Categories
NASIONAL SELANGOR

Lebih 500 Pengundi Ragu Dikenalpasti di Klang

charles pengundi ragu SPR 01

KLANG 3 MEI : Seramai 571 pengundi ragu dari Sabah dikenal pasti didaftarkan di bawah kawasan Parlimen Klang.

Menurut penyandangnya, Charles Santiago, jumlah itu merupakan tertinggi di Selangor diikuti dengan 352 pengundi di kawasan parlimen Kota Raja dan 249 pengundi di Kuala Langat.

” Nama-nama itu dibentangkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

” Kebanyakkan nama-nama daripada pengundi itu adalah keturunan Bugis dan Sulu,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Parlimen Klang, di sini.

Charles menambah pihaknya akan memastikan mereka yang di dalam senarai itu tidak dibenarkan mengundi.

Sehubungan itu, Charles akan mengerahkan Agen tempat mengundi  untuk tidak membenarkan nama-nama yang diragui itu mengundi semasa hari mengundi.

” Kita akan hantar surat ke Suruhanjaya Piliharanraya (SPR) untuk meminta mereka ini tidak mengundi.

Difahamkan PACA (Agen tempat mengundi dan agen mengira undi) boleh membuat bantahan jika berlaku kes meragukan.

” Sebelum ini, ada kes dimana pengundi ini yang tinggal di Luar Negara didaftarkan tanpa pengetahuannya. Selepas saya berjumpa dengan Pengarah SPR negeri, Dzulkifli Ab Rahman beliau mengatakan bantahan boleh dibuat,” katanya.

Semalam,  Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mensahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung.

Bernama melaporkan, Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh ?rakan-rakan BN.?

Categories
NASIONAL SELANGOR

Projek IC PRU: Jangan Jadikan Selangor Seperti Sabah

azmizam luar pc 01

PELABUHAN KLANG, 28 APRIL: Kemunculan pendatang asing yang memiliki kad pengenalan biru di Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke -12 lalu berada di tahap membimbangkan.

Menurut Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri, sekiranya isu ini tidak ditangani segera, Selangor akan menghadapi masalah yang sama seperti dihadapi rakyat dan pasukan keselamatan di Sabah.

“Di Sabah masa isu pencerobohan Lahad Datu, pihak keselamatan tak dapat bezakan mana pendatang asing, mana warganegara sebab pendatang asing ini juga ada kad pengenalan biru.

“Sekarang di Selangor sudah mula menular sebab nak rampas Selangor.

“Saya menyeru supaya kita selamatkan Selangor jangan jadi seperti Sabah gara-gara Umno-BN nak mengekalkan kuasa mereka,” kata Azmizam dalam satu program ceramah di Taman Telok Gadong.

Azmizam berkata, beliau sendiri bertemu dengan empat warga Myanmar yang mendapat kad pengenalan biru secara mudah dan sempat membuat salinan dua daripadanya.

“Saya beri amaran kepada mereka, jangan sampai saya jumpa mereka di tempat mengundi, kalau jumpa siaplah,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, bekas Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah ketika tampil sebagai saksi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung projek IC mendakwa beliau dan beberapa kakitangan lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin bagi melicinkan operasi projek IC.

Abdul Aziz adalah Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Manakala seorang saksi lain turut mengaitkan dua bekas orang kanan Mahathir  berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin turut mendakwa menerima arahan daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah mohon SPR batalkan daftar pemilih meragukan

edmund bon datftar pemilih 02

PETALING JAYA 27 MAC : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan semakan kehakiman agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membatalkan nama pengundi yang meragukan bagi kawasan Lembah Pantai.

Permohonan yang dibuat di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur itu semalam dibuat setelah beliau mendakwa terdapat lebih 4,000 nama pengundi yang meragukan di dalam daftar pemilih.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai membuat permohonan itu bersama Majer (B) Kadir Sultan Abd Majid terhadap empat responden.

Iaitu Ketua Pengarah Pilihanraya SPR, SPR, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kerajaan Malaysia.

nurul izzah daftar pemilih mac 27 01“Kewujudan agensi “link up system” iaitu satu sistem yang menghubungkan semua agensi tersebut seharusnya membuktikan ada cara untuk membersihkan dan mengemaskinikan daftar pemilih di Malaysia.

“Mahu seribu daya tidak mahu seribu dalih. Itu prinsip yang kita tekankan kepada SPR,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, isu senarai pendaftaran pemilih tersebut telah dikemukakan beberapa kali kepada SPR tetapi tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa berkenaan.

Tegasnya, SPR seharusnya menyakinkan rakyat dengan memastikan senarai daftar pemilih yang bersih agar pilhanraya yang adil dapat dijalankan di negara ini.

Beliau menambah, dalam tempoh beberapa tahun ini juga peningkatan pemilih di Lembah Pantai meningkat lebih 15,000 berbanding kira-kira 56,000 pada 2008.

Peguam yang mewakili Nurul Izzah dan Kadir Sultan, Edmond Bond menjelaskan, beberapa perkara meragukan timbul dalam Rang Daftar Pemilih Induk Lembah Pantai 2011 dan Rang Daftar Tambahan Lembah Pantai bagi suku tahun kedua 2012.

