Categories
GLOBAL

Jakarta tentukan Gabenor 19 April

SHAH ALAM, 17 APR: Pusingan kedua pilihan raya Ketua Daerah bagi memilih Gabenor Jakarta dilihat bakal mendedahkan kota raya terbabit kepada ketegangan politik dan agama, pada 19 April ini.

Reuters melaporkan, Perlumbaan kian sengit antara penyandang Gabenor Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama iaitu penganut Kristian keturunan Cina menghampiri jumlah undian yang diperoleh bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan.

Ketika ini, Ahok sedang dibicara atas tuduhan menghina agama berpunca daripada kempen besar-besaran yang diketuai penyokong tegar Islam dan dakwaan komplot menggulingkan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo.

AHOKPilihan raya Jakarta itu dianggap pilihan utama menjelang pilihan raya presiden 2019 antara kumpulan yang mengamalkan dasar sekular pasca Perang Dunia Kedua dan kumpulan fanatik Islam yang semakin kuat, kebelakangan ini.

Penganalisis politik dan penasihat bekas Presiden Abdurrahman Wahid, Wimar Witoelar berkata, undian itu adalah ujian kes buat masyarakat majmuk Indonesia jika dapat bertahan daripada tekanan kumpulan agama dan penyokong populis.

“Indonesia berada di persimpangan, saya maksudkan Indonesia bukan hanya Jakarta,” katanya lapor MalaysiaKini.

Tinjauan firma Indikator menunjukkan, Anies mendahului sokongan undian dengan 48.2 peratus diikuti Ahok 47.4 peratus, manakala 4.4 peratus berkecuali.

Ahli perniagaan bimbang tentangan ganas daripada pihak yang kalah dalam pilihan raya, sekali gus menjejaskan persekitaran pelaburan selain membahayakan pembaharuan ekonomi mantap yang diperkenalkan Jokowi.

Ahok yang menggantikan Jokowi pada 2014 sebagai gabenor ibu kota itu selepas berkhidmat sebagai timbalannya yang menyaksikan popularitinya meningkat ketika menangani pembangunan uzur, masalah banjir kronik dan rasuah endemik di bandar penuh sesak dihuni lebih 10 juta penduduk.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Anwar: Tangani keganasan perlu kerjasama kukuh semua

SHAH ALAM 15 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati ke atas mangsa keganasan pengeboman ekoran tindakan keganasan yang berlaku di Jakarta dan Istanbul baru-baru ini.

Anwar berkata kerjasama semua pihak dituntut untuk berhadapan ancaman semasa dicetuskan kumpulan pengganas yang mempunyai rangkaian antarabangsa dan Asia Tenggara.

AnwarKatanya, Indonesia dan Malaysia berkongsi jalur sejarah yang sama, melewati zaman sebelum persempadanan wilayah serta pengamalan Islam secara aman dalam masyarakat plural.

“Saya menyanjung tinggi tindakan berani kepimpinan dan pasukan keselamatan serta menzahirkan kekaguman terhadap warga Jakarta yang mengajar dunia cara berdepan dengan keganasan,” kata Anwar dalam kenyataan media.

Katanya, serangan ke atas ibu negara umat Islam terbesar di dunia ini merupakan serangan terhadap Asia Tenggara.

“Mereka telah bersuara di media sosial dengan menyatakan keberanian, #tidaktakut serta menanggapi keganasan dengan penuh cemuhan.

“Kita berdepan dengan ancaman yang sama apabila anak muda kita diindoktrinasi dengan ideologi kebencian yang bertentangan dengan kecintaan kita kepada keamanan serta aspirasi demokrasi,” katanya.

Anwar berkata beliau yakin Indonesia bakal pulih dan bangkit dengan lebih kuat, lebih bersatu dan tekad untuk menjadi pelantar demokrasi dan keamanan yang mencerminkan legasi kerohanian yang dikongsi bersama.

“Marilah kita mendoakan mangsa yang terkorban akibat keganasan di Jakarta dan di seluruh dunia. Kita harus membuang ketakutan dan kebencian,” kata Anwar.

EZY

Serangan Jakarta : ISIS akui terlibat


Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) mengakui terlibat dalam insiden letupan bom di Jakarta

Categories
KENYATAAN MEDIA

Statement on the recent terrorist attacks in Istanbul and Jakarta

BY: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Just two days after the attack on Istanbul, ISIS has struck again to open a new front in a region where Muslims have lived at peace among themselves and with communities of many faiths for centuries.

This attack at the heart of the world’s most populous Muslim country was also an attack on Southeast Asia.

AnwarI extend my profound condolences to the families of the victims. I salute the courageous response of the leadership and the security forces.

