Categories
BERITA UTAMA

Memerhati deretan pesawat MAS, air mata saya menitis

OLEH: DR AZMAN IBRAHIM

SAYA mengambil sedikit masa untuk menulis tentang MH17 dalam keadaan sangat memahami perasaan keluarga yang sedang menunggu ketibaan orang-orang yang tersayang tetapi akhirnya yang ditunggu tak kunjung tiba. Perasaan kehampaan dan kesedihan ini teramat saya fahami.

Teringat, ketika saya memaklumkan waktu kepulangan ke tanahair kepada keluarga pada September 1999, hampir seminggu ayahanda dan bonda hampir tak tidur malam menunggu detik mendaratnya pesawat dari Amman, Jordan di KLIA membawa pulang seorang anak yang telah 6 tahun di perantauan. Alhamdulillah… akhirnya yang ditunggu tiba juga.

MH17 aPemergian penumpang dan krew MH17 dalam keadaan yang begitu tragis dengan jasad yang berkecai adalah terlalu memilukan. Sebuah kapal terbang yang terbang pada ketinggian 33,000 kaki di udara bermakna jaraknya dari permukaan bumi sekitar 7 batu.

Saya terasa sebak memikirkan bagaimana keadaan di dalam MH17 ketika pesawat tersebut jatuh dengan lajunya dari ketinggian itu lalu terhempas dengan dahsyat ke bumi.

Hakikat ketentuan Allah yang membuatkan air mata saya menitis, semua kita akan mati dan tiada siapa yang tahu di bumi mana kehidupan ini akan berakhir dan bagaimana kesudahan hidup kita.

Saya sangat bersimpati dengan pengurusan MAS di sebalik pelbagai kecaman terhadap mereka. 2 tragedi menimpa dalam masa yang singkat terlalu berat untuk dipikul.

Semalam ketika mendarat di KLIA dari Kota Kinabalu, sambil memerhatikan deretan pesawat MAS yang sedang diparkir, air mata saya menitis lagi. Kehidupan tetap diteruskan dengan pesawat terus berlepas dan mendarat.

Bukan mudah untuk kakitangan yang kehilangan begitu ramai rakan dalam tempoh singkat untuk bangkit mengumpulkan kembali sisa semangat bagi terus bekerja.

Kita tahu mereka telah melakukan yang terbaik. Di sini terlalu ramai orang yang tak bersalah dan bergantung rezeki pada setiap kali kapal terbang berlambang wau bulan tersebut pergi dan kembali. Jasanya terlalu besar walau ada ketika reputasinya dicemari oleh tangan-tangan rakus yang tamak.

Syarikat penerbangan ini adalah milik rakyat walaupun sebahagian besar rakyat hanya mampu mendongak melihat pesawat berjalur merah biru tersebut terbang di atas kepala mereka.

Apabila membaca berita, ketua pramugara MH17 yang terkorban adalah individu yang bergitu komited menentang sajian arak dalam pesawat, hati kecil saya berkata, inilah dia turning point. Hargai pengorbanan krew tersebut yang telah pergi dan tolong tunaikan hasratnya.

Walaupun bagaimana keadaan jasad Almarhum ditemui, hasil perjuangannya akan tetap kekal mengharum.

Sekarang bukan masanya untuk saling menunding jari dan mempolitikkan isu. Bagi saya ini adalah tragedi pembunuhan beramai yang mesti diadili.

Kita tidak berhajat untuk melihat munculnya wira di sebalik musibah, tetapi Allah masih mengizinkan matahari terbit di bumi ini lantaran kerana masih ada di permukaannya mereka yang menegakkan keadilan.

Malaysia perlu bertegas. Semua hak kita yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa mesti diperjuangkan. Soal konflik serantau antara Rusia, Ukraine dan pemisah adalah masalah mereka. Tetapi tindakan mensasarkan sebuah pesawat awam yang tidak membawa sebarang ancaman keselamatan adalah tidak bertamadun.

