Categories
EXCO SELANGOR

Sistem bernombor pastikan proses suntikan warga asing lancar

BANTING, 6 OGOS: Wakil rakyat Tanjung Sepat menggunakan sistem bernombor bagi warga asing yang menerima suntikan tanpa janji temu melalui program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti.

Borhan Aman Shah menjelaskan kaedah itu bagi melancarkan proses suntikan sekali gus mengurangkan kesesakan di pusat pemberian vaksin (PPV) di kawasan berkenaan.

“Nombor yang diberikan ini mempunyai cop DUN Tanjung Sepat dan penerima bukan warganegara boleh hadir mengikut waktu ditetapkan, sementara warganegara boleh terus daftar di kaunter.

“Kita sasar penerima vaksin bagi warganegara dan bukan warganegara hari ini kira-kira 1,000 berbanding jumlah semalam iaitu lebih 800 individu,” katanya ditemui di Dewan MPKL Banting Baru.

Borhan yang juga EXCO pembangunan luar bandar turut bercadang menjalankan program Selvax Komuniti sekali lagi bersama tiga DUN lain iaitu Morib, Banting dan Sijangkang.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Selangor kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Maklumat berkaitan program tersebut boleh dicapai dengan melayari laman sesawang vax.selangkah.my atau hubungi talian 1-800-22-6600.

Categories
AGENDA NASIONAL

Mayat nelayan ditemui selepas empat hari, ADN ucap takziah

SHAH ALAM, 11 OKT: Mayat seorang nelayan yang hilang sejak empat hari lalu selepas bot dinaiki karam ditemui di perairan Pantai Kelanang, Kuala Langat hari ini.

Wakil rakyat Tanjung Sepat Borhan Aman Shah memaklumkan mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10 pagi dan dibawa ke Hospital Banting bagi proses bedah siasat.

Borhan Aman Shah (tengah) bersama penduduk setempat dan pasukan penyelamat ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan yang dipercayai lemas di Pantai Batu Laut pada 11 Oktober 2020. Foto ihsan Borhan Aman Shah

“Awalnya pagi tadi saya bersama pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hendak meneruskan operasi mencari dan menyelamat, namun dimaklumkan mayat mangsa sudah ditemui.

“Sejurus selepas itu, saya membawa anak mangsa ke lokasi untuk pengecaman. Saya berharap proses bedah siasat berjalan lancar dan pengebumian akan dilakukan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berterima kasih kepada pasukan penyelamat, persatuan nelayan serta penduduk setempat yang turut membantu.

Semalam, SelangorKini melaporkan Borhan menyertai misi mencari nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam pada 8 Oktober.

Kejadian malang itu berlaku apabila nelayan yang juga warga emas merawai ikan bersama anaknya di Pantai Batu Laut, namun anak mangsa terselamat.

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Adun Tanjung Sepat sampai bantuan ‘Back To School’

Oleh: HAFIZAN TAIB

TANJUNG SEPAT, 13 JAN: Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan menyampaikan bantuan ‘Back To School’ di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Tumbuk, di sini, semalam.

haslin03Sumbangan Kerajaan Negeri itu disampaikan Mohd Haslin kepada kumpulan pelajar sekolah terbabit yang layak.

Mohd Haslin turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terdapat di sekolah berkenaan.

Turut hadir, Ketua Komuniti Kampung Baharu Tanjung Sepat, Tai; Ketua Komuniti Kampung Batu Unting, Mani dan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Jalaraman.

-NFN-

JURNAL BERITA – Tanjung Sepat jadi kawasan pelancongan baru di Selangor

1- Tanjung Sepat jadi kawasan pelancongan baru di Selangor

2- Caruman Wanita Selangor bantu sedia cabaran kewangan masa depan

3- MAPMAS siasat rumah kebajikan guna kanak-kanak kutip derma

4- RM500,000 jaya Program 4P bagi perkasa usahawan Selangor

5- AKTIVITI YB: 150 anak yatim DUN Gombak terima persediaan sekolah

6- 1,000 kanak-kanak DUN Batu 3 terima manfaat program ‘Balik Ke Sekolah’

7- AKTIVITI YB: 200 murid gunting rambut percuma di DUN Seri Andalas

8- AKTIVITI YB: Imam muda Astro Oasis beri motivasi SPIES

Categories
NASIONAL SELANGOR

7 DUN Selangor Selesai Kenal Pasti 100% Pengundi

SHAH ALAM 30 JULAI: Tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor berjaya menyelesaikan proses mengenal pasti pengundi dalam Program Selangorku Bersih.

Tujuh DUN terbabit adalah Rawang, Batu Caves, Bukit Melawati, Sungai Pinang, Sri Kembangan, Morib dan Tanjung Sepat.

Manakala dari 56 keseluruhan kawasan DUN di Selangor, hampir 20 DUN yang lain turut berjaya menyelesaikan lebih 90 peratus dalam program sama.

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan status terkini program yang dijalankan di bawah Program Pendemokrasian Rakyat Selangor oleh Kerajaan Negeri itu.

“Saya harap proses pendemokrasian ini dapat diselesaikan dalam masa dua minggu lagi,” kata beliau di Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Pemimpin Masyarakat yang diadakan di kediaman rasminya.

Program Selangorku Bersih diadakan bagi mengenal pasti kewujudan pengundi berdaftar yang sah di Selangor.

Program yang menerima peruntukan sebanyak RM5 juta dari Geran Selangorku ini membabitkan kerjasama antara Adun kawasan, Ahli-ahli majlis dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung.

TV Selangor difahamkan keputusan kajian tersebut akan diumumkan setelah keputusan penuh dan analisa dari kajian tersebut dibuat.