Categories
KENYATAAN MEDIA

Pertuduhan ke atas Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan keluarganya, petanda buruk buat Institusi Islam

OLEH: NURUL IZZAH ANWAR

Fitnah dan tuduhan sebagai pengganas terhadap tokoh besar umat Islam, Al Fadhil Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan tindakan terkini regim Mesir menahan anak perempuan beliau, Ola al-Qaradawi bersama suaminya, Hossam Khalaf ketika bercuti di Iskandariah sejurus sebelum berakhirnya Ramadhan adalah tindakan yang amat melampau.

Lebih mengejutkan, apabila empat negara Islam – Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir sanggup mengisytiharkan 59 individu berpengaruh dan 12 agensi kebajikan terhadap dakwaan ‘mempunyai hubungan dengan pengganas’.

Apa yang pasti, penahanan demi penahanan yang tidak bermaruah ini dilaksanakan tanpa sebarang bukti dan dikhuatiri bakal mengundang bahana.

Tangkapan ini susulan tuduhan semberono serta tidak berasas ke atas Qatar yang kononnya menyokong pertubuhan pengganas, mengakibatkan pertalian politik dengan negara terbabit diputuskan oleh empat negara Teluk berkenaan.

Implikasi akibat tekanan yang tidak rasional dan berasas telah mengganggu gugat kestabilan serantau termasuklah hubungan antara negara-negara Islam secara umumnya.

yusuf-qaradhawi1-1068x715Umum mengetahui kudeta Mesir melahirkan autokrat El-Sisi yang terus menekan rakyat terutamanya aktivis atas alasan menangani ancaman penganas.

Tetapi hakikatnya ramai antara mereka yang tidak bersalah namun terus dimangsakan tanpa sistem keadilan yang mampu dijadikan benteng untuk melindungi mereka.

Sejak rampasan kuasa yang menyaksikan kejatuhan bekas presiden Mohamed Morsi 4 tahun lepas, tangkapan politik atas nama ‘ membasmi keganasan’ semakin berterusan dan tidak berpenghujung.

Lebih dahsyat lagi, pendekatan dalam menangani keganasan oleh negara-negara Teluk ini seakan-akan tidak berpaksi kepada asas kebebasan rakyat Palestin yang berhadapan dengan kekejaman Israel.

Hal ini sudah sekian lama diperjuangkan oleh ulama seperti Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, bersama rakan-rakan lain dari Hamas dan Qatar.

Saya ingin menzahirkan rasa simpati terhadap ahli keluarga Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang ditahan.

yusof sultan kedahOleh itu, saya mendesak kerajaan Malaysia yang menganugerahkan gelaran Tokoh Maal Hijrah kepada Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk bangun membantah tindakan pihak berkuasa Mesir yang dipimpin menerusi kudeta oleh Presiden Abdel Fattah el-Sisi.

Sikap kebertanggungjawaban ini wajar dipamerkan oleh Perdana Menteri (di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), mahupun Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukannya masih berdiam diri dan tanpa mengambil langkah sewajarnya untuk mempertahankan ulama’ agung tersebut.

Peranan Naib Presiden Majlis Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dilihat amat penting dalam hal ini. Lebih utama lagi, jawatan yang beliau sandang itu menjadikan satu tanggungjawab besar bagi beliau membersihkan nama baik Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi bersama nama-nama besar lain yang dituduh sebagai ‘pengganas’ .

izzah
Nurul Izzah Anwar

Lebih penting lagi, hubungan antara negara-negara Islam yang goyah kerana ketegangan ini perlu diperbaiki. Kerjasama yang utuh harus ditekankan dalam perjuangan menentang keganasan global, dan pertalian politik yang erat adalah tunjang kepada penyelesaian masalah ini.

