Categories
EKONOMI NASIONAL

Pelaburan di AS risiko penyusutan nilai ringgit

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji semua risiko sedalam-dalamnya sebelum melabur berbilion ringgit ke Amerika Syarikat (AS) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah, berkata hal ini berikutan langkah melabur di AS mampu memberi tekanan kepada nilai ringgit dan sekaligus berhadapan risiko kejatuhan nilai.

“Sudah pasti bila kita labur di luar kita perlu jual ringgit dan beli matawang asing. Dalam kes ini kita beli dolar AS dalam jumlah yang besar dan ini sudah tentu akan menyusutkan nilai ringgit.

“Pulangannya pula kita masih tidak pasti kerana Perdana Menteri tidak umumkan perincian pelaburan yang akan dibuat di AS tetapi yang diumumkan hanyalah pembelian kapal terbang yang sudah tentunya akan menguntungkan AS sahaja,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini.

NAJIB TRUMPJelasnya, keputusan membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners yang dianggarkan bernilai RM10 bilion dalam masa terdekat tambah membimbangkan apabila sebelum ini wujud kebarangkalian berlakunya pembelian aset dengan pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga sebenar.

Antara isu pembelian aset negara paling hangat diperdebatkan sebelum ini melibatkan aset pertahanan negara iaitu kapal selam Scorpene beberapa tahun lalu.

Katanya, pembelian aset pada harga yang tinggi berbanding harga sebenar merupakan salah satu tanda wujudnya aktiviti korupsi dalam sesuatu urusniaga.

Sebelum ini Najib selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump mengumumkan Malaysia akan membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners bernilai AS$10 bilion, pelaburan bernilai AS$4 bilion Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam infratsruktur AS dan meningkatkan pelaburan Khazanah Nasional di Silicon Valley, California di mana lebih banyak membantu AS berbanding memberi manfaat kepada Malaysia.

=EZY=

Categories
GLOBAL NASIONAL

AS beri amaran, masuk ruang udara Korea Utara

WASHINGTON, 24 SEPT: Pesawat pengebom dan penggempur Amerika Syarikat (AS) terbang melalui pantai Korea Utara, semalam sebagai bantahan terhadap program senjata nuklearnya.

Keadaan itu sekali gus memburukkan lagi hubungan kedua negara yang sedia tegang.

Terdahulu, menteri luar itu mengecam Donald Trump sebagai pemimpin ‘berpenyakit mental’ di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), manakala presiden AS membalas dengan ancaman baru di Twitter.

Pesawat pengebom AS pernah melakukan penerbangan serupa sebelum ini, ketika AS dan masyarakat antarabangsa berjuang mengekang program senjata Korea Utara.

Pentagon menegaskan ini adalah penerbangan di Zon Bebas Ketenteraan (DMZ) yang paling jauh ke utara pernah dilakukan mana-mana pesawat pejuang atau pengebom AS dari pantai Korea Utara, pada abad ini.

“Misi ini adalah gambaran kesungguhan dan mesej jelas AS, bahawa presidennya memiliki banyak pilihan ketenteraan untuk mematahkan sebarang ancaman,” kata jurucakap Pentagon, Dana White.

*Sumber: AFP dan BHOnline

Categories
GLOBAL

‘Serangan Sonik’: AS cadang tutup pejabat kedutaan di Cuba

HAVANA 19 SEPT: Amerika Syarikat (AS) bercadang untuk menutup pejabat kedutaan di Cuba selepas kakitangannya dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang didakwa oleh Washington sebagai ‘serangan sonik’.

Setiausaha Negara, Rex Til­lerson berkata, keputusan sama ada untuk menutup kedutaan itu di sini sedang ‘dinilai’, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Lebih 20 kakitangan pejabat kedutaan itu mengalami masalah kesihatan antaranya gangguan otak, hilang pendengaran, pening kepala dan loya.

Para pegawai AS percaya terdapat peralatan yang digunakan untuk menjejaskan kesihatan mereka namun Cuba menafikan sebarang penglibatan dalam isu itu.

Sonic Attack2Sekurang-kurangnya dua warga Kanada turut mengalami gejala yang sama.

