Categories
GLOBAL

Korea Utara ugut musnahkan Jepun

KOREA UTARA, 6 OKT: Pyongyang tidak teragak-agak menggunakan senjata nuklearnya keatas Jepun selepas negara matahari terbit itu cuba meyakinkan dunia supaya memaksa Korea Utara menghentikan program nuklearnya.

Korea Utara membuat ugutan tersebut melalui artikel yang disiarkan Agensi Berita Korea (KCNA), lapor International Business Times.

“Tokyo, mangsa pertama senjata nuklear mungkin akan menghadapi kemusnahan (melalui senjata nuklear) sekali lagi,” kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan KCNA lagi, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dituduh ‘mempunyai sasaran tidak elok dalam politik negaranya’ dengan menaikkan kos pertahanan negara Jepun dan mengadakan pilihan raya mengejut.

“Tiada siapa tahu bila situasi kecam-mengecam ini akan menjadi perang nuklear, jika ia terjadi, Jepun akan terbakar dalam masa sesaat,” kata kenyataan KCNA lagi.

September lepas, Shinzo Abe hadir ke mesyuarat agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat menggesa tekanan diberikan kepada Korea Utara dan bukannya diajak berdialog.

Ketika ini, PBB telah mengenakan beberapa sekatan terhadap Korea Utara sebagai tekanan untuk negara tersebut menghentikan program nuklearnya.

Categories
PELANCONGAN SELANGOR

Kehadiran pelancong Jepun ke Selangor meningkat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 OKT: Selangor menerima peningkatan jumlah kemasukan pelancong dari Jepun sebanyak 211.38 peratus iaitu meningkat lebih 40,000  dalam tempoh setahun bagi tempoh Januari – April 2017  berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata,  peningkatan itu didorong hasil kerjasama Tourism Selangor bersama agensi pelancongan negara itu dalam usaha menarik lebih tinggi pelancong Jepun ke Selangor.

“Tahun ini, Tourism Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Hakuba Tourism Association.

“Ini bagi mempromosikan daerah pelancongan seperti Kuala Selangor dan Hakuba Goryu, Jepun.

“Pastinya, kerjasama ini merupakan inisiatif dan galakan kerjasama prospek pelancongan antara kedua-dua bandar itu,” katanya.

Puan Noorul Ashikin Mohd Din (second from right) with representatives from Hakuba GoryoTerdahulu, Tourism Selangor menyertai Expo Pelancongan 2017, di Tokyo Sight – 21 hingga 24 September lalu.

Noorul Ashikin optimis, kerjasama itu mampu menjadi platform terbaik bagi Kerajaan Selangor untuk menggalakan kemasukan pelancong dari luar ke Selangor.

Beliau berkata, komitmen itu seiring kempen Discover Selangor dan Heart Of Malaysia yang berperanan memperkenalkan Selangor kepada masyarakat luar.

=EZY=

Categories
PELANCONGAN SELANGOR

Tingkat prospek pelancongan Selangor di Jepun

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 OKT: Tourism Selangor dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menjalinkan kerjasama serantau di Jepun menerusi penganjuran Expo Pelancongan 2017, di Tokyo Big Sight, 21 hingga 24 September lalu.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, penganjurannya berpotensi untuk meningkatkan prospek pelancongan Selangor di negara itu.

“Industri pelancongan Selangor mempunyai banyak potensi untuk diterokai lebih jauh, terutamanya dengan rakan-rakan pelancong di Jepun.

“Dalam usaha kami untuk menjadi industri pelancongan yang aktif dan maju, kami di Tourism Selangor dan Kerajaan Selangor menyokong segala usaha oleh pemain industri tempatan membangunkan produk pelancongan menarik negeri.

