Categories
NASIONAL

Kotak hitam CN235 dihantar ke Indonesia dianalisis

PETALING JAYA, 29 FEB : Kotak hitam pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat pendaratan kecemasan di kawasan paya bakau Kuala Selangor, Jumaat lepas ditemui.

Panglima TUDM Jen Tan Sri Roslan Saad, berkata kotak hitam berkenaan ditemui pada petang Sabtu lepas oleh pasukan penyiasatan insiden pesawat itu.

“Kotak hitam sudah ditemui dan dihantar ke Bandung, Indonesia untuk dianalisa kerana syarikat pembuatan pesawat berkenaan berada di negara itu.

CcV0LKsUYAAOTA9“Dijangkakan proses menganalisis maklumat daripada kotak hitam itu mengambil sekurang-kurangnya lima hari dan hasilnya membantu TUDM untuk mengetahui punca sebenar insiden itu,” katanya dipetik BERNAMA.

Mengenai proses mengeluarkan pesawat, Roslan berkata ia dijangka memerlukan masa yang lama kerana faktor persekitaran yang mencabar.

“Kami hanya boleh mengambil masa selama enam jam sahaja untuk kerja penyiasatan dan membawa keluar pesawat itu kerana keadaan air pasang menyukarkan proses berkenaan,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan memotong serpihan pesawat berkenaaan akan dibuat sekiranya perlu.

Ditanya mengenai status tujuh buah pesawat CN235 yang lain, Roslan berkata perkhidmatannya dihentikan buat sementara waktu.

“Dua pesawat itu sudah selesai diperiksa, dua lagi pesawat sedang diperiksa manakala tiga lagi pesawat berkenaan menunggu giliran untuk melakukan proses yang sama,” katanya.

Dalam kejadian 8.50 pagi Jumaat lepas, pesawat itu yang membawa lapan anak kapal membuat pendaratan cemas setelah mengalami kerosakan enjin di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.

Kesemua anak kapal dapat diselamatkan dengan bantuan nelayan tempatan di kawasan itu.

EZY

Categories
NASIONAL

7 pesawat TUDM bawa pulang jenazah mangsa MH17

SHAH ALAM, 17 OGOS: 16 jenazah mangsa nahas pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dijangka tiba di tanah air dari Amsterdam, Belanda, jam 10 pagi, pada 22 Ogos ini.

Menurut petikan dari laman sesawang Astro Awani, lima helikopter Nuri dan dua pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan digunakan bagi membawa pulang jenazah untuk disemadikan.

nuriUpacara solat jenazah bagi beragama islam, bacaan Yassin dan tahlil akan disempurnakan oImam Besar Masjid Putrajaya, Abdul Manaf Mat, pada 19 dan 20 Ogos ini.

Sementara itu, empat mayat bukan islam membabitkan ritual agama Buddha dan Tao diuruskan Ketua Agama Budha, Reverend Sing Han dan Ketua Agama Tao, Boon Sin yang dibawa khas dari Malaysia bagimengetuai upacara itu di Rumah Mayat Monuta, S-Gravanhage.

Upacara menguruskan satu mayat beragama Hindu pula dilakukan Ketua Agama, Datuk S Mohanshan dan satu mayat beragama Sikh diuruskan Ketua Agama Sikh, Sardar Harcharan Singh.

mh066Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada 17 Julai lalu.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Categories
NASIONAL

Mantan Naib Canselor Universiti Pertahanan Masuk PAS, Seru Bekas Tentera Laksana Perubahan

Mantan Naib Canselor Universiti Pertahanan Masuk PAS 01

KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Mantan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion menjadi tokoh terbaru daripada bidang pertahanan negara menyertai Pakatan Rakyat hari ini.

Memilih PAS sebagai landasan perjuangan politik, Ismail pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 38 tahun sebagai jurutera Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM).

Dasar perjuangan PAS berteraskan Islam menarik minatnya menyertai politik selepas membuat penilaian sejak lima tahun lalu.

Beliau turut menyeru semua bekas tentera mengikut jejaknya bersama membawa arus perubahan kepada negara.

