Categories
KENYATAAN MEDIA

Sampai bila Najib mahu ‘bodohkan’ orang kampung?

OLEH TAN KAR HING

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapannya pada Dialog eUsahawan TN50 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini menyatakan Kerajaan Persekutuan tidak bercadang memberi subsidi pembangunan internet berkelajuan tinggi di luar bandar.

Dikatakan kawasan di luar bandar tidak mempunyai permintaan tinggi dan tidak wajar sekiranya wang rakyat diambil dan digunakan untuk memberi subsidi.

Perkara ini amat mengecewakan dan saya berpendapat bahawa alasan Najib itu tidak masuk akal kerana dilihat sengaja tidak mahu memberikan penduduk kampung akses kepada internet.

Semua penduduk sewajarnya mendapat kemudahan tambahan supaya mereka juga tahu perkembangan semasa dan keadaan sebenar yang berlaku di dalam negara.

Selain itu, anggapan penduduk luar bandar tidak mampu melanggan perkhidmatan internet perlu ditolak jauh memandangkan mereka perlu berkongsi kemudahan terbabit yang mampu melonjak kekuatan ekonomi di desa.

Saya beranggapan bahawa Najib sendiri tahu internet merupakan medium paling berkesan menyampaikan dan menyebarkan maklumat, jadi beliau takut sekiranya orang kampung mengetahui keadaan sebenar melalui pelbagai sumber yang boleh diperolehi daripada internet seperti blog, portal berita dan media sosial yang melaporkan perkara sebenar tanpa ditapis.

Jangan beranggapan tiada penembusan internet di luar bandar oleh kerana penduduk sendiri yang tidak mahukannya kerana memperkenalkan internet kepada mereka sedikit sebanyak akan menimbulkan keinginan untuk menggunakannya.

Kebimbangan Umno BN dapat dilihat apabila sokongan luar bandar akan beralih arah sekiranya mereka mempunyai akses kepada internet.

Sampai bila Najib Razak ingin memperbodohkan rakyat? Semua rakyat tidak kira di bandar atau desa berhak mempunyai jaringan internet yang sama rata.

* Tan Kar Hing adalah ADUN Simpang Pulai (KEADILAN)

Categories
GLOBAL

Afrika rugi RM1 bilion kerana tutup Internet

JOHANNESBURG 30 SEPT: Kerajaan di sub-Sahara Afrika menanggung kerugian kira-kira AS$237 juta (RM1 bilion) sejak 2015, susulan tindakan mereka menutup perkhidmatan Internet.

Menurut laporan kajian, sekurang-kurangnya 12 negara menutup operasi Internet, terutama sebelum pilihan raya atau ketika berlakunya bantahan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Antaranya, langkah Togo menggantung khidmat rangkaian Internet mudah alih sewaktu demonstrasi yang dijalankan oleh pihak pembangkang.

“Gangguan Internet, walaupun hanya bagi tempoh jangka pendek tetap menjejaskan ekonomi, mengganggu perkhidmatan kritikal, merosakkan keyakinan pelanggan dan mendedahkan negara kepada risiko,” menurut laporan itu.

Laporan itu dikeluarkan oleh Kerjasama Antarabangsa Dasar Teknologi, Komunikasi dan Maklumat bagi Timur dan Selatan Afrika (CIPESA).

Laporan oleh CIPESA itu dikeluarkan dalam persidangan kebebasan Internet di Johannesburg.

“Kerajaan Afrika harus berhenti daripada mengeluarkan arahan untuk menutup kemudahan Internet kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada kebajikan dan kehidupan rakyat,” kata laporan itu.

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

Sampai bila internet di Malaysia mahal dan lembab?

Saya ambil maklum dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai insentif WiFi percuma sehingga hujung tahun ini yang ditawarkan di lebih 5800 lokasi hotspot di seluruh negara.

Bayaran kemudahan WiFi ini akan dikenakan semula pada tahun depan (2018) pada kadar yang lebih rendah.

1. Saya dan semua rakyat Malaysia berasa begitu teruja dan ingin mengetahui senarai tempat 5800 hotspot yang ditawarkan itu.

Untuk sekian lama, rata-rata penduduk di negara ini menggunakan internet persendirian (mobile data) untuk melayari peranti dengan caj antara yang termahal di Asia Tenggara serta kelajuan muatnaik turun yang amat perlahan dan tidak stabil.