Meeting with Hakuba Goryo Mayor“Antara inisiatif yang boleh dijalankan termasuklah produk pelancongan alam sekitar, pelancongan agro, homestay, warisan dan kebudayaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kerjasama itu juga mampu menjadi platform terbaik bagi Kerajaan Selangor untuk menjalankan program pelancongan bersama untuk menarik jumlah kemasukan pelalncong lebih tinggi.

“Kempen Discover Selangor menjadi penanda aras kepada Tourism Selangor untuk mempromosikan produk-produk kepada orang ramai bagi meningkatkan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara.

“‘Heart of Malaysia’ yang digunakan sebagai slogan untuk pelancongan negeri diyakini mampu menjadi penarik kepada promosi pelancongan.

“Kempen ini sekali gus juga menunjukkan bahawa Selangor sebagai hab pengangkutan, pembangunan, pelaburan, perniagaan, pendidikan, perubatan juga pelancongan semasa,” katanya.

=EZY=

Categories
GLOBAL

PM dijangka umum pilihan raya awal hari ini

TOKYO 25 SEPT: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dijangka mengumumkan pilihan raya awal hari ini, mengambil kesempatan ketika kedudukan baik dan huru hara di kalangan pembangkang, walaupun wujud kritikan beliau mencetuskan ruang kosong politik.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia berikutan Jepun ketika ini berada di tengah kebimbangan serangan dari Korea Utara.

Abe dijangka mengadakan sidang media selepas mesyuarat eksekutif parti dan kemungkinan membuat janji untuk insentif pendidikan dan penjagaan anak, kekal tegas terhadap Korea Utara selain menyemak semula perlembagaan.

Pemimpin itu yang mana kedudukan sokongannya meningkat sekitar 50 peratus berbanding 30 peratus Julai lalu, sedang bertaruh blok pemerintahannya boleh mengekalkan majoriti dalam dewan rakyat.

Walaupun jika mereka hilang dua pertiga ‘majoriti super’ diperlukan bagi mencapai matlamat panjang mengkaji semula Perlembagaan pasca perang, menjelaskan peranan tentera.

Satu tinjauan hujung minggu oleh akhbar harian perniagaan Nikkei menunjukkan, 44 peratus pengundi merancang memilih Parti Demokrat Liberal (LDP) pimpinan Abe berbanding lapan peratus untuk pembangkang utama Parti Demokrat.

Ia adalah lebih tinggi berbanding tinjauan agensi berita Kyodo sebanyak 27.7 peratus dengan 42.2 peratus tidak pasti.

Imej Abe sebagai pemimpin kukuh meningkatkan kedudukan sokongan di tengah ketegangan meningkat serantau berhubung program senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara serta membayangi kritikan pembangkang, Perdana Menteri itu disyaki terbabit dalam skandal kronisme yang mengurangkan sokongan terhadapnya.

Pegawai parti pembangkang berkata, mengadakan pilihan raya adalah cubaan Abe itu mengetepikan persoalan berhubung skandal kronisme dalam sesi parlimen dijangka bermula Khamis ini. Abe dijangka membubarkan parlimen hari sama.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Korea Utara ancam ‘tenggelamkan’ Jepun

SEOUL 16 SEPT: Sebuah agensi kerajaan Korea Utara mengancam menggunakan senjata nuklear untuk ‘menenggelamkan’ Jepun serta membawa ‘abu dan kegelapan’ terhadap Amerika Syarikat (AS).

Ancaman itu dibuat kerana kedua-dua negara itu menyokong resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam sekatan terbaharu ekoran ujian misil keenam dan pa­ling kuat oleh Pyongyang pada 3 September lalu, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Jawatankuasa Keamanan Asia Pasifik Korea yang menguruskan propaganda dan hubungan luar negara komunis itu, turut meminta Majlis Keselamatan PBB dibubarkan.

Agensi itu mendakwa majlis tersebut sebagai suatu ‘alat jahat’ yang dianggotai oleh negara-negara yang ‘disogok wang’ selain patuh kepada arahan AS.