Tambahnya lagi, sistem dua parti yang sedia ada kini adalah formula terbaik sekaligus memberikan peluang kepada rakyat memilih agar tidak ada suatu pihak merasakan mereka kebal selamanya.

“Saya sebenarnya melihat keadaan politik dan perlukan perubahan.

“Penjawat awam banyak yang cenderung masuk politik.

“Sejak lima tahun lalu saya menilai suasana politik.

“Inilah peluang terakhir. Saya cenderung kepada sistem dua parti agar rakyat dapat memilih,” katanya yang merupakan lulusan dari Universiti Reading di United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 1980.

Ismail menyerahkan borang penyertaan keanggotaan PAS kepada Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali sambil disaksikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi.

Beliau turut bersimpati dengan nasib bekas anggota tentera yang terpaksa bekerja keras meneruskan kehidupan selepas bersara.

Saran beliau sistem pendidikan kemahiran kepada mereka yang bakal bersara diberikan lebih awal dan bukannya enam bulan seperti yang diamalkan sekarang.

“Kita perlu bersedia lebih awal dan memberikan kursus kemahiran bukan enam bulan sebelum bersara. Masa terlalu pendek,” katanya.

Kejayaan dalam TUDM bermula sebagai jurutera senior di skuardon pengangkutan (helikopter) sehingga dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai Ketua Jurutera TUDM dari tahun 1997 hingga tahun 2000 sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.

Apabila Akademi Tentera Malaysia (ATMA) dinaik taraf menjadi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama.

Sebagai rekod, beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah Intitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Categories
SELANGOR

MB Hadir Beri Penghormatan Pada Jenazah Komando 69

MB Melawat Jenazah Polis Lahad Datu 01

SHAH ALAM 2 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua anggota komando polis yang terkorban di Lahad Datu, semalam.

Jenazah dua anggota komando polis VAT-69 itu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud, selamat tiba jam 12.30 tengah hari tadi dibawa oleh pesawat Charlie 130.

MB Melawat Jenazah Polis Lahad Datu 02Kedua-dua mereka terkorban dalam kejadian tembak-menembak antara anggota polis dan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina semalam.

Dalam kejadiaan pukul 9.50 pagi itu, 12 penceroboh terbunuh. Mereka sebahagian daripada 180 pengikut ?Sultan Sulu? yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

Kumpulan penceroboh itu telah berkampung di kawasan Lahad Datu selama lebih dua minggu bagi menuntut hakmilik kepada negeri Sabah yang mereka dakwa kepunyaan Kesultanan Sulu.

Dalam operasi tersebut juga, seramai tiga lagi anggota polis tercedera iaitu Koperal Mohd Tarmizi Hashim, Koperal Mohd Qaiyum Afzal Zulkifli dan Koperal Azman Ampong.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pahlawan Sedia Khidmat Guaman Percuma Kepada Tentera Dituduh Sertai HKR112

Pahlawan Guaman Percuma 01

PETALING JAYA, 6 FEB: Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menyediakan khidmat guaman percuma kepada anggota tentera yang dikenakan tindakan atas pertuduhan menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112).

Ini ekoran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenalpasti beberapa anggota yang hadir dalam perhimpunan tersebut dan kini akan disabitkan dalam pertuduhan dibawah Akta ATM.

Pengerusi Pahlawan, Asri Buang berkata, kehadiran mereka adalah atas kapasiti individu tanpa menyertai mana-mana pergerakkan NGO atau parti politik.

Ini disebabkan perasaan ingin tahun tentang perkembangan politik semasa secara langsung.

Tambah Asri, mereka ini akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 87 Akta Memudaratkan Perkhidmatan.

“Pahlawan memandang serius perkara tersebut.

“Ini kerana menurut undang-undang yang ada, anggota tentera yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan bebas menyertai mana-mana perhimpunan yang dibenarkan oleh undang- undang Malaysia dengan syarat tidak menyertai mana-mana NGO atau parti politik serta tidak membahayakan keselamatan negara,” katanya.

Difahamkan seramai lima anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seorang anggota tentera darat bakal berhadapan tindakan berkenaan.