Semakan mendapati sekurang-kurang tiga pemilih sudah meninggal dunia tetapi masih disenaraikan. Terdapat juga 133 pemilih yang bukan penduduk di Lembah Pantai.

Edmnd berkata yang paling membimbangkan terdapat kira-kira 4,637 nama pemilih didaftar dengan maklumat tidak lengkap seperti alamat yang sukar dikesan.

“Surat permohonan dihantar kepada SPR pada 4 Mac lalu bagi pembatalan senarai nama pemilih ini secara serta merta berdasarkan Peraturan 25(2)(G) Pendaftaran Pemilih 2002,” katanya.

Peraturan membolehkan Ketua Pendaftar SPR membatalkan senarai pemilih meragukan pada bila-bila masa.

Warga Asing Diberikan IC, Rakyat Sendiri Tidak Dipeduli

KP merah tuntut KP biru klang 01

KP merah tuntut KP biru klang 02KLANG 22 MAC: Dikala pentadbiran Umno-BN dahulu memberikan kewarganegaraan kepada ratusan ribu rakyat asing di Sabah dengan mudah, masih ramai lagi rakyat yang lahir di negara ini yang dinafikan kerakyatannya.

Mereka seperti Mahaletchumy Subramaniam, 16, pelajar tingkatan empat yang bersekolah di Pulau Carey, Klang yang masih tidak mendapat kerakyatan sehingga kini.

Pelajar tersebut pernah digantung persekolahannya dan dihalang daripada menyertai pasukan hoki peringkat daerah Kuala Langat kerana tidak mempunyai kad pengenalan.

Mahaletchumy pernah memohon sebanyak lebih 10 kali bagi mendapatkan kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi ditolak dengan alasan dokumen tidak jelas.

Tambahnya, beliau pernah merujuk kepada Pasukan Petugas Khas, Pelaksanaan, Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Datuk Siva Subramaniam beberapa bulan lalu namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.

Beliau antara 40 orang awam dari sekitar Banting, Pulau Carey dan Klang yang mengadakan demonstrasi secara aman selama kira-kira dua jam di dalam bangunan JPN di Klang bagi menuntut kerakyatan.

Kumpulan yang terdiri daripada kanak-kanak dan warga emas ini merupakan sebahagian kecil daripada lebih 300,000 masyarakat kaum India di negara ini yangKP merah tuntut KP biru klang 04 masih dinafikan haknya untuk mendapat kad pengenalan.

Demonstrasi itu diketuai Naib Presiden PKR, N Surendren, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, Peguam PKR, Latheefa Koya.

“Mengapa Kerajaan Najib Abdul Razak tak mahu beri mereka kad pengenalan (IC) biru,? kata Surendren.

?Semua rakyat ini lahir di negara ini dan habiskan hidup di sini, tetapi pada masa yang sama mereka beri IC pada Filipino?

“Kes Mahaletchumi sampai hari ini tak ada dokumen, beliau merupakan pemain hoki daerah, mempunyai banyak pingat tapi di diskriminasi dan dizalimi oleh Kerajaan Umno-BN tanpa sebab,” soalnya.

Setelah pertemuan selama hampir sejam bersama pegawai JPN, borang permohonan kad pengenalan diberikan kepada kumpulan tersebut dan bersurai selepas borang diserahkan semula kepada JPN.

“Kami mendesak supaya permohonan ini diproses dengan segera,” katanya kepada TVSelangor.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata tuntutan kerakyatan komuniti India adalah bermotifkan pilitik susulan demonstrasi masyarakat India di JPN Putrajaya beberapa bulan lalu.

Pendedahan RCI Sabah, Bukti Jabatan Kerajaan Diperkuda BN

mahathir azmin copy

PETALING JAYA 17 JAN : Pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing di Sabah membuktikan jabatan serta agensi kerajaan diperkuda BN bagi menjamin kesinambungan hayat mereka dalam Pilihan Raya Umum.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang media hari ini mendakwa, usaha itu melibatkan peranan institusi penting di bawah bidang kuasa Perdana Menteri seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.

“Kita sedang meneliti keterangan beberapa saksi beberapa kejutan berlaku, nama-nama disebut, dan perkara ini sebenarnya tidak mengejutkan kita.

“Ini satu usaha terancang yang diketuai mantan PM dan bagi saya beliau pengkhianat negara kerana bagi kad pengenalan kepada warga asing untuk kekalkan kuasa politik Umno,” tegas Azmin.

Sehubungan itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu serius melibatkan kedaulatan negara ini.

“Usaha terancang ini sama sekali tidak boleh dimaafkan, tidak boleh diterima kerana memberi hak kepada warga asing untuk menentukan masa hadapan negara,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, bekas Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah mendakwa beliau dan beberapa orang menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Semalam, saksi lain pula mengaitkan dua bekas orang kanan Mahathir dikaitkan berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah ketika memberi keterangan kepada RCI.

Bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin juga mendakwa menerima arahan daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.