Categories
NASIONAL

Anwar: Utusan selayaknya ‘dihukum’ kerana terus memfitnah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 16 JAN: Akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia wajar menerima hukuman setimpal berikutan akhbar itu berterusan melemparkan pelbagai fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khususnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, akhbar harian itu mengambil sikap demikian bagi melindungi kepentingan politik Umno-BN dan sekaligus memastikan kelangsungan parti itu terus bertahan tanpa mengambil kira soal maruah, moral dan etika kewartawanan yang sepatutnya dipelihara.

utusan fitnah grafik“Memang dah lama terbukti Utusan adalah media fitnah, terus menerus memfitnah dan selayaknya dihukum kerana memang kerja dia untuk terus menerus memfitnah,” kata Anwar ketika ditemui Selangor Kini selepas menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kemenangan beliau dalam isu saman RM50 juta terhadap Utusan, Anwar menggesa agar pengamal media di negara ini mengamalkan etika kewartawanan yang sihat dengan melaporkan isu sebenar dan menolak politik fitnah bagi menjatuhkan musuh politik mana-mana pihak.

Semalam Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelumnya memutuskan bahawa dua artikel yang cuba memberi gambaran kononnya Anwar tidak layak memegang jawatan dan mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam diterbitkan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd bersifat fitnah.

anwar whiteUtusan Malaysia sebuah akhbar yang menyebarkan propaganda Umno bukan kali pertama tewas dalam perbicaraan yang melibatkan isu fitnah di mahkamah.

Selain Anwar yang kali kedua menang saman fitnah terhadap Utusan, Utusan juga tewas saman fitnah yang melibatkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Bukit Gelogor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Selain itu, Utusan juga terpaksa membuat penyelesaian damai dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dengan bersetuju menarik balik fitnah dan membayar kos RM40,000 kepada Husam bagi mengelakkan dikenakan bayaran ganti rugi lebih tinggi.

Utusan juga membuat penyelesaian di luar mahkamah berhubung saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadap akhbar itu.

Ketika ini Utusan masih mempunyai kes saman fitnah yang menunggu masa untuk dibicarakan di mahkamah termasuklah dua saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

EZY

Categories
NASIONAL

Mahkamah kekal keputusan Utusan siar artikel fitnah terhadap Anwar

PUTRAJAYA 15 JAN: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan sebelum ini bahawa dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd bersifat fitnah, berhubung temu bual Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC dua tahun lepas.

utusan fitnah grafikPanel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan bahawa tiada merit dalam rayuan perayu selepas meneliti asas penghakiman dan nota prosiding Mahkamah Tinggi.

Panel hakim itu memerintahkan kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada responden.

Memetik laporan Bernama, Mahkamah juga menolak permohonan Umno untuk mencelah dalam rayuan itu, bagaimanapun ia tidak menetapkan sebarang kos.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk K Anantham.

Peguam Abu Bakar As-Sidek memberitahu pemberita kemudian bahawa Umno membuat permohonan itu berikutan isu sama ada parti itu telah mempengaruhi dasar editorial akhbar berkenaan.

ANWAR Mahkamah (1)Mahkamah Tinggi tahun lepas memutuskan bahawa defendan Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak, gagal mempertahankan semua pembelaan statutori merangkumi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan bersyarat.

Pada 10 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah dengan menuntut RM50 juta ganti rugi atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012, berhubung temu bualnya dengan BBC.

Beliau menegaskan bahawa kata-kata yang digunakan memberi gambaran beliau tidak layak memegang jawatan dan sebagai pemimpin Islam mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam.

Dalam rayuan hari ini, Anwar diwakili peguam R. Sivarasa, sementara Utusan diwakili Datuk Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin.

EZY

JURNAL BERITA – Umno-BN perlu henti mangsakan rakyat untuk kurang hutang negara.