AS KOREA UTARA“Empat gugusan kepulauan perlu ditenggelamkan ke dalam laut oleh bom nuklear. Jepun tidak lagi perlu wujud berhampiran kami,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenya­taan yang disiarkan agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA.

Majlis Keselamatan terdiri daripada 15 anggota negara sebulat suara meluluskan satu draf resolusi AS dalam sekatan baharu pada Isnin lalu termasuk sekatan mengeksport tekstil iaitu eksport kedua terbesar Korea Utara selepas arang batu dan sekatan import gas asli. Dua sekutu Korea Utara iaitu China dan Rusia turut menyokong resolusi itu.

Pyongyang bertindak balas terhadap sekatan itu dengan memberi ancaman untuk menghancurkan AS, Jepun dan Korea Selatan.

“Mari kita kecilkan tanah besar AS menjadi abu dan kegelapan. Mari kita lepaskan rasa sakit hati dengan tindak balas untuk menggerakkan semua usaha yang disusun hingga kini,” kata kenyataan sama.

northkoreamapAncaman Pyongyang juga diberi kepada Jepun kerana ‘mengikut telunjuk’ AS dan Korea Selatan dianggap sebagai ‘pengkhianat dan anjing’ AS.

Jepun dengan sekeras-kerasnya membidas kenyataan Korea Utara itu.

“Kenyataan ini bersifat provokatif keterlaluan dan betul-betul jahat. Ia suatu yang memburukkan lagi ketegangan serantau dan tidak boleh diterima,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga pada satu sidang akhbar semalam.

Secara teknikal, AS dan Korea Selatan masih berperang dengan Korea Utara disebabkan konflik Korea tahun 1950 hingga 1953 berakhir dalam bentuk gencatan senjata dan bukannya perjanjian damai.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Peluru berpandu Korea Utara terbang 2,700 km lepasi Jepun

SEOUL 29 OGOS: Peluru berpandu antara benua (ICBM) dilancarkan Korea Utara melepasi Jepun dalam ujian terbaru negara itu dalam peningkatan besar Pyongyang di tengah ketegangan berhubung program senjatanya.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan peluru berpandu ICBM itu jatuh
ke dalam Lautan Pasifik di pesisir Hokkaido, kata Tokyo.

Ia terbang kira-kira 2,700 kilometer pada ketinggian maksimum 550 kilometer, katanya, menambah Korea Selatan dan AS menganalisis rapi bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tiada peluru berpandu Korea Utara terbang melepasi Jepun selama beberapa tahun dan pelancaran dilakukan selepas tempoh tegang di rantau itu.

DIWWi7SVoAA06m9Korea Utara mengancam menembak peluru berpandu ke arah wilayah AS di Guam, manakala Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran keras Pyongyang berdepan api kemarahan dan menegaskan senjata Washington sudah bersedia.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) melaksanakan sekatan ketujuh ke atas Korea Utara, mengetatkan halangan ke atas eksport dan pelaburan di negara itu.

Ketegangan semakin mengendur baru-baru ini tetapi Ketua Turus Staf Korea Selatan dalam kenyataan berkata, pelancaran peluru berpandu hari ini pada jam 5.50 pagi waktu tempatan dari Sunan berhampiran Pyongyang, dan terbang ke timur dan melepasi Jepun.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Korea Utara lancar ujian peluru berpandu lagi

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SEOUL 26 OGOS: Korea Utara dilaporkan melancarkan tiga roket dipercayai jenis jarak dekat di luar pantai timur negara itu menurut sumber ketenteraan Amerika Syarikat.

Agensi Berita Korea Selatan YONHAP NEWS melaporkan pejabat Ketua Turus Staf Korea Selatan berkata, ia menganalisis sifat roket itu, namun enggan mengesahkan sama ada ia adalah peluru berpandu balistik.

Agensi berita berkenaan melaporkan, ia mungkin peluru berpandu balistik, tanpa menyatakan sumber maklumat.