“Ini merupakan isu serius yang menjejaskan beberapa individu,” katanya kepada CBS.

Walaupun siasatan telah dilakukan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Polis Royal Canadian Mounted dan pihak berkuasa Cuba, tetapi masih belum ada penjelasan lengkap punca insiden yang tercetus sejak hujung tahun lalu.

Presiden Cuba, Raul Castro dilaporkan secara peribadi memberi jaminan kepada pihak Kedutaan AS bahawa Cuba tidak terlibat dalam serangan tersebut.

AS membuka semula kedutaannya di sini pada tahun 2015 selepas membekukan hubungan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Pada tahun lalu, bekas Presiden AS, Barack Obama menjadi Presiden AS pertama melawat negara ini selepas lawatan bekas Presiden Calvin Coolidge pada tahun 1928.

=EZY=

Categories
EKONOMI SELANGOR

MB: Selangor bawa masuk pelaburan, bukan bawa wang keluar

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 SEPT: Selangor mengalami pembangunan dengan pertumbuhan ekonomi pesat dan menjadi tumpuan pelabur tempatan serta antarabangsa.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkembangan itu membuktikan Selangor mencapai kemajuan membanggakan serta menghasilkan pelaburan tinggi di negeri itu.

“Ini bezanya Selangor dengan satu kerajaan yang lain di mana di Selangor, pelabur datang ke Selangor.

“Ada sebuah kerajaan, dia bawa wang negara ke Amerika Syarikat, faham atau tidak?” soalnya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Kelulusan Pemberimilikan Tanah (Notis 5A) Kampung Melayu Subang Tambahan di sini, semalam.

ekonomi-selangor-1Kenyataan dibuat itu merujuk lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Amerika Syarikat dan bertemu Presiden, Donald Trump, di mana antara perbincangan menyentuh pelaburan Malaysia bernilai hampir RM100 bilion melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad (KNB).

Dato’ Menteri Besar berkata, sepatutnya wang simpanan pekerja di dalam KWSP memberi jaminan terhadap masa depan golongan itu ketika bersara.

MOU IKEABeliau berkata, ia berbeza dengan situasi di Selangor apabila lawatannya ke Zurich, Switzerland, dua minggu lalu menarik minat syarikat IKEA untuk melabur RM1 bilion di Pulau Indah, Klang.

“IKEA membuat keputusan membina pusat pengagihan untuk Asia Pasifik dan pembangunan ini adalah ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan Jerman.

“Pelabur Amerika Syarikat juga memaklumkan akan meletakkan pelaburan besar di Selangor dan ia akan kita umunkan nanti,” katanya.

=EZY=

Categories
NASIONAL

“Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS”

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 13 SEPT: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd meningkatkan pelaburan di Amerika Syarikat menerima kritikan di media sosial.

Menurut Najib, KWSP saja dijangka melabur antara AS$3 bilion (RM12.57 bilion) hingga AS$4 bilion (RM16.76 bilion) di negara berkenaan.

“Kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.

“Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS,” kata Najib semasa pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden AS, Donald Trump.

BantuKetua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata mempersoalkan mengapa Malaysia ingin memperkukuhkan ekonomi Amerika.

“Apakah impak kita jika ada pun dalam perkara ini? Pada masa yang sama adalah aneh untuk kita melabur dalam infrastruktur Amerika tetapi meminta pelaburan untuk projek di negara kita sendiri daripada China,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan media.

Berikut adalah beberapa kritikan dimuat naik di media sosial Twitter:

Mahfuz Omar‏: Nak bantu Trump kukuh eknomi US.hebat. nak urus ekonomi Malaysia pun ambik duit rakayt guna GST. Ini nak bantu US pulak.Maharaja lawak 2017

Nurul Izzah Anwar: Tahniah Najib Razak, RM 42 Bilion untuk membeli kapal terbang dan RM 18 Bilion pelaburan di Amerika Syarikat. Oh mana peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia?

Mukhriz Mahathir‏: Nak bina ECRL, pinjam RM55bilion. Rakyat tanggung melalui GST. Ni nak beli pesawat RM42bil & suruh KWSP labur saham di AS lagi!