Kita akan tengok bagaimana reaksi berbeza masyarakat dunia akan timbul andainya sebuah pesawat milik barat ditembak jatuh di sebuah wilayah ummat Islam atau suspek pelakunya adala seorang Islam.

Bukankah kerana insiden letupan Pesawat Pan AM Penerbangan 103 di Lockerbie menyebabkan Libya dikenakan sekatan ekonomi?

Tragedi Lockerbie mengorbankan 271 orang sementara MH17 mengorbangkan 298 orang. Keduanya adalah tragi1s dan memilukan. Jangan ada double standard dalam menegakkan keadilan!

Dipetik: Harakah Daily

Categories
NASIONAL

MH17: MAS ketepi bayaran fi tukar tiket, batal perjalanan

SHAH ALAM, 19 JULAI: Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan mengetepikan sebarang fi yang dikenakan ke atas penumpang yang mahu membuat perubahan dalam jadual perjalanan ke sebarang destinasi MH.

MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, berikutan insiden MH17, penumpang yang mahu menangguh atau membatalkan rancangan perjalanan mereka boleh mendapatkan bayaran balik, termasuk tiket yang tidak membolehkan mereka mendapatkan bayaran balik.

Syarikat itu berkata, penumpang Enrich juga diberikan manfaat yang sama di atas jika membuat perubahan dalam jadual perjalanan masing-masing, selain pemulangan semula perbatuan jika mereka memilih untuk membatalkan tiket penebusan.

MH17 a“Malaysia Airlines sedih atas kehilangan MH17 dan sesungguhnya syarikat menghargai sokongan penumpang,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Kenyataan itu menyebut bahawa bayaran balik hanya terpakai mulai 18 Julai hingga 24 Julai ini, bagi perjalanan dari 18 Julai hingga 31 Disember ini.

MAS berkata, penumpang yang mahu membuat perubahan ke atas jadual perjalanan masing-masing, boleh menghubungi pejabat tiket terdekat atau menghubungi Pusat Panggilan Globalnya di 1-300-88-3000.

MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan terhempas yang dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine, dekat sempadan Rusia. pada 17 Julai lalu.

Categories
NASIONAL

TERKINI: Pesawat MAS MH17 terhempas ditembak peluru berpandu di Ukraine

MH17 a

Sebuah pesawat MAS MH17 dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, menurut agensi berita lewat malam ini.

Laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

MH17Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Mengikut laporan pesawat MH17 itu ditembak menggunakan peluru berpandu namun ia belum disahkan.

Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu.

Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.

Malaysia Airlines mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada Ukraine ATC bahawa ia telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) pada 30km dari Tamak waypoint, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

Penerbangan MH17 beroperasi pada Boeing 777 berlepas Amsterdam pada 12:15 (waktu tempatan Amsterdam) dan dianggarkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di 06:10 (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya.

Penerbangan itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal di atas kapal

Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

“Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara,” katanya dalam sidang media.

Sementara itu terdapat video yang dimuat naik ke laman youtube insiden itu.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebook beliau menyatakan pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki) apabila ia telah ditembak oleh peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah pelancar Buk. A.

BswkrwNIQAA6YT8

Ia adalah pelancar sama dilihat oleh wartawan Associated Press berhampiran bandar Ukraine timur Snizhne awal Khamis.

Malaysia Airlines berkata di Twitter bahawa ia “telah kehilangan hubungan MH17 dari Amsterdam. Maklumat terakhir yang diketahui adalah lebih ruang udara Ukraine.

MH17

twut MH17

Screen-Shot-2014-07-17-at-11.32.06-PM

BswmJsNIMAAedWB

 

[Berita penuh menyusul]

EZY

Categories
NASIONAL

Masalah enjin: Pesawat MASwings selamat mendarat

KOTA KINABALU 19 JUN: Sebuah pesawat MASwings ATR72-500 penerbangan MH3041 dari Kota Kinabalu ke Labuan yang berlepas pada 7.30 pagi hari ini, selamat mendarat di Lapangan Terbang Labuan pada 8 pagi.

