Categories
AGENDA NASIONAL

Utusan Pakistan: Pendirian Tun M berhubung isu Kashmir wajar dihormati

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Ucapan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74 yang menyeru pertikaian di Kashmir antara India dan Pakistan diselesaikan melalui rundingan, wajar di hormati, kata Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Atif Sharif Mian.

“Sebagai antara pemimpin dunia yang hebat, beliau memberikan satu kenyataan penting bahawa dunia tidak mampu lagi untuk mendepani konflik antara dua negara kuasa nuklear … ia boleh mencetuskan bencana kepada dunia,” katanya kepada Bernama selepas forum bertajuk ‘Palestine – Kashmir Forum: The Struggle for Freedom and Self Determination’, anjuran bersama Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di sini, Isnin.

Sejak sekian lama akses terhadap makanan, ubat-ubatan dan internet oleh penduduk Kashmir adalah terhad, terdapat ribuan kakitangan tentera sentiasa menjalankan rondaan, dan lebih 10,000 cedera dan 800 lagi menjadi buta akibat terkena peluru senapang angin.

Justeru, Mian menghargai pendirian tegas Dr Mahathir berhubung isu Kashmir.

Kerajaan India mengenakan perintah berkurung dan menahan hampir 4,000 orang termasuk pemimpin politik, peguam dan wartawan.

Dalam pernyataan bersama pada akhir forum, penganjur menuntut komuniti antarabangsa bersatu menentang ketidakadilan terhadap penduduk Kashmir dan Palestin.

Presiden MAPIM, Azmi Abdul Hamid berkata, pernyataan bersama itu akan diserahkan kepada Dr Mahathir di Putrajaya esok.

“Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran tentang Palestin dan Kashmir, menjadikan satu dokumen yang boleh dirujuk semua pihak supaya boleh dijadikan asas untuk melakukan banyak kempen kesedaran sama ada melalui forum, seminar dan khutbah di masjid-masjid agar dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang apa yang berlaku,” katanya.

Forum itu turut disertai wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Kemboja, Thailand dan Indonesia.

– BERNAMA

Categories
GLOBAL

Singapura sedia bantu siasat skandal 1MDB

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 17 MEI: Singapura menyatakan pihaknya bersedia membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di negara ini, lapor Channel News Asia, semalam.

CNA melalui laporan di portalnya berkata, kenyataan itu dikeluarkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD).

Katanya, pihak berkuasa Singapura bekerjasama secara meluas dengan penguatkuasa di Malaysia atas permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat berhubung transaksi berkaitan 1MDB.

“Singapura juga telah mengambil tindakan pantas terhadap institusi kewangan serta individu yang melanggar undang-undang berhubung aliran dana yang berkaitan dengan 1MDB,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan mendapatkan kembali semua wang diseleweng 1MDB yang dipercayai disimpan di beberapa negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Categories
NASIONAL

PM Singapura tak sabar jumpa Tun M

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 12 MEI: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong diantara pemimpin dunia yang tidak sabar bertemu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hsien Loong melalui laman facebooknya memberitahu, dia sudah menghubungi Tun Mahathir bagi mengucapkan tahniah atas perlantikan sekali lagi sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia.

“Tun M mengatakan pada waktu ini beliau sibuk menghadiri mesyuarat bagi perlantikan kabinet, semoga dia terus berjaya dengan kabinet barunya dan sudah tentu saya tidak sabar berjumpa dengannya samaada di Malaysia mahupun Singapura,” tulisnya.

Selain ucapan tahniah, Hsien Loong turut berkongsi gambar lamanya bersama Tun M ketika menghadiri jamuan Hari Raya di Johor Baharu, pada 2001.

Sebelum itu, Kementerian Luar Negeri Singapura dalam kenyataannya berkata, sebagai negera jiran terdekat, Singapura berbesar hati untuk terus menjalinkan hubungan bersama kerajaan baru di bawah pentadbiran Tun Mahathir.

Categories
NASIONAL

Jokowi: Tahniah Tun Mahathir, moga hubungan Malaysia-Indonesia bertambah baik

SHAH ALAM, 11 MEI: Presiden Indonesia, Joko Widodo menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Ucapan itu disampaikan presiden yang mesra dengan panggilan Jokowi menerusi panggilan telefon dari Istana Presiden di Bogor.

“Saya mengucapkan selamat atas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelmarin,” katanya melalui kenyataan dari Istana Presiden di Bogor.

Jokowi turut mengucapkan syukur ekoran proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Malaysia berjalan lancar, pada 9 Mei lalu.

“Saya senang mendengar proses demokrasi berjalan lancar dan aman,” katanya.

Jokowi turut meyakini hubungan kedua-dua negara akan bertambah baik.

“Sebagai negara serumpun saya percaya di bawah kepemimpinan Bapak Mahathir, hubungan antara kedua bangsa kita akan terus meningkat.

“Dan saya mendoakan Bapak Mahathir terus diberikan kesihatan untuk menjalankan amanah rakyat Malaysia ini,” katanya dipetik portal Malaysia Kini.

Mahathir secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara, semalam.

Sejarah baru tercipta, apabila Tun Mahathir menggalas jawatan sama buat kali kedua setelah pertama kalinya selama 22 tahun iaitu pada 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003.

Tun Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan (PAKATAN) berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) buat pertama kali dalam sejarah negara, selepas 61 tahun parti itu mentadbir.

PAKATAN menang majoriti mudah 113 kerusi Parlimen sementara Parti Warisan Sabah (WARISAN) menang lapan kerusi selain menawan beberapa negeri.

Antara negeri ditawan PAKATAN adalah Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah selain berjaya mengekalkan kemenangan, di Selangor juga Pulau Pinang.

Apa Kata Rakyat Mengenai Pemberian Permit Teksi Bersyarat Oleh PM?


 

Sinopsis

Apa kata rakyat mengenai pemberian permit teksi bersyarat oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak baru-baru ini?

Kerajaan memberikan 1000 permit teksi persendirian secara terus, dimulai dengan 200 penerima di satu majlis di Putrajaya baru-baru ini.

Penerima bagaimanapun hanya boleh menggunakan permit tersebut jika mereka membeli kereta Proton Exora.

Penerima juga diberikan geran RM5,000 untuk pembelian itu.

Krew TVSelangor turun ke jalanan mendapatkan respon orang kita.

Masa Terbaik Untuk Pakatan Kuasai Putrajaya – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 2902013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 29 JANUARI 2013 :

1. Kenyataan TPM untuk meneruskan projek pembinaan Langat 2 dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor jelas membelakangi kuasa Kerajaan Negeri selain memberi gambaran bahawa Umno-BN bebas melakukan apa sahaja walaupun bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

2. Pakatan Rakyat Selangor telah memohon campurtangan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyelesaikan kemelut isu industri air Selangor.

3. Pakatan Rakyat memiliki peluang keemasan untuk menguasai dan mengambil alih Putrajaya daripada Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan sokongan rakyat kuat ketika ini.

4. Ketua Pembangkang menyifatkan lawatan PM ke Gaza, Palestin baru-baru ini lebih bermotifkan politik untuk meraih sokong umat Islam Malaysia.

http://www.selangorkini.net