Kerajaan Malaysia selaku pendokong isu masyarakat Islam global perlu tampil ke hadapan demi membantu kemaslahatan dan keselamatan sejagat, melalui saluran yang pelbagai.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah Pilihanrya Bersama KEADILAN

Categories
NASIONAL

Bekas model pulang barangan kemas USD8.1 juta babit 1MDB

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 28 JUN: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah memuji bekas model Victoria Secret, Miranda Kerr yang memulangkan barangan kemas bernilai USD8.1 juta kepada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) selepas barangan tersebut didedahkan dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Izzah berkata, barangan kemas itu sebelum ini dilapokan dihadiahkan kepada Kerr oleh watak utama di sebalik skandal 1MDB, Jho Low sewaktu beliau cuba memikat model kelahiran Australia itu.

Nurul Izzah“Model ini lebih bermaruah berbanding pemerintah negara yang terlibat skandal merosakkan imej negara.

“Kita harap perompak dalam negara sendiri juga diberi kesedaran untuk memulangkan ‘permata’ yang dirampas hasil kepunyaan rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam satu kenyataan.

Menurut akhbar The Wall Street Journal memetik jurucakap Kerr yang memaklumkan bahawa model tersebut memulangkan hadiah itu Jumaat lalu kepada ejen kerajaan dari peti deposit keselamatannya di Los Angeles.

“Sejak permulaan siasatan, Miranda Kerr bekerjasama sepenuhnya dan berjanji akan menyerahkan hadiah barangan kemas itu kepada kerajaan.

“Kerr akan terus membantu siasatan dengan semampunya,” katanya.

DoJTambah Nurul Izzah lagi, DOJ dalam saman terbarunya, pada 16 Jun lalu mendakwa Low dan rakannya Eric Tan membelanjakan USD200 juta untuk membeli kemas.

“Low dilapor membelanjakan sekurang-kurangnya USD9.9 juta untuk barang kemas buat Miranda Kerr serta untuk ibunya sendiri.

“Menurut DOJ, pembelian pertama direkodkan ahli perniagaan itu menggunakan wang penyelewengan 1MDB bermula sejak 2012 apabila beliau membeli cincin dan anting-anting berlian untuk ibunya,” katanya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Buktikan pembatalan cadangan GST 60 barangan bukan gimik

OLEH: NURUL IZZAH ANWAR

Kegagalan Putrajaya untuk mengenakan GST 6 peratus terhadap lebih 60 barangan keperluan asas terutama makanan mentah yang sebelum ini berkadar sifar atau dikecualikan GST dengan pembatalan saat akhir susulan tentangan awam menggambarkan niat terselindung Kerajaan Persekutuan agar rakyat terus terbeban demi poket dan kelangsungan politik BN/UMNO.

Hal ini bukti bahawa ikrar BN/UMNO yang kononnya faham ‘denyut nadi naluri rakyat’ hanya omong-omong kosong dan ungkapan lunak memancing undi.

Hakikatnya, cadangan menambahkan bebanan rakyat seumpama ini adalah sebahagian strategi BN/UMNO untuk memastikan kantung regim itu sentiasa “sarat” dan sediapakai untuk disalahguna atau diseleweng.

Ternyata kuasa sebenar adalah di tangan rakyat apabila tidak sampai beberapa jam selepas laporan media dan pengesahan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Subromaniam Tholasy mengenai penguatkuasaan GST 6% bermula 1 Julai 2017 bagi produk makanan seperti hasil laut, sayur-sayuran, buah-buahan, rempah-ratus, teh, kopi, bihun, mee, laksa dan pelbagai lagi atas alasan barangan berkenaan ‘bukanlah kegunaan orang ramai’, Kerajaan Persekutuan terpaksa membuat pusingan U secara tiba-tiba seolah-olah “terpukul” oleh gelombang kebangkitan rakyat terutama di media sosial.

Nurul IzzahSetelah mengambil kira potensi impak terhadap pola pengundian yang memihak kepada BN/UMNO pada PRU-14 yang diramalkan tidak lama lagi, cadangan anti-rakyat berkenaan terpaksa dibatalkan.