I would like to express my admiration for ordinary Jakartans who have shown the world how to respond to terror.

They have spoken up on social media to share their refusal to be afraid, ‪#‎tidaktakut‬, and to treat terrorism with the ridicule it deserves.

Indonesia and Malaysia share a common history, long pre-dating our present borders, of the peaceful transmission and practice of Islam in plural societies.

We face the common threat of our young people being indoctrinated into a global ideology of hatred violently opposed to our love of peace and our aspirations to democracy.

We must work together to face the immediate threats posed by terrorist groups with their international and networks across Southeast Asia, but we must also face together the ideological and leadership challenge posed by violent and totalitarian ideologies.

Indonesia and Malaysia must together aspire to become anchors of peace, prosperity and democracy in the Muslim world.

Let us pray for the victims of terrorism in Jakarta and everywhere in the world. And let us refuse to fear or to hate.

I am confident that Indonesia will recover from this outrage stronger, more united and determined to be a beacon of democracy and peace that will reflect our shared spiritual legacy.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Mahkamah Shariah
Malaysia

Categories
NASIONAL

AMK zahir simpati mangsa pengeboman di Jakarta

SHAH ALAM 15 JAN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menzahirkan rasa sedih atas peristiwa hitam yang menggugat keamanan dan keharmonian di Indonesia.

Timbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin, berkata ancaman terorisme bukan omong kosong tetapi kenyataan yang harus dihadapi dengan strategi berkesan melalui pelbagai kaedah.

Katanya, ekstremisme dieksport itu bukan sahaja sampai ke Eropah tetapi juga berjaya dibawa masuk ke rantau ini.

1477640_10153862083516797_6465354867592185848_n“AMK percaya pihak berkuasa Malaysia melakukan usaha mereka sebaik mungkin menghalang berlakunya serangan keganasan di bumi bertuah ini,” kata Dr Afif dalam kenyataan media.

Beliau berkata kaedah “hard power” oleh pihak berkuasa melalui risikan dan kawalan semata-mata tidak cukup dan hendaklah dibantu dengan “soft power” melalui pendidikan dan penjelasan.

Katanya, menjadi peranan pendidik, guru dan tokoh masyarakat setempat untuk memberikan kesedaran kepada rakyat bagi mereka mengatakan tidak kepada keganasan.

“Semua pihak diseru mengukuhkan jaringan hubungan sesama masyarakat supaya tidak wujud elemen radikal dan ekstremisme yang boleh membawa kepada tindakan keganasan di negara ini.

“AMK menyatakan solidariti bersama seluruh rakyat Indonesia yang sudah tentu terkejut dan marah dengan apa yang berlaku di Jakarta,” katanya.

Serangan bom dan senjata api yang berlaku di Sarinah Mall, Jakarta pada 14 Januari lalu mengakibatkan tujuh orang terbunuh, dua daripadanya adalah orang awam manakala lima orang di kalangan suspek pengganas.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor kutuk tindakan keganasan pengeboman di Jakarta

SHAH ALAM 15 JAN: Kerajaan Selangor mengutuk pengeboman dan penembakan pengganas di Jakarta semalam yang mengorbankan jiwa dan mencederakan mangsa lain.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan terbaru ISIS itu adalah tindakan kempen keganasan yang mengancam dunia walaupun di negara demokrasi terbesar Islam.

1477640_10153862083516797_6465354867592185848_nKatanya, individu berakal tanpa mengira warganegara dan kepercayaan perlu mengutuk tindakan keganasan tidak berasas itu.

“Kita simpati dan berdoa untuk keluarga mangsa dan kita bersolidariti bersama-sama rakyat Indonesia dan Kerajaan Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Joko Widodo dalam usaha memerangi keganasan mengancam dunia,” kata Mohamed Azmin dalam kenyataan media.

Katanya, tindakan keganasan itu mengingatkan kita sekali lagi permasalahan bersama dunia dan kesannya bagi memastikan masyarakat memilih penyelesaian aman daripada keganasan.

“Kita menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berdiri bersatu bagi keamanan dan menentang segala bentuk rasis perkauman dan cubaan untuk memecah belahkan agama serta bersama-sama memegang prinsip kesederhanaan dan keadilan,” kata Mohamed Azmin.

EZY

Letupan bom di Jakarta, 6 terbunuh

6 ledakan bom berlaku sekitar pusat membeli belah Sarinah, Jakarta. 6 orang dilaporkan terbunuh termasuk 3 anggota polis.

