Categories
NASIONAL

Gempa Bumi Jepun: Angka korban 29, lebih 1,500 cedera

MASHIKI 16 APR: Angka korban dua gempa bumi kuat di barat daya Jepun mencecah 29 orang dengan ramai lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan rumah manakala 1,500 lagi cedera, 80 daripadanya serius.

Jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suga tidak mengesahkan jumlah kematian yang disebut media mencecah 29 orang, sambil menegaskan ia sukar ditentukan kerana usaha menyelamat masih diteruskan.

CgIuWdjUYAAlhb6Katanya, tentera akan mengerahkan 20,000 anggota untuk usaha menyelamat selain polis dan bomba yang turut diarah ke kawasan itu, lapor Agensi Berita AP.

Terdahulu, Pegawai daerah Kumamoto, Tomoyuki Tanaka, berkata angka kematian terus meningkat setiap jam, dengan jumlah terkini mencecah 19 susulan gempa bumi 7.3 magnitud awal pagi tadi yang menggegarkan wilayah Kumamoto di barat daya pulau Kyushu pada jam 1.25 pagi.

Pada malam Khamis, Kyushu dilanda gempa bumi magnitud 6.5 yang menyebabkan 10 maut dan lebih 800 cedera. Tanaka berkata laporan mengenai kecederaan berubah dengan pantas dan beliau masih belum mendapat jumlah terkini.

gempaSementara itu media melaporkan letupan Gunung Aso, gunung berapi aktif terbesar di Jepun, di pulau Kyushu di mana dua gempa bumi besar membunuh 29 orang, meranapkan kediaman dan menyebabkan tanah runtuh. Ia adalah letusan pertama Aso bulan ini Asap dilihat setinggi 100 meter di udara, namun tiada kerosakan dilaporkan.

Tidak dapat dipastikan juga jika letusan itu ada kaitan dengan dengan aktiviti seismik dan gegaran.

Aso setinggi 1,592 meter mempunyai lima puncak. Ia terletak kira-kira satu setengah jam perjalanan dari daerah Kumamoto, pusat gegaran gempa bumi.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Contohi budaya kerja efisyen penjawat awam Jepun & Korea

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 10 JUN: Penjawat awam perlu menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model perubahan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, sikap inovatif, berketerampilan, budaya kerja mantap dan efisyen penjawat awam dua negara itu berjaya menjadi penggerak utama kejayaan berterusan di sana.

“Jepun yang pertama di Asia yang diiktiraf sebagai negara maju dan berjaya membuktikan kemajuan yang rancak tanpa mengabaikan budaya serta nilai murni bangsa mereka.

mb markshort 5“Justeru, dasar pandang ke timur yang pernah diperkenal pada awal 80-an perlu diperluas ke Korea Selatan kerana pencapaian negara itu dalam bidang teknologi dan inovasi kini menjadi saingan utama kepada Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada lebih 200 penjawat awam dari pelbagai jabatan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Mohamed Azmin teruja dengan pencapaian penjawat awam Seoul yang berjaya mengurus bandar tersebut dengan baik dan tersusun dengan kapasiti 10 juta penduduk.

“Selangor keseluruhannya mempunyai 5.6 juta penduduk berbanding Seoul tetapi mereka berjaya mengurus dan membangunkannya dengan baik dan tersusun. Ia harus menjadi teladan kepada kita semua,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Polisi projek solar perlu dikaji, pinda jika perlu

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 28 MEI: Lawatan kerja ke Jepun dan Korea yang diketuai Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memfokuskan pelaburan industri farmaseutikal, sains hayat dan teknologi hijau selain mempromosi kawasan perindustrian di Selangor.

Delegasi turut mengadakan pertemuan dan lawatan di Osaka City Station  pada hari ketiga lawatan di negara matahari terbit itu.