Nurul Nazirah: Sedih denham PM Sekarang.Trump Bukan Bodoh. Adakah Melabur Dekat AA Sana Bantu Ekonomi Kita. Habislah KWSP.

eatimeMY‏: NEGARAKU mahu perkukuh ekonomi AMERIKA. Tapi pakai duit KWSP aku jugak. Jom tuntut 15% Bonus + Dividen.

PENGHASUT RAKYAT‏: Menambah pelaburan KWSP kedalam pelaburan di Amerika yang tidak di ketahui urusniaganya hanya akan mendatangkan risiko kerugian mendatang.

Hazlan Jamaludin: Subsidi rakyat kau tarik ,lagi kau guna ayat nak Bantu perkukuhkan ekonomi America ,duit siapa kau pakai beli pesawat Boeing Kali ni.

https://selangorkini.my/2017/09/pertemuan-najib-trump-pelik-misteri-mengejutkan-kenapa/

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, delegasi Malaysia mempunyai tiga cadangan khusus.

Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli Malaysia Airlines Bhd (MAB).

“Kami komited membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.

KWSP“Dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga berkenaan akan bernilai melebihi AS$10 bilion (RM41.9 bilion),” katanya.

Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling menguntungkan bagi syarikat penerbangan itu, menawarkan kos tempat duduk paling rendah, manakala 787 Dreamliner adalah pesawat enjin berkembar dengan kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.

Perdana Menteri kemudian menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporation bagi pembelian pesawat serta membuka kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di Sepang bernilai AS$3.9 bilion (RM16.34 bilion).

Najib berkata, kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.

“Kedua, kami memiliki KWSP, yang juga dana pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir US$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan berhasrat melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan sudah melabur kira-kira AS$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya.

=EZY=

Categories
GLOBAL

16 tahun pasca serangan 11 September 2001, sudah amankah dunia?

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

ANALISIS GLOBAL: Serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat memasuki ulang tahunnya yang ke-16. Sejak tarikh itu geopolitik dunia berubah dalam apa yang dikatakan peperangan memerangi keganasan. Namun kisah tentang terorisme masih belum tamat sehingga kini.

Fakta dan realitinya mangsa yang menjadi korban pasca 11 September 2001mengatasi jumlah mangsa dan korban dalam serangan terhadap World Trade Center (WTC) dan Pentagon.

Dua negara Asia Barat iaitu Iraq dan Afghanistan musnah menjadi padang jarak terkukur dan penuh dengan konflik sehingga kini dengan angka korban terus meningkat dan menjadi pelarian di serata dunia.

Ekonomi dan sosial negara itu musnah dan belum menampakkan tanda pemulihan sehingga kini. Malahan kini negara itu memasuki kancah konflik peperangan baru yang tidak tahu bila kesudahannya.

11 SEPTDi Afghanistan sahaja angka korban perang sejak 2001 adalah melebihi 26,270 mangsa. Statistik terkini dikeluarkan untuk enam bulan pertama 2017 menunjukkan seramai 1,662 terbunuh dan 3,500 cedera dalam siri konflik bersenjata di negara Afghanistan.

Selama 16 tahun juga Tentera Amerika Syarikat menjarah bumi Afghanistan atas nama perang memerangi keganasan. Namun sehingga kini masih belum menampakkan kejayaan sebenarnya apabila Presiden AS Donald Trump menambah jumlah tenteranya ke negara itu.

Menurut pengkaji di Universiti Harvard jumlah kos ditanggung Amerika Syarikat dalam operasi ketenteraan “operation enduring freedom” di Afghanistan sahaja melehihi USD 6 trilion.

as-di-afganistan-02-768x515Manakala di Iraq satu kajian yang diterbitkan pada 2011, menganggarkan kira-kira 500,000 rakyat Iraq menjadi korban akibat konflik sejak pencerobohan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya.

Jumlah kematian yang dilaporkan di akhbar-akhbar yang disusun oleh projek-projek seperti Iraq Body Count mendapati 174,000 penduduk Iraq dilaporkan terbunuh antara tahun 2003 dan 2013.