Namun, tiada penegasan oleh regim BN/UMNO sama ada pembatalan tersebut untuk selama-lamanya, atau hanya bersifat sementara sehingga PRU-14 selesai.

Ini belum dihitung kemungkinan kadar standard GST dinaikkan ke 8% malah 10% jika regim BN/UMNO merasakan mereka mendapat mendapat mandat lebih besar dengan kemenangan hipotetikal 2/3 Parlimen pada PRU-14.

Justeru, saya mendesak agar Kerajaan Persekutuan tegaskan dengan penuh keyakinan bahawa pembatalan pelaksanaan GST 6 peratus bagi lebih 60 barangan ini adalah kekal selamanya.

Kegagalan berbuat demikian hanya membuktikan bahawa pembatalan ini tidak lebih daripada muslihat politik untuk mengaburi minda rakyat.

Saya ulangi komitmen Pakatan Harapan yang konsisten dengan hidup rakyat Malaysia tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yakni bermula dengan kadar GST sifar bagi semua barangan dan perkhidmatan keperluan asas termasuklah bahan berkaitan makanan, ubatan dan pendidikan kecuali barangan mewah yang tentunya hanya dalam capaian golongan berada dan kaya.

 

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen, Lembah Pantai
Naib Presiden & Pengarah Pilihanraya Bersama, Parti Keadilan Rakyat

Categories
BERITA UTAMA KENYATAAN MEDIA

Hadapi kemungkinan PRU terkotor dalam sejarah

OLEH NURUL IZZAH ANWAR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini (9 MEI) mula mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku pertama. Salinan senarai ini sebelum ini dikongsikan kepada parti-parti politik namun kini hanya dipertontonkan di lokasi-lokasi awam seperti ini antara 9 Mei 2017 hingga 22 Mei 2017 dan melibatkan 960 tapak pameran seluruh negara.

Nah, terbukti hampir mustahil bagi petugas-petugas parti untuk menyemak satu demi satu nama pemilih yang terkandung dalam RDPT. Ternyata langkah SPR ini bukan sahaja menghadkan, menyukarkan proses semakan ini daripada dilaksanakan seakan melaksana strategi UMNO-BN!

Untuk makluman angka permohonan bagi rang suku 1/2017 adalah antara permohonan yang tertinggi iaitu sebanyak 326,905 permohonan. Sebanyak 242,691 pemilih baru, manakala 84,214 menukar alamat.

Sebagai contoh hanya ada empat salinan diperagakan di seluruh kawasan Parlimen, Lembah Pantai. Saya masih kurang pasti samada setiap lokasi menunjukkan data pemilih yang sama atau tidak.

Adakah SPR mahu sukarelawan-sukarelawan parti berdiri sepanjang hari dan menyemak nama-nama pengundi yang tersenarai di sini secara manual?
Haruskah kami pindahkan kerusi meja untuk memudahkan sukarelawan-sukarelawan kami membuat semakan?

RDPT mengandungi senarai daftar pemilih terkini yang sebelum ini diedarkan SPR kepada semua parti politik setiap suku tahun dan ia memudahkan kami membuat semakan.

Bagi kami di Parti KEADILAN Rakyat, proses semakan senarai daftar pemilih ini penting bagi memastikan senarai yang dikeluarkan SPR bersih dari sebarang perkara yang meragukan atau penipuan.

Sebagai contoh, ia merupakan salah satu cara kami untuk mengenal pasti sekiranya wujud pengundi ‘hantu’ di sesebuah kawasan.

Proses semakan yang kami lakukan sebelum ini dibuat secara teliti, satu demi satu nama pemilih disemak kesahihannya.

Namun arahan terbaru SPR ini bermakna kami hanya boleh melihat senarai terbabit di lokasi tertentu sahaja. Ini bermakna proses semakan terperinci yang selalunya dibuat di peringkat parti hampir mustahil dilaksanakan.