2. Meskipun konsep WiFi percuma ini direalisasikan, ianya tidak akan dapat menyelesaikan masalah pokok hal internet nasional, di mana perkhidmatan ini telah dimonopoli sejak sekian lama dan menyebabkan perkhidmatan ini tidak berdaya saing (kompetititf).

Tan Kar HingPerkara seumpama ini telah menyebabkan masalah kos pengguna dan kelajuan masih lagi menjadi masalah utama. Jika perkara ini masih berulang, perkembangan teknologi baharu seperti sistem peperiksaan atas talian dan transaksi kewangan tidak dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia.

3. Perkembangan teknologi di Malaysia yang pesat menunjukkan masyarakat di negara ini telah menuju ke arah gaya hidup digital.

Rakyat menggunakan internet untuk melayari media sosial, menonton video, bermain permainan dalam talian, aplikasi berasaskan lokasi, enjin pencari dan perbankan internet.

Perkembangan yang sihat ini boleh diaplikasikan dengan melengkapkan sekolah-sekolah awam di negara ini dengan akses internet yang lebih laju dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) seperti di negara-negara maju yang lain.

Saya berharap Najib Razak dapat memahami rakyat di negara ini yang mahukan penyelesaian yang dapat memberi impak jangka masa yang panjang.

YB Tan Kar Hing
ADUN Simpang Pulai
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Categories
SELANGOR

Internet percuma, langkah merakyatkan pendidikan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 NOV: Langkah Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan WiFI Selangorku secara percuma dengan kawasan lebih menyeluruh mendapat sanjungan rakyat yang menganggap ia manfaat terbaik kepada masyarakat khususnya generasi muda.

Perkhidmatan itu juga membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri melahirkan masyarakat berilmu di Selangor.

Bajet MS8Ahli Perniagaan, Mohd Termizi Abu Bakar, 51, berkata internet memang kemudahan diinginkan semua lapisan masyarakat ketika ini di bandar dan luar bandar, bahkan langkah meningkatkan aksesnya bersesuaian dengan kehendak semasa.

“Mungkin kemudahan sebelum ini diberikan tidak cukup maka tindakan dibuat ini bagus untuk manfaat semua rakyat. Saya sokong dan puji langkah ini dan berharap ia bukan gimik,” katanya kepada Selengor Kini, di sini, hari ini.

Begitu juga pengusaha kafeteria, Siti Rawan Baharom, 54, yang menganggap kemudahan diberi akan memberi peluang golongan muda mendapat pendidikan sempurna dan menuntut ilmu dengan meluas.

sitirawan02Katanya, hal itu juga akan mengurangkan budaya lepak di kalangan orang ramai kerana kemudahan itu boleh diperoleh di merata tempat termasuk di rumah sendiri.

“Jadi, mungkin akan kurang orang yang duduk lama di restoran atau kedai makan bila internet mudah diakses. Saya yakin tindakan Kerajaan Negeri bagus dan relevan,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015 berjumlah RM2.422 bilion dibuat Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali antara lain adalah Kerajaan Negeri sebelum ini menyediakan perkhidmatan WiFi Selangorku secara percuma, namun prestasinya hanya meliputi 112 hotspots sahaja iaitu dua hotspots bagi setiap DUN dengan membayar sewaan bulanan RM1,000 setiap hotspots.

Dengan bilangan itu, katanya, masih belum boleh mengisytiharkan Selangor sebagai negeri yang memberi perkhidmatan WiFi percuma kepada rakyat.

azmin“Menyedari kelemahan ini, maka Kerajaan Negeri akan mencari jalan mengupayakan akses rakyat kepada internet. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pihak pemberi perkhidmatan telekomunikasi untuk menyediakan secara percuma sekurang-kurangnya 2,500 hotspots yang berkelajuan 1 Mbps (megabits setiap saat) dengan lingkungan perkhidmatan seluas 100 meter.

“Lokasi 2,500 hotspots ini akan diletakkan di tempat tumpuan awam di kawasan luar bandar dan lokasi yang tidak mempunyai kemudahan internet. Dengan terlaksananya program ini, maka penggunaan ekonomi digital dapat dipertingkatkan dan membuka peluang untuk usahawan lebih berjaya dan meningkatkan taraf kehidupan masing–masing.

