Categories
SELANGOR SUKANKINI

Kerajaan Negeri fokus lahir bakat sukan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 NOV: Kerajan Negeri memberikan fokus kepada usaha melahirkan bakat baru sukan serta membiarkan Persatuan Bola Sepak Selangor dan PKNS FC mencari dana sendiri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, dua pasukan itu sudah mendapat lesen kelab bagi membolehkan mereka berurusan secara korporat dan menguruskan pentadbiran sendiri selain tidak bergantung kepada Kerajaan Negeri.

“Fokus kita adalah membina bakat daripada peringkat bawah sampai ke peringkat belia atau Piala Presiden. Saya berpandangan selepas dua tahun kita bergiat aktif dan habis berpuluh juta kepada pasukan ini, akhirnya tidak membina peringkat akar umbi,” katanya ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan Ahli Dewan Negeri Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Menyentuh soal Akademi Merah Kuning, beliau menjelaskan, mereka hanya menerima dana daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM2 juta, pada 2016.

Katanya, program dan pembangunan bola sepak diuruskan menerusi Tabung Pembangunan Bola Sepak Negeri yang ditubuhkan dibawah Perbendaharaan Negeri.

Amirudin turut mengesahkan Akademi Merah Kuning kini mempunyai 900 pemain baru yang dilatih.

Katanya, Kerajaan Negeri sebelum ini pernah mengadakan lawatan ke kelab Ajax Amsterdam di Belanda yang berjaya bergerak sendiri hingga menjana pendapatan sekitar Euro21 juta walaupun diberikan peruntukan awal sekitar Euro7 juta.

“Berdasarkan lawatan kita ke kelab Ajax Amsterdam, akademi mereka bukan sahaja membekalkan pemain berkualiti kepada kelab tetapi juga di peringkat lain.

“Sampai masa mereka (akademi) bergerak sendiri dan tidak dapat dana berterusan daripada Kerajaan Negeri sebaliknya pembelian serta pertukaran pemain serta kontrak pelatih boleh membiayai mereka,” katanya.

 

 

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Hampir RM28 juta bagi pembangunan generasi muda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 NOV: Sejumlah RM27.83 juta diperuntuk Kerajaan Negeri bagi melaksanakan program generasi muda dan sukan bagi 2018, kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Menteri Besar itu berkata, sejumlah RM11.74 juta daripadanya diperuntuk bagi menaik taraf infrastruktur sukan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri mencungkil bakat baru di setiap daerah.

Katanya, antara projek diberikan keutamaan adalah membaiki Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati (RM5 juta), Stadium Kota Raja (RM3.5 juta) dan Dewan Gimnastik Sekinchan (RM1 juta).

“Manakala, RM2.2 juta diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur sukan di peringkat Dewan Negeri.

“Kerajaan Negeri juga menyediakan sejumlah RM7 juta bagi kemajuan sukan dan pembangunan olahragawan dan olahragawati untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2018,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri turut menyediakan RM9.09 juta bagi 2018 untuk pembangunan generasi muda termasuk Insentif Perkahwinan Belia berjumlah RM5 juta.

“Sejumlah RM1.44 juta turut diperuntuk bagi menjayakan program dan program generasi muda anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT),” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Kesedaran jaga kesihatan melalui sukan

OLEH SABIRAH AZIZ

GOMBAK, 14 OKT: Kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan telah menggalakkan masyarakat terutamanya golongan muda untuk menyertai Hari Sukan Negara yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini.

Tinjauan SelangorKini di sini mendapati rata-rata peserta yang mengambil bahagian begitu bersemangat dan aktif kerana menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang bersukan.

Bagi Nur Shazana Ismail, 25, program hari sukan negara memberi manfaat kepada dirinya supaya lebih sihat dan cergas.

“Kesibukan bekerja membuatkan saya tiada masa untuk diri sendiri dan cuma berehat saja di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti.

“Namun bila tahu program ini ada buat berdekatan rumah, saya terus sertai tanpa fikir panjang sebab berat badan pun dah naik ni,” katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Alfian Razali, 19, demi mencapai matlamat untuk kekal cerdas dan aktif, dia sanggup bangun seawal jam enam pagi bagi menyertai aktiviti tersebut.

“Sebenarnya saya jarang bersukan sebelum ini tapi bila ada program sebegini dan banyak rakan-rakan turut serta, terus saya berminat.