“Pesawat itu membawa 55 penumpang dan empat anak kapal. Apabila mendarat menghala ke Lapangan Terbang Labuan, satu daripada enjin pesawat mengalami masalah teknikal.

“Sebagai mematuhi prosedur operasi standard, kapten operasi dengan serta-merta memaklumkan ATC Labuan dan perkhidmatan sokongan lapangan terbang telah diaktifkan sepenuhnya,” menurut MASWings dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Penerbangan bersama MASwings ATR 72-500Menurutnya, semua prosedur perlu telah dilaksanakan dan didapati enjin nombor dua kapal terbang di dalam papan penutup bahagian enjin telah terpisah dan ditemui di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan itu, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.

“Bagaimanapun, memandangkan keselamatan merupakan aspek terpenting syarikat, pesawat itu kini dilarang terbang bagi membolehkan pemeriksaan dan penyelenggaraan kejuruteraan sebelum kembali berkhidmat,” katanya. –

Bernama

Categories
NASIONAL

Enggan sedia kerusi roda, penumpang saman MAS di Mahkamah Australia

SHAH ALAM, 18 JUN: Seorang penumpang pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menyaman syarikat penerbangan itu di mahkamah Australia dan menuntut ganti rugi A$250,000 (RM752,000) kerana didakwa enggan menyediakan kerusi roda mengakibatkan dia terjatuh dan mengalami keretakan tulang.

Memetik Malaysia Kini, Vineetha Latha Warnakulasuriya, 72, berkata kejadian itu berlaku pada 4 April lalu apabila dia tiba di Sri Lanka dari Kuala Lumpur dengan pesawat Penerbangan MH179 dan meminta kerusi roda daripada kakitangan bertugas.

unnamedBagaimanapun, Vineetha mendakwa, dia diberitahu bahawa kerusi roda tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat dan perlu keluar ke lokasi kerusi roda itu akan dibawa.

Dalam pernyataan tuntutannya, Vineetha berkata, dia tidak ada pilihan tetapi terpaksa mematuhi arahan terbabit dan cuba bangun dari tempat duduknya tetapi terjatuh ke lantai menyebabkan mengalami kecederaan.

Pernyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Daerah Brisbane semalam (17 Jun) dengan Vineetha memegang dua kerakyatan iaitu di Sri Lanka dan Australia.

Beliau mendakwa mengalami keretakan tulang pada tibia kanannya (tulang kering) dan kerosakan ligamen di tempurung lutut kanannya akibat terjatuh.

Menurut dokumen itu, Vineetha meminta kerusi roda kerana sebelum itu dia sudah terjatuh di Lapangan Terbang Melbourne hingga mengalami kecederaan pada lutut kanannya.

Categories
NASIONAL

Lagi Pesawat MAS dilanggar kenderaan di KLIA

SHAH ALAM 4 JUN: Malaysia Airlines mengalami satu kemalangan lagi semalam apabila salah sebuah pesawat B737-800 syarikat penerbangan itu dilanggar oleh kenderaan bagasi ketika ia diletakkan di kawasan parkir.

Lapor Malaysiakini kejadian itu berlaku Lapangan Terbang Kuala Lumpur menunjukkan bahagian bawah badan pesawat robek.

kapal1Mengesahkan kejadian itu, MAS berkata kenderaan bagasi lapangan terbang itu melanggar fiuslaj pesawat itu mengakibatkan kerosakan.

Dalam satu kenyataan MAS berkata punca kejadian itu sedang disiasat dan pemandunya digantung tugas untuk sementara.

Menurutnya lagi, penumpangnya telah dipindahkan ke pesawat lain.