Jumlah itu dengan antara 112,000-123,000 orang yang terbunuh yang bukan anggota kontraktor awam. Dikemaskini anggaran dari Iraq Body Count Iraq yang dianggarkan 173,766 – 194,058 kematian awam dari 2003-2017.

Fakta dinyatakan menjadi bukti peperangan pencerobohan atas nama memerangi keganasan gagal membawa keamanan dunia malahan mangsa konflik terus meningkat.

afghan_anp_ana_deaths11 September kini dikenali sebagai “Hari Patriot” di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai Hari Kebangsaan Perkhidmatan dan Peringatan para korban serangan 9/11.

Adalah wajar dunia juga perlu mengingati mangsa disebabkan perang dilancarkan Amerika Syarikat terhadap dua dunia negara Islam itu serta atas nama perang memerangi keganasan di serata dunia yang menyasarkan masyarakat awam.

Sebagai masyarakat dunia, keadilan dan keamanan perlu ditegakkan di mana jua. Kita perlu menolak dasar dan polisi apa jua bentuk keganasan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja hatta negara kuasa besar dunia.

Kita tidak mahu 11 September hanya diingati serangan terhadap Amerika Syarikat seperti dipropagandakan media mereka. Kita mahu 11 September dunia mengingati keganasan tidak membawa keamanan dan kasih sayang. Ia hanya menyemarak dendam dan konflik berpanjangan.

Categories
GLOBAL

Penduduk AS dan sekitar siap sedia hadapi Taufan Irma selaju 300km/jam

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 6 SEPT: Ketika warga Floridia menyerbu pasar raya membeli keperluan serta air botol dan mengisi pam gas, warga di timur laut Caribbean membuat persiapan minit terakhir sebelum Taufan Irma membadai pulau mereka.

Agensi Berita Antarabangsa CNN melaporkan pada lewat Selasa, Taufan Irma diletakkan pada ketegori 5 apabila menghampiri pulau seperti Antigua dan Barbuda dengan kelajuan angin sehingga hampir 300 kilometer sejam.

Dalam jam 11 pagi Penasihat Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat pberkata mata taufan itu 50 batu dari kedua pulau itu dengan pusat ribut bergerak ke barat-barat laut pada 25 km/jam.

IRMA BADAITrek ramalan laluan Taufan Irma kini berhampiran atau lebih dari Antigua dan Barbuda, St Kitts dan Nevis, dan Anguilla pada awal Rabu, dan British dan US Virgin Islands dan Puerto Rico pada petang Rabu.

Republik Dominican mengeluarkan amaran badai itu pada Selasa malam termasuk bandar-bandar pesisir dari Cabo Engaño ke sempadan utara dengan Haiti.

Ribut kategori empat mengikut skala Saffir Simpson, mampu menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan dan infrastruktur, termasuk menerbangkan atap, memecahkan tingkap dan membunuh manusia.

Kekuatan pada kategori empat merupakan tahap maksimum yang dimiliki oleh Taufan Harvey yang menyebabkan kemusnahan yang dahsyat kepada sebahagian Texas dan Louisiana.

DI_X1GDXoAAVdFWDalam perkembangan sama, Puerto Rico telah mengeluarkan perintah darurat dan mengerahkan Pengawal Kebangsaan semalam.

Malahan, mereka juga mengaktifkan pembekuan harga terhadap barangan keperluan seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, penjana kuasa serta bateri bagi membantu persediaan penduduk tempatan.

Sementara itu, Gabenor Florida, Rick Scott di laman Twitter memberitahu, beliau telah berbincang dengan Presiden Donald Trump dan kerajaan AS bersedia menyalurkan bantuan kepada rakyat negeri itu dalam menghadapi taufan Irma.

NHC memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk meramalkan laluan sebenar taufan tersebut dan apa kesannya terhadap AS, tetapi menegaskan beberapa kawasan bakal terjejas menje­lang akhir minggu ini.

DI_WEr9XYAAACIZ

 

DI_hipMWAAAniJO

=EZY=

Categories
GLOBAL

Korea Utara mampu lancar serangan nuklear terhadap AS dan Eropah

GLOBAL 2 SEPT: Korea Utara mampu melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika Syarikat dan Eropah hanya dalam tempoh beberapa bulan, kata Rusia dan Perancis.

