selangor Kini di sini, semalam.

Mohd Shani berkata, kenaikan gaji dengan kadar baru bagi Menteri Besar, Speaker, Timbalam Speaker, Exco dan ADUN Selangor itu tidak harus dijadikan isu kerana ia memberi kesan positif kepada golongan berkenaan terutama bagi mencegah salah guna kuasa serta rasuah.

Beliau berkata, salah satu objektif mengapa imbuhan kepada pegawai awam tidak terlalu rendah adalah untuk mengelakkan diri terjebak dengan perkara yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara.

“Penyalahgunaan kuasa dan rasuah tetap akan berlaku jika kerajaan tidak mengambil serius dalam usaha menanganinya melalui peraturan yang dikuatkuasakan.

“Dalam keadaan elaun RM6,000 sebulan, ia adalah kadar yang begitu rendah bagi golongan profesional yang mempunyai kemampuan untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Kadar imbuhan juga harus setimpal dengan apa yang mereka boleh dapat dalam sektor awam atau swasta.

“Kalau kita bandingkan bagi penjawat Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa), RM6,000 hampir separuh daripada gaji Jusa. Bagi ketua di kerajaan negeri, mereka mesti berkedudukan kewangan bebas dengan kadar pendapatan berpatutan supaya boleh bertindak tanpa perlu bergantung kepada pihak lain,” katanya.

Sidang DNS baru-baru ini meluluskan kenaikan gaji bagi Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Exco dan ADUN, berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Struktur gaji baru itu membabitkan Menteri Besar daripada RM14,175.50 kepada RM29,250; Speaker daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750; Exco daripada RM6,109.29 kepada RM20,250 dan ADUN daripada RM6,000 kepada RM11,250.

-NFN-

Ketua Pembangkang anggap wajar naik gaji

1-MB umum 1/2 bulan gaji untuk kakitangan Kerajaan Selangor

2-Kenaikan gaji Exco, ADUN berpandukan JPM, Sarawak

3-Anwar : Tolak usul intipan tunjuk kerajaan Najib lemah

4-Khidmat bas percuma : Rakyat tempatan didahulukan

5-FOMCA : Negeri lain wajar contohi Selangor beri khidmat bas percuma

6-Menteri Perumahan gagal jawab 3 surat Exco Perumahan Selangor

7-Ketua Pembangkang Selangor anggap kenaikan saraan ADUN, MB wajar

8-Speaker tolak bahas usul tindakan COMANGO

9-‘PJ Safe Safety 4 All’, mantap keselamatan Petaling Jaya

10-MBSA bakal laksana sistem Pembuangan Sampah Bawah Tanah

11-Dua premis vcd lucah diserbu MPSJ