Ini menyebabkan kami sukar untuk mengesan sekiranya ada penipuan dalam senarai berkenaan.

Saya khuatir tindakan SPR ini mendekatkan lagi demokrasi di negara kita kepada penipuan. Ia menyukarkan ketelusan dalam proses demokrasi dicapai.

Apapun, kami akan terus mempersiapkan petugas-petugas kami terhadap sebarang kemungkinan penipuan pilihan raya.

Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar membantu kami membuat semakan ke atas senarai daftar pemilih dan kenal pasti pengundi-pengundi hantu yang mungkin dibawa masuk BN dalam senarai daftar pemilih kali ini.

Taktik kotor ini akan sama-sama kita lawan! Jangan relakan penipuan SPR demi memenangkan UMNO-BN !

 

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN

Categories
NASIONAL

Tiada toleransi lindungi perasuah dalam KEADILAN

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 3 MEI : KEADILAN mengambil pendirian tegas untuk tidak melindungi mana-mana ahlinya yang dikaitkan dengan amalan korupsi dan rasuah.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, tiada tolak ansur diberikan sekiranya didapati ahlinya terlibat dalam kegiatan itu.

“Kita tidak teragak-agak dan tiada tolak ansur sekiranya wujud amalan korupsi dalam kalangan anggota parti,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat KEADILAN, pagi ini.

Mengulas isu tuduhan rasuah membabitkan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ampang, Adam Rosly Abdullah, Nurul Izzah berkata, kes berkenaan sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin bagi tindakan lanjut.

Katanya, kes berkenaan juga sudah diserahkan kepada pimpinan kanan parti bagi meneliti sebarang keputusan tatatertib.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Tindakan JPA ancam potong biasiswa tindas semangat mahasiswa

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 MEI: Tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengancam untuk memotong biasiswa pelajar merupakan penindasan dan langkah mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, biasiswa adalah dana yang diperoleh menerusi hasil negara, yang turut melibatkan hasil cukai yang dibayar rakyat kepada kerajaan.

Katanya, ia adalah hak kepada pelajar yang layak dan keputusan itu menidakkan hak pelajar pintar negara yang tentunya bersifat kritis, analitikal dan cakna kepada persekitaran mereka.

“Jelas keputusan JPA ini mengulangi kezaliman Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang bertujuan menakut-nakut dan sebagai langkah mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

“Atau kita mahu generasi kepimpinan seterusnya hanya menjadi pak dungu dan pak turut, hanya menuruti semua perintah tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat dan negara?” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau menambah sifat kritis dan analitikal harus diterapkan sejak awal persekolahan untuk melahirkan generasi kepimpinan masa depan yang lebih baik.

Nurul Izzah berkata Ketua Umum KEAILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengingatkan untuk berusaha ke arah memperkasa budaya keintelektualan bukannya menerusi fokus terhadap pendidikan di kuliah semata-mata.

“Ia juga harus berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

“Tidak usahlah kerajaan terus bersandiwara kononnya cuba mendengarkan pendapat orang muda dalam usaha membentuk TN50 sekiranya hakikatnya suara golongan mahasiswa disekat,” katanya.

Beliau berpendapat Kerajaan Persekutuan kini tidak boleh dikritik sekaligus merupakan pentadbiran kuku besi seperti yang diamalkan di negara autokratik, Korea Utara.
=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

BN laksana GST biaya kerugian RM39 bilion 1MDB

OLEH: NURUL IZZAH ANWAR

Tatkala kerajaan BN berterusan cuba mengalihkan pandangan umum daripada fakta mengenai ketirisan dalam pengurusan dana awam melalui ‘berita palsu’ yang diterbitkan di media arus perdana, rupa-rupanya ada dapatan menarik mengenai GST yang sengaja disenyapkan.

Perolehan kerajaan RM39 bilion menerusi GST adalah sama dengan jumlah kerugian yang dicatatkan akibat skandal penyelewengan 1MDB. Menerusi kadar GST 6%, rakyat menjadi mangsa kepada penyelewengan kerajaan.