Sambutan Hari Sukan Negara diadakan di seluruh negara pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober, satu inisiatif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Kerajaan Negeri, MSN Selangor perkasa program akar umbi lahir bakat sukan berpotensi

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 11 SEPT: Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan program sukan akar umbi dalam melahirkan bakat baru berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, program dijalankan secara berterusan itu adalah usaha Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dalam mengesan atlet berbakat untuk menjadi sandaran negeri seterusnya negara, pada masa depan.

“Ini adalah kesinambungan program kita yang berterusan sepanjang tahun di dalam mengenal pasti dan melatih bakat baru selain memberi tumpuan kepada persiapan mereka menghadapi kejohanan peringkat kebangsaan juga antarabangsa disertai.

“Kita turut memperkasakan lagi program akar umbi supaya dapat melahirkan ramai atlet di pelbagai peringkat untuk diketengahkan dan digilap untuk menjadi juara,” katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Pemyerahan Insentif kepada atlet dan jurulatih Selangor yang mewakili negara di Sukan Sea 2017 di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

AMIRUDIN SHARIDalam majlis itu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyampaikan insentif berjumlah RM540,000 disediakan Kerajaan Negeri kepada semua atlet dan jurulatih terbabit.

Setiap penyumbang pingat emas memperoleh RM5,000, pingat perak (RM3,000) dan pingat gangsa (RM2,000).

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri, MSN Selangor dan semua atlet merakamkan penghargaan kepada Sultan Sharafuddin di atas kesudian meraikan mereka dalam majlis berkenaan.

“Daripada 155 atlet Selangor mewakili negara, 100 dalam kalangan mereka memperoleh pingat iaitu 41 emas, 28 perak dan 28 gangsa seterusnya Selangor muncul penyumbang terbesar kepada pencapaian atlet negara dalam Sukan Sea Kuala Lumpur.

“Justeru, kita berbesar hati dengan kesudian Sultan Selangor menjemput, merai dan memberi insentif kepada atlet juga jurulatih berkaitan, dalam majlis ini,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

Jangkaan tambah kategori, Cub Prix makin menarik

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 JAN: Saingan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijangka semakin menarik dengan kemungkinan tambahan kepada tujuh kategori dalam kalendar musim ini.

Promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd, dalam kenyataan pengumuman jadual bagi 10 pusingan musim ke-24 yang bermula pada awal Mac dan berakhir pada November ini, menyatakan perkara itu bagi menarik lebih penyertaan dalam kalangan pelumba muda.

Ketika ini siri kejuaraan motosikal kebangsaan itu mempunyai format enam kategori perlumbaan iaitu tiga kelas terbuka, satu perlumbaan separa amatur dan dua kategori satu pengeluar sepanjang tiga musim lalu.

fazli-46-dan-fazrul-11-pelumba-adik-beradik-dari-taiping-mempengaruhi-peminat-cub-prix-yang-ramai-di-taipingPertimbangan dibuat bagi menambah satu lagi kategori perlumbaan iaitu kelas ‘rookie’ dalam musim ini supaya dapat membuka lebih ruang kepada pelumba muda berada di atas grid perlumbaan.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhs, Ron Hogg, berkata pada tahun lalu pihaknya memanjangkan tempoh permohonan untuk perlumbaan kategori satu pengeluar memandangkan sambutan cukup menggalakkan dan telah menerima hampir seribu permohonan dari golongan remaja yang berminat untuk menjadi pelumba.

“Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka berpeluang untuk menyertai perlumbaan peringkat pembangunan dikendalikan pihak pengeluar Honda dan Yamaha ini.

“Kita akui terdapat permintaan dan keperluan bagi membolehkan lebih banyak pelumba muda dapat menceburi bidang sukan permotoran ini,” katanya.

Kalendar 10 Pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017:

Pusingan 1 – Temerloh, Pahang (4 & 5 Mac)

Pusingan 2 – MAEPS, Selangor (25 & 26 Mac)

Pusingan 3 – Kelantan (14 & 15 April) (Perlumbaan Sabtu)

Pusingan 4 – Melaka (13 & 14 Mei)

Pusingan 5 – Johor (15 & 16 Julai)

Pusingan 6 – Teluk Intan, Perak (4 & 5 Ogos)

Pusingan 7 – Kemaman, Terengganu (8 & 9 September) (Perlumbaan Sabtu)

Pusingan 8 – Kangar, Perlis (7 & 8 Oktober)

Pusingan 9 – Jempol, Negeri Sembilan (4 & 5 November)

Pusingan 10 – Batu Kawan, Pulau Pinang (18 & 19 November)

-NFN-

Categories
SELANGOR

‘2I’ strategi pacu pembangunan sukan

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 OGOS: Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) merangka pelan pembangunan sukan melalui konsep ‘2I’ iaitu ‘Incorporate’ dan ‘Integrate’.