Sebuah lagi pesawat B737-800 telah digunakan untuk penerbangan berikutnya yang berlepas mengikut jadual, katanya.

Bulan lepas, sebuah pesawat MAS dilanggar oleh kereta lapangan terbang, Perodua Viva semasa ia berada di parkir KLIA.

EZY

Categories
NASIONAL

Krisis berterusan, 3 orang kuat MAS perlu letak jawatan segera

SUBANG, 17 MEI: Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbang MAS (MSUE) menggesa Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya; Pengarah Sumber Manusia, Zahrah Zaid dan Pengarah Jurutera, Azhari Dahlan meletak jawatan dengan segera.

Setiausaha Eksekutif MASUE, Mohd Jabarullah Abdul Kadir, berkata pihaknya turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi memastikan tiga ornag kuat syarikat penerbangan itu meletak jawatan bagi memastikan MAS tidak mengalami kerugian berterusan.

“Najib perlu campur tangan dalam pentadbiran MAS dengan melantik kepimpinan baharu yang lebih arif dalam industri penerbangan dan mengugurkan tiga individu terbabit.

mas2“Dalam masa tiga tahun tidak ada sebarang keuntungan, pelbagai masalah dalaman termasuk kerugian terbesar RM2.52 bilion yang dialami MAS ,pada 2011 merencatkan reputasinya sebagai syarikat penerbangan ulung negara, sejak 40 tahun lalu,” katanya pada sidang di pejabat MASUE, di sini.

Memetik Harakah Daily, Jabarullah berkata, apabila seseorang itu tidak mempunyai kepakaran dalam mengetuai bidang penerbangan, maka adalah sukar untuk memastikan MAS terus maju dalam persaingan industri penerbangan.

“MASUE tidak mahu melihat MAS terus mengalami kerugian dan kita mahu perkara ini diselesaikan dengan segera.

“Kami berpendapat tiga individu ini sudah diberikan masa yang cukup untuk membuktikan apa yang mereka boleh lakukan terhadap MAS, tidak perlu ada lanjutan masa lagi dan yang terbaik kami gesa mereka letak jawatan dengan cara terhormat,” tegasnya.

mas-a380-1-webBeliau turut menyatakan MAS adalah maruah rakyat negara ini dan perlu diselamatkan.

“Kami minta semua pihak menyokong desakan ini tidak kira apa juga lapisan masyarakat atau fahaman politik. Ini adalah maruah rakyat Malaysia dan ia perlu diselamatkan daripada mereka yang tidak mempunyai sebarang kepakaran.

“Dalam MAS, ramai individu yang mampu dan mempunyai kepakaran untuk kendali syarikat ini tetapi mereka tidak dipandang pihak tertentu,” katanya.

Pada masa sama, MASUE akan menganjurkan piket di hadapan Bangunan MAS Subang Jaya bagi mendesak tiga individu itu melepaskan jawatan jam 5 petang, pada 26 Mei lalu.

Krisis dalaman MAS bukan sahaja berdepan dengan tragedi MH370 tetapi membabitkan masalah yang serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan yang menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian hampir RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kerugian tahunan terus meningkat, MAS perlu keluar Bursa Saham

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 MEI: Ekoran kerugian yang terus dicatatkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan syarikat berkenaan keluar daripada Bursa Saham dan bergerak sebagai entiti swasta supaya lebih agresif dan rancak.

Beliau berkata, jika MAS terus dibiarkan rugi tanpa mencatatkan peningkatan keuntungan, maka rakyat turut mengalami maslaah sama kerana ia adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Khazanah Nasional dengan jumlah pegangan 69.4 peratus.

Katanya, kerugian yang dialami suku pertama tahun 2014 dapat dijangkakan kerana MAS turut berhadapan kehilangan pesawat MH370, sekali gus membawa kepada sentimen negatif pasaran.

dr dzul close 01“Sekali lagi saya kemukakan syor serta pandangan daripada penganalisis kewangan apakah sudah tiba waktunya supaya MAS dibawa menjadi entiti swasta kembali atau keluar daripada Bursa.