Stesen itu adalah salah sebuah lokasi pengangkutan tertua di Jepun dan lawatan itu bertujuan meninjau serta mempelajari sistem yang digunakan di Osaka.

gambar 1“Osaka City Station menerima kira-kira 850,000 penumpang  sehari. Ia adalah stesen eco-friendly menggunakan sistem solar untuk menjana tenaga elektrik.

“Di samping itu, ia mengitar semula air hujan untuk kegunaan tandas di stesen berkenaan,” kata kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.

Delegasi Selangor turut melawat Hikano-mori Power Plant yang memulakan operasi pada tahun 2013 iaitu projek tenaga solar yang memberi bekalan tenaga elektrik kepada penduduk Osaka.

Projek terbabit menggunakan tapak pembuangan sampah industri yang ditinggalkan bagi menjana tenaga solar.

gambar 6Ia dapat mempertingkatkan aktiviti ekonomi dengan 3,200 isi rumah dapat menikmati bekalan tenaga elektrik lebih murah dan efisyen membabitkan setiap 10 megawatt tenaga sehari.

Sementara iut, Mohamed Azmin berkata, projek solar di Selangor perlu dikembangkan dan polisi sedia ada perlu dikaji serta dipinda jika perlu.

Lawatan kerja selama empat hari itu diakhiri dengan sesi taklimat dan cadangan projek Waste to Energy oleh syarikat Hitachi Zosen Co Ltd.

“Kerajaan Selangor sangat tertarik dengan sistem pengurusan pepejal ini  kerana dapat mengurus bahan buangan domestik dan industri dengan bersih serta efisyen.

“Ia turut menjana tenaga elektrik di samping menjadikan pusat operasi sebagai lokasi pendidikan,” kata Mohamed Azmin.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Media Jepun: Anwar pemimpin berkarisma Asia

TOKYO, JEPUN 28 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin berkarisma dikenali ramai di Asia yang cuba membawa perubahan sosio-politik di Malaysia lapor media Jepun, JB Press.

“Beliau dikenali kerana dengan pidatonya seperti ‘bintang rock’ bagi dunia politik hingga mampu membangkitkan semangat orang ramai yang mendengarnya,” tulis JB Press.

dsai_jepun2Laporan itu turut menyebut Ketua Umum KEADILAN itu antara tokoh penting yang berusaha memimpin perubahan bagi mengubah lanskap politik selepas Malaysia diperintah hampir 60 tahun oleh parti yang sama semenjak kemerdekaan.

“Dalam pilihan raya umum yang lalu, pembangkang is memenangi 51% undi. Berbanding parti pemerintah kekal mentadbir walaupun mendapat 47% undi akibat sistem ‘gerrymander (first past the post).

“Parti pemerintah menguasai 60% kerusi parlimen, mengekalkan mereka di tampuk kuasa,” tulis laporan tersebut.

Anwar menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund di Tokyo, Jepun.

Tambah laporan tersebut, pandangan rakyat Malaysia yang mahu menukar kerajaan, mengubah sistem pilihan raya kepada lebih bebas dan adil selain kritikan terhadap pentadbiran yang rasuah mendapat sambutan luas di kalangan generasi muda.

“Kemungkinan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kuasa dalam pilihan raya akan datang tidak boleh dinafikan,” tulis laporan tersebut.

Laporan turut menyebut parti politik yang menguasai kerajaan Malaysia mengehadkan kebenaran berhimpun dan penguasaan pemerintah keatas media arus perdana.

Liputan berkenaan bersempena kehadiran Anwar ke Jepun kelmarin, selepas dihalang pada 19 Januari lalu apabila pihak berkuasa negara matahari terbit itu memberi alasan Anwar tidak mendapat kebenaran khas kerana pernah dipenjarakan di Malaysia.

Acara Anwar di Jepun sangat padat, kerana beliau diaturkan memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.

“Alhamdulillah, saya dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi tadi.

“Acara di Jepun padat dengan jemputan syarahan serta pertemuan dengan pihak media,” tulis Anwar di laman Facebooknya, semalam.