“Dengan pola pemasaran terkini, penggunaan internet dijangka mencecah 25 juta menjelang tahun 2015. Kerajaan Negeri komited untuk mempersiapkan usahawan di Selangor untuk merebut peluang perniagaan. Oleh yang sedemikian, Kerajaan Negeri akan memberi fokus kepada program pembangunan usahawan digital termasuk melalui kerjasama bersepadu dengan anak syarikat sedia ada,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pecah monopoli perkhidmatan internet untuk lebih berdaya saing

SHAH ALAM 6 NOV: Mutu perkhidmatan internet hanya dapat dipertingkatkan jika Kerajaan Pusat bersedia memecahkan monopoli perkhidmatan itu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, amalan monopoli mengakibatkan harga internet dan jalur lebar di negara ini terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan ditawarkan.

Okla internetKatanya, kerajaan patut membuka lebih ruang agar ada persaingan di kalangan penyedia perkhidmatan.

“Ini bukan sahaja menjadikan harga perkhidmatan lebih rendah tetapi ia turut meningkatkan mutu perkhidmatan kerana wujudnya persaingan,” kata Fahmi dipetik Keadilan Daily.

Katanya, Kerajaan Pusat perlu melakukan sesuatu kerana dengan memperbaiki mutu perkhidmatan dan kosnya, bakal memberi manfaat besar kepada rakyat.

“Bagaimana kita mahu menjadi negara maju jika mutu perkhidmatan instrument penting ini berada di tahap terkebelakang,” katanya.

Satu laporan kaji selidik atas talian oleh Ookla Net Index sebelum ini turut meletakkan Malaysia di tangga ke-126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia.

Malah lebih teruk, mutu perkhidmatan internet di negara ini ketinggalan di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Tapis internet tindakan anti demokratik & kuku besi

SHAH ALAM 2 OGOS: Cadangan untuk menapis Internet oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menunjukkan ia adalah tindakan anti demokratik, kuku besi dan diktator yang wajib diprotes oleh semua pihak.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata tindakan itu bagi menyekat segala maklumat disampaikan kepada rakyat, terutama menerusi internet.

internet4Katanya ia adalah satu lagi langkah dan strategi Umno BN untuk mempastikan kedudukan mereka kekal sebagai pemerintah.

“Kita sekarang berada dalam keadaan di mana negara subur segala maklumatnya melalui internet, jadi wajarkah untuk mengambil tindakan dengan menyekat internet di negara ini?” soalnya dipetik Keadilan Daily.

Semalam, Mahathir dilapor berkata sudah tiba masanya kerajaan menapis internet serta menggesa semua pihak berhenti bercakap mengenai kebebasan akhbar kerana jelasnya kebebasan itu sentiasa terdedah kepada salah guna.

“Sekatan itu tidak boleh dibuat kepada perkara-perkara yang berkisar kepada kepentingan rakyat dan hal ehwal umum. Rakyat berhak memperoleh fakta dan maklumat yang tepat,” katanya lagi.

Katanya lagi, Mahathir sendiri melanggar apabila memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) apabila memberi jaminan tidak akan ada sebarang sekatan internet.

“Kalau benar apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir itu akan dilaksanakan, ini bermakna Tun Mahathir sendiri telah melanggar janji yang dibuat, beliau sendiri kata tidak akan mengenakan sebarang sekatan internet sewaktu MSC diperkenalkan,

“Selain itu, tindakan ini akan membuatkan negara kita selangkah tapak kebelakang kerana sekarang ini segala maklumat kini boleh diakses melalui internet dengan sangat pantas.

“Negara akan jadi mundur, begitu juga dengan pemikiran rakyat, akan banyak perkara yang mereka tidak akan tahu selepas ini hanya kerana internet telah disekat,” tambahnya lagi.

Categories
NASIONAL

Kelajuan jalur lebar Malaysia 3 kali lambat daripada Vietnam

SHAH ALAM 4 MEI: Berdasarkan kajian global terbaru, purata kelajuan jalur lebar di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Vietnam dan Kemboja di rantau ini dan melebih sedikit daripada Myanmar.

6lambatHampir tiga kali lebih perlahan daripada Vietnam di tangga 58 pada kelajuan 14.14 Megabit sesaat, Malaysia dengan kelajuan 5.48 Megabit sesaat (Mbps) menduduki tempat ke 126 daripada 192 negara yang dikaji dari Mei 2013 hingga April tahun ini.