Dilaporkan peluru berpandu itu terbang sejauh 250 kilometer sebelum jatuh di Laut Jepun.

Perkembangan terbaru itu turut meningkatkan ketegangan konflik di rantau Korea ekoran beberapa ujian pelancaran peluru berpandu Korea Utara sebelum ini.

Korea Utara juga memberikan ancaman untuk menyerang Guam wilayah Amerika Syarikat dengan serangan peluru berpandu jarak jauh yang turut menerima respon kritikan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Sembunyi rekod dalaman, Menteri Pertahanan Jepun letak jawatan

TOKYO, 28 JULAI: Menteri Pertahanan Jepun, Tomomi Inada mengemukakan surat peletakan jawatan pada Jumaat berikutan skandal membabitkan tugasan harian Pasukan Pertahanan Jepun yang berkhidmat di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di Sudan Selatan.

inadaPerkara berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Shinzo Abe dan menerima peletakan itu.

Memetik BERNAMA, peletakan jawatan Inada dikemukakan menjelang rombakan kabinet yang dirancang perdana menteri minggu depan, lapor agensi berita China Xinhua.

Bagaimanapun, beliau menafikan terbabit dalam skandal berkenaan.

Inada didakwa membantu menyembunyikan rekod dalaman mendedahkan bahaya dihadapi pasukan pengaman Jepun yang ditempatkan, di Sudan Selatan.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Jaminan bekalan air mampan, cukup keperluan pelabur

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 16 JULAI: Kerajaan Negeri memberi jaminan bekalan air di negeri itu terus mampan dan mencukupi bagi semua keperluan termasuk industri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jaminan terbabit diberikan kepada sebuah syarikat gergasi dari Jepun bakal membawa pelaburan sebanyak RM1.2 bilion.

“Dalam perbincangan bersama syarikat itu, mereka mahu Kerajaan Negeri memastikan bekalan air mencukupi supaya keperluan industri tidak terganggu.

“Sudah tentu kita memberi jaminan dan komitmen tidak berbelah bagi sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri berkhidmat dengan jujur supaya pelabur terus yakin,” katanya di Majlis Pelancaran Program Jimat Air, di Pangsapuri Pelangi Court, di sini.

Jimat AirMohamed Azmin berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak Invest Selangor dan Air Selangor bagi memastikan perkara itu dilaksanakan.

Terdahulu, Mohamed Azmin memaklumkan Kerajaan Negeri kini giat menjalinkan perbincangan bersama Jepun bagi mengukuhkan lagi hubungan perdagangan serantau membabitkan negara matahari terbit itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata, pada tahun lalu, Jepun merupakan pelabur keempat terbesar negara meliputi pelbagai bidang antaranya sektor pembuatan melibatkan 53 projek dengan nilai pelaburan RM1.9 bilion.

Beliau berkata, pelaburan berkenaan dijangka mewujudkan kira-kira 4,390 peluang pekerjaan kepada rakyat pada masa akan datang bagi sektor tersebut.

=EZY=

Categories
GLOBAL

RUU baru Jepun benar maharaja turun takhta

SHAH ALAM, 19 MEI: Kabinet Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada 12 Mei lalu meluluskan rang undang-undang membenarkan Maharaja Akihito untuk turun takhta dan menyerahkan tugas baginda kepada Putera Mahkota Naruhito, lapor agensi berita China Xinhua.

Langkah melepaskan takhta oleh Maharaja Jepun itu pertama kali berlaku, dalam tempoh 200 tahun.

BERNAMA melaporkan, Kerajaan Jepun sebelum ini mempertimbangkan Disember 2018 sebagai tarikh maharaja untuk turun takhta kerana ketika itu baginda akan mencecah usia 85 tahun.

JEPUNMenurut sumber, Maharaja Jepun Akihito mungkin akan kekal menerajui takhta dan perubahan dijangka berlaku, pada awal 2019.