Sementara, pimpinan Pakatan Harapan (PH) kekal konsisten dengan pendapat bahawa beban akibat GST harus dihentikan segera.

Awal bulan ini, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) mendedahkan bahawa 1MDB mengalami kerugian RM39 bilion akibat penyelewengan dan pengurusan yang lemah dan pada masa sama, kerajaan BN dijangka mengumumkan kutipan RM39 bilion menerusi GST pada 2016.

Ini jelas menunjukkan cukai yang tinggi kepada rakyat – terutamanya golongan B40 dengan kadar 6%, boleh dielak sekiranya 1MDB tidak perlu diselamatkan.

Pakatan Harapan kekal konsisten dengan pendapat kami bahawa GST tidak sepatutnya dilaksanakan secara terburu-buru dan beban yang diakibatkan oleh GST harus dihentikan segera.

Saya sekali lagi menegaskan komitmen Pakatan Harapan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan Alternatif 2017 bahawa semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan kadar sifar GST sekiranya PH diberi mandat pada pilihan raya akan datang.

Langkah ini bertujuan mengalihkan beban rakyat yang sengsara akibat kenaikan kos sara hidup susulan pelaksanakan GST 6 peratus.

Apapun, tindakan kerajaan BN berterus-terusan mengenakan cukai yang membebankan rakyat menerusi GST pada kadar 6% sejak dua tahun yang lalu jelas membuktikan rakyatlah yang sebenarnya menyelamatkan kerajaan pusat.

 
* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai & Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN

Categories
NASIONAL

Speaker nafi hak bahas usul Anwar, langgar keputusan PBB

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Keputusan Speaker Dewan Rakyat menolak usul dikemukakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, bagi membahaskan isu penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, amat mengecewakan dan didakwa menafikan hak wakil rakyat dalam perkara berkenaan.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, tindakan diambil itu juga bertentangan dengan keputusan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan bantahan penahanan ke atas mantan Ketua Pembangkang itu.

“Justeru pada saya penting bagi menyatakan Parlimen di Malaysia dikongkong sehingga isu sebesar ini yang memperlihatkan lebih 200,000 penandatangan petisyen untuk membebaskan Anwar tidak lagi diberi ruang supaya dibahaskan.

“Saya amat kecewa dengan surat jawapan Speaker yang menolak usul ini memandangkan Parlimen Australia termasuk Parlimen Britain telah mendengar perbahasan juga membincangkan isu berkenaan tetapi kita di Malaysia dinafikan peluang sedemikian,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata, usul itu dikemukakan kepada Speaker, Khamis lalu, untuk dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) berkait dengan kuasa Pesuruhjaya Jenderal Penjara Malaysia yang mampu dan boleh membebaskan Anwar seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 43 Akta Penjara 1965 dan peraturan 111.

Katanya, ia memandangkan terdapat keputusan daripada PBB iaitu berkaitan penahanan secara arbitari menyimpulkan Anwar ditahan secara haram dan wajib dibebaskan serta merta termasuk fatwa Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia yang memberi keyakinan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri tidak bersalah.

“Jangan dilupa Malaysia juga menggunakan ruang dalam PBB untuk merujuk Israel di atas sebab meneruskan penempatan haram, bila masa kita sendiri merujuk kepada PBB (berhubung isu berkenaan), kita juga sangat prihatin dan komited.

“Maka kenapa dan mampu kita menolak juga tidak menerima pakai keputusan PBB yang berkaitan dengan penahanan secara haram seorang warganegara Malaysia?,” soalnya.

Peguambela Anwar dan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, alasan Speaker menolak usul itu dibahaskan kerana ia keputusan dibuat mahkamah tidak boleh diterima.

Beliau menjelaskan tiada perkara yang tidak boleh diperkatakan seperti perbahasan diminta walau mahkamah telah membuat keputusan.