Berada pada kedudukan teratas ialah Hong Kong dengan kelajuan 78.3 Mbps.

Okla vietnamSingapura berada di tempat kedua dengan 66.6 Mbps manakala Korea Selatan berada di kedudukan keempat (53.77Mbps ).

Berada di kedudukan ke-23 ialah United Kingdom (26.85Mbps) dan Amerika Syarikat di tangga ke-32 (23.9Mbps).

Kajian itu dijalankan oleh Ookla – ujian jalur lebar global dan rangkaian berasaskan web syarikat yang membandingkan kelajuan muat turun, memuat naik dan kualiti sambungan jalur lebar.

Okla lajuMengulas mengenai kajian itu, Pengerusi Jawatankuasa ICT dan multimedia Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Dr Neoh Vee Heng berkata anggotanya seramai 2,678 secara amnya mengambil berat tentang kelajuan rangakaian internet di negara ini termasuk kos capaian yang tinggi.

“Seorang ahli kita yang melabur dalam projek besar di Sepang bimbang tentang kelajuan jalur lebar 1Mbps di kawasan itu,” katanya.

Okla internetMenurutnya, FMM akan bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membincangkan bagaimana perkhidmatan jalur lebar dapat diperbaiki dan dalam masa yang sama kosnya dikurangkan.

Sementara itu Setiausaha Agung Persekutuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj berkata, sambungan internet yang perlahan adalah antara rungutan utama pengguna.

“Pengguna mendaftar untuk pakej mahal dan mengharapkan sambungan internet yang stabil dan cepat, namun syarikat-syarikat telekomunikasi gagal untuk memenuhinya,” katanya dipetik MStar Online.

Categories
SELANGOR

Pusat Siber Rakyat Reda Kebimbangan Ibu Bapa

Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 01

SHAH ALAM, 30 DIS: Kewujudan Pusat Siber Rakyat (PSR) diharapkan dapat meredakan kebimbangan ibu bapa yang selama ini terpaksa melepaskan anak mereka ke pusat siber semata-mata untuk mendapatkan akses internet.

Exco Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, kemudahan internet ini merupakan antara utiliti penting kehidupan masa kini selain air dan elektrik.

“Sekarang ini kemudahan selain dari air dan eletrik, talian internet ini juga akan dilebarluaskan di seluruh negeri.

“Jika dahulu kita berbangga memiliki komputer di rumah. Namun kini jika ada komputer tanpa internet ia tidak lengkap. Walaupun asas (internet) tapi kena bayar.

“Ada segelintir keluarga tidak mampu mengakses intertenet di rumah mereka. Selaku exco kita mahu mereka merasa kondusif dalam berikan latihan mengenai komputer,” katanya ketika merasmikan PSR Seksyen 19.

PSR Seksyen 19 yang telah beroperasi hampir enam bulan dirasmikan bertempat di Dewan Kempas Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) Seksyen 19B.

Dengan menempatkan 10 buah komputer untuk kegunaan pembelajaran, PSR beroperasi dari jam 3.00 petang sehingga 11.00 malam selain menempatkan guru mahir mengenai komputer melalui pembiayaan oleh Pejabat DUN Batu Tiga.

Sempena majlis pelancaran ini juga turut dibuka pendaftaran keahlian kelab PSR secara percuma yang menyaksikan Rodziah diberikan penghormatan menjadi ahli berdaftar pertama PSR.

Jelas Rodziah lagi, hampir 20 PSR telah diwujudkan di Selangor dan jumlah ini akan ditingkatkan dari semasa semasa.

Selain itu, beliau turut bercadang menempatkan beberapa kiosk komputer bagi memudahkan akses komputer kepada masyarakat selain bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Beliau menambah, sebagai komitmen menjadikan Selangor 100 peratus boleh mengakses internet kerajaan negeri telah menyediakan dana khusus berjumlah RM2.7 juta bagi menambah sebanyak 112 tiang pemancar jalur lebar dan perkara ini akan dilaksanakan tahun hadapan.

Katanya, satu pengumuman akan dibuat dan perkara ini dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Apakah kiranya kita banyakkan wifi percuma dari memberikan rebat RM200 pembelian telefon bimbit.

“Beli telefon siapa yang ingin membayar caj bulanan? Memperbanyakkan penyediaan akses internet percuma adalah lebih baik,” ujar beliau lagi.

Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 04 Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 05 Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 03 Rodziah Ismail Mugshot 01 Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 02