Presiden Russia, Vladimir Putin menyuarakan secara keras Semenanjung Korea kini di ambang satu konflik yang amat besar.

“Masalah di rantau ini hanya mampu diatasi menerusi dialog secara terus di antara semua pihak terbabit, tanpa memberikan apa-apa prasyarat,” kata beliau dalam satu kenyataan Kremlin, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Putin memberi amaran bahawa ancaman, tekanan dan penghinaan serta retorik ketenteraan adalah petanda meniti ke arah jalan maut.

Beliau juga menggesa semua pihak terbabit menandatangani program pengantara dilakar oleh Moscow dan Beijing.

northkoreamapSementara itu, Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian memberi hujah bahawa siri ujian peluru berpandu yang kerap dilancarkan rejim Pyongyang, baru-baru ini adalah petanda sesuatu yang serius bakal berlaku.

Katanya, sesi dialog khusus untuk meredakan ketegangan timbul perlu diadakan segera bagi mengelakkan sebarang perkara lebih buruk berlaku.

“Kami melihat Korea Utara berkemampuan untuk menggerakkan senjata nuklear mereka pada kadar segera.

“Dalam masa beberapa bulan, ia akan menjadi satu kenyataan. Ketika itu apabila ia mampu menyerang AS, Eropah dan Jepun serta China, keadaan akan menjadi tidak terkawal,” katanya dalam wawancara bersama radio RTL.

=EZY=

Categories
GLOBAL

AS rugi RM179 bilion kemusnahan taufan Harvey

WASHINGTON 30 OGOS: Amerika Syarikat mengalami kemusnahan teruk disebabkan Taufan Harvey menjadikan ia antara lima bencana alam paling merugikan dengan kegagalan empangan dan tambak mengukuhkan ramalan kerugian.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan anggaran kerugian dan kemusnahan ekonomi keseluruhan mencecah AS$42 bilion (RM179 bilion) daripada AS$30 bilion (RM128 bilion), apabila banjir mula merebak ke Louisiana dan tidak dapat dikawal.

Anggara dibuat oleh firma pengasas model bencana, Enki Research, Chuck Watson.

Ketika pihak berkuasa masih memberi tumpuan kepada menyelamatkan mangsa, persoalan mengenai keadaan selepas ribut itu dan jangkaan ia akan membadai Texas serta ekonomi AS dalam jangka panjang baru dinilai.

Harvey2Penyelidikan terkini menunjukkan bencana alam boleh menyebabkan kemiskinan di kawasan pernah mengalaminya.

“Jika Harvey sekadar taufan biasa, ia menyebabkan kerugian AS$4 bilion (RM17 bilion).

“Ia memang tragik kepada penduduk yang terjejas tetapi kesan kepada makroekonomi lebih teruk,” kata Watson.

Bagaimanapun, jumlah kerugian masih jauh berbanding kemusnahan disebabkan Taufan Katrina iaitu AS$118 bilion (RM503 bilion).

Harvey1

=EZY=

Categories
GLOBAL

Taufan Harvey selaju 210km/sejam landa Amerika

GLOBAL 26 OGOS: Amaran bahaya Taufan Harvey ditingkatkan kepada kategori empat dan kelajuan dijangka kira-kira 210 kilometer sejam ketika mana berjuta-juta penduduk di dua negeri Amerika Syarikat (AS) iaitu Texas dan Louisiana bersiap sedia menanti kehadiran taufan itu.

Taufan Harvey dijangka menjadi taufan paling dahsyat melanda tanah besar AS dalam tempoh 12 tahun, lapor Agensi Berita Antarabangsa CNN.

Pusat Taufan Nasional (NHC) AS, mengeluarkan amaran bahawa Harvey ‘menambah kelajuan angin dengan pantas’ dan berpotensi ‘mengancam nyawa serta mengakibatkan banjir besar’ ketika ia menuju ke sebuah kawasan memproses minyak kira-kira tujuh juta tong sehari.