1- Umno-BN perlu henti mangsakan rakyat untuk kurang hutang negara

2- Prof Dr Amir: Jangan salah subsidi sebab hutang negara tinggi, Jerman juga ada subsidi

3- EKSKLUSIF: Kadar kenaikan gaji 5 tahun Indonesia 10%, Malaysia 2%

4- Harga barang : Rafizi tempelak kenyataan Nur Jazlan

5- AMK lancar Aduan Rakyat, serah memorandum kepada KPDNKK

6- Harga makanan kantin sekolah naik, Kerajaan Pusat patut turun padang

7- Berita fitnah, Tony Pua saman Zahid Hamidi dan Utusan
.
8- SPRM siasat pegawai khas menteri

9- Aktiviti YB : Ziarah mahabbah, MES rancak di DUN Gombak Setia

Categories
NASIONAL

Berita fitnah, Tony Pua saman Zahid Hamidi dan Utusan

KUALA LUMPUR 9 JAN: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua memfailkan saman terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Utusan Melayu (M) Bhd kerana mendakwa memberi fahaman bahawa beliau adalah penjenayah.

Tony, 41, berkata Dr Ahmad Zahid yang ketika itu Menteri Pertahanan, telah memfitnah beliau melalui penyiaran laporan dalam Utusan Malaysia pada 18 Mac 2011.

utusan fitnah grafikBeliau berkata Utusan telah menerbitkan sebuah artikel berunsur fitnah terhadapnya dalam akhbar dan terus menyiarkannya dalam talian.

Antara lain, Tony berkata bahawa akhbar itu menulis bahawa beliau telah ditangkap oleh pihak polis di Singapura bagi kesalahan jenayah dan tidak sesuai untuk menjadi ahli Parlimen.

Beliau berkata perkataan itu juga menggambarkan beliau sebagai ‘tidak taat setia’ terhadap Malaysia.

Menurut laporan The Star, Tony menamakan Dr Ahmad Zahid, Utusan Melayu dan ketua editor kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan dalam saman sivil itu.

pix-for-wawancara-tony-pua-DALAM1Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Norliza Hussin menetapkan 11 Februari untuk pengurusan kes sementara menunggu defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka, kata peguam Utusan Choo Shi Jin kepada pemberita di sini.

Peguam Benjamin Aliff mewakili Tony manakala peguam Prem V.mewakili Dr Ahmad Zahid.

Dalam samannya, Tony berkata penerbitan yang disiarkan telah memberi kesan terhadap watak dan nama baiknya.

Beliau berkata ia telah membawanya ke dalam skandal umum, kebencian dan penghinaan.

Tambahnya defendan telah gagal untuk menjaga dan berhati-hati untuk memastikan kebenaran dalam berkata-kata.

EZY

Categories
NASIONAL

Perbicaraan saman fitnah Nurul Izzah terhadap Utusan ditetap 14 April ini

Oleh: MOHD EZLI MASHUT

KUALA LUMPUR 8 JAN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dmenetapkan 14 April ini untuk perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berhubung laporan akhbar itu berkenaan kenyataan kebebasan agama.

Hakim Hue Siew Kheng membenarkan permohonan daripada Utusan untuk meminda jadual perbicaraan yang sepatutnya berlangsung dari 22 hingga 24 Januari kepada 14, 15 dan 18 April ini.

Saman itu membabitkan empat artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia antara 5 dan 7 November lalu yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Nurul_Izzah editTajuk artikel itu adalah ‘Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah Anwar’ yang diterbitkan di muka hadapan, bertarikh 5 November dan ‘Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu’ā€™ diterbitkan di muka surat lima, 6 November lalu.

Artikel lain adalah ‘Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politikā€™’ diterbitkan di muka surat lima, 6 November dan ‘ā€˜Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara pluralisme agamaā€™’ diterbitkan di muka surat lima, 7 November lalu.

Nurul Izzah selaku plaintif menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama dan kedua.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memfailkan saman melalui firma guaman, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 23 November lalu.

Nurul Izzah memohon kepada mahkamah supaya pihak defendan memohon maaf, permohonan menarik balik kenyataan dan sejumlah ganti rugi.