“Alasan Speaker bagi menolak usul dikemukakan Nurul Izzah adalah salah manakala kedua berkaitan permohonan pelepasan Anwar secara berlesen tertakluk kepada syarat ditetapkan mengikut seksyen dinyatakan iaitu Menteri Dalam Negeri mempunyai bidang kuasa mengenainya manakala Pesuruhjaya Jenderal Penjara Malaysia di bawah kementeriannya.

“Maka kerajaan dan Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa membebaskan Anwar mengikut seksyen berkaitan dan kita mahukan perbahasan untuk pembebasan itu tetapi mengapa kita tidak diberikan ruang kerana kita mempunyai alasan kukuh termasuk keputusan PPB mengisytiharkan ia menyalahi undang-undang dan meminta beliau dibebaskan,” katanya.

Anwar kini di Penjara Sungai Buloh selama lima tahun bermula 10 Februari 2015 berhubung kes Fitnah II.

=EZY=

Categories
NASIONAL

PDRM digesa guna kecanggihan jejak kehilangan Lam Kim Ming

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mempergiatkan usaha menjejaki kehilangan kanak-kanak, Lam Kim Ming yang dipercayai dilarikan ibunya, Nadia Kristiani, 35, warga Indonesia, sejak 30 Jun 2016.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, bapa Kim Ming, Lam Ah Coy sebelum ini berjaya menghalang usaha bekas isterinya itu membawa anak mereka ke Indonesia.

“Usaha mencari Lam Kim Ming, 5, yang dilaporkan hilang Jun 2016 perlu dipergiatkan PDRM. Penculikan seperti ini tidak wajar berlaku di saat Malaysia menghadapi cabaran menangani soal keselamatan kanak-kanak yang kian membimbangkan.

“Lam Ah Coy berusaha mencari dan melakukan beberapa laporan polis bagi menjejaki anaknya. Namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan dan maklum balas dikemukakan,” katanya.

izzahBeliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, polis dipohon menggunakan kepakaran dan teknologi serba canggih untuk mengesan lokasi suspek bagi membantu usaha mencari serta menyelamat Kim Ming yang berlarutan hampir setahun.

Ah Coy, 57, yang turut bersama dalam sidang media itu tidak dapat menyembunyikan kesedihan atas kehilangan anaknya hingga mengalirkan air mata.

Ah Coy berkata, itu bukan kali pertama anaknya dilarikan dan perkara sama mula berlaku, pada Disember 2011.

Ketika itu, Kim Ming baru berusia lima bulan tetapi Nadia berjaya diberkas polis daerah Rawang dan anaknya dikembalikan semula.

Suspek sekali lagi cuba membawa Kim Ming ke Kedutaan Indonesia bagi proses dokumentasi untuk menghantar anaknya ke republik itu tetapi berjaya dihalang selepas Ah Coy membuat laporan polis, pada 13 Jun 2016.

Lokasi terakhir Ah Coy mengesan anaknya di sekitar Jinjang, Kepong.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Utama prinsip reformasi, prasyarat utama calon PM pembangkang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 DIS: Pemilihan calon perdana menteri dalam kalangan pimpinan pembangkang diputuskan berlandaskan prinsip reformasi komponen gabungan pembangkang.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, calon tersebut perlu mendukung prinsip itu demi kelangsungan manfaat rakyat Malaysia.

“Pra-syarat utama adalah prinsip reformasi yang memastikan keadilan itu dapat berdiri dalam institusi demokrasi negara kita. Itu penting,” katanya pada sidang media, semalam.

izzahDilaporkan, wujud pelbagai spekulasi yang mengaitkan calon sebenar berkelayakan menjadi perdana menteri sekiranya tampuk pemerintahan negara beralih kepada komponen pembangkang, selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Nurul Izzah berkata, agenda dan syarat melaksanakan sistem reformasi menjadi keutamaan pentadbiran negara sekiranya peralihan kuasa dibuat.