Pengarah Sukan MSNS, Zubir Idrus, berkata konsep tersebut mencungkil bakat baru akar umbi secara menyeluruh.

“2I adalah bertujuan memaksimumkan sumber dengan kos yang efektif ke arah Selangor Peneraju Kecemerlangan Sukan.

“Konsep ini juga sejajar dengan kemahuan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai smart state dalam bidang sukan,” katanya ketika pembentangan Meja Bulat Belanjawan 2017 di Shah Alam Convention Center, di sini pagi tadi.

Zubir berkata, sebagai pendekatan pertama MSNS mengaktifkan Majlis Sukan Daerah (MSD) secara meneyeluruh ke setiap daerah.

SUKMA“Kita mengaktifkan kemudahan sukan dan menyediakan kemudahan berteknologi tinggi seperti Pusat Latihan Gimnastik Artistik, pusat latihan bowling padang, memanah, lawan pedang, sukan tempur dan sebagainya.

“Kita juga mengenalpasti program khas dalam merangka strategi kekal tekad juara di Sukan Malaysia (Sukma) melalui program Nasional USPTN, sekolah sukan, Program Majlis Sukan sekolah-sekolah, program latihan sukan daerah bagi persediakan Sukma,”katanya.

Selain itu, MSNS juga menubuhkan pembangunan bola sepak negeri dan pusat sains sukan yang menitik beratkan elemen rawatan kecederaan dan fisioterapi kejurulatihan dan beberapa bidang lain.

EZY

Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPSJ jayakan sukan sambil beramal

OLEH SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 27 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka dan Veteran 2016, di samping membantu golongan fakir juga miskin.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kejohanan sambil beramal itu adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan di kawasan pendtadbiran MPSJ dengan kerjasama Program Kemiskinan Masyarakat Bandar (PKMB) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

IMG_0789“Peserta bagi ketegori terbuka akan dikenakan yuran RM50 serta dua kampit beras, manakala kategori veteran juga RM50 untuk yuran penyertaan serta satu kampit beras berharga RM30.

“Ia adalah untuk program Amal PKMB, Home Help Service dan anakyatim,” katanya selepas mesyuarat penuh MPSJ, di ibu pejabat MPSJ, di sini, hari ini.

Program akan berlangsung di Kompleks 3K, SS13, di sini, pada 13 dan 14 Ogos ini.

Hisham berkata, penganjuran kejohanan itu juga bagi menggalakkan amalan hidup sihat, di samping memberi peluang dalam kalangan remaja, belia dan veteran melibatkan diri dengan kegiatan sukan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kejohanan Scrabble MPSJ cungkil bakat sukan pemotoran lasak

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 JULAI: Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ konsisten mewujudkan pelbagai program pembangunan belia dalam usaha melahirkan generasi muda positif dan berdaya saing.

image (1)Inisiatif itu diteruskan menerusi penganjuran Kejohanan Scrabble MPSJ 2016 di Kompleks 3C MPSJ, Subang Jaya, pada 6 dan 7 Ogos ini.

Kejohanan itu dianjurkan MPSJ bersama Subang Jaya Community Sports Club (SJSCS) dan Malaysian Scrabble Assiociation (MSA).

Terbuka kepada masyarakat sekitar perbandaran MPSJ, pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Open Division, Interm Division, Primary U12 Divison dan Begginer Divison.

Yuran pendaftaran RM60, RM35 dan RM25 mengikut kategori selain tawaran diskaun RM5 diberikan kepada ahli SJCSC dan MSA untuk setiap penyertaan.

Hadiah wang tunai sehingga RM500, baucer, trofi dan cenderamata diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Nur Adilia Bahrin dan Eskandar Zulkarnaen Suhaimi di talian 03-56370279.

-NFN-

Ucapan sempena menyambut Ramadan oleh Amirudin Shari


Ucapan sempena menyambut Ramadan oleh Amirudin Shari selaku Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.

RM9.15 juta peruntukan tambahan untuk Stadium Shah Alam

RM9.15 juta peruntukan tambahan diluluskan pada 29 Februari lalu bagi menaik taraf dan membaik pulih kemudahan di Stadium Shah Alam

Sasterawan Negara di nobat penerima Dana Sastera Selangor 2015

Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan dinobatkan sebagai penerima sulung Dana Sastera Selangor 2015.

Piala Malaysia : Misi 33 akan tercapai


Red Giants perlu tingkatkan prestasi untuk berdepan cabaran menyekat skuad Kedah menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2015.