Categories
SELANGOR

MB: Kuasa dan pengaruh punca kemusnahan dunia

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 25 NOV: Keganasan dan kemusnahan yang berlaku di dunia hari ini tiada kaitan dengan agama Islam sebaliknya terarah kepada kuasa dan pengaruh.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kebanyakan pihak yang cenderung kepada keadaan itu memberi alasan mereka bertindak atas arahan Islam atau jihad.

Beliau berkata, Islam mendidik umatnya supaya bersifat sederhana dan mengamalkan nilai murni tanpa perlu mendekati keganasan.

IMG_1811a“Kita tahu ia satu pembohongan, tindakan mereka sebenarnya tidak kaitan dengan agama, perang suci, atas nama Allah atau pada jalan Islam walaupun sedaya upaya mahu kelihatan seperti itu.

“Pembunuhan kejam, pengeboman, penculikan dan tindakan keganasan lain juga tidak berkaitan dengan Islam sebagai tamadun,” katanya pada persidangan Forum Dunia untuk Muslim Demokrat di Hotel Le Meridien, Jakarta, Indonesia, semalam.

Mohamed Azmin turut mengutuk serangan kejam di bandar Paris yang mengorbankan banyak nyawa dan menggesa supaya pelaku dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, semua pihak tidak harus melupakan insiden keganasan di Palestin yang masih tiada penghujung dalam kerancakan mengutuk serangan di Paris.

bumi palestin“Nasib rakyat Palestin nampaknya dilupakan sehingga insiden lain meletus dan media dikawal Barat akan sentiasa memastikan mereka dipersalahkan.

“Hakikatnya, penduduk Palestin dirampas tanah air mereka dan perlu bermati-matian hanya untuk membebaskan diri daripada “penjara” di wilayah itu,” katanya.

Pada masa sama, katanya, nasib Islam minoriti di Rohingya terus dibimbangi walaupun kemenangan berpihak kepada Aung San Suu Kyi yang menjamin hak demokrasi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Azmin lengkapkan lawatan kerja di Jakarta

Oleh: AFEEQA AFEERA

JAKARTA, 25 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melengkapkan lawatan kerjanya di Jakarta dengan menghadiri forum dan bertemu pemimpin tempatan.

Beliau yang segak berbaju batik biru menyampaikan ucaptama pada persidangan Forum Dunia untuk Muslim Demokrat kali kedua yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Jakarta, Indonesia.

Ucapannya itu mewakili, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan diiringi delegasi Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

IMG_1811aMohamed Azmin berkata, forum itu dicetuskan Anwar untuk menghimpunkan muslim demokrat seluruh dunia bagi membahaskan isu semasa yang dihadapi masyarakat Islam hari ini.

“Kita melihat bagaimana Islam hari ini menjadi sasaran pihak yang cuba mempamerkan Islam sebagai bukan agama sederhana selain dapat mengharmonikan kesejahteraan umat keseluruhannya.

“Kita gembira kerana usaha yang dicetuskan Anwar menghasilkan gabungan dan gerakan muslim demokrat seluruh dunia.

“Persidangan ini bukan sahaja dihadiri masyarakat Islam, tetapi tokoh akademik bukan Islam untuk melihat bagaimana kita mewujudkan sikap sederhana dan melawan keganasan yang sedang berleluasa dalam situasi politik semasa,” katanya kepada Selangor Kini.

Mohamed Azmin kemudiannya meneruskan lawatan kerja ke Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Republik Indonesia di Gambir untuk bertemu Senator Imran Gusman bagi bertukar idea dan pandangan.

Katanya, antara isu yang dibincangkan adalah kerjasama pembangunan dua hala antara Selangor dan Pulau Pinang dengan Indonesia membabitkan pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

“Kita mahu Selangor dan Pulau Pinang bukan hanya menjadi negeri dalam Malaysia, tetapi bersifat serantau dengan mewujudkan kerjasama dua hala ini,” katanya.

gabenor indonesiaLawatan kemudiannya diakhiri dengan melakukan kunjungan hormat ke pejabat Gabenor Jakarta, Ir Basuki Tjahaja Purnama, tokoh muda yang memiliki keupayaan mentadbir bandar raya besar.

Mohamed Azmin dan Basuki mengambil masa kira-kira setengah jam untuk berbincang dan berkongsi pengalaman masing-masing dalam pentadbiran negeri.

Beliau berkata, antara perkara ditegaskan pemimpin Jakarta itu adalah usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada politik dan membuktikan kesungguhannya berkhidmat kepada rakyat.