Pusat taufan dijangka tiba ke daratan pada awal Sabtu), dengan tiupan angin kencang tiba seawal jam 8 pagi waktu tempatan hari ini, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

ap_17237457355864-d2ddb749f89016e3f633504e96b2e635963fdf6e-s1400-c85Menurut NHC, taufan kategori 1 itu dijangka melanda daratan pada kekuatan kategori 3, dengan kelajuan angin 209 kilometer sejam.

Jika jangkaan tersebut benar, Harvey akan menjadi

“Bagi sesiapa yang belum lagi meninggalkan rumah, sila segera berbuat demikian,” isy­tihar bandar raya Portland, Texas dalam laman sesawangnya.

Taufan berkenaan menga­n­cam satu per­tiga kapasiti pe­na­pisan minyak AS, sekali gus memaksa beberapa syarikat tenaga mengambil langkah berjaga-jaga dan memindahkan kakitangannya dari pelantar minyak dan gas.

Sebuah pelantar cari gali mi­nyak di Teluk Mexico dikosongkan semalam, begitu juga dengan 39 pelantar pengeluaran minyak dan gas asli, menurut Biro Kese­lamatan dan Penguatkuasaan Alam Sekitar.

Menurut biro itu lagi, tindakan pengosongan tersebut mewakili kira-kira 9.5 peratus pengeluaran minyak dan 14.7 peratus pengeluaran gas asli di Teluk Mexico.

=EZY=

Categories
GLOBAL

AS: Kemalangan kapal perang tak jejas operasi di Laut China Selatan

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Kemalangan di laut rantau Asia Pasifik melibatkan kapal tentera Amerika Syarikat tidak mengganggu pergerakan “kebebasan navigasi” di Laut China Selatan, kata komander angkatan tentera udara AS di Pasifik.

Kapal USS John S McCain bertembung dengan sebuah kapal dagang berhampiran Singapura minggu ini, kemalangan keempat terbesar membabitkan angkatan laut AS tahun ini.

Ekoran itu membawa kepada siasatan meluas dan rancangan untuk menghentikan operasi buat sementara agar dapat menumpukan kepada keselamatan, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Kapal peluru berpandu pemusnah itu berlayar dalam lingkungan 12 batu nautika dari pulau buatan China di Laut China Selatan awal bulan ini, sebahagian daripada operasi kebebasan navigasi untuk melawan usaha China menguasai perairan itu, menurut AS.

Jeneral Terrence J O’Shaughnessy, yang berkunjung ke Malaysia dan negara lain di rantau ini minggu ini berkata kemalangan USS John S McCain tidak mengurangkan kebolehan ketenteraan yang AS ketengahkan di rantau ini.

“Kemalangan itu tidak menjejaskan operasi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

“Kita akan berlayar dan terbang ke mana sahaja yang dibolehkan undang-undang antarabangsa.”

China tersinggung dengan operasi kebebasan navigasi AS berhampiran pulau yang dikuasai China, di mana China sedang menebus guna tanah, membina pangkalan udara dan meningkatkan kehadiran tenteranya.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Korea Utara lancar ujian peluru berpandu lagi

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SEOUL 26 OGOS: Korea Utara dilaporkan melancarkan tiga roket dipercayai jenis jarak dekat di luar pantai timur negara itu menurut sumber ketenteraan Amerika Syarikat.

Agensi Berita Korea Selatan YONHAP NEWS melaporkan pejabat Ketua Turus Staf Korea Selatan berkata, ia menganalisis sifat roket itu, namun enggan mengesahkan sama ada ia adalah peluru berpandu balistik.

Agensi berita berkenaan melaporkan, ia mungkin peluru berpandu balistik, tanpa menyatakan sumber maklumat.

Dilaporkan peluru berpandu itu terbang sejauh 250 kilometer sebelum jatuh di Laut Jepun.

Perkembangan terbaru itu turut meningkatkan ketegangan konflik di rantau Korea ekoran beberapa ujian pelancaran peluru berpandu Korea Utara sebelum ini.

Korea Utara juga memberikan ancaman untuk menyerang Guam wilayah Amerika Syarikat dengan serangan peluru berpandu jarak jauh yang turut menerima respon kritikan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

=EZY=