Anwar diundang bagi menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund dan menjadi panel di forum anjuran National Graduate Institute For Policy Studies.

Keadilan Daily

‘Kalau Anwar menang di Kajang, nazak Umno’

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – Jepun mohon maaf kepada Anwar

1. Selangor terima RM564.6 juta peruntukan Marris baiki jalan.

2. MB ucap takziah kanak-kanak mati lemas.

3. Anwar : PRK DUN Kajang pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor.

4. Anwar menang PRK, Umno tiada harapan rampas Selangor.

5. SPF mohon maaf, Anwar ke Jepun 26 Februari ini.

6. Tian Chua : Harap SPR tidak ‘lupa’ goncang dakwat kekal secukupnya.

7. Noh Omar tidak layak sentuh isu kuasa MB.

8. Tamrin : Perbezaan 3 Tun dengan Najib, Rosmah.

9. Waytha letak jawatan, tamparan buat Najib.

10.Janji dicapati, TV3 sengaja malukan Najib?

11.Surendran : BN gagal tunai janji, Hindraf khianati kaum India.

Sidang Media – Jepun mohon maaf kepada Anwar

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

SPF mohon maaf, Anwar ke Jepun 26 Februari ini

Oleh : MOHD EZLI MASHUT

PETALING JAYA, 10 FEB: Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF) memohon maaf kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilarang daripada memasuki Jepun, pada Januari lalu.

Pengerusi SPF, Jiro Hanyu, berkata beliau akan melakukan sedaya yang termampu untuk memastikan Anwar dapat memasuki Jepun kali ini.

Anwar JepunAnwar dijangka mengambil bahagian dalam forum “Demokrasi dalam dunia Islam” pada hujung bulan ini.

“Saya sebagai tuan rumah bertanggungjawab supaya tetamu berasa selesa dan bertanggungjawab ke atas malu yang ditanggung Anwar,” katanya selepas pertemuan tertutup dengan Anwar di Damansara, di sini, hari ini.

Anwar menerima jemputan itu dan menyatakan yang beliau ‘memaafkan’ Jepun di atas insiden berkenaan.

Pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita enggan membenarkan Anwar masuk ke negara itu pada 19 Januari lalu kerana kesalahan beliau yang terdahulu.

Sementara itu, Anwar akan melawat kembali ke Jepun pada 26 Februari ini untuk menerima pelawaan jemputan daripada Sasakawa Peace Foundation (SPF)

Anwar memberitahu pemberita dalam satu sidang media di Hotel One World, di sini akan memenuhi jemputan itu selepas menerima permohonan maaf daripada pengerusi SPF, Jiro Hanyu.

“Selepas perbincangan panjang bersama pihak menganjur maka saya berhasrat untuk pergi ke Jepun kembali, pada 26 Februari ini,” katanya.

Anwar berkata beliau menganggap kejadian itu adalah perkara kecil berbanding pengalaman yang dialami sebelum ini.

-NFN-

Anwar pertahan dakwaan wujud ‘orang dalam’ halang masuk Jepun

Categories
NASIONAL

Anwar pertahan dakwaan wujud ‘orang dalam’ halang masuk Jepun

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa wujudnya ‘orang dalam’ sehingga mengakibatkan beliau dihalang masuk ke Jepun.

Anwar dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi meminta kerajaan Jepun dan Kementerian Luar memberikan penjelasan.

Beliau berkata, terdapat pihak bertanggungjawab yang terbabit dalam sekatan berkenaan hingga menyebabkannya tidak dapat memasuki negara itu.

EMY_1708“Saya tidak pernah cakap (wisma Putra), saya cuma kata ‘tangan ghaib’ sebab pegawai Imgresen (Jepun) merujuk kepada laporan terbaru.