Rang Undang-Undang berkenaan dibuat susulan sebelum ini maharaja pernah menyuarakan hasrat baginda mahu melepaskan takhta dalam beberapa tahun lagi.

Ia akan dikemukakan kepada Diet (Parlimen Jepun) dan dijangka akan berkuatkuasa pada akhir sesi Diet, pertengahan Jun ini.

Pada Ogos lalu, Maharaja Akihito bertitah menerusi siaran televisyen yang jarang berlaku iaitu baginda menzahirkan hasrat mahu melepaskan takhta atas faktor usia dan kesihatan kerana menyukarkan baginda menjalankan tugas rasmi.

Categories
NASIONAL

Jepun sertai latihan AS di Semenanjung Korea

TOKYO, 24 APR – Jepun menyertai latihan bersama Amerika Syarikat (AS) apabila dua kapal pemusnah negara itu memulakan latihan dengan kumpulan penyerang AS, semalam.

Kapal perang Samidare dan Ashigara meninggalkan barat Jepun, Jumaat lalu untuk menyertai Carl Vinson bagi menunjukkan perpaduan ketika AS menghadapi Korea Utara berhubung program peluru berpandu balistik dan ujian nuklear.

Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (MSDF) dalam satu kenyataan memberitahu, pemusnah akan mengamalkan pelbagai taktik dengan kumpulan penyerang Washington.

MSDF bagaimanapun tidak memberitahu berapa lama kapal pemusnah berkenaan akan bersama AS.

Dua minggu lalu, Presiden AS, Donald Trump mengarahkan kapal penyerang Carl Vinson berlayar ke perairan Semenanjung Korea sebagai tindak balas kepada ketegangan yang semakin meningkat dengan Pyongyang.

Difahamkan, sebahagian besar kapal pemusnah Tentera Laut Jepun adalah yang kedua terbesar di Asia selepas China. – The Telegraph

-nR-

Categories
GLOBAL

Jepun rancang hantar kapal pengangkut terbesar ke Laut China Selatan

OLEH MOHD EZLI MASHUT

TOKYO 14 MAC: Jepun merancang untuk menghantar kapal pengangkut terbesar dalam pelayaran tiga bulan ke Laut China Selatan bermula Mei, kata tiga sumber berkenaan perkara itu yang menunjukkan rancangan terbesar angkatan tentera laut Jepun di wilayah itu sejak Perang Dunia Kedua.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan kehadiran Tentera China di wilayah itu dalam tuntutan di kepulauan menjadi perebutan negara serantau mendesak Tokyo bersama Amerika Syarikat meningkatkan kehadiran tentera untuk memastikan keselamatan pelayaran di lautan itu.

Kapal pengangkut helikopter jenis Izumo yang ditauliahkan dua tahun lalu, akan berhenti di Singapura, Indonesia, Filipina, Indonesia dan Sri Lanka sebelum ke Malabar untuk menyertai latihan maritim bersama India dan Amerika Syarikat di Lautan Hindi pada Julai 2017.

Kapal pengangkut itu bakal kembali ke Jepun pada Ogos menurut sumber. Japan’s Maritime Self Defense Force enggan memberikan komen berkenaan tindakan terbaru itu.

Taiwan, Malaysia, Vietnam, Filipina dan Brunei antara negara terlibat dalam tuntutan pulau dan wilayah yang kaya dengan sumber marin, minyak dan gas di laluan lautan dengan nilai ekonomi sekitar $5 trilion melalui kawasan itu setiap tahun.

Izumo-1Jepun tidak terlibat dengan sebarang tuntutan terhadap kepentingan di wilayah itu.

Kapal pengangkut Izumo mempunyai 249 meter panjang atau (816.93 kaki) adalah kapal pengangkut terbesar dan boleh membawa sebanyak sembilan helikopter yang berpangkalan di Yokosuka berhampiran Tokyo.

=EZY=