“Biar MAS wujud sebagai entiti swasta dan boleh berfikir dengan rancak dan mungkin dapat melaksanakan satu pelan tindakan yang lebih agresif supaya program pemulihan dapat dijayakan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Jelasnya, kehilangan MH370 sedikit sebanyak memberikan kesan kepada MAS yang kini berusaha memulihkan kembali prestasi mereka ke tahap yang lebih baik dan menguntungkan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya memaklumkan Malaysia Airlines menanggung kerugian bersih RM443 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac lalu, berbanding RM279 juta dalam suku yang sama tahun 2013.

Pendapatan syarikat untuk suku pertama meningkat kepada RM3.6 bilion berbanding RM3.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu, manakala saham syarikat itu jatuh 9.0 peratus kepada 22.5 sen daripada 24.8 sen dalam suku pertama 2014.

mas“Daripada situ kita tahu walaupun jumlah dapatan banyak tetapi kerana dapatan untuk satu penumpang (yield) hanya 22.5 sen bermakna keuntungan sudah jatuh.

“Bila MAS menurunkan harga untuk mendapatkan penumpang (price war), pada masa sama kena ingat, bila beri tambang murah tidak akan dapat mengatasi harga kosnya.

“Sebab itu jumlah dapatan boleh naik tetapi keuntungan jatuh. Ringkasnya, kalau MAS terus begini, maka tidak akan dapat keluarkan daripada perangkap kitaran kerugian,” katanya.

Pada masa sama, Dzulkefly turut membidas kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang dilaporkan berkata kerajaan tidak akan memberikan suntikan modal baru kepada MAS kerana sudah memberikannya RM19 bilion supaya kekal stabil.

Dzulkefly berkata, kenyataan demikian disifatkan sebagai tajam dan boleh menjejaskan lagi sentimen pasaran terhadap MAS.

“Jika kamu tidak boleh membantu adalah lebih baik diam,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Perodua Viva langgar pesawat MAS MH740 di KLIA

SEPANG 15 MEI: Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan pesawat MAS yang akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Yangon (KUL-RGN) berlaku kira-kira pukul 8.50 pagi, Khamis.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan pemunggahan kargo MAS (Bay A2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kereta milik anak syarikat MAS, Firm City itu telah terperosok di bawah pesawat MH (9M-MXG) yang dijadualkan berlepas pada pukul 10.05 pagi.

viva rempuh mas1Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata jurutera mereka berada di tapak untuk menilai kerosakan.

“Penilaian awal menunjukkan tiada risiko serta-merta kepada struktur pesawat. Walau bagaimanapun asas pesawat adalah perlu untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh,” katanya dipetik Bernama.

Izham mengulangi bahawa keselamatan penumpang kekal penting kepada MAS.

Gambar kereta Viva rempuh pesawat MAS di KLIAMalaysia Airlines dalam satu kenyataan memohon maaf kepada semua penumpang MH740/741 hari ini untuk gangguan kepada rancangan perjalanan mereka.

Difahamkan, kenderaan kepunyaan Firm City ditugaskan untuk membuat pemantau proses pemunggahan barang-barang ke dalam pesawat.

Terdapat kesan calar di bahagian bumbung kereta dan di bahagian bawah pesawat.

Kereta terbabit telah dibawa keluar dengan mengeluarkan angin tayar sebelah hadapan.

“Kapal tersebut telah dibawa ke ‘hangar’ untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya.”

Pesawat lain jenis 9M-MSH digunakan untuk menggantikan penerbangan MH740.