“Jadi, saya kata inginkan penjelasan daripada kedua pihak, autoriti Jepun dan Menteri Luar apakah sebenarnya di sebalik laporan tersembunyi itu yang dinafikan kerana ada kuasa untuk berbuat demikian.

“Saya ada hak sebagai seorang rakyat, kamu kena jelaskan kepada saya,” katanya di Ibu Pejabat PAS, di sini, hari ini.

Katanya, visa adalah perlu bagi seorang bekas banduan, namun Anwar tetap mempertahankan dirinya yang tidak mengadapi sebarang masalah memasuki negara itu sebelum ini.

“Kita pergi Jepun sekarang tanpa visa dan sudah rujuk kepada pegawai visa di kedutaan, saya ingin ke sana dan ada sebarang keperluan yang perlu disediakan, dia (pihak kedutaan) kata ok.

“Saya pergi tahun 2006 dan lepas. Itu kali pertama melalui proses itu dan ia selesai, namun pergi kali ini sahaja tidak lepas, bahkan bukan saya tidak tahu undang-undang itu kerana sedia maklum,” katanya.

Anwar sebelum ini masuk ke Jepun dengan visa pada tahun 2006, 2009, dan 2012.

Pada masa sama, Anwar menyuarakan bantahan terhadap tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam demonstrasi dengan memijak dan membakar bendera Jepun, di kedutaan negara itu, di sini, semalam .

japan_flag_blowingAnwar berkata, namun beliau menyokong tindakan AMK yang mengadakan demonstrasi membantah keputusan kerajaan Jepun menghalangnya memasuki negara matahari terbit itu.

“Saya setuju hak ketua AMK membantah keputusan Kerajaan Jepun. Tetapi saya tidak setuju tindakan memijak bendera Jepun,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PAS, hari ini.

AMK semalam mengadakan bantahan terhadap kerajaan Jepun dan menuntut penjelasan larangan mereka terhadap Anwar untuk memasuki negara berkenaan.

Namun, tindakan memijak bendera berkenaan menimbulkan kontroversi dan mendapat reaksi negatif pelbagai pihak.

-NFN-

JURNAL BERITA – Turunkan harga kereta: PKR ulangi desakan hapus cukai eksais

Sinopsis

1. MB: Dua pegawai PKNS ditukar sementara untuk siasatan dalaman –

2. Isu PKNS: SUK minta semua pihak tidak sebar khabar angin –

3. Selangor sasar bina 35,000 rumah mampu milik dalam tempoh 4 tahun –

4. LZS kutip zakat RM517.4 juta, sasar RM530 juta pada 2014

5. Anwar dihalang masuki Jepun, Kerajaan Jepun patut mohon maaf, tidak ulangi kesilapan

6. AMK hantar memo bantahan ke Kedutaan Jepun

7. PKR ulangi desakan hapus cukai eksais bagi turun harga kereta

8. Chegubard buat laporan polis terhadap fitnah Amar Singh

9.Tuduhan DAP sabotaj BN, mentaliti menteri kekampungan

10.AKTIVITI YB: Ziarah, agih limau mandarin sekitar Bangi

Categories
NASIONAL

AMK hantar memo bantahan ke Kedutaan Jepun

SHAH ALAM 21 JAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata mereka menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara itu dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana bertindak sedemikian.

shamsul-iskandar-pkr(1)“Berdasarkan rekod Anwar tidak ada sebarang isu sebelum ini dengan negara itu sehingga menghalang beliau memasuki Jepun minggu lalu oleh Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.

“Kita percaya tindakan kerajaan Jepun itu berlebihan, tiada jaminan dan menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia,” katanya dipetik dari Malaysiakini.

Tambahnya lagi, halangan tersebut disifatkan tidak wajar kerana Anwar difahamkan tiada sebarang isu melibatkannya dengan negara itu.

Shamsul juga memaklumkan memorandum tersebut diterima oleh wakil kedutaan, Masa Hiro dan dua orang lagi wakil kedutaan itu.

Penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan.