Categories
NASIONAL PENDIDIKAN

KPM usaha atasi isu sekolah terbengkalai

KULAI, 13 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berusaha menyelesaikan isu sekolah di seluruh negara yang gagal beroperasi walaupun sudah siap dibina.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan sedang dilakukan dalam mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kita hendak kenal pasti apa punca kenapa mereka tidak dapat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

“Macam di Kulai, ada sebuah sekolah tidak menerima CCC kerana ia dikatakan tidak mematuhi syarat ditetapkan Majlis Perbandaran Kulai , jadi kita kena duduk bincang dengan pihak berkenaan.

“Sama seperti di Simpang Renggam, ada sebuah sekolah, JKR yang tetapkan syarat ‘road safety assessment’ dan kontraktor itu tidak mampu buat, jadi kita perlu duduk berbincang serta cari jalan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Pendidikan Kulai 2018, di sini hari ini.

Kenyataan itu susulan laporan sebuah akhbar tempatan, semalam berhubung 16 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara yang sudah siap dibina dua tahun lalu, namun tidak dapat beroperasi ekoran pelbagai masalah.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL PENDIDIKAN

Kementerian Pendidikan sasar buku teks digital menjelang 2022

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menyediakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah di negara ini, menjelang 2022.

Timbalan menterinya Teo Nie Cheng berkata, kementerian bercadang mewujudkan buku teks digital untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3, pada tahun hadapan.

“Manakala bagi buku teks digital interaktif, kementerian bercadang untuk mewujudkannya untuk pelajar tingkatan 3, pada 2020. Manakala, kementerian akan menyediakan buku teks digital interaktif untuk pelajar Tingkatan 1,3 dan 4, pada 2021.

“Untuk tahun 2022, buku teks digital interaktif akan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5,” katanya pada sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini, lapor BERNAMA.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berhubung pelaksanaan buku teks digital bagi menangani masalah beg berat yang dihadapi pelajar.

Nie Cheng berkata, inovasi pendigitalan buku teks membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan melampaui bilik darjah serta mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks bercetak seterusnya mengurangkan indeks penggunaan kertas negara.

Categories
NASIONAL

510 program DVM terima akreditasi MQA

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Sejumlah 510 daripada 650 program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) sudah menerima akreditasi sementara daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sejak Jun 2016 sehingga kini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, untuk penilaian akreditasi penuh, 428 program diterima untuk penilaian akreditasi

“12 daripada 428 program telah memperoleh akreditasi penuh, manakala 54 program dalam proses memenuhi syarat-syarat akreditasi penuh.

“362 program pula sedang menjalani proses penilaian dan perlu mematuhi syarat-syarat bagi akreditasi penuh yang dijangka selesai pertengahan 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, lulusan DVM boleh menyambung pengajian ke program ijazah sarjana muda di IPTA dan IPTS tertakluk kepada kelulusan Senat IPTA atau IPTS.

Ia turut mengambilkira penyertaan Sijil Vokasional Malaysia dengan tiga kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti ditetapkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

“KPM sedang membangunkan program bersama dengan Malaysian Technical University Network (MTUN) untuk memperkasakan laluan TVET terutamanya untuk pelajar lulusan DVM,” katanya.

Categories
NASIONAL

MP: Beli lebih bijak daripada beri pampasan

SHAH ALAM, 16 OKT: Beban rakyat ekoran kenaikan kadar tol lebuh raya mampu dielakkan jika Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pembelian syarikat tertentu, kata Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Mengambil contoh lebuh raya 11.5 km Cheras-Kajang, Nie Ching berkata kerajaan hanya perlu mendapatkan Cerah Sama Sdn Bhd yang memiliki Grand Saga Sdn Bhd selaku pemegang konsesi itu.

Katanya, kerajaan sudah memiliki 49 peratus kepentingan dalam syarikat itu dan hanya perlu membeli baki 51 peratus iaitu sekitar RM120 juta.

teo nie ching 01“RM120 juta bukan satu jumlah kecil, namum jumlah itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan pampasan yang dibayar kerajaan BN kepada pemegang konsesi.

“Daripada membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi mengekalkan kadar tol yang rendah, kerajaan sebaliknya harus mempertimbangkan untuk membeli syarikat tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran bantahan terhadap kenaikan kadar tol itu, kerajaan menjelaskan ia tidak dapat dielakkan kerana kos pampasan kepada syarikat konsesi.

Sebelum ini, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen hingga RM6, berkuatkuasa 15 Oktober lalu.

Ia membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA).

-NR-

Categories
NASIONAL

DAP edar 1,000 risalah jawab fitnah, kesal BN mungkir janji wujud PRK terbersih

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 MEI: Barisan Nasional (BN) gagal mengotakan janjinya untuk menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Telok Intan sebagai pilihan raya terbersih apabila jentera kempennya mengedarkan gambar palsu kononnya memaparkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud memakai bikini.

Gambar itu sebenarnya adalah milik aktress jelita Filipina didapatidisebarkan di beberapa perkampungan Melayu khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong, Telok Intan.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching, berkata tindakan itu jelas menunjukkan BN sememangnya tidak boleh diharapkan dalam memainkan peranan bagi membentuk mentaliti budaya politik yang sihat dan perubahan positif lain di kalangan masyarakat negara ini.

teo nie ching 01“Walaupun Presiden Parti Gerakan ada berjanji untuk jadikan PRK kali ini sebagai terbersih tetapi jelas menunjukkan beliau gagal membendung jentera kempennya menggunakan taktik kotor, bahhan sejak penamaan calon kita nampak pelbagai taktik kotor digunakan.

“Ini jelas menunjukkan BN tidak boleh diharap untuk memberi contoh yang baik kepada rakyat negara ini dengan mengedarkan gambar fitnah. Ini perbuatan melampau,” kata Nie Ching ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Nie Ching berkata, DAP sudah mencetak kira-kira 1,000 keping risalah bagi menjelaskan keadaan sebenar untuk diedarkan di kawasan yang menjadi sasaran risalah fitnah BN sebelum ini.

Katanya, satu laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Teluk Intan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang mewakili DAP pada jam 6.00 petang, semalam dan berharap tindakan segera dapat diambil pihak bertanggungjawab.

Dyana SofyaBagaimanapun Nie Ching berkata, ketika ini Dyana Sofya tetap tenang menghadapi situasi serangan fitnah BN dan terus fokus kepada kempen, sekali gus mencapai sasaran menang dalam PRK kali ini.

“Perbuatan ini tidak adil kepada Dyana dan tentu dia tidak gembira kerana menjatuhkan maruahnya tetapi tetap ‘cool’ menghadapi situasi ini dan kami nasihatkan terus fokus kepada kempen.

“Saya harap pengundi boleh berfikir dan menilai dengan bijak, menolak fitnah dengan menolak parti yang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menewaskan lawan,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Brought babies not because need a crèche for the kids in Parliament

By: TEO NIE CHING

I brought my babies to parliament not because I need a crèche for my kids in Parliament. I have a very capable babysitter. The missus of Zairil Johari, Bukit Bendera MP, and Steven Sim, Bukit Mertajam MP, are housewives. So if you ask me, do we really need a crèche in Parliament? The answer would be “NO”.

However, I can’t stop wonder, how about the other staffs working in the Parliament? How about those women who have no choice but to leave their jobs in the middle of their careers once they have children?

Remember that a three-year-old girl died in a car after being left alone by her mother, a teacher, at a car park of a secondary school in Subang Jaya last year? If crèche were set up at the workplace of the mother, I believe such tragedy would not have happened.

I thank Ivone Low for her concern over my son Eger. But her question on whether I have thought about the pressure my infant has to endure by being exposed publicly amuses me.

Italian Member of European Parliament Licia Ronzulli took her daughter, Vittoria, to plenary session of the European Parliament as a symbolic gesture to reclaim more rights for women in reconciling work and family life since her baby was only 44-day old. Prince William and Kate brought their 8-month old son Prince George to Australia and New Zealand. Would Low condemn them for doing so?

When Low said Parliament is never a suitable place for crèche to be set up, I would like to bring her attention to the crèche at the Scottish Parliament. As a family friendly Parliament, the public crèche at the Scottish Parliament is the only facility of its kind in Europe and is considered by the Scottish Parliamentary Corporate Body to be an important part of creating an open and accessible Parliament. Its main purpose is to provide supervision for children of staffs and people visiting the Scottish Parliament in Edinburgh. The crèche is free to the public and provides care for children aged 6 weeks to 5 years. So I wonder, on what basis Low claimed “the House is never a suitable place”?

Despite the 2012, 2013 and 2014 government incentive programmes for setting up childcare centres, there are only 99 crèche sets up among 1378 government agencies. If Low thinks the government has done its best, I will tell her that her best is simply not good enough.

Childcare is not a personal or family issue. It has great impact on economic as well. To reach our goal of becoming a high-income nation, Malaysia needs to tap into all human resources in the country, that includes men and women.

Currently, Malaysia’s level of labour force participation among women is the lowest in East Asia. At least 500,000, and as many as 2.3 million, Malaysian women are “absent” from the labour market. Lack of affordable and high quality childcare options outside the home influences women’s decision to stay out of the labour force.

A preliminary growth accounting exercise suggests that a growth dividend of approximately 0.4% points per year could arise from bringing some of these absent women back into the labour markets. Setting up childcare centre at workplace will unlock the women’s potential.

It is the responsibility of every parent to look after the welfare of his or her children. But it is also the duty of a responsible and caring government to make the workplace more family-friendly. And as a Member of Parliament, it is my duty to speak up for the working parents.

# Teo Nie Ching is an Assistant National Publicity Secretary cum MP for Kulai

Categories
NASIONAL

Serangan ke atas DAP, bukti BN alih isu harga barang naik

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 JAN: Tindakan blogger pro-Barisan Nasional (BN) menyerang DAP dalam isu membabitkan perkauman dan agama jelas membuktikan mereka sekali lagi cuba mengalihkan isu kenaikan harga barang.

Hal itu bagi membolehkan mereka meraih kembali sokongan terhadap penyokong parti yang turut berang dengan tindakan pemimpin mereka.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu nyata mengecewakan dan hanya menjadikan DAP sebagai ‘Punching Bag’.

teo nie ching 01“Saya rasa, kini Umno dalam apa juga isu berkenaan agama dan kaum selalu mempersalahkan DAP. Ini adalah taktik mereka dan semua orang tahu kini rakyat terbeban dengan ‘Barang Naik’.

“Jadi, mereka ingin mainkan isu perkauman dan agama supaya mereka boleh menyatupadukan penyokong mereka,” katanya.

Katanya, lebih mengecewakan lagi apabila ada blogger yang sanggup mereka cerita bahawa DAP cuba memecah belahkan Islam di Johor.

“Apa juga isu yang berlaku di Johor mereka kait dengan DAP. Tuduhan juga dilemparkan atas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kononnya ingin peristiwa 13 Mei berulang.

“Sebenarnya semua ini tidak ada kaitan dengan DAP tetapi segala yang berkenaan isu agama dan perkauman mereka mempersalahkan kami. DAP sebenarnya menjadi ‘punching bag’ kepada mereka,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

umno-retakDAP membuat satu laporan polis di Kulai Jaya, semalam melalui Setiausaha Politik Lim Kit Siang terhadap artikel seorang blogger yang menyatakan ‘Makin kuat DAP di Johor, makin kuat Islam dipecah’.

Mengulas berkenaan kejadian seorang guru beragama Islam yang perlu membuka tudung jika ingin mengajar di Johor beliau menegaskan, perkara itu adalah tindakan individu dan tidak membabitkan parti politik.

Beliau yang tidak bersetuju dengan tindakan pengetua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) itu berkata, semua pihak perlu menghormati agama lain di negara ini.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Nancy digesa dedah bayaran peguam bela kes rayuan fitnah Anwar

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 19 NOV : Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mempersoalkan jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nancy Shukri yang enggan mendedahkan jumlah bayaran yang dibuat Jabatan Peguam Negara kepada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Md Abdullah.

Bayaran itu dibuat kepada Shafee yang juga peguam bela kerajaan dalam kes rayuan fitnah dua terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

teo nie ching red 01Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi rahsia antara majikan dan pelanggan kerana bekas menteri JPM, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan jumlah kos perbelanjaan dan guaman dalam kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap inkues kematian Teoh Beng Hock.

Nazri menyatakan, kos perbelanjaan SPRM termasuk menggunakan khidmat ahli patologi United Kingdom, Dr Peter Venezis berjumlah RM90,680 yang meliputi perbelanjaan tiket penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan dan bayaran khidmat profesional dalam jawapannya, pada 5 Oktober 2011

“Bayaran guaman Shafee untuk kes terbabit berjumlah RM150,000. Mengapa selepas dua tahun kerajaan menukar polisi ini.

“Kenapa kerajaan mendengar cakap peguam untuk tidak mendedahkan jumlah bayaran kerana membabitkan penggunaan wang pembayar cukai. Terma ‘menghormati etika hubungan profesionalisme dan kerahsiaan antara majikan dan pelanggan ini tidak boleh digunapakai,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Selain itu, Nie Ching turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak menggunakan khidmat peguam dari pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan kes berkenaan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Siling Hospital Serdang runtuh 4 kali, Subramaniam perlu beri penjelasan

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 15 NOV : Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam diminta memberi penjelasan berkenaan keruntuhan siling Hospital Serdang sebanyak dua kali, dalam tempoh dua bulan.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata Subramaniam perlu memberi penjelasan yang munasabah bukan jaminan ‘kitar semula’ seperti yang dilakukan bekas menteri, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

teo nie ching red 01“Saya ingin tanya, apakah siasatan atau arahan yang sudah beliau jalankan selepas berlakunya keruntuhan siling kali ketiga, baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Nie Ching berkata, Hospital Serdang yang menelan kos pembinaan RM690 juta itu dilaporkan berlaku keruntuhan siling, pada 30 September lalu.

Hospital berkenaan mula beroperasi sejak Disember 2005 dan berlaku keruntuhan siling sebanyak empat kali dalam tempoh lapan tahun.

Subramaniam pada sidang medianya berkata, abatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas struktur bangunan Hospital Serdang bagi memastikan keselamatan bangunan itu terjamin, pada 16 Oktober lalu.

“Tetapi, sebulan selepas beliau memberi jaminan itu, siling Hospital Serdang mengalami keruntuhan buat kali keempat, semalam.

“Adakah beliau sekadar memberi akujanji kosong atau tidak serius dan tidak tegas dalam melaksanakan tugasnya dalam membuat pemeriksaan secara terperinci serta menjalankan kerja penyelenggaran sewajarnya.

“Jika beliau tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan, saya akan memberi usul memotong gajinya di sidang Parlimen nanti,” katanya.

-NFN-

 

Categories
NASIONAL

Pelaksanaan GST : Rakyat berdepan kenaikan tarif elektrik pada 2016

Oleh : Afeeqa Afeera

KUALA LUMPUR 11 NOV : Rakyat Malaysia tetap berdepan dengan kenaikan tarif elektrik sebaik pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksana kerajaan pusat, berkuatkuasa 1 April 2015.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata walaupun kerajaan pusat memaklumkan GST tidak akan dikenakan ke atas 200 unit (kWh) pertama iaitu RM43.60 sebulan, namun pengguna tidak boleh mengelak daripada membayar cukai jika penggunaan elektrik lebih daripada nilai terbabit.

teo nie ching 01Katanya, pelaksanaan GST juga akan menjejaskan beberapa sektor lain seperti kesihatan iaitu klinik dan hospital, perniagaan industri, komersial serta sekolah.

“Kenaikan tarif elektrik akan turut dirasai sektor lain contohnya hospital dan klinik. Bagaimana mereka dapat menampung kenaikan tarif elektrik termasuk bayaran cukai sebanyak enam peratus yang dikenakan kerajaan pusat.

“Kerajaan harus kaji semula polisi ini kerana akan menjejaskan banyak pihak. Jika benar apa yang dikatakan ini, terbukti Barisan Nasional (BN) itu tidak lebih daripada slogan ‘Barang Naik’,” katanya dalam pada media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, kenaikan tarif elektrik juga dijangka akan menjadi kenyataan apabila kerajaan pusat bakal mengurangkan subsidi bahan gas asli berikutan harga pasaran dunia yang tidak menentu.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, kerajaan BN mula menekan rakyat dengan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter dan gula sebanyak RM0.34 sen, berkuatkuasa 26 Oktober lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

BN gagal tepati Aku Janji tambah BRIM sehingga RM1,200

sSHAH ALAM 26 OKT : Kerajaan Umno-BN gagal menepati Aku Janji yang dibuatnya sendiri sebelum Pilihan Raya Umumke-13 untuk menaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 kepada RM1,200 apabila hanya mengumumkan pemberian sebanyak RM650 setahun.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

Pada Februari lalu – sebelum pilihan raya umum ke-13 – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

Antara aku janji BN yang diumumkan sebelum PRU-13 adalah menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 bagi orang bujang setiap tahun bagi lima tahun akan datang.

“#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000,? kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.

Sementara Amiruddin pula berkata: “Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650,” kata beliau dalam tweet-nya.

Menurut pendapat di laman Facebook, Zulkifli Hasan berkata, setelah meneliti bajet 2014, analisis pakar ekonomi dan Aku Janji BN, terfikir adakah perlu ditubuhkan pasukan peguam untuk menyaman kerajaan pusat kerana tidak menunaikan Aku janji.

“Kerajaan Selangor di bawa ke mahkamah kerana didakwa gagal menunaikan manifesto. Kenapa tidak kerajaan pusat,” katanya.

Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan.

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat digesa bela nasib 6,000 graduan GSTT

guru gstt1

SHAH ALAM, 4 OKTOBER : Kerajaan Pusat digesa membela nasib lebih 6,000 graduan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang masih belum mendapat penempatan sehingga sekarang.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata, Kerajaan Pusat perlu memberikan penjelasan dan statistik kekosongan guru di semua sekolah agar dapat dinilai dengan perancangan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah itu.

Katanya, perkara itu menunjukkan kegagalan Kerajaan Pusat membuat perancangan sempurna yang membazirkan sumber negara.

Menurut Nie Ching, pada Januari 2012, Kementerian Pendidikan membuka kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Akan tetapi graduan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang tamat pengajian tersebut pada bulan Mei tahun ini masih belum mendapat penempatan sehingga sekarang.

“Graduan GSTT-DPLI adalah sebanyak 6,020 orang iaitu seramai 2,017 orang di bawah kategori Sekolah Rendah dan 4,003 orang di bawah kategori Sekolah Menengah.

“Senarai calon dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan temuduga dijangka akan dijalankan pada bulan Oktober dan lantikannya bermula pada bulan Januari tahun depan,” kata Nie Ching dalam satu kenyataan.

Tambah Nie Ching, laman web Kementerian Pendidikan atau SPP masih belum ada sebarang maklumat tentang temuduga tersebut sehingga sekarang.

Apabila graduan-graduan menelefon Jabatan berkenaan, pegawai tersebut tidak dapat memberi tarikh temuduga seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri.

“Kesemua graduan tersebut menandatangani kontrak perkhidmatan selama 2 tahun dengan Kementerian maka ini menjadi halangan mereka mencari pekerjaan alternatif terutamanya di sektor swasta.

“Pernahkah Kementerian mengambil berat terhadap mereka apabila mereka perlu menunggu penempatan selama 7 bulan dan menghadapi masalah pengangguran serta menanggung kos sara hidup yang tinggi?,” katanya.

Nie Ching berkata, survey tidak rasmi menunjukkan bahawa seramai 100-120 kekosongan guru di sekolah rendah.

“Jika kekurangan sudah lama berlaku, mengapakah temuduga dan penempatan graduan GSTT-DPLI masih lagi ditangguh?

“Tambahan pula, pengajian DPLI  melahirkan 6,000 tenaga pengajar yang masih menunggu penempatan, perkara ini menimbulkan satu keraguan besar,” katanya.