Beliau juga menuntut defendan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah itu semula.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Permohonan Utusan ketepi Surendran sebagai peguam Anwar tidak munasabah

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 DIS: Permohonan Utusan Malaysia untuk mengenepikan N Surendran sebagai peguam mewakili Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan memegang jawatan Naib Presiden PKR disifatkan tidak munasabah.

Ketua Biro Guaman PKR, Latheefa Koya berkata alasan itu juga tidak masuk akal kerana beliau juga adalah ahli pimpinan pusat PKR.

Latheefa_KoyaKatanya, peguam Utusan juga memberikan alasan itu dengan mengatakan bersifat peribadi.

“Peguam Utusan guna alasan bahawa Surendran tidak boleh mengendalikan kes itu kerana beliau adalah Naib Presiden, manakala anak guamnya (Anwar) sebagai Ketua Umum.

“Peguam Utusan juga guna alasan atas situasi kepentingan peribadi. Kita lihat alasan itu tidak masuk akal kerana saya sendiri ahli majlis pimpinan pusat,” katanya ketika dihubungi Selamgor Kini, di sini, hari ini.

surendranSemalam, Utusan melaporkan membuat permohonan bantahan untuk mengenepikan Surendran sebagai peguam kepada Anwar dalam kes mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Lateefa berkata, ekoran dari permohonan Utusan itu, pihaknya akan membantah permohonan peguam terbabit kerana alasan yang digunakan tidak munasabah.

“Kita akan jawab dulu afidavit. Tetapi sebelum itu, kita akan bantah permohonan peguam Utusan itu,” katanya.

anwar whitePada Mac lalu, Anwar bertindak menyaman Utusan Malaysia dan TV3 sebanyak RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkannya dalam isu pencerobohan itu.

Kes terbabit akan didengar pada 25 Februari 2014, manakala perbicaraan bakal berlangsung pada 14 dan 15 April 2014.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Mahkamah tolak rayuan Utusan atas kes bidaan plat WWW1

KUALA LUMPUR : Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan yang dibuat Utusan Melayu (M) Berhad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu bidaan plat WWW1, semalam.

Memetik laporan Harakah Daily, Utusan sebelum ini diperintahkan membayar ganti rugi RM250,000 beserta faedah lima peratus setahun sehingga penyelesaian penuh dan kos RM30,000 kepada mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Hakim Zaharah Ibrahim yang mempengerusikan tiga panel hakim memutuskan bahawa keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini adalah benar.

Datuk Seri Mohammad NizarMahkamah mendapati bahawa hujahan responden adalah benar bahawa Utusan memutar belit kenyataan yang dibuat Mohammad Nizar melalui laman Twitter beliau, bertarikh 28 Mei 2012.

Mahkamah juga memutuskan penulis berita berkenaan yang bertarikh 31 Mei 2012 itu tahu akan kandungan sebenar Twitter Mohammad Nizar tetapi sengaja menulis lain daripada apa yang dinyatakan olehnya.

Penulis berita terbabit juga didakwa tidak mengamalkan etika kewartawanan yang betul dengan tidak bertindak cermat didalam melaporkan berita berhubung isu terbabit dan Mahkamah Rayuan turut mengarah Utusan membayar kos tambahan RM20,000.

Mohammad Nizar diwakili dua peguam Mohd Fitri Asmuni dan Mohamad Zamri Ibrahim melalui tetuan Awi & Co, manakala Utusan diwakili Datuk Firuz Hussien daripada firma tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

-NFN-

Categories
NASIONAL

AGM DAP : Anthony Loke Dakwa Utusan Tipu Lagi

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PETALING JAYA, 5 JUN: Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke hari ini membidas akhbar Utusan Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang didakwanya sengaja melakukan penipuan dan tidak bertindak profesional dalam menjalankan tugas.