“Beliau menunjukkan contoh baik untuk mengurangkan birokrasi dalam pentadbiran dengan memotong anggaran perbelanjaan mengurus yang membazir dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Keupayaan beliau dalam perkhidmatan memberi kesan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Pengalaman beliau menjadi dorongan kepada anak muda untuk memastikan amanah perlu dilaksanakan sebaiknya,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Indonesia contoh kejayaan gerakan muslim demokrat

Oleh : AFEEQA AFEERA

JAKARTA, 24 NOV: Indonesia adalah antara contoh terbaik negara Asia Tenggara yang membentuk demokrasi Islam terbesar di dunia, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, gerakan muslim demokrat adalah penting dan diperlukan memandangkan dunia Islam hari ini menghadapi ancaman keganasan getir termasuk perang saudara.

bersama Former ASEAN Secretary H E Surin Pitsuwan (di depan )a“Dalam kegelapan ini, gerakan muslim demokrat pastinya muncul untuk membawa cahaya bukan hanya kepada agama Islam dan umatnya, tetapi seluruh masyarakat global.

“Apakah bukti gerakan muslim demokrat akan berjaya? Buktinya adalah Indonesia berjaya menjadi sebuah negara demokrasi Islam besar di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Persidangan Forum Dunia untuk Muslim Demokrat kali kedua di Hotel Le Meridien, Jakarta, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Pusat Habibie Indonesia, Rahimah Abdulrahim dan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, negara perlu mencontohi demokrasi pancasila (lima prinsip) Indonesia yang mementingkan toleransi dan berteraskan nilai murni Islam.

“Masyarakat Islam Indonesia tidak perlu menyebut ia sebagai negara demokrasi islam, sebaliknya demokrasi Indonesia adalah pancasila yang juga mempunyai nilai Islam,” katanya.

Beliau juga menzahirkan kegembiraan berada di Jakarta setelah hampir 50 tahun Malaysia dan Indonesia menamatkan konfrontasi yang sebelum ini merugikan negara.

“Usaha menamatkan konfrontasi ini adalah insiatif Indonesia yang menamatkan persengekataan merugikan kedua-dua negara.

“Penamatan konfrontasi seterusnya menjadi pemangkin pembentukan ASEAN yang kini menjadi rakan kepada kuasa besar,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB sertai Forum Dunia Muslim Demokrat di Jakarta

Oleh : AFEEQA AFEERA

JAKARTA, 24 NOV : Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menjadi tetamu kehormat sempena Forum Dunia untuk Muslim Demokrat di Hotel Le Meridien, Jakarta, hari ini.

Kunjungan Mohamed Azmin ke Jakarta turut diiringi delegasi Kerajaan Selangor.

IMG_1740aForum itu menghimpunkan pemimpin dan profesional Islam dari seluruh dunia untuk memberi pandangan isu semasa.

Inisiatif itu diteruskan hasil daripada cetusan idea Anwar Ibrahim yang juga bekas Ketua Pembangkang bagi membincangkan perkara dihadapi negara dan umat Islam masa kini.

Antara isu dibincangkan adalah masalah keganasan, keselamatan umat Islam, hak minoriti umat Islam dalam negera bukan Islam dan lain-lain.

bersama Former ASEAN Secretary H E Surin Pitsuwan (di depan )aForum itu adalah anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) dengan kerjasama Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF), Pusat Habibie Indonesia dan Yayasan Politik Penyelidikan Ekonomi dan Sosial (SETA) dari Turki.

Mohamed Azmin kemudiannya mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Gabenor Jakarta di Jalan Medan Merdeka Selatan, Gambir, Indonesia.

EZY

Categories
NASIONAL

Fitnah Dana Asing, Anwar Mahu Saman BH

anwar black505 padang merbok 02

KUALA LUMPUR 16 JULAI : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan akan menyaman akhbar Berita Harian (BH) berikutan laporan fitnah yang menyatakan beliau memperolehi dana asing yang besar daripada Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk digunakan pada perhimpunan Black505.

Laporan akhbar berkenaan pada 29 Jun lalu memetik satu wawancara khas mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

Menurut Anwar, beliau dihubungi Jusuf melalui telefon dan memberitahu tidak menyangka kenyataannya akan diputar belit sedemikian.

“Tulisan itu tak benar, tidak datang dari saya, saya akan bantah,” kata Anwar ketika membacakan kiriman pesanan ringkas (SMS) Jusuf di dalam Dewan Rakyat pagi ini.

Anwar turut mendesak Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya menjelaskan mengapa kementerian berkenaan mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan mengenai isu ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah, Jusuf menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif BH, Ketua Pengarang BH, Eksekutif BH dan Ketua Pengarang Kumpulan BH dan New Strait Times.

“Bagaimanapun setakat ini belum ada pembetulan dan penjelasan,” katanya lagi.

Justeru, Anwar menyatakan peguamnya dan Jusuf akan mengambil tindakan undang-undang terhadap BH yang memfitnah kedua-dua mereka.