“Pakatan Harapan tidak lupa pra-syarat untuk melaksanakan agenda itu.

“Oleh sebab itu, soalnya bukan semata-mata soal ganti perdana menteri, tetapi apa yang perlu kita hormati dalam semangat Perlembagaan,” katanya.

Komponen pembangkang sebelum ini sebulat suara pernah menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya.

Bagaimanapun, Anwar kini masih menjalani hukuman penjara lima tahun bersabit pendakwaan politik terhadapnya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Sedia jaringan sesuai mudahkan penyaluran bantuan makanan

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Kerajaan Persekutuan sepatutnya menyediakan jaringan infrastruktur sesuai bagi memudahkan penyaluran bantuan makanan dalam bentuk stem makanan (food stamp) untuk membantu golongan luar bandar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata masih banyak kawasan luar bandar yang berhadapan masalah ketiadaan kedai runcit.

“Menteri menyatakan tiada jaringan infrastruktur yang memadai khususnya di luar bandar bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat berbentuk stem makanan.

“Sewajibnya kerajaan mengambil kira kewajipan menyediakan infrastruktur bersesuaian dengan imej negara kita yang kelas menengah.

“Sehingga isu ketiadaan kedai runcit masih tiada di luar bandar dan separa bandar untuk membolehkan bantuan stem makanan disalurkan,” katanya.

Nurul-IzzahBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani di Dewan Rakyat.

Nurul Izzah ketika sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri mengemukakan soalan mengenai senarai pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang berjaya dan gagal mengikut negeri dari 2014 hingga 2016.

Johari dalam jawapannya berkata, seramai 8.1 juta permohonan diterima untuk 2014 dengan 6.95 juta daripadanya diluluskan.

Pada 2015, 8.25 juta permohonan diterima dengan 7.34 juta diluluskan manakala daripada 8.3 juta permohonan bagi2016 seramai 7.28 juta diterima.

Mengikut pecahan negeri, Selangor mempunyai ramai pemohon BR1M diikuti Johor dan Sarawak.

EZY

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Laksanakan reformasi pilihan raya bukan sekadar persempadanan

SHAH ALAM 17 OGOS: Persempadanan semula kawasan pilihan raya hanyamewujudkan keputusan tidak adil sekiranya reformasi tidak dilaksanakan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata sebagai badan sepatutnya bebas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajib mempertahankan kedaulatan sistem demokrasi secara efektif.

Katanya, merujuk laporan Projek Integriti Pilihan Raya (2014), Malaysia di kedudukan rendah dalam aspek integriti apabila berada di tangga 66 daripada 73 negara yang menjalankan pilihan raya parlimen dan presiden dari Julai 2012 hingga Disember 2013.

“Sebarang cubaan memanipulasi pilihan raya dilihat langkah melindungi dominasi politik dan kroni kapitalisme yang sedang memusnahkan ekonomi negara,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan media.

Katanya, persempadanan semula tidak menterjemahkan demografi pengundi sebenar, tetapi hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan memperlihatkan Kerajaan Persekutuan tidak ikhlas membela nasib rakyat.

Nurul-Izzah-Anwar-258x300“Kita perlu membantah kaedah persempadanan semula dijalankan SPR sehingga mereka melaksanakan cadangan diajukan Jawatankuasa Parlimen Reformasi Pilihan Raya pada 2012,” kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden dan Pengarah Pilhan Raya KEADILAN.

Beliau berkata jawatankuasa parlimen menyarankan penubuhan tiga suruhanjaya bebas berbeza – bertanggungjawab menguruskan pilihan raya, pemutihan daftar pemilih dan menyemak semula kawasan pilihan raya.

“Malaysia mendambakan pendekatan reformasi pilihan raya untuk memastikan pilihan raya umum akan datang tidak dirompak oleh puak kleptokrat,” katanya.

EZY