Menurutnya, Utusan Malaysia sekali lagi cuba memburukkan imej DAP dengan mendakwa bahawa parti itu secara tergesa-gesa mengarahkan setiap cawangannya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Kata Anthony, Utusan mendakwa tindakan tersebut diambil kononnya bagi mencantas mana-mana cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lepas.

Sedangkan keputusan menundakan AGM yang dibuat sebelum ini bertujuan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kempen pilihan raya yang baru berlangsung 5 Mei lalu.

“Sepatutnya AGM kita diadakan pada bulan April dan Mei, tetapi oleh kerana pilihan raya diadakan pada bulan Mei dan dibubarkan pada awal April, maka kita mengambil satu keputusan tunda untuk memanjangkan tempoh itu sehingga akhir bulan ini.

“Pilihan raya baru sahaja habis, tentulah kita perlukan sedikit masa untuk memulakan AGM dan pada hujung Mei sehingga sekarang banyak cawangan yang sudah mengadakan, ini akan berterusan hingga akhir Jun nanti,” kata Anthony dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Anthony berkata, laporan tersebut juga dilihat bertujuan untuk memberikan justifikasi kepada ROS bagi mengambil tindakan terhadap DAP.

“Saman RM200,000 nampaknya terlalu murah bagi Utusan, lepas ini mahkamah patut anugerahkan lebih tinggi lagi,” ujarnya lagi.

Beliau turut kesal dengan sikap tidak profesional ROS yang berterusan ‘menghukum’ DAP melalui kenyataan di Utusan Malaysia walaupun masih menjalankan siasatan mereka.

Semalam Utusan Malaysia dalam laporan bertajuk ‘Dedah Taktik Terbaharu DAP’ mendakwa DAP mungkin berdepan dengan satu lagi kemelut berikutan keputusan ‘tergesa-gesa’ kepemimpinan tertinggi untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) setiap cawangan parti itu sejak dua minggu lalu.

Categories
NASIONAL

Chegu Bard Tidak Batal Tuntutan RM5 Juta, Walau Utusan Tarik Balik Fitnah

logo SAMM

SHAH ALAM, 13 MAC: Ketua Penyelaras Solidriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard tetap meneruskan tuntutan gantirugi RM5 juta daripada akhbar pro-Umno Utusan Malaysia (Utusan).

Keputusan itu diambil walaupun Utusan semalam didapati menarik balik artikel ‘Medan Perah Duit Rakyat’ dari portal beritanya.

Menurut Badrul Hisham, tuntutan itu diteruskan kerana Utusan tidak menyiarkan permohonan maaf tiga hari berturut-turut dan membayar pampasan gantirugi.

Notis tuntutan yang dikeluarkan firma guaman Tetuan Sazali & Lim itu dibuat terhadap artikel bertajuk ‘Medan Perah Duit Rakyat’ yang disiarkan portal Utusan Online pada 14 Januari 2013 lalu.

Bagaimanapun semakan yang dibuat TV Selangor semalam mendapati, rencana tersebut ditarik balik atas sebab yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan saman oleh Chegu Bard itu.

Sebelum itu menurut satu kenyataan media oleh Chegu Bard, notis tuntutan tersebut diterima oleh wakil Ketua Pengarang akhbar terbabit di pejabat Utusan Malaysia di Cheras pada jam 3.00 petang semalam.

“Petikan dari rencana tersebut bukan sahaja tidak benar, juga merupakan manipulasi dan putar belit serta berniat kepada fitnah jahat kepada Chegu Bard dan juga SAMM.

“Notis itu juga menamakan dua responden iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana sebagai penama kedua,” ujar beliau dipetik dari kenyataan medianya.

Selain menuntut pampasan gantirugi sebanyak RM5 juta, Chegu Bard turut menuntut Utusan membuat permohonan maaf secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan dalam talian di muka hadapan selama tiga hari berturut-turut.

Dalam tuntutan tersebut, Utusan turut dilarang menulis atau menyiarkan tulisan sama atau berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM serta meminta rencana tersebut ditarik balik dari portal tersebut.