Sementara itu, setakat ini tidak ada aduan dilaporkan mengenai jumlah anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dikenakan tindakan.

Beliau menambah, kesemua mereka dikesan menghadiri himpunan berkenaan melalui paparan gambar di laman sosial Facebook dan kemudiannya dimaklumkan oleh keluarga masing-masing berhubung perkara berkenaan.

Categories
NASIONAL

Kenyataan Pengerusi PERDA Tak Masuk Akal : Utusan Terus Tabur Fitnah

SHAH ALAM, 18 OKT : Umno dan Utusan Malaysia terus menabur fitnah apabila mempersoalkan Kerajaan Pulau Pinang tidak menggunakan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera sejumlah RM33.6 juta untuk membina 10,000 rumah kos rendah dan mampu milik.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang amanah berkenaan, pihaknya akan dituduh tidak mahu menggunakan wang negeri untuk membina rumah mampu milik.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa akaun amanah tersebut naik 58 peratus kepada RM33.6 juta.

“Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 unit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta,” kata Guan Eng dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata, fitnah jahat Utusan dan Umno semakin terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Datuk Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik.

“Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah unit.

“Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seunit mustahil dilakukan,” kata beliau.

Ujar Guan Eng, kerajaan Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik.

Jelasnya, kerajaan negeri akan menepati janji bukan seperti janji BN yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) di Bertam, Kepala Batas.

Ianya 330 ekar tanah milik TUDM di Bertam, Kepala Batas yang tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan.

Difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM 5,148,000 ataupun harga RM 15,600 seekar.

Selepas proses pengambilan tanah siap, Geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23 Februari 1984.

Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah. Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.

“Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.

“Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu empat tahun untuk mencapainya.

“RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang,” katanya.

Katanya, sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation(PDC) telah berjaya membina 4,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 uunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 unit.

Categories
SELANGOR

Sultan Johor Murka, Kementerian Pertahanan Hilang Wibawa

SHAH ALAM 12 SEPT : Kementerian Pertahanan semakin hilang wibawa berikutan kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail menggenai bekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata teguran Sultan Johor itu adalah serius dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak harus lepas tangan dan mesti bertanggungjawab sepenuhnya.

“Apa dah jadi dengan Kementerian Pertahanan di negara ini? Sepatutnya ia menjadi sebuah kementerian yang berwibawa kerana di bawahnya menentukan keselamatan negara.

“Kemurkaan Sultan Johor dikatakan kerana harganya mahal tetapi kelengkapan dibekalkan tidak bermutu. Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dianugerahkan Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual pihak pembekal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, pembangkang selama ini kerap membuat teguran tetapi sering dibakulsampahkan.

Tambahnya, tabiat buruk kerajaan diterajui Umno-BN itu bukan perkara baru malah sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran negara.

“Jika kita imbas kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana kementerian ini boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta walaupun tanpa baucer. Ini satu misteri sedangkan pegawai kerajaan yang mahu membuat tuntutan perjalanan RM100 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi,” katanya.

Beliau berkata, perkara yang berlaku itu memang pelik tetapi ada benarnya.

Sebelum ini, negara pernah kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Jika enjin sebesar itu boleh hilang dijual ke luar negara maka sudah tentu wang yang lebih kecil lebih senang hilang,” ujarnya.

Media baru-baru ini melaporkan kemurkaan Sultan Johor atas apa yang berlaku dan bertitah Kementerian Pertahanan harus memantau setiap perolehan kelengkapan berkenaan bagi memastikan ia menepati keperluan pasukan dan menjamin tahap kualitinya.

“Dalam usaha melengkapkan pasukan Gerak Khas dengan peralatan terkini dan moden, suka saya ingatkan jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi. Tidak dinafikan ramai bekas Jeneral dan pegawai tentera yang bersara menceburi bidang perniagaan sebagai pembekal peralatan ketenteraan.

“Namun suka saya ingatkan, janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga berlipat kali ganda,” titahnya.

Baginda yang juga Kolonel Komandan pasukan elit Rejimen Gerak Khas bertitah demikian semasa majlis ulang tahun ke-47 pasukan itu di Kem Iskandar, Mersing, Johor.