Gambar: Sumber Facebook

EZY

JURNAL BERITA – Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

1. MB: Selangor berjaya bangunkan sistem bank tanah, kini fasa kedua

2. Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

3. Unisel lancar 3 jurnal usaha memasyarakatkan ilmu

4. 14 filem pendek Unisel didik masyarakat bina jati diri cemerlang

5. MAS: MH192 tayar pecah, patah balik ke KLIA

6. Dr Rosli, Rafizi boleh beri ceramah GST percuma, RM2.2 juta bagi rakyat miskin

7. Anwar ada bukti Tun Daim punyai akaun di Tanzania

8. Kes Khir Toyo ditangguh, Fitnah II dicepatkan

9. Bertindak terhadap perasuah, bukan berlari

10. Perarakan himpunan tolak GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei

11. Guan Eng: Contohi Karpal perjuangkan keadilan

12. RM100,000 menanti warga PJ

13. Bantah projek 33 tingkat: Penduduk Damansara Damai lega keputusan MBP

Categories
NASIONAL

MAS patut ambil iktibar insiden MH370 dan MH192, tingkat keselamatan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 22 APRIL: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) diseru mempertingkatkan tahap keselamatan dan menyelenggara dengan baik pesawat milik syarikat itu bagi mengelakkan insiden tidak diingini berulang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata sejak kebelakangkan ini berlaku beberapa insiden melibatkan pesawat MAS hingga mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap syarikat milik negara itu.

MH192Katanya, selepas insiden kehilangan MH370, prestasi MAS terus mendapat perhatian media dan badan antarabangsa.

“Perkara yang berlaku akan menjadi berita hangat. Ini hanya menuntut supaya ada peningkatan kecekapan di segi operasi dan penyelengaraan,” kata beliau ketika dihubungi Selangorkini.

Khalid berkata, segala kontrak selama ini yang merugikan MAS perlu dikaji semula kerana kerugian dialami menyebabkan perkhidmatan penyelegaraan tidak dilakukan dengan sepenuhnya .

“Ini perlu dilakukan bagi mengelakkan imej MAS dan imej negara terus merudum di mata antarabangsa dan menyebabkan pendapatan MAS jatuh dan juga merugikan industri pelancongan kita.

mh066“Rating MAS juga nanti diturunkan pihak yang memantau industri syarikat penerbangan dunia,” kata Khalid.

Kata beliau lagi, amalan pemberian kontrak oleh pengurusan MAS menyebabkan tidak memperolehi tender pada harga rendah dan menyebabkan menanggung kerugian.

Kerugian ditanggung MAS memaksa syarikat penerbangan itu memotong kos operasi mereka termasuk melibatkan kerja penyelengaraan pesawat.

Selepas dunia dikejutkan peristiwa kehilangan pesawat MH370 milik MAS, bebarapa insiden lain melibatkan pesawat MAS turut menjadi tajuk utama berita media antarabangsa dan tempatan.

Dalam kejadian terbaru semalam, Pesawat MH192 dalam perjalanan ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik kerana berdepan masalah kerosakan gear selepas tayarnya pecah.

Pesawat itu kemudiannya selamat melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.56 pagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Parlimen: Kerajaan harus minta maaf pada keluarga penumpang di China

SHAH ALAM, 26 MAC:  Kerajaan harus meminta maaf kepada keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 apabila dilaporkan semakin marah dengan tindakan pasukan penyiasat diketuai negara dan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kerajaan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mencontohi kerajaan China yang sudah meminta maaf atas kegagalan mencari pesawat terbabit.

khalid samad parlimen tie 01Memetik Malaysia Kini, Khalid berkata, kerajaan perlu sedar bahawa dua pertiga daripada 239 penumpang dan anak kapal dalam MH370 adalah warga China.

“China juga sudah akui kegagalan mereka dan meminta maaf. Malaysia juga harus meminta maaf,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

Kumpulan anggota keluarga penumpang itu berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di China untuk menyatakan bantahan ke atas tindakan Malaysia dan MAS, pada 25 Mac lalu.