Utusan merupakan satu-satunya akhbar yang paling kerap disaman oleh beberapa ahli politik tempatan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan Utusan membayar gantirugi RM 200,000 dan kos RM25,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung artikel bertajuk ‘Kebiadaban Guan Eng’ yang disiarkan pada 20 Disember 2010.

Selain itu Utusan juga tewas dalam kes saman fitnah RM 50 juta yang difailkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar itu turut tewas dalam perbicaraan saman fitnah oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Pada 2009, Utusan turut kalah dalam saman fitnah yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai isu ?Pak Janggut?.

Bagaimanapun ketika artikel ini ditulis mahkamah masih belum membuat keputusan berapa jumlah pampasan yang harus dibayar Utusan kepada beberapa pemimpin politik terbabit.

Utusan juga gagal dalam cubaan membatalkan saman fitnah mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussin Ali yang menuntut ganti rugi berjumlah RM 10 juta.

Categories
NASIONAL

Utusan dan TV3 Mohon Maaf Atau Disaman RM 100 juta

surendren lateefa saman anwar 01

PETALING JAYA 4 MAC : Suratkhabar Utusan Melayu Malaysia Bhd (Utusan) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) digesa menarik balik dakwaan tidak berasas berkaitan pencerobohan di Lahad Datu dalam tempoh 24 jam.

Ia berkenaan dakwaan Utusan bertarikh 2 Mac lepas di muka hadapan bertajuk “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan Pencerobohan” dan di muka surat 10 bertajuk “Tiga Kumpulan jadi dalang,” itu cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan Utusan itu dilaporkan semula oleh TV3 di dalam siaran siaran berita Buletin Utama pada Mac 2.

Peguam, N Surendran berkata, jika pihak Utusan dan TV3 tidak memberikan sebarang respon dan meminta maaf, pihaknya akan memfailkan saman berjumlah RM 100 juta masing-masing terhadap mereka.

“Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan jahat.

“Kita telah menghantar surat kepada pihak Utusan untuk menuntut menarik balik dakwaan itu dan membuat kenyataan maaf secara terbuka,” kata Surendran dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Kita meminta tuduhan tidak berasas itu ditarik balik dengan segera dan TV3 juga perlu meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegas beliau.

Kata beliau, Anwar Ibrahim memandang serius tuduhan yang dilemparkan kerana ia merupakan serangan peribadi jahat dan percubaan untuk mengeluarkan fakta palsu kejadian pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu.

“Ini amat serius kerana melibatkan keselamatan negara kerana mengelurkan kenyataan palsu berhubung isu itu,” kata Surendran.

Turut hadir sama dalam sidang media itu peguam Latheefa Koya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Noh Takut Sesi SELCAT Sebab Tiada Bukti

SHAH ALAM, 13 MAC: Kegagalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hadir dalam sesi SELCAT untuk mengemukakan bukti wujud penyelewengan dalam isu penjualan pasir di Negeri Selangor membuktikan pemimpin Umno tersebut telah kehabisan modal untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, ketika dihubungi Selangorku hari ini.

Beliau juga berkata, tindakan Noh hanya menggambarkan bahawa pemimpin Umno dan BN hanya berani melemparkan tuduhan tanpa bukti dihadapan media arus perdana sahaja.

“Noh cuma berani bercakap depan Utusan dan TV3 sahaja tetapi bila SELCATĀ  panggil untuk kemuka bukti bantu kita siasat, dia tak datang.

“Adakah dia takut sebab kalau dia betul-betul ada bukti tentulah dia datang ke sessi pendengaran SELCAT untuk kemukakan bukti.

“Ini sebenarnya menunjukkan apa yang dia cakap tu hanya cakap kosong untuk memburukkan imej kerajaan negeri, bukanlah sebab ada isu pun.

“Saya yakin, Umno-BN mati akal, dah habis idea nak berhujah dengan PR sebab itulah mereka main tuduh melulu sahaja,” kata beliau.

Suee Lim turut membandingkan pemimpin PR yang bertindak berserta fakta dan mengemukakan bukti apabila membuat sebarang

tuduhan terhadap mana-mana pihak.

“Kalau pemimpin PR, apabila buat tuduhan selalunya ada sertakan bukti contohnya isu cincin (Datin Seri) Rosmah dan yang terbaru majlis pertunangan anak PM, kita tak cakap kalau tak ada bukti.

“Umno dan BN patut contohi pemimpin PR yang bercakap benar dan disertai dengan bukti,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Noh mendakwa terdapat penyelewengan dalam isu penjualan pasir di negeri Selangor.

Noh juga selepas itu mendakwa banyak berlaku pemberian projek dibawah PR tidak melalui tender terbuka.

Noh juga sebelum ini berkata rela mendedahkan segala penyelewengan di Selangor akan didedahkan melalui mahkamah terbuka.

Bagaimanapun, Noh telah tidak hadir ke sessi SELCAT apabila diminta hadir ke sessi pendengaran SELCAT untuk mengemukakan bukti tuduhan beliau.

Sesi SELCAT adalah sesi pendengaran awam yang dibuka untuk didengar oleh sesiapa sahaja yang berminat dan ditubuhkan ketika kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor.

SELCAT adalah Jawatankuasa Khas dibawah bidang kuasa Dewan Undangan Negeri Selangor bertujuan memantau dan mendedahkan pelbagai masalah berkaitan pentadbiran di Selangor.

Segala persoalan dan kemuskilan yang timbul ketika sesi SELCATĀ  dibawa untuk dibahas di sidang Dun akan datang.

Categories
NASIONAL

Tuan Ibrahim: Anwar Wajar Saman Utusan

SHAH ALAM, 26 Jan : Tindakan menyaman akhbar Utusan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM 50 juta disifatkan sebagai tindakan yang tepat bagi mempertahankan maruahnya yang sering diperkotak-katikkan di dada akhbar terbabit, menurut Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim turut menyatakan media milik Umno itu sering memainkan isu-isu yang bersifat fitnah dan jauh dari landasan fakta.

“Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman dilihat sebagai tindakan peribadi beliau mempertahankan maruah dirinya yang telah dirosakkan dan diaibkan sebegitu rupa.

“Dan kebanyakan laporan yang disiarkan di media seperti Utusan lebih berbentuk fitnah dan di luar batas-batas yang sepatutnya di patuhi oleh mereka,” ujar Tuan Ibrahim yang ditemubual melalui panggilan telefon.

Lantas tindakan saman ini diharap dapat memberi pengajaran kepada seluruh media untuk bertindak lebih profesional dan matang menyampaikan maklumat.

Ujar beliau, tindakan berterusan media pro-BN yang berterusan menyerang Anwar dilihat sebagai strategi mencalar imej Ketua Pembangkang serta mengekang kemaraan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat.

“Di samping keupayaan menyatupadukan parti-parti pembangkang di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilihat sebagai seorang pemimpin yang dilihat rakyat sebagai pemimpin yang mampu menerajui kerajaan pakatan.

“Itulah yang dibimbangkan oleh kerajaan sekarang kerana walaupun dihina dan difitnah dengan hebat, rakyat terus menzahirkan sokongan kepada Anwar. Inilah karisma yang terdapat pada beliau,” jawab Tuan Ibrahim.

Katanya segala tohmahan dan fitnah aib yang dipalitkan kepada Anwar perlu dihentikan dan berharap agar semua pihak dapat berpolitik secara matang.

“Diharapkan semua pihak dapat menghentikan serangan peribadi terhadap beliau kerana bagi saya beliau juga manusia biasa yang memerlukan ruang kehidupan yang tenang bersama keluarganya.

“Dan sudah sampai masanya untuk kita berpolitik secara matang. Marilah sama-sama kita fikirkan masa hadapan negara dari sudut ekonomi, sosial dan politiknya supaya tidak bersifat remeh-temeh yang tidak membawa sebarang manfaat kepada negara,” ujar